Showing posts with label BAI'AH IMAM ALI TERPAKSA. Show all posts
Showing posts with label BAI'AH IMAM ALI TERPAKSA. Show all posts

Monday, July 18, 2011

DIALOG : BAI'AH ALI KEPADA ABU BAKAR : RELA ATAU PAKSA?


BAI’AH PAKSAAN OLEH ALI DAN BANI HASHIM SELEPAS ENAM BULAN.
Kamu kata bahawa Ali, Bani Hashim dan sahabat nabi memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Kamu telah membaca perkataan ‘paid allegiance’ [membayar bai’ah], tetapi kamu tidak faham kepada siapa dan bagaimana mereka membayar bai’ah. Semua ahli hadith kamu dan juga ahli sejarah telah menulis bahawa Ali dan Bani Hashim manbayar bai’ah secara zahir, tetapi itu pun telah dilakukan selepas enam bulan dan dibawah tekanan yang hebat.

Hafiz: Adalah tidak wajar orang terhormat seperti kamu untuk menggunakan perkataan yang digunakan oleh orang shia umum: bahawa Ali diseret keluar dari rumahnya dan diancam dengan kematian jika dia tidak memberikan bai’ahnya. Yang sebenarnya bahawa di dalam beberapa hari yang pertama khalifa, dia dengan rela dan gembira menerima khalifanya Abu Bakr.

Shirazi: Ali dan Bani Hashim tidak memberikan bai’ah pada ketika itu. Ahli sejarah kamu telah menulis bahawa Ali menawarkan bai’ah selepas pemergian Hazrat Fatima. Bukhari di dalam Sahih, jilid III, Bab pada Ghazawa Khaibar, ms 37, dan Muslim Bin Hujjaj, di dalam Sahih, jilid V, ms 154, melaporkan bahawa Ali menawarkan bai’ahnya selepas pemergian [meninggal] Fatima. Sebahagian dari ulama kamu percaya bahawa Fatima meninggal dunia 75 hari selepas wafatnya nabi. Ibn Qutayba juga mempunyai pandangan yang sama, tetapi kebanyakkan ahli sejarah mengatakan beliau meninggal selepas enam bulan wafatnya nabi. Dari itu maka bai’ah Ali datang selepas 3 hingga ke 6 bulan selepas wafatnya nabi. Mas’udi di dalam Murujus-sahab, jilid I, ms 44, berkata ‘Tidak ada dari Bani Hashim memberikan bai’ah kepada Abu Bakr sehingga meninggalnya Bibi Fatima. Ibrahim bin Sa’d Saqafi menyatakan dari Zuhri bahawa Ali tidak memberikan bai’ah sehingga enam bulan selepas wafatnya nabi, dan manusia tidak mempunyai keberanian untuk memaksanya melainkan setelah meninggalnya Bibi Fatima. Ibn Abil-Hadid di dalam Sharh Nahjul Balagha menyampaikan fakta yang sama. Walau bagaimana pun, ulama kamu yang menekankan bahawa bai’ah Ali tidak serta merta tetapi datang setelah beberapa lama telah berlalu dan kemudian keadaan memaksanya untuk melakukan yang sedemikian. Ibn Abi’l-Hadid, di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 18, menyampaikan dari Zuhri, dari A’yesha, yang berkata: ‘Ali tidak memberikan bai’ah kepada Abu Bakr untuk enam bulan, dan tidak ada orang dari Bani Hashim yang memberikan bai’ah sehingga Ali melakukannya.’ Ahmad Bin A’sam-e-Kufi Shafi’i di alam Futuh, dan Abu Nasr Hamidi, di dalam Jam’a Bainu’s-Sahihain mengatakan dari Nafiy, menyebutkan dari Zuhri, yang berkata: ‘Ali tidak memberi sumpah ketaatan sehingga enam bulan selepas wafatnya nabi.’

ALI DISERET DARI RUMAHNYA DAN RUMAHNYA DIBAKAR.
Hafiz: Dimana ada ulama kami yang mengatakan bahawa Ali telah diseret keluar dari rumahnya dan rumahnya dibakar, sebagaimana yang dipercayai secara umum oleh shia? Mereka menyampaikan dengan penuh emosi di dalam perhimpunan agama mereka. Mereka juga membangkitkan emosi manusia dengan mengatakan bahawa Fatima telah didera dan disebabkan itu telah keguguran.

Shirazi: Hadirin yang dihormati: Kamu bencikan shia, percubaan telah dibuat untuk menutup perbuatan kesalahan orang yang terdahulu. Kamu katakan hadith itu telah diada-adakan oleh shia. Yang sebenarnya adalah bahawa atas arahan Abu Bakr, Umar dan lainnya pergi kerumah Ali, mengancamnya dengan pedang, menyeretnya hingga kemasjid dan memaksa dia memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Fakta ini telah dirakamkan oleh ulama kamu. Jika kamu kehendakki saya akan nyatakan kepada kamu. Kami tidak katakan sesuatau diatas rujukan dan pengesahan kami. Kami hanya katakan, apa yang kamu katakan.

Hafiz: Ya; sila. Kami sedia mendengar.

