Penyelewengan Al–Qur’an
Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnhya Syi‘ah berkata tentang penyelewengan al-Qur’an (tahriif).
Al-‘Alawi berkata: Malah ia masyhur di sisi kamu, wahai Ahl al-Sunnah, sesungguhnya kamu berkata tentang penyelewengan al-Qur’an![1]
Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah pembohongan yang jelas.
Al-‘Alawi berkata: Tidakkah kamu meriwayatkan di dalam kitab-kitab kamu bahawa sesunggunya ayat tentang al-Gharaaniq telah turun ke atas Rasulullah, kemudian ia dimansuhkan dan dibuang daripada al-Qur’an?
Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang didakwa oleh al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah telah disebutkan oleh ahli Tafsir.
Raja berkata: Bagaimana dipegang atau dipercayai Qur’an yang diselewengkan?
Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja, sesungguhnya kami tidak berkata sedemikian. Sesungguhnya ini adalah pendapat Ahl al-Sunnah. Justeru itu, al-Qur’an di sisi kami boleh dipercayai, tetapi al-Qur’an di sisi Ahl al-Sunnah tidak boleh berpegang kepadanya!
Al-‘Abbasi berkata: Beberapa hadis terdapat di dalam kitab-kitab kamu dan daripada para ulama kamu?
Al-‘Alawi berkata: Hadis-hadis itu, pertamanya: Sedikit, kedua: Ia adalah mauduk dan dipalsukan di mana musuh-musuh Syi‘ah telah menciptakannya untuk mencemarkan imej Syi‘ah. Ketiga: Perawi-perawinya dan sanad-sanadnya tidak benar. Dan apa yang dipindahkan daripada ulama, maka ia tidak boleh dipegang. Sesungguhnya para ulama kami yang besar di mana kami berpegang kepada pendapat mereka, tidak berkata tentang penyelewengan al-Qur’an (tahriif). Mereka tidak menyebut ayat-ayat al-Qur’an tentang pujian kepada berhala-berhala sebagaimana kamu menyebutnya bahawa kamu berkata: Dia berfirman[2]:
Itulah al-Gharaaniq yang tinggi
Daripadanyalah syafaat diharap-harapkan
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.
[1] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 208 menyatakan bahawa ayat al-Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur’an, iaitu “Laa targhabuu ‘an aabaa’i-kum”, tetapi ia tidak wujud di dalam al-Qur’an yang ada sekarang. Muslim, Sahih, ii, hlm.726 menyatakan bahawa Abu Musa al-Asy‘ari membaca selepas (Surah al-Saf 61:2) “ Fatauktabu syahaadatan fi a‘naaqi-kum…, tetapi ia tidak dimasukkan di dalam al-Qur’an sekarang.
[2] Lihat, umpamanya, al-Baidhawi, Anwar al-Tanzil, ii, hlm 320 tentang Surah al-Najm (53): 19-20 dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment