Sebenarnya yang digembar-gemburkan bahawa syiah ada al Quran sendiri itu bukan al Quran tapi percakapan Fatimah as (anak nabi) dengan Malaikat. Jadi, ia kitab bukan al Quran.
Mushaf Fatimah merupakan sebuah kitab yang ditulis oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as) daripada kata-kata Jibrail yang mengandungi senarai peristiwa-peristiwa akan datang sehingga hari kiamat dan ia tidak terdapat perkara-perkara halal dan haram.
Mushaf Fatimah merupakan sebuah kitab yang ditulis oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as) daripada kata-kata Jibrail yang mengandungi senarai peristiwa-peristiwa akan datang sehingga hari kiamat dan ia tidak terdapat perkara-perkara halal dan haram.
Persoalan Mushaf Fatimah dapat dilihat dengan jelas dalam dua riwayat iaitu:
عِدَّةٌ مِنْ أَصْحَابِنَا عَنْ أَحْمَدَ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ حَمَّادِ بْنِ عُثْمَانَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ (عليه السلام) يَقُولُ تَظْهَرُ الزَّنَادِقَةُ فِي سَنَةِ ثَمَانٍ وَ عِشْرِينَ وَ مِائَةٍ وَ ذَلِكَ أَنِّي نَظَرْتُ فِي مُصْحَفِ فَاطِمَةَ (عليها السلام) قَالَ قُلْتُ وَ مَا مُصْحَفُ فَاطِمَةَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَمَّا قَبَضَ نَبِيَّهُ (صلي الله عليه وآله وسلم ) دَخَلَ عَلَى فَاطِمَةَ (عليها السلام) مِنْ وَفَاتِهِ مِنَ الْحُزْنِ مَا لَا يَعْلَمُهُ إِلَّا اللَّهُ عَزَّ وَ جَلَّ فَأَرْسَلَ اللَّهُ إِلَيْهَا مَلَكاً يُسَلِّي غَمَّهَا وَ يُحَدِّثُهَا فَشَكَتْ ذَلِكَ إِلَى أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ (عليه السلام) فَقَالَ إِذَا أَحْسَسْتِ بِذَلِكِ وَ سَمِعْتِ الصَّوْتَ قُولِي لِي فَأَعْلَمَتْهُ بِذَلِكَ فَجَعَلَ أَمِيرُ الْمُؤْمِنِينَ (عليه السلام) يَكْتُبُ كُلَّ مَا سَمِعَ حَتَّى أَثْبَتَ مِنْ ذَلِكَ مُصْحَفاً قَالَ ثُمَّ قَالَ أَمَا إِنَّهُ لَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ مِنَ الْحَلَالَ وَ الْحَرَامِ وَ لَكِنْ فِيهِ عِلْمُ مَا يَكُون .
الكافي ، ج1 ، ص: 240 .
Hammad bin Uthman berkata: Saya mendengar daripada Imam Shadiq (as) mengatakan: Dalam tahun seratus dua puluh lapan akan muncul orang-orang Zindiq. Saya melihat perkara ini di dalam Mushaf Fatimah (as). Saya (Hammad) bertanya: Apakah itu Mushaf Fatimah? Beliau berkata: Kewafatan Rasulullah (saw) menyebabkan Fatimah (as) sangat berdukacita dan kesedihan itu hanya Allah Azzawajalla sahaja yang mengetahuinya. Oleh kerana itu Allah mengutuskan satu malaikat kepada beliau untuk menghiburkannya supaya kesedihan yang menyelubungi beliau tersingkir. Maka beliau melaporkan perkara itu kepada Ali bin Abi Talib (as) dan Ali (as) berkata: Kabarkan kepadaku setiap kali dikau merasakan ia datang dan mendengar suaranya. Maka Fatimah (as) memaklumkan kepada Ali (as). Maka Ali (as) menulis setiap apa yang didengarinya sehingga menjadi sebuah kitab yang lengkap”. Kemudian Imam Sodiq (as) berkata: Namun kitab ini di dalamnya tidak ada sesuatu yang halal atau haram, tetapi didalamnya mengandungi pengetahuan tentang peristiwa akan datang. - al-Kafi, jil 1 halaman 240.
مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى عَنْ أَحْمَدَ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنِ ابْنِ مَحْبُوبٍ عَنِ ابْنِ رِئَابٍ عَنْ أَبِي عُبَيْدَةَ قَالَ سَأَلَ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ ع بَعْضُ أَصْحَابِنَا عَنِ الْجَفْرِ ... قَالَ فَمُصْحَفُ فَاطِمَةَ (عليها السلام) قَالَ فَسَكَتَ طَوِيلًا ثُمَّ قَالَ إِنَّكُمْ لَتَبْحَثُونَ عَمَّا تُرِيدُونَ وَ عَمَّا لَا تُرِيدُونَ إِنَّ فَاطِمَةَ مَكَثَتْ بَعْدَ رَسُولِ اللَّهِ (صلي الله عليه وآله وسلم) خَمْسَةً وَ سَبْعِينَ يَوْماً وَ كَانَ دَخَلَهَا حُزْنٌ شَدِيدٌ عَلَى أَبِيهَا وَ كَانَ جَبْرَئِيلُ (عليه السلام) يَأْتِيهَا فَيُحْسِنُ عَزَاءَهَا عَلَى أَبِيهَا وَ يُطَيِّبُ نَفْسَهَا وَ يُخْبِرُهَا عَنْ أَبِيهَا وَ مَكَانِهِ وَ يُخْبِرُهَا بِمَا يَكُونُ بَعْدَهَا فِي ذُرِّيَّتِهَا وَ كَانَ عَلِيٌّ (عليه السلام) يَكْتُبُ ذَلِكَ فَهَذَا مُصْحَفُ فَاطِمَةَ عليها السلام .
الكافي، ج1، ص: 241 .
Abu Ubaidah mengakan: Sebahagian sahabat kami bertanya kepada Aba Abdillah (as) beberapa soalan… Apakah itu Mushaf Fatimah? beliau berdiam diri seketika kemudian berkata: Sesungguhnya anda semua membahaskan tentang apa yang diingini dan apa yang tidak diingini, Fatimah tinggal di dunia ini selama tujuh puluh lima hari setelah pemergian Rasulullah (saw) dan sangat berdukacita atas perpisahan dengan ayahnya. Jibrail (as) datang kepadanya dan mengucapkan takziah atas kematian ayahnya dan menghiburkan sehingga berkurang kedukaan beliau, ia memberi kabar tentang ayahnya dan tempat baginda, ia menceritakan apa yang akan berlaku tentang keturunan beliau, Ali bin Abi Talib menulisnya dan inilah yang dinamakan Mushaf Fatimah (as). – Al-Kafi jil 1 halaman 241.
Kebarangkalian adanya dialog malaikat dengan orang yang bukan daripada kalangan nabi.
Ahlusunnah mempertikaikan perkara ini, bagaimana mungkin insan yang bukan daripada para nabi boleh berbicara dengan malaikat? dan apakah perkara ini tidak mempertikaikan perutusan nabi yang terakhir?
Hakikatnya Ahlusunnah sendiri telah memberikan jawapannya. Alusi seorang ahli tafsir besar Ahlusunnah telah menukilkan sebuah riwayat dan mengulas perkara ini:
والأخبار طافحة برؤية الصحابة للملك وسماعهم كلامه ، وكفى دليلا لما نحن فيه قوله سبحانه : * ( إِنَّ الَّذينَ قالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلاَّ تَخافُوا وَ لا تَحْزَنُوا وَ أَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتي كُنْتُمْ تُوعَدُون ) * ( فصلت : 30 ) الآية فإن فيها نزول الملك على غير الأنبياء في الدنيا وتكليمه إياه ولم يقل أحد من الناس : إن ذلك يستدعي النبوة
تفسير الآلوسي - الآلوسي - ج 22 - ص 40 .
Banyak riwayat menyatakan para sahabat melihat malaikat dan mendengar perbicaraannya. Untuk membuktikan perkara ini cukuplah dengan firman Allah (swt):
( إِنَّ الَّذينَ قالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلاَّ تَخافُوا وَ لا تَحْزَنُوا وَ أَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتي كُنْتُمْ تُوعَدُون ) * ( فصلت : 30 )
[30] Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa "Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
Dalam ayat ini dinyatakan malaikat turun ke dunia kepada orang yang bukan daripada kalangan para nabi, tidak ada siapa pun yang mengatakan perkara ini hanyalah kepada nabi sahaja. – Tafsir al-Alusi jil 22 halaman 40.
