(SAMBUNGAN DARI SURAT 58)
NOTA: MOHON BACA SURAT-SURAT SEBELUM INI DI BLOG INI, KLIK DI LINK DI SISI KANAN BLOG INI ATAU KLIK DI LABEL 'MURAJAAT'.
SURAT 59
1] KEBENARAN MENJADI JELAS
2] MENGELAK
Muharram 28, 1330 H
1) Saya tidak pernah melihat, di masa dahulu atau di kala ini, sesiapa yang begitu lembut pada nadanya, tetapi lebih keras pada penghujahannya dari diri kamu. Kini kebenaran telah menjelaskan dirinya disebabkan dari bukti yang kamu telah berikan, maka tersingkaplah topeng keraguan, dan mendedahkan wajah berseri keyakinan. Tidak lagi kami katakan bahawa pengertian “wali” dan “mawla” di dalam hadith al-Ghadir adalah “pertama” atau bahawa ianya bererti “penyokong” atau yang seumpamanya, dan tidak juga sama dengan orang yang meminta siksaan pasti seperti yang diperkatakan; pandangan kamu mengenai “mawla” berdiri diasas yang kukuh, dan telah diterima.
2) Saya harap kamu bersetuju kepada penafsiran kami terhadap hadith yang diperkatakan, yang telah disahkan oleh sekumpulan ulama, termasuk imam Ibn Hajar di dalam bukunya Al-Sawa`iq al-Muhriqa, dan al-Halabi di dalam bukunya Sirat. Mereka berhujah bahawa walaupun jika kita bersetuju bahawa beliau (`Ali) adalah yang paling layak bagi Imami, apa yang dimaksudkan oleh Rasul di sini adalah yang akan datang; jika tidak beliau telah menjadi Imam walau dengan kehadiran Rasul [sawas] [yang mana adalah mustahil, oleh kerana Rasul selagi baginda hidup, bagindalah Imam – tr], dan tiada masalah siapa yang menjadi imam selepas baginda. Ianya seakan Rasul [sawas] berkata: "`Ali akan menjadi Imam sebaik sahaja dia menerima bai’ah;" maka, keadaan yang sebegitu tidak akan bertentangan dengan keutamaan ketiga-tiga Imam [khalifa yang tiga terdahulu]; ianya telah menyelamatkan kehormatan mereka yang baik terdahulu, semoga Allah merasa senang dengan mereka semua.
Yang ikhlas,
S
SURAT 60
PENGELAKAN DITOLAK
Muharram 30, 1330
Kamu telah, semoga Allah menyokong kebenaran melalui diri kamu, meminta kami untuk meyakini bahawa intipati hadith al-Ghadir, adalah bahawa `Ali yang paling layak bagi Imami, apabila dan jika Muslim memilihnya sebagai yang demikian, dan memberikan bai’ah kepada beliau, maka keutamaan beliau yang mana hadith ini bayangkan adalah untuk masa mendatang, bukannya sejurus selepas. Dalam lain perkataan, keutamaan yang sedemikian akan berlaku apabila dan jika ianya diambil dengan paksaan, bukannya yang berlaku dengan sendirinya, supaya ianya tidak bertentangan dengan kedudukan khalifa dari tiga Imam yang telah mendahului beliau [di dalam memerintah Muslim]. Kami tanyakan kepada kamu dengan cahaya kebenaran, kemuliaan keadilan, kehormatan saksama dan pada logiknya persamaan, jika kamu sendiri telah benar-benar yakin padanya maka kami juga boleh ikut sama dan mengikuti jejak langkah kamu. Adakah kamu sendiri setuju untuk memberikan penjelasan yang sedemikian, atau dikatakan ianya datang dari kamu [penjelasan kamu], supaya kami boleh mengikuti jejak langkah kamu dan buat seperti apa yang kamu lakukan? Saya tidak fikir bahawa kamu telah yakin atau berpuas hati dengan pandangan yang sedemikian. Saya yakin bahawa kamu sendiri merasa hairan dengan sesiapa yang akan menerima tafsiran pada pengertian yang sedemikian untuk hadith ini, sedangkan teksnya tidak langsung membayangkan yang sedemikian, dan tidak juga sesiapa yang boleh memikirkannya pada bermaksud yang sedemikian; pasti tidak, bahkan dengan mengatakan begitu telah mencabar kebijaksanaan dan pertimbangan Rasul [sawas]..., astaghfir-Allah. Ianya tidak ketepatan [bersetuju] dengan apa yang telah dilakukan oleh baginda dan tidak juga dengan kenyataan serius yang diucapkan dihari Ghadir, dan tidak juga terhadap bukti yang tidak dapat disangkal yang kami bawakan diatas, dan tidak juga dengan apa yang al-Harith ibn al-Nu`man al-Fahri fahamkan, dan begitu juga dengan apa yang Allah dan RasulNya tekankan, dan begitu juga dengan semua para sahabat.
Bahkan keutamaan tangguhan juga, sebenarnya tidak sesuai dengan pengertian umum hadith ini, kerana ianya dengan nyata tidak mengatakan bahawa ‘Ali [as] tidak harus menjadi mawla pada ketiga khalifa, dan tidak juga mawla kepada sesiapa yang mati ketika berada di dalam era mana-mana satu dari mereka. Ini adalah bertentangan sekali dengan rumusan yang dimengertikan oleh Rasul [sawas] yang bertanya: "Tidakkah saya mempunyai lebih kuasa diatas diri mereka yang beriman dari diri mereka diri?" dan manusia menjawab dengan mengesahkan; kemudian baginda [sawas] berkata: "Kepada sesiapa saya adalah mawla (i.e. ketua bagi setiap seorang individu Muslim, tanpa sebarang pengecualian), `Ali adalah mawlanya." Maka, seperti yang kamu boleh lihat, tiada siapa yang dikecualikan [selain dari, diri Rasul [sawas] sendiri-tr.]; yang ditekankan di dalam kenyataan ini; adalah `Ali sesungguhnya mawla tanpa sebarang penghujahan. Keduanya Abu Bakr dan `Umer, setelah mendengar perkataan Rasul [sawas] pada hari Ghadir, telah berkata kepada `Ali:[1] "Kamu telah, Wahai anak Abu Talib, menjadi mawla bagi setiap mukmin lelaki dan wanita," maka dengan itu telah mengakui bahawa beliau telah menjadi ketua bagi setiap mukmin lelaki dan wanita, penggunaannya secara umum kepada semua mukmin lelaki dan wanita semenjak matahari terbenam pada hari Ghadir.
Suatu ketika `Umer telah ditanya: "Tingkah laku kamu dengan `Ali adalah berlainan dari para sahabat Rasul [sawas] yang lainnya." `Umer menjawab dengan berkata: "Mengapa; dia adalah mawla saya," seperti yang disebutkan oleh Dar Qutni pada muka surat 36 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Maka dia mengaku bahawa `Ali adalah ketuanya, dan beliau (Ali) belum dipilih untuk menjadi khalifa lagi, dan tidak juga beliau menerima sebarang bai’ah dari sesiapa. Pertimbangkan kenyataannya (`Umer) yang membuktikan bahawa `Ali adalah mawlanya dan juga mawla bagi setiap mukmin lelaki dan wanita pada ketika itu, tidak untuk masa yang mendatang, oleh kerana Rasul Allah [sawas] bagi pihak Allah awj, menyampaikan perkara yang sama pada hari Ghadir. Suatu ketika `Umer meminta `Ali untuk menjadi penimbang tara di dalam kes yang dibawa kehadapannya, melibatkan dua orang badwi yang bertelagah. Seorang dari mereka bertanya: "Adakah orang ini (`Ali) akan mengadili diantara kami?" `Umer terus sahaja melompat dengan marah, memegang lelaki itu pada lehernya dan berkata kepadanya: "Malang bagi kamu! Tahukah kamu siapa lelaki itu? Dia adalah mawla kamu, mawla saya, dan maula semua yang beriman; sesiapa yang menolaknya sebagai mawla sudah pastinya bukan seorang Muslim," seperti yang dituliskan pada penghujung Bab 11 dari buku Ibn Hajar Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Hanya sebilangan mereka sahaja yang merakamkan insiden ini.
Kamu, semoga Allah menyokong kebenaran melalui diri kamu, sedar akan fakta bahawa, jika filosofi [maksud] Ibn Hajar dan penyokongnya diterima mengenai hadith Ghadir, maka Rasul Allah [sawas] telah dibuktikan sebagai telah mengubahsuai misi dan juga tanggong jawabnya – kami mencari perlindungan dengan Allah terhadap pemikiran yang sedemikian – telah melakukan yang bukan-bukan di dalam percakapan dan perbuatannya – Allah maha Tinggi dari membiarkan RasulNya melakukan yang sebegitu – dengan tanpa mempunyai sebarang sebab, menurut dari filosofi sedemikian; di dalam keadaan yang begitu teruk [panas terik dengan tiada perlindungan] selain dari membuat kenyataan bahawa setelah ‘Ali dilantik sebagai khalifa, beliaulah yang paling layak untuk kedudukan tersebut; bahawa sebaliknya teori itu mengatakan, tiada siapa yang boleh memonopolinya, kerana ‘Ali dan lain-lain para sahabat, dan juga Muslim secara umumnya, dalam keadaan yang sedemikian adalah sama. Apakah sifat-sifat yang Rasul [sawas] maksudkan diketika itu, khusus untuk ‘Ali, dan ‘Ali sahaja, dari diantara semua yang lain, yang telah terkenal dengan sejarah mereka di dalam berkhidmat untuk Islam, jika filosofi sedemikian, wahai Muslim, dibuktikan sebagai betul?
Terhadap kata-kata mereka bahawa jika ‘Ali mempunyai keutamaan mengenai Imami dan ianya bukan untuk diwaktu yang mendatang, beliau tentu telah menjadi Imam walaupun dengan kehadiran Rasul Allah [sawas]; Kami katakan bahawa kenyataan sedemikian adalah amat pelik; ianya seakan hendak menghapuskan yang benar, dan tidak terdapat sebarang perbandingan terhadap gambarannya yang amat jauh salahnya lagi mengelirukan; dengan mengabaikan semua perjanjian dari para Rasul, khalifa, raja-raja dan putera-putera kepada penggantinya. Ianya juga telah melupakan maksud pengertian hadith: “kamu kepada saya adalah seperti Harun kepada Musa melainkan tidak ada Rasul selepas saya." Ianya satu percubaan untuk melupakan kenyataan baginda [sawas] di dalam hadith yang berkaitan dengan kerabatnya apabila baginda memperingatkan mereka dengan berkata, "Dari itu, dengarlah kepada beliau [`Ali] dan patuhilah kepadanya" dan banyak lagi teks yang lain pada pengertian yang sama. Walaupun jika kita katakan bahawa disebabkan oleh adanya Rasul Allah [sawas], keutamaan `Ali pada Imami tidaklah boleh dilaksanakan diketika itu, maka sudah pasti ianya boleh dilaksanakan setelah wafatnya baginda, mengikut perundangan yang diterima pakai oleh semua pada pengertian penafsiran kenyataan, kebenaran yang sebenarnya di dapati dari pengertian yang paling hampir. Terhadap kehormatan mereka yang baik terdahulu [tiga khalifa yang pertama], ianya telah terselamat tanpa memaksakan pada penafsiran yang sedemikian seperti yang kami akan terangkan jika perlu, Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Ini telah disebutkan oleh Dar Qutni, seperti yang ditunjukan pada penghujung seksen 5, Bab 1, dari buku Al-Sawa`iq al-Muhriqa oleh Ibn Hajar; maka rujuklah kepada muka surat 26. Ianya juga disebutkan oleh ramai para tradisionis, setiap mereka dari puncanya sendiri, dan di dalam buku tradisi mereka. Ahmed telah menyebut sesuatu yang seakan sama dari ‘Umer dari satu hadith yang disebutkan oleh al-Bara' ibn `Azib pada ms 281, Vol. 4, dari buku Musnad, yang mana kami telah sebutkan di dalam surat No. 54 diatas
SURAT 61
MEMINTA TEKS YANG DISAMPAIKAN OLEH PUNCA SHI’A
Safar 1, 1330 H
Selagi kehormatan dan kemuliaan mereka yang baik terdahulu terpelihara, maka tidak ada salahnya mempertimbangkan kesemua hadith mengenai para Imam [as], hadith yang kamu telah rujuk, termasuklah hadith al-Ghadir atau yang mana sahaja; tanpa perlukan kepada penafsiran. Kamu juga mungkin tahu hadith-hadith yang lain yang berkaitan dengan perkara ini yang mana sunni tidak tahu, maka saya meminta kamu sampaikan hadith-hadith tersebut supaya kami dapat belajar dengannya? Wasslam.
