Salam,
Nampaknya walaupon POROS memuatkan banyak artikel, buku, kutipan dialog sunni-syiah, klip video dari youtube, kutipan cerita2 pengalaman mereka yg pernah mencari .... namun masih ramai lagi yang bertanya:
"saya berminat menjadi pencari kebenaran tapi saya harus mulai dari mana ya?"
Sebagai menjawab persoalan itu, saya kira tiada yang lebih baik selain membaca buku. Soalnya buku yang mana satu harus dibaca dahulu? mana yang harus dikemudiankan? dari mana mau mendapatkan buku2 itu?
Jawaban:
1. Dari mana harus dimulai? Jawaban: Paling minimum, mencari kebenaran dengan cara kajian akal dan pencerahan berlandaskan dalil,sejarah Islam dari beberapa sudut boleh dibuat dengan langkah pertama iaitu bermula dengan makalah berikut:
- Akhirnya ku temukan KEBENARAN (at-tijani) (klik untuk download)
- Dialog Sunni-Syiah (al Murajaat) (klik disini untuk download)
- Dialog Malam-Malam Peshawar (Peshawar Nights) (klik disini untuk download)
- Dialog Muktamar baghdad klik disini
- Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?
- (klik disini untuk download)
- Kebenaran Yang Hilang (klik disni untuk download)
- Saqifah: Wafatnya Rasulullah saw, Suksesi Sepeninggal Beliau di (klik utk download)
2. Kemudian apa yang harus dilakukan? :
Jawaban: Teruskan mencari kebenaran dalam mengenal Maktab Ahlul Bait a.s., Maktab Ahlul Bait a.s juga sekolah Rasulullah saaw dan ia juga dikenali dengan maktab Jaafari.
Lihat dan kaji dalam makalah berikut hanya bagi yang telah bersedia dari segenap segi intelek dan juga spritual, dan jangan cepat menghukum kerana kita semua bukan penghukum sebenar. Jadilah pengikut bagi sekolah Anbiya' dan para rasul juga yang syariat berakhir melalui Rasul Suci yang mulia Muhammad Saaw.
Lihat dan kaji dalam makalah berikut hanya bagi yang telah bersedia dari segenap segi intelek dan juga spritual, dan jangan cepat menghukum kerana kita semua bukan penghukum sebenar. Jadilah pengikut bagi sekolah Anbiya' dan para rasul juga yang syariat berakhir melalui Rasul Suci yang mulia Muhammad Saaw.
Justeru kitab-kitab berikut adalah dicadangkan sebagai permulaaan.
- Kitab Sulaim (klik utk download)
- al Ikhtisas (klik utk download)
- Raudhat al Kafi (klik utk download)
- Ihtijaj (klik utk download)
- Kitabul Hujjah (klik utk download)
- Kitab Mukmin (Klik Disini Utk Download)
- Masyariq anwar Yaqiin (klik utk download)
2. Persoalan Kedua: Dari mana buku2 itu boleh didapati?
Jawapan:
Segalanya ada di sini. Di POROS. Di link sebelah kanan, di bawah sekali ada ditampalkan link bertajuk "Main references", di sana ada senarai buku-buku dan video. Anda boleh klik di situ untuk mendownload buku2 tersebut. Sesetengah buku bagi menjaga kelestariannya saya uploadkan ke POROS juga dan itu boleh didapati dengan meng klik di link bertajuk "baca .... di POROS" contoh "Baca Mengapa Aku Memilih Mazhab Ahlul Bayt di POROS". Link-link yang saya tampalkan selepas nama-nama buku di atas boleh dimanfaatkan. Sekiranya ada masalh mendownload di web berkenaan, anda boleh membacanya di web lain seperti http://www.al-islam.org/ (Ahlul Bayt Digital Islamic Library Project).
Saya kira inilah entry yang dapat memuaskan hati pembaca. Saya yakin blog POROS adalah memadai bagi memandu pencari kebenaran.
