Tuesday, July 5, 2011

Penyelewengan Ahlu s- Sunah


  
Pengenalan
 Perkataan “penyelewengan” bererti perbuatan menyeleweng, penyimpangan dari dasar, memisahkan seseorang dari hakikat pengajaran agama.  Sementara perkataan “ kesesatan” bererti perihal sesat. Dan “sesat” adalah tidak mengikuti jalan yang betul, tersalah jalan, terkeliru, menyimpan dari jalan yang benar ( dk, hlm. 1191).

Perkataan Dhalal (kesesatan) di dalam al-Qur’an dikaitkan kepada penderhakaan terhadap Allah (swt) dan Rasul-Nya, kerana menyalahi, menolak, mengubah, dan menangguhkan hukum-Nya. Firman-Nya “ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang  mendurhakai Allah dan Rasul-Nya (wa man ya ‘si Llaha wa Rasula-hu), maka ianya telah sesat (Dhalla) dengan  kesesatan yang nyata (Dhalalan)” (Al-Ahzab (33):35) dan ikutan (Taqlid) kepada orang yang mulia dan pembesar-pembesar yang melakukan perkara yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.)  Firman-Nya “ Mereka berkata: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati orang yang mulia kami dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan Engkau ( fa-adhallu-na s-Sabila)” (Al-Ahzab(33): 67)

Ini bererti sesiapa yang menyalahi, membelakangi, mengganti, membatalkan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya sama ada secara sukarela atau ikutan (taqlid) kepada orang yang mulia dan pembesar-pembesar mereka yang melakukan perkara tersebut dahulu dan sekarang (salaf dan khalaf) adalah termasuk golongan yang sesat atau menyeleweng dari Islam yang sebenar. Dan maksud “Islam yang sebenar” adalah Islam yang bertepatan dengan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Dan bukan sebaliknya.
           

  A. Penyelewengan dari sudut Akidah

Dikemukakan dibawah ini sebahagian dari penyelewengan Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah dari segi Akidah Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) seperti berikut.

1. Imam tidak maksum. Siapa sahaja boleh menjadi Imam sama ada orang yang zalim, fasiq, si jahil, pembohong, penipu, perampas, pembunuh, penzina, peliwat dan lain-lain. Ianya  menyeleweng daripada firman Tuhan “ Sesungguhnya aku menjadikan engkau Imam bagi manusia. Dia (Ibrahim) berkata: Semua zuriyatku? Dia berfirman: Janjiku tidak termasuk orang-orang yang zalim” (al-Baqarah(2):124). Lantaran itu orang yang zalim tidak boleh menjadi Imam. Tetapi Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah menyokong orang-orang yang zalim menjadi pemimpin dan kemaksuman mereka tidak perlu. Kemudian mereka mewajibkan orang ramai supaya mentaati pemimpin-pemimpin tersebut. Justeru itu mereka telah menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar:al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.). Lantaran itu mereka telah memisahkan agama dengan politik. Mereka percaya bahawa Rasulullah (Saw.) kurang tahu urusan dunia kerana beliau bersabda “Kalian lebih mengetahui urusan duniamu” (antum a‘lamu bi-umuri dunya-kum) (Muslim, Sahih , ii, hlm. 875).

2. Menolak ayat al-Qur’an mengenai pengumpulan  semula setiap umat satu kumpulan (Raj‘ah). Firman-Nya “Pada hari itu kami kumpulkan daripada setiap umat satu kumpulan (faujan) di kalangan mereka yang mendustakan ayat ayat kami, mereka akan dikumpulkan” (Al-Naml (27:83) Ayat ini jelas menunjukkan kebangkitan semula satu kumpulan pada setiap umat di kalangan mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah (swt), tetapi Ahlu s-Sunnah wa l-Jama’ah menolaknya. Justeru itu mereka yang menolak ayat inilah yang sesat atau menyeleweng dan bukan sebaliknya.

3. Berterus terang menyokong pemimpin-pemimpin yang zalim, tanpa berpura-pura. Dan menentang Mustadh‘afin, tanpa berpura-pura. Lantaran itu akidah mereka menyeleweng dari Firman-Nya “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, lantas kamu akan disambar oleh api neraka. Dan tidak ada bagimu wali selain daripada Allah ,kemudian kamu tiada mendapat pertolongan” (Hud (11):113).

4. Melebihkan taraf Abu Bakr dan Umar  daripada Allah(swt) dari segi pelaksanaan hukum. Mereka mempraktikkan sunnah Abu Bakr dan Umar yang berlawanan  dengan hukum Allah. Dan barangsiapa yang menyalahi sunnah mereka berdua dikira menyeleweng atau sesat dari Islam sebenar. Mereka maksudkan dengan Islam yang sebenar itu adalah Islam yang mematuhi sunnah Abu Bakr dan sunnah Umar sekalipun ianya bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.).

Ini bererti orang yang percaya dan mengamal keseluruhan hukum al-Qur’an adalah dikira sesat, dan menyeleweng dari Islam sebenar, kerana menolak sunnah Abu Bakr dan sunnah Umar. Kemudian mereka mengadakan program pemulihan atau  kemurnian akidah bagi memaksa orang ramai mentaati sunnah mereka berdua. Mereka jadikan Masa’il al-Mursalah, Maslahah, Ihsan Sadd dh-Dhara‘i‘, ijmak, ijtihad, dan Qiyas bagi membatal atau menukar atau mengubah hukum Allah (swt).

Kemudian mereka memberitahu orang-ramai perlakuan sedemikian adalah kerana menjaga maqasid asy-Syari‘ah, bukan menentang hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Orang ramai adalah jahil, lalu menerima fatwa mereka yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.). Mereka menyakinkan orang ramai bahawa perbuatan mereka tidak terkeluar dari roh Syari‘ah, pada hakikatnya terkeluar dari Syari‘ah Allah. Orang ramai menerimanya. Perkataan Syari‘ah yang digunakan oleh mereka pula bukan bererti al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) sahaja.

Malah menggunakan istilah-istilah lain untuk mengkaburkan hukum Allah dan Sunnah Rasulullah (Saw.) dari diamalkan. Umpamanya mereka mengatakan khalifah Umar tidak memberi saham Muallaf adalah untuk menjaga Maqasid asy Syari‘ah. Sepatutnya Maqasid asy-Syari‘ah adalah penerusan pemberian zakat kepada Muallaf, tetapi khalifah Umar telah menahan pemberian tersebut dengan alasan Muallaf tidak memerlukanya lagi. Mereka menyokong tindakan khalifah Umar yamg menyalahi al-Qur’an itu sebagai tindakan yang bijak dan memujinya pula. Sepatutnya mereka menjaga Maqasidu l-Qur’an yang meneruskan pemberian zakat kepada Muallaf, tetapi disebabkan mereka lebih meredhai sunnah Umar daripada hukum Allah, maka mereka mencari jalan bagi menutup kesalahannya.Dan kesalahannya pula menjadi sunnah atau hukum yang menangguh atau membatalkan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Sehingga sekarang mereka mempertahankan perbuatan atau sunnah Abu Bakr dan Umar meskipun ia bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.). Malah mereka memaksa orang ramai mengamalkan sunnah tersebut di dalam peribadatan mereka.

Justeru itu sesiapa yang percaya dan mengamalkan hukum al-Qur’an 100% akan dikira sesat atau menyeleweng  dari ajaran Islam yang sebenar kerana mereka  menolak sunnah khalifah Abu Bakr dan Umar yang menyalahi al-Qur’an. Jika sesiapa yang tidak menerima sunnah tersebut mereka  menganggapnya  terkeluar daripada agama Islam sebenar; menyeleweng  atau sesat, dan perlu kepada pemulihan atau pemurnian akidah kerana ia mengancam keselamatan negara. Sepatutnya mereka yang mengamalkan sunnah Abu Bakr dan Umar  yang bertentangan  dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) lebih perlu dipulihkan akidah mereka kepada  akidah al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) dengan meninggalkan sunnah mereka berdua. Tetapi percayalah bahawa mereka akan meneruskan sunnah Abu Bakr dan Umar yang menyalahi al-Qur’an.

Mereka tidak akan menyerah kepada hukum Allah sepenuhnya sebagaimana firman-Nya “Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah,dan taatlah kepada Rasul dan Uli l-Amri min-kum.Jika kamu bertelagah di dalam sesuatu perkara,maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan” (al-Nisa’ (4):59). Dan firman-Nya “Tidakkah kamu mengetahui bahawa mereka yang mendakwa bahawa mereka beriman kepada (al-Qur’an) yang diturunkan kepada engkau dan (kitab-kitab) yang diturunkan sebelum engkau; mereka hendak meminta hukum kepada Thaghut (berhala),sedangkan mereka diperintahkan supaya menentang thaghut.Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh” (al-Nisa’ (4): 60). Justeru itu ajaran Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah adalah menyeleweng dari ajaran al-Qur’an.

5. Melebihkan taraf Abu Bakr dan Umar  daripada Rasulullah (Saw.) dari segi pelaksanaan hukum. Mereka lebih mentaati sunnah Abu Bakr dan sunnah Umar daripada sunnah Rasulullah (Saw.) Sebaliknya mereka menyesatkan orang yang tidak mentaati sunnah mereka berdua sekalipun bertentangan dengan sunnah Rasulullah (Saw.). Jika sesiapa mengamalkan Sunnah Rasulullah 100% adalah dikira sesat, dan menyeleweng dari Islam yang sebenar, oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah kerana menolak sunnah Abu Bakr dan sunnah Umar yang menyalahi sunnah Rasulullah (Saw.). Mereka percaya bahawa khalifah Abu Bakr dan Umar lebih mengetahui daripada Rasulullah (Saw.).

Lantaran itu mereka menggunakan istilah-istilah Masalih Mursalah, Maslahah, Ihsan, Maqasidu sy-Syari‘ah, ijtihad dan lain-lain bagi membatalkan atau menangguh atau menggantikan sebahagian Sunnah Rasulullah (Saw.). Justeru itu mereka menyalahi Firman-Nya“ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah(hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang  mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab (33):35)

Firman-Nya “Tidak, demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka,kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau, dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya” (Al-Nisa’(4):65) Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir” (al-Ma ‘idah (5):44)

Dan firman-Nya “Barang siapa yang menentang Rasul,sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang-orang Mukmin, maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam. Itulah sejahat-jahat tempat kembali” (Al-Nisa ‘(4);115)

6. Mengharamkan nikah Mut‘ah yang dihalalkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kerana Umar mengharamkannya. Dengan pengharaman tersebut banyak gejala masyarakat timbul dan tidak dapat di atasi. Lantaran itu kita dapati di dalam masyarakat Ahlu s-Sunnah wa l–Jama‘ah perzinayan, perogolan banyak berlaku. Terdapat bapa berzina dengan anak perempuannya, iparnya, ibu saudaranya, adik perempuannya, datuk pula merogol cucu perempuannya serta cicitnya dan lain-lain. Bayi luar nikah dibuang begitu sahaja. Oleh itu tidak hairanlah jika Imam Ali a.s berkata: “perzinayan yang berlaku, adalah ekoran pengharaman nikah Mut‘ah”.  Mereka mentaati Umar lebih dari mentaati Allah (swt) dan Rasul-Nya dari segi pelaksanaan hukum. Al-Suyuti berkata: Umarlah orang pertama yang mengharamkan nikah Mut‘ah (Tarikh al-Khulafa’, hlm.137)  Kenyataan al-Suyuti bererti:

a)  Nikah mut'ah adalah halal menurut Islam.
b) Khalifah Umarlah yang mengharamkan nikah mut'ah yang telah dihalalkan pada masa Rasulullah (Saw.), khalifah Abu Bakar dan pada masa permulaan zaman khalifah Umar.
c) Umar mempunyai kuasa veto yang boleh memansuhkan atau membatalkan hukum nikah mut'ah sekalipun ianya halal di sisi Allah dan Rasul-Nya. Al-Suyuti seorang Mujaddid Ahlil Sunnah abad ke-6 Hijrah mempercayai bahawa nikah mut'ah adalah halal, kerana pengharamannya adalah dilakukan oleh Umar dan bukan oleh Allah dan RasulNya.Kenyataan al-Suyuti adalah berdasarkan kepada al-Qur'an dan kata-kata Umar sendiri.

Al-Suyuti seorang Mujaddid Ahlil Sunnah abad ke-6 Hijrah mempercayai bahawa nikah mut'ah adalah halal, kerana pengharamannya adalah dilakukan oleh Umar dan bukan oleh Allah dan RasulNya.Kenyataan al-Suyuti adalah berdasarkan kepada al-Qur'an dan kata-kata Umar sendiri.

7. Khalifah tidak diwasiatkan oleh Rasulullah saw,tetapi khalifah Abu Bakr telah berwasiat kepada Umar, dan Umar telah berwasiat kepada Uthman  secara tersusun. Lantaran itu Abu Bakr tidak mentaati Rasulullah saw kerana  meninggalkan wasiat, begitu juga Umar. Sebenarnya Rasulullah saw telah berwasiat kepada Ali a.s. “Siapa yang telah menjadikan aku maulanya , maka Ali adalah maulanya” Lantaran itu Ali dan sebelas para imam Ahlu l-Bait Rasulullah saw menuntutnya.

Lantaran itu, jika mereka mendakwa Rasulullah tidak meninggalkan wasiat, tetapi mereka berdua telah berwasiat, bererti mereka telah menyalahi Sunnah Rasulullah saw yang tidak berwasiat menurut pendapat mereka.Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Rasulullah saw.Dan jika Rasulullah saw telah berwasiat-tentu beliau berwasiat-Mereka juga telah menyalahi Sunnah Rasulullah saw, kerana beliau telah berwasiatkan kepada Ali, Hasan, Husain sehinggalah kepada Imam al-Mahdi a.s. dan bukan kepada mereka berdua. (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm.124-5) Justeru itu Ahlu s-Sunnah yang menolak hadis Imam Dua Belas sepatutnya  meneleweng,  bukan Syi‘ah yang mempercayainya.