DUA BELAS HUJAH DI DALAM MENYOKONG FAKTA BAHAWA ALI TELAH DIBAWA KEMASJID DENGAN MATA PEDANG.
Shirazi: 1] Abu Ja’far Baladhuri Ahmad Bin Yahya Bin Jabir Baghdadi, seorang ahli hadith dan sejarah kamu yang boleh dipercayai, menulis di dalam buku sejarahnya bahawa Abu Bakr memanggil Ali untuk memberikan bai’ah, Ali menolak. Abu Bakr menghantar Umar, yang pergi dengan andang apai untuk membakar rumah Ali. Fatima pergi kepintu dan berkata: ‘Wahai anak Khattab! Adakah engkau datang hendak membakar rumah aku?’ Dia berkata : ‘Ya! Ini lebih berkesan dari apa-apa yang bapa kamu lakukan.’

2] Izzu’d-Din Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, dan Muhammad Bin Jarir Tabari, menyampaikan bahawa Umar pergi kepintu rumah Ali dengan Usayd bin Khuzai, Salama bin Aslam dan sekumpulan lelaki. Umar memanggil: ‘Keluar! Jika tidak aku bakar rumah ini!’

3] Ibn Khaziba melaporkan di dalam Kitab-e-Gharrar dari Zaid bin Aslam, yang berkata: ‘Saya adalah salah seorang dari mereka yang pergi bersama Umar dengan andang api kepintu rumah Fatima. Apabila Ali dan orang-orangnya enggan memberikan bai’ah, Umar berkata kepada Fatima, ‘Biarkan sesiapa yang ada di dalam keluar. Jika tidak rumah ini akan dibakar dengan sesiapa yang ada di dalamnya.’ Ali, Hasan, Husain, Fatima dan sekumpulan para sahabat nabi dan Bani Hashim ada di dalam. Fatima berkata: ‘Adakah kamu akan membakar rumahku bersama aku dan anak-anakku? Dia berkata: ‘Ya, demi Allah, jika mereka tidak keluar dan memberikan bai’ah kepada khalifa nabi.’

4] Ibn Abd Rabbih, seorang ulema kamu yang terkenal, menulis di dalam Iqdu’l-Farid, bahagian III, ms 63, bahawa Ali dan Abbas sedang duduk dirumah Fatima. Abu Bakr memberitahu Umar: ‘Pergi dan bawakan orang-orang ini. Jika mereka enggan. Perangi mereka.’ Maka Umar datang kerumah Fatima dengan andang api. Fatima pergi kepintu rumahnya dan berkata: ‘Adakah kamu datang hendak membakar rumahku? Dia berkata: ‘Ya.’

5] Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali di dalam Shahre Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 134, menyebutnya dari Jauhari’s Kitab-e-Saqifa, yang telah menulis dengan mendalam mengenai kejadian di saqifa Bani Saad. ‘Bani Hashim dan Ali berkumpul dirumah Ali. Zubair juga bersama dengan mereka oleh kerana dia menganggap dirinya seorang dari Bani Hashim. Ali pernah berkata: ‘Zubair selalu bersama kami, sehinggalah anaknya dewasa. Mereka telah memalingkan dia dari kami.’ Umar pergi kerumah Fatima dengan sekumpulan lelaki. Usayd dan Salma juga bersama dengannya. Umar menyuruh mereka keluar dan memberikan bai’ah. Mereka menolak. Zubair mencabut pedangnya dan keluar. Umar berkata: ‘Tangkap anjing itu.’ Salma bin Aslam merampas pedangnya dan membalingkan kedinding. Kemudian mereka menyeret Ali kepada Abu Bakr. Bani Hashim yang lain mengikut mereka dan menunggu untuk melihat apa Ali akan lakukan. Ali mengatakan bahawa dia adalah hamba Allah dan adik kepada nabi. Tiada siapa yang mendengarkannya. Dia dibawa kepada Abu Bakr, yang menyuruh beliau memberikan bai’ah kepadanya. Ali berkata: ‘Saya yang lebih berhak pada kedudukan ini, dan saya tidak akan memberikan bai’ah kepada kamu. Sebaliknya telah dijadi tanggong jawab keatas kamu untuk memberikan bai’ah kepada saya. Kamu mengambil hak ini dari Ansar berdasarkan perhubungan kamu dengan nabi. Saya juga atas dasar yang sama memprotes terhadap engkau. Maka berlaku adillah. Jika engkau takut kepada Allah, terimalah hak aku, sebagaimana Ansar telah lakukan kepada engkau. Jika tidak ketahuilah bahawa engkau dengan sengaja telah menzalimi aku.’ Umar berkata: ‘Kami tidak akan meninggalkan kamu sehingga kamu memberikan bai’ah.’ 
 