“Sesungguhnya orang – orang yang berusaha keras untuk menemukan kebenaran niscaya kami tunjuki mereka jalan yang lurus dan sesungguhnya Allah bersama orang – orang yang berbuat kebajikan” (al Ankabut: 69)
Justeru, yakinlah dengan janji Allah dalam ayat di atas dengan syarat anda "berusaha bersungguh-sungguh". Sebenarnya kata kuncinya adalah "bersungguh-sungguh".
Saya harap entry ini boleh membantu pembaca. menemukan kebenaran. Saya kira tema yang saya sentuh ini mirip kepada menunjukkan jalan. Justeru, apabila saya yakin dengan segala petunjuk, tanda jalan serta wadah/sarana yang diperlukan akan akhirnya membawa pembaca POROS kepada kebenaran dan penerimaan wilayah, maka saya kira saya sudah boleh berehat dari mengupdatekan blog ini untuk saya bangunkan kajian lain yang lebih advanced dan kepada kelompok pembaca yang lain pula.
Selain itu, ada juga sahabat-sahabat pembaca yang ingin tahu penjelasan kepada persoalan-persoalan yang selalu mereka dengar dan mereka mahukan jawapan-jawapannya. Blog ini tidaklah lengkap dari segi itu kerana isu-isu sentiasa bertambah dan jawapan yang diberikan akan disanggah atau telah disanggah yang memerlukan jawapan kedua, ketiga, keempat... maka layaknya pembaca harus mencari sendiri jawapan2 itu dengan cara bertanya kepada ulama syiah dan meneliti hujah-hujah yang diberikan.
Walau bagaimanapun, untuk tidak menghampakan, saya turunkan jawpan ringkas kepada persoalan2 dan link - link jawapan sama ada link dari blog POROS atau external link dari al-Islam.org atau answering ansar atau lain2.
1. Adakah nas 12 Imam selepas wafatnya Rasulullah sebagai pemipin umat Islam ada dalam hadis riwayat ahlul sunnah?
Jawapan: ada. Untuk membacanya, sila klik di sini
2. Bagi mengetahui kebenaran, kita semua perlu kembali kepada al Quran, adakah ada dalil dari al Quran jika benar ketaatan kepada ahlul bait itu wajib?
Jawapan: Terdapat banyak sekali nas-nas dalam al Quran. Sila lawat link-link ini:
Taat kepada ulil amri
Nas kempimpinan Imam Ali as
Ayat Tabligh
Ali adalah Wazir Rasulullah SAW
Perintah Berselawat Kepada Rasulullah SAW
Ayat Perintah Mencintai Ahlul Bait
Ayat Surah al Fatihah (jalan yang lurus)
Ayat Tathir
Ali adalah pemimpin umat Islam
Ayat Akrabin
3. Apa pula nas - nas dari hadis riwayat ahlul sunnah wal jamaah mengenai wajib mengeakui kepimpinan ahlul bait?
Jawapan:
Nas dari hadis banyak sekali, antara lain adalah seperti berikut:
1.Hadis al-Ghadir
2. Tsaqalain
3.Manzilah
4.Kota Ilmu (Madinatul Ilm)
5.Safinah
6.al-Kisa'
7.Ali dari aku, aku dari Ali
8.Hadis Burung Panggang
9.Sebaik-baik Makhluk
10.Allah Redha Ali
11. Keutamaan Ahlul Bait (88 hadis)
12.Hadis-hadis Keutamaan Ahlul Bait
13.Hadis Keutamaan Ahlul Bait (59 hadis)
14. Hadis Keutamaan Imam Ali (27 hadis)
4. Baiklah, kalo begitu saya akui bahawa kita perlu cinta dan taat kepada ahlul bait, namun kita juga tidak boleh menolak mazhab yang lain yang juga mengikut sunnah nabi SAW, masing-masing mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Jawapan:
Mengikut mazhab mana saja boleh aja tapi dengan syarat mesti mengakui imam yang 12 kerana ia perintah nabi SAW yang telahpundibuktikan melaui al Quran dan Hadis. Manakala mazhab yang menyalahi sunnah dan pemimpin yang menyalahi sunnah nabi SAW harus ditolak.
