Thursday, July 14, 2011

Lima Orang Yang Tidak Boleh Bersahabat


      
Daripada Muhammad bin muslim daripada al-Sadiq daripada bapanya a.s berkata: Bapa aku Ali bin al-Husain a.s berkata: Wahai anakku, lihatlah kepada lima orang dan janganlah anda bersahabat dan membuat cakap dengan mereka,jangan anda mengiringi mereka di jalan, beliau berkata: Wahai abah, siapakah mereka? Perkenalkan mereka kepada aku, beliau berkata: Jauhilah anda bersahabat dengan pembohong, kerana ia sepertilah kedudukan kilauan(al-sarab), beliau akan mendekatkan anda yang jauh dan akan menjauhkan bagi anda yang dekat. Jauhilah anda bersahabat dengan orang yang fasiq, kerana ia akan menjual anda dengan satu kali makan atau lebih sedikit daripada itu.


       Jauhilah anda bersahabat dengan orang bakhil, kerana beliau akan menghina anda pada hartanya apabila anda lebih berhajat kepadanya. Jauhilah anda bersahabat dengan ahmaq (si bodoh), kerana beliau  mahu memberi manfaat kepada anda, tetapi ia memudaratkan anda. Jauhilah bersahabat dengan orang yang memutuskan pertalian keluarganya, kerana aku telah mendapatinya dilaknat di dalam kitab Allah a.w pada tiga tempat. Allah berfirman di dalam Surah Muhammad (47) : 22-23 “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah mereka yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya  penglihatan mereka”     

             
       Dan firman-Nya di dalam Surah al-Ra‘d (13):25 “Mereka yang merosak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerosakan di bumi, mereka itulah dilaknati Allah, dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk ”


       Dan firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2) :27 “Mereka yang melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan di muka bumi, mereka itulah mereka yang rugi”         

    
       Ammar bin Musa berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Cinta mereka yang baik (al-Abrar) kepada mereka yang baik, adalah pahala kepada mereka yang baik. Cinta mereka yang jahat (al-Fujjar) kepada mereka yang baik adalah kelebihan  bagi mereka yang baik, kemarahan mereka jahat kepada mereka baik adalah perhiasan bagi mereka yang baik dan kemarahan mereka yang baik kepada mereka yang jahat adalah penghinaan (khizyun) kepada mereka yang jahat[1].


       Al-Sadiq a.s berkata:  Saudara-saudara aku yang paling aku cintai adalah mereka yang menunjukkan keaiban aku kepada aku.
                        



[1] Al-Kulaini, al-Kafi,  ii,  641

(DIKUTIP DARI AL IKHTISAS)

No comments:

Post a Comment