Wednesday, July 6, 2011

Nasibi Terhadap Ahlu l-Bait A.S Adalah Lebih Jahat Daripada Orang Yang Meninggalkan Sembahyang.


72. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada Ali bin ‘Uqbah, daripada Umar bin Abban, daripada Abd al-Hamid al-Wabisyi, daripadaAbu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah berkata kepadanya bahawa bagi kami jiran yang mencabuli semua perkara yang haram sehingga dia meninggalkan solat lebih daripada yang lain? Maka beliau a.s berkata:
Subhanallah, aku akan memberitahu kepada kamu yang lebih besar daripada itu; orang yang lebih jahat daripadanya, aku berkata: Ya, beliau a.s berkata: Orang yang menentang kami (nasibi) adalah lebih
jahat daripadanya (al-Naasibu la-naa syarrun min-hu). Kerana tiada seorang hamba yang menyebutkan di sisinya Ahlu l- Bait Rasulullah s.a.w, lalu hatinya menjadi lembut, lantas malaikat menyapukan belakangnya dan mengampuni segala dosa-dosanya untuknya melainkan dia melakukan dosa yang mengeluarkannya daripada iman. Sesungguhnya syafaat akan diterima, tetapi syafaat nasibi tidak akan diterima (wa ma tuqbalu fi naasibin). Sesungguhnya seorang mukmin akan memberi syafaat kepada jirannya yang tidak mempunyai kebaikan. Dia berkata: Wahai Tuhanku, jiranku telah menahan kesakitan daripadaku, lalu dia memberi syafaat kepadanya.
 
Maka Allah berfirman: Aku adalah Tuhan kamu dan Aku adalah lebih berhak memberi syafaat kepada orang yang mempertahankan kamu, lalu Dia memasukkannya ke syurga tanpa kebaikan yang dilakukannya.
 
Seorang mukmin sekurang-kurangnya dapat memberi syafaat kepada tiga puluh orang, maka ketika itu ahli neraka berkata di dalam Surah al-Syu‘araa’ (26): 100-1 “Maka kami tidak mempunyai pemberi syafaat seorangpun dan tidak pula mempunyai teman yang akrab”.

No comments:

Post a Comment