Monday, July 18, 2011

DIALOG MENGENAI KELAYAKAN ALI SEBAGAI KHALIFAH DALAM MUKTAMAR BAGHDAD

Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah

       Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya kelayakannya adalah banyak, maka pertamanya adalah penentuan atau pilihan adalah daripada Allah dan Rasul-Nya.

       Kedua: Ali bin Abu Talib adalah sahabat yang paling alim. Justeru itu, Rasulullah bersabda: Orang yang paling alim di dalam perundangan di kalangan kamu adalah Ali” Umar bin al-Khattab berkata: Ali adalah orang yang paling alim di kalangan kami di dalam bidang kehakiman[1]” Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya. Barangsiapa yang menghendaki bandar atau hikmat, maka hendaklah dia mendatangi pintunya[2]

       Ali a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah telah mengajar aku seribu bab ilmu di mana beliau s.a.w membuka untukku setiap pintu seribu bab” [3]. Ini ternyata orang alim itu diutamakan daripada orang jahil. Allah berfirman di dalam Surah al-Zumar (39): 9  Adakah sama mereka yang mengetahui dengan mereka yang jahil

       Ketiga: Ali a.s tidak berhajat kepada orang lain sedangkan orang lain berhajat kepadanya[4]. Tidakkah Abu Bakr berkata: Pecatlah aku, kerana aku bukanlah orang yang paling baik pada kamu dan Ali adalah pada kamu. Tidakkah Umar berkata lebih daripada tujuh puluh kali: Jikalau Ali tidak ada, nescaya binasalah Umar”[5]. “ Mudah-mudahan Allah tidak mengekalkan aku dengan permasalahan di mana anda tidak ada padanya, wahai Abu al-Hasan”[6]. “Jangan seorang daripada kamu mengeluarkan fatwa sedangkan Ali berada di masjid” [7]

       Keempat: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib tidak pernah menderhakai Allah dan beliau a.s tidak pernah menyembah selain daripada Allah, tidak pernah sujud kepada berhala sepanjang hidupnya sedangkan mereka bertiga telah menderhakai Allah dan menyembah selain daripada Allah dan sujud kepada berhala-berhala. Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 124 “Janjiku tidak akan dicapai oleh golongan yang zalim”. Adalah jelas sekali bahawa penderhaka adalah seorang yang zalim, justeru itu, dia tidak layak untuk mendapat janji Allah iaitu kenabian dan khilafah.

       Kelima: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib mempunyai fikiran yang sejahtera dan akal yang tinggi, pendapat yang tepat berteraskan Islam. Sementara orang lain mempuyai pendapat yang cetek berteraskan syaitan, Abu Bakr berkata: Sesungguhnya bagiku syaitan yang menggodaku. Sesungguhnya Umar telah menyalahi Rasulullah pada tempat yang banyak. Uthman mempunyai akal yang lemah, keluarganya memberi kesan sampingan yang buruk terhadapnya umpamanya:  Marwan bin al-Hakam telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w sebagai Wazagh bin al-Wazagh (cicak anak lelaki cicak)[8]. Rasulullah s.a.w telah melaknati Marwan dan keturunannya melainkan mukmin, maka bilangan mereka adalah sedikit. Begitu juga dengan Ka‘ab al-Ahbar  si Yahudi dan lain-lain!

Raja Meminta Penjelasan

       Raja berkata kepada wazir: Adakah benar bahawa Abu Bakr berkata:  Sesungguhnya bagiku syaitan yang menggodaku”?

       Wazir berkata: Ini terdapat di dalam kitab-kitab sejarah[9].

       Raja berkata: Adakah benar Umar telah menyalahi Rasulullah?

       Wazir berkata: Kita akan meminta penjelasan daripada al-‘Alawi apa yang dia masksudkan dengan kata-katanya?
                 
Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W
      
       Al-‘Alawi berkata: Ya, para ulama Ahl al-Sunnah telah menyebutnya di dalam kitab-kitab muktabar mereka sesungguhnya Umar telah menentang Rasulullah (s.a.w) pada beberapa tempat, di antaranya:

       Pertama: Ketika Nabi s.a.w mahu mengerjakan sembahyang ke atas Abdullah bin ‘Ubayy, sesungguhnya Umar telah menentang Rasulullah dengan tentangan yang keras (qaasian) sehingga Rasulullah s.a.w terasa terkilan sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Tubat (9): 61 “Dan golongan yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih

       Kedua: Ketika Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dipisahkan di antara  ‘Umrah tamattu‘ dan Haji tamattu‘ lalu mengharuskan suami menghampiri isterinya di antara  ‘umrah dan haji. Lalu  ‘Umar menentangnya dan berkata dengan kata-kata kesat: Adakah kami mengerjakan ihram sedangkan zakar-zakar kami masih mengeluarkan air mani” (a-nuhrimu wa mazaakiiru-naa taqturu maniyyan). Lantas Nabi (s.a.w) berkata: Sesungguhnya engkau tidak akan beriman dengan perkara ini selama-lamanya”. Dengan sabda ini bererti bahawa Nabi s.a.w mengetahui bahawa Umar adalah di kalangan mereka yang beriman dengan sebahagian [hukum] dan kafir dengan sebahagian [hukum].
 
       Ketiga: Tentang nikah mut‘ah bahawa Umar tidak mempecayainya. Apabila dia memerintah dan merampas kerusi khilafah, dia berkata: Dua mut‘ah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya dan aku menyeksa ke atas kedua-duanya [pelakunya]” (Mut‘ataani kaanataa ‘ala ‘ahdi Rasulillah wa ana uharrimu-huma wa u‘aqibu ‘alai-himaa) sedangkan al-Qur’an menyatakan di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 24 “Dan isteri-isteri yang telah kamu nikmati di antara mereka. Maka berilah kepada mereka maharnya”. Ahli tafsir menyebut bahawa ayat tersebut diturunkan tentang harusnya mut‘ah. Dan inilah amalan kaum muslimin sehingga pada pemerintahan Umar. Manakala Umar telah mengharamkannya, perzinaan dan kejahatan di kalangan kaum muslimin semakin bertambah. Justeru itu, Umar telah menggantungkan hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya, lalu perzinaan dan kejahatan meluas! Lantaran itu, dia termasuk di dalam firman Allah Surah al-Maa’idah (5): 44. 45, 47 “Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang kafir” “Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang zalim” Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yang fasik

       Keempat: Di dalam peperangan al-Hudaibiyyah sebagaimana telah disebutkan bahawa Umar telah mengesyaki kenabian Muhammad s.a.w. Di tempat yang lain di mana Umar telah menyalahi Rasulullah dan menyakitinya dengan kata-katanya yang kesat terhadap Rasulullah!

       Raja berkata: Pada hakikatnya aku juga tidak reda dengan nikah mut‘ah!

       Al-‘Alawi berkata: Adakah anda mengakui bahawa ia adalah daripada perundangan Islam atau tidak?

       Raja berkata: Aku tidak mengakuinya.

       Al-‘Alawi berkata: Apakah makna Surah al-Nisaa’ (4): 24 “Dan isteri-isteri yang telah kamu nikmati di antara mereka. Maka berilah kepada mereka maharnya”? Dan apakah makna kata-kata Umar: Dua mut‘ah adalah halal pada masa Rasulullah, tetapi aku mengharamkannya dan aku akan menyeksa ke atas kedua-duanya [pelakunya]”? Tidakkah kata-kata Umar menunjukkan bahawa nikah mut‘ah adalah harus dan berlaku pada masa Rasulullah, pada masa Abu Bakr dan sebahagian pada masa pemerintahan Umar. Kemudia dia melarangnya dan mengharamkannya?