8. Tidak memahami  konsep ilmu Allah tentang al-Bada’ di dalam konteks “Dia menghapuskan apa  yang dikehendaki dan menetapkan(yamhu Llahu ma yasya‘ wa yuthbit) dan di sisi-Nya Ummu l-Kitab’ (al-Ra‘d (13):39) Dan firman-Nya “ Kami tidak mengubah mana mana ayat ( ma nansakhu min ayatin) atau kami lupakan(kepada kamu) kami datangkan (gantiannya) dengan lebih baik daripadanya (na’ti bi-kharin min-ha) atau yang seumpamanya ( au mithli-ha)” (Al-Baqarah(2):106) Oleh itu, Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah tidak memahami konsep  al- Bada’, nasikh dan mansukh sehingga mereka mempercayai  bahawa Abu Bakr dan Umar  boleh membatalkan atau mengubah hukum Allah dan Sunnah Rasulullah (Saw.) dengan alasan maslahah, lalu memtaati mereka berdua.

9. Tidak mempercayai Muhammad bin Hasan al-Askari sebagai imam al-Mahdi al-Muntazar. Sikap penentangan ini semata-mata penentangan mereka terhadap  hadis  Dua Belas Imam (al-Qunduzi l-Hanafi, Yanabi ‘ al-Mawaddah, hlm.148-9)

10. Memartabatkan majoriti para sahabat Nabi (Saw.) yang telah menjadi kafir-murtad dengan sendiri. Sedangkan Rasulullah (Saw.) mengatakan bahawa majoriti mereka  telah menjadi kafir murtad selepas kewafatannya, kerana mereka telah mengubah  atau membatalkan hukum Allah dan Sunnah Rasulullah (Saw.). Hanya sedikit sahaja bilangan mereka terselamat. Syi‘ah tidak mengkafirkan mereka tetapi al-Bukhari dan Muslim telah mencatat di dalam Sahih Sahih  mereka mengenai perkara tersebut. 

                                                                                               I
    Definisi kekafiran

Perkataan “kekafiran” adalah pecahan daripada perkataan “kafir”. Menurut Kamus Dewan, perkataan “kekafiran” memberi pengertian sifat-sifat kafir.Dan kafir adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya Sementara perkataan “mengkafir atau mengafir” bererti menganggap kafir atau mengatakan kafir . Perkataan “murtad” bererti seorang keluar daripada agamanya, tidak setia kepada agamanya (Kamus Dewan, hlm. 846) Justeru itu orang Islam yang menjadi kafir atau murtad adalah orang yang keluar agama Islam.

Kajian mengenai para sahabat yang telah menjadi kafir-murtad selepas kewafatan Nabi (Saw.) amat mencemaskan, tetapi ianya suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun kerana ia telah dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka di mana kedua dua kitab tersebut dinilai sebagai kitab yang paling Sahih selepas al-Qur’an oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sendiri. Di samping itu ia juga telah dicatat oleh pengumpul-pengumpul Hadis daripada mazhab Ahlu l-Bait(a.s) di dalam buku-buku mereka.

Amatlah dikesali bahawa kaum Wahabi yang menyamar sebagai Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sentiasa menyamarakkan sentimen anti Syi‘ah dengan slogan “Syi‘ah mengkafirkan para sahabat” bagi mendapatkan sokongan orang ramai kepada gerakan mereka.Walau bagaimanapun rencana ringkas ini sekadar mendedahkan hakikat sebenar  bagi menjawab tuduhan tersebut, dan tidak sekali-kali bertujuan meresahkan kaum Muslimin di rantau ini.

Sekiranya al-Bukhari dan Muslim telah mencatat kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi (Saw.) di dalam Sahih-Sahih mereka, kenapa kita menolaknya dan melemparkan kemarahan kepada orang lain pula? Dan jika mereka berdua berbohong, merekalah yang berdosa dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah (swt) Dan jika kita Ahlu s-Sunnah Nabi (Saw.), nescaya kita menerimanya. Jika tidak, kitalah Ahli anti Sunnah atau Hadis Nabi (Saw.)

      Definisi sahabat
Berbagai pendapat mengenai definisi sahabat telah dikemukakan. Ada pendapat yang mengatakan: "Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi (Saw.) atau melihatnya daripada orang-orang Islam, maka ia adalah daripada para sahabatnya."

Definisi inilah yang dipegang oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya (al-Bukhari, Sahih, v, hlm.1). Sementara gurunya Ali bin al-Madini berpendapat: Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi (Saw.) atau melihatnya, sekalipun satu jam di siang hari, adalah sahabatnya (Ibid). Manakala al-Zain al-Iraqi berkata: "Sahabat adalah sesiapa yang berjumpa dengan Nabi sebagai seorang Muslim, kemudian mati di dalam Islam." Said bin Musayyab berpendapat: "Sesiapa yang tinggal bersama Nabi selama satu tahun atau berperang bersamanya satu peperangan."

Pendapat ini tidak boleh dilaksanakan kerana ianya mengeluarkan sahabat-sahabat yang tinggal kurang daripada satu tahun bersama Nabi (Saw.) dan sahabat-sahabat yang tidak ikut berperang bersamanya.Ibn Hajar berkata: "Definisi tersebut tidak boleh diterima (Ibn Hajr, Fath al-Bari, viii, hlm.1)

Ibn al-Hajib menceritakan pendapat 'Umru bin Yahya yang mensyaratkan seorang itu tinggal bersama Nabi (Saw.) dalam masa yang lama dan "mengambil (hadith) daripadanya (Syarh al-Fiqh al-‘Iraqi, hlm.4-3) Ada juga pendapat yang mengatakan: "Sahabat adalah orang Muslim yang melihat Nabi (Saw.) dalam masa yang pendek(Ibid).
                                                                  
                  Kedudukan para sahabat

Kedudukan para sahabat di bahagikan kepada tiga:
1. Sahabat semuanya adil dan mereka adalah para mujtahid. Ini adalah pendapat Ahlu s- Sunnah wa l-Jama‘ah.

2. Sahabat seperti orang lain, ada yang adil dan ada yang fasiq kerana mereka dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Justeru itu yang baik diberi ganjaran kerana kebaikannya. Sebaliknya yang jahat dibalas dengan kejahatannya. Ini adalah pendapat mazhab Ahlu l-Bait Rasulullah (Saw.) atau Syi‘ah atau Imam Dua belas.

3. Semua sahabat adalah kafir-semoga dijauhi Allah-Ini adalah pendapat Khawarij yang terkeluar daripada Islam.
                                                                                            II

Dikemukan dibawah ini lima hadis daripada Sahih al-Bukhari (Al-Bukhari, Sahih, (Arabic-English), by Dr.Muhammad Muhammad Muhsin Khan, Islamic University, Medina al-Munawwara, Kazi Publications, Chicago, USA1987, jilid viii, hlm.378-384 (Kitab ar-Riqaq,bab fi l-Haudh)dan enam hadis dari Sahih Muslim Muslim, Sahih, edisi Muhammad Fuad  ‘Abdu l-Baqi, Cairo, 1339H,
         
                                                      Terjemahan hadis-hadis dari Sahih al-Bukhari


1. Hadis no. 578. Daripada Abdullah bahawa Nabi(Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh dan sebahagian daripada kamu akan dibawa di hadapanku.Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku.Aku akan bersabda: wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi). Maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)

2. Hadis no. 584. Daripada Anas daripada Nabi (Saw.) bersabda: Sebahagian daripada sahabatku akan datang kepadaku di Haudh (Sungai atau Kolam Susu) sehingga aku mengenali mereka, lantas mereka dibawa jauh daripadaku. Kemudian aku akan bersabda:Para sahabatku (ashabi)! Maka dia (Malaikat) berkata: Anda tidak mengetahui apa yang lakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la adri ma ahdathu ba‘da-ka)

3. Hadis no. 585. Abu Hazim daripada Sahl bin Sa‘d daripada Nabi (Saw.) Nabi (Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan siapa yang akan melaluinya akan miminumnya. Dan siapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya.Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku kenali,dan mereka juga mengenaliku.Kemudian dihalang di antaraku dan mereka. Abu Hazim berkata : Nu‘man bin Abi  ‘Iyasy berkata selepas mendengarku: Adakah anda telah  mendengar  sedemikian daripada Sahl? Aku menjawab: Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa‘id al-Khudri berkata perkara yang sama, malah dia menambah: Nabi (Saw.) bersabda: Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripadaku (ashabi). Maka dijawab: “Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka Aku akan bersabda:Jauh!Jauh! (daripada rahmat Allah)  atau ke Neraka mereka yang telah mengubah atau menukarkan (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (suhqan suhqan li-man ghayyara ba‘di)

           Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah (Saw.) bersabda: Sekumpulan daripada para sahabatku akan datang kepadaku di Hari Kiamat. Kemudian mereka akan diusir jauh dari Haudh.Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku!mereka itu adalah para sahabatku (ashabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa  yang mereka lakukan selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la  ‘ilma la-ka bima ahdathu ba‘da-ka) Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad kebelakang (irtaddu  ‘ala a‘qabi-bi-himu l-Qahqariyy)

4. Hadis no. 586. Daripada Ibn Musayyab bahawa Nabi (Saw.) bersabda: Sebahagian daripada para sahabatku akan mendatangiku di Haudh, dan mereka akan dipisahkan dari Haudh.Maka aku berkata:Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku (ashabi), maka akan dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka.Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad ke belakang selepas anda meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba ‘da-ka  ‘ala Adbari-ka l-Qahqariyy)

5.Hadis no.587. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (Saw.)bersabda: Manakala aku sedang tidur, tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang kepadaku. Apabila aku mengenali mereka,tiba-tiba seorang lelaki (Malaikat) keluar di antara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka : Datang kemari.Aku bertanya kepadanya: Ke mana? Dia menjawab: Ke Neraka,demi Allah. Aku pun bertanya lagi: Apakah kesalahan mereka? Dia menjawab: Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka( inna-hum irtaddu ba‘da-ka  ‘ala Adbari-himi l-Qahqariyy). Justeru itu aku tidak melihat mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang tersesat atau terbiar daripada pengembalanya (fala ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu hamali n-Na‘ am).

                                                         Terjemahan hadis-hadis dari Sahih Muslim

1. Hadis no.26. (2290) Daripada Abi Hazim berkata: Aku telah mendengar Sahlan berkata:Aku telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh.Siapa yang melaluinya, dia akan meminumnya. Dan siapa yang meminumnya, dia tidak akan dahaga selama-lamanya.Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku (para sahabatku). Kemudian dipisahkan di antaraku dan mereka.Abu Hazim berkata: Nu‘man bin Abi ‘Iyasy telah mendengarnya dan aku telah memberitahu mereka tentang Hadis ini. Maka dia berkata:Adakah anda telah mendengar Sahlan berkata sedemikian? Dia berkata: Ya.

(2291) Dia berkata: Aku naik saksi  bahawa aku telah mendengar Abu Sa‘id al-Khudri menambah: Dia berkata: Sesungguhnya mereka itu adalah daripadaku (inna-hum min-ni). Dan dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka). Maka aku (Nabi (Saw.) bersabda: Jauh !Jauh! (daripada rahmat Allah)/ke Neraka mereka yang telah mengubah atau menukarkan (hukum Tuhanku dan Sunnahku) selepasku (Suhqan suhqan li-man baddala ba‘di)

2. Hadis no.27 (2293) Dia berkata:Asma‘ binti Abu Bakr berkata: Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya aku akan berada di Haudh sehingga aku melihat mereka yang datang kepadaku dikalangan kamu (man yaridu  ‘alayya min-kum). Dan mereka akan ditarik dengan pantas (daripadaku), maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu daripada (para sahabat)ku dan daripada umatku. Dijawab: Tidakkah anda merasai atau menyedari apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (amma sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka)? Demi Allah, mereka sentiasa mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) selepas anda meninggalkan mereka (Wa Llahi!Ma barihu ba‘da-ka yarji‘un  ‘ala a‘qabi-him)Dia berkata:Ibn Abi Mulaikah berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kami memohon perlindungan daripadaMu supaya kami tidak mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) atau kami difitnahkan tentang agama kami”

3. Hadis no. 28. (2294) Daripada  ‘Aisyah berkata: Aku telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda ketika beliau berada di kalangan para sahabatnya (ashabi-hi): Aku akan menunggu mereka di kalangan kamu yang akan datang kepadaku. Demi Allah! Mereka akan ditarik dengan pantas dariku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah daripada (para sahabat) ku dan daripada umatku. Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma  ‘amilu ba‘da-ka). Mereka sentiasa mengundur ke belakang(kembali kepada kekafiran) (Ma zalu yarji‘un ‘ala a‘qabi-him)

4. Hadis no.29 (2295) Daripada Abdullah bin Rafi‘; Maula Ummi Salmah; isteri Nabi (Saw.)Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya aku akan mendahului kamu di Haudh. Tidak seorang daripada kamu(para sahabatku) akan datang kepadaku sehingga dia akan dihalau/diusir daripadaku(fa-yudhabbu ‘anni) sebagaimana  dihalau/diusir unta yang tersesat (ka-ma yudhabbu l-Ba‘iru dh-Dhallu). Aku akan bersabda: Apakah salahnya?  Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)Maka aku bersabda:Jauh! (daripada  rahmat Allah) (suhqan).

5. Hadis no.32 (2297) Daripada Abdillah, Rasulullah (Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan aku akan bertelagah dengan mereka (aqwaman). Kemudian aku akan menguasai mereka.Maka aku bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku.Mereka itu adalah para sahabatku (Ya Rabb! Ashabi, ashabi). Lantas dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)

6. Hadis no.40. (2304) Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi (Saw.) bersabda: Akan datang kepadaku di Haudh beberapa lelaki (rijalun) daripada mereka yang telah bersahabat denganku (mimman sahabani) sehingga aku melihat mereka diangkat kepadaku.Kemudian mereka dipisahkan daripadaku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku. Mereka adalah para sahabatku (Usaihabi) Akan dijawab kepadaku: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka).

  Perkataan-perkataan yang penting di dalam hadis-hadis tersebut.

