Thursday, July 14, 2011

Sifat Akal Dan Kejahilan

         

       Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah apabila Dia mencipta akal, Dia berfirman kepadanya: Datang ke sini, maka ia datang. Dia berfirman kepadanya: Undur ke belakang, maka ia berundur. Kemudian Dia berfirman: Demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, Aku tidak mencipta makhluk yang lebih mulia daripada kamu dan Aku menyokong orang yang  Aku mencintainya dengan kamu”[1].


       Beliau a.s berkata: Empat sifat yang membolehkan  seorang itu menjadi ketua: Kehormatan diri (‘iffah), adab, dermawan dan akal.


       Beliau a.s berkata: Empat tabiat yang paling istimewa: Akal yang beribadat, percakapan yang paling dipercayai adalah ilmu, habuan yang paling mulia adalah hikmat dan simpanan yang paling baik adalah kebaikan.


       Beliau a.s berkata: Akal menyelam di dalam percakapan, kemudian ia mengeluarkannya dari rahsia dada sebagaimana seorang penyelam menyelami lautan yang dalam bagi mendapatkan mutiara[2].
                         
Kesempurnaan Akal Pada Tiga Perkara             

       Beliau a.s berkata: Kesempurnaan akal pada tiga perkara: Tawaduk kepada Allah, keyakinan yang bertepatan dan diam untuk kebaikan.                        
                
Kejahilan Pada Tiga Perkara
            
       Beliau a.s berkata: Kejahilan pada tiga perkara: Takbur, kemegahan dan kejahilan dengan Allah, maka mereka itu adalah mereka yang rugi[3].


       Beliau a.s berkata: Allah telah mencipta akal dari empat perkara:Ilmu, kekuasaan, cahaya dan kehendak dengan perintah. Maka Allah telah menjadikannya sentiasa berdiri  dengan ilmu di alam malakut.


       Beliau a.s berkata: Akal seorang lelaki akan bertambah selepas empat puluh tahun kepada lima puluh dan enam puluh tahun. Kemudian akalnya akan berkurangan selepas itu.


       Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus kepada Adam a.s tiga perkara supaya beliau memilih satu daripadanya: Akal, malu (al-Haya’) dan kemurahan hati (al-Sakha’), lalu beliau memilih akal, maka Jibrail a.s berkata kepada malu dan kemurahan hati: Naiklah kamu berdua, lalu mereka berdua berkata: Kami diperintahkan supaya tidak berpisah dengan akal.


       Al-Sadiq a.s berkata: Apabila anda ingin menguji akal seseorang lelaki di dalam satu majlis, maka bercakaplah kepadanya di celah-celah percakapan anda dengan perkara yang tidak akan berlaku, jika beliau mengingkarinya, maka beliau adalah seorang yang berakal. Jika beliau membenarkannya, maka beliau adalah seorang yang bodoh (ahmaq )[4].


       Beliau a.s berkata: Apabila Allah mahu menghilangkan daripada seorang hamba nikmat, maka perkara pertama yang Dia akan mengubahkannya adalah akalnya[5].
       Al-Sadiq a.s berkata: Orang yang berakal tidak digigit dua kali pada satu tempat.


       Amir al-Mukminin a.s berkata: Manusia adalah musuh kepada apa yang dia tidak tahu[6].


       Al-Baqir a.s berkata: Roh adalah tiang agama (‘imad al-Din), ilmu adalah tiang roh dan keterangan (al-Bayan)adalah tiang ilmu.          
                                                                                
Kelebihan Ilmu             
  
    Amir al-Mukminin a.s berkata: Seorang yang beribadat tanpa memahaminya adalah seperti keldai memusingkan kisaran angin. Dua rakaat daripada seorang yang alim adalah lebih baik daripada tujuh puluh rakaat daripada seorang yang jahil, kerana orang yang alim didatangi fitnah, lalu beliau keluar dari fitnah dengan ilmunya. Sementara fitnah  mendatangi orang yang jahil, lalu membinasakannya. Sedikit amalan bersama ilmu yang banyak adalah lebih baik dari banyak amalan bersama ilmu yang sedikit, syak dan syubhah.


       Al-Baqir a.s berkata: Perbincangan ilmu (tadhakur)satu jam itu adalah lebih baik dari Qiyam al-Lail[7].


       Beliau a.s berkata: Jika anda duduk di sisi seorang yang alim, maka hendaklah anda mendengar dengan lebih berhati-hati dan berkata: Belajarlah pendengaran yang baik sebagaimana anda mempelajari percakapan yang baik dan janganlah anda memotong percakapan seorang[8].


       Al-Ridha a.s berkata: Janganlah anda  menguji ulama, nescaya mereka akan menolak anda, janganlah anda menguji mereka yang jahil, kerana  mereka tidak mengetahui anda.


       Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang sabar ke atas apa yang mendatanginya, maka beliau adalah seorang yang lemah lembut, Luqman berkata: Musuh yang halim (lemah lembut) adalah lebih baik daripada sahabat yang bodoh.


       Al-Sadiq a.s berkata: Tiada harta yang lebih berharga dari akal, tiada musibah yang lebih besar dari kejahilan, tiada demonstrasi yang lebih dipercayai dari mesyuarat, tiada warak yang lebih dari menahan diri, tiada ibadat seperti tafakur. Tiada pemimpin yang lebih baik dari taufik, tiada sahabat yang lebih baik dari akhlak yang mulia dan tiada warisan yang lebih baik dari adab[9].



[1] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, I, 33-4
[2] Ibid
[3] Ibid
[4] Ibid, 43
[5] Ibid, 32
[6] Ibid
[7] Ibid,  64
[8] Ibid,  68
[9] Ibid,  32

(DIKUTIP DARI AL IKHTISAS)

No comments:

Post a Comment