Monday, July 18, 2011

SEKILAS PANDANG TENTANG MLM (MULTI LEVEL MARKETING)


1.     Tempat dan Tanggal lahir MLM

       Dunia semakin maju, teknologi semakin canggih dan sistem perdagangan pun semakin banyak, semarak dan beraneka ragam. Orang kafir memang masih menguasai ekonomi, perniagaan dan perdagangan dunia. Namun umat Islam masih jauh ketinggalan, bahkan kelihatan semakin terdesak dan tidak dapat bertindak lebih. Apalagi mengamalkan hukum-hukum Islam. Kata orang: “Cari duit yang haram sahaja susah, apalagi yang halal”.

Sejak beberapa tahun ini, mu’amalah MLM (Multi Level Marketing) semakin rancak dan diminati ramai orang, lantaran perdagangan dan mu’amalah dengan sistem MLM ini menjanjikan kekayaan yang melimpah ruah tanpa memerlukan banyak modal dan tidak begitu sulit. Betulkah yang mereka harapkan itu terjadi? Jaringannya tersebar meluas di seluruh dunia, tidak terkecuali di negara kita. Mungkin jika kita bertanya kepada orang, apakah itu MLM?  Sudah ramai yang tahu dan dapat memberikan jawapannya dengan mendalam.  Tetapi jika kita bertanya, apakah hukum sebenarnya mu’amalah MLM itu? Mungkin tidak ramai yang mampu atau bersedia menjawabnya, apalagi menjawabnya dengan jujur dan sesuai dengan hukum Islam.  

Mu’amalah MLM ini (sesuai apa yang saya pernah  baca) mulai lahir di muka bumi ini sejak lebih dari sepuluh tahun yang lalu. Surat khabar al-Quds, edisi 2723 menulis bahawa MLM ini telah lahir di Moskow pada tahun 1910 M dan di Perancis pada tahun 1920 M dengan nama “Bahman” dan “Bola salji”. Ketika itu, pesanan promosi yang mereka sampaikan ialah: “Bagaimana Anda boleh meraih wang sebanyak 30.000 Dolar A.s. tanpa bersusah payah”. 

Pada tahun 1994 para penyembah wang itu mendirikan sebuah perusahaan MLM di kota Medona, Itali dengan nama “Fyujera Strategi” (?) di Dewan Perniagaan dan Industri  negara tersebut. Selang beberapa waktu, mereka mengganti namanya menjadi “Bintakona” (?) yang terkenal hingga sekarang. Empat tahun kemudian, iaitu pada tahun 1998 M, Inggeris mengasaskan perusahaan MLM dengan nama “Quest International”. Selang beberapa lama kemudian mereka mengganti namanya menjadi: “Gold Quest”. Pada tahun 2000 M, mu’amalah batil ini lahir di Belgium dan diberi nama: “7 Keping Permata”. Dan pada tahun yang sama, iaitu tahun 2000 M, anak cucu mu’amalah batil ini pun lahir di Iran dan menyebar ke beberapa negara Asia termasuk Nusantara. 

Memang, ekonomi sebuah negara itu dapat dijadikan sebagai ukuran atau penilaian sihat atau sakitnya rakyat negara tersebut. Kebejatan ekonomi, amalan riba, jumlah jenayah yang semakin meningkat, kefakiran yang semakin memuncak, dan seluruh masalah yang selalu dibimbangi oleh setiap orang muncul lantaran kejatuhan ekonomi. Pakar-pakar ekonomi juga mengakui masalah ini dengan tegas.

Dalam dekad terakhir ini, dengan komunikasi, jaringan internet, dan teknologi-teknologi yang semakin meluas, kita menyaksikan banyak kesempatan untuk menuai pendapatan. Malangnya, kesempatan-kesempatan ini kadang-kadang telah menimbulkan banyak masalah di dalam kehidupan masyarakat majmuk. Perniagaan elektronik adalah sebuah kosa kata yang sudah kita dengar dalam kehidupan sehari-hari. Perniagaan ini telah memudahkan urusan dagangan kita dan mempermudah hubungan kita di seluruh dunia. Di samping itu, fenomena ini juga banyak mewujudkan perubahan dalam kehidupan seharian. Salah satu perubahan ini adalah kelahiran ‘Network Marketing’. Kosa kata ini sudah tentu sangat berbeza dengan ‘electronik marketing’.