Daripada hadis-hadis di atas kita dapati al-Bukhari telah menyebut perkataan:
a. Ashabi (para sahabatku) secara literal sebanyak empat kali
b. Inna-ka la tadri atau la  ‘ilma la-ka ma ahdathu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) sebanyak tiga kali. Perkataan ahdathu bererti mereka telah melakukan bid‘ah-bid‘ah atau inovasi yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah nabi (Saw.).
c. Inna-hum  Irtaddu (Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad) sebanyak empat kali.
d. Suhqan suhqan li-man gyayara ba‘di (Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) atau ke Nerakalah mereka yang telah mengubah atau menukarkan-hukum Tuhanku dan Sunnahku- selepasku) satu kali. Perkataan “Ghayyara” bererti mengubah atau menukarkan hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
e. Fala arahu yakhlusu minhum mithlu hamali n-Na‘am (Aku tidak fikir mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang tersesat atau terbiar daripada pengembalanya) satu kali.

Sementara Muslim telah menyebut perkataan:

a. Ashabi (para sahabatku) secara literal satu kali.
b. Ashabi-hi (para sahabatnya) satu kali,
c. Sahaba-ni ( bersahabat denganku) satu kali
d. Usaihabi (para sahabatku) dua kali.
e. Innaka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka (sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga kali.
f. Inna-ka la tadri atau sya‘arta ma  ‘amilu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui atau menyedari apa yang dilakukan (ma ‘amilu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga kali . Perkataan “Ma ‘amilu” (Apa yang dilakukan oleh mereka) adalah amalan-amalan yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
g. Ma barihu atau Ma zalu Yarji‘un  ‘ala a‘qabi-him (mereka sentiasa kembali kepada kekafiran) dua kali
h. Suhqan suhqan li-man baddala  ba‘di (Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) atau  ke 

Nerakalah mereka yang telah mengganti atau  mengubah atau  menukar-hukum Tuhanku dan Sunnahku- selepasku) satu kali. Perkataan “Baddala” bererti mengganti atau mengubah atau menukar hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
Justeru itu sebab-sebab  mereka menjadi kafir-murtad menurut al-Bukhari dan Muslim adalah kerana mereka:
(1)  Ahdathu=Irtaddu atau  yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(2) ‘Amilu   =Irtaddu atau  yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(3) Ghayyaru=Irtaddu atau  yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(4) Baddalu=Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him

                                                                                           III

Ini bererti mereka yang telah mengubah hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya dilaknati(mal‘unin). Lantaran itu sebarang justifikasi (tabrirat) seperti Maslahah, Masalihu l-Mursalah, Saddu dh-Dhara’i‘, Maqasidu sy-Syari‘ah‘, dan sebagainya bagi mengubah atau menukar atau menangguh atau membatalkan sebahagian hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya adalah bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.). Jika mereka terus melakukan sedemikian, maka mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (Saw.), malah mereka adalah Ahli anti Sunnah nabi (Saw.)

Sebab utama yang membawa mereka menjadi kafir-murtad (Irtaddu atau La yazalun yarji‘un ‘ala  a‘qabi-him) di dalan hadis-hadis tersebut adalah kerana mereka telah mengubah sebahagian hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya (baddalu wa ghayyaru) dengan melakukan berbagai bid‘ah (ahdathu)  dan amalan-amalan (‘amilu) yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.). Perkara yang sama akan berlaku kepada kita di abad ini jika kita melakukan perkara yang sama. Menurut al-Bukhari dan Muslim,hanya sebilangan kecil daripada mereka terselamat seperti bilangan unta yang tersesat atau terbiar (mithlu hamali n-Na‘am). Justeru itu konsep keadilan semua para sahabat yang diciptakan oleh Abu l-Hasan al-Asy‘ari (al-Asy‘ari, al-Ibanah, cairo, 1958, hlm.12) dan dijadikan akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah adalah bertentangan dengan hadis-hadis tersebut.

Walau bagaimanapun hadis-hadis tersebut adalah bertepatan dengan firma-Nya di dalam Surah al-Saba’ (34):131 “Dan sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur”, firman-Nya di dalam Surah Yusuf (12):103 “Dan kebanyakan manusia bukanlah orang-orang yang beriman, meskipun engkau harapkan”, dan firman-Nya di dalam Surah Sad (38):24 “Melainkan orang-orang yang beriman,dan beramal salih, tetapi sedikit (bilangan) mereka” Dia berfirman kepada Nuh di dalam Surah hud (11):40 “ Dan tiadalah beriman bersamanya melainkan sedikit sahaja.” Mukminun adalah sedikit.Justeru itu tidak hairanlah jika di kalangan Para sahabat ada yang telah mengubah Sunnah Nabi (Saw.), tidak meredhai keputusan yang dibuat oleh Nabi (Saw.) Malah mereka menuduh beliau melakukannya kerana kepentingan diri sendiri dan bukan kerana Allah (swt).

Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, hlm. 47 bab al-Sabr 'Ala al-Adha meriwayatkan bahawa al-A'masy telah memberitahu kami bahawa dia berkata: "Aku mendengar Syaqiq berkata: "Abdullah berkata: Suatu hari Nabi (Saw.) telah membahagikan-bahagikan sesuatu kepada para sahabatnya sebagaimana biasa dilakukannya. Tiba-tiba seorang Ansar mengkritiknya seraya berkata: "Sesungguhnya pembahagian ini bukanlah kerana Allah (swt).Akupun berkata kepadanya bahawa aku akan memberitahu Nabi (Saw.) mengenai kata-katanya. Akupun mendatangi beliau ketika itu beliau berada bersama para sahabatnya. Lalu aku memberitahukan beliau apa yang berlaku. Tiba-tiba mukanya berubah dan menjadi marah sehingga aku menyesal memberitahukannya. Kemudian beliau bersabda:"Musa disakiti lebih dari itu tetapi beliau bersabar."

Perhatikanlah bagaimana perlakuan (ma ‘amilu) sahabat terhadap Nabi (Saw.)! Tidakkah apa yang diucapkan oleh Nabi (Saw.)  itu adalah wahyu? Tidakkah keputusan Nabi (Saw.)  itu harus ditaati? Tetapi mereka tidak mentaatinya kerana mereka tidak mempercayai kemaksuman Nabi (Saw.).

Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, Kitab al-Adab bab Man lam yuwajih al-Nas bi l-'Itab berkata: "Aisyah berkata: Nabi (Saw.)  pernah melakukan sesuatu kemudian membenarkan para sahabat untuk melakukannya. Tetapi sebahagian para sahabat tidak melakukannya. Kemudian berita ini sampai kepada Nabi (Saw.), maka beliau memberi khutbah memuji Allah kemudian bersabda: "Kenapa mereka menjauhi dari melakukannya perkara yang aku melakukannnya. Demi Allah, sesungguhnya aku lebih mengetahui dari mereka tentang Allah dan lebih takut kepadaNya dari mereka."

Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya Jilid IV, hlm. 49 bab al-Tabassum wa al-Dhahak (senyum dan ketawa) meriwayatkan bahawa Anas bin Malik telah memberitahukan kami bahawa dia berkata: "Aku berjalan bersama Rasulullah (Saw.) di waktu itu beliau memakai burdah (pakaian) Najrani yang tebal. Tiba-tiba datang seorang Badwi lalu menarik pakaian Nabi (Saw.) dengan kuat." Anas berkata: "Aku melihat kulit leher Nabi (Saw.) menjadi lebam akibat tarikan kuat yang dilakukan oleh Badwi tersebut. Kemudian dia (Badwi) berkata: Wahai Muhammad! Berikan kepadaku sebahagian dari harta Allah yang berada di sisi anda. Maka Nabi (Saw.) berpaling kepadanya dan ketawa lalu menyuruh sahabatnya supaya memberikan kepadanya."
Di kalangan mereka ada yang telah menghina Nabi (Saw.)dan  mempersendakan Nabi (Saw.) dengan mengatakan bahawa Nabi (Saw.) “Sedang meracau”  di hadapan Nabi (Saw.) “ Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi (Saw.)” .( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) “Sunnah Nabi (Saw.) mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada Umat [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I , hlm.3]” “ Mereka telah mengepung dan membakar rumah anak perempuan Nabi (Saw.) Fatimah (a.s) dan berkata: "Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar. "[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida”, Tarikh, I, hlm. 156]  merampas Fadak daripada Fatimah (a.s) yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi (Saw.) semasa hidupnya (Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II, hlm.14; Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa', III, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79, 92), menyakiti hati Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain, kerana Rasulullah (Saw.) bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku , dia menyakiti Allah”  “Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku, dan siapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah”  “al-Hasan dan al-Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga”  (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 129-131 dan lain-lain).

Mereka telah membakar Sunnah Nabi (Saw.) (Ibn Sa'd, Tabaqat, V , hlm. 140), “ menghalang orang ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi (Saw.) " [al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 7], mengesyaki Nabi (Saw.) sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan [Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111],  mengubah sebahagian hukum Allah dan sunnah Nabi (Saw.) (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’ hlm.136)

Al-Bukhari meriwayatkan bahawa al-Musayyab berkata: Aku berjumpa al-Barra’ bin ‘Azib (r.a), lalu aku berkata: Alangkah beruntungnya anda kerana anda telah bersahabat (Sahabta) dengan Nabi (Saw.) dan membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai anak saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang kami lakukan (Ahdathna-hu) selepasnya (al-Bukari, Sahih, v, hlm.343 (Hadis no.488 )

Kesemua hadis-hadis tersebut adalah menepati ayat al-Inqilab firman-Nya di dalam Surah Ali Imran (3): 144: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang (murtad), maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan Allah  akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur." Dan bilangan yang sedikit sahaja yang "terselamat" adalah menepati firman-Nya di dalam Surah Saba' (34): 13: "Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang berterima kasih."
      
                                                                                       Kesimpulan

Kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi (Saw.) sebagaimana dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka amat menakutkan  sekali. Dan ianya menyalahi akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah yang menegaskan bahawa semua para sahabat adalah adil (kebal). Lantaran itu mana-mana Muslim sama ada dia seorang yang bergelar sahabat, tabi‘i, mufti, kadi  dan kita sendiri, tidak boleh mengubah atau  menangguhkan atau melanggar atau  membatalkan mana-mana hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya dengan alasan Maqasidu sy-Syari‘ah, Maslahah, dan sebagainya. Kerana Allah dan Rasul-Nya tidak akan meridhai perbuatan tersebut. Firman-Nya“ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang  mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):35)

Firman-Nya “Tidak ,demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau,dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya” (Al-Nisa’(4): 65) Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir” (al-Ma ‘idah(5):44)

Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”(al-Ma ‘idah(5):45) Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq”(al-Ma‘idah(5):47)

Dan firman-Nya “Barang siapa yang menentang Rasul,sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang-orang Mukmin,maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam.Itulah sejahat-jahat tempat kembali” (Al-Nisa ‘(4);115)
 Semoga semua orang Islam sama ada sahabat atau tidak, dahulu dan sekarang, akan diampun dosa mereka dan dimasukkan ke dalam Syurga-Nya. Amin.

11. Membuang perkataan “Hayya  ‘ala khairi l ‘amal ” di dalam azan dan iqamah, dan menambah “al-Salatu kharun mina-n-Naum” di dalam azan subuh. (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, hlm.137 dll.). Mereka melakukan Dua Syahadat bukan di dalam ertikata yang sebenar, kerana mereka menjadikan sunnah Abu Bakr dan sunnah Umar lebih tinggi dari hukum Allah dan Sunnah Muhammah (Saw.). Sementara Syi‘ah Ja‘fariyyah atau Imam Dua Belas atau Mazhab Ahlu l-Bait (a.s) Dua Syahadat di dalam ertikata yang sebenar. Mereka tidak menjadikan sunnah Abu Bakr dan Umar lebih tinggi dari hukum Allah dan Rasul-Nya dari segi pelaksanaan.

Sementara ungkapan “penyaksian mereka bahawa Ali adalah wali Allah” disebutkan di dalam azan dan iqamah  oleh sebahagian Syi‘ah,  tetapi mereka tidak menjadikannya  sebahagian dari azan dan iqamah. Mereka menyebutnya kerana mengisytiharkan bahawa Ali adalah wali Allah”. Umpamanya Ayatullah al-Khoei tidak  menyebutnya di dalam azan dan iqamah. Sementara Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah mempercayai azan dan iqamah yang mereka lakukan sekarang adalah azan dan iqamah Rasulullah (Saw.). Mereka  tidak mengetahui bahawa  azan atau iqamah tersebut telah dibuang perkataan “Hayya  ‘ala khairi l ‘amal” dan ditambah perkataan “As-Salatu kharun mina n-Naum” oleh khalifah Umar. Sebenarnya syahadah boleh dilakukan diluar azan dan iqamat lebih daripada tiga kali, umpamanya,  aku naik saksi (asyhadu) bahawa hari Kiamat itu adalah benar (haqqun), aku naik saksi bahawa al-Sirat itu adalah benar, aku naik saksi bahawa syurga dan neraka itu adalah benar dan lain-lain. Meskipun begitu syahadat yang dilakukan oleh Syi‘ah adalah dua syahadat di dalam sembahyang mereka. Hanya Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah yang tidak mengetahuinya.

12. Membuang  atau memperkecilkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam Ahlu l-Bait sekalipun Mutawatir dan bertepatan dengan al-Qur’an. Dan menerima atau memperbesarkan hadis hadis yang diriwayatkan oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sekalipun menyalahi al-Qur’an.

13. Menolak hukum-hukum al-Qur’an yang menyalahi sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah.

14. Menolak Sunnah Rasulullah yang menyalahi sunnah Abu Bakr , Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah.

15. Menjadikan sunnah Abu Bakr, sunnah Umar, sunnah Uthman, dan sunnah Mu‘awiyah lebih tinggi dari al-Qur’an dari segi pelaksanaan .

16. Menjadikan sunnah Abu Bakr, sunnah Umar, sunnah Uthman,dan sunnah Mu‘awiyah lebih tinggi dari Sunnah Rasulullah (Saw.) dari segi pelaksanaan.

