259. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abu ‘Umair,
daripada ‘Umru bin Abu al-Miqdam berkata: Aku telah keluar sehingga berada di antara kubur Rasulullah s.a.w dan mimbarnya. Tiba-tiba beliau a.s berada bersama-sama Syi‘ah, lalu memberi salam kepada mereka. Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya, demi Tuhan, aku mengasihi roh-roh kamu, justeru tolonglah aku dengan warak dan ijtihad. Ketahuilah bahawa wilayah kami tidak boleh dicapai melainkan dengan warak dan ijtihad.

Sesiapa di kalangan kamu mengimamkan seseorang, maka
hendaklah dia beramal dengan amalannya. Kamu adalah Syi‘ah Allah, kamu adalah penolong-penolong Allah (antum syi‘atu l-Lah wa antum Ansaru l-Lah), kamu adalah orang terdahulu yang pertama di dunia dan orang terdahulu yang terakhir di akhirat ke syurga. Kami telahmenjaminkan kamu syurga dengan jaminan Allah dan jaminan Rasulullah s.a.w. Demi Tuhan, tiada roh memasuki syurga yang lebih banyak daripada roh-roh kamu. Lantaran itu, berlumba-lumbalah bagi mendapatkan kelebihan darjatnya.

Kamu adalah baik (tayyibun) dan perempuan-perempuan kamu
adalah baik (tayyibat). Setiap mukminat adalah bidadari (haura’) dan setiap mukmin adalah siddiq. Amir al-Mukminin a.s berkata kepada Qanbar: Wahai Qanbar, bergembiralah, dan beritahulah mengenai kegembiraan ini, demi Tuhan, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mati di dalam keadaan beliau s.a.w memarahi umatnya selain daripada Syi‘ah (maata rasulullah s.a.w wa huwa ‘ala ummati-hi sakhitun illa ‘ala al- Syi‘ah).

Sesungguhnya setiap sesuatu ada kekuatannya, maka kekuatan Islam adalah Syi‘ah (alaa wa inna li-kulli sya’in ‘izzan wa ‘izzu l-Islam al- Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tiangnya, maka tiang Islam adalah Syi‘ah (alaa wa inna li-kulli syai’in da‘amatan wa-da‘amatu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada puncaknya, maka puncak Islam adalah Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in dhirwatan wa-dhirwatu l- Islam al-Syi‘ah).
Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaannya, maka kemuliaan Islam adalah Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in syarafan wa-syarafu l- Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tuannya, maka tuan kepada semua majlis adalah majlis Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in sayyidan wa-sayyidu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada imamnya, maka imam bagi bumi adalah bumi yang diduduki Syi‘ah (alaa wa-inna li-kulli syai’in imaman wa-imamu l-Ardh ardhun taskunu-ha al-Syi‘ah ).

Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya
aku tidak melihatnya dengan senang. Demi Tuhan, jika orang seperti
kamu tidak ada di bumi ini, nescaya Allah tidak memberi nikmat kepada golongan yang menentang kamu (ahli khilafi-kum). Mereka tidak mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Setiap nasibi sekalipun dia bekerja keras (kullu nasibin mujtahidin), maka amalannya adalah sia-sia (fa-‘amalu-hu habaa’an).
Syi‘ah kami bercakap dengan cahaya Allah a.w. Adapun mereka
yang menyalahi Syi‘ah bercakap dengan kesalahan (tafallutin). Demi Tuhan, tidak seorang di kalangan Syi‘ah kami yang tidur melainkan Allah mengangkatkan rohnya ke langit, lalu memberkatinya. Dan jika ajalnya tiba, maka Dia akan meletakkanya di gedung rahmat-Nya; di taman syurga-Nya; di bayang ‘Arasy-Nya. Dan jika ajalnya belum tiba, maka Dia mengutus malaikat untuk mengembalikannya kepada jasadnya. Demi Tuhan, sesungguhnya mereka yang mengerjakan haji dan umrah di kalangan kamu adalah tetamu istimewa Allah a.w.
Sesungguhnya golongan fakir kamu adalah ahli kekayaan dan golongan kaya kamu adalah ahli qana‘ah. Sesungguhnya kamu semua adalah ahli dakwah-Nya dan ahli yang menyahuti seruan-Nya.
(Dikutip dari kitab raudhat min al Kafi)

No comments:
Post a Comment