Monday, July 18, 2011

DIALOG MENGENAI KHALIFAH DALAM MUKTAMAR BAGHDAD

Khalifah

       Al-‘Abbasi berkata: (Dia telah mengambil peluang): Adakah anda telah mendengar, wahai raja, sesungguhnya lelaki ini tidak menamakan Uthman khalifah, dia menamakannya amir sahaja. 

       Al-‘Alawi berkata: Ya, Uthman bukanlah seorang khalifah.

       Raja berkata: Kenapa?

       Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Syi‘ah percaya kebatilan khilafah     Abu Bakr, Umar dan Uthman!

       Raja berkata: (Dengan hairan dan tanda tanya) kenapa?

       Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Uthman telah dilantik melalui enam ahli majis syura [1] yang ditetapkan oleh Umar. Semua ahli majlis syura yang enam tidak melantik Uthman, hanya beliau dilantik oleh tiga atau dua orang daripada mereka. Justeru itu, kesahihan Uthman bergantung kepada Umar. Dan Umar berkuasa melalui wasiat Abu Bakr. Justeru itu, kesahihan Umar bergantung kepada Abu Bakr. Abu Bakr berkuasa melalui perlantikan kumpulan yang kecil di bawah penguasaan pedang dan kekuatan. Lantaran itu, kesahihan khilafah Abu Bakr bergantung kepada senjata dan kekuatan. Lantaran itu, Umar berkata tentang haknya: Baiah orang ramai kepada Abu Bakr adalah secara faltatan jahiliyah[2]. Allah telah menjaga muslimin akan kejahatannya. Barangsiapa yang kembali kepadanya, maka kamu bunuhlah dia.

       Abu Bakr sendiri berkata: Pecatlah aku, kerana aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu sedangkan Ali  di sisi kamu. Justeru itu, Syi‘ah percaya bahawa khilafah mereka bertiga adalah batil daripada asasnya.

Raja Meminta Penjelasan
      
       Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi tentang kata-kata Abu Bakr dan Umar?
       Wazir berkata: Ya, demikianlah apa yang disebutkan oleh ahli sejarah![3]

Mengikuti Mereka Terdahulu
                    
       Raja berkata: Kenapakah kita menghormati mereka bertiga?
       Wazir berkata: Kerana mengikuti mereka terdahulu yang baik (al-Salaf al-Salih)!

       Al-‘Alawi berkata kepada raja: Wahai raja, katakanlah kepada wazir: Adakah kebenaran lebih berhak diikuti atau orang yang terdahulu (al-Salaf al-Salih)? Tidakkah mengikuti mereka terdahulu (Salaf) yang menyalahi kebenaran itu terkandung di dalam firman Allah dalam Surah al-Zukhruf (43): 23 “Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka”?!

Khalifah Rasulullah
      
       Raja berkata: (Ditujukan kepada al-‘Alawi) Jikalaulah mereka bertiga bukan khalifah Rasulullah, maka siapakah khalifah Rasulullah?

       Al-‘Alawi berkata: Khalifah Rasulullah adalah Imam Ali bin Abu Talib.

       Raja berkata: Kenapa dia menjadi khalifah?

       Al-‘Alawi berkata: Kerana Rasul telah menentukannya sebagai khalifah selepasnya. Rasul telah memberi isyarat kepada khilafahnya pada tempat yang banyak. Di antaranya di satu tempat di antara Makkah dan Madinah bernama Ghadir Khum [4]. Beliau s.a.w telah mengangkat tangan Ali dan bersabda kepada muslimin: Barangsiapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya, wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan tentanglah orang yang bermusuhan dengannya, tolonglah orang yang menolongnya, hinalah orang yang menghinanya”. 

       Kemudian beliau s.a.w turun dari mimbar dan berkata kepada kaum muslimin- Bilangan mereka melebihi seratus dua puluh ribu orang-Berilah salam kepada Ali untuk kepemimpinan muslimin  Mereka telah datang kepada Ali seorang demi seorang seraya berkata kepada Ali: Al-Salamu ‘alaika ya Amir al-Mu’minin. Kemudian Abu Bakr dan Umar datang, lalu memberi salam kepada Ali a.s bagi kepemimpinan muslimin. Umar berkata: Alangkah beruntungnya anda wahai Ibn Abi Talib, anda telah menjadi maulaku dan maula semua mukmin dan mukminat[5]. Justeru itu, khalifah yang sah bagi Rasulullah adalah Ali bin Abu Talib.

Raja Meminta Penjelasan

       Raja berkata kepada wazirnya: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi?

       Wazir berkata: Ya, demikianlah ahli sejarah dan ahli tafsir telah menyebutnya.
                             
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
      
       Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.


[1] Ahli majlis syura: Sa‘d bin Abi Waqqas, Abd al-Rahman bin ‘Auf, Talhah bin ‘Ubaidillah, al-Zubair bin al ‘Awwam dan Ali bin Abu Talib a.s. Umar telah memerintahkan 50 orang tentera supaya mengawal majlis syura dalam masa tiga hari dan berkata kepada mereka: Jika seorang daripada mereka menentang dan lima bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan empat bersetuju, maka bunuhlah kedua-duanya. Dan jika tiga menentang dan tiga bersetuju, maka pilihlah pihak yang ada Abd al-Rahman bin ‘Auf, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 24. Ini bererti jika Ali a.s menentang, maka beliau akan dibunuh. Peristiwa di majlis syura ini adalah sama dengan peristiwa di Saqifah Bani Sa’idah di mana-kedua-duanya menolak perlantikan Ali a.s sebagai khalifah. Renunglah kelicikan Umar!
[2] Tergesa-gesa atau keterlanjuran. Lihat umpamanya, Tarikh al-Khulafaa’, hlm. 67, al-Shahrastaani, al-Milal wa al-Nihal, 1, hlm. 23, Ibn Hajr, al-Sawaa’iq al-Muhriqah, hlm.8.
[3] Ibid.
[4] Seramai 110 orang sahabat yang menyaksikan perlantikan Ali a.s oleh Rasulullah s.a.w sebagai khalifah di Ghadir Khum tercatat nama-nama mereka di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah, lihat al-Amini, al-Ghadir, I, hlm.14- 158.
[5] Ibn Hanbal, al-Musnad, iv, hlm.281, Khatib Baghdad, Tarikh Baghdad, viii, hlm 290, Ibn Hajr, al-Sawaa’iq al-Muhriqah, hlm. 107.

No comments:

Post a Comment