17. Memulih atau memurnikan akidah mereka yang menolak sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman dan Mu‘awiyah yang berlawanan dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) sehingga mereka menolak hukum atau ajaran al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) dengan alasan maslahah, keselamatan negara,perpaduan dan sebagainya. Sepatutnya mereka yang menolak sebahagian hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya patut dipulih atau dimurnikan akidah mereka sehingga mereka menolak sunnah Abu Bakr , Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah yang bertentangan dengan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

18. Menjadikan berbagai-bagai istilah seperti Maslahah, Istihsan, masalihu l-Mursalah, Maqasidu sy-Syari‘ah, Saddu dh-Dhari‘ah, Ijtihad, Ijmak, Qiyas, dan lain-lain biasanya bagi membatal atau menangguh atau mengilak atau  mengubah atau  mengeliru atau menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Orang ramai menerimanya,kerana kejahilan mereka. Sepatutnya istilah-istilah tersebut digunakan 100% bagi mentaati hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

19. Mereka memusuhi orang yang menolak sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah yang menyalahi hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya. Sebaliknya mencintai orang yang menolak hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya, tetapi menerima sunnah-sunnah mereka tersebut.

20. Mereka menjadikan sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya sebagai amal ibadat harian, bulanan, dan tahunan mereka bagi bertaqarrub kepada Allah (swt). Mereka meninggi diri dan berkata : Inilah akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah; kumpulan yang berjaya (firqah Najiyah). Sementara kumpulan yang menolak sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) ke Neraka.

21. Mereka menggunakan perkataan al-Sunnah atau Sunnah bagi menggambarkakan Sunnah Rasulullah (Saw.) sahaja, tetapi pada hakikatnya ia meliputi sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah. Begitu juga mereka mengguna perkataan “Ahlu s-Sunnah” bagi mempamirkan kepada orang ramai bahawa apa yang mereka maksudkan dengan perkataan tersebut adalah “Ahlu s-Sunnah Rasulullah (Saw.) sahaja”; merekalah yang menjaga, dan pengamal Sunnah Rasulullah (Saw.) yang sebenarnya, tetapi pada hakikatmya ia meliputi sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya, dan merekalah pengamalnya. Orang ramai disebabkan kejahilan dan kefanatikan mereka, tidak dapat membezakan di antara Sunnah Rasulullah (Saw.) dan sunnah-sunnah mereka berempat. Lalu mereka mentaati sunnah-sunnah tersebut, dan menjadikanya ibadat bagi menghampiri diri kepada Allah (swt).

22. Mereka membenci atau memulau atau memisahkan orang yang yang ingin membezakan di antara Sunnah Rasulullah (Saw.) dan sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman dan Mu‘awiyah. Kerana mereka khuatir orang ramai akan mengetahuinya, dan mungkin akan mentaati hukum Allah (swt) dan Sunnah Rasulullah (Saw.). Justeru itu mereka akan menolak sunnah-sunnah mereka. Lantaran itu mereka popularkan hadis “Ikutlah Sunnahku dan sunnah khulafa’ Rasyidin selepasku” Mereka menjadi kesamaran,lalu mereka mengikuti sunnah-sunnah khalifah yang menyalahi hukum Allah (swt) dan Sunnah Rasul-Nya. Kemudian mereka meredhainya dan beramal ibadat dengannya dan menjadikannya sebagai penilai kebenaran yang mengatasi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.). Orang ramai menerimanya, kerana kejahilan dan kefanatikan mereka. Mereka berkata:Inilah akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah. Dan siapa yang menyalahi Akidah  Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah adalah sesat dan menyeleweng. Dengan mengguna pola pemikiran tersebut bahawa  mereka yang mengamalkan 100% hukum Allah dan sunnah Rasul-Nya  dikira sesat dan menyeleweng oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah.

23. Mereka membenci terhadap orang yang berselawat secara terus kepada Rasulullah (Saw.) dan keluarganya dengan lafaz “Allahumma Salli ‘ala Muhammad wa  ali Muhammad”. Kerana selawat mereka terputus setakat Muhammad sahaja. Mereka berselawat: “SallaLlahu ‘ala Muhammad” tanpa “ ali-hi ” keluarganya. Mereka tidak menyebut “ali-hi” tanpa “ wa sahbi-hi ”. Mereka khuatir orang ramai akan mencintai keluarga Rasulullah  lebih daripada sahabatnya. Mereka mengadakan upacara keagamaan mereka hanya dengan lafaz “ SallaLlahu “ala Muhammad” secara beramai-ramai. Siapa yang mengaitkan lafaz  “wa ali-hi” kepada Muhammad dianggap seorang Syi‘ah. Sedangkan Rasulullah (Saw.) ketika ditanya bagaimana berselawat ke atas beliau?  Beliau bersabda: “Janganlah kalian berselawat ke atasku dengan selawat yang terputus”. Lalu mereka bertanya: Apakah selawat yang terputus? Beliau menjawab: Kalian berkata: Allahuma salli ‘ala Muhammad, kemudian kalian berhenti.Justeru iti katalah : Allahumma salli ‘ala muhammad wa ali Muhammad (Ibn Hajr, al-Sawa‘iqu l-Muhriqah, hlm.144). Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (Saw.), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

24. Mereka memuji dan memuja orang yang melebih-lebihkan sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiah ke atas hukum Allah (swt) dan Sunnah Rasul-Nya. Mereka melantik mereka kejawatan yang tinggi bagi menangguh atau mengkabur atau membatalkan sebahagian hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
 
   Penyelewengan Dari Sudut Syari‘at (al-Qur’an dan Sunnah   Rasulullah (Saw.).

1. Menerima ijmak ulama Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sahaja walau pun menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.). Umpamanya mereka berijmak menyalahi firman-Nya “ Talak (yang dapat dirujukkan) dua kali” dengan menghukum bahawa talak tiga sekali gus jatuh tiga. Sedangkan di dalam al-Qur’an ia jatuh satu. Di dalam hadis juga ia jatuh satu.Khalifah Umar telah bertanya Rasulullah (Saw.) tentang talak tiga sekali gus:Jika ia menceraikan isterinya tiga kali sekali gus? Beliau bersabda: Anda telah mendurhakai Tuhan anda” (A‘lamu l-Muwaqqa‘in, iv, hlm. 349) Justeru itu mereka telah menggunakan Ijmak (ulama Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah) bagi membatalkan hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasul- Dan bukan untuk mentaati hukum Allah dan Sunnah Rasulullah (Saw.) sepenuhnya.Orang ramai menerimanya kerana kejahilan dan kefanatikan mereka.

2. Menerima Qiyas sekalipun menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya. Bagaimana dikiaskan saksi kepada “pembunuhan” yang memerlukan dua saksi sementara saksi kepada “perzinayan” memerlukan kepada empat saksi. Manakah yang lebih berat pembunuhan atau perzinayan? Justeru itu Qiyas tidak boleh dijadikan sumber hukum. Dan sumber hukum pula tidak boleh menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) Kerana Allah dan Rasul-Nya tidak meredhainya. Firman-Nya“ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu. Barang siapa yang  mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab (33): 35)

Firman-Nya “Tidak, demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau,dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya”(Al-Nisa’(4): 65)

3. Membiarkan perzinayan berlaku dengan memperketatkan syarat nikah yang tidak disyaratkan oleh Rasulullah (Saw.) firman-Nya “ Maka kahwinilah olehmu perempuan-perempuan yang baik hati, berdua, bertiga atau berempat orang” (Al-Nisa’(4):3). Kemudian mepermudahkan pencerian tanpa saksi sedangkan ia adalah syarat  di dalam al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) . Firman-Nya “ Dan persaksikanlah dengan dua saksi yang adil di antara kamu” ((al-Talaq (65):2), dan mengharamkan nikah Mut‘ah yang dihalalkan dan pernah dilakukan oleh Rasulullah (Saw.), Umar, Umran bin Hasin, Ibn Juraij dan lain-lain. Ali (a.s) berkata: Jika Umar tidak melarangnya, nescaya tidak akan berzina melainkan orang yang celaka”. “Mereka memaafkan penzina-penzina mereka, tetapi mereka membunuh orang yang melakukan nikah mut‘ah”.

4. Menerima ‘Aul yang tidak dilakukan oleh Rasulullah (Saw.) Umarlah orang yang pertama mengenakan ‘Aul di dalam pesaka (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’, 137). Lantaran itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Rasulullah saw, malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Umar. Kerana mereka menghukum sesat atau menyeleweng orang yang menolak ‘Aul yang tidak dilakukan oleh Rasulullah (Saw.).

5. Menjadikan pendapat Abu Bakr, Umar, Uthman dan Mu‘awiyah lebih tinggi daripada hukum Allah (swt) dan mentaati mereka pula sekalipun mereka menyalahi hukum Allah.Justeru itu, tidak hairanlah jika Imam Ali mengatakan “mereka” adalah berhala Quraisy. Kerana Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah mentaati sunnah mereka lebih dari mentaati hukum Allah. (al-Majlisi,  Biharu l-Anwar, Bairut 1991, xxx , hlm.393).

6. Menjadikan pendapat Abu Bakr Umar, Uthman dan Mu‘awiyah lebih tinggi daripada Sunnah Rasulullah (Saw.). Bererti mereka adalah seperti berhala Quraisy yang disembah. Kerana mereka mentaati mereka berempat lebih daripada Allah (swt) di dalam pelaksanaan hukum.Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sanggup menolak hukum Allah daripada hukum “mereka” . Ini bererti orang yang menolak hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya adalah musuh Allah dan Rasul-Nya. (al-Majlisi, Biharu l-Anwar, Bairut 1991, xxx, hlm. 393). Firman-Nya“ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang  mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):35)

Firman-Nya “Tidak, demi Tuhan, mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka, kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau,dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya” (Al-Nisa’(4):65)

7. Mereka mendakwa  bahawa Rasulullah (Saw.) tidak mengumpul al-Qur’an. Hanya Abu Bakr, Umar dan Uthman yang mengumpul al-Qur’an yang ada sekarang. Uthman telah mnegambil mushaf Umar dan Umar mengambilnya daripada Abu Bakr. Penafian tersebut memberi implikasi bahawa Rasulullah (Saw.) adalah seorang yang cuai,tidak mementingkan umatnya sedangkan tiga khalifah selepas beliau telah mengumpulkan al-Qur’an. Apakah peranan Rasulullah (Saw.) sendiri tentang al-Qur’an? Mereka menganggap taraf tiga khalifah tersebut melebihi Rasulullah (Saw.) di dalam pengumpulan al-Qur’an sekalipun mereka telah menghalang penyibaran Sunnah Rasulullah (Saw.) dan membakarnya. (al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz,I, hlm.3 dll.) Lalu mereka mengamalkan sunnah-sunnah mereka serndiri. Kemudian mereka berkata : Rasulullah (Saw.) tidak meninggalkan wasiat.Lantarn itu,apa yang beliau tinggal? Justeru itu mereka menganggap  tiga khalifah lebih tinggi  daripada Rasulullah (Saw.) dari segi pelaksanaan hukum. Lalu mereka mengamalkan sunnah-sunnah mereka yang berlawanan dengan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya .

          
   C. Pelbagai Penyelewengan Umum.

1. Menziarah kubur Rasulullah  (Saw.) bukan sahaja tidak dapat pahala, malah ia adalah perbuatan syirik (suni wahabi). Ianya bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (Saw.) yang mengharuskannya (al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, iii, hlm.78). Dan ia juga bertentangan dengan naluri manusia yang mencintai seseorang berterusan hingga ke kuburnya.

2. Bergembira atau berpesta kerana keshahidan Husain bin Ali di Karbala’, malah menghina orang yang memperingati kesyahidannya. Kerana  Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ahlah yang telah membunuhnya. Justeru itu mereka turut membenci mereka yang bersimpati dengannya. Sedangkan Rasulullah (Saw.) bersabda “ Husain adalah daripadaku dan aku adalah daripada Husain” (Muslim, Sahih, iv, hlm 1800)Ini bererti pembunuh Husain bin Ali (a.s) adalah pembunuh Rasulullah (Saw.)  Pembeci kepada Husain bin Ali (a.s) adalah pembenci kepada Rasulullah (Saw.). Jika mereka berkata  bahawa mereka mencintai Husain bin Ali (a.s), kenapa mereka berada bersama musuhnya, membantu musuhnya dan mementang Syi‘ah Husain bin Ali (a.s)?

3. Menghormati Abu Bakr, Umar, ‘Aisyah dan Hafsah sekalipun mereka menghina atau mempersenda atau menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya dengan mengatakan bahawa Nabi (Saw.) “Sedang meracau”  di hadapan Nabi (Saw.) sendiri“ Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi (Saw.)” . ( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) “Sunnah nabi (Saw.) mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada Umat [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I , hlm.3]” “ mereka telah mengepung dan membakar rumah anak perempuan Nabi (Saw.) Fatimah (a.s) dan berkata: "Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar."[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida” ,Tarikh, I, hlm. 156]  merampas Fadak daripada Fatimah (a.s) yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi (Saw.) semasa hidupnya(Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II , hlm.14; Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa', III, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79, 92), menyakiti hati Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain,kerana Rasulullah (Saw.) bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku ,dia menyakiti Allah”  Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku,dan siapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah”  “al-Hasan dan al-Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga”  (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm.129-131 dll).

4. Tidak mengharuskan jamak sembahyang di dalam semua keadaan Sekalipun al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) membenarkannya. Firman-Nya “Dirilah sembahyang dari gelincir matahari sehingga gelap malam” (al-Isra’(17):78) Ibn Abbas berkata: Rasulullah (Saw.) telah menjamak sembahyang Zuhr dan ‘Asr, maghrib dan  ‘Isya’ secara berjama‘ah tanpa sakit atau musafir” (Muslim, Sahih, iii, hlm.254). Mereka memusuhi orang yang menjamak sembahyang, tetapi mereka memaafkan orang yang meninggalkan sembahyang dikalangan mereka.

5. Melakukan sembahyang Dhuha yang telah diharamkan oleh Rasulullah (Saw.). ‘Aisyah berkata: Sesungguhnya Nabi (Saw.) tidak pernah sembahyang Dhuha.Abdullah bin Umar berkata:Sembahyang Dhuha adalah bid‘ah dari segala bid‘ah (Ahmad bin Hanbal,al-Musnad, ii, hlm. 129, al-Musnad, vi, hlm.30, Malik, al-Muwatta’, I,hlm. 167) . Justeru itu,mereka yang menyeleweng  atau sesat adalah mereka melakukan sembahyang Dhuha dan bukan sebaliknya.

6. Membuang atau membatalkan prinsip Khums untuk Ahlu l-Bait Rasulullah (Saw.) yang diwajibkan di dalam al-Qur’an,  tetapi Khalifah Abu Bakar telah menghentikan pemberian khums kepada keluarga Rasulullah (Saw.). Kemudian sunnahnya diikuti oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah . Sunnahnya  itu adalah bertentangan dengan Surah al-Anfal (8):41 “ Ketahuilah, apa yang kamu perolehi seperlima adalah untuk Allah, Rasul-Nya, Kerabat, anak-anak yatim,orang miskin, dan orang musafir” dan berlawanan dengan Sunnah Rasulullah (Saw.) yang memberi khums kepada keluarganya menurut ayat tersebut. [Lihat umpamanya al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, II , hlm.127]. Lantaran itu mengamal ajaran al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.) yang bertentangan dengan sunnnah Abu Bakr dan Umar dikira sesat dan menyeleweng oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah dari Islam yang sebenar. Sepatutnya mereka yang  yang membuang atau membatalkan hukum Khums yang menyeleweng atau sesat, bukan mereka yang mengamalkannya. Inilah ajaran Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah yang menyesatkan mereka yang menolak sunnah Abu Bakr dengan mematuhi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.).

7. Menjadikan Imamah dan khilafah soal yang kecil,dan tidak penting. Tetapi dari segi kenyataan mereka  telah menjadikan jawatan khalifah seperti barangan yang perlu direbut. Siapa yang cepat, maka dialah yang dapat sekalipun dengan menggunakan kekerasan penipuan dan kezaliman. Mereka sanggup membunuh, berbohong kerana merebut jawatan tersebut. Hukum Allah dan Sunnah Rasulullah (Saw.) bukan menjadi pengukuranya.Justeru itu ianya menyalahi firman-Nya “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, lantas kamu akan disambar oleh api neraka.Dan tidak ada bagimu wali selain daripada Allah,kemudian kamu tiada mendapat pertolongan” (Hud(11):113).

8. Menafikan taklif sembahyang ke atas orang kafir. Ini bererti mereka menolak firman-Nya “Apakah yang membuat kalian memasuki Saqar? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk mereka yang mengerjakan sembahyang” Itulah ucapan orang-orang kafir kepada Tuhan. Mereka tidak berkata:Kami kafir, kenapa bertanya kepada kami?. Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah mengingkari orang kafir ditaklifkan sembahyang, begitu juga dengan Haji. Justeru itu mereka bukan Ahlu s-Sunnah Rasulullah (Saw.), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Abu Bakr atau Umar atau Uthman  atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

9. Wajib membasuhi dua kaki dan tidak memadai menyapu kedua –dua kaki tersebut.


BAHAGIAN KEDUA:
                       
                                          AKIDAH AHLU S-SUNNAH WA L-JAMA’AH
                                          YANG BERTENTANGAN DENGAN AL-QUR’AN

       AI-Asy’ari sebagai pelopor mazhab al-Asya’irah kemudian dikenali dengan mazhab Ahlu Sunnah Wa I-Jama’ah, adalah seorang yang pernah hidup di abad ketiga Hijrah. Beliau dikatakan meninggal dalam tahun 330H? Ini bererti tiga abad seiepas kewafatan Nabi (Saw) orang-orang Islam tid­ak berpegang kepada mazhab al-Asya’irah atau mazhab Ahlu s-Sunnah Wa I-Jama’ah.
       Menurut al-Syahrastani (w. 548H), bermulanya mazhab Ahlu Sunnah Wa I-Jama’ah apabila ai-Asy’ari berkecimpung dengan golongan al-Sifatiyyah (menetapkan sifat-sifat azaliyyah bagi Allah S.W.T) dan menyokong pendapat-pendapat mereka dengan hujah-hujah Ilmu I-Kalam. Dan semen­jak itulah nama al-Sifatiyyah bertukar kepada al-Asy’a’iyyah. (al-MiIal Wa n-NiIial, Cairo, 1968, I, him. 93)
      Al-Asy’ari dalam Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilafal-Musalliyyin, Cai­ro, 1950, I, hIm. 320, apabila membicarakan tentang pendapat-pendapatnya atau akidah-akidahnya, dia menyebutkan “ini adalah sebahagian daripada pendapat (Qaul) Ashab al-Hadith dan Ahl al-Sunnah.” Sementara di dalam al-lbanah an Usul al-Diyanah, Cairo, 1385 H, him. 8, dia menyebutkan “ini adaIah pendapat (Qau[) Ahl al-Haq dan al-Sunnah.”

      Di dalam kedua-dua kenyataan tersebut, dia tidak menyebut perkataan aI-Jama‘ah. Kemungkinan aI-Baghdadi (w.429H) adalah orang pertama di kalangan al-Asya’irah yang mengguna perkataan al-Jama’ah selepas per­kataan Ahlu s-Sunnah (Ai-Baghdadi, Al-Farq bain al-Firaq, Beirut, 1973, hIm. 304), kemudian diikuti oleh Al-Syahrastani (Al-Milal Wa n-Nihal, I, him. Ii). Al-Jama’ah yang hakiki, menurut Imam Ali A.S ialah bersama Ahli kebenaran sekalipun mereka itu sedikit. Al-Furqah (perpecahan) ialah mengikut AhI al-Batil sekaiipun mereka itu ramai (Qadhi Abd al-Jabbar, Fadhl al-I ‘tizal, Cairo, 1955, him. 185). Sementara al-Asy’ari al-Qummi (w.301H) berkata: al-Jama’ah ialah golongan ramai, menyokong mana-mana pemerintahan tanpa mengira sama ada pemerintahan itu adil atau pun zalim. Mereka bersepakat (berjema’ah) bukan kerana keugamaan. Malah penger­tian al-Jama’ah yang sebenar bagi mereka adalah penpecahan (al-Furqah) kerana dendam mendendam berlaku sesama mereka terutamanya mengenai Tauhid, hukum-hukum, fatwa-fatwa dan lain-lain. Mereka bertengkar dan mengkafir sesama mereka (Kitab al-maqalat wa l-Firaq, Tehran, 1963, hlm.15)