Bersalam dengan malaikat
Banyak riwayat dalam sumber Ahlusunnah mengatakan jikalau Allah berkehendak, seseorang itu boleh berkomunikasi dengan malaikat dan berbicara dengan mereka asalkan ia tidak melakukan hal-hal yang haram dan melaksanakan amalan-amalan wajib.
Muslim Nisyaburi menukilkan:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنْ لَوْ تَدُومُونَ عَلَى مَا تَكُونُونَ عِنْدِي وَفِي الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمْ الْمَلَائِكَةُ... .
صحيح مسلم - مسلم النيسابوري - ج 8 - ص 95 .
Rasulullah (saw) bersabda: Demi jiwaku ditangannya, jikalau kamu berterusan dengan apa yang kamu lakukan sekarang di sisiku, malaikat akan bersalaman dengan kamu.
Riwayat ini juga boleh didapati dalam Sunan Ibnu Majah, jil 2 halaman 415-416, Sahih al-Jami’ al-Saghir jil 2 halaman 931 dan 1190, Silsilah al-Ahadith al-Sahihah jil 4 halaman 606.
Muslim Nisyaburi sekali lagi menulis:
لو كانت تكون قلوبكم كما تكون عند الذكر لصافحتكم الملائكة حتى تسلم عليكم في الطرق .
صحيح مسلم - مسلم النيسابوري - ج 8 - ص 95 .
Jika hati-hati kalian tetap sama sepertimana ketika mengingati tuhan, malaikat akan bersalaman denganmu dan akan memberikan salam kepadamu dalam perjalanan.
Kedua riwayat ini menerangkan jikalau manusia menjaga ketaqwaan kepada Allah dan melaksanakan perintahNya, mereka boleh berhubungan dengan malaikat dan berdialog dengannya. Fatimah Zahra selaku personaliti yang disucikan dalam ayat Tathir dan penghulu wanita di syurga sudah tentu mempunyai martabat seperti ini.
Dialog Sayidah Maryam dengan malaikat:
Al-Quran secara terus terang menyatakan bahawa Sayidah Maryam (as) berbicara dengan malaikat sedangkan beliau bukanlah dari kalangan para nabi. Allah (swt) dalam surah Maryam ayat 16-21 menyatakan:
وَ اذْكُرْ فىِ الْكِتَابِ مَرْيمََ إِذِ انتَبَذَتْ مِنْ أَهْلِهَا مَكاَنًا شَرْقِيًّا . فَاتخََّذَتْ مِن دُونِهِمْ حِجَابًا فَأَرْسَلْنَا إِلَيْهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرًا سَوِيًّا . قَالَتْ إِنىِّ أَعُوذُ بِالرَّحْمَانِ مِنكَ إِن كُنتَ تَقِيًّا . قَالَ إِنَّمَا أَنَا رَسُولُ رَبِّكِ لِأَهَبَ لَكِ غُلَامًا زَكِيًّا . قَالَتْ أَنىَ يَكُونُ لىِ غُلَامٌ وَ لَمْ يَمْسَسْنىِ بَشَرٌ وَ لَمْ أَكُ بَغِيًّا . قَالَ كَذَالِكِ قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلىََّ هَينٌِّ وَ لِنَجْعَلَهُ ءَايَةً لِّلنَّاسِ وَ رَحْمَةً مِّنَّا وَ كاَنَ أَمْرًا مَّقْضِيًّا .
[16] Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.
[17] Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.
[18] Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.
[19] Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".
[20] Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"
[21] Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.
Oleh kerana Sayidah Maryam (as) dapat berkomunikasi dengan Malaikat, maka sudah tentu Fatimah Zahra (as) selaku penghulu seluruh wanita di Syurga juga dapat mendengar bicara malaikat.
Salam malaikat kepada Imran bin Hushain:
Terdapat riwayat Ahlusunnah yang menyatakan malaikat memberi salam kepada sahabat nabi, bersalaman dengannya dan sahabat tersebut juga dapat melihat malaikat. Muslim Nisyaburi dalam Sahihnya menukilkan daripada Imran bin Hushain:
وَقَدْ كَانَ يُسَلَّمُ عَلَيَّ….
صحيح مسلم - مسلم النيسابوري - ج 4 - ص 48 .
Malaikat memberi salam kepadaku sehingga…. – Muslim Nisyaburi, Sahih Muslim jil 4 halaman 48.
Ibnu Hajar al-Asqalani menerjemahkan tentang Imran bin Hushain sebagai:
عمران بن حصين ... وكانت الملائكة تصافحه ... .
تهذيب التهذيب - ابن حجر - ج 8 - ص 112.
Imran bin Hushain…. malaikat bersalaman dengannya…. Ibnu Hajar, Tahzib al-Tahzib jil 8, halaman 112.
Zahabi juga menulis tentangnya:
عمران بن حصين ... وكان ممن يسلم عليه الملائكة .
تذكرة الحفاظ - الذهبي - ج 1 - ص 29 .
Imran bin Husain ialah daripada orang yang diberi salam ke atasnya oleh malaikat – Al-Zahabi, jilid 1 halaman 29.
Dengan ini jelaslah beberapa orang sahabat telah melihat, bersalaman dan berkomunikasi dengan malaikat menurut hadis. Jikalau individu seperti Imran bin Hushain dapat mendengar dan melihat malaikat, apakah sebabnya golongan Ahlusunnah ingin mengingkari Sayidah Fatimah az-Zahra dan Ali bin Abi Talib dapat mendengar perkataan malaikat?
Huzaifah mendengar suara malaikat:
Banyak sekali riwayat dalam kitab Ahlusunnah yang menyatakan beberapa orang sahabat mendengar kata-kata malaikat dan mereka pun berbicara dengannya. Ahmad bin Hanbal menulis dalam musnadnya:
عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانٍِ أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بَيْنَمَا أَنَا أُصَلِّي إِذْ سَمِعْتُ مُتَكَلِّمًا يَقُولُ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كُلُّهُ وَلَكَ الْمُلْكُ كُلُّهُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ كُلُّهُ إِلَيْكَ يُرْجَعُ الْأَمْرُ كُلُّهُ عَلَانِيَتُهُ وَسِرُّهُ فَأَهْلٌ أَنْ تُحْمَدَ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي جَمِيعَ مَا مَضَى مِنْ ذَنْبِي وَاعْصِمْنِي فِيمَا بَقِيَ مِنْ عُمْرِي وَارْزُقْنِي عَمَلًا زَاكِيًا تَرْضَى بِهِ عَنِّي فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاكَ مَلَكٌ أَتَاكَ يُعَلِّمُكَ تَحْمِيدَ رَبِّكَ .
مسند احمد - الإمام احمد بن حنبل - ج 5 - ص 395 – 396 .
Telah dinukilkan pada suatu hari Huzaifah datang kepada Rasulullah (saw) dan berkata: Ketika saya solat, saya telah mendengar suara orang berbicara:
اللهم لك الحمد ... .
Rasulullah (saw) bersabda: Itu ialah malaikat yang datang kepadamu dan mengajarmu bagaimana cara memuji Allah. Musnad Ahmad bin Hanbal jil 5 halaman 395-396.
Ubai bin Ka’ab berkomunikasi dengan malaikat:
Alusi, seorang ahli tafsir Ahlusunnah yang masyhur mengatakan dalam kitab tafsirnya Ubai bin Ka’ab mendengar kata-kata Malaikat:
وأخرج ابن أبي الدنيا في كتاب الذكر عن أنس قال : قال أبي بن كعب لأدخلن المسجد فلأصلين ولأحمدن الله تعالى بمحامد لم يحمده بها أحد فلما صلى وجلس ليحمد الله تعالى ويثنى عليه إذا هو بصوت عال من خلف يقول : اللهم لك الحمد كله ولك الملك كله وبيدك الخير كله وإليك يرجع الأمر كله علانيته وسره لك الحمد إنك على كل شيء قدير اغفر لي ما مضى من ذنوبي واعصمني فيما بقي من عمري وارزقني أعمالا زاكية ترضى بها عني وتب علي فأتى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقص عليه فقال : ذاك جبريل عليه السلام .
تفسير الآلوسي - الآلوسي - ج 22 - ص 40 .
Umar bin al-Khattab mendengar suara Jibrail:
Menurut kebanyakan ulama Ahlusunnah, salah satu kelebihan Umar bin al-Khattab ialah mendengar azan daripada Jibrail (as). Harith bin Abi Usamah dalam musnadnya menulis:
أول من أذن بالصلاة جبريل في سماء الدنيا فسمعه عمر وبلال فسبق عمر بلالا فأخبر النبي صلى الله عليه وسلم ثم جاء بلال فقال له سبقك بها عمر .