Ali berkata: ‘Kamu telah bersubahat bersamanya. Hari ini engkau [umar] menyokong dia [Abu Bakr], supaya esok dia akan pulangkan khalifa ini kepada engkau. Saya bersumpah dengan Allah bahawa saya tidak akan turutkan permintaan kamu dan tidak akan memberikan bai’ah [kepada Abu Bakr]. Dia yang seharusnya memberikan bai’ah kepada saya.’ Kemudian dia menolehkan mukanya kepada manusia: ‘Wahai Muhajir, takutlah kepada Allah. Janganlah mencabut hak penguasaan dari keluarga Muhammad. Hak itu telah diberkan oleh Allah. Janganlah menolak orang yang punya hak dari tempatnya. Demi Allah, kami ahli bayt mempunyai lebih kuasa di dalam perkara ini dari yang kamu ada. Adakah sesiapa diantara kamu yang punya pengetahuan kitab Allah, sunnah nabiNya, dan juga perundangan agama kita. Saya bersumpah dengan Allah bahawa kami memilikki semua ini. Maka janganlah mengikuti diri kamu kerana kamu akan menyimpang dari kebenaran.’ Ali pulang kerumah dengan tidak memberikan bai’ah dan terus menyepikan dirinya dirumah sehingga pemergian Fatima. Kemudiannya, dia terpaksa memberikan bai’ah.

6] Abu Muhammad Abdullah Bin Muslim Bin Qutayba Bin Umar Al-Bahili Dinawari, adalah seorang dari ulama kamu dan juga Kadi bagi kota Dinawar, menulis di dalam bukunya yang terkenal Ta’rikhu’l-Khulafate Raghibin wa Daulate Bani Umayya, yang dikenali dengan nama Al-Imama wa’s-Siyasa, jilid I, ms 13: ‘Apabila Abu Bakr mengetahui sekumpulan yang memusuhinya telah berkumpul dirumah Ali, dia menghantar Umar kepada mereka. Apabila Umar memanggil kepada Ali supaya keluar dan memberikan bai’ah kepada Abu Bakr, mereka semua tidak mahu keluar. Umar mengumpulkan kayu dan berkata: ‘Saya bersumpah dengan Allah, yang mempunyai nyawaku di dalam kawalanNya, sama ada kamu keluar atau aku akan bakar rumah ini dengan segala isi di dalamnya.’ Orang ramai berkata: ‘O Abu Hafsa! Fatima juga ada di dalam rumah itu.’ Dia berkata: ‘Biarkan dia disitu. Saya akan membakar rumah itu.’ Maka kesemuanya keluar dan memberikan bai’ah, melainkan Ali, yang berkata: ‘Saya telah bersumpah bahawa sehingga saya siap menyusun al-Quran, saya tidak akan keluar dari rumah dan tidak juga memakai pakaian lengkap.’ Umar tidak menerima alasan ini, tetapi penerangan yang rayuan dari Fatima dan desakkan dari yang lainnya, telah memaksa dia kembali kepada Abu Bakr. Umar mendesak dia untuk memaksa Ali memberikan bai’ahnya. Abu Bakr menghantar Qanfaz beberapa kali untuk memanggil Ali, tetapi dia selalu keciwa. Akhirnya Umar dengan sekumpulan manusia pergi kepintu rumah Fatima. Apabila Fatima mendengar suara mereka, dia berkata: ‘Wahai bapaku, nabi Allah, apakah jenis siksaan yang kami alami dari anak Khattab dan anak Quhafa!’
Apabila manusia mendengar rayuan Fatima, sebahagian dari mereka pulang dengan hati yang sedih, tetapi Umar tinggal disitu dengan beberapa orang, sehingga akhirnya mereka mengheret Ali keluar dari rumahnya. Mereka membawa Ali kepada Abu Bakr, dan menyuruh dia memberikan bai’ah kepadanya. Ali berkata: ‘Jika saya tidak memberikan ba’ah, apa yang akan kamu lakukan?’ Mereka berkata: ‘Kami bersumpah dengan Allah bahawa kami akan patahkan tengkok engkau.’ Ali berkata: ‘Adakah kamu akan membunuh hamba Allah, dan adik kepada nabi?’ Umar bekata: ‘Kamu bukan adik kepada nabi Allah.’ Sedang ini semua berlaku, Abu Bakr mendiamkan diri. Umar kemudian bertanya kepada Abu Bakr, sama ada dia tidak melaksanakan arahan Abu Bakr dalam perkara ini. Abu Bakr berkata selagi Fatima masih hidup dia tidak akan memaksa Ali untuk memberikan bai’ah kepadanya. Ali kemudian pergi kepusara nabi, dengan sedih dan menangis, dia memberitahu nabi apa yang Harun telah beritahukan abangnya Musa, sebagaimana yang dirakamkan di dalam al-Quran: ‘Anak kepada ibu saya! Sesungguhnya manusia menganggap saya ini lemah dan hampir sahaja membunuh saya.’ [7:150]

FATIMA MEMBERITAHU ABU BAKR DAN UMAR BAHAWA DIA MENGUTUK MEREKA BERDUA DISETIAP DOA.
Setelah menyebutkan segala kejadian itu dengan khusus, Abu Muhammad Abdullah Bin Qutayba berkata bahawa Ali tidak memberikan bai’ahnya dan pulang kerumah. Kemudian Abu Bakr dan Umar pergi kerumah Fatima untuk memujuknya dan meminta keampunan darinya. Dia berkata: ‘Allah menjadi saksi saya bahawa kamu berdua telah bersalah kepada saya. Di dalam setiap doa, saya mengutuk kamu dan akan terus mengutuk kamu sehingga saya bertemu dengan bapa saya dan mengadukan mengenai kamu.’