2. Network Marketing

Network Marketing dicetuskan oleh seorang berbangsa Amerika pada tahun 1921 M. Dalam dunia akademik Amerika zaman itu, penemuan ini dikenal dengan naman "Ponzi Plan" atau Pyramid Plan". Dalam dunia marketing pula, penemuan ini dikenal dengan sebutan "Multi Level Marketing (MLM)".  Para pendukung MLM meyakini, metodologi ini adalah sebuah cita-cita lama yang (sekurang-kurangnya) akan dapat menghubungkan pengilang dengan pelanggan tanpa perantara. Akan tetapi, tidak lama kemudian, ada yang mengambil kesempatan melakukan penipuan-penipuan makro dengan memanfaatkan metodologi penemuan ini. Akhirnya, cara ini pun ditolak oleh masyarakat.

Akan tetapi, setelah penemuan jaringan-jaringan antarabangasa -seperti internet-, para penjenayah dan penipu profesional mula beraksi dengan ruang lingkup yang lebih luas. Aksi ini akhirnya dikenal dengan sebutan "jaringan penipuan". Sebagai sebuah contoh, pada tanggal 22 Mac 2000, di daerah Cleveland yang terletak di daerah paling utara Ohio, sebuah pendakwaan telah ditujukan kepada 4 orang atas tuduhan network marketing. 4 orang ini akhirnya harus meringkuk dalam penjara. Mereka telah berhasil mengaut 36 juta dolar dari poket masyarakat. Akan tetapi, Network Marketing sebagai sebuah metodologi mengikut perlembagaan dan tidak melanggar undang-undang, masih tetap hidup dan aktif di berbagai belahan dunia. Penyalahgunaan yang telah dilakukan oleh sebahagian individu dari cara ini tidak boleh dijadikan alasan bahawa kaedah ini menyalahi undang-undang atau berbau penipuan.  Menurut penilaian ramai pakar, Network Marketing banyak memiliki perbezaan dengan Pyramid Plan.
Sebahagian perbezaan ini adalah sebagai berikut:

1.   Dalam Network Marketing, untuk menjadi anggota jaringan ini, kita tidak dipaksa untuk membeli barang atau perkhidmatan dari sebuah perusahaan. Jumlah wang yang diambil sebagai hak keanggotaan juga tidak terlalu besar. Akan tetapi, dalam Pyramid Plan (kita sebut saja MLM), untuk menjadi ahli penggiat marketing, kita harus mengeluarkan wang dalam jumlah besar dengan alasan membeli barang atau perkhidmatan.

2.   Dalam Network Marketing, barang dan perkhidmatan yang diperdagangkan adalah barang dan khidmat yang sudah banyak diketahui oleh pelanggan dan harga yang ditawarkan oleh perusahaan tidak jauh berbeza dengan harga pasaran. Sedangkan dalam MLM, para ahli sama sekali tidak memerlukan barang dan khidmat ini. Mereka membelinya hanya dalam rangka masuk menjadi ahli dan mencari orang lain untuk menjadi ahli di bawah mereka (Down line). Dengan ini, mereka akan dapat memanfaatkan pelanggan yang telah disediakan oleh perusahaan. Sudah dapat dipastikan, mereka akan membeli barang dan khidmat ini dengan harga sangat tinggi.

3.  Keuntungan perusahaan-perusahaan yang memperolehi keuntungan secara sah dalam Network Marketing hanya didapati melalui cara penjualan barang dan khidmat yang ditawarkan.

Seperti yang pernah disentuh di atas, jenis barang dan khidmat yang ditawarkan dalam dua sistem marketing ini berbeza-beza. Barang-barang yang ditawarkan dalam Network Marketing memiliki pengganti persaingan. Ertinya, barang dan khidmat ini banyak boleh ditemukan di pasaran dan harganya mampu dimiliki oleh para pembeli. Para perancang MLM sentiasa mengubahsuai dan memperkenalkan barang dan khidmat baru bersama kriteria yang hanya dimiliki oleh barang dan khidmat ini sahaja. Barang dan khidmat ini tidak pernah diminta oleh para pembeli dan juga tidak memiliki harga dan kualiti yang pasti. Untuk itu, para ahli membelinya tidak untuk dipakai. Mereka hanya membelinya dalam rangka memperoleh mata sebagai manfaat mengajak orang lain menjadi ahli.

Setiap negara memiliki pandangan tersendiri dalam menilai amalan Network Marketing. Sebagai contoh, Kementerian Perdagangan Amerika hingga kini masih belum dapat memastikan had perundangan dan tidak sahnya Network Marketing ini. Negara ini hanya mengingatkan warganya, jika memasuki atau memperkenalkan orang lain untuk memasuki sebuah sistem dapat menghasilkan keuntungan yang lebih banyak bagi mereka, hendaknya mereka menghindari hal ini.

Pada tahun 1997, lantaran sistem MLM yang telah berhasil menarik banyak ahli mengalami kehancuran, Albania mengalami krisis berat. Protes datang dari seluruh penjuru negara dan meminta pemerintahan mengundurkan diri. Penyakit MLM pernah membengkak pada tahun 2000 di Afrika Selatan (Perusahaan Mirricel) dan pada tahun 2001 di Ireland Utara. Penyakit ini berjaya melumpuhkan kitaran perdagangan kedua negara ini. Iran juga termasuk negara-negara yang pada tahun-tahun terakhir ini dirasuk oleh hantu MLM dan Network Marketing.

3. MLM dan Network Marketing di Iran

Dalam beberapa tahun terakhir ini, sistem MLM dan Network Marketing merasuk tubuh perekonomian Iran melalui kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh beberapa perusahaan besar seperti Kimberly Solytire, Prame Bank, Goldquest, dan My 7 Diamond. Perusahaan-perusahaan ini satu demi satu gagal, dan dalam beberapa kes, mereka yang merasa tertipu mengadukan masalah ini ke pengadilan.

Perusahaan-perusahaan ini berhasil merebut perhatian mereka yang ingin memiliki pekerjaan dengan melontarkan sebuah slogan yang sangat menawan. Berdasarkan penelitian, Iran termasuk salah satu negara yang menanggapi fenomena ini dengan positif.

Sebagai contoh, My 7 Dyamond (M7D) memasuki arena pasaran dengan slogan menawan ini: M7D memiliki projek tak dapat ditandingi untuk memiliki permata; 28 keping permata + kesempatan untuk mengaut keuntungan besar.

Ini adalah sebuah peluang kaya keuntungan dan sangat mudah, yang dapat menghadiahkan permata kepada Anda. Yang dapat mewujudkan kesempatan ini adalah bahawa Anda harus mengejar CRP (bonus pembeli). Semenjak anda mulai mencari CRP ini, sebenarnya Anda telah memulai mengumpulkan RV (resit bonus). Setelah Anda berhasil memperolehinya, anda dapat menagih permata-pertama. Selain itu, anda juga akan memperoleh hak komision. Kami dapat membantu anda untuk memperolehi survival dalam kewangan.

Seluruh perusahaan ini menekankan bahawa memilih sistem ini adalah sebuah perniagaan dan persahabatan dalam bidang kebudayaan. Mereka sentiasa berpesan kepada orang yang baru bergabung supaya jangan tergesa-gesa dalam mempelajari sistem ini dan menjelaskannya kepada orang lain. Mereka dapat melakukan perkongsian maklumat kepada orang lain setelah berjaya mempelajarinya dengan sempurna. Kepada para ahli yang menjadi ranting ahli yang lain juga mengingatkan bahawa ketika aktiviti yang pertama kali, mungkin mereka hanya dapat mengaut keuntungan yang tak seberapa. Akan tetapi, setelah beberapa waktu kemudian, asalkan mahu aktif bergerak, mereka akan mampu mengumpulkan keuntungan yang layak diperhitungkan.

Lebih menarik lagi, perusahaan M7D pernah mengumumkan pembentukan perusahaan ini dengan nombor izin 1579 sebagai perusahaan terbatas di daerah Kish. Perusahaan ini memulai aktiviti dengan dana sebesar 4 bilion rial dan memperoleh izin melakukan beberapa jenis perniagaan seperti perniagaan elektronik, Network Marketing, dan eksport dan import seluruh bahan keperluanan masyarakat.
Goldquest Ibu Malapetaka

Goldquest bererti mencari emas keberuntungan. Perusahaan ini memulai kegiatannya pada tahun 1998 M. di Filipina. Dalam jangka waktu yang sangat pendek, ia pindah ke International Trade Center Tower Hongkong.  Perusahaan Goldquest sebenarnya adalah perusahaan pengedaran produk-produk koleksi yang dikeluarkan oleh perusahaan HB Mayer Jerman. Sesuai kontrak yang telah ditandatangani, Goldquest harus menjual produk ini dalam jumlah tertentu supaya tetap dapat menjadi distributor tetap HB Mayer dan juga boleh memperolehi keuntungan yang besar. Produk yang diproduksi oleh HB Mayer berupa keping emas simbolik (bergambar Paus Paulus, naga China, Ka'bah, dll), jam emas, kalung, dan yang lain-lain lagi. Seluruh produk ini juga memiliki surat keterangan bertaraf antarabangsa yang mengandungi berat, karat, diameter, dan nombor urutan emas yang pernah dijual kepada para pembeli. Kepingan-kepingan emas yang diedarkan oleh perusahaan Goldquest ini banyak diminati oleh masyarakat. Satu sisi keping emas ini memuat simbol negara yang mencetaknya dan sisi yang lain berisi jaminan yang diberikan oleh Bank Central sebuah negara.

