dikutip dari kitab muktamar baghdad
Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?
Raja berkata: Adakah Ahl al-Sunnah merupakan musuh-musuh Ali bin Abu Talib?
Al-‘Alawi berkata: Jikalau mereka bukan musuh-musuh Ali, kenapa mereka telah memuji golongan yang telah merampas haknya dan berada di sekitar musuh-musuhnya (Ali a.s), mereka mengingkari kelebihan-kelebihannya dan manaaqibnya sehingga hasad dan permusuhan menguasai mereka dan mereka berkata: Sesungguhnya Abu Talib telah mati kafir. Sedangkan Abu Talib adalah seorang mukmin. Dialah yang telah menolong Islam di dalam keadaan yang getir dan memepertahankan Nabi di dalam risalahnya!
Abu Talib Seorang Mukmin
Raja berkata: Adakah Abu Talib seorang Islam?
Al-‘Alawi berkata: Abu Talib tidak pernah manjadi seorang kafir sehingga dia memasuki Islam, malah dia adalah seorang mukmin yang menyembunyikan imannya. Apabila Rasulullah (s.a.w) diutuskan, maka Abu Talib telah menzahirkan islamnya di tangannya, maka dia adalah orang yang ketiga memeluk Islam. Pertama: Ali bin Abu Talib, kedua: Khadijah Binti Khuwailid; isteru Nabi s.a.w dan ketiga: Abu Talib (r.a).
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi tentang hak Abu Talib?
Wazir berkata: Ya, demikianlah disebut oleh sebahagian ahli sejarah[1].
Raja berkata: Kenapakah ia telah masyhur di kalangan Ahl al-Sunnah bahawa Abu Talib mati kafir?
Perasaan Dengki Ahl Al-Sunnah Terhadap Ali Bin Abu Talib
Al-‘Alawi berkata: Kerana Abu Talib adalah bapa kepada Amir al-Mukminin Ali a.s. Justeru itu, perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali bin Abu Talib membuatkan mereka berkata: Sesungguhnya bapanya mati kafir sebagaimana perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali membuatkan mereka membunuh dua anak lelakinya al-Hasan dan al-Husain; penghulu pemuda Ahli syurga sehingga Ahl al-Sunnah yang telah menghadiri Karbalaa’ untuk membunuh al-Husain berkata: Kami memerangi kamu kerana kemarahan kami kepada bapa anda dan apa yang dia telah lakukan kepada syeikh-syeikh kami pada hari Badr dan Hunain! (Nuqaatilu-ka bughdhan li-abii-ka wa maa fa‘ala bi-asyyaakhi-naa yauma Badrin wa Hunain!)
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata ini diucapkan oleh pembunuh-pembunuh al-Husain?
Wazir berkata: Ahli sejarah telah menyebut bahawa mereka telah berkata ucapan ini kepada al-Husain!
Raja berkata kepada al-‘Abbasi: Apakah jawapan anda tentang kisah Khalid bin al-Walid?
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya Abu Bakr melihat muslihat di dalam perkara ini!
Al-‘Alawi berkata: Hairan! Maha Suci Allah! Manakah muslihat yang membawa Khalid bin al-Walid kepada pembunuhan golongan yang tidak berdosa, berzina dengan perempuan mereka, kemudian dia dilepaskan tanpa hukuman had dan sebarang pembalasan, malah diserahkan kepadanya kepimpinan tentera. Abu Bakr berkata padanya bahawa dia adalah pedang Allah yang terhunus. Adakah “pedang Allah” membunuh golongan kafir atau golongan mukminin? Dan adakah “pedang Allah” menjaga kehormatan kaum muslimin atau berzina dengan perempuan muslimin??
[1] Ibn Kathir, Tarikh, iii, hlm. 87, al-Hakim, al-Mustadrak, ii, hlm. 623 dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment