Monday, July 18, 2011

DIALOG MENGENAI ALLAH MEMAKSA HAMBANYA BUAT MAKSIAT DAN MENYIKSANYA DALAM MUKTAMAR BAGHDAD

Penyelewengan Dan Kebatilan Ahl Al-Sunnah

       Al-‘Alawi berkata: Di antara penyelewengan dan kebatilan kamu-Ahl al-Sunnah tentang Allah bahawa kamu berkata: Sesungguhnya Allah memaksa hamba-hamba-Nya untuk melakukan maksiat dan perkara-perkara yang haram, kemudian Dia menyeksa mereka kerananya?

       Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah benar, kerana Allah berfirman di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 88 “Barangsiapa yang disesatkan Allah” dan di dalam Surah al-Taubah (9): 93 “Dan Allah telah mengunci mati hati mereka”.

       Al-‘Alawi berkata: Adapun kata-kata anda bahawa ia ada di dalam al-Qur’an, maka jawapannya: Sesungguhnya al-Qur’an ada majaaz dan ada kinayaat. Maka apa yang dimaksudkan dengan al-Dhalaal (kesesatan) bahawa Allah meninggalkan manusia yang celaka dan membiarkannya sehingga dia sesat iaitu sebagaimana kata-kata kita: Sesungguhnya kerajaan telah merosakkan orang ramai”. Ini bererti kerajaan telah meninggalkan mereka dengan keadaan mereka tanpa mengambil berat tentang nasib mereka, ini adalah yang pertama dan kedua: Tidakkah anda mendengar firman Allah di dalam Surah al-A‘raaf (7): 28 “Sesungguhnya Allah tidak menyuruh perbuatan yang keji”,  firman-Nya di dalam Surah al-Insaan (76): 3 “Sesungguhnya Kami telah menunjukkannya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada yang kafir” dan firman-Nya di dalam Surah al-Balad (90): 10 “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan”. Ketiga: Tidak harus pada akal bahawa Allah menyuruh kepada kemaksiatan, kemudian Dia menyeksa pelakunya. Ini adalah jauh sekali daripada orang awam melakukannya dan bagaimana dengan Allah Yang Maha Adil dan Maha Tinggi. Maha Suci Allah daripada apa yang dikatakan oleh musyrikin dan golongan yang zalim.
       Raja berkata: Tidak, tidak, tidak mungkin Allah memaksa manusia melakukan kemaksiatan, kemudian menyeksanya, ini adalah satu kezaliman. Sesungguhnya Allah adalah bersih daripada kezaliman dan kejahatan. Allah berfirman di dalam Surah Ali Imraan (3): 182 “Sungguhnya Allah tidak menganiaya hamba-hamba-Nya”, tetapi aku tidak fikir bahawa Ahl al-Sunnah berpegang kepada kata-kata al- ‘Abbasi?

Raja meminta Penjelasan
      
       Kemudian raja berpaling kepada wazir sambil  berkata: Adakah Ahl al-Sunnah berpegang atau berpendapat sedemikian?

       Wazir berkata: Ya, ia adalah masyhur di kalangan Ahl al-Sunnah berpegang sedemikian!

       Raja berkata: Bagaimana mereka berkata dengan apa yang menyalahi akal?

       Wazir berkata: Bagi mereka takwilan dan dalil-dalil.

       Raja berkata: Sekalipun ada takwil dan dalil, maka ia tidak masuk akal dan aku tidak berpendapat selain daripada pendapat Sayyid al-‘Alawi bahawa Allah  tidak memaksa seseorang ke atas kekafiran dan kemaksiatan, kemudian menyeksanya di atas perkara tersebut.

No comments:

Post a Comment