Perusahaan Goldquest menarik perhatian para pemohon dan anggotanya dalam bentuk perusahaan perniagaan luas. Tahun lalu, perusahaan ini berhasil memiliki putaran kewangan terbanyak di Iran dan India. Berdasarkan data dan kajian yang pernah dilakukan, setiap tahun sebanyak 3 ribu bilion Dolar wang keluar dari Iran melalui perantara perusahaan ini.

Perusahaan Goldquest masih aktif di negara-negara seperti India, China, Filipina, Malaysia, Singapura, Srilanka, Indonesia, Russia, Lubnan, Saudi Arabia, Australia, Newzealand, Kanada, Brazil, Uruguay, Finland, Jerman, Perancis, Belanda, Yunani, Mesir, Libya, Al-Jazair, dan masih banyak lagi negara-negara yang lain.

Berdasarkan pengumuman pembentukan perusahaan, Goldquest memulai usaha dengan modal pertama sebesar 500 ribu dolar. Usaha yang diumumkan adalah jual beli, pemindahan, pelaburan, pertukaran, dan lain-lain lagi. Tapi, pada hakikatnya, dalam sistem MLM ini, perusahaan Goldquest hanya berfungsi sebagai pengedar produk HB Mayer.

Transaksi Goldquest hanya berlaku bagi mereka yang memiliki nombor akaun untuk mata wang asing atau kad kredit antarabangsa. Dengan helah ini, seluruh transaksi berlanjut di luar kawalan perbankan Iran. Mungkin perusahaan Goldquest telah belajar dari pengalaman perusahaan Pentagona yang pernah mengalami sekatan akaun orientasi asingnya pada tahun 1981.

Mungkin untuk pertama kali, dua tahun lalu tersebar sebuah berita tentang Goldquest di media-media massa bahawa aktiviti perusahaan ini bersifat tidak sah di sisi undang-undang. Berita pun tersebar dengan sangat cepat. Tapi, tidak beberapa lama, masalah dibiarkan begitu saja. Hal ini berlanjutan hingga keluar sebuah perintah supaya laman web Goldquest ditutup. Setelah perintah ini dikeluarkan, banyak berita, analisa, dan laporan-laporan yang beraneka ragam tersebar di media-media massa.
Stesyen Pusat Televisyen Iran sendiri pun memiliki program sangat diminati oleh pemegang Goldquest ini yang ditayangkan dalam bentuk dialog interaktif tentang nasib yang akan menimpa Goldquest.

Pihak Goldquest juga melakukan helah baru. Keping baru dengan gambar Imam Khomeini  disebarkan di tanah air untuk menarik simpati penduduk Iran. Tapi, sikap tegas pihak berkuasa negara berhasil menghanguskan helah ini. Betul, HB Mayer pernah memperoleh izin untuk mencetak keping emas untuk mencetak medal-medal kenangan dari Pusat Penyebaran Karya Imam Khomeini. Tapi ini tidak bererti bahawa perusahaan Goldquest yang tidak bergiat sebagai pengeluar keping emas ini berhak untuk menyebarkan keping emas ini sebagai sebuah kegiatan yang legal.

Dalil tidak sah Network Marketing di Iran

Pakar menyebutkan beberapa argumentasi yang membuktikan bahawa aktiviti Network Marketing tidak sah di Iran. Berikut beberapa dalil dan argumentasi tersebut:

1.   Pembelian kepingan emas atau menjadi ahli aktif di Network Marketing boleh menyebabkan orintasi asing keluar dari tanah air secara besar-besaran. Walaupun ianya kelihatan seperti dapat memasukkan kepingan-kepingan emas dan peratusan keuntungan ke dalam tanah air, namun jika emas dan peratusan keuntungan ini masuk dalam jumlah yang besar dan terlepas kawalan dengan harga yang lebih murah sebesar 30% dari harga emas antarabangsa, hal ini dapat menjadikan harga emas tidak stabil, seluruh harga keperluan dalam negeri akan berubah secara drastik, dan akhirnya, pasar ini akan terlepas kawalan. Padahal, emas adalah tunjang wang tanah air kita.

2.   Perusahaan-perusahaan ini adalah perusahaan-perusahaan yang memiliki identiti perusahaan asing. Menurut Pasal 3 Undang-Undang Pendaftaran Perusahaan, yang membolehkan perusahaan asing menjalankan kegiatan industri, kewangan, dan perniagaan di dalam negeri Iran, perusahaan ini harus berdaftar secara rasmi dari negara asal dan sudah terdaftar di Pejabat Pendaftaran Perusahaan di Tehran. Kita masih meragukan apakah perusahaan-perusahaan ini sudah berdaftar di negara asalnya secara rasmi. Jika kita abaikan hal ini, seluruh perusahaan ini belum didaftar secara rasmi di Iran. Oleh kerana itu, seluruh aktiviti mereka akan dikenajan hukuman menurut Pasal 5 dan 11 Undang-Undang Pendaftaran Perusahaan.

3.   Menurut undang-undang, setiap bentuk emas dan batu berharga dilarang masuk ke negara dan orang yang melakukan kesalahan ini akan dihukum sesuai dengan peruntukan undang-undang. Para penggiat Network Marketing ini telah memasukkan emas dan seluruh produknya secara tidak sah tanpa membayar cukai. Dengan demikian, mereka telah melakukan jenayah penyeludupan.

4.   Kekuatan ekonomi Iran ketika itu masih belum begitu kuat dan masih banyak golongan masyarakat yang menerima gaji per bulan hanya senilai 1,8 juta rial. Aktiviti seperti MLM ini hanya akan dapat meluaskan jarak antara orang kaya dan orang miskin, dan realiti ini, menurut penilaian banyak pakar, ia berpotensi menimbulkan berbagai kejahatan dan jenayah.
Lebih dari itu semua, beberapa minggu yang lalu, pejabat Ayatullah 'Uzhma Makarim Syirazi mengumumkan hukum perniagaan seperti ini. Menurut beliau, perniagaan seperti ini adalah haram dan wang yang diperolehi daripadanya tidak halal. Kaedah perniagaan seperti ini adalah sejenis penipuan rahsia yang digunakan untuk menguasai harta kekayaan orang lain. Untuk pertama kali, perusahaan ini beraktiviti dengan nama Pentagona. Setelah ditutup oleh pihak Perisikan dan Pengadilan Negara, ia berubah nama menjadi Goldquest.

Di masa akan datang, mungkin juga perusahaan-perusahaan seperti ini akan muncul dengan nama-nama yang lain. Untuk memperoleh pendapatan yang lumayan, umat Islam hendaklah berwaspada dan lebih berhati-hati. Jangan sampai mereka berlumuran wang-wang haram seperti ini dan menyia-nyiakan wang muslimin yang lain. Jika seseorang telah terlanjur memperoleh wang ini secara jahil, maka ia harus mengembalikannya kepada pemiliknya.

Jika pemiliknya tidak diketahui, maka ia harus memerikannya kepada ahli terakhir yang sudah ditipunya. Jika ahli ini juga tidak diketahui, maka ia harus memberikannya kepada orang yang memerlukan sedekah.

4. Fatwa Ayatullah Sayed Ali Khamenei tentang MLM

Pertanyaan - 1:

      Kami telah menerima maklumat daripada beberapa orang mengenai hukum MLM (mu’amalah dengan kaedah berantai dengan keuntungan berlipat ganda). Mereka mengatakan Tuan yang mulia (Imam Khamene’i Hf) berfatwa bahawa mu’amalah tersebut hukumnya haram. Yang ingin kami tanyakan adalah apakah benar Tuan berfatwa demikian? Apakah fatwa Tuan tersebut bersifat umum untuk seluruh orang-orang yang bertaqlid kepada Tuan?  Ataukah ada mu’amalah MLM tertentu yang Tuan anggap halal?

Jawapan:

      Mu’amalah MLM yang Anda sebutkan, secara syar’i tidak dihalalkan. Demikian pula mu’amalah yang mirip dengannya. Wallahu Al-‘Alīm.

 Pertanyaan - 2:

Berkenaan dengan mu’amalah MLM, apabila terjadi perbezaan pendapat antara seorang guru dengan muridnya, misalnya guru itu memahami bahawa mu’amalah MLM hukumnya halal dan dibolehkan mengikutinya. Sementara murid memahami bahawa mu’amalah MLM itu diharamkan dan tidak dibolehkan mengikutinya. Dan keduanya pun berbeza dalam marja’ taqlidnya, yakni si guru bertaqlid kepada marja’ A sedang muridnya bertaqlid kepada marja’ B. Dalam situasi seperti ini, bagaimanakah sikap si murid tersebut menghadapi gurunya dalam masalah ini?  Ada juga yang mengatakan bahawa seluruh marja taqlid mengharamkan mu’amalah MLM, apakah hal ini benar?

