Adapun kumpulan yang berjaya, mendapat petunjuk, beriman dan melakukan penyerahan yang bijaksana adalah kumpulan yang beriman denganku,[1] menyerahkan diri kepada urusanku, mentaatiku, membersihkan dirinya daripada musuhku, mencintaiku, membenci musuhku yang telah mengetahui hak imamahku, kewajipan ketaatan kepadaku daripada Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Tidak pernah menjadi murtad dan mengesyaki hak kami dan kelebihan kami semenjak pencerahan Allah ke dalam hatinya. Justeru itu, Dia akan memasukkanya ke dalam golongan Syi‘ah kami sehingga hatinya menjadi tenang dan yakin; tidak dicampuri syak bahawa sesungguhnya aku dan para wasiku selepasku sehingga Hari Kiamat adalah pemimpin muhtadun yang mana Allah telah menyebut mereka selepas diri-Nya dan Nabi-Nya dalam beberapa ayat al-Qur’an[2]. (sulaim)
[1]Ibn al-Maghazali, al-Manaqib, hlm.212. al-Dhahabi, Mizan al-I‘tidal, ii, hlm.3-4.
[2] Al-Qur’an, Surah al-Nisa’ (4): 59.
No comments:
Post a Comment