7] Ahmad Bin Abdu’l-Aziz adalah seorang dari ulama kamu. Ibn Abi’l-Hadid menulis mengenainya dengan perkataan yang berikut: ‘Dia adalah seorang ilmuan, seorang ahli hadith dan juga sasterawan.’ Dia menulis di dalam Kitab-e-saqifa dan Ibn Abil-Hadid Mutazali juga menyebut darinya di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid I, ms 9, pada pengesahan Abil-Aswad, yang berkata: ‘Sekumpulan para sahabat dan Muhajirin menyatakan tidak puas hati mereka pada kedudukan khalifa Abu Bakr dan bertanya mengapa mereka tidak diajak berunding. Ali dan Zubair juga menunjukkan marah mereka, enggan memberikan bai’ah, dan kembali kerumah Fatima. Fatima menangis dan dengan serius telah merayu, tetapi tidak memberi kesan. Mereka mengambil pedang Ali dan Zubair dan membalingnya kedinding, sehingga merosakkannya. Mereka kemudian diheret kemasjid dan dipaksa memberikan bai’ah.’

8] Jauhari menyampaikan dari Salma bin Abdur-Rahman bahawa apabila Abu Bakr mendengar bahawa Ali, Zubair dan sekumpulan Bani Hashim telah berkumpul dirumah Fatima, dia menghantar Umar kepada mereka. Umar pergi kepintu rumah Fatima dan memanggil dengan kuat, ‘Keluarlah, jika tidak, saya bersumpah saya akan membakar rumah ini!’

9] Jauhari, menurut dari Ibn Abi’l-Hadid di dalam Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid II, ms 19, menyebut dengan pengesahan dari Shabi: ‘Apabila Abu Bakr mendengar mengenai perhimpunan Bani Hashim dirumah Ali, dia berkata kepada Umar: ‘Berdua, kamu dan Khalid pergi dan bawa Ali dan Zubair kepada ku supaya mereka boleh memberikan bai’ah kepada aku.’ Maka Umar masuk kerumah Fatima dan Khalid menunggu diluar. Umar berkata kepada Zubair: ‘Apa dengan pedang ini?’ Dia menjawab, ‘Saya telah membawanya untuk bai’ah kepada Ali.’ Umar merampas pedang itu dan membalingnya pada batu di dalam rumah dan merosakkannya. Kemudian dia membawanya keluar kepada Khalid. Umar masuk semula kedalam rumah, dimana terdapat ramai orang, termasuk Miqdad, dan semua Bani hashim. Kepada Ali dia berkata: ‘Bangun! Saya hendak membawa kamu kepada Abu Bakr. Kamu mesti memberi bai’ah kepadanya.’ Ali enggan. Umar mengheret dia kepada Khalid. Khalida dan Umar memaksa dia disepanjang jalan yang penuh sesak dengan manusia, yang memerhatikan trajidi ini. Apabila Fatima melihat gelagat Umar, dia bersama dengan beberapa wanita dari Bani Hashim [yang datang untuk menenteramkan dia] keluar. Mereka merayu dan menangis. Fatima pergi kemasjid dimana dia berkata dengan Abu Bakr: ‘Berapa cepatnya kamu telah mengenepikan ahli bayt nabi Allah. Saya bersumpah dengan Allah, saya tidak akan berkata-kata dengan engkau dan Umar sehingga saya bertemu dengan Allah.’ Fatima menunjukkan tidak setujunya yang amat sangat kepada Abu Bakr dan tidak berkata-kata dengannya disepanjang baki hidupnya.’ [Lihat sahih Bukhari, bahagian V dan VII]

10] Abu Walid Muhibu’d-Din Muhammad Bin Muhammad Bin Ash-Shahna Al-Hanafi (mati 815 H.), seorang dari ulama terkenal kamu, menulis di dalam bukunya Rauzatu’l-Manazir Fi Khabaru’l-Awa’il wa’l-Awakhir, berkaitan dengan peristiwa saqifa: ‘Umar datang kerumah Ali bersedia untuk membakarnya dengan segala isi yang ada di dalamnya. Umar berkata: ‘Masuklah kepada apa yang ummah telah masuk.’

