Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr
Al-‘Abbasi berkata: Apakah dalil tidak berimannya Abu Bakr?
Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil yang kuat tentangnya adalah banyak. Di antaranya: Dia telah mengkhianati Rasulullah pada tempat yang banyak. Di antaranya: Larinya dari tentera Usamah dan penderhakaannya terhadap perintah Rasul di dalam perkara tersebut. Al-Qur’an al-Karim telah menafikan keimanan daripada setiap orang yang menyalahi Rasul, Allah berfirman di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 65 “Maka demi Tuhanmu, (mereka pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya”
Abu Bakr telah menderhakai perintah Rasulullah (s.a.w) dan menyalahinya, maka dia termasuk di dalam ayat yang menafikan keimanan orang yang menyalahi Rasul.
Dan tambahan pula bahawa Rasul (s.a.w) telah melaknati orang yang lari atau meninggalkan tentera Usamah. Kami telah menyebut terdahulu bahawa sesungguhnya Abu Bakr telah melarikan diri daripada tentera Usamah: Adakah Rasulullah melaknati mukmin?
Tentu sekali: Tidak.
Raja Mencelah
Raja berkata: Jika begitu, maka benarlah kata-kata al-‘Alawi bahawa Abu Bakr bukan mukmin!
Wazir berkata: Ahl al-Sunnah mempunyai takwil tentang larinya Abu Bakr daripada tentera Usamah.
Raja berkata: Adakah takwil dapat menolak apa yang dilarang, jikalau kita membuka bab ini, nescaya setiap penjenayah akan menakwilkan bagi setiap jenayah yang dilakukannya?
Pencuri berkata: Aku telah mencuri kerana aku seorang fakir. Peminum arak berkata: Aku telah meminum arak kerana aku banyak berdukacita dan penzina berkata …peraturan akan menjadi cacat, orang ramai berani melakukan maksiat, tidak, tidak… takwil tidak akan memanfaatkan kita.
Muka al-‘Abbasi bertukar menjadi merah, dia menjadi bingung, dia tidak tahu apa yang dikatakannya. Akhirnya…dia berkata: Apakah dalil tidak berimannya Umar?
Dalil Tidak Berimannya Umar
Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil adalah banyak, di antaranya: Dia sendiri telah menerangkan bahawa dia bukan seorang mukmin!
Al-‘Abbasi berkata: Di tempat mana?
Al-‘Alawi berkata: Umar berkata: Aku tidak mengesyaki kenabian Muhammad (s.a.w) seperti syak aku pada hari al-Hudaibiyyah [1](maa syakaktu fi nubuwwati Muhammad mithla syakki yauma al-Hudaibiyyah). Kata-katanya menunjukkan: Dia sentiasa mengesyaki kenabian Nabi kita Muhammad s.a.w, tetapi syaknya pada hari al-Hudaibiyyah adalah lebih banyak, lebih mendalam dan lebih besar daripada syak-syak sebelumnya, wahai al-‘Abbasi, katakanlah kepadaku dengan nama Tuhan anda: Adakah orang yang mengesyaki kenabian Muhammad (s.a.w) dikira mukmin?
Al-‘Abbasi diam dan menggelengkan kepalanya kerana malu.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi bahawa Umar telah berkata sedemikian?
Wazir berkata: Demikianlah telah diceritakan oleh beberapa perawi!
Raja berkata: Sungguh hairan... hairan yang sangat, sesungguhnya aku menyangka Umar adalah golongan yang terdahulu memeluk Islam, imannya sebagai iman contoh, tetapi jelas sekarang bahawa asas keimanannya adalah syak dan subahat!
Al-‘Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab
Al-‘Abbasi berkata: Tunggu dahulu, wahai raja, kekalkan anda di atas akidah anda, janganlah anda ditipu oleh al-‘Alawi; pombohong ini.
Raja telah menentang dengan mukanya kepada al-‘Abbasi seraya berkata di dalam keadaan marah: Sesungguhnya wazir Nizam al-Mulk berkata: Bahawa al-‘Alawi benar di dalam kata-katanya dan kata-kata Umar ada di dalam beberapa kitab dan ini si bodoh- Iaitu al-‘Abbasi- berkata: Bahawa al-‘Alawi adalah pembohong. Tidakkah ini satu kedegilan yang nyata?
Suasana majlis tenang dan menakutkan. Raja telah marah dan tidak senang hati dengan kata-kata al-‘Abbasi… al-‘Abbasi dan para ulama Ahl al-Sunnah menunduk, wazir diam. Tetapi al-‘Alawi mengangkat kepalanya melihat ke arah muka raja untuk melihat keputusan?
Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-‘Abbasi
Saat-saat kesusahan menimpa al-‘Abbasi, dia berangan-angan supaya bumi terbelah di bawahnya, lantaran itu dia hilang padanya atau malaikat maut datang untuk mengambil nyawanya dengan segera, kerana malu yang amat sangat dan suasana yang menyusahkan. Sesungguhnya terserlah kebatilan mazhabnya. Terserlah khurafat akidahnya di hadapan raja, wazirnya dan semua ulama dan ketua-ketua tentera…, tetapi apakah yang dia akan lakukannya? Sesungguhnya raja telah menjemputnya untuk soal-jawab bagi membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Lantaran itu, dia mengumpulkan segala kekuatannya dan mengangkat kepalanya seraya berkata: Bagaimana pendapat anda, wahai al-‘Alawi, tentang Uthman tidak beriman di hatinya sedangkan Rasul telah mengahwinkannya dengan dua orang anak perempuannya? Ruqiyyah dan Ummi Kalthum?[2]
Dalil Tidak Beriman-nya Uthman
Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil tentang tidak berimannya Uthman adalah banyak dan mencukupi tentang perkara ini: Sesungguhnya muslimin-sahabat di kalangan mereka- telah berkumpul menentangnya, lalu mereka membunuhnya. Dan kamu berpendapat bahawa Nabi s.a.w bersabda: Umatku tidak berhimpun di atas kesalahan. Maka adakah muslimun- termasuk sahabat-berkumpul untuk membunuh seorang mukmin? ‘Aisyah telah menyamakannya dengan Yahudi, merancang untuk membunuhnya dan berkata: Bunuhlah Na‘lathan-nama seorang lelaki Yahudi, kerana dia telah kafir, bunuhlah Na‘lathan, nescaya Allah membunuhnya[3].
Sesungguhnya Uthman telah memukul Abdullah bin Mas‘ud, seorang sahabat yang mulia sehingga ditimpa penyakit hernia (burut) terlantar di atas hamparan kemudian mati.
Dia telah mengusir Abu Dhar al-Ghiffari, seorang sahabat yang mulia di mana Rasul bersabda: Langit dan bumi sukar mendapati orang yang lebih benar percakapannya daripada Abu Dhar”. Dia telah mengusirnya dan menjauhkannya dari Madinah ke Syam sekali atau dua kali kemudian ke Rabdhah- Iaitu tanah kering di antara Makkah dan Madinah sehingga Abu Dhar mati kelaparan dan dahaga di Rabdhah sedangkan Uthman membahagi-bahagikan harta muslimin kepada kaum kerabatnya daripada Bani Umayyah dan Bani Marwan![4]
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata al-‘Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ahli sejarah telah menyebutnya.
Raja berkata: Bagaimana kaum muslimin mengambilnya sebagai khalifah?
Wazir berkata: Secara syura.
Al-‘Alawi berkata: Nanti dahulu, wahai wazir, janganlah anda berkata apa yang anda tidak tahu!
Raja berkata: Apakah yang anda katakan, wahai al-‘Alawi?
Menjadi Khalifah Dengan Wasiat Umar
Al ‘Alawi berkata: Sesungguhnya wazir telah tersilap di dalam kata-katanya, sesungguhnya Uthman tidak dapat jawatan khalifah melainkan dengan wasiat daripada Umar dan undian tiga orang munafikin sahaja. Mereka adalah Talhah, Sa‘d bin Abi Waqqas dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf. Adakah tiga munafikin ini mewakili semua kaum muslimin?
Kemudian ahli Tawaarikh telah menyebut bahawa mereka yang telah melantik Uthman telah berpaling tadah daripada Uthman manakala mereka melihat kezalimannya, pencabulannya terhadap para sahabat Rasulullah, mesyuaratnya tentang urusan kaum muslimin dengan Ka‘ab al-Ahbar, seorang Yahudi dan pembahagian harta kaum muslimin kepada Bani Marwan. Justeru itu, tidak hairanlah jika mereka bertiga telah menggalakkan orang ramai supaya membunuh Uthman!
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah ahli sejarah telah menyebutnya!
Raja berkata: Bagaimana anda berkata Uthman dapat menjadi khalifah dengan syura?
Wazir berkata: Aku maksudkan dengan syura itu adalah mereka bertiga!
Raja berkata: Adakah pemilihan tiga orang itu membenarkan syura?
Wazir berkata: Sesungguhnya mereka bertiga itu telah dijanjikan oleh Rasulullah dengan syurga.
[1] Al-Bukhari, Sahih, ii, hlm.111, Muslim, Sahih, hlm.iv, hlm.12, 14.
[2] Mereka berdua adalah anak Khadijah r.a, bukan anak salbi Rasulullah s.a.w.
[3] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaaghah,ii, hlm.77.
[4] Al-Ya‘quubi, Tarikh, ii, hlm. 161, Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘aab, I, hlm.114.
No comments:
Post a Comment