Monday, June 27, 2011

Khutbah Rasulullah saw Di Ghadir Khum dari buku al-Ihtijaj oleh al-Tabarsi (ulama abad ke 6 Hijrah)



Pengenalan


       Khutbah atau Hadis Nabi (s.a.w.) di Ghadir  Khum yang  terletak  sejauh tiga batu dari Juhfah  berhampiran  Rabigh selepas  beliau kembali mengerjakan haji terakhir pada 18hb. Dhul-Hijjah  tahun 10 Hijrah, telah diriwayatkan  oleh  para  ulama  Islam  di  setiap peringkat,  kerana ia  merupakan khutbah Nabi (s.`a.w.) terakhir yang memusatkan kepada konsep imamah (kepemimpinan) selepas beliau, di hadapan lebih seratus ribu para  sahabat-nya[1].



       Di hari itu Jibrail a.s memerintahkan Nabi(s.a.w.)supaya mengisytiharkan   kepada  para  sahabatnya  bahawa  `Ali   adalah imam atau khalifah selepas beliau. Pada  mulanya  beliau  keberatan  untuk   mengisytiharkannya kerana  khuatir  kebanyakan para  sahabatnya  akan  menentangnya.




  Terjemahan Teks


       Di  sini akan dikemukakan teks khutbah atau hadis  Ghadir  Khum sebagaimana  diriwayatkan oleh Abu Mansur Ahmad b. `Ali  b. Abi Talib  al-Tabarsi[9], ulama Mazhab Ja`fari abad keenam  hijrah di mana  sanadnya bersambung dengan Imam Muhammad al-Baqir  b. Imam ‘Ali Zain  al-`Abidin b. Imam Husain b. Imam `Ali b. Abi  Talib  `a.s.   




       Untuk membuktikan kesahihannya, penulis membuat rujukan kepada buku-buku karangan para ulama Ahl al-Sunnah seperti  Sahih al-Bukhari, Sunan al-Nasa'i, Musnad Ibn Hanbal, Tarikh al-Tabari,Yanabi` al-Mawaddah, Kanz al-`Ummal, Tarikh al-Khulafa',  al-Durral-Manthur, al-Isabah, Tarikh Baghdad, Kifayah al-Talib,  Manaqibal-Khawarizmi, Tafsir al-Kabir, Ruh al-Ma`ani, Nur al-Absar,  Usdal-Ghabah, al-Isti`ab dan lain-lain.




       Justeru itu khutbah atau hadis al-Ghadir telah dicatat oleh  para ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka walaupun kadangkala terdapat  sedikit  perbezaan dari segi lafaz, tetapi  ia  memberi pengertian  yang  sama. Kebanyakan  mereka  mencatatnya  secara terputus,  panjang, pendek dan dimasukkan di dalam  bab-bab  yang berasingan sehingga ia dilihat sebagai tiada kaitan dengan  khutbah  al-Ghadir. Ini berkemungkinan kuasa politik  semasa  tidak membenarkan mereka berbuat demikian[10].


       Lantaran itu, bahagian-bahagian hadis yang dipisahkan  itu, kelihatan seolah-olah tiada kaitan dengan khutbah di Ghadir  Khum tentang perlantikan `Ali `a.s sebagai imam atau khalifah selepas Rasulullah  (s.`a.w.)  Walaubagaimanapun teks penuh khutbah al-Ghadir yang dikemukakan oleh al-`Allamah al-Tabarsi, akan memberi wawasan  baru  kepada pengkaji-pengkaji tanpa  prejudis  dan  irihati.
Al-Tabarsi  menulis:




       Al-Sayyid Abu Ja`far Mahdi b. Abi  Harb al-Husaini  al-Mar`asyi r.a telah memberitahu kami  dia  berkata: al-Syaikh  Abu `Ali al-Hasan b. al-Syaikh  al-Sa`id  Abi  Ja`far Muhammad b. al-Hasan al-Tusi r.a, telah memberitahuku dia  berkata: al-Syaikh al-Sa`id al-Walid Abu Ja`far q.r telah memberitahuku  dia berkata: Jama`ah daripada Abi Muhammad Harun b. Musa  al-Tala`kbari telah memberitahu kami, dia berkata: Abu `Ali Muhammad b. Hammam telah memberitahu kami, dan berkata: `Ali al-Suri telah memberitahu  kami, dia berkata: Abu Muhammad al-`Alawi  daripada anak  lelaki  al-Aftas di kalangan hamba Allah yang  salih  telah memberitahu  kami dia berkata: Muhammad b. Musa al-Hamdani  telah memberitahu  kami,  dia berkata: Muhammad b. Khalid  al-Tayalasi telah  memberitahu kami, dia berkata: Saif b. `Umairah dan  Salih b. Uqbah telah memberitahu kami daripada Qais b. Sam`an  daripada `Alqamah  b. Muhammad al-Hadrami daripada Abu Ja`far b.  Muhammad b.  `Ali Zain al-`Abidin b. Husain b. `Ali b. Abi Talib  daripada Rasulullah s.`a.w.




       Beliau bersabda:  "Segala  puji bagi Allah,  Yang Maha Tinggi dalam  kesatuan-Nya, berdekatan dalam keesaan-Nya,mulia dalam  pemerintahan-Nya, besar  dalam kekuasaan-Nya, keilmuan-Nya yang menyeluruh sedangkan Dia "berada" di `Arasy-Nya. Menundukkan seluruh makhluk  dengan kekuasaan  dan hujah-Nya yang mulia sehingga Dia sentiasa  dipuji, Dialah pencipta langit, penjadi sesuatu dengan rapi. Dialah Penguasa bumi dan langit, Maha Tinggi Maha suci Tuhan para malaikat dan ruh, Maha Pemurah kepada semua orang yang tidak mensyukuriNya, Maha Mengetahui di atas segala yang  dijadikan-Nya. Memerhati setiap mata, tetapi mata (mata) tidak dapat melihat-Nya. Mulia, Pemaaf dan menyenangkan, rahmat-Nya  meliputi  setiap sesuatu, mengurniakan  nikmat-Nya  ke atas  mereka. Tidak  cepat membalas dendam dan tidak segera mengenakan azab ke atas  mereka. Dia  memahami segala rahsia, Dia mengetahui segala bisikan  hati, tidak dapat diselindungi oleh perkara-perkara yang tersembunyi.


       Tidak dikelirukan oleh perkara yang halus, mengetahui setiap sesuatu, memenangi  setiap sesuatu, menguasai di  atas segala-galanya.  Tidak sesuatu pun menyerupai-Nya, Dia  mencipta  sesuatu ketika ia (sesuatu) tidak ada. Sentiasa melakukan keadilan, tiada Tuhan melainkan Dia  yang Maha Mulia lagi bijaksana, sekali-kali penglihatan tidak  mencapai-Nya, sedangkan Dia mencapai penglihatan.



        Dia  bertimbang rasa dan bijaksana, tiada seorang pun  dapat mengaitkan sifat-Nya secara "penentuan" dan tiada seorang pun mendapati bagaimanakah Dia secara rahsia atau terang-terangan  melainkan mengikut apa yang telah ditunjuk oleh Dia ke atas diri-Nya. Aku  naik  saksi  sesungguhnya Allah  memenuhi  masa  dengan segala kekudusan-Nya, Dialah yang menutupi cahaya-Nya  selama-lama, Dia  melaksanakan  urusan-Nya tanpa  mesyuarat. Tanpa  bersama-Nya sekutu di dalam sesuatu nilaian dan tidak ada kecacatan di  dalam pentadbiran-Nya. Dia telah menggambarkan apa yang direkakan-Nya tanpa  contoh, Dia  telah  mencipta apa yang diciptakan-Nya  dengan  mudah  tanpa pertolongan orang lain dan bersih dari tipudaya


       Dia  menciptanya kemudian ia terus "jadi", Dialah Tuhan yang tiada Tuhan melainkan Dia  yang  rapi dan elok pembuatan-Nya. Keadilan-Nya  adalah  lebih mulia  dan tidak pernah dizalimi di mana segala  perkara  kembali kepada-Nya. Aku  naik saksi bahawa segalanya tunduk kepada  kekuasaan-Nya serta  mentaati-Nya  kerana kehebatan-Nya  memiliki  segala  milik. Dialah yang membuat cakerawala bergerak, Dialah yang  menundukkan bulan dan matahari, semuanya berjalan menurut masa yang  ditentukan.  "Dialah yang menutupkan malam ke atas siang dan  menutupkan siang ke  atas malam" (Surah az-Zumar 39:5)"yang  mengikutinya dengan cepat". (Surah al-A`raf 7:54) Penentang  setiap penguasa yang degil dan  pembinasa  setiap syaitan  yang menceroboh, tiada bersama-Nya lawan dan teman, satu (ahad) menjadi tempat tumpuan.


