tag:blogger.com,1999:blog-2134367459694931279.post3109235383842070441..comments2024-02-05T22:27:29.897-08:00Comments on POROS: Saya lebih mengusulkan syariat IslamHamba Allahhttp://www.blogger.com/profile/06911097160308233219noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-2134367459694931279.post-66590446115689047882012-06-14T01:52:48.297-07:002012-06-14T01:52:48.297-07:00'alaikumussalam,
saudara 'silence',
ba...'alaikumussalam,
saudara 'silence',
bagi menjawab persoalan tuan, saya panjangkan jawaban ringkas yang masyhur di kalangan mazhab syiah. jawabannya- Syiah menyelewengkan al-Qur'an.
Ulama Syiah dari dulu hingga sekarang menolak pendapat tentang berlaku penyelewengan dalam bentuk seperti berlaku perubahan/tahrif, lebih atau kurangnya ayat-ayat Qur an sama ada dari kitab-kitab Syiah atau Ahlul Sunnah.

Mereka berpendapat jika hujah berlakunya perubahan ayat-ayat Quran diterima maka Hadith sohih Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, "Aku tinggalkan kamu dua perkara supaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Qur an dan Sunnah/Ahl Bayt," tidak boleh dipakai lagi kerana al-Qur an yang diwasiatkan oleh Nabi SAW untukkumat Islam sudah berubah dari yang asal sedangkan Syiah sangat memberatkan dua wasiat penting itu dalam ajaran mereka.Lagi pun Hadith-hadith yang diriwayatkan dalam kitab-kitab Syiah berkaitan dengan tahrif keatas al-Qur an yang berjumlah kira-kira 300 itu adalah Hadith-hadith dhaif. Begitu juga dalam kitab-kitab Sunnah seperti Sahih Bukhari turut menyebut tentang beberapa Hadith tentang perubahan ayat-ayat Quran misalnya tentang ayat rejam yang dinyatakan oleh Umar al-Khattab, perbezaan ayat dalam Surah al-Lail dan sebagainya. Bukahkah Allah SWT telah berfirman dalam al-Qur'an (Surah 15:9), yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Zikr (al-Qur'an), dan sesungguhnya Kami memeliharanya." Sekiranya seseorang itu menerima pendapat bahawa al-Qur'an telah diselewengkan oleh sesuatu golongan maka di sisi lain orang ini sebenarnya telah menyangkal kebenaran ayat di atas. Oleh itu semua pendapat tentang kemungkinan berlakunya tahrif dalam ayat-ayat Qur an sama ada dari Syiah atau Sunnah wajib ditolak sama sekali.

Imam Ja'far al-Sadiq AS meriwayatkan sebuah Hadith dari datuknya Rasulullah SAWA [bermaksud]:
"Setiap Hadith yang kamu terima dan bersesuaian dengan Kitab Allah tidak diragukan datangnya daripada aku dan Hadith-hadith yang kamu terima yang bertentangan dengan Kitab Allah, sesungguhnya bukan datang daripadaku."
[Al-Kulaini, al-Kafi, Jilid I, Hadith 205-5]Hamba Allahhttps://www.blogger.com/profile/06911097160308233219noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2134367459694931279.post-11766087468956192892012-06-14T00:18:43.876-07:002012-06-14T00:18:43.876-07:00assalamu'alaikum
saya ingin bertanya, adakah s...assalamu'alaikum
saya ingin bertanya, adakah syiah menganggap al-quran telah diubah??silencehttps://www.blogger.com/profile/06501093821815440890noreply@blogger.com