Jawapan:

      Sebagaimana telah kami jelaskan di atas bahawa mu’amalah MLM yang anda sebutkan itu hukumnya batil dan tidak dibolehkan. Setiap mukallaf harus mentaati dan mengamalkan fatwa marja’ taqlidnya masing-masing. Wallahu Al-‘Alīm.

 Pertanyaan - 3:

     Saya pernah mendengar bahawa si muqallid dibolehkan bertanya tentang hukum sesuatu secara khusus kepada marja’ taqlidnya. Yakni marja’ taqlidnya itu akan memberikan jawapan sesuai dengan keadaan si muqallid yang bertanya secara khusus. Dengan demikian fatwa itu hanya khusus untuknya dan tidak boleh untuk muqallidnya yang lain. Apakah hal ini benar? Jika ada seseorang mengaku bahawa ia telah memperoleh fatwa khusus -mengenai kebolehan MLM- dari seorang petugas di kantor Tuan di Qom, bolehkan saya ikut mengamalkan fatwa khusus tersebut?
 
Jawapan:

       Fatwa seorang marja tidak berbeza antara satu mukallaf dengan mukallaf yang lain (berlaku umum untuk semua muqallidnya – penj). Tetapi mishdaq dan mawrid-nya berbeza-beda (iaitu kadangkala fatwa itu bersifat global dan berlaku untuk umum, tetapi penerapan hukumnya tergantung keadaan mukallaf masing-masing – penj). Wallahu Al-‘Alīm.

Pertanyaan - 4:

      Apakah ada ciri-ciri khusus bagi muqallid Tuan untuk dapat mengambil dan menerima fatwa Tuan yang disampaikan oleh seorang muballigh? Kemudian apabila seorang muqallid tidak merasa ithmi’nan (tidak percaya sepenuhnya – penj) dengan apa yang disampaikan oleh muballigh tersebut, khususnya mengenai fatwa MLM, apakah hal ini menyebabkan muqallid tidak boleh mengambil fatwa tersebut dan juga tidak boleh mengambil pelajaran-pelajaran lain dari muballigh tersebut?

 Jawapan:

      Cara-cara mencari dan mengambil fatwa seorang mujtahid telah dijelaskan dengan terperinci di dalam risalah ‘amaliyah. Anda hendaklah merujuk pada risalah tersebut. Di antaranya adalah risalah yang akan digunakan itu diyakini tidak terdapat kekeliruan dan kesalahan. Cara yang lain adalah bertanya secara langsung kepada marja’ taqlid (seperti melalui surat atau e-mail – penj), atau melalui pengkhabaran daripada orang yang adil dan dapat dipercayai, iaitu kejujuran ucapannya itu dapat diyakini. (Jelas, anda tidak boleh menerima hukum-hukum fikah daripada seseorang yang anda tidak yakin bahawa ia memahaminya dengan baik. Begitu pula dengan ilmu-ilmu lainnya. Hal ini juga kembali kepada penilaian anda yang objektif – penj). Wallahu Al-‘Alim.

 Pertanyaan - 5:

      Apakah dibolehkan bagi muqallid Tuan, baik yang ada di negara kami (Indonesia) mahu pun yang di Iran, untuk mengikuti mu’amalah MLM?

 Jawapan:

Mu’amalah MLM tersebut tidak dihalalkan oleh syari’at.
Wallahu Al-‘Alīm.

  Pertanyaan - 6:

      Jika kami mengetahui dengan yakin dan tidak ada keraguan sedikitpun bahawa salah seorang jiran tetangga atau kawan kami menjadi anggota mu’amalah MLM dan memperoleh keuntungan yang banyak setiap bulannya. Sebahagian keuntungan tersebut ia berikan ke suatu lembaga dakwah atau sebuah “yayasan”. Apakah boleh menerima wang tersebut dan menggunakannya untuk keperluan dakwah Islamiyah?

Jawapan:

      Apabila anda tahu dan “yakin” bahawa wang yang ia berikan itu dari hasil keuntungan yang tidak halal, maka tidak dibolehkan mengambilnya dan tidak boleh pula menggunakannya untuk kepentingan tersebut atau untuk keperluan lainnya. Bahkan wang keuntungan dari mu’amalah yang tidak syar’i tersebut, wajib dikembalikan kepada para pemiliknya. Jika pemiliknya tidak diketahui, maka harus disedekahkan kepada fakir miskin, dan -secara ihtiyat wajib- harus dengan izin hakim syar’i (marja taqlid) terlebih dahulu. Wallahu al-‘Alim.