11] Tabari di dalam Tarikh nya, jilid II, ms 443, menyatakan dari Ziyad bin Kalbi bahawa: ‘Talha, Zubair dan sebahagian dari Muhajirin ada di rumah Ali. Umar bin Khattab pergi kesana dan mendesak supaya mereka keluar. Jika mereka tidak keluar, dia kata, dia akan membakar rumah itu.’
12] Ibn Shahna, di dalam Hashiyya-e-Kamil of Ibn Athir, jilid XI, ms 112, menulis yang berkaitan dengan saqifa, bahawa: ‘Sebahagian dari para sahabat nabi danBani Hashim, Zubair, Atba bin Abi Lahab bin Sa’id bin As, Miqdad Bin Aswad Kindi, Salman Farsi, Abu Dharr Ghifari, Ammar Bin Yasir, Bara’a Bin Azib, and Ubai Bin Ka’b, enggan memberikan bai’ah kepada Abu Bakr. Mereka berkumpul dirumah Ali. Umar bin Khattab pergi kesana bermaksud untuk membakarnya. Fatima membanyah kepadanya. Umar berkata: ‘Masuklah dimana semuanya telah masuk.’
Ini tidak lain adalah contoh dari banyak lagi fakta sejarah yang dirakamkanoleh ahli sejarah kamu. Kejadian ini telah diketahui umum sehingga penyair-penyair lain telah menyebutnya. Seorang dari penyair itu, Hafiz Ibrahim dari Mesir, berkata di dalam syairnya di dalam memuji Umar: ‘Tidak ada manusia lain tetapi Abu Hafsa [Bapa Umar] yang mempunyai keberanian pada mengatakan kepada ketua Adnan [Ali] dan rakan-rakannya dengan berkata: ‘Jika kamu gagal untuk memberi bai’ah, saya akan membakar rumah kamu dan tidak akan meninggalkan walau seorang dari isi rumah yang hidup, walaupun Fatima.’

Hafiz: Kenyataan ini hanya menunjukkan bahawa mereka membawa andang api sekadar untuk menakutkan pihak yang menentang khalifa. Hanya cerita yang ditambahkan dari shia yang mengatakan rumah Ali dibakar, dan Fatima akhirnya mengalami keguguran.

KENYATAAN MENGENAI KEGUGURAN FATIMA.
Shirazi: Kamu hendaklah menbaca Kitab-e-Isbatu’l-Wasiyya, yang disusun oleh Abi’l-Hasan Ali Bin Husain Mas’udi, pengarang buku Muruju’dh-Dhahab. Dia menulis dengan mendalam mengenai kejadian pada hari itu: ‘Mereka mengepong Ali dan membakar pintu rumahnya. Mereka mengheret dia keluar dari rumah dan menekan wanita yang terutama, Fatima, diantara pintu dan dinding dengan kuatnya sehingga Muhsin, anak di dalam kandungannya mati keguguran.’
Shia tidak mengada-adakan perkara ini. Apa yang berlaku telah disimpan di dalam lembaran buku sejarah. Keguguran ini adalah satu fakta. Kamu boleh juga merujuk kepada Sharhe Nahju’l-Balagha, jilid III, ms 351. Ibn Abi’l-Hadid menulis bahawa dia memberitahu gurunya, Abu Jafar Naqib, bahawa apabila nabi telah diberitahu bahawa Hubbar bin Aswad telah menyerang anak perempuannya Zainab dengan batang tombak, dan dengan sebab itu dia telah mengalami keguguran, nabi telah membenarkan dia dijatuhkan hukuman mati. Abu Jafar berkata: ‘Jika nabi Allah masih hidup, dia pastinya akan menjatuhkan hukuman mati kepada dia yang telah menakutkan Fatima sehinggakan anaknya Muhsin mati di dalam keguguran.’

Hafiz: Saya tidak faham apakah ada baiknya untuk menyampaikan cerita yang sedemikian ini. Perkara yang seperti ini hanya membawa kepada perpecahan.

Shirazi: Kamu membantah kepada saya kerana menyampaikan fakta ini. Tetapi saya tidak membantah serangan dari penulis hasad yang telah menyimpangkan saudara kita yang tidak berpengetahuan, memanggil shia kafir dan mengatakan bahawa fakta ini adalah bikinan shia. Kami tidak mengatakan sesuatu mengenai Ali melebihi dari apa yang nabi telah katakan. Kami telah katakan kepada kamu semua pada malam yang lalu bahawa kami menganggap bahawa Ali adalah hamba Allah yang taat, yang dilantik Allah sebagai wazir dan juga pengganti kepada nabi. Kamu mengatakan tidak ada gunanya pada menyatakan fakta ini. Jika kamu tidak menimbulkan perkara ini, kita tidak akan membincangkannya. Jika kamu tidak mengatakan pada malam ini bahawa itu semua adalah kepercayaan shia dengan tidak ada apa yang tersembunyi padanya, maka saya dengan tiada keberatan akan memberitahu para pendengar bahawa ini adalah kepecayaan ulama sunni yang matang [tidak berat sebelah].