Justeru, penyeleweng2 ini tidak boleh diikut:
1. Bid'ah tiga khalifah
2.Penyelewengan Ahlul Sunnah
3.Bid'ah Khalifah Umar
4.Bid'ah Abu Bakar dan Umar
5.Bid'ah Abu Bakar dan Umar II
6.Sabda Rasul kepada Abu Bakar dan Umar
7.Rancangan jahat Membunuh Nabi SAW
8.Bid'ah Khalifah Uthman
9. Khutbah Imam Ali as
Nota: Sebahagian dari penyelewengan di atas adalah dari sumber syiah yang pada ahlul sunnah tidak bernilai sama sekali. Ia sengaja diselitkan supaya ada variasi sumber.
5. Jika begitulah keadaannya, mengapa tidak diadakan dialog antara dua mazhab ini supaya kebenaran boleh diketahui dan umat Islam bersatu tanpa yang satu membenci yang lain nya?
Jawapan:
Dialog-dialog memang wajar dialkukan, pernah dilakukan, sedang dilakukan dan akan sentiasa dilakukan. Sejarah mencatatkan dialog-dialog antara dua mazhab ini melalui buku2 berikut:
1. Murajaat
Murajaat part 2
Murajaat Part 3
Selamat membaca diucapkan, selamat berpuasa dan berbuka kepada semua. Jika ada entry yang menyakitkan hati, harap dapat maafkan saya.
wassalam.
salam. saya masih tak faham kenapa di kalangan ulama syiah masih berbeza pendapat sbg contoh ttg qamazani, ada yg kata haram ada yg kata mustahab. sewajarnya mereka bersatu dlm berpendapat krn mereka hanya ikut imam AB.
ReplyDeletesiapa itu marja?
wa'alaikumussalam. Saya kira perbedaan pendapat itu bisa saja terjadi kerana kemampuan mengambil hukum dari sumbernya berbeda-beda antara seorang mujtahid dengan mujtahid yang lain. Dalam hal ini, yang penting harus difahami dahulu konsep taklid dalam mazhab ahlul bayt. POROS tidak berhasrat pergi terlalu jauh hingga ke tahap itu, sebaliknya saya akan bicarakan hal itu dalam blog saya yang lain spt yg saya katakan di entry ini (kelompok pembaca yang lain). Secara ringkas POROS ada meletakkan 1-2 entry mengenai taklid seperti entry ini http://disinidandisini.blogspot.com/2011/08/pengertian-mujtahid-muqallid-dan-muhtat.html ... Dalam buku2 fikih ahlul bait, biasanya konsepsi taklid sentiasa dihuraikan. secara ringkas: Marja' al-taqlid refers to the role of a mujtahid who is competent to derive
ReplyDeletejuridical rulings from the Qur'an and hadith literature and is able to
arrive at solutions which are not explicitly stated in the sources by having
recourse to the principles as stated in usul al-fiqh. Such a mujtahid is
qualified to issue juridical verdics (or fatawa) and is a source of
reference for muqallidin who follow him by doing his taqlid (which literally
means to imitate his acts). Thus it is possible for a person to be a marja
al-taqlid without occupying the position of wilaya al-faqih.
harap jawapan ini membantu.
maaf sp, berbeza pendapat kerana sumber berbeza2 ... kalau tak salah sumber mzhb AB adalah AlQuran dan AB. Imam2 dari AB yg akan dirujuk. tp kenapa masih ujud sumber berbeza2?
ReplyDeleteknp mazhab AB melukis wajah Imam Husain as? apakah ini dibenarkan?
salam. bukan sumber yang berbeza tapi pengetahuan mujtahid yang berbeza. ya memang dibenarkan melukis gambar.
ReplyDelete