        Tidak beranak dan diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun menyerupai-Nya, Tuhan yang satu  dan  Tuhan yang mulia, melakukan sesuatu yang dikehendaki-Nya. Dia  mengetahui  lantas menghitung  sesuatu,  mematikan  dan menghidupkan, pemberi dan pencegah rezeki, "ketawa" dan "menangis", menghalang dan memberi. Bagi-Nya kekuasaan dan baginya kepujian, di tangan-Nya  segala kebaikan,  Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Memasukkan  waktu malam  ke dalam waktu siang dan memasukkan siang ke  dalam  waktu malam.




       Tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Mengetahui lagi pengampun, Dialah penerima doa, pengurnia segala  pemberian  dan penghitung segala jiwa. Tuhan syurga  dan manusia, Dia tidak  menghadapi sebarang kesulitan, tidak menolak laungan orang yang memohon  pertolongan, tidak dimetrikan oleh keluhan orang yang berhajat. Pelindung bagi orang-orang  yang salih, pemberi taufiq kepada  orang-orang  yang bahagia.




       Dialah maula kepada segala alam yang berhak dari  setiap makhlukNya bersyukur dan memuji-Nya. Aku  memuji-Nya di dalam kesenangan dan kesusahan,  kesulitan dan  kelapangan. Aku beriman dengan-Nya, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan para rasul-Nya. Aku mendengar suruhan-Nya, aku mematuhi dan bersegera menurut keridaan-Nya. Aku menyerahkan diriku kepada qada'-Nya kerana cintakan ketaatan-Nya dan takutkan balasan-Nya, kerana Dialah Allah yang tidak menjamin keselamatan jika dilakukan apa  yang  dibenci-Nya. Dan Dia pula tidak teragak-agak mengenakan balasan-Nya. Aku berikrar dengan diriku sendiri untuk beribadah kepada-Nya dan  aku naik saksi tentang ketuhanan-Nya. Aku  akan melaksanakan apa yang diwahyukan kepadaku dengan penuh waspada




       Jika aku tidak melaksanakannya lantas aku akan binasa sehingga tiada  seorangpun dapat  mempertahankanku  dari azab-Nya sekalipun  besar ujian-Nya, tiada Tuhan melainkan Dia. Kerana Dia telah memberitahuku sesungguhnya  jika aku tidak menyampaikan apa yang diturunkan  kepadaku nescaya  aku  tidak  menyampaikan risalahNya.  Lantaran  itu  Dia memberi  jaminan  melindungiku dengan `ismah,  Dia  Allah  adalah mencukupi  (bagiku).  Kemudian Dia  menurunkan  wahyu  kepadaku[11].




       Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani. Wahai Rasul ! sampailah apa yang telah diturunkan kepada  kamu mengenai  `Ali - [jawatan Khalifah adalah untuk  `Ali  bin  Abi Talib].  Dan jika kamu tidak menyampaikannya bererti  kamu tidak menyampaikan risalah-Nya, "Dan Allah menjaga kamu dari  manusia". (Surah al-Maidah 5:67) Wahai manusia! Aku tidak mengabaikan  tanggungjawabku  di dalam menyampaikan apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadaku. Akulah orang yang menerangkan kepada kalian.  Sebab turunnya ayat "Wahai  Rasul, sampaikanlah apa yang telah  diturunkan  kepadamu daripada  Tuhanmu. Dan jika kamu tidak kerjakan,  bererti  kamu tidak menyampaikan amanat-Nya" (Surah al-Maidah 5:67).




       Sesungguhnya  Jibra'il  telah turun kepadaku  sebanyak  tiga kali memerintahkanku supaya menyampaikan perintah Tuhanku; supaya aku  terus  melaksanakannya. Aku pun  mengisytiharkannya  kepada semu peringkat; sama ada yang berkulit putih dan yang  berkulit hitam bahawa sesungguhnya `Ali bin Abi Talib a.s adalah  saudaraku, wasiku, khalifahku dan imam selepasku di mana kedudukannya di sisiku samalah kedudukan Harun di sisi Musa selain dari  kenabian kerana  tiada nabi selepasku[12]. Beliaulah wali kalian  di sisi Allah  dan RasulNya. Sesungguhnya Allah S.W.T. telah  menurunkan ke  atasku  satu ayat mengenai wilayah `Ali "Sesungguhnya  wali kamu  adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yangberiman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dalam keadaan  rukuk"  (Surah al-Maidah 5:55).




       `Ali  bin  Abi Talib telah mendirikan solat  dan  menunaikan zakat  di  dalam keadaan rukuk, kerana  melakukan  ibadat  kepada Allah pada setiap masa[13]. Aku  telah memohon maaf kepada Jibra'il lantaran  aku  tidak menyampaikannya kepada kalian. Wahai manusia, kerana aku  mengetahui  betapa  sedikitnya orang yang  bertakwa, betapa  ramainya orang yang munafik, pengkhianat dan tipudaya orang  bersandarkan Islam yang disifatkan oleh Allah di dalam kitab-Nya "Mereka mengucap  dengan  lidah mereka apa yang tidak ada dalam  hati  mereka"(Surah al-Fath 48:11).




       Dan  betapa banyak mereka  telah menyakiti  hatiku  sehingga mereka menamakan aku uzunun (iaitu mendengar atau mempercayai apa saja yang diperkatakan  kepadanya). Mereka menyangka aku sedemikian  rupa kerana selalu "bergaul" dengan-Nya dan sehingga Allah  menurunkannya  di dalam  al-Qur'an  "Di antara mereka ada yang menyakiti  Nabi  dan menyatakan: Nabi mempercayai semua yang didengarnya.  Katakanlah: Ia  mempercayai  semua  yang baik bagi kamu,  ia  beriman  kepada Allah, mempercayai orang-orang mukmin" (Surah al-Taubah 9: 61).




       Jika  aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama  mereka  atau menunjukkan mereka kepada kalian. Tetapi aku tidak mahu  melakukannya, kerana Allah tidak merestuiku melainkan menyampaikan  apa yang diturunkan kepadaku. Kemudian beliau (s.`a.w.) membaca "Wahai  Rasul sampaikanlah apa yang telah diturunkan  oleh  Tuhan kamu - tentang `Ali - dan jika kamu tidak melakukan bererti  kamu tidak menyampaikan risalah-Nya. Dan Allah menjaga kamu dari  manusia"
(Surah al-Maidah 5: 67).




       Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah  melantik `Ali  untuk kalian sebagai wali, dan imam yang wajib  ditaati  ke atas Muhajirin, Ansar dan Tabi`in; sebagaimana wajib ditaati oleh penghuni  padang pasir, bandar, Arab bukan Arab,  merdeka,  hamba kecil  besar,  berkulit putih dan hitam. Malah ke atas setiap orang yang mentauhidkan Allah S.W.T. Terkutuk bagi orang yang menentangnya. Dirahmati orang yang mengikutinya, mukmin orang yang membenarkannya. Allah  mengampuninya dan orang yang mengambil ilmu daripadanya dan mentaatinya[14].




       Wahai  manusia! Ini  merupakan tempat  yang  terakhir  aku berdiri di hadapan kalian. Lantaran itu dengarlah, taatilah  dan ikutilah  perintah  Tuhan kalian. Sesungguhnya  Allah `Azza  wa Jalla  adalah maula kalian dan Tuhan kalian  kemudian  selepas-Nya Muhammad  (s.`a.w.) adalah wali kalian yang sedang  berpidato  di hadapan  kalian.  Kemudian selepasku `Ali adalah wali kalian  dan imam kalian dengan perintah Tuhan kalian.




       Kemudian imamah adalah pada zuriatku daripada anaknya sehingga di hari kalian  berjumpa Allah dan Rasul-Nya.  Tidak ada suatu perkara pun yang halal  melainkan  apa yang telah dihalalkan oleh Allah dan tidak ada  suatu perkara  pun yang haram melainkan apa yang telah diharamkan  oleh Allah. Dialah yang menerangkan kepadaku halal dan haram di dalamkitab-Nya. Kemudian  aku menerangkan halal dan  haramnya  kepada `Ali[15]. Wahai  manusia!  Tidak ada suatu ilmu  pun  melainkan  Allah telah menyampaikanya kepadaku. Dan setiap ilmu yang aku mengetahuinya, aku menyimpannya pada imam mubin (`Ali a.s) dan tidak ada suatu  ilmu pun melainkan aku mengajarnya kepada `Ali. Dan  beliaulah imam mubin.




       Wahai  manusia! Janganlah kalian  menyimpang  daripadanya, janganlah kalian lari daripadanya, janganlah kalian angkuh dengan menentang  wilayahnya. Kerana beliaulah yang  menunjuk  kepada kebenaran  dan beramal dengannya. Beliaulah  yang  menghilangkan kebatilan dan melarangnya. Janganlah kalian menghiraukan celaan orang yang mencela. Beliaulah orang pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliaulah yang mengorbankan dirinya sendiri untuk Rasulnya. Beliaulah bersama Rasulullah. Dan tidak ada  seorang pun  menyembah Allah bersama Rasul-Nya di kalangan lelaki selain daripadanya[16].