Nawab: Tuan yang dihormati, kami percaya bahawa Husain, yang syahid, adalah yang benar dan bahawa dia telah dibunuh secara kejam oleh pegawai Bani Umayya. Tetapi terdapat sebilangan manusia, terutama dari generasi yang muda, yang mengatakan bahawa peperangan Karbala adalah khusus ketenteraan, dan bukan peristiwa keagamaan. Telah dikatakan bahawa Husain bin Ali menuju ke Kufa di dalam mencari kekuasaan, dan adalah tanggong jawab setiap kerajaan pada membendong sebarang bahaya. Makanya Yazid menentang ancaman ini. Mereka telah meminta Imam yang mulia ini untuk memberikan bai’ahnya yang tidak berbelah bagi kepada khalifa Yazid, yang mana ketaatan kepadanya adalah wajib. Mereka menghendakkinya pergi ke Syria untuk tinggal di sana bersama khalifa secara terhormat atau pulang ketempat asalnya. Tetapi dia tidak mengikuti nasihat mereka maka akhirnya dia terbunuh. Mereka merumuskan bahawa sebarang peringatan untuk orang yang mementingkan dunia, yang telah terbunuh kerana mencintai kuasa, bukan sahaja tidak bermakna, tetapi sebagai satu bid’ah. Adakah kamu mempunyai jawapan pada maksud ini? Bagaimana kamu menyangkal tanggapan [ide] bahawa peperangan Karbala bukannya pergelutan politik?

Tuesday, July 5, 2011

Bai‘ah Ali a.s. dan para sahabatnya kepada Abu Bakr secara terpaksa daripada Kitab Sulaim b. Qais al-Hilali w.90 H


       Kemudian Umar berkata: Berdirilah wahai Ibn Abi Talib dan berilah bai‘ah. Ali a.s menjawab: Jika aku tidak melakukannya? Dia menjawab: Jika begitu, demi Allah! kami akan memenggal kepala anda. Ali a.s. telah memberi hujah kepada mereka sebanyak tiga kali, kemudian menghulurkan tangannya tanpa membuka tapak tangannya. Maka Abu Bakr pun memegang tangannya dan meridhai hal sedemikian.

       Ali a.s. telah menyeru sebelum memberi bai‘ah dalam keadaan tali terikat pada lehernya: Wahai Ibn Umm! Sesungguhnya mereka menindasku dan hampir membunuhku. Ada seseorang berkata kepada al-Zubair: Berilah bai‘ah, tetapi dia menolaknya. Lantas Umar, Khalid, al-Mughirah bin Syu‘bah telah bergegas ke hadapan orang ramai, lantas mereka merampas pedangnya dan memukulnya ke tanah sehingga mereka mematah dan mengucapkan talbiah kepadanya.

       Maka al-Zubair berkata dalam keadaan Umar menolak dadanya: Wahai Ibn Sahhak! Sekiranya pedang berada di tanganku, nescaya anda menjauhiku, kemudian diapun memberi bai‘ah. Salman berkata: Kemudian mereka telah membawaku dan memegang tengkukku dengan pantas sehingga mereka meninggalkannya seperti barang. Kemudian mereka memegang tanganku, lalu aku memberi bai‘ah secara terpaksa. Seterusnya Abu Dhar dan al-Miqdad juga telah memberi bai‘ah secara terpaksa.

       Tiada seorangpun yang telah memberi bai‘ah secara terpaksa selain daripada Ali a.s. dan kami berempat. Dan tiada seorangpun daripada kami yang begitu lantang selain daripada al-Zubair kerana dia berkata ketika memberi bai‘ah: Wahai Ibn Sahhak! Demi Allah! Sekiranya tiada mereka yang zalim membantu anda nescaya anda tidak akan datang kepadaku ketika pedangku berada di tanganku, kerana aku mengetahui anda adalah seorang yang pengecut dan keji. Tetapi anda mendapatkan orang yang zalim (thughat) bagi menguatkan kedudukan anda. Kata-kata itu menyebabkan Umar naik marah.

       Al-Zubair berkata lagi: Adakah anda masih ingat wahai Sahhak? Umar bertanya: Siapa Sahhak? Al-Zubair menjawab: Apakah yang menghalangku daripada menyebut Sahhak? Sahhak adalah seorang penzina wanita. Adakah anda mengingkarinya wahai Umar? Tidakah dia seorang hamba wanita daripada Habsyah kepunyaan datukku Abd al-Muttalib, kemudian datuk anda Nufail berzina dengannya, lalu melahirkan bapa anda al-Khattab? Selepas itu Abd al-Muttalib memberikannya kepada datuk anda selepas dia berzina denganya kemudian melahirkanya (al-Khattab). Sesungguhnya dia (al-Khattab) adalah hamba kepada datukku, adalah anak zina.[1] Lantas Abu Bakr mendamaikan di antara mereka berdua, lalu kedua-duanya dapat mengawal diri mereka.

Ucapan Salman al-Farisi selepas memberi bai‘ah secara terpaksa di majlis Abu Bakr

       Sulaim bin Qais berkata: Maka aku berkata kepada Salman: Wahai Salman! Adakah anda telah memberi bai‘ah kepada Abu Bakr tanpa berkata apa-apa? Beliau menjawab: Sesungguhnya aku telah berkata selepas memberi bai‘ah: Binasalah untuk kalian sepanjang masa. Adakah kalian mengetahui apa yang kalian lakukan untuk diri kalian? Kalian betul dari satu segi dan bersalah dari satu segi yang lain ? Kalian betul, kerana menepati sunnah orang sebelum kalian yang telah berpecah-belah dan berselisih faham.

