Monday, June 27, 2011

Khutbah Amir AKhutbah saidina Ali tentang Kezaliman dan Penindasan

Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Ali bin Ri’ab dan Ya‘qub al-Sarraj, daripada Abu Abdullah a.s bahawa sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s apabila dilantik selepas pembunuhan Uthman, maka beliau a.s menaiki mimbar dan berkata:
Segala puji bagi Allah Yang Maha Tinggi. Dia Maha dekat dan Maha Tinggi di atas sesuatu penglihatan.

Aku naik saksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa. Dan aku naik saksi bahawa sesungguhnya bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, penutup segala nabi, hujah Allah ke atas alam sejagat, membenarkan segala para rasul yang terdahulu. Dia bersifat kasihan belas kepada mukminin. Maka selawat Allah dan para malaikat-Nya ke atasnya dan keluarganya.
 
Adapun kemudian daripada itu. Amma ba‘du, wahai manusia, sesungguhnya kezaliman membawa pelakunya kepada neraka. Sesungguhnya orang pertama yang telah melakukan kezaliman (bagha) ke atas Allah adalah ‘Unaq binti Adam dan ia merupakan orang yang pertama dibunuh oleh Allah di suatu tempat di bumi bernama Jarib. Dia mempunyai dua puluh anak jari tangan dan setiap anak jari mempunyai dua kuku yang panjang. Lantas Allah menguasainya dengan seekor singa seperti gajah dan seekor serigala seperti unta serta seekor helang seperti baghal, lalu mereka membunuhnya. Sesungguhnya Allah telah membunuh mereka yang perkasa dan zalim (al-Jababirah) mengikut keadaan mereka yang selayaknya. Dia telah mematikan Haman, membinasakan Fir‘aun dan membunuh Uthman. Sesungguhnya bala kamu telah kembali sebagaimana keadaannya pada hari Allah mengutus Nabi-Nya s.a.w. Demi Yang telah mengutusnya dengan kebenaran bahawa kamu akan menyayi seperti burung murai, bergembira seperti burung gagak dan anda akan mengangkat “tongkat kadar” sehingga yang di bawah kamu kembali ke atas dan yang tinggi kamu akan kembali ke bawah. Orang yang terdahulu hendaklah di dahulukan, tetapi mereka telah mengabaikannya.
 
Demi Allah aku bukanlah menyembunyikan penentanganku dan aku tidak sedikit pun berbohong. Sesungguhnya aku telah meramalkan keadaan ini. Pada hari ini kesalahan adalah seperti kuda liar yang ditunggang oleh ahlinya dan dicabut tali mulutnya, kemudian ia membawanya ke nereka. Sesungguhnya takwa merupakan binatang tunggangan yang baik, ditunggang oleh ahlinya, dibukakan kepadanya pintu-pintu syurga dan mendapati bauannya yang harum. Dikatakan kepadanya: “Dan masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman” (Surah akl-Hijr(15):46)

Sesungguhnya ramalan ini telah didahului oleh orang yang terdahulu daripadaku. Sesungguhnya tiada nabi selepas nabi Muhammad s.a.w yang dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka Jahanam. Kebenaran dan kebatilan ada penyokongnya. Aku hanya bekerja keras, tetapi aku khuatir kamu akan menjadi jemu denganku kerana tidak sependapat denganku. Jika aku mahu aku berkata: Allah memaafkan apa yang telah berlaku. Dua orang lelaki telah mendahuluinya (Uthman), lalu datang yang ketiga seperti burung gagak yang mementingkan perutnya.
 
Celaka baginya, jika dikerat dua sayapnya dan dipotong kepalanya adalah lebih baik baginya. Jauh dari syurga dan neraka di hadapannya.
 
Tiga, dua dan lima, tiada bagi mereka yang ke enam: Malaikat berterbang dengan dua sayapnya, seorang nabi yang Allah memegang di kedua ketiaknya. Seorang mujtahid yang gigih, penuntut yang mengharapkan, dan orang yang cuai adalah di neraka. Kanan dan kiri adalah menyesatkan. Jalan tengah adalah jalan yang didatangi kitab dan athaar kenabian. Binasalah orang yang menuntut bukan haknya.
 
Rugilah orang yang menipu. Sesungguhnya Allah telah mengajar umat ini dengan pedang dan cemeti yang mana seorang Imam tidak menahan diri daripada kedua-duanya. Justeru bersembunyilah di rumah-rumah kamu dan perbaikilah silaturahim di antara kamu serta taubat daripada kamu. Sesiapa yang menzahirkan penentangannya kepada kebenaran akan binasa.

(Dipetik dari Raudhah al Kaafi, ms 91)

No comments:

Post a Comment