Wednesday, July 6, 2011

Hadis Mengenai Iblis Pada Hari Al-Ghadir.




542. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Sulaiman, daripada Abdullah bin Muhammad al-Yamaani, daripada Masma‘ bin al- Hajjaj, daripada Sabah al-Haza’, daripada Sabah al-Mazni, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mengambil tangan Ali a.s di Ghadir Khum, maka Iblis telah melaung kepada tenteranya dengan laungan yang kuat sehingga tidak seorangpun yang tinggal sama ada di darat atau di laut melainkan mendatanginya, maka mereka berkata: Wahai tuan dan maula, kami tidak pernah mendengar laungan yang kuat dan menakutkan daripada anda seperti ini? Iblis berkata kepada mereka: Nabi ini telah melakukan satu perbuatan jika ia sempurna, maka dia tidak akan menderhakai Allah selama-lamanya.

Mereka berkata: Wahai tuan kami, anda telah berada bersama Adam. Manakala golongan munafik berkata: Sesungguhnya dia (nabi) bertutur menurut hawa nafsunya, maka salah seorang daripada mereka berdua (Abu Bakr / Umar) berkata kepada sahabatnya: Anda melihat dua matanya berpusing seolah-olah dia seorang yang gila, maka orang yang mereka maksudkannya adalah Rasulullah s.a.w. Iblis telah melaung dengan gembira (sarakha Iblisu sarkhatan bi-tarabin), lalu dia mengumpulkan para walinya dan berkata: Tidakkah kamu mengetahui bahawa aku telah berada bersama Adam pada masa dahulu?

Mereka berkata: Ya, dia berkata: Adam telah mengingkari janjinya, tetapi dia tidak mengingkari Tuhannya (naqadha al-‘Ahd wa-lam yakfur bi-al-Rabb). Sedangkan mereka telah mengingkari janji mereka dan mengingkari Rasul ( wa-haulaa’ naqadhuu al- Ahd wa-kafaruu bi- al Rasul). Manakala Rasulullah s.a.w mati, maka orang ramai telah melantik selain daripada Ali a.s, justeru Iblis telah memakai mahkota kerajaan, menaiki mimbar, menduduki di atas kerusinya, mengumpulkan unta-untanya dan tentera-tenteranya, kemudian berkata kepada mereka: Bergembiralah, kerana Allah tidak ditaati sehingga datangnya seorang imam.

Lalu Abu Ja‘far a.s membaca Surah al-Saba’ (34): 20 “Dan sesungguhnya Iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka, lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian golongan yang beriman”. Abu Ja‘far a.s berkata: Takwil ayat ini adalah manakala Rasulullah s.a.w mati. Sangkaan adalah daripada Iblis ketika mereka berkata kepada Rasulullah (s.a.w): Sesungguhnya dia (s.a.w) bertutur menurut hawa nafsunya, maka Iblis membuktikan kebenaran sangkaannya, lalu mereka mengikutinya.

No comments:

Post a Comment