بغية الباحث عن زوائد مسند الحارث - الحارث بن أبي أسامة - ص 51 و فتح الباري - ابن حجر - ج 2 - ص 63 و عمدة القاري - العيني - ج 5 - ص 107 و تنوير الحلك - جلال الدين السيوطي - ص 23 و السيرة الحلبية - الحلبي - ج 2 - ص 302 و ...
Yang mula-mula melaungkan azan di langit dunia ialah Jibrail, maka didengari oleh Umar dan Bilal. Umar mendahului Bilal memberitahu kepada Rasulullah (saw) kemudian barulah Bilal datang menyusul, maka Rasulullah (saw) berkata kepadanya: Umar telah mendahuluimu.
Menarik perhatian di sini, Ibnu Hajar Asqalani tidak mempertikaikan hadis ini setelah menukilkannya. Hakikatnya beliau hanya menutupkan mata dan telinganya ketika membahaskan kelebihan Umar, beliau menerima apa saja yang telah dinukilkan untuk Umar.
Umar bin al-Khattab boleh mendengar suara Jibrail, maka apakah yang menghalang Fatimah Az-Zahra dan Amirul Muminin dari mendengar suara malaikat?
Umar bin Khattab berdialog dengan malaikat:
Muhammad bin Ismail al-Bukhari dalam Sahihnya menulis:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَدْ كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ رِجَالٌ يُكَلَّمُونَ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَكُونُوا أَنْبِيَاءَ فَإِنْ يَكُنْ مِنْ أُمَّتِي مِنْهُمْ أَحَدٌ فَعُمَر .
صحيح البخاري - البخاري - ج 4 - ص 200 .
Abu Hurairah berkata, Nabi (saw) bersabda: Sesungguhnya sebelum daripada kamu ada pemuda-pemuda daripada golongan Bani Israel yang berbicara dengan malaikat, mereka ini bukanlah nabi. Jikalau ada yang seperti mereka ini di kalangan umatku, niscaya orang itu ialah Umar bin al-Khattab.
Qasthalani, ulama besar Ahlusunnah mensyarahkan hadis ini sebagai berikut:
ليس قوله " فإن يكن " للترديد بل للتأكيد كقولك : إن يكن لي صديق ففلان . إذ المراد اختصاصه بكمال الصداقة لا نفي الأصدقاء ، وإذا ثبت أن هذا وجد في غير الأمة المفضولة فوجوده في هذه الأمة الفاضلة أحرى .
إرشاد الساري شرح صحيح البخاري ، ج6 ، ص 99 .
Perkataan baginda: " فإن يكن " tidaklah bermaksud menolak (Iaitu Umar tidak berbicara dengan malaikat), bahkan ia adalah perkataan untuk menguatkan (Ia benar-benar begitu). Seperti mana kata baginda kepada seseorang: “Jikalaulah saya mempunyai seorang sahabat, maka ia adalah si fulan”. Maksud perkataan ‘si fulan’ di sini ialah: “ini adalah sahabat terbaik saya”, bukannya “saya tidak mempunyai seorang sahabat”. – Irsyad al-Sari Syarh Sahih Bukhari, jil 6 halaman 99.
Ibnu Asakir dalam Tarikh Madinah dan Muttaqi Hindi dalam Kanzul Ummal menulis:
قال الشعبي إن لكل أمة محدثا وإن محدث هذه الأمة عمر بن الخطاب .
تاريخ مدينة دمشق - ابن عساكر - ج 44 - ص 95 و كنز العمال - المتقي الهندي - ج 12 - ص 600 .
Sya’bi telah berkata: Sesungguhnya setiap umat mempunyai Muhaddith (orang yang berbicara dengan malaikat), dan Muhaddith umat ini ialah Umar bin al-Khattab. Ibnu Asakir, Tarikh Dimasqi jil 44 halaman 95 dan al-Muttaqi al-Hindi, Kanzul Ummal jil 12 halaman 600.
Umar bin al-Khattab dikatakan boleh berbicara dengan malaikat meskipun ia belum masuk Islam dan masih berada di dalam kelompok musyrikin sehingga tahun ke delapan kerasulan Muhammad (saw), mengapakah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dan Fatimah Zahra (as) tidak boleh mendengar perkataan malaikat? apa lagi mereka berdua tidak pernah mensyirikkan Allah walau pun seketika.
