Wednesday, July 6, 2011

Orang Yang Pertama Memberi Baiah Kepada Abu Bakr.




541. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim Ibn ‘Umran al-Yamaani, daripada Sulaim bin Qais al- Hilali berkata: Aku telah mendengar Salman al-Farisi berkata: Apabila Rasulullah s.a.w telah mati dan orang ramai telah melakukan apa yang mereka telah melakukannya, maka Abu Bakr, Umar dan Abu ‘Ubaidah al-Jarrah telah bertengkar dengan golongan Ansar, lalu mereka bertengkar dengan hujah Ali a.s. Mereka berkata: Wahai golongan Ansar, Quraisy lebih berhak dengan urusan ini daripada kamu, kerana Rasulullah (s.a.w) adalah daripada Quraisy dan Muhajirin adalah daripada mereka.

Sesungguhnya Allah telah memulakan dengan mereka di dalam Kitab-Nya dan melebihkan mereka. Rasulullah (s.a.w) telah bersabda: Para imam itu adalah daripada Quraisy. Salman r.a berkata: Maka aku telah mendatangi Ali a.s ketika itu beliau a.s sedang memandikan Rasulullah (s.a.w), lalu aku memberitahunya mengenai apa yang dilakukan oleh orang ramai dan aku berkata: Sesungguhnya Abu Bakr sekarang berada di atas mimbar Rasulullah (s.a.w), demi Allah, beliau tidak reda mereka memberi baiah kepadanya dengan satu tangan. Sesungguhnya mereka memberi baiah kepadanya dengan dua tangan; kanan dan kirinya. Maka Ali a.s telah berkata kepadaku: Wahai Salman, adakah anda mengetahui siapakah orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya di atas mimbar Rasulullah (s.a.w)?

Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya, melainkan aku telah melihat di perkarangan Bani Saa‘idah ketika golongan Ansar bertengkar bahawa orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya adalah Basyir bin Sa‘d dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah, kemudian ‘Umar, kemudian Saalim. Ali a.s berkata: Aku bukanlah bertanya anda mengenai ini, tetapi tahukah anda bahawa orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya ketika beliau menaiki mimbar Rasulullah (s.a.w)?

Aku berkata: Tidak, tetapi aku telah melihat seorang syeikh tua yang bertongkat, di antara dua matanya kesan kehitaman sujud, adalah orang pertama yang telah menaiki kepadanya di dalam keadaan menangis sambil berkata: Segala puji bagi Allah yang belum mematiku di dunia sehingga aku melihat anda pada tempat ini, hulurkan tangan anda, lalu beliau (Abu Bakr) mengulurkan tangannya, kemudian dia memberi baiah kepadanya. Kemudian diapun turun, lalu keluar dari masjid, Ali a.s berkata: Adakah anda mengetahui siapakah dia? Aku berkata: Tidak, kata-katanya menyakitiku seolah-olah beliau a.s bergembira dengan kematian Nabi s.a.w, lalu beliau a.s berkata: Itu adalah Iblis yang terkutuk (la‘ana-hu llah). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahuku bahawa Iblis dan para sahabatnya telah menyaksikan perlantikan aku oleh Rasulullah s.a.w kepada semua manusia di Ghadir Khum dengan perintah Allah. Rasulullah s.a.w telah memberitahu mereka bahawa aku adalah orang yang paling layak (aula) dengan mereka daripada mereka sendiri dan baginda s.a.w telah memerintahkan mereka supaya orang yang hadir memberitahu orang yang tidak hadir, maka Iblis dan para sahabatnya berkata: Sesungguhnya umat ini umat yang dirahmati dan terpelihara. Justeru tidak ada jalan bagi kami ke atas mereka.

Sesungguhnya mereka telah mengetahui imam mereka selepas nabi mereka. Maka Iblis (la‘anahu llahu) telah pergi dengan dukacita dan Rasulullah (s.a.w) telah memberitahuku bahawa jika baginda s.a.w mati, sesungguhnya manusia akan memberi baiah kepada Abu Bakr di perkarangan Bani Saa‘idah selepas mereka bertengkar. Kemudian mereka akan mendatangi masjid, kemudian orang pertama yang akan memberi baiah kepadanya di atas mimbarku adalah Iblis la‘anahu llahu di dalam bentuk seorang lelaki tua (syeikh) yang mempunyai tanda kehitaman sujud berkata sedemikian, kemudian dia akan keluar, lalu dia mengumpulkan syaitan-syaitannya dan iblisiblisnya mendengus dan berundur ke belakang seraya berkata: Tidak, kamu telah menyangka bahawa aku tidak ada jalan ke atas mereka, maka bagaimana kamu telah melihat apa yang aku telah lakukan kepada mereka sehingga mereka meninggalkan perintah Allah dan ketaatan kepada-Nya serta apa yang diperintahkan oleh Rasulullah (s.a.w).

(RAUDHAT AL KAFI)

No comments:

Post a Comment