 Pertanyaan -7:

       Apakah boleh makan hidangan atau minum sesuatu yang halal di rumah seseorang (kawan atau jiran tetangga) yang kita ketahui dengan yakin bahawa ia bekerja sehari-harinya dalam mu’amalah MLM?

 Jawapan:

      Hukumnya boleh makan makanan atau minum di tempat orang tersebut. Kecuali jika Anda merasa “yakin” bahawa makanan atau minuman yang ia beli itu dengan menggunakan wang keuntungan mu’amalah MLM itu sendiri, dan bukan dengan wang selainnya. (misalnya dia kepada anda bahawa makanan atau minuman itu ia beli dari hasil keuntungan MLM tersebut, dan anda mempercayai ucapannya itu. Atau anda menyaksikannya sendiri).  Wallahu Al-‘Alīm.

  Pertanyaan -8:

      Jika saya mendapatkan hasil dan keuntungan dari mu’amalah MLM, bagaimana hukumnya jika sebahagian keuntungan itu saya berikan dan sedekahkan kepada fakir miskin ?

Jawapan:

      Wang yang diperoleh dari mu’amalah yang tidak syar’i, seperti mu’amalah MLM, hukumnya wajib dikembalikan kepada pemilik aslinya. Dan tidak boleh digunakan untuk apapun. Jika tidak diketahui pemiliknya, maka seluruh keuntungan tersebut harus disedekahkan kepada fakir miskin dengan izin marja taqlid Anda. Wallahu Al-‘Alīm. 

 Pertanyaan – 9:

Apakah hukum menerima hadiah atau hibah; baik berupa barang mahupun seperti makanan dan minuman- dari seseorang yang melakukan mu’amalah jual beli MLM (Multi Level Marketting) ?

 Jawapan:

Hukumnya tidak boleh  mengambil dan menerima hadiah tersebut, jika “diketahui” bahawa hadiah itu dibeli dengan wang keuntungan mu’amalah MLM yang tidak syar’i. Anda juga tidak berhak menggunakannya, kerana hadiah dari mu’amalah seperti itu dianggap sebagai majhulul malik (pemiliknya tidak diketahui).

5. Model MLM di Iran

Beberapa nama dan model mu’amalah batil yang sering disebut di Iran, sama dan mirip bentuknya dengan MLM. MLM di Iran disebut dengan Pyramid (Heram) atau Gold Quest. Tapi kalau kita mencari di internet maka kita akan menemui ketiga nama ini (MLM, Pyramid, Gold Quest) dalam bentuk  dan model perniagaan yang sama dan tidak berbeza sama sekali. Jadi kita tidak perlu ragu bahawa model dan bentuk MLM yang ada di Indonesia tidak jauh berbeza dengan yang ada di Iran. Mungkin yang berbeza hanyalah nama dan cara kerjanya saja yang bersifat partikular, adapun secara prinsip kerja perniagaan tidak memiliki perbezaan sama sekali.

Oleh itu, sistem perniagaan inilah -setahu saya- semua marja yang besar dan terkenal, baik di Iran maupun di Iraq, mengharamkannya.

6. Dalil Pengharamannya[1]

Adapun mengenai dalil pengharamannya, sesuai dengan yang dapat kita fahami adalah; bahawa sistem perniagaan ini tidak  memenuhi syarat-syarat perniagaan Islam sehingga MLM ini tidak termasuk dari salah satu mu’amalah Islami yang terdapat di dalam fikah Islam. Dengan kata lain, MLM bukanlah termasuk dalam golongan mu’amalah mudharabah, musyarakah, ju’alah, ijarah, dll. Lagi pun sistem ini mengandungi kesan psikologi ekonomi, dan sosial yang merosakkan (sesuai dengan perbahasan dan kajian ahli di negara Rep. Islam Iran). Misalnya wang masyarakat akan dieksploitasi dan dibawa ketempat atau negara yang menjadi pusat perniagaan ini. Aktiviti perniagaan ini tidak dapat dikawal oleh negara dan merugikan negara serta membawa keluar aset kewangan negara secara berleluasa.

Pada prinsipnya penghukuman terhadap sesuatu itu berdasar atas tinjauan mashalat (konstruktif) dan mudharat (destruktif). Sistem perekonomian masyarakat sebelum kedatangan Syariat Islam yang terakhir itu berjalan sesuai dengan prilaku-prilaku masyarakat manusia yang berakal. Di antara sistem-sistem yang dijalankan, terdapat yang konstruktif dan juga ada yang destruktif. Contoh konstruktif yang paling nyata adalah sistem barter yang adil untuk saling memenuhi keperluan masing-masing. Dan contoh yang destruktif adalah riba. Agama Islam yang membawa syariat akhir ini membenarkan dan menta'yid sistem yang mengandung nilai konstruktif dan melarang serta menegaskan sistem yang mengandung nilai destruktif.

