Monday, July 18, 2011

DIALOG : MENCARI CARA UNTUK MENDAMPINGI ALLAH TIDAKLAH SYIRIK



Kamu katakan bahawa mencari cara untuk mendekati Allah adalah syirik. Jika ini benar, mengapa khalifa Umar bin Khattab mencari pertolongan Allah melalui keturunan nabi?

Hafiz: Khalifa Umar tidak pernah melakukan yang tersebut.

Shirazi: Di dalam saat yang memerlukan Umar meminta pertolongan dari keturunan nabi, berdoa kepada Allah melalui mereka, dan yang dihajatinya dikabulkan. Saya hanya merujuk kepada dua peristiwa. Ibn Hajar Makki menulis di dalam ‘Sawaiq-e-Muhriqa’, selepas ayat 14 [dari The History of Damascus] bahawa pada tahun ke 17 H, manusia berdoa dan sembahyang meminta hujan, tetapi tidak berhasil. Khalifa Umar berkata bahawa dia akan sembahyang dan berdoa meminta hujan pada esok harinya melalui cara mendampingi kepada Allah. Pada keesokkan hari dia pergi menemui Abbas, bapa saudara nabi dan berkata: ‘Keluarlah supaya kami dapat berdoa kepada Allah melalui kamu untuk hujan.’

Abbas menyuruh Umar untuk duduk seketika supaya cara untuk mendekati kepada Allah dapat disediakan. Maka Bani Hashim [ahli bayt] pun diberitahu. Kemudian Abbas keluar bersama Ali, Imam Hasan dan Imam Husain. Bani Hashim yang lain dibelakang mereka. Abbas memberitahu Umar bahawa tidak boleh menambah walau seorangpun dalam kumpulan itu. Kemudian mereka pergi ketempat berdoa, dimana Abbas mengangkat tangan dan berkata: ‘Wahai Allah, Engkau menjadikan kami, dan Engkau tahu mengenai perbuatan kami. Wahai Allah, sebagaimana Engkau berkasih sayang kepada kami pada mulanya, maka berkasih sayang kepada kami pada akhirnya.’ Jabir berkata bahawa doa mereka belum pun selesai apabila awan telah mula kelihatan dan mula menurunkan hujan. Sebelum mereka boleh sampai kerumah mereka telah kuyup.

Bukhari juga melaporkan bahawa disatu ketika, masa kekurangan makanan Umar bin Khattab berdoa kepada Allah melalui Abbas bin Abdul Mutallib dan berkata: ‘Kami mengadapkan diri kami kepada bapa saudara rasul dengan Engkau, maka Ya Allah, turunkanlah hujan.’ Kemudian mula hujan. Ibn Abil-Hadid Mutazali di dalam buku ‘Sharh Nahjul-Balagha’ [edisi Mesir] ms 256, menulis bahawa khalifa Umar pergi bersama Abbas, bapa saudara nabi, untuk berdoa kepada Allah meminta hujan, di dalam doanya untuk hujan, khalifa Umar berkata: ‘Wahai Allah, kami mengadapkan diri kami kepada bapa saudara nabi Mu dan pada keturunannya dan dari apa yang tinggal dari orang-orangnya yang dihormati. Maka kekalkan lah kedudukan nabi mu melalui bapa saudaranya. Kami dapat petunjuk kepada kamu melalui nabi, supaya kami dapat meminta pertolongan mereka dan bertaubat.’

Jika mencari kepada keturunan nabi dan meminta pertolongan mereka untuk keperluan kita, di dalam jalan Allah adalah syirik, maka khalifa Umar adalah yang pertama syirik. Ahli Muhammad, dari semasa hayat nabi hingga kehari ini, telah menjadi cara untuk kita berdoa dan menyeru kepada Allah. Kami percaya mereka adalah keturunan yang paling bertaqwa dan yang paling hampir kepada Allah. Makanya kami anggap mereka sebagai cara untuk mendampingi Allah. Dan bukti yang terbaik untuk maksud ini adalah buku doa kami yang ditulis oleh Imam kami yang suci. Kami terima segala arahan dari Imam kami. Saya mempunyai dua buku buah bersama saya: ‘Zadul-Maad’ oleh Allama Majlisi dan ‘Hidayatuz-Zairin’ oleh Sheikh Abbas Qummi, yang akan saya serahkan kepada kamu untuk kamu mempertimbangkan. [Kedua mereka Hafiz dan Sheikh meneliti buku itu] Mereka membaca Doa-e-Tawassul [menyeru untuk mencari kedekatan] dan mereka dapati bahawa keluarga nabi adalah sebahagian dari yang dirayu. Dimana-mana saja mereka disebutkan sebagai cara untuk mendekati Allah. Pada masa itu Mulla Abdul-Hayy membaca keseluruh Doa-e-Tawas.
Doa-e-Tawassul, yang ditulis oleh Imam yang suci dan dinyatakan semula oleh Muhammad bin Babawayh-e-Qummi.

DOA-E-TAWASSUL.
Ini adalah satu doa kepada Allah. Sebagaimana Ali telah disebutkan disini, kesemua Imam juga telah disebutkan di dalam pengertian yang sama. Pengaruh keluarga Muhammad telah dicari [minta] untuk mendampingi kepada Allah. Mereka telah disebutkan dengan cara begini: ‘Wahai ketua dan yang memimpin kami! Kami meminta pertolongan kamu untuk sampai kepada Allah. Wahai yang paling dihormati pada pandangan Allah yang Maha Tinggi: perkenalkanlah kami kepadaNya.’ Kesemua keluarga nabi telah disebutkan dengan cara yang sama.

SHIA TIDAK MENGHINA SUNNI.
Apabila rayuan itu telah dibacakan, beberapa orang sunni telah menyatakan kekaguman dan terharunya mereka pada segala salah faham yang telah diada-adakan. Shirazi bertanya: ‘Adakah terdapat bayangan syirik di dalam doa tersebut? Tidakkah nama Allah terdapat di dalamnya dimana-mana?

No comments:

Post a Comment