Wednesday, July 6, 2011

Penyaksian Muhammad bin Abu Bakr akan perkataan bapanya ketika mati dan sebutan “Tabut”


       Abban berkata: Sulaim berkata: Aku telah memberitahu Muhammad bin Abu Bakr tentang hadis Ibn Ghunim[1] semuanya. Dia berkata kepadaku: Rahsiakan perkara ini kerana bapaku juga ketika matinya telah berkata seperti kata-kata mereka. ‘Aisyah berkata: Sesungguhnya bapaku telah meracau. Muhammad berkata: Aku telah berjumpa Abdullah bin Umar, maka aku memberitahunya apa yang dikatakan oleh bapaku ketika kematiannya. Maka dia berkata: Rahsiakan perkara ini. Demi Tuhan! Bapaku telah berkata sebagaimana bapa anda berkata, tidak lebih dan tidak kurang. Kemudian Abdullah bin Umar khuatir aku akan memberitahu Ali a.s. mengenainya, kerana dia mengetahui akan kasihku kepadanya, lalu berkata: Sesungguhnya bapaku telah meracau.
       Maka aku telah mendatangi Amir al-Mukminin Ali a.s., lalu aku memberitahunya apa yang aku dengar daripada bapaku, dan apa yang diberitahu kepadaku oleh Abdullah bin Umar. Amir al-Mukminin Ali a.s. berkata: Orang yang lebih benar daripada anda dan Ibn Umar telah memberitahuku tentang bapanya, bapa anda, Abu ‘Ubaidah, Salim dan Mu‘adh. Aku berkata: Siapakah orangnya? Beliau berkata: Ada orang yang telah memberitahuku. Dia berkata: Aku telah mengetahui apa yang dimaksudkannya, maka aku berkata: Anda memang banar wahai Amir al-Mukminin. Aku telah menjangka ada orang yang telah memberitahu anda. Tidak ada seorangpun yang menyaksikan bapaku berkata sedemikian selain daripadaku.
       Dia berkata: Aku berkata kepada Abd al-Rahman bin Ghunim: Mu‘adh telah mati disebabkan oleh penyakit Taun sebagaimana berlaku kepada Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah. Dia berkata: Disebabkan oleh bisul. Aku berjumpa dengan Muhammad bin Abu Bakr dan berkata: Adakah mereka berdua telah menyaksikan kematian bapa anda selain daripada saudara anda Abd al-Rahman, ‘Aisyah dan Umar. Adakah mereka mendengar daripadanya apa yang anda telah mendengarnya? Dia berkata: Mereka telah mendengar daripadanya, lalu mereka menangis dan berkata: Dia sedang meracau. Aku bukan mendengar kesemuanya.
       Aku berkata: Apakah yang telah didengar oleh mereka daripadanya? Mereka berkata: Dia telah meyeru dengan Neraka Wail dan kecelakaan, maka Umar berkata kepadanya: Wahai Khalifah Rasulullah! Kenapa anda menyeru dengan Neraka Wail dan kecelakaan? Dia berkata: Ini Muhammad dan Ali sedang memberi khabar gembira kepadaku dengan Neraka. Di tangannya Sahifah di mana kami telah memeterai perjanjian ke atasnya di hadapan Ka‘bah seraya berkata: Anda telah melaksanakannya, lantas anda dan sahabat anda menentang wali Allah. Maka bergembiralah dengan Api Neraka yang terkebawah.
       Apabila Umar mendengarnya, dia terus keluar dan berkata: Sesungguhnya dia sedang meracau. Dia menjawab: Tidak. Demi Tuhan! Aku tidak meracau. Umar berkata: Anda yang kedua daripada dua orang ketika kedua-duanya di Gua? Abu Bakr berkata: Sekarang ini juga. Tidakkah aku telah memberitahu anda bahawa Muhammad berkata kepadaku semasa aku bersamanya di Gua: “Bahawa aku melihat bahtera Ja‘far dan para sahabatnya belayar di laut”.
       Aku berkata: Perlihatkanlah kepadaku? Maka beliaupun menyapu mukaku, lantas aku melihat kepadanya. Aku yakin pada masa itu bahawa beliau adalah seorang ahli sihir (Sahir). Umar berkata: Wahai mereka itu! Sesungguhnya bapa kalian sedang meracau,[2] lantaran itu rahsiakan apa yang kalian dengar daripadanya supaya Ahl al-Bait tidak mentertawakan kalian. Kemudian dia keluar. Dan saudaraku pun keluar untuk berwuduk bagi mengerjakan solat.
       Maka dia (Abu Bakr) memperdengarkan kata-katanya kepadaku yang tidak didengari oleh mereka. Aku berkata kepadanya semasa aku bersendirian dengannya: Wahai bapaku! Katalah: La ilaha illa Llah. Dia berkata: Tidak. Aku tidak akan berkata: La ilaha illa Llah selama-lamanya. Aku tidak mampu untuk berkata sedemikian sehingga aku memasuki Tabut. Manakala bapaku menyebut Tabut, aku menyangka dia sedang meracau. Aku berkata kepadanya: Tabut yang mana? Dia berkata: Tabut daripada api yang ditutupi dengan penutup daripada Api Neraka di dalamnya dua belas orang lelaki. Aku dan sahabatku ini. Aku berkata: Umar? Dia berkata: Ya. Dan sepuluh orang lagi di Neraka Jahannam yang terkebawah di mana di atasnya sebuah batu besar yang menutupi satu lubang.
       Apabila Allah mahu memanaskan Neraka Jahannam, Dia mengangkat batu tersebut. Aku berkata: Adakah anda sedang meracau? Dia berkata: Tidak. Demi Tuhan! Aku tidak meracau. Allah melaknati Ibn Sahhak kerana dialah yang telah menghalangku daripada peringatan selepas dia datang kepadaku. Justeru itu, dia adalah sejahat-jahat sahabat (Qarin), Allah melaknatinya. Lekatkan pipiku di tanah, maka aku lekatkan pipinya ke tanah.
       Dia terus menyebut Wail dan kecelakaanya sehingga aku memberi isyarat mata kepadanya. Kemudian Umar pun masuk dan berkata: Adakah dia telah berkata sesuatu selepasku? Maka aku faham apa yang dikatakan olehnya. Dia berkata: Allah merahmati Khalifah Rasulullah, lantaran itu rahsiakanlah. Dia sedang meracau.[3] Kalian sekeluarga terkenal dengan perkara tersebut ketika sakit. ‘Aisyah berkata: Anda memang benar. Mereka semuanya berkata: Janganlah ada seorangpun di kalangan kalian yang akan memberitahu kepada sesiapapun. Lantaran itu, Ibn Abu Talib dan Ahl Baitnya akan bergembira.
       Sulaim berkata: Aku berkata kepada Muhammad bin Abu Bakr: Siapakah yang telah meriwayatkan kepada Amir al-Mukminin tentang apa yang mereka berlima ucapkan? Dia berkata: Rasulullah (Saw.). Beliau telah melihatnya di dalam mimpi setiap malam. Hadisnya mengenainya di dalam tidur sepertilah hadisnya semasa jaga. Kerana Rasulullah (Saw.) bersabda: “Sesiapa yang melihatku di dalam tidurnya, maka sesungguhnya dia telah melihatku. Kerana Syaitan tidak dapat menyerupaiku dan para wasiku sama ada di dalam tidur atau jaga sehingga Hari Kiamat”.
       Sulaim berkata: Aku berkata kepada Muhammad bin Abu Bakr: Siapakah yang telah memberitahu anda tentang perkara ini? Dia berkata: Ali a.s.. Maka dia berkata: Aku telah mendengar juga sebagaimana anda mendengarnya. Aku berkata kepada Muhammad: Mudah-mudahan Malaikat telah meriwayatkannya. Dia berkata: Begitulah. Aku berkata: Adakah Malaikat meriwayatkan kepadanya?
       Dia berkata: Tidakkah anda membaca al-Qur’an di dalam Surah al-Anbiya’ (21): 25, ‘‘Dan kami tidak mengutus sebelum anda seorang Rasul atau Nabi (atau Muhaddath)”. Aku berkata: Amir al-Mukminin Muhaddath?[4] Dia menjawab: Ya. Fatimah juga Muhaddathath sedangkan beliau bukanlah seorang Nabi perempuan. Sarah isteri Ibrahim dapat bersemuka dengan Malaikat, lantas mereka telah memberi berita gembira kepadanya dengan Ishak. Dan selepas Ishak adalah Ya‘qub sedangkan beliau bukanlah seorang Nabi perempuan.


[1] Ibid.
[2] Semoga Muslim yang mati dalam keadaan meracau akan diampuni Allah, insya’ Allah kerana ‘‘Qalam diangkat daripada tiga orang” Lagipun rahmat Allah adalah luas.
[3]Apabila khalifah Umar  berkata bahawa Nabi Saw. sedang meracau, tidak ramai yang membantahnya dan mengaibkannya malah mereka mempertahankan pendapat Umar daripada Nabi Saw. Muslim, Sahih, iii, hlm. 69. Kemudian dia mengatakan bahawa Khalifah Abu Bakr pula meracau dan orang yang meracau diampuni oleh Allah.
[4] Boleh bercakap dengan Malaikat dengan izin Allah.

No comments:

Post a Comment