Showing posts with label CURI. Show all posts
Showing posts with label CURI. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Syiah kamu apabila dia menyempurnakan makrifat adakah dia akan berzina?


  Al-Sadiq a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah mengampuni anda. Maka aku mengetahui bahawa rahmat telah mendatangiku[1]. Daripada Ahmad bin Ahmad daripada Muhammad bin Sulaiman daripada Abu Ali Muhammad bin Mihraan berkata: Aku telah bertanya Maulaaya Muhammad al-Baqir a.s, maka aku telah berkata: Beritahuku tentang mukmin yang terbuka mata hatinya (mustabsyir) daripada Syiah kamu apabila dia menyempurnakan makrifat adakah dia akan berzina? Beliau a.s berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan mencuri? Beliau a.s berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan meliwat? Beliau a.s berkata: Tidak. Aku berkata: Adakah dia akan melakukan dosa?

       Beliau a.s berkata: Ya, kerana apabila dia melakukan dosa (idha adhnaba), maka dosa itu tidak dikaitkan (tidak melekat) kepadanya (lam yalhaq-hu min al-Dhanbi syai’un). Aku berkata: Subhaanallah, bagaimana begitu? Baqir a.s berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya mukmin adalah campuran semua umat (mizaaj al-Umam), lantaran itu, sesuatupun tidak mengaitkannya dengan dosanya (dosa tidak melekat padanya). Aku berkata: Sayyidi, terangkan kepadaku perkara itu, wahai anak lelaki kepada anak perempuan Rasulullah, tentang umat-umat (al-Umam) dan campuran tertentu (al-Mizaaj al-Mu‘ayyan) yang tersembunyi daripadaku?

       Al-Baqir a.s berkata: Aduhai dukacitanya anda! Adakah anda telah mendengar firman Allah di dalam kitab-Nya[2] “(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain daripada “al-Lamama”. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin di dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.


[1] Diterima taubatku
[2] Surah al-Najm (53): 32

(DIPETIK DARI AL HAFT AS SYARIF)