Monday, July 18, 2011

DIALOG TENTANG PENGUMPULAN AL QURAN OLEH UTHMAN DALAM MUKTANAR BAGHDAD


Al-Qur’an
      
       Al-‘Abbasi berkata: Di antara bid‘ah-bid‘ah kamu Syi‘ah bahawa kamu tidak mengakui al-Qur’an!

       Al-‘Alawi berkata: Malah bid‘ah-bid‘ah kamu Ahl al-Sunnah bahawa kamu tidak mengakui al-Qur’an. Dalilnya kamu berkata: Sesungguhnya al-Qur’an telah dikumpulkan oleh Uthman, adakah Rasul jahil apa yang dilakukan oleh Uthman; beliau s.a.w tidak mengumpulkan al-Qur’an sehingga Uthman datang dan mengumpulkannya, kemudian beliau berkata: Bagaimana al-Quran tidak dikumpulkan pada zaman Nabi sedangkan Nabi memerintahkan kaumnya dan para sahabatnya supaya mengkhatamkan al-Qur’an dan bersabda: “Barangsiapa yang mengkhatamkan al-Qur’an baginya pahala”. Adakah boleh Nabi s.a.w memerintahkan supaya al-Qur’an dikhatamkan sedangkan ia belum dikumpulkan, dan adakah kaum muslimin di dalam kesesatan sehingga Uthman menyelamatkan mereka? [1]
                                 
Raja Meminta Penjelasan
      
       Raja berkata kepada wazirnya: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi bahawa al-Qur‘an dikumpulkan oleh Uthman?

       Wazir berkata: Demikianlah ahli Tafsir dan Tawaarikh menyebutnya[2].

       Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja,  sesungguhnya Syi‘ah percaya bahawa al-Qur’an telah dikumpulkan pada masa Rasul sebagaimana kamu melihatnya sekarang, tanpa kurang meskipun satu huruf, tanpa penambahan meskipun satu huruf. Adapun Ahl al-Sunnah berkata: Sesungguhnya al-Qur’an telah ditambah dan dikurangkan, didahului dan dikemudiankan. Sesungguhnya Rasul tidak mengumpulkannya, tetapi Uthmanlah yang telah mengumpulkannya apabila beliau memegang jawatan khalifah.



[1] Al-Baihaqi, al-Sunan, ii, hlm. 41, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umaal, I, 281.
[2] Ibid.

No comments:

Post a Comment