       Dan kalian telah bersalah kerana menyalahi Sunnah Nabi kalian sehingga kalian mengeluarkan (sunnah) daripada galiannya dan keluarganya. Lantas Umar berkata: Wahai Salman! Justeru sahabat anda telah memberi bai‘ah dan anda sendiri telah memberi bai‘ah maka cakaplah apa sahaja yang anda mahu dan lakukanlah apa yang terlintas di hati anda. Dan biarlah sahabat anda berkata apa yang terlintas di hatinya.[2] Salman berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: “Sesungguhnya kepada anda dan sahabat anda yang anda bai‘ah kepadanya adalah seperti dosa-dosa umatnya sehingga Hari Kiamat dan seperti azab mereka semua”.

       Maka Umar berkata kepadanya: Katakanlah apa yang anda mahu. Tidakkah anda telah memberi bai‘ah? Allah tidak akan mententeramkan dua mata anda jika sahabat anda memegang jawatan khalifah. Maka Salman berkata: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya aku telah membaca beberapa kitab Allah yang diturunkan, bahawa anda dan nama anda, keturunan anda dan sifat anda adalah satu pintu daripada pintu-pintu Jahanam. Maka Umar berkata kepadaku: Katakanlah apa yang anda mahu. Tidakkah Allah telah menghilangkan daripada Ahl al-Bait yang kalian telah mengambil mereka sebagai tuhan (arbaban) selain daripada Allah?

       Aku berkata kepadanya: Aku naik saksi sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda dan aku telah bertanya kepadanya firman-Nya dalam Surah al-Fajr (89): 25-26 ‘‘Maka pada hari itu tiada seorangpun yang menyiksa seperti siksaaan Allah. Dan tiada seorangpun yang mengikat dengan rantai seperti ikatan Allah” Maka beliau memberitahuku bahawa andalah yang dimaksudkan.

       Maka Umar berkata kepadaku: Diam! Allah mendiamkan mulut anda wahai hamba anak lelaki orang yang tidak berkhatan. Lantas Ali a.s. berkata kepadaku: Aku bersumpah ke atas anda wahai Salman supaya diam. Salman berkata: Demi Allah! Sekiranya Ali a.s. tidak memerintahkanku supaya berdiam nescaya aku memberitahunya setiap ayat yang turun mengenainya dan setiap sesuatu yang aku mendengar daripada Rasulullah Saw. tentangnya dan sahabatnya (Abu Bakr). Manakala Umar melihatku dia berdiam seketika kemudian berkata: Anda terlalu mematuhinya!

       Apabila Abu Dhar dan al-Miqdad memberi bai‘ah dan mereka berdua tidak berkata apa-apa, Umar berkata: Wahai Salman! Tidakkah anda boleh menahan diri anda sebagaimana yang dilakukan oleh kedua-dua sahabat anda? Demi Allah! bahawa sesungguhnya anda bukanlah mencintai Ahl al-Bait ini lebih daripada mereka berdua dan bukan pula lebih membesarkan mereka daripada kedua-duanya.

       Sesungguhnya memadailah sebagaimana anda lihat mereka berdua telah memberi bai‘ah. Abu Dhar berkata: Adakah anda menghina kami kerana cinta kami kepada keluarga Muhammad dan membesarkan mereka? Allah melaknati dan Dia telah melakukannya kepada orang yang memusuhi mereka, membohongi mereka, menzalimi hak mereka, membuat orang ramai memandang rendah terhadap mereka dan mengembalikan umat ini mundur kebelakang.

       Umar berkata: Amin! Allah melaknati orang yang menzalimi hak mereka. Tidak! Demi Allah! mereka tidak mempunyai apa-apa hakpun. Malah manusia adalah sama. Abu Dhar berkata: (Jika begitu) Kenapa kalian bertengkar dengan kaum Ansar tentang hak mereka dan hujah mereka?[3]

Ucapan Ali a.s. selepas memberi bai‘ah secara terpaksa

       Ali a.s. berkata kepada Umar: Wahai Ibn Sahhak! Kami tidak mempunyai hak mengenainya malah ia untuk anda dan anak lelaki kepada wanita pemakan lalat (Abu Bakr). Umar berkata: Tahan diri anda sekarang juga wahai Abu al-Hasan! Kerana anda telah memberi bai‘ah. Lagipun orang ramai meridhai dengan sahabatku dan bukan dengan anda. Justeru itu apakah dosaku?

       Ali a.s. berkata: Tetapi Allah (SWT) dan Rasul-Nya tidak meridhai selain daripadaku. Lantaran itu, terimalah berita gembira untuk anda, sahabat anda dan sesiapa yang mengikut kalian berdua maka kemurkaan Allah, azab-Nya dan penghinaan-Nya[4].

       Celakalah anda (waila-ka) wahai Ibn al-Khattab! Adakah anda mengetahui dari manakah anda keluar, dari manakah anda masuk, apakah jenayah yang anda perlakukan ke atas diri anda dan sahabat anda? Maka Abu Bakr berkata: Wahai Umar! Tidakkah dia telah memberi bai‘ah kepada kita dan kita telah terselamat daripada kejahatannya, pembunuhannya dan ancamannya? Justeru itu, biarkan dia berkata apa yang dia mahu.