       Wahai manusia! Hormatilah beliau kerana Allah telah mengurniakan kelebihan kepadanya.  Terimalah beliau kerana Allah  telah melantiknya untuk kalian. Wahai manusia! Sesungguhnya beliau adalah imam  daripada Allah. Allah sekali-kali tidak akan menerima taubat seorang yang mengingkari wilayahnya. Dan Allah sekali-kali tidak akan mengampuninya. Sudah pasti Allah akan melakukan hal  demikian ini terhadap orang yang menyalahi perintah-Nya mengenainya. Dan Dia akan menyeksanya dengan seksaan pedih yang berpanjangan. Lantaran  itu kalian berhati-hatilah supaya kalian tidak  menyalahinya. Justeru itu kalian akan dibakar di neraka di mana bahan  bakarnya adalah  manusia dan batu disediakan kepada orang-orang yang  ingkar[17].




       Dengan kamilah  Allah  telah menurunkan rezeki dan  mengekalkan  makhluk (buat seketika). Terkutuk, terkutuk. Dimurkai-, dimurkai  Wahai  manusia! Dengan akulah demi Allah, para nabi  dan rasul  yang terdahulu diberi khabar gembira. Aku adalah penamat para nabi dan Rasul. Akulah juga hujah ke atas semua makhluk  di bumi  dan di langit.  Sesiapa yang mengsyakinya dia adalah kafir sebagaimana kafir jahiliyah. Dan sesiapa yang mengsyaki sabdaku ini, bererti dia mengsyaki kesemuanya. Orang yang  mengsyakinya adalah neraka sebagai balasannya[18].




       Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah mengurniakan  kelebihan ini ke atasku sebagai ihsan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji untuk-Nya daripadaku buat selama-lamanya.Wahai manusia!  Hormatilah `Ali kerana  beliau  sebaik-baik manusia  selepasku  di  kalangan lelaki  dan  perempuan.   orang yang menolak sabdaku ini dan tidak mempersetujuinya. Sesungguh-nya  Jibra'il  telah  memberitahuku  mengenainya daripada Allah S.W.T. dan berkata: Sesiapa yang memusuhi `Ali dan tidak menjadikannya wali, maka laknat dan kemurkaan-Ku ke atasnya. Seseorang itu  hendaklah memikirkan apa yang telah dikemukakan  untuk  hari esok dan bertakwalah kepada Allah supaya beliau tidak  menyalahi-Nya  kerana  dikhuatiri kaki akan tergelincir selepas  ia  tegak. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang dilakukan oleh kalian[19].




       Wahai manusia! Sesungguhnya beliaulah janb-Allah yang disebutkan di dalam kitab-Nya "Supaya jangan ada orang yang mengatakan amat  besar  penyesalan  atas  kelalaianku  terhadap  janb-Allah" (Surah al-Zumar 39:56). Wahai  manusia! Pelajarilah al-Qur'an dan  fahamilah  ayat-ayatnya. Perhatikanlah  ayat-ayat  Muhkamahnya  dan janganlah kalian mengikuti ayat-ayat Mutasyabihahnya. Demi Tuhan,  tidak akan menerangkan kepada  kalian  tentang halangan-halangannya  dan  tidak akan menerangkan  kepada  kalian penafsiran-penafsirannya  melainkan  orang  yang  aku  memegang tangannya  sekarang.




       Dan aku  memberitahu  kalian  sesungguhnya sesiapa  yang aku maulanya, maka ini `Ali adalah maulanya,  iaitu `Ali bin Abi Talib A.S, saudaraku, wasiku.  Dan wilayahnya adalah daripada Allah S.W.T. yang telah menurunkannya ke atasku[20].




       Wahai manusia!  Sesungguhnya `Ali dan orang yang baik  daripada  anak cucuku merupakan thiqal al-Asghar (harta paling  kecil yang bernilai) dan al-Qur'an adalah thiqal al-Akbar (harta paling besar  yang bernilai). Setiap orang menceritakan  tentang  sahabatnya  dan bersatu dengannya.Kedua-duanya tidak akan  berpisah sehingga  dikembalikan  Haud kepadaku. Mereka  itulah pemegang amanah Allah  pada  makhluk dan para bijak  pandai  di bumi-Nya. Sesungguhnya  aku  telah menunaikannya. Sesungguhnya  aku  telah menyampaikannya  dan aku memperdengarkannya kepada  kalian. S.W.T. telah berfirman  dan sabdaku itu adalah  daripada  Allah.




       Sesungguhnya tidak ada Amiru l-Mukminin selain daripada saudaraku ini. Dan tidak seorang pun layak untuk melaksanakannya selepasku selain daripadanya. Kemudian beliau meletakkan tangannya ke  bahu `Ali kemudian mengangkatnya[21]. Wahai  manusia!  Ini adalah `Ali saudaraku, wasiku,  penjaga ilmuku, khalifahku ke atas umatku dan di atas tafsir kitab  Allah Azza  Wa  Jalla. Penyeru kepadanya dan beramal dengan  apa  yang diredaiNya,  memerangi  musuh-musuhNya,  setia  mentaatiNya   dan pencegah  dari  mendurhakaiNya.




       Beliaulah  khalifah  Rasulullah, Amiru l-Mukminin,Imam  petunjuk,  penentang Nakithin (Ashab Jamal), Qasitin (Ashab al-Siffin) dan  Mariqin  (Ashab al-Nahrawan)[22]. Aku  berkata:  Sabdaku tidak boleh ditukar ganti  kerana  ia adalah perintah Tuhanku. Aku berkata: Wahai Tuhanku!  Hormatilah orang yang mewalikan `Ali.Musuhilah orang yang memusuhinyaLaknatilah orang yang mengingkarinya, murkailah orang yang  mengingkari  haknya.Wahai Tuhanku! Sesungguhnya  Engkaulah  yang telah  menurunkan ke atasku bahawa Imamah selepasku adalah untuk `Ali sebagai wali Engkau sebaik saja peneranganku mengenainya dan perlantikanku terhadapnya[23].




       Dengan  itu Engkau telah menyempurnakan untuk  hamba-hamba-Mu agama  mereka. Dan engkau telah menyempurnakan ke atas mereka nikmat-Mu dan Engkau telah meredai bagi  mereka Islam  sebagai agama. Maka Engkau berfirman: "Barangsiapa mencari  agama  lain selain  agama Islam, maka sekali-kali tidak akan  diterima  agama itu  daripadanya dan di akhirat termasuk orang-orang  yang  rugi" (Surah Ali `Imran 3:85).




       Wahai  Tuhanku! Aku  mempersaksikan  Engkau  dan  cukuplah Engkau sebagai saksi sesungguhnya aku telah menyampaikannya. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah A.W. telah menyempurnakan agama kalian dengan imamahnya (`Ali a.s). Siapa yang tidak  berimamkannya  dan  orang yang menggantikan tempatnya  yang  terdiri daripada anak cucuku dari keturunannya sehingga hari kiamat, maka mereka itulah akan terbatal amalan-amalan mereka dan dalam  nerakalah  mereka  kekal [24]di dalamnya.  Seksaan  mereka  tidak  akan diringankan dan mereka pula tidak akan dilayani[25].




       Wahai  manusia!  Ini ialah `Ali orang yang paling  kuat  di kalangan  kalian  yang membantuku, orang yang  paling  berhak  di kalangan kalian denganku. Beliau adalah orang yang paling  akrab di kalangan kalian kepadaku dan orang yang paling mulia di sisiku dan Allah A.W.  Kami meredhainya. Tidak terdapat ayat  mengenai keredhaan  melainkan ia turun pada `Ali. Allah  tidak  berfirman dengan  "Wahai orang-orang yang beriman" melainkan Dia  memulakan dengan `Ali. Tidak  terdapat ayat pujian  di  dalam  al-Qur'an melainkan  padanya. Dan  Dia tidak  memberi  penyaksian  syurga tentang  Hal  Ata (Surah al-Insan 76:1) melainkan  untuknya. Dia tidak  menurunkannya  selain daripadanya. Dan Dia tidak memuji dengannya (ayat) selain daripadanya (`Ali a.s)[26].




       Wahai  manusia! Beliau adalah pembantu agama Allah, penyokong Rasulullah. Beliau adalah seorang yang bertakwa, bersih dan petunjuk.   Nabi kalian adalah sebaik-baik nabi dan  wasi  kalian adalah sebaik-baik wasi dan anak-anaknya sebaik-baik para wasi. Wahai manusia!   Zuriat setiap nabi adalah  dari  salbinya, tetapi zuriatku dari salbi `Ali[27].
Wahai  manusia! Sesungguhnya Iblis telah mengeluarkan  Adam dari  syurga disebabkan hasad dengkinya. Lantaran itu janganlah kalian melakukan hasad dengki terhadapnya (`Ali) nescaya amalan-amalan kalian akan terbatal.




