Wednesday, July 6, 2011

Pujian Tehadap Syi‘ah.




556. Ahmad bin Muhammad bin Muhammad, daripada Ali bin al- Hasan al-Taimi, daripada Muhammad bin Abdullah, daripada Zararah, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Apabila seorang mukmin berkata kepada saudaranya “ah” (uffin), maka dia terkeluar daripada wilayahnya. Dan apabila dia berkata: Anda adalah musuhku, maka kafirlah salah seorang daripada mereka, kerana Allah tidak akan menerima amalan daripada seorang yang mencela mukmin, bukan menasihatinya. Dia tidak menerima amalan daripada mukmin yang menyembunyikan kejahatan di hatinya terhadap mukmin. Sekiranya didedahkan kepada manusia, nescaya mereka melihat pertalian di antara Allah dan mukmin, mereka merendah diri sesame mereka, urusan mereka dipermudahkan, ketaatan sesama mereka terserlah. Sekiranya mereka melihat kepada amalan mereka yang ditolak oleh Allah, nescaya mereka berkata: Allah tidak menerima amalan daripada sesiapapun. Aku telah mendengar beliau a.s berkata kepada seorang lelaki Syi‘ah: Kamu adalah baik dan perempuan kamu adalah baik. Setiap mukminah adalah bidadari dan setiap mukmin adalah sahabat.

Aku telah mendengarnya berkata: Syi‘ah kami adalah makhluk yang paling hampir kepada ‘Arasy Allah pada hari Kiamat selepas kami (Syi‘atu-naa aqrabu al-Khalqi min ‘Arsyi llahi ba‘da-naa). Tiada seorang daripada Syi‘ah kami yang mendirikan sembahyang secara berjemaah melainkan dikelilingi oleh malaikat yang berdoa untuknya seramai bilangan orang yang menentangnya (man khaalafa-hu) sehingga dia selesai daripada sembahyangnya. Sesungguhnya orang yang berpuasa di kalangan kamu akan bergembira di taman-taman syurga sedang malaikat berdoa untuknya sehingga dia membuka puasanya (iftaar). Dan aku telah mendengarnya berkata: Kamu adalah ahli kehormat Allah dengan salam-Nya, ahli kecintaan Allah dengan rahmat-Nya, ahli taufik Allah dengan jagaan-Nya dan ahli dakwah Allah dengan ketaatan kepad-Nya.

Tidak ada hisab di atas kamu, tidak ada perasaan takut dan dukacita, kamu adalah untuk syurga dan syurga adalah untuk kamu. Nama-nama kamu di sisi kami adalah baik (saalihuun) dan kamu adalah orang yang melakukan kebaikan. Kamu adalah ahli keredaan Allah dengan reda-Nya terhadap kamu. Para malaikat adalah saudara-saudara kamu di dalam kebaikan. Apabila kamu berjihad, maka kamu disahuti, apabila kamu lalai, maka kamu diberi peringatan. Kamu adalah sebaikbaik makhluk, rumah-rumah kamu adalah syurga bagi kamu, kuburkubur kamu adalah syurga bagi kamu, untuk syurga kamu diciptakan, pada syurga nikmat-nikmat kamu dan kepada syurga kamu akan memasukinya.
(DIKUTIP DARI RAUDHAT AL KAFI)

No comments:

Post a Comment