Bagaimana dengan sistem MLM jika ditinjau dari parameter konstruktif dan destruktif dengan berbagai dimensi serta landasan hukum Islam tentunya (iaitu al-Qur'an, al-Hadits, akal, dan ijma)?. Dalam masalah ini juga, kita tidak dapat memandang konstruktif dalam tinjauan yang berat sebelah, seperti memudahkan orang mendapat pekerajaan.  

Yang jelas, untuk konteks sekarang, kita tidak menemukan seorang pun marja (ulama Syi’ah Imamiyah) secara sah yang membolehkan berdagang dengan cara ini. Negara Republik Indonesia juga secara undang-undang memerangi sistem perniagaan ini dan memberi hukuman yang berat terhadap orang yang melanggarnya serta kami di sini sering menyaksikan ditayangan TV berbagai jaringan MLM yg dibahas oleh penegak undang-undang dan keamanan Iran.     

Jadi, dasar kedudukan MLM dan bentuk operasinya tidak jauh berbeza dengan berbagai bentuk dan model yang telah diciptakan oleh otak-otak Yahudi untuk merosakkan perekonomian suatu masyarakat (menurut sumber acara TV, MLM dicipta oleh otak Yahudi).

Kesan-kesan yang ditimbulkan oleh sistem ini di antaranya;

- Mengeksploitasi wang dari suatu masyarakat, kemudian dibawanya ke luar negeri (misalnya Amerika dan Eropah atau tempat yang mempunyai kepentingan dengan perniagaan tersebut),

- Merosakkan psikologi individu dengan menggoda mereka menjadi cepat kaya dalam tempoh yang sangat singkat,

- Merosakkan hubungan individu tersebut dengan keluarga dan kerabatnya serta masyarakatnya dengan membentuk penglihatan individu yang melihat bahawa keluarga, sahabat, kerabat, dan masyarakatnya inilah yang paling dekat untuk dijadikan ahli MLM dan objek pengejaran bisnisnya,

- Individu yang telah dirasuki sistem ini menjadi kurang produktif, kurang bersemangat, malas terhadap apa yang bukan menjadi cita-citanya dalam bentuk perniagaan tersebut, sehingga jika ia seorang mahasiswa, boleh jadi ia meninggalkan bangku kuliah dan jika ia seorang usahawan boleh jadi ia meninggalkan usahanya berpindah kepada usaha yang menurut mimpinya lebih menjanjikan keuntungan yang lebih besar,

- Jika bentuknya adalah penjualan barang, maka harga barang tersebut sangat mahal dan tidak sesuai dengan  kualitinya dan juga akan kita lihat jumlah penjualan barang akan cuma menguntungkan bagi pemimpin atasannya dalam mendapatkan bonus-bonus yang tidak masuk akal berbanding dimensi kadar kerjanya dengan bonusnya yang sangat besar,

- Yang paling mustahak ialah, saya merasakan misi pemikirnya ialah medan peperangan dengan ekonomi Islam yang jauh dari selagi bentuk penindasan dan penyelamatan psikologi serta maknawi individu muslim dengan ekonomi destruktif, eksploitatif, dan imaginatif.

Model perniagaan ini dilarang di Iran secara undang-undang dan diperangi oleh negara. Ini juga ada hubungannya dengan peperangan ekonomi yang berbeza pemikir. 

Satu dimensi lain yang saya lihat dari sistem ini, ia tidak menumbuhkan jiwa produktiviti, dalam pengertian kita tidak berfikir untuk menciptakan medan-medan pengeluaran barang atau khidmat untuk membuka lapangan kerja sebanyak-banyaknya bagi masyarakat, tetapi ia hanya menumpang pada sistem dan produk serta barang orang lain tanpa mahu berfikir mencipta produk dan jasa untuk orang lain.

Wassalamu’alaikum Wr. Wb.
Qom al-Muqaddasah, 30 Jumadil Awwal 1432 H

14 Urdibehesy 1390 H Sy = 4 Mei, 2011 M.
 
Bahan Tulisan:

1.      At-Taswiqul Harami, Abul Qasim Aliyan nejadi.
2.      Istiftaat  Rahbari.
3.      Tulisan ust. Syamsunar.
4.      Tulisan ust. Akmal.

sumber: dikutip dari situs http://abna.co/data.asp?lang=15&Id=242488

No comments:

Post a Comment