       Dan kaki-kaki kalian akan tergelincir. Sesungguhnya Adam diturunkan ke  dunia  disebabkan  "satu kesalahan"  sahaja  sedangkan beliau adalah pilihan  Allah A.W.  Bagaimana  dengan  kalian, sedangkan di  kalangan  kalian adalah musuh-musuh  Allah.  Sesungguhnya orang yang celaka  sahaja  yang memarahi `Ali. Dan orang yang bertakwa sahaja  yang  mewalikan `Ali. Hanya orang mukmin sahaja yang beriman dengan `Ali. Dan pada `Alilah diturunkan Surah wa l-Asr[28].




       Wahai manusia! Sesungguhnya aku memohon kepada Allah menjadi  saksi bahawa aku telah menyampaikan risalahku kepada  kalian. Rasul hanya menyampaikan risalah-Nya yang terang. Wahai  manusia!  Bertakwalah  kalian  kepada  Allah  dengan sepenuhnya.  Dan janganlah kalian mati melainkan kalian muslimun. Wahai manusia!  Berimanlah kalian dengan Allah, Rasul-Nya dan al-Nur (cahaya)  yang diturunkan  bersamanya  sebelum  kebenaran dipadamkan.  Justeru itu kita menolaknya ke belakang.




       Wahai manusia!  al-Nur (cahaya) daripada Allah A.W., adalah padaku kemudian pada `Ali kemudian pada keturunannya sehinggalah datangnya al-Qa'im al-Mahdi yang akan menuntut hak Allah dan  hak kami  (Ahl al-Bait A.S) kerana Allah A.W. telah  menjadikan  kami hujah ke atas orang-orang yang cuai, ingkar, penentang, pengkhianat, pelaku dosa dan orang yang zalim dari sekalian alam[29].




       Wahai manusia! Aku memberi peringatan kepada kalian,  sesungguhnya  aku adalah Rasulullah sebagaimana telah berlalu  para rasul  sebelumku. Sekiranya aku mati atau dibunuh "kamu  kembali ke  belakang  (murtad)?  Barangsiapa yang berbalik  ke  belakang, maka  ia  tidak dapat mendatangkan mudarat kepada  Allah  sedikitpun,  dan  Allah  akan memberi balasan  kepada  orang-orang  yang bersyukur" (Surah Ali `Imran 3:144). Sesungguhnya `Alilah  yang disifatkan  dengan kesabaran dan kesyukuran kemudian  selepasnya cucu cicitku dan zuriatnya. Wahai manusia! Janganlah kalian berangan-angan untuk menentang  Allah dengan "Islam" kalian, maka Dia akan memarahi kalian dan  mengenakan kalian dengan azab di sisi-Nya.  Sesungguhnya  Dia sedang menunggu kalian.




       Wahai  manusia! Akan berlaku selepasku para imam yang  akan menyeru  manusia ke neraka dan di hari kiamat mereka  tidak  akan dibantu[30]. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah dan aku bersih daripada mereka. Wahai manusia! Sesungguhnya  pembantu-pembantu mereka, pengikut-pengikut  mereka  dan  penyokong-penyokong  mereka  akan berada di neraka yang paling terkebawah. Dan ia adalah  seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang yang takabbur.Sesungguhnya   "mereka" adalah "pemilik-pemilik" mashaf. Lantaran itu hendaklah  kalian melihat  pada  mashaf  tersebut. Beliau bersabda: Urusan mashaf hanya diambil berat oleh  golongan yang sedikit sahaja. Wahai  manusia!   Sesungguhnya aku tinggalkannya (Sahifah) sebagai imamah dan wirathah pada keturunanku sehingga hari  Kiamat.




       Sesungguhnya aku telah menyampaikan apa yang  diperintahkan oleh  Engkau  untuk disampaikannya sebagai hujah di  atas  setiap yang  hadir, ghaib dan ke atas setiap orang  yang  menyaksikannya atau tidak, sama ada telah dilahirkan ataupun tidak. Justeru itu hendaklah  orang  yang hadir menyampaikannya  kepada  orang  yang tidak hadir, dan bapa kepada anaknya sehingga hari kiamat  kerana mereka  (selain  daripada  Ahl al-Bait  A.S)  akan  menjadikannya (imamah)  sebagai  hak milik dan barang  rampasan. Sesungguhnya Allah  melaknati perampas-perampasnya.  "Kami akan  memperhatikan sepenuhnya  kepadamu  wahai manusia dan jin.   Maka  kepada  kamu dilepaskan  nyala  api dan cairan tembaga maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri (daripadanya)". (Surah ar-Rahman 55: 31, 35)




       Wahai manusia! Sesungguhnya Allah A.W. tidak akan  meninggalkan  kalian sebelumnya sehingga keburukan dan  kebaikan  dapat dibezakan. Dan Allah tidak mahu memberitahu kalian perkara-perkara yang ghaib. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada satu bandarpun  melainkan Allahlah  yang  membinasakannya  disebabkan pembohongan penduduknya. Demikianlah  Dia membinasakan  bandar-bandar  yang zalim.  Sebagaimana telah disebutkan oleh Allah S.W.T. di  dalam kitab-Nya.  Ini adalah `Ali imam kalian dan wali kalian.   Beliau di antara janji-janji Allah dan Allah membenarkan apa yang dijanjikannya[31].




       Wahai  manusia! Sesungguhnya telah  sesat  sebelum  kalian kebanyakan orang-orang yang terdahulu. Demi Allah, Dia telah membinasakan  orang-orang  yang terdahulu dan  Dialah  yang  akan membinasakan orang-orang yang  terkemudian. Allah berfirman: "Bukankah  Kami telah membinasakan orang-orang yang dahulu? Lalu Kami iringi (azab kami terhadap) mereka dengan (mengazab) orang-orang  yang datang kemudian.  Demikianlah Kami  berbuat  terhadap orang-orang yang berdosa. Kecelakaan besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan" (Surah al-Mursalat 77: 16-19).




       Wahai manusia!  Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku dan melarang aku. Sesungguhnya aku telah memerintahkan `Ali dan melarangnya. Ilmu  suruhan dan larangan adalah daripada  Allah  A.W. Justeru  itu dengarlah kalian kepada larangannya, nescaya  kalian terselamat. Taatlah kalian kepadanya nescaya kalian mendapat petunjuk. Berhentilah kerana larangannya, nescaya  kalian  akan mendapat petunjuk. Ikutilah kehendaknya dan  janganlah  kalian mengikuti jalan-jalan kalian selain dari jalannya[32]. Wahai manusia! Akulah Sirat al-Mustaqim di mana Dia memerintahkan kalian mengikutinya. Kemudian `Ali selepasku  kemudian anak cucuku dari salbinya, para imam yang menjadi petunjuk kepada kebenaran dan dengannyalah mereka memperjuangkan kebenaran[33].




       Kemudian Rasulullah s.`a.w. membaca : al-Hamdu li Llahi  Rabbi l-`Alamin  sehingga  ke akhirnya. Dan  beliau  bersabda:  Kepada akulah  turunnya Surah al-Fatihah dan juga kepada  mereka  secara umum  dan  khusus.  Mereka itulah para wali Allah,  mereka  tidak takut dan mereka pula tidak berdukcita.Sesungguhnya parti Allah sahajalah yang  mendapat kemenangan. Sesungguhnya  musuh-musuh`Ali adalah terdiri daripada orang-orang yang melakukan  perpecahan,  nifak,  penentang-penentang, saudara-saudara  syaitan  yang berkongsi penentangan dan tipu daya. Sesungguhnya para wali mereka ialah orang-orang yang  telah disebutkan  oleh Allah di dalam kitab-Nya, firman-Nya: "Kamu  tidak akan  mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah  dan  hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya" (Surah al-Mujadalah 58: 22).




       Sesungguhnya  para wali mereka ialah orang-orang yang  telah disifatkan oleh Allah A.W. di dalam kitab-Nya. Firman-Nya: "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka  dengan kezaliman,  itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan  mereka itu  adalah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Surah  al-An`am 6:82). Sesungguhnya  para wali mereka ialah orang-orang yang  telah disifatkan oleh Allah di dalam kitab-Nya. Firman-Nya: "Orang-orang yang akan memasuki syurga dengan aman" disambut oleh para  malaikat dengan aman.Berbahagialah kamu, maka masuklah syurga  selama-lamanya[34]. Sesungguhnya  para wali mereka ialah orang-orang yang  telah difirmankan  oleh Allah A.W., firman-Nya "Mereka  memasuki  syurga tanpa hisab"[35].




       Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang  akan dibakar di neraka sa`ir[36]. Sesungguhnya  musuh-musuh  mereka  ialah  orang-orang  yang mendengar tepikan neraka jahanam dan nyalanya[37].




       Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang telah difirmankan oleh Allah A.W.  FirmanNya "Setiap umat masuk  (neraka) dia mengutuk kawannya". (Surah al-A`raf 7: 38). Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang telah disebutkan oleh Allah di dalam kitab-Nya.


       Firman-Nya "Setiap  kali dilemparkan ke dalamnya satu kumpulan, penjaga-penjaganya bertanya  kepada  mereka: Apakah belum pernah datang  kepada  kamu  (di dunia)  seorang pemberi peringatan?  Mereka menjawab: Benar  ada, sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakannya dan kami mengatakan Allah tidak menyuruh sesuatupun.   Kamu  tidak lain hanyalah di dalam  kesesatan  yang besar" (Surah al-Mulk 67: 8-9). Sesungguhnya para wali mereka ialah "Orang-orang yang  takut akan Tuhan mereka dengan perkara yang ghaib bagi mereka keampunan dan pahala yang besar" (Surah al-Mulk 67: 12). Wahai  manusia!   Dua perkara di antara neraka  dan  syurga. Musuh kita ialah orang yang telah dicela dan dilaknat oleh Allah. Wali kita ialah orang yang telah dipuji dan dikasihi oleh Allah.


       Wahai manusia! Sesungguhnya aku memberi peringatan dan `Ali memberi petunjuk (Hadi)[38].

Wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah nabi dan `Ali adalah wasiku. Sesungguhnya  penamat para imam ialah al-Mahdi, dan  beliau dari kalangan kami[39].




       Sesungguhnya beliaulah orang yang mempertahankan agama. Sesungguhnya  beliaulah penuntut bela  daripada  orang-orang yang zalim. Sesungguhnya beliaulah pembuka benteng-benteng dan perosak-nya[40].


       Sesungguhnya beliaulah orang yang memerangi setiap kabilah yang syirik. Sesungguhnya  beliaulah  orang yang  dapat  mengesan  setiap penentang para wali Allah. Sesungguhnya beliaulah pembantu agama Allah. Sesungguhnya beliaulah pencedok di lautan yang dalam. Sesungguhnya  beliau mengetahui setiap orang yang  mempunyai kelebihan dan setiap orang yang jahil. Sesungguhnya beliau adalah sebaik-baik pilihan Tuhan. Sesungguhnya  beliaulah pewaris setiap ilmu secara  menyeluruh.




       Sesungguhnya  beliaulah  diberitahu  tentang Tuhannya   dan diberi peringatan tentang imannya[41].


Sesungguhnya beliau adalah seorang yang bijak dan tegas. Sesungguhnya setiap sesuatu diserahkan kepadanya. Sesungguhnya  beliau  telah  diberi  khabar  gembira  kepada orang-orang yang terdahulu. Sesungguhnya beliaulah hujah dan tidak ada hujah selepasnya. Tidak ada kebenaran melainkan bersamanya. Tidak ada nur (cahaya) melainkan di sisinya. Tidak ada orang yang dapat mengalahkannya dan tidak akan dibantu orang yang menentangnya. Sesungguhnya beliaulah wali Allah di bumiNya, hukum-Nya pada makhluk-Nya dan orang kepercayaanNya di dalam semua keadaan. Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah menerangkannya kepada kalian  dan memahamkan kalian.  Ini `Ali akan  memahamkan  kalian selepasku[42].




       Sesungguhnya manakala selesai ucapanku, aku menyeru  kalian supaya melakukan bai`ah kepadaku sebagai tanda memberi bai`ah kepada  `Ali dan memberi  pengakuan kepadanya, kemudian memberi  bai`ah  kepadanya selepasku. Sesungguhnya  aku  telah membai`ah kepada Allah, dan`Ali telah memberi bai`ah kepadaku. Aku memerintahkan kalian  supaya melakukan bai`ah kepadanya daripada Allah A.W. Firman-Nya "Barang siapa yang melanggar janjinya, nescaya akibat ia melanggar  janji itu akan menimpa diri sendiri" (Surah al-Fath 48:10).Wahai manusia!  Sesungguhnya Haji, Safa, Marwah dan  `Umrah adalah  di  antara syi`ar-syi`ar Allah.  "Maka  barangsiapa yang beribadah  haji ke Baitullah atau berumrah, maka tidak  ada  dosa baginya" (Surah al-Baqarah 2: 158). Wahai manusia! Tunaikan haji di Baitullah ketika mampu dan janganlah kalian meninggalkannya melainkan tanpa kemampuan.




       Wahai manusia!  Setiap mukmin yang berdiri di Mauqif dosanya yang  lalu  akan diampuni Tuhan. Dan  apabila  selesai  hajinya, amalan (baru)nya dimulakan. Wahai  manusia! Orang-orang yang menunaikan  haji  bersifat tolong menolong. Dan perbelanjaan mereka akan digantikan  kerana Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang  melakukan kebaikan. Wahai  manusia!  tunailah haji dengan sempurna dan  memahami (hikmah)nya. Dan janganlah kalian pulang melainkan dengan taubat dan meninggalkan segala dosa.Wahai manusia!   Dirikanlah  solat  dan  tunaikanlah  zakat sebagaimana Allah menyuruh kalian melakukannya.




       Jika masa berpanjangan, kalian mengabaikannya atau  melupai-nya  maka `Ali adalah wali kalian dan orang yang dapat  menjelaskannya  kepada kalian kerana Allah telah  melantiknya  selepasku Dan sesiapa yang Allah A.W. memilihnya untuk menggantikan tempatku, akan memberitahu kalian persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh  kalian dan beliau akan menerangkan kepada kalian  apa  yang kalian tidak mengetahuinya[43].




       Sesungguhnya halal dan haram adalah tidak terkira banyaknya. Akulah  yang  menyuruh melakukan perkara-perkara yang  halal  dan akulah  yang melarang melakukan perkara-perkara yang  haram. Di satu peringkat aku diperintahkan supaya mengambil bai`ah daripada kalian.   Dan bai`ah kalian adalah dengan menerima apa  yang  aku bawa  dari  sisi Allah A.W. mengenai kepemimpinan `Ali  Amiru  l-Mukminin dan para imam selepasnya, di mana mereka adalah daripadaku dan daripadanya. Dan di kalangan mereka itulah Imam  Mahdi yang  akan memenuhi dunia ini dengan kebenaran  sehinggalah  hari Kiamat[44].




       Wahai  manusia! Setiap yang halal aku telah  menerangkannya kepada kalian. Begitu juga setiap yang haram aku telah  melarang kalian  dari melakukannya. Aku tidak akan bertolak ansur  mengenainya  dan  aku tidak akan  menukarkannya. Lantaran  itu  kalian hendaklah  sentiasa  mengingatinya, menjaganya, memberi  nasihat dengannya.   Jangan sekali-kali menukarkannya atau mengubahnya pula. Sesungguhnya  aku  ingin  perbaharui kata-kataku: Dirilah solat,  tunailah zakat,suruhlah mengerjakan kebaikan dan tegahlah  kemungkaran. Sesungguhnya  punca "menyuruh" kepada kebaikan dan  melarang kemungkaran ialah berakhir kepada kata-kataku dan kalian  sampaikanlah kata-kataku ini kepada orang yang tidak hadir dan suruhlah dia menerimanya dan menegahnya dari menyalahinya. Kerana  ia adalah perintah daripada Allah A.W dan daripadaku.




       Tidak ada amr ma`ruf dan nahyi munkar melainkan bersama imam yang maksum. Wahai  manusia!  Al-Qur'an[45] telah  memperkenalkan   kalian bahawa para imam selepas `Ali ialah anak-anaknya.  Dan aku  telah memperkenalkan kalian bahawa dia (`Ali) adalah daripadaku dan aku adalah  daripadanya sehingga Allah berfirman di  dalam  kitabnya[46].




"Dan dia menjadikan kalimat Tauhid itu kalimat yang  kekal  pada keturunannya" (Surah az-Zukhruf 43: 28) Dan  aku  berkata: Kalian tidak  akan  sesat  selama-lamanya sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya[47].




       Wahai manusia! Bertakwalah, bertakwalah! Berwaspadalah tentang  Kiamat,  sebagaimana  firman  Allah  A.W.  "Sesungguhnya kegoncangan  hari  kiamat  itu adalah suatu  kejadian  yang  amat besar"  (Surah al-Hajj 22: 1). Ingatlah  mati,  hisab, mizan, dan  perhitungan  di  hadapan Allah Tuhan sekalian alam, pahala dan seksa.  Sesiapa yang  melakukan  kebaikan akan diberi pahala dan  sesiapa  yang  melakukan  kejahatan, tidak ada bahagian syurga baginya.
       

Wahai manusia!  Sesungguhnya kalian yang ramai ini hendaklah memberi bai`ah kepadaku dengan tapak tangan yang satu.   Sesungguhnya  Allah telah memerintahkan aku supaya mengambil  pengakuan daripada  kalian tentang perlantikan `Ali  sebagai  imam atau pemimpin mukminin. Dan para imam yang datang selepasnya adalah daripadaku dan  daripadanya sebagaimana aku telah memberitahu  kalian. Sesungguhnya  zuriatku adalah dari salbinya.Justeru itu  katakanlah:  Kami mendengar, mentaati, meridai, mematuhi apa yang  telah disampaikan oleh anda daripada Tuhan kami dan Tuhan anda  tentang Ali dan para imam selepasnya adalah dari salbinya. Kami memberi bai`ah kepada anda mengenai imamah `Ali  dengan hati kami, diri kami, lidah kami dan tangan kami.






       Di atas pengakuan inilah kami hidup, kami mati kami dibangkitkan kembali. Kami  tidak  akan mengubah dan menukarnya. Kami tidak  melakukan  syak  wasangka, kami tidak akan memungkiri janji, kami mentaati  Allah, mentaati  anda dan `Ali Amiru l-Mukminin dan para imam yang terdiri  dari anak cucunya yang anda telah  menyebutkannya  daripada zuriat anda dari salbinya. Selepasnya Hassan dan Husain di  mana kedua-duanya  aku  telah  memberitahu  kalian  tentang  kedudukan kedua-duanya  di sisiku dan kedudukan kedua-duanya di sisi  Allah A.W[48].




       Sesungguhnya aku telah melaksanakannya kepada kalian.  Sesungguhnya  kedua-duanya adalah imam selepas bapa mereka  berdua `Ali. Dan aku adalah bapa kedua-dua mereka sebelumnya.  Katakanlah: Kami mentaati Allah tentang perkara tersebut (imamah),  kami mentaati anda, `Ali, Hasan, Husain dan para imam yang  disebutkan oleh anda dengan perjanjian yang kukuh dan ikhlas untuk Amiru  l-Mukminin  dari  hati  kami, jiwa kami, dan  lidah  kami,  dengan "berjabat tangan" kami dengan orang yang melakukan kepada  kedua-duanya (Nabi dan `Ali A.S) dengan tangannya  dan mengakui  kedua-duanya dengan lidahnya. Kami tidak akan mengubah pendirian  kami selama-lamanya,Allah menjadi saksi terhadap kami. Dan  cukuplah Allah  menjadi saksi dan anda (Nabi s.`a.w.) juga  menjadi  saksi kepada  kami. Malah  setiap orang yang taat secara zahir  dan batin,  yang terdiri dari para Malaikat, bala tentera-Nya, hamba-hamba-Nya. Dan Allah yang Maha Besar menjadi saksi[49].




       Wahai manusia!Apa pendapat kalian sesungguhnya Allah mengetahui  setiap  suara yang tersembunyi.Maka sesiapa  yang memilih  petunjuk  adalah untuk dirinya. Dan siapa yang  sesat, sesungguh-nya dia memilih kesesatan itu. Dan siapa yang  memberi bai`ah  kepada  Allah, "tangan" Allah (kekuasaan Allah)  di  atas tangan-tangan mereka. Wahai manusia!  Bertakwalah kalian kepada Allah dan  berilah bai`ah kepada `Ali Amir al-Mukminin, Hasan, Husain dan para  imam yang  lain.




       Mereka merupakan kalimat yang  baik  selama-lamanya. Allah akan membinasakan orang yang mungkir janji dan akan memberi rahmat  kepada  orang yang menepati janji."Barang  siapa  yang melanggar  janjinya, nescaya akibat ia melanggar janji  itu  akan menimpa diri sendiri" (Surah al-Fath 48: 10). Wahai  manusia!Katakanlah sebagaimana aku  telah  katakan kepada kalian dan ucaplah salam bahagia kepada `Ali bagi memimpin kaum  mukminin.  Katalah "Kami mendengar, kami  taat,  keampunan kamu  wahai  Tuhan  dipinta dan kepada  kamulah  tempat  kembali" (Surah  al-Baqarah  2: 285). Dan katakanlah  "Segala  puji  bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak  akan  mendapat  petunjuk kalau Allah  tidak  memberi  kamipetunjuk" (Surah al-A`raf 7: 43).




       Wahai manusia! Sesungguhnya kelebihan `Ali b. Abi Talib A.S adalah  di  sisi Allah A.W.  Sesungguhnya  Dia  telah  menurunkan kelebihannya di dalam al-Qur'an tidak terhitung banyaknya di satu peringkat.  Lantaran itu siapa di kalangan kalian yang  mengetahuinya, hendaklah mereka membenarkannya. Wahai  manusia!  Siapa yang mentaati Allah, Rasul-Nya, `Ali dan  para imam yang aku telah menyebutkan nama-nama mereka  kesemuanya, maka ia akan mendapat kejayaan yang besar[50]. Wahai manusia! Orang yang terdahulu memberi bai`ah  kepada-nya,  mematuhinya,  menerimanya sebagai pemimpin  mukminin,  maka merekalah orang yang mendapat kejayaan di syurga. Wahai  manusia!  Katakanlah bahawa Allah tidak akan  meredai kata-kata penentangan kalian. Sekiranya kalian mengingkari malah jika seluruh penghuni bumi ini mengingkarinya,tidak akan sekali-kali memberi sebarang kemudaratan kepada Allah S.W.T.




       Seterusnya al-Tabarsi menulis: Lalu orang ramai menyeru Rasulullah (s.`a.w.) sambil berkata: Kami  mendengar  dan kami mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya dengan hati kami, lidah kami dan  tangan kami. Mereka datang berpusu-pusu  kepada  Rasulullah (s.`a.w.)  dan  `Ali  a.s. Lalu mereka  berjabat  tangan  dengan Rasulullah (s.`a.w.) dan `Ali a.s. Orang  pertama berjabat tangan dengan  Rasulullah  (s.`a.w.) ialah  Abu  Bakr, kedua `Umar, ketiga `Uthman, keempat Talhah, kelima  Zubair, orang-orang Muhajirin, Ansar  dan  orang ramai menurut martabat mereka sehingga solat Maghrib dan Isyak  dilakukan  secara  jamak dan berjamaah. Mereka meneruskan  bai`ah  dan berjabat tangan sebanyak tiga kali. Rasulullah (s.`a.w.) bersabda,  setiap kali mereka melakukan bai`ah kepadanya;Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kelebihan kepada kami di  atas  sekalian alam[51].


Ulasan


       Konsep Imamah (kepemimpinan) yang ditekankan oleh Rasulullah (s.`a.w.) di dalam khutbah Ghadir Khum adalah melalui nas  Allah  S.W.T. dan bukan melalui perlantikan atau pemilihan[52], ia memusatkan kepada dua belas imam yang didahului oleh Amir al-Mukminin  `Ali bin Abi Talib dan sebelas anak cucunya di mana mereka adalah dari keturunan Rasulullah (s.`a.w.) sendiri melalui Fatimah  a.s. Lantaran itu beliau  (s.`a.w.)  bersabda  "Zuriat  setiap  nabi  adalah dari salbinya, tetapi zuriatku dari salbi `Ali"[53]. Lantaran itu beliau bersabda "Sesungguhnya Allah  telah melantik  `Ali  untuk  kalian  sebagai  wali,  imam  yang   wajib  ditaati"[54]. Kemudian  beliau bersabda "Akulah Sirat al-Mustaqim di mana Dia memerintahkan kalian mengikutinya.  Kemudian `Ali  selepasku. Kemudian anak cucuku dari salbinya, para imam yang menjadi petunjuk kepada kebenaran[55].




       Sebenarnya konsep dua belas imam selepas kewafatan Rasulullah  (s.`a.w.)  telah diriwayatkan tidak terkira  banyaknya  oleh para  ulama  Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka  di  samping para  ulama Syi`ah.Umpamanya al-Bukhari telah meriwayatkan di dalam  Sahihnya[56] dengan perkataan "dua belas  amir".




       Al-Bukhari meriwayatkannya  daripada Jabir b. Samurah bahawa Nabi  (s.`a.w.) bersabda "selepasku dua belas amir". Muslim di dalam Sahih[57] misalnya meriwayatkannya daripada Jabir b. Samurah  sehingga dia berkata: Aku bersama bapaku  berjumpa  Nabi (s.`a.w.). Aku dengar Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Urusan ini tidak akan selesai hingga berlaku kepada mereka dua belas khalifah"[58] . Al-Turmudhi di dalam Sunannya  meriwayatkannya dengan  lafaz amir bukan khalifah. Ahmad b. Hanbal di dalam Musnadnya[59] meriwayatkannya daripada Sya`bi daripada Masruq berkata: Kami berada di sisi `Abd Allah b. Mas`ud yang sedang memperdengarkan bacaan al-Qur'an kepada  kami. Tiba-tiba  seorang  lelaki  bertanya kepadanya: Wahai  Abu  `Abd Rahman! Adakah anda telah bertanya Rasulullah(s.`a.w.) berapakah umat ini memiliki khalifah?  `Abd Allah b.Mas`ud  menjawab: Tiada  seorangpun  bertanya  kepadaku  mengenainya  semenjak  aku datang ke Iraq sebelum anda.  Kemudian dia berkata: Ya!




       Sesungguhnya kami telah bertanya kepada Rasulullah (s.`a.w.)  mengenainya. Maka  beliau  (s.`a.w.) bersabda:  "Dua  belas  (Khalifah) seperti bilangan naqib Bani Isra'il". Al-Muttaqi  al-Hindi di dalam Kanz  al-`Ummal[60] meriwayatkan bahawa Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Selepasku akan diikuti oleh  dua belas khalifah". Al-Qunduzi  al-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah[61] meriwayatkan  bahawa  Jabir  b.  `Abdullah  berkata:  Rasulullah (s.`a.w.)  bersabda: "Wahai Jabir!  Sesungguhnya para wasiku  dan para  imam  selepasku  pertamanya `Ali  kemudian  Hasan kemudian Husain kemudian `Ali b.Husain. Kemudian Muhammad b. `Ali  al-Baqir. Anda akan menemuinya wahai Jabir sekiranya anda  mendapatinya,  maka  sampailah salamku kepadanya. Kemudian  Ja`far  b. Muhammad,  kemudian Musa b. Ja`far, kemudian `Ali b. Musa, kemudian Muhammad b. `Ali, kemudian `Ali b. Muhammad, kemudian  Hasan  b.  `Ali.  Kemudian al-Qa'im namanya sama dengan namaku dan  kunyahnya  adalah  kunyahku, anak Hasan b. `Ali.   Dengan  beliaulah Allah akan "membuka" seluruh pelusuk bumi di Timur dan di  Barat, dialah  yang ghaib dari penglihatan. Tidak akan  percaya  kepada imamahnya  melainkan  orang yang diuji hatinya oleh  Allah  SWT".




       Jabir berkata: Wahai Rasulullah! Adakah orang ramai boleh mengambil  faedah darinya ketika ghaibnya? Beliau menjawab: "Ya!  Demi yang mengutuskan aku dengan kenabian sesungguhnya mereka  mengambil  cahaya daripada wilayahnya ketika ghaibnya,  seperti  orang ramai  mengambil  faedah dari matahari sekalipun ianya ditutupi awan".   Ini adalah di antara rahsia-rahsia ilmu Allah yang  tersembunyi.  Justeru itu rahsiakanlah mengenainya melainkan  kepada orang yang ahli.




       Demikianlah dikemukakan secara ringkas konsep imam dua belas menurut  riwayat  para  ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-bukumereka di mana ia adalah sejajar dengan khutbah Ghadir Khum. Memang tidak dapat dinafikan bahawa `Ali a.s sendiri telah mengemukakan khutbah atau hadis Ghadir Khum sebagai hujah kekhilafahan beliau selepas Rasulullah (s.`a.w.). Al-Khawarizmi di dalam Manaqibnya[62]meriwayatkan bahawa Amir al-Mukminin `Ali telah menuntut jawatan khalifah dengan  mengemukakan beberapa soalan munasyadah kepada Ahli Syura pada tahun 23 H.




       Beliau bertanya: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah di kalangan kalian di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepada-nya: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah maulanya Wahai Tuhan, hormatilah orang yang mewalikannya, tentangilah orang yang bermusuhan dengannya.  Tolonglah orang yang  menolong-nya.  Orang  yang hadir hendaklah menyampaikannya  kepada  orang yang tidak hadir selain daripadaku?   Mereka menjawab: Tidak  ada orang lain selain daripada anda.




       Sulaim  b. Qais al-Hilali seorang tabi` meriwayatkan  bahawa beliau  melihat Amir al-Mukminin `Ali a.s di Masjid Madinah di zaman pemerintahan Khalifah `Uthman b. `Affan dan dua ratus lebih para sahabat sedang bercakap-cakap dan bermuzakarah tentang  ilmu  dan  kezuhudan.Mereka menyebut kelebihan Quraisy tentang orang yang  pertama  memeluk  Islam dan berhijrah dengan  sabda-sabda Rasulullah  (s.`a.w.) tentang mereka. `Ali hanya  berdiam diri kemudian beliau bertanya kepada mereka: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah kalian mengetahui tentang sebab turunnya "Wahai orang-orang  yang  beriman!  Taatlah kamu kepada  Allah,  taat  kamu kepada Rasulullah dan Uli al-Amr daripada kamu" (Surah  al-Nisa' 4:59).




       Orang ramai menjawab: Wahai Rasulullah adakah ia  diturunkan secara  khusus  untuk sebahagian mukminin?  Atau ia  umum  kepada semua  mukminin? Justeru itu Allah  A.W  memerintahkan  nabi-Nya supaya memberitahu mereka tentang Uli al-Amr mereka, dan  menafsirkan  kepada mereka tentang al-Wilayah sebagaimana beliau  menafsirkan  kepada  mereka  solat mereka, zakat  mereka  dan  haji mereka. Dan   beliaulah  yang  melantik  aku   untuk   menjadi imam atau khalifah kepada mereka selepas Ghadir Khum. Kemudian beliau memberi  khutbahnya dan bersabda: "Wahai  manusia! Sesungguhnya Allah  telah  mengutus aku dengan satu misi  yang  mencemaskan kerana aku menyangka orang ramai akan membohongiku.




       Justeru  itu aku berjanji pada diriku sendiri supaya aku tidak menyampaikannya atau Dia menyeksaku[63]. Kemudian beliau memerintahku supaya solat dilakukan secara jamak dan berjamaah. Kemudian  beliau  berkhutbah: Wahai  manusia  adakah  kalian mengetahui sesungguhnya Allah adalah maulaku, aku maula  mukminin dan  aku adalah lebih aula daripada diri mereka sendiri?   Mereka menjawab: Ya! wahai Rasulullah. Dia bersabda: Berdirilah  wahai  `Ali,  maka  aku (`Ali)pun berdiri.Kemudian  beliau  bersabda: Siapa  yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali  adalah  maulanya. Wahai  Tuhanku! Hormatilah orang yang  mewalikannya.  Tentang orang yang bermusuhan dengannya. Maka Salman berdiri dan bertanya: Wahai Rasulullah taat kepada Uli al-Amr seperti siapa? Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Ketaatan kepada Uli al-Amr sepertilah mentaatiku.   Kemudian  turun ayat "Hari ini  aku  menyempurnaka  agama kamu".




       Maka Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Allah akbar, dengan ini sempurnalah kenabianku dan lengkaplah agama Allah dengan  wilayah `Ali selepasku. Lantas Abu Bakr dan `Umar bertanya: Adakah  ayat tersebut khusus untuk `Ali `a.s?  Beliau menjawab: Ya, ianya untuk `Ali dan para wasiku sehinggalah hari kiamat. Abu Bakr dan `Umar meminta  penjelasan lagi. Wahai Rasulullah, terangkanlah kepada kami.`Ali  adalah  saudaraku,  wazirku,  pewarisku,   wasiku, khalifahku  pada umatku dan wali setiap mukmin selepasku. 




       Kemudian  anak  lelakiku  Hasan, kemudian  Husain  kemudian  sembilan daripada  anak  lelakiku  Husain satu  selepas  satu.   Al-Qur'an bersama  mereka dan mereka bersama al-Qur'an.  Mereka tidak  akan berpisah  daripadanya  dan ia (al-Qur'an) tidak  akan  memisahkan mereka sehingga mereka dikembalikan kepadaku di Haud.  Lalu  para sahabat menjawab: Wahai Tuhanku sesungguhnya kami telah mendengar demikian itu dan kami naik saksi di atas apa yang diucapkan  oleh anda (`Ali)[64].




       Ali  a.s juga telah mengulangi khutbah atau hadis Nabi di Ghadir  Khum   semasa beliau mula menjadi khalifah di Rahbah di Kufah pada tahun35 H. Ahmad b. Hanbal meriwayatkan bahawa `Ali a.s berkata: Aku menyeru kerana Allah bagi setiap orang yang mendengar  Rasulullah (s.`a.w.) bersabda di hari al-Ghadir supaya berdiri dan  memper saksikan  apa yang telah didengarinya. Dan tidak  boleh  berdiri melainkan orang yang melihatnya (Nabi s.`a.w.) dengan matanya dan mendengar dengan kedua-dua telinganya. Lantas tiga puluh sahabat berdiri termasuk dua belas orang yang telah mengambil bahagian di dalam  peperangan Badar.  Mereka telah menyaksikan bahawa  beliau (s.`a.w.)  telah  memegang `Ali dengan  tangannya  dan  bersabda kepada orang ramai,di antaranya: Tidakkah anda mengetahui bahawa sesungguhnya  aku  lebih  aula dengan  mukminin  daripada  mereka sendiri?




       Mereka menjawab: Ya.Kemudian beliau (s.`a.w.) bersabda  lagi:  Siapa yang telah menjadikan aku  maulanya, maka  `Ali adalah maulanya[65].