      Oleh itu tidak hairanlah jika al-Asy’ari sendiri bertelagah dengan Ahmad bin Hanbal mengenai perbincangan di dalam ‘ilmu l-Kalam, dia menulis buku al-Istihsan bagi menentang musuhnya Ahmad b. Hanbal, walaupun pada muIanya al-Asy’ari mengakuinya sebagai imam.Begitu juga  pengikut ai-Hanbali mengkafirkan pengikut aI-Asy’ari kerana menyangka  bahawa dia telah membohongi Rasul (Saw) .Al-Asy’ari pula mengkafirkan Mu’tazilah dengan alasan mereka membohongi Rasul (Saw) di dalam pengithbatan (Sifat) ilmu, qudrat dan lain-lain (ai-Ghazali, Fisal al-Tafriqah baina- I-Islam wa Zandaqah, Cairo, 1970, hIm. 126). A1-Asy’ari pula mengkafirkan Murji’ah (al-Maqalat, I, him. 202). Tindakan al-Asy’ari melahirkan perasaan tidak puas hati di kaiangan pengikut-pengikut Abu Hanifah. Lantaran itu mereka kemudian mengatakan Abu Hanifah seorang Murji’ah tetapi ianya adalah Murji’ah Ahlu  s-Sunnah. Justeru itu tidak hairaniah jika al-Zamakhsyari (w.537H) memandang begitu negatif terhadap Ahlu s-Sunnah wa I-Jama’ah, malah dia menanamkan mereka al-Mujbirah (al-Kasysvaf, Cairo, 1 307H. I, him. 421). OIeh itu al-Jama’ah menurut pengertian yang kedua adalah simbol Perpaduan lahiriyah sesama mereka di bawah satu pemerintahan tanpa kaitan dengan keugamaan (Perpaduan Politik). Pada hakikatnya ia adalah perpecahan dan perselisihan dari segi hukum, fatwa dan lain-lain.
     Walau bagaimanpun di sini dikemukakan sebahagian daripada akidah al-Asy’ari dan ai-Asya’irah atau akidah-akidah Ahlu s-Sunnah wa l- Jama’ah yang bertentangan dengan al-Qur’an sepenti berikut:
1. Ja'fari: Allah tidak menghendaki orang-orang kafir menjadi kafir.
Al-Asy'ari: Allah (swt) menghendaki orang-orang kafir menjadi kafir dan mengunci hati mereka (al-Asy'ari, al-Ibanah, hlm. 10; al-Asy'ari, al-Maqalat, hlm. 321).
      Lantaran itu pendapat ini adalah bertentangan dengan firman Allah (swt) dalam Surah al-Muddathir (74): 43-46, terjemahannya, "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar?" Mereka menjawab:"Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sembahyang, dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin, dan adalah kami membicarakan yang batil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan kami mendustakan hari pembalasan." Sekiranya Allah telah menghendaki mereka menjadi kafir - memasuki neraka, kenapa Dia pula bertanya,"Apakah yang memasukkan kamu ke neraka Saqar?" Dan orang-orang kafir pula akan menjawab: Kami memasuki neraka Saqar kerana kamu (Tuhan) telah menghendaki kami menjadi kafir? Dan Allah (swt) tidak bertanya di dalam firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2):28, terjemahannya,"Mengapa kamu (jadi) kafir (kepadaku)?." Justeru itu jikalau apa yang dikatakan oleh al-Asy'ari itu betul, nescaya Tuhan tidak akan bertanya lagi kepada mereka kerana mereka telah dijadikan kafir oleh-Nya. Sedangkan Dia juga berfirman: Surah al-Zumar (39), terjemahannya,"Dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-hamba-Nya."
2. Ja'fari: Allah (swt)  tidak akan menyiksa seseorang hamba kerana perbuatan-Nya padanya dan tidak akan mencelainya.
Al-Asyar'irah: Allah (swt)  akan menyiksa seorang hamba di atas perbuatanNya, malah Dia menjadikan padanya kekafiran, kemudian menyiksanya (al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 96).
      Oleh itu pendapat al-Asya'irah adalah bertentangan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-An'am (6):164, terjemahannya,"Dan tidaklah seseorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri, dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain." Dan firman-Nya dalam Surah al-Fussilat (41):46, terjemahannya,"Dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menzalimi hamba-hamba-Nya. "Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa Allah SWT tidak akan menyiksa seseorang kerana perbuatan orang lain.
3. Ja'fari: Taklif adalah mendahului perbuatan.
Al-Asya'irah: Taklif semasa melakukan perbuatan dan bukan sebelumnya (al-Milal Wa n-Nihal, I, hlm. 96).
      Ini bererti seorang itu tidak menjadi penderhaka ('asi) kerana penderhakaan adalah menyalahi perintah. Dan jikalau penderhakaan tidak boleh berlaku melainkan semasa melakukan sesuatu, oleh itu masa penderhakaan ialah masa tidak melakukan sesuatu. Justeru itu ia (seseorang) tidak ditaklifkan (dibebankan) pada masa itu. Jika tidak, taklif mestilah mendahului perbuatan dan ini adalah bertentangan dengan mazhab mereka. Walau bagaimanapun al-'Isyan (penderhakaan) telah berlaku menurut al-Qur'an, firmanNya dalam Surah Taha (20):93, terjemahannya, "Maka apakah kamu (sengaja) menderhakai perintahku?," firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18):69, terjemahannya,"Dan aku tidak akan menderhaka (menentang)mu dalam sesuatu urusan," dan firman-Nya dalam Surah Yunus (10):91, terjemahannya, "Apakah sekarang (baru kamu percaya) pada hal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu." Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa taklif adalah mendahului perbuatan. Justeru itu pendapat al-Asya'irah adalah bertentangan dengan nas.
4. Ja'fari: Allah tidak menjadikan kejahatan hamba-hamba-Nya tetapi mereka sendiri yang melakukannya.
Al-Asy'ari: Kejahatan hamba-hamba-Nya (Sayi'at al-'Ibad) dijadikan oleh Allah SWT, dan mereka tidak ada pilihan (al-Maqalat, I, hlm. 32; al-Ibanah, hlm. 10).
      Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan firman Allah dalam Surah al-Fussilat (41):46, terjemahannya,"Barang siapa yang mengerjakan amal soleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang berbuat jahat maka (dosanya) atas dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menzalimi hamba-hamba(Nya)." Ayat tersebut menerangkan bahawa kejahatan tidak dijadikan oleh Tuhan malah manusia yang melakukannya di atas pilihan mereka sendiri. Justeru itu pendapat al-Asy'ari tersebut menyalahi nas.
5. Ja'fari: Qudrat (kuasa) mendahului perbuatan.
Al-Asy'ari dan al-Asya'irah: Qudrat tidak mendahului perbuatan malah ia bersama perbuatan (al-Ibanah, hlm. 10; al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 96).
Ini bererti taklif di luar kemampuan, kerana orang kafir dibebankan (ditaklifkan) di luar kemampuannya dengan keimanan. Dan sekiranya ia mampu beriman semasa kafirnya, ini adalah bertentangan dengan mazhab mereka iaitu Qudrat bersama perbuatan, dan tidak mendahului perbuatan sebaliknya jika ia tidak mampu beriman, bererti taklif di luar kemampuan. Sedangkan Allah (swt)  tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Justeru itu Qudrat semasa melakukan sesuatu adalah bertentangan dengan akal dan nas.
6. Ja'fari: Allah SWT melakukan sesuatu kerana tujuan tertentu (gharad) menurut hikmah dan kemuslihatan orang-orang yang ditaklifkan.
Al-Asya'irah: Tidak harus bagi Allah (swt)  melakukan sesuatu kerana tujuan dan kemuslihatan tertentu, kembali kepada hamba-hamba-Nya (Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1962, XVII, hlm. 11).
Ini memberi implikasi bahawa terdapat perbuatanNya yang sia-sia.                                                 Lantaran itu pendapat al-Asya'irah bertentangan dengan firman Allah (swt) dalam Surah al-Anbiya' (21):16, terjemahannya,"Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main." Dan firmanNya dalam Surah Ali Imran (3):191,terjemahan,"Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia." Oleh itu pendapat al-Asya'irah tersebut adalah menyalahi nas.
7. Ja'fari: Allah (swt) tidak membebankan (taklif) seseorang apa-apa yang ia tidak mampu, kerana membebankan seorang apa yang ia tidak mampu adalah terkeluar daripada Hikmah (kebijaksanaan) Allah (swt). Oleh itu adalah tidak harus bagiNya membebankan seorang yang lumpuh terbang ke udara, menghimpunkan dua perkara yang berlawanan supaya berhimpun,  mengembalikan hari kelmarin, menurunkan bulan dan matahari dan lain-lain.
Al-Asya'irah: Allah (swt)  membebankan seseorang apa yang ia tidak mampu (al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 96). Justeru itu pendapat al-Asya'irah adalah bertentangan dengan firman Allah (swt)  dalam Surah al-Baqarah (2):286, terjemahannya,"Sesungguhnya Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang ia mampu," dan iannya juga bertentangan dengan firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18):49, terjemahannya,"Tuhan kamu tidak akan menzalimi seorang pun daripada kamu."Justeru itu pendapat al-Asya'irah adalah bertentangan dengan nas.
8. Ja'fari: Nabi (Saw.) menghendaki apa yang dikehendaki oleh Allah (swt). Dia membenci apa yang dibencikan oleh Allah (swt)  dan ia tidak menyalahi-Nya di dalam masalah Iradah dan Karahah (kebencian).
Al-Asya'irah: Nabi (Saw.) menghendaki apa yang dibencikan oleh Allah (swt). Dan ia membenci apa yang dikehendaki oleh Allah (swt). Kerana Allah (swt) menghendaki kekafiran daripada orang kafir, kemaksiatan daripada orang yang melakukan maksiat, kejahatan daripada penjahat, kefasikan daripada orang yang fasik (al-Ibanah, hlm. 10; al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 96). Sedangkan Nabi (Saw.) menghendaki ketaatan daripada mereka. Justeru itu al-Asya'irah adalah diantara apa yang dikehendaki oleh Allah (swt)  dan apa yang dikehendaki oleh Nabi (Saw.). Oleh itu Allah (swt)  membenci ketaatan daripada orang fasik, iman daripada orang kafir, tetapi Nabi (Saw.) sebaliknya menghendaki kedua-duanya.
      Al-Asya'irah juga menyalahi di antara apa yang dibencikan oleh Allah (swt)  dan apa yang dibencikan oleh Nabi (Saw.). Lantaran itu mengikut al-Asya'irah, Allah (swt)  tidak menghendaki taat daripada orang yang melakukan maksiat, sebagaimana dikehendaki oleh Nabi (Saw.). Oleh itu pendapat al-Asya'irah adalah menyalahi firman Allah (swt) dalam Surah al-Isra'(17): 38, terjemahannya, Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu," dan firman-Nya dalam Surah al-Zumar (39):7, terjemahannya,"dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-hamba-Nya."
9. Ja'fari: Imamah dan Khilafah adalah sebahagian daripada rukun Islam, dan ianya berlaku melalui nas.
Al-Asy'ari: Ianya bukanlah sebahagian daripada agama (al-Din). Dan ianya berlaku melalui al-ittifaq (persetujuan) atau al-ikhtiyar (pemilihan) (al-Milal Wa n-Nihal, I, hlm. 103). Oleh itu persoalannya siapakah yang lebih berhak Khalifah tidaklah penting. Tetapi apa yang lebih penting baginya ialah siapakah yang telah memegang jawatan khalifah dengan cara tersebut. Dan ianya tidak ada kaitan dengan nas. Justeru itu pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an yang tidak memisahkan (Imamah) politik dengan agama, firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2):124, terjemahannya, "Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu imam bagi seluruh manusia."Ibrahim berkata,"Saya memohon juga dari keturunanku."Allah berfirman:"JanjiKu ini tidak meliputi orang yang zalim." Dan firman-Nya dalam Surah al-Nisa'(4) :59, terjemahannya, "Hai orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amr daripada kamu," kedua-dua ayat tersebut menunjukkan bahawa politik (Imamah) tidak terpisah daripada agama, kerana Dia mewajibkan ketaatan kepada Uli l-Amr sebagaimana Dia mewajibkannya kepada rasul-Nya ke atas umatnya. Justeru itu pendapat al-Asy'ari yang memisahkan politik (Imamah) dan agama adalah bertentangan dengan nas.
10. Ja'fari: Tidak mengakui kepimpinan orang yang tidak ada istiqamah dengan berpandukan al-Qur'an.
Al-Asy'ari: Mengakui kepimpinan mereka sekalipun tidak ada istiqamah (zalim) dan sekali-kali tidak boleh menentang mereka secara kekerasan, malah memadailah dengan berdoa untuk kebaikan mereka (al-Ibanah, hlm. 12; al-Maqalat, I, hlm. 324). Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan firman Tuhan Surah Hud (11): 113, terjemahan,"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang zalim maka kamu akan disentuh api neraka." Dan firman-Nya dalam Surah al-Nisa' (4):59, terjemahannya,"Hai orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul-Nya dan Uli l-Amr daripada kamu." Uli l-Amr yang wajib ditaati selepas rasul-Nya ialah orang yang ada istiqamah, bukannya pelaku kezaliman. Lantaran itu tidak hairanlah jika pendapat al-Asy'ari diterima oleh pemerintah dan dijadikan akidah negara sepanjang abad.
11. Ja'fari: Penentangan kepada segala bentuk kezaliman sekalipun melibatkan peperangan adalah berterusan dengan apa cara sekalipun kerana ianya tuntutan Allah dan Rasul-Nya.
Al-Asy'ari: Peperangan (penentangan) di dalam keadaan fitnah hendaklah dihentikan (Tark al-Qital Fi l-Fitnah), (al-Ibanah, hlm. 12). Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan firman Tuhan Surah al-Baqarah (2): 193, terjemahannya,"Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi...."Dan firmanNya Surah al-Hujurat (49): 9, terjemahannya,"Perangilah golongannya yang melakukan kezaliman itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah." Justeru itu pendapat beliau itu adalah menyalahi nas.
12. Ja'fari: Tidak sah sembahyang di belakang Fajir (orang yang derhaka kepada Allah).
Al-Asy'ari: Sah sembahyang di belakang fajir. Beliau berpegang kepada perbuatan Abdullah bin Umar yang telah mengerjakan sembahyang di belakang al-Hajjaj(al-Maqalat, I, hlm. 324; al-Ibanah, hlm.12). Bagi al-Asy'ari al-Hajjaj adalah seorang fajir dan Abdullah bin Umar adalah seorang birr (yang baik). Walau bagaimanapun apa yang dilakukan oleh Abdullah bin Umar tidak boleh dijadikan dalil atau bukti sahnya sembahyang di belakang fajir. Kerana ianya bertentangan dengan firman-Nya Surah al-Infitar (82): 14, terjemahannya,"Sesungguhnya Fujjar (orang-orang yang derhaka) benar-benar berada di dalam neraka," dan firman-Nya dalam Surah Hud (11): 113, terjemahannya,"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim (fajr), maka kamu akan disentuh api neraka." Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah menyalahi nas.
13. Ja'fari: Sahabat ada yang baik, ada yang jahat dan ada yang munafiq berdasarkan nas. Oleh itu mereka mestilah dinilai dengan al-Qur'an dan Sunnah Nabi (Saw.) yang tidak bertentangan dengan al-Qur'an secara keseluruhan. Segala pujian atau celaan Tuhan kepada mereka adalah daripada Sifat fi'l (sementara), bukan daripada Sifat Dhat (kekal). Lantaran itu ianya tergantung di atas kelakuan mereka sama ada menyalahi nas atau pun tidak.
Al-Asy'ari: Kepatuhan kepada semua Sahabat (Sa'ira Ashab al-Nabi) (al-Ibanah, hlm. 12) kenyataan al-Asy'ari memberikan implikasi:

a) Sahabat semuanya menjadi ikutan. Tidak ada perbezaan di antara Sahabat yang mematuhi nas, dan Sahabat yang menyalahi nas.
b) Mentaqdiskan (mensucikan) Sahabat tanpa menggunakan penilaian al-Qur'an, sedangkan banyak terdapat ayat-ayat al-Qur'an yang mencela perbuatan mereka, kerana mereka menyalahi nas (lihat umpamanya dalam Surah al-Juma'at (62): 11).
c) Mengutamakan pendapat sahabat daripada hukum Allah (swt)  seperti hukum seorang yang menceraikan isterinya tiga kali dengan satu lafaz, jatuh satu menurut al-Qur'an dalam Surah al-Baqarah (2): 229, terjemahannya,"Talak (yang dapat dirujuk) dua kali." Tetapi apabila Khalifah Umar mengatakan ianya jatuh tiga (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137), al-Asya'irah menerimanya dan dijadikannya "hukum" yang sah sekalipun ianya menyalahi nas (al-Farq baina l-Firaq, hlm. 301).
d) Mengutamakan Sunnah Sahabat daripada Sunnah Nabi (Saw.) seperti membuang perkataan Haiyy 'Ala Khairil l-'Amal di dalam azan dan iqamah oleh khalifah Umar, sedangkan pada masa Nabi ianya sebahagian daripada azan dan iqamah. Begitu juga Khalifah Umar telah menambahkan perkataan al-Salah Khairun mina l-Naum (al-Halabi, al-Sirah, Cairo, 1960, II, hlm. 110).
e) Kehormatan Sahabat tidak boleh disentuhi oleh al-Qur'an, kerana mereka berkata: Semua sahabat adalah adil walaupun menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.).
f) Menilai kebenaran Islam menurut pendapat atau kelakuan Sahabat, dan bukan al-Qur'an dan Sunnah Nabi (Saw.) yang sebenar. Mereka berkata kebenaran berada di lidah Umar. Lantaran itu mereka berpegang kepada pendapat Khalifah Umar yang mengatakan dua orang saksi lelaki di dalam talak tidak dijadikan syarat jatuhnya talak. Sedangkan Allah (swt)  berfirman dalam Surah al-Talaq (65): 3, terjemahannya," dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil." Mereka juga berkata," Iman Abu Bakr jika ditimbang adalah lebih berat daripada iman umat ini." Sekiranya iman khalifah Abu Bakr itu lebih berat daripada iman keseluruhan umat ini termasuk iman Umar dan Uthman, kenapa tidak dijadikan kebenaran itu pada lidah Abu Bakr? Di tempat yang lain mereka berkata," Nabi (Saw.)  tidak segan silu kepada Abu Bakr dan Umar tetapi beliau malu kepada Uthman."

      Persoalannya, kenapa Nabi (Saw.)  tidak malu kepada orang yang paling berat imannya di dalam umat ini? Dan kenapa Nabi (Saw.)  tidak malu kepada orang yang mempunyai lidah kebenaran? Pendapat-pendapat tersebut telah disandarkan kepada Nabi (Saw.)  dan ianya menyalahi nas dan hakikat sebenar, kerana kebenaran adalah berada di lidah Nabi (Saw.)  dan al-Qur'an.
g) Meletakkan Islam ke atas Sahabat bukan Rasulullah (Saw.), mereka berkata: Jika Sahabat itu runtuh, maka runtuhlah Islam keseluruhannya lalu mereka jadikannya "akidah" sedangkan Sahabat sendiri bergaduh, caci-mencaci dan berperang sesama mereka.
h) Mengamalkan hukum-hukum Sahabat (Ahkamu-hum) dan Sirah-sirah mereka adalah menjadi Sunnah Ahli Sunnah (al-Baghdadi, al-Farq baina l-Firaq, hlm. 309), sekalipun ianya bertentangan dengan nas, kerana "bersetuju" dengan Sahabat adalah menjadi lambang kemegahan mereka. Mereka berkata lagi:"Kami tidak dapati hari ini golongan umat ini yang bersetuju atau menyokong semua Sahabat selain daripada Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah (Ibid, hlm.304). Lantaran itu Ahlu l-Sunnah adalah mazhab yang mementingkan "persetujuan" dengan Sahabat sekalipun Sahabat menyalahi nas.
i) Mempertahankan Sahabat sekalipun Sahabat menyalahi al-Qur’an dan   Sunnah Nabi Saw. dengan berbagai cara sekalipun. Jika seorang pengkaji ingin mengetahui kedudukan sebenar sahabat itu sebagaimana dicatat di dalam buku-buku muktabar, mereka berkata:" Ini adalah suatu cacian kepada Sahabat sekalipun ianya telah ditulis oleh orang-orang yang terdahulu."
      Mereka berkata lagi: "Kajian tersebut adalah merbahaya dan ianya merupakan barah kepada "akidah" mereka, jangan dibiarkan ianya menular di dalam masyarakat." Nampaknya mereka sendiri tidak dapat menilai bahan-bahan ilmiah sekalipun mereka berada di institusi-institusi pengajian tinggi. Sebaliknya apabila bahan-bahan ilmiah yang mencatatkan sahabat tertentu yang melakukan perkara-perkara yang menyalahi al-Qur'an, mereka menganggapnya pula sebagai cerita dongeng atau 1001 malam. Lihatlah bagaimana mereka menjadikan sahabat sebagai akidah mereka wal hal ianya bukanlah dari rukun Islam dan rukun Iman! Akhir sekali mereka menyuruh "pihak berkuasa" supaya mengambil tindakan, kerana khuatir mereka tidak begitu mampu lagi untuk mempertahankan "akidah" mereka yang bertentangan dengan al-Qur'an.
      Oleh itu pihak berkuasa terus menerima cadangan tersebut, dan diletakkan pengkaji tersebut di kandang orang salah. Sebenarnya mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran al-Qur'an dan keadaan sebenar "umat manusia." Mereka menganggapnya sebagai barah pada hakikatnya itulah penawar. Tetapi ianya tidak dapat diketahui dan dinilai oleh orang yang tidak mempunyai fikiran yang luas dan mendalam. Wahai Tuhanku! Di manakah keadilan di dunia ini!
14. Ja'fari: Memihak kepada Sahabat yang benar di dalam semua perkara.
Al-Asy'ari: Berkecuali, tidak memihak kepada mana-mana sahabat sekiranya berlaku pertelingkahan atau peperangan di kalangan mereka (al-Ibanah, hlm. 12; al-Maqalat, II, hlm. 324). Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan firman Allah (swt) dalam Surah al-Hujurat (49):9, terjemahannya,"Dan jika ada dua golongan dari orang-orang Mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah," dan ianya juga  bertentangan dengan firmanNya dalam Surah Hud (11): 113, terjemahannya," Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, maka kamu akan disentuh api neraka." Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah menyalahi nas kerana tidak ada pengecualian di dalam menyokong kebenaran.
15. Ja'fari: Allah (swt)  tidak dapat dilihat di dunia dan di akhirat kerana Dia bukan jism dan setiap yang bukan jism tidak dapat dilihat.
Al-Asy'ari: Allah SWT dapat dilihat di akhirat firmanNya dalam Surah al-Qiyamah (75): 22-23, terjemahannya," Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri kepada Tuhannyalah ia (Wajah-wajah) melihat." Al-Asy'ari mengatakan Allah dapat dilihat di akhirat seperti dilihatnya bulan penuh purnama (al-Ibanah, hlm. 10;  al-Maqalat, I, hlm. 321).
      Sebenarnya apa yang dipegang oleh al-Asy'ari itu adalah ayat Mutasyabihah. Oleh itu ianya hendaklah dirujuk kepada ayat Muhkamah iaitu firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 103, terjemahannya,"Dia tidak dapat dicapai penglihatan, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui." Dan juga ianya  hendakklah dirujuk kepada firman-Nya dalam Surah al-A'raf (7): 143, terjemahannya, "Dan tatkala Musa datang pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa,"Ya Tuhanku, nampaklah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau." Tuhan berfirman, "Kamu sekali-kali tidak dapat melihatku (Lan tara-ni), tetapi lihatlah ke bukit, maka jika ia tetapi di tempatnya nescaya kamu dapat melihatku." Tatkala Tuhannya nampak bagi bukit itu, maka bukit itu hancur lebur dan Musa pun jatuh pengsan."

