Wednesday, July 6, 2011

Pengertian Al-Naas, Asybaah Al-Naas Dan Al-Nisnaas.




339. Ibn Mahbub, daripada Abdullah bin Ghalib, daripada bapanya, daripada Sa‘id al-Musayyab berkata: Aku telah mendengar Ali bin al- Husain a.s berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Amir al- Mukminin a.s, lalu berkata: Beritahuku jika anda seorang alim mengenai al-Naas (manusia), asybaah al-Naas (orang yang menyerupai manusia) dan mengenai al-Nisnaas? Maka Amir al-Mukminin a.s berkata: Wahai Husain, berilah jawapan kepada lelaki ini. Al-Husain a.s berkata: Adapun kata-kata anda: Beritahuku mengenai al-Naas, maka kamilah al-Naas sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2):199 “Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya golongan banyak (al-Naas))”, maka Rasulullah s.a.w adalah al-Naas (orang banyak) di dalam ayat tersebut. Adapun kata-kata anda mengenai asybaah al-Naas, maka merekalah Syi‘ah kami, merekalah mawaali kami dan mereka daripada kami. Justeru Ibrahim a.s berkata: “Maka sesiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku” Surah Ibrahim (14): 36. Adapun kata-kata anda mengenai al-Nisnaas, maka mereka adalah orang ramai (al-Sawaad al-A‘zam). Beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada kumpulan orang ramai. Kemudian beliau a.s berkata: “Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu). Surah al-Furqaan (25): 44.

No comments:

Post a Comment