       Adalah  diriwayatkan  bahawa terdapat para  sahabat  seperti Anas b. Malik dan lain-lain yang enggan memberi penyaksian tersebut di mana `Ali a.s berkata kepadanya: Kenapa anda tidak berdiri  bersama  sahabat-sahabat Rasulullah (s.`a.w.) yang lain untuk memberi penyaksian kepada apa yang telah anda dengari daripadanya di hari itu?
Dia menjawab: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah tua dan  pelupa pula.  Lantas `Ali a.s berkata: Jika anda  berbohong, nescaya  Allah  akan mengenakan anda  dengan  penyakit  keputihan kulit yang tidak dapat ditutupi serban. Dia tetap dengan pendiriannya sehingga mukanya dihinggapi keputihan kanser. Selepas itu dia berkata: Aku ditimpa penyakit ini disebabkan berkat doa hamba yang salih[66] .




 [1] Lihat umpamanya al-Khatib, Tarikh Baghdad, Baghdad 1950, VIII,
hlm. 290;  al-Khawarizmi, al-Manaqib,  Cairo 1340 H, hlm. 130;
al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', Cairo 1963, hlm. 114; Ibn Hajr,
al-Isabah,  Baghdad 1345 H, III,  hlm. 408;  Ibn al-Athir, Usd
al-Ghabah, 1349 H, III, hlm. 307 dan lain-lain.


[2] Maksud Surah al-Saba' 34 : 13  "Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang bersyukur".


[3] Lihat umpamanya Surah Ali `Imran, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Munafikin, al-Hadid, al-Mujadalah dan al-Hasyr.


[4] Al-`Allamah al-Tabarsi, al-Ihtijaj, Beirut 1403 H, I, hlm. 59.


[5] Ibid.


[6] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 1301;  al-Khatib, Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 290;
Ibn Hajr,  al-Isabah, III, hlm. 408;  al- Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 114.


[7] Untuk mengeahui konsep Imamah menurut Ahl al-Sunnah, lihat buku  Konsep Imamah dankhilafah Serta implikasinya menurut Ahl al-Sunnah wa l-Jama’ah, Hizbi, Shah Alam, 1993.


[8] Lihat Antologi Pemikiran Islam, Hizbi, Shah Alam , 1993, hlm. 206-239.


[9] Al-`Allamah al-Tabarsi, al-Ihtijaj,  I, hlm. 55-56,58-67.


[10] Lihat umpamanya al-Dhahabi, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad 1958,I, hlm. 3;  al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, Baghdad 1958,
V, hlm. 237.


[11] Al-Wahidi,  Asbab al-Nuzul,  Cairo 1957, hlm. 150;  al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,  Beirut 1960, II, hlm. 298;  Fakhr  al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Baghdad 1963, IV, hlm. 637.




[12] Al-Bukhari, Sahih, Cairo 1348 H, III, hlm. 54 dalam "Kitab al-Maghazi" bab peperangan Tabuk; Muslim, Sahih, Cairo 1311 H, II ,hlm. 236 dan 237  dalam bab  "Fadl al-Sahabah",  bab Fadl `Ali A.S.; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 98, 118 dan 119; Ibn Hajr al-`Asqalani, al-Isabah, II, hlm. 507.


[13] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 293.


[14] Al-Wahidi,  Asbab al-Nuzul, hlm. 150;  al-Suyuti,  al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, Cairo 1958, V, hlm. 172;  al-Qunduzi al-Hanafi,  Yanabi` al-Mawaddah,  Tehran 1385 H, hlm. 128.


[15] Abu Nu`aim  alAsfahani,  Hilyah al-Auliya', I,  hlm. 65;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 92.


[16] Al-Qunduzi al-Hanafi,  Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 91.Ahmad b.Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 102; al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm. 5.


[17] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 251; al-Khawarizmi, al-Manaqib,  hlm. 43;  Ibn Hajr,  Tahdhib  al-Tahdhib, Hyderabad 1327 H, I, hlm. 343.


[18] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 91;  al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 128.


[19] Ahmad b Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 102; al-Muttaqi al-Hindi , Kanz al-`Ummal,  VI, hlm. 159;  Ibn Hajr, Tahdhib  al-Tahdhib, V , hlm. 379.




[20] Al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, VI, hlm. 172;  al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298,al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120;  al-Khatib, Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 290; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, Tehran 1404 H, hlm. 113.


[21] Al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, VI, hlm. 172. al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-Khatib, Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 290;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 113.


[22] Al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, Damascus 1958,Hlm.143; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 251; Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 154.


[23] Al-Tabari,  Tarikh,  Cairo 1956, II,hlm. 216;  Abu l-Fida, Tarikh, Cairo 1957, I, hlm. 116.


[24] Maksud "kekal" (al-Khulud)  adalah sama dengan Surah al-Nisa' 4: 14  di mana al-Baidawi menyatakan al-Khulud adalah al-Makth al-Tawil, bukan kekal selama-lamanya,  Anwar al-Tanzil  wa Asrar al-Ta'wil, Cairo t.t., I, hlm. 150.


[25] Al-Hakim,  al-Mustadrak, II,  hlm. 343;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 90-93.


[26] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 17; al-Dhahabi, Mizan al-I`ti-dal, Cairo 1348 H, III,hlm. 311;  Kifayah al-Talib, hlm. 139-141.


[27] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 56.


[28] Al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm. 129; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, II, hlm. 102; Ibn Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, V, hlm.379; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm.115-117.


[29] Al-Khawarizmi,al-Manaqib,hlm. 87;al-Qunduzi al-Hanafi,Yanabi` al-Mawaddah, hlm.10,486;al-Khawarizmi, Maqtal al- Husain, Baghdad 1343 H, hlm. 50.


[30] Maksud Surah al-Qasas 28: 41


[31] Al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, hlm. 144; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 253.


[32] Al-Tabari, Tarikh ,II, hlm. 216; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 128.


[33] Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, Cairo 1971 M, hlm. 79;  Abu Nu`aim al-Isfahani, Hilyah al-Auliya', Cairo 1956 M, I,  hlm.64


[34] Maksud Surah az-Zumar 39: 73.


[35] Maksud Surah al-Ghafir  40: 40


[36] Maksud Surah al-Insyiqaq 84: 12.


[37] Maksud Surah al-Furqan 25: 12


[38] Al-Nasa'i, al-Khasais, Damascus 1978, hlm. 70;  Abu Nu`aim al-Isfahani, Hilyah al-Auliya’ , IV, hlm. 381; al-Kanji al-Syafi`I , Kifayah al-Talib, hlm. 233.


[39] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 44-444.


[40] Ibn `Abd al-Birr, al-Isti`ab,  Beirut 1972, II, hlm. 639 ,Ibn Sa`d, Tabaqat, IV, hlm. 305.


[41] Al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm. 126;  Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo 1959, VII, hlm. 358.


[42] Al-Muttaqi al-Hindi,  Kanz al-`Ummal,  V, hlm. 241;al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 48;  Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas,Tunis 1972, hlm. 78; Ibn Hajr, al-Isabah, IV, hlm.270.


[43] Al-Khatib, Tarikh Baghdad, II, hlm. 377.


[44] Abu Nu`aim  al-Isfahani,  Hilyah  al-Auliya',  III,  hlm. 201; Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 101.


[45] Tafsiran al-Qur'an menurut para ulama ahl  al-Sunnah dan Syi`ah terutamanya mengenai Surah al-Ahzab 33:33; Surah  al-Maidah 5:55 dan lain-lain.


[46] Al-Tabari, Tarikh, II, hlm. 197;  al-Nasai’, al-Khasa'is, hlm.77-78;  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,  Tehran 1404 H, hlm. 274.


[47] Muslim, Sahih, hlm. 238; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm.17, 26.


[48] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 441-444.


[49] Ibid.


[50] Al-Kanji al-Syafi`I, Kifayah al-Talib, hlm. 230-266.


[51] Al-Tabari, Kitab al-Wilayah, Cairo 1968, hlm. 18-20.


[52] Al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal , Cairo, 1960, hlm. 103.


[53] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah , hlm. 56 dan lain-lain .


[54] Sulaim  b.  Qais al-Hilali, Kitab Sulaim, Beirut 1980, hlm. 120.


[55] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm.91. Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, 11, 102


[56] Al-Bukhari, Sahih, IV,hlm. 120 “kitab al-Ahkam”.


[57] Muslim, Sahih, II, hlm. 79.


[58] Al-Turmudhi ,  al-Sunan , Cairo 1959, II, hlm. 110


[59] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 598.


[60] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal , VI, hlm. 100.


[61] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 441-444,bab  95.


[62] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 217.


[63] Sulaim b. Qais al-Hilali,  Kitab Sulaim , hlm.111-118.


[64] Ibid


[65] Ahmad b.Hanbal, al-Musnad , IV, hlm. 370; Burhan al-Din al-Halabi, Sirah al-Halabiah , Cairo 1340 H, III, hlm. 302; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 65 dan lain-lain


[66] Ibn Qutaibah,  Kitab al-Ma`arif ,  Ba<>

No comments:

Post a Comment