Ayat tersebut menunjukkan:
a) Allah tidak dapat dilihat kerana Tuhan berfirman,"Sekal-kali (Lan tara-nikamu tidak akan melihatKu."
b) Allah mengaitkan "penglihatan" kepada perkara yang mustahil iaitu sekiranya bukit itu tetap. Tetapi terbukti ianya hancur lebur.
c) Permintaan Musa untuk melihat Tuhan adalah di atas desakan kaumnya, sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Nisa' (4): 153,"Ahli Kitab meminta kepadamu agar menurunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit. Maka sesungguhnya mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar dari itu. Mereka berkata: perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata." Maka mereka disambar petir kerana kezaliman. Lantaran itu Allah tidak dapat dilihat di dunia dan di akhirat.
16. Ja'fari: Amalan baik (ta'at) seorang mukmin berhak diberi pahala jikalau tidak, ianya menjadi sia-sia dan kezaliman dikaitkan kepada Allah (swt)  .
Al-Asy'ari: Amalan baik yang dilakukan oleh seorang mukmin belum tentu mendapat pahala daripada Allah (swt)  .
Sebaliknya ia boleh dimasukkan ke neraka tanpa mengira kebaikannya. Dan Tuhan pula tidak boleh dikatakan zalim jika Dia berbuat demikian (al-Maqalat, I, hlm. 322; al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 101). Ini bererti orang yang paling tinggi takwanya seperti Nabi (Saw.) belum pasti ianya ke syurga atau orang yang paling jahat seperti Fir'aun belum tentu dia dimasukkan ke neraka. Lantaran itu pendapat al-Asy'ari adalah bertentangan dengan firmanNya dalam Surah al-Qasas (28): 84, terjemahanya,"Barang siapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya." Dan firmanNya dalam Surah al-An'am (6): 160, terjemahannya,"Barang siapa membawa amal yang baik baginya (pahala) sepuluh kali ganda, dan barang siapa yang membawa perbuatan yang jahat maka Dia tidak memberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya."
Oleh itu pendapat al-Asy'ari tidak memberangsangkan seseorang mukmin supaya melakukan amalan yang lebih baik kerana belum pasti, dia akan mendapat pahala. Sebaliknya ia merangsangkan orang fasiq untuk meningkatkan kefasikannya kerana belum pasti, dia akan dimasukkan ke neraka.
17. Ja'fari: Perbuatan manusia bukan al-Jabr (terpaksa menurut apa yang telah "ditetapkan" oleh Allah (swt)   dan bukan al-Tafwid (diberi kebebasan mutlak) tetapi ianya di antara kedua-duanya.
Al-Asy'ari: Perbuatan manusia dijadikan oleh Allah (swt)  (makhluqah) (al-Ibanah, hlm. 9; al-Maqalat, I, hlm. 321)
Al-Asy'ari berpegang kepada Surah al-Saffat (37): 96, terjemahannya, "Dan Allah telah menjadikan kamu dan apa yang kamu buat." Sebenarnya ayat tersebut adalah menunjukkan keingkaran Allah (swt)   terhadap perbuatan penyembah-penyembah berhala kerana mereka mengukir berhala-berhala mereka dari batu dan kayu kemudian menyembahnya pula. Sedangkan kayu-kayu dan batu-batu tersebut adalah kejadian  Allah (swt)  .
      Dan jikalaulah ianya sebagaimana yang dikatakan oleh al-Asy'ari ini bererti Tuhan tidak akan menyiksa hamba-hamba-Nya kerana perbuatanNya. Jika tidak, Dia tidak menepati janji-Nya dan Dia dikatakan zalim. Justeru itu ianya bertentangan dengan firman-Nya dalam Surah Taha (20): 15, terjemahannya,"Tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan."Dan firmanNya dalam Surah al-An'am (6): 160, terjemahannya,"Barang siapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalannya dan barang siapa yang membawa amal yang jahat, maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya. Sedangkan mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)." Oleh itu jika seorang itu dipaksa (majbur) di dalam perbuatannya, nescaya ia mempunyai hujah yang kuat di hadapan Allah (swt)  apabila Dia mahu menyiksanya di atas perbuatan maksiatnya yang telah dikehendaki oleh Allah SWT, kerana dia tidak diberi pilihan untuk tidak melakukannya.
      Kerumitan yang dihadapi oleh al-Asy'ari mengenai "perbuatan manusia adalah perbuatan Allah (swt)" agak ketara dan beliau cuba mencipta teori al-kasb atau al-iktisab (usaha), tetapi ia bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah, malah ianya bertentangan dengan formulanya sendiri; kekafiran dan kejahatan dikehendaki Allah. Beliau memberi definisi al-iktisab sebagai perbuatan yang dilakukan oleh seseorang dengan kuasa baru (qudrah muhdathah) selepas Allah SWT menjadikan perbuatan tersebut (al-Maqalat, hlm. 199; al-Asy'ari, al-Luma', Cairo, 1955, hlm. 97). Atau Allah menjadikan perbuatan dan seseorang itu (al-Abd) berusaha (muktasib) untuknya." (al-Milal wa n-Nihal, I, hlm. 96).
      Persoalannya bagaimana seorang itu dapat melakukan al-kasb atau al-iktisab (usaha) menurut pilihannya sedangkan usahanya (al-kasb) itu sendiri adalah penerusan daripada perbuatan Allah (swt) yang telah menetapkan kekafiran, kefasikan dan kejahatan hamba-hambaNya? Oleh itu, teori al-kasb atau al-iktisab yang diciptakan oleh al-Asy'ari kemudian diikuti pula oleh al-Asya'irah (al-Baghdadi, al-Farq baina al-Firaq, hlm. 328), nampaknya tidak dapat melepaskan mereka daripada fahaman Jabariyyah (al-Allamah, Ja'far Subhani, Ma'alim al-Tauhid, Tehran, 1980, hlm. 308) kerana mereka percaya bahawa tidak ada mu'aththir (pelaku) yang sebenar selain daripada Allah SWT.
      Justeru itu perbuatan manusia bukanlah al-Jabr (terpaksa menurut apa yang telah ditetapkan Allah (swt)  , dan bukan juga al-Tafwid (diberikan kebebasan mutlak), tetapi ianya di antara kedua-duanya. Lantaran itu Imam Ridha AS berkata:"Sesiapa yang menyangka bahawa Allah membuat perbuatan kita, kemudian Dia menyiksa kita kerana perbuatanNya, maka dia telah berkata (Fahaman) Jabariyyah dan sesiapa yang berkata bahawa Allah telah menyerahkan perbuatan dan rezeki kepada manusia, maka dia berkata dengan (Fahaman) al-Tafwid (Mu'tazilah) (Akhbar 'Uyun al-Ridha, Tehran, 1980, hlm. 325). Oleh itu manusia mestilah melakukan amalan yang baik untuk mendapat ganjaran sebagaimana dijanjikan oleh-Nya. Sebaliknya manusia mestilah mejauhkan amalan maksiat kerana dengannya ia disiksa. Imam Musa al-Kazim AS berkata:"Maksiat sama ada datang daripada Allah, justeru  itu hamba tiada kaitan dengannya, dan Dia tidak akan menyiksa hambaNya. Atau ianya daripada hambaNya. Atau ianya bersyarikat dengan Allah (swt)  . Oleh itu sekutu yang lebih kuat (Allah (swt)  ) tidak akan menyiksa sekutu yang lebih lemah (manusia) dengan dosa yang mereka berdua lakukan bersama (Yusuf al-Najafi, al-Aqa'id al-Imamiah, Najaf, 1982, hlm. 64).



 BAHAGIAN KETIGA


Di sini diperturunkan sebahagian daripada ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah-akidah al-Asy'ari dan al-Asya'irah atau akidah-akidah Ahlu s-Sunnah Wa l-Jama'ah secara langsung seperti berikut:
Pertama: Ayat-ayat yang menunjukkan celaan kepada hamba-hamba-Nya kerana kekafiran dan kemaksiatan
1. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2): 20, terjemahannya, "Mengapa kamu (jadi) kafir (kepadaKu? ) "Keingkaran dan celaan kepada orang yang lemah atau tidak mampu beriman kepada-Nya adalah mustahil.
2. Firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18); 55, terjemahannya,"Dan tidak ada sesuatupun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika penunjuk telah datang kepada mereka." Bagaimana Dia mencela orang kafir jika mereka tidak mampu beriman.
3. Firman-Nya dalam Surah al-Nisa' (4): 39, terjemahannya,"Apakah kemudharatannya bagi mereka kalau mereka beriman kepada Allah."
4. Firman-Nya dalam Surah Sad (38): 75, terjemahannya,"Apakah yang menghalang kamu sujud."
5. Firman-Nya dalam Surah Taha (20): 92, terjemahannya,"Apa yang menghalang kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat."
6. Firman-Nya dalam Surah al-Muddathir (74): 49, terjemahannya, "Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?"
7. Firman-Nya dalam Surah al-Insyiqaq (84): 20, terjemahannya, "Mengapa mereka tidak mahu beriman."  Firman-Nya dalam Surah al-Taubah (9): 43, terjemahannya,"Semoga Allah memaafkan kamu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang)."
8. Firman-Nya dalam Surah al-Tahrim (66); 1, terjemahannya, "Mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagimu." Bagaimana harus Dia berkata: Mengapa kamu lakukan? Sedangkan dia tidak melakukannya.
9. Firman-Nya dalam Surah Ali Imran (3): 71, terjemahannya, "Mengapa kamu mencampuradukan yang haq dengan yang batil."
10. Firman-Nya dalam Surah Ali Imran (3): 99, terjemahannya, "Mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah...?"
      Lantaran itu tidak hairanlah jika al-Sahib bin 'Abbad (w. 995M), Perdana Menteri di bawah Muayyid al-Daulah berkata: Bagaimana Dia menyuruh seorang supaya beriman tetapi Dia tidak menghendakinya? Dia melarang kemungkaran dan Dia menghendakinya? Dia menyiksa orang yang melakukan kebatilan sedangkan Dia telah menetapkannya? Bagaimana Dia memalingkannya daripada keimanan? Sedangkan Dia berfirman dalam Surah Yunus (10): 32, terjemahannya, "Maka bagaimanakah kamu dipalingkan  (dari kebenaran)? Dia menjadikan pada mereka kekafiran kemudian Dia berfirman dalam Surah al-Baqarah (2): 28, terjemahannya,"Mengapa kamu (jadi) kafir (kepadaku?)." Dia mencampuradukkan kebatilan pada mereka, kemudian Dia berfirman dalam Surah Ali Imran (3): 71, terjemahannya,"Mengapa kamu mencampuradukkan yang haq dengan yang batil?"
      Dia telah menghalangi mereka dari jalan benar, kemudian Dia berfirman dalam Surah Ali Imran (3): 99, terjemahannya,"Mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah?"
      Dia telah mendindingkan mereka daripada keimanan kemudian Dia berfirman dalam Surah al-Nisa'(4): 39, terjemahannya,"Apakah kemudharatannya bagi mereka, kalau mereka beriman kepada Allah?"
      Dia menghilangkan kewarasan mereka, kemudian berfirman dalam Surah al-Takwir (81): 26, terjemahannya,"Maka kemanakah kamu akan pergi?"
      Dia menyesatkan mereka daripada ugama sehingga mereka berpaling kemudian Dia berfirman dalam Surah al-Muddathir (74): 49, terjemahannya,"Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?"