       Di samping dalil-dalil yang banyak, wahai raja, sesungguhnya Um ar sendiri telah melakukan mut‘ah dengan wanita-wanita[10] dan Abdullah bin al-Zubair adalah anak mut‘ah!


Raja Meminta Penjelasan
       Raja berkata: Apakah pendapat anda, wahai Nizam al-Mulk?

       Wazir berkata: Hujah al-‘Alawi adalah kuat dan benar, tetapi disebabkan Umar telah melarangnya, maka wajib ke atas kita mengikutinya.

       Al-‘Alawi berkata: Adakah Allah dan Rasul lebih berhak diikuti atau Umar? Tidakkah anda membaca, wahai wazir, firman Allah di dalam Surah al-Hasyar (59):7 “Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah dia”, firman Allah di dalam Surah al-Nisaa ‘ (4): 59 “Taatilah Rasul…  firman-Nya di dalam Surah al-Ahzab (33): 21 “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu ikutan yang baik bagi kamu” dan hadis yang masyhur: Halal Muhammad itu adalah halal sehingga hari Kiamat dan haram Muhammad itu adalah haram sehingga hari Kiamat”?


[1] Ibn Sa‘d, Tabaqaat, vi, hlm.102
[2] Al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm.126, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al- ‘Umaal, vi, hlm.152.
[3] Al-Hakim , al-Mustadrak, iii, hlm 126-127.
[4] Umar memerintahkan rejam wanita yang sedang hamil, kerana berzina. Tetapi Ali a.s membantahnya seraya berkata: Sekiranya anda mempunyai kuasa ke atasnya, tetapi anda tidak mempunyai kuasa ke atas janinnya” Kemudian Umar berkata: “Setiap orang adalah lebih alim daripadaku”, al-Tabari, Dhakha’ir al- ‘Uqba, hlm. 81.
[5] Al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm.358
[6] Al-Khawaarizmi, al-Manaaqib, hlm. 60.
[7] Ibid.
[8] Marwan bin al-Hakam.
[9] Ibn Sa‘d, Tabaqaat, bgh. 3, I,hlm.129, al-Tabari, Tarikh, ii, hlm. 440, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, hlm. 6
[10]  Umar Juga diriwayatkan bahawa dia telah melakukan hubungan seks di luar tabi‘i dengan isterinya (anal sex ). Pada suatu hari dia datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tergesa-gesa sambil berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah binasa, Maka Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: Apakah yang telah membinasakan anda? Umar menjawab: Semalam aku telah melakukan seks dengan isteriku melalui duburnya (Aku telah “meliwat” isteriku). Maka Rasulullah s.a.w tidak memberi apa-apa jawapan kepadanya. Kemudian turun firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 223 “Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat bercocok tanam, maka datangilah tanah  tempat bercocok- tanammu itu di mana saja kamu kehendaki” Lihat al Turmudhi, Jaami‘ al-Turmudhi, ii, hlm 382 (bab Tafsir ayat al-Harth (2:223). Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, I, hlm. 264 ayat al-Harth (2:223). Ini bererti Kelakuan seks Umar di luar tabi‘i dengan isterinya melalui duburnya itu tidak membinasakannya, malah ia adalah mubaah.. Lantaran itu, tidak hairanlah, jika Imam Malik telah melakukan persetubuhan dengan isterinya melalui duburnya (“meliwat” isterinya). Pada suatu hari  Sahil telah bertanya Imam Malik tentang persetubuhan dengan isteri melalui duburnya adakah ia dibenarkan? Imam Malik berkata: Aku baru saja membersihkan kemaluanku daripadanya (Aku telah meliwat isteriku dan aku baru saja membersihkan kotorannya dari kemaluanku). Lihat al-Qurtubi, Jaami‘ al-Ahkaam, I,352 ayat al-Harth (2:223).

No comments:

Post a Comment