       Lalu Ali a.s. berkata: Aku tidak akan berkata melainkan satu perkara; aku mengingatkan kalian akan Allah, wahai kalian berempat (Salman, Abu Dhar, al-Zubair dan al-Miqdad) bahawa aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: “Sesungguhnya Tabut daripada api mengandungi dua belas lelaki. Enam terdiri daripada orang yang terdahulu dan enam lagi terdiri daripada orang yang terkemudian berada di Neraka Jahannam, peringkat terbawah, di dalam Tabut (peti besi) yang bertutup di atasnya dengan batu besar. Apabila Allah ingin memanaskan Neraka Jahannam, Dia akan membuka batu besar tersebut daripada Tabut. Lantas Neraka Jahanam menjadi lebih panas lagi”.
       Ali a.s. berkata: Aku telah bertanya kepada Rasulullah Saw. dan kalian menjadi saksi tentang enam orang yang terdahulu. Maka beliau berkata: Orang yang terdahulu adalah anak lelaki Adam yang telah membunuh saudaranya, ketua segala Fir‘aun yang telah berhujah dengan nabi Ibrahim tentang Tuhannya, dua lelaki daripada Bani Isra’il yang telah mengubah Kitab dan Sunnah mereka. Salah seorang daripada mereka mengyahudikan Yahudi, sementara seorang lagi menasranikan Nasrani, pembunuh unta betina (al-Naqah) dan pembunuh Nabi Yahya bin Zakaria.

       Adapun orang yang terkemudian adalah Dajjal dan lima orang yang membuat perjanjian di hadapan Ka‘bah (Ashab al-Sahifah) bagi menentang anda. Wahai saudaraku! mereka akan melahirkan penentangan ke atas anda selepasku; ini dan ini sehingga dia namakan mereka satu persatu kepada kami. Salman berkata: Maka kamipun berkata: Anda memang benar. Kami bersaksi sesungguhnya kami telah mendengar perkara itu daripada Rasulullah Saw.

       Uthman berkata: Wahai Abu al-Hasan! Adakah di sisi anda dan sahabat anda ada hadis mengenaiku? Ali a.s. menjawab: Ya. Aku telah mendengar Rasulullah Saw. melaknati anda. Kemudian Allah tidak akan mengampuninya selepas beliau melaknati anda. Lantas Uthman memarahinya dan berkata: Apa salahku dan anda? Janganlah anda meninggalkanku pada masa nabi dan selepasnya. Ali a.s. berkata: Ya, Allah telah menundukkan keangkuhan anda.

       Maka Uthman berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Al-Zubair akan dibunuh dalam keadaan murtad daripada agama Islam. Salman berkata: Ali a.s. telah berkata kepadaku ketika kami berdua: Benar apa yang telah dikatakan oleh Uthman tadi. Dia telah memberi bai‘ah kepadaku selepas pembunuhan Uthman tetapi dia telah menarik balik bai‘ahnya daripadaku. Justeru itu, dia telah dibunuh dalam keadaan murtad.
       Salman berkata: Maka Ali a.s. berkata lagi: Sesungguhnya orang ramai semuanya telah menjadi murtad selepas Rasulullah Saw. melainkan empat orang. Sesungguhnya orang ramai telah menjadi murtad selepas Rasulullah Saw. sepertilah kedudukan Harun dan orang yang mengikutinya dan kedudukan al-‘Ijl serta orang yang mengikutinya. Maka Ali a.s. diumpamakan seperti Harun dan al-Atiq (Abu Bakr) diumpamakan seperti al-‘Ijl, sementara Umar sepertilah al-Samiri.

       Dan aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: “Akan datang satu kaum daripada sahabatku yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisiku melalui al-Sirat. Apabila aku melihat mereka dan mereka melihatku, aku mengenali mereka dan mereka juga mengenaliku”. Tiba-tiba mereka dibawa begitu pantas daripadaku, maka akupun berkata: Wahai Tuhanku! (mereka itu) sahabatku, sahabatku. Maka dijawab: Anda tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka selepas anda. Mereka telah menjadi murtad kebelakang sebaik saja anda meninggalkan mereka”.

       Maka aku berkata: Mohon dijauhkan perkara tersebut! Dan aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: “Umatku akan mengikut sunnah Bani Isra’il sepenuhnya sehingga jika mereka memasuki lubang biawak sekalipun, mereka akan memasukinya bersama mereka,[5] kerana sesungguhnya Taurat dan al-Qur’an telah ditulis oleh seorang Malaikat dalam satu lembaran dengan satu penulisan. Lantaran itu, contoh-contoh dan sunnah-sunnah adalah sama”.


[1] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xxx, hlm. 98-99.

[2] Bandingkan, al-Tabari, Tarikh, iii, hlm. 198-20. Abu al-Fida’, Tarikh, hlm. 156-9.

[3] Lihat misalnya Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, hlm. 10-11.

[4]Abu Nu‘aim al-Isfahani, Hilyah al-Auliya, i, hlm. 66. al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, hlm. 72.

[5] Ibn Hanbal, Musnad, iii, hlm. 84,94.