Ketidakmampuan kita untuk mengiyakan atau mentidak-kan berita-berita di atas, adalah karena kita tidak sezaman dgn saat berita atau kejadian itu muncul. Yg kita dapatkan hanyalah qila wa qala (katanya-katanya)yg kemudian dikitabkan. Karena itu justifikasi ataupun penolakan sebatas ijtihad masing-masing saja. Boleh jadi Umar yg mampu berkomunikasi dgn malaikat atau Fatimah/Ali mampu mendengar kata-kata Jibril sebagaimana ummat sebelumnya boleh jadi sebatas kultus atau ketidak puasan seseorang/kelompok thdp kelompok lainnya. Sumber yang menjadi acuan adalah wahyu yg turun hanya kepada Rasulullah saja (itupun dalam kodifikasinya tidak terlepas dari kontroversi, semisal adanya mushaf Utsmani, Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas atau Fatimah dll). Dengan demikian wajarlah bila suatu ketika timbul persengketaan yg terus mengekor ke ummat berikutnya. Namun, dari sisi disiplin ilmu tidaklah salah bila kita ingin mencoba menguak semua kekontroversian itu, ditengah-tengah setiap kelompoknya mereka merasa paling banar. sebagaiman firmanNya dalam QS23:53, bahwa pada akhirnya setiap kelompok merasa bangga thdp perolehan/pemahamannya. Yg menjadi ukuran kebenarannya adalah value keilmuannya.
ReplyDeletesalam saudara aki adnani dan terima kasih atas komentar yang sangat baik terutama tentang adanya kelompok yang "merasa paling banar" . sesungguhnya jika kelompok2 itu mahu belajar lebih dari adanya, mahu mengetahui pandangan kelompok lain dari sumber kelompok lain itu maka tidak akan beralku salah faham dan fitnah. saya melihat banyak masalah dan salah paham yang berlegar di keliling kita disebabkan oleh kurangnya usaha meneliti teks - teks primer sesuatu kelompok yg langsung menyebabkan orang2 itu justeru menjadi juru cakap kepada kelompok yang dikomentarnya.
Deletesalam saudara sekelian, dan benar sekali apa yg di bicarakan. bukan perdebatan yg berpanjangan yg umat ini perlukan. tetapi pernyataan tentang sesuatu yang tidak bertentangan dengan Al Quran haruslah diteliti atau dibentangkan dengan adil tanpa berpihak. kerana setiap ilmu, baik yang benar atau yang tidak benar akan pasti memberi kesan pada jiwa2 muslim. namun diteliti dari semua segi, sekiranya peristiwa tentang berbicara dengan malaikat di terima khalayak, maka akan membuka pula fitnah2 baru dari manusia yg tidak kenal dan tidak ihhlas dengan tuhannya. disuatu sudut yang lain pula, pengetahuan tentang kemungkinan berbicara dengan malaikat sudah tentu menambah iman seorang mukmin dan ketakjuban terhadap keagungan kerajaan Allah. Maka di sini yang tinggal sisa dari semua perdebatan, hanyalah iman seseorang kepada tuhannya. dan Allah tentu sahaja sentiasa memberi petunjuk kepada siapa yang diinginkan kebaikan ke atasnya. dan orang yang berpihak dengan kelompoknya, tentu sahaja dibatasi oleh ego dlm pendiriannya dan membataskan diri dengan kejahilan sendiri dan tanpa sedar membatas kan Allah dan kekuasaaNya. Allahualam.
ReplyDeletesalam, saya amat memandang tinggi komentar seperti yang ditulis oleh sdr di atas. saya kira sikap sebeginilah yang harus ada pada setiap diri muslim dalam upaya menemukan kebenaran dan persatuan ummah. kalo fanatisme kelompok dapat didiamkan maka kita akan dapat berdiskusi secara ilmiah dengan masing-masing pihak membawa hujahnya. masalah syiah punya al quran sendiri sebetulnya tidak lain hanya fitnah dan persangkaan karena teman saya yang sudah berkunjung ke Iran katanya di hotel diletakkan al Quran mushaf uthmani... beliau tidak menemukan apa yang dibilang pak ostad sebagai quran syiah. begitulah mudahnya kebenaran dapat ditemukan jika pak ostad tidak menuduh tanpa bukti, melakukan provokasi dan lain sebagianya yang hanya meruntuh persatuan Islam.
ReplyDeleteGoblok kita Syi'ah dipercaya
ReplyDelete