Kedua: Ayat-ayat yang menunjukkan pilihan hamba-hamba pada perbuatan-perbuatan mereka dengan kehendak mereka sendiri
1. Firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18): 29, terjemahannya, "Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Fussilat (41): 40, terjemahannya, "Perbuatan apa yang kamu  kehendaki."
3. Firman-Nya dalam al-Taubah (9): 105, terjemahannya, "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu."
4. Firman-Nya dalam al-Muddathir (74): 37, terjemahannya,"Bagi siapa yang di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur."
5. Firman-Nya dalam Abasa (80): 12, terjemahannya, "Maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya."
6. Firman-Nya dalam al-Muzzammil (73): 19, terjemahannya, "Maka barangsiapa yang menghendaki nescaya ia menempuh jalan  (yang menyampaikannya) kepada Tuhannya."
7. Firman-Nya dalam Surah al-Naba' (78): 39, terjemahannya, "Maka barangsiapa yang menghendaki, nescaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya."
Dan sesungguhnya Allah SWT mengingkari orang yang menafikan kemahuan (al-masyi'ah) daripada diri mereka dan mengaitkannya kepada Allah Ta'ala:
8. Firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 148, terjemahannya,"Orang-orang yang mempersekutukan Tuhan, akan mengatakan: Jika Allah menghendaki, nescaya kami tidak mempersekutukannya."
9. Firman-Nya dalam dalam Surah al-Zukhruf (43): 20, terjemahannya, " 
Dan mereka berkata: Jika Allah Yang Maha Pemurah menghendaki tentulah kami tidak  menyalah mereka (mala'ikat)."


Ketiga: Ayat-ayat yang menyuruh hamba-hamba yang melakukan amalan-amalan dan bersegera melakukannya

1. FirmanNya dalam dalam Surah Ali Imran (3): 133, terjemahannya, "Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Ahqaf (48): 31, terjemahannya, "Sahutilah dan berimanlah kepadaNya."
3. Firman-Nya dalam Surah al-Anfal (8): 24, terjemahannya, "Sahutilah seruan Allah dan Rasul."
4. Firman-Nya dalam Surah al-Hajj (22): 77, terjemahannya, "Hai orang-orang yang beriman, rukuklah dan sujudlah kamu."
5. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2): 21, terjemahannya, "Sembahlah Tuhanmu."
6. Firman-Nya dalam Surah al-Isra' (17): 107, terjemahannya, "Berimanlah kamu kepada-Nya."
7. Firman-Nya dalam al-Zumar (39): 55, terjemahannya, "Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu."
8. Firman-Nya dalam Surah al-Zumar (39): 54, terjemahannya,"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu."
Bagaimana Dia menyuruh melakukan ketaatan dan bersegera kepadanya sedangkan orang yang disuruh itu ditegah, tidak mampu untuk melakukannya?

Keempat: Ayat-ayat yang memberangsangkan supaya memohon pertolongan denganNya

1. Firman-Nya dalam Surah al-Fatihah (1): 5, terjemahannya,"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Nahl (16): 98, terjemahannya,"Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari Syaitan yang terkutuk."
3. Firman-Nya dalam Surah al-A'raf (7): 128, terjemahannya,"Mohonlah pertolongan kepada Allah."
Sekiranya Dia telah menjadikan kekufuran dan kemaksiatan sebagaimana didakwa oleh al-Asya'irah atau Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah, bagaimana pertolongan dan perlindungan diminta daripadaNya?

Kelima: Ayat-ayat yang menunjukkan sandaran perbuatan kepada hamba

1. Firman-Nya dalam Surah Maryam (19): 37, terjemahannya,"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2): 79, terjemahannya,"Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka."
3. Firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 148, terjemahannya,"Kami tidak mengikuti kecuali persangkaan belaka."
4. Firman-Nya dalam Surah al-Anfal (8): 53, terjemahannya,"Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkannya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
5. Firman-Nya dalam Surah Yusuf (12): 18, terjemahannya, "Sebenarnya diri kamulah yang memandang baik perbuatan (buruk) itu, maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku)."
6. Firman-Nya dalam Surah al-Ma'idah (5): 30, terjemahannya,"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah."
7. Firman-Nya dalam Surah al-Tur (52): 21, terjemahannya,"Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya."
8. Firman-Nya dalam Surah al-Nisa' (4): 123, terjemahannya, "Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan kejahatan itu."
9. Firman-Nya dalam Surah Ibrahim (14): 22, terjemahannya,"Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku."
10. Firman-Nya dalam Surah al-Kahf (18): 7, terjemahannya, "Agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya."
11. Firman-Nya dalam Surah al-Jathiah (45); 21, terjemahannya, "Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahawa kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh?"
12. Firman-Nya dalam Surah al-Sad (38): 28, terjemahannya,"Patutkah kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh sama  dengan orang-orang yang berbuat kerosakan di muka bumi? Patutkah (pula) kami menganggap orang-orang yang bertaqwa sama dengan orang-orang yang berbuat baik?"
13. Firman-Nya dalam Surah al-Najm (53): 31, terjemahannya,"Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang mereka telah kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga)."
14. Firman-Nya dalam Surah Fussilat (41): 46, terjemahannya, "Barangsiapa mengerjakan amal saleh, maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang berbuat jahat maka (dosanya) atas dirinya sendiri."
15. Firman-Nya dalam Surah Taha (20): 82, terjemahannya,"Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat beriman, beramal saleh kemudian tetap dijalan yang benar."
      Bagaimana Dia menyuruh dan melarang tanpa orang melakukannya? Jikalaulah begitu keadaannya, maka ianya sepertilah menyuruh dan melarang al-Jamad (benda yang tidak bergerak)! Nabi Saw. bersabda:"Niat seorang mukmin adalah lebih baik daripada amalannya (al-Muttaqi al-Hindi, Kunz al-Ummal, III, hlm. 242).

Keenam: Ayat-ayat yang menunjukkan pengakuan para nabi ke atas amalan-amalan mereka:

1. Firman-Nya (Surah al-A’raf 7:23) terjemahannya:’ Ya  
 Tuhan kami,kami telah menganaya dir kami sendiri’     
2. Firman-Nya (Surahal-Anbiya’21:87)   terjemahannya: ’Maha   Suci                                 
Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang- orang zalim’.
3. Firman-Nya (Surah al-Qasas 28:16) terjemahannya:
’Ya Tuhan sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri’  

4.  Firman-Nya (Surah Yusuf 12:18) terjemahannya: ’Sebenarnya
dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk)
itu”
5. Firman-Nya (Surah Yusuf 12:100) terjemahannya:’Setelah syaitan merosakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku’.
6. Firman-Nya (Surah Hud 11:47) terjemahannya: ‘Nuh berkata: ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dan memohon kepada Engkau seperti yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya’.

      Ayat-ayat di atas menunjukkan pengakuan para nabi A.S.di atas per­buatan-perbuatan mereka dan merekalah yang melakukannya, tidak Se­bagaimana pendapat al-Asya’irah atau AhIu s-Sunnah Wa I-Jama’ah yang menyatakan Allah telah menjadi perbuatan-perbuatan mereka sehingga mereka tidak mempunyai pilihan. Pengakuan kesalahan tersebut adalah dari bab “Hasanat al-A brar Sayyi ‘at al-Mu qarrabin

Ketujuh: Ayat-ayat yang menunjukkan pengakuan orang-orang kafir dan penderhaka di atas perbuatan mereka

1. Firman-Nya dalam Surah Saba' (34): 31-32, terjemahannya,"kalau kamu lihat ketika orang-orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhan mereka...."Kamikah yang telah menghalangi kamu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang kepadamu? Sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Muddathir (74): 43- 46, terjemahannya, "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar?" Mereka menjawab:"Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sembahyang."
3. Firman-Nya dalam Surah al-Mulk (67): 8-9, terjemahannya, "Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka :"Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?" Mereka menjawab:"benar ada", sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kamu mendustakannya."
4. Firman-Nya dalam Surah al-A'raf (7): 37, terjemahannya, "Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah atau mendustakan ayat-ayatNya? Orang-orang itu akan memperolehi bahagian mereka di dalam al-kitab."
5. Firman-Nya dalam Surah al-A'raf (7): 39, terjemahannya,"Maka rasakanlah siksaan kerana perbuatan yang telah kamu lakukan."

Kelapan: Penyesalan orang-orang kafir di akhirat di atas kekufuran mereka dan menuntut supaya dikembalikan di dunia

1. Firman-Nya dalam Surah Fatir (35): 37, terjemahannya,"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu:"Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami nescaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan apa yang telah kami kerjakan."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Mukminun (23): 99, terjemahannya,"Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang aku tinggalkan."
3. Firman-Nya dalam Surah al-Sajdah (32): 12, terjemahannya,"Dan jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata):"Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."
4. Firman-Nya dalam Surah al-Zumar (39): 58, terjemahannya,"Atau supaya jangan ada yang berkata ketika ia melihat azab kalau sekiranya aku dapat kembali (ke dunia) nescaya aku akan termasuk orang-orang yang berbuat baik."

Kesembilan: Ayat-ayat yang menunjukkan perbuatan Allah SWT tidak menyerupai perbuatan makhluk, tidak seimbang tanpa perselisihan dan kezaliman

1. Firman-Nya dalam Surah al-Mulk (67): 3, terjemahannya,"Kami sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Sajdah (32): 7, terjemahannya,"Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya." Oleh itu kekufuran dan kezaliman bukanlah suatu yang baik.
3. Firman-Nya dalam Surah al-Hijr (15): 85, terjemahannya,"Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara kedua-duanya, melainkan dengan benar." Oleh itu kekufuran bukanlah suatu kebenaran."
4. Firman-Nya dalam Surah al-Nisa' (4);40, terjemahannya, "Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah."
5. Firman-Nya dalam Surah Fussilat (4): 46, terjemahannya,"Dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiaya hamba-hamba (Nya)."
6. Firman-Nya dalam Surah Hud (11): 101, terjemahannya,"Dan Kami tidak menganiaya mereka."
7. Firman-Nya dalam Surah al-Isra' (17): 7, terjemahannya,"Dan mereka tidak dianiaya sedikitpun."

Kesepuluh: Ayat-ayat yang memuji Mukmin kerana imannya dan mencela Kafir kerana kekafirannya

1. Firman-Nya dalam Surah al-Tur (52): 16, terjemahannya,"Kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan."
2. Firman-Nya dalam Surah al-Mu'min (40): 17, terjemahannya,"Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakannya."
3. Firman-Nya dalam Surah al-Najm (53): 37, terjemahannya,"dan lembaran-lembaran Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji."
4. Firman-Nya dalam Surah al-Najm (53): 38, terjemahannya,"Bahawa seorang yang berdosa itu tidak akan memikul dosa orang lain."
5. Firman-Nya dalam Surah Taha (20): 15, terjemahannya,"tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan."
6. Firman-Nya dalam Surah al-Rahman (27): 60, terjemahannya,"Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)."
7. Firman-Nya dalam Surah al-Naml (27): 90, terjemahannya,"Tiada lah kamu dibalasi, melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan."
8. Firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 160, terjemahannya, "Barangsiapa yang membawa amal baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda."
9. Firman-Nya dalam Surah Taha (20): 124, terjemahannya,"Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanku."
10. Firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2): 86, terjemahannya,"Itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia."
11. Firman-Nya dalam Surah Ali Imran (3):86, terjemahannya, "Sesungguhnya orang-orang kafir sesudah beriman."
      Demikianlah dikemukankan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah al-Asya'irah atau akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama'ah. Kesemua ayat-ayat di atas "adalah yang tidak datang kepadanya kebatilan baik depan mahupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji [Surah al-Fussilat (41): 42]
      Justeru apakah keuzuran untuk tidak berpandukan  kepada fahaman yang selaras dengan akidah al-Qur'an? Kenapa mereka meninggalkan ayat-ayat tersebut wal hal ianya jelas dan nyata? Atau hanya bertaqlid kepada orang-orang yang terdahulu tanpa kajian dan renungan?
      Firman Allah SWT dalam Surah al-A'raf (7): 28, terjemahannya, "Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata:"Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya, katakanlah: Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji." Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui."
      Firman Allah SWT dalam Surah al-An'am (6): 70, terjemahannya, "Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia."
      Firman-Nya dalam Surah al-Zumar (39): 56, terjemahannya, "Supaya jangan ada orang yang mengatakan:"Amat besar penyesalanku atau kesalahanku terhadap Allah sedang aku sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)."
      Dan firman-Nya dalam Surah al-An'am (6): 91, terjemahannya, "Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya."

Kesimpulan

Ajaran Ahlu s-Sunnah wa  l-Jama’ah yang  bertentangan dengan al-Qur’an dan ketaatan mereka kepada sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah melebihi (yaghlun) hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya menjadikannya satu ajaran yang menyeleweng dan sesat menurut definisi al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah (Saw.).    

Walaubagaimana pun penguasa Ahlus Sunnah wa l-Jama‘ah mempunyai definisi mereka sendiri di dalam sesuatu perkara sekalipun menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya. Dan sebaliknya mereka mengatakan orang yang menolak sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman, dan Mu‘awiyah dikira sesat dan menyeleweng, sekalipun sunnah mereka menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya. Justeru itu, mereka adalah pelampau agama ( al-Ghulat fi d-Din). Penggunaan istilah seperti Maslahah, Maqasidu sy-Syari‘ah, Istihsan, Ijtihad, Ijmak, Qiyas dan sebagainya bukanlah bagi melaksanakan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya, malah bagi menangguh atau  memansukh atau menukar atau menyalahi hukum-Nya dan Sunnah Rasul-Nya. Firman-Nya “Fir‘aun telah menyesatkan kaumnya dan  tidak menunjukinya” (Taha (20): 79).   
Banyak lagi penyelewengan ajaran Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah dari segi akidah, Syari‘at Allah yang belum dikemukakan. Justeru itu, jika mereka  yang mengikut 100% hukum al-Qur’an dan Sunnah Rasulullh (Saw.) itu dikira sesat atau menyeleweng dan perlu dipulih atau dimurnikan akidah mereka oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama’ah, maka Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah yang mengikut sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman dan Mu‘awiyah yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya adalah lebih sesat dan menyeleweng serta lebih perlu dipulih atau dimurnikan akidah mereka oleh Syi‘ah Imam Dua Belas atau Syi‘ah Ja‘fariyyah atau mazhab Ahlu l-Bait (a.s).

 

No comments:

Post a Comment