Yang benar,
S
SURAT 62
40 HADITH
Safar 2, 1330 H
Ya, kami akan sebutkan kepada kamu hadith yang disampaikan secara mutawatir yang sunni tidak tahu. Ini telah disebutkan oleh ahli dari keturunan Muhammad [sawas] yang suci, darinya kami sebutkan 40:[1]
1) Al-Saduq Muhammad ibn `Ali ibn al-Husayn ibn Babawayh al-Qummi telah menuliskan di dalam bukunya Ikmal ad-Din wa Itmam al-Ni`mah, seperti yang disampaikan oleh `Abdul-Rahman ibn Samrah, satu hadith yang tertentu dimana Rasul Allah [sawas] berkata kepada `Abdul-Rahman iaitu: "O Abu Samrah! Jika pandangan berbeza dan pendapat berlainan, maka rujuklah kepada ‘Ali ibn Abu Talib, kerana beliau adalah Imam ummah saya, dan pengganti saya kepada mereka selepas saya."
2) Di dalam rujukan yang sama, i.e. the Ikmal, al-Saduq menyebut Ibn `Abbas menyampaikan satu hadith yang mana Rasul Allah [sawas] berkata: "Allah awj, memerhati dengan teliti kepada penduduk dunia dan memilih saya diantara mereka untuk menjadi Rasul, kemudian Dia melihat sekali lagi dan memilih ‘Ali sebagai Imam dan mengarahkan saya untuk mengambil beliau sebagai saudara, dan melantik beliau sebagai wali dan wazir."
3) Al-Saduq, juga di dalam buku Ikmal, menyusur satu hadith sampai kepada Imam al-Sadiq (as) yang menyebutkan dari bapa dan keturunannya mengatakan Rasul Allah [sawas] telah berkata: "Jibril telah mengatakan kepada saya bahawa Allah awj telah berkata: `Sesiapa yang telah mengetahui bahawa Saya adalah Tuhan yang tiada sekutu bagi Saya, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan juga Rasul Saya, bahawa ‘Ali ibn Abu Talib adalah pengganti Muhammad, dan bahawa para Imam dari keturunannya adalah hujah-hujah Saya, dari itu Saya akan mengizinkan dia memasuki syurga melalui rahmat Saya."
4) Al-Saduq, juga di dalam Ikmal, menyusur hadith yang lain sampai kepada Imam al-Sadiq (as) yang menyebutkan dari bapa dan datuknya yang mengatakan bahawa Rasul Allah [sawas] berkata: "Para Imam selepas saya adalah 12: Pertama adalah `Ali dan yang akhir adalah al-Qa'im [al-Mahdi]; mereka adalah pengganti saya dan yang melaksanakan wasiat saya."
5) Al-Saduq, juga di dalam Ikmal, menyusur satu lagi hadith sampai kepada al-Asbagh ibn Nabatah yang berkata bahawa Amirul Mukminin `Ali ibn Abu Talib (as) datang menghampirinya, tangan beliau di dalam tangan anaknya al-Hasan, dan beliau berkata: "Rasul Allah suatu ketika datang kepada kami dan tangan baginda di dalam tangan saya seperti ini, baginda berkata: ‘Kejadian yang terbaik selepas saya, dan juga ketua mereka, adalah saudara saya ini, yang menjadi Imam bagi setiap Muslim, putera bagi setiap yang beriman selepas saya.'"
6) Al-Saduq, juga di dalam Ikmal, menyusur satu hadith sampai kepada Imam al-Rida (as) yang menyebut dari keturunannya yang mengatakan Rasul Allah [sawas] sebagai berkata: "Sesiapa yang suka berpegang kepada agama saya dan menaiki bahtera keselamatan selepas saya, biarlah dia mencontohi `Ali ibn Abu Talib, kerana beliaulah yang melaksanakan wasiat saya, dan wazir saya kepada ummah ketika saya hidup dan selepas wafatnya saya."
7) Al-Saduq, juga di dalam Ikmal, mengatakan satu lagi hadith Rasul Allah [sawas] disusur kepada Imam al-Rida (as) yang menyebutkan dari keturunannya yang mengatakan bahawa Rasul Allah [sawas] suatu ketika berkata: "Saya dan ‘Ali adalah bapa kepada ummah ini; sesiapa yang benar-benar mengenali kami juga telah mengenali Allah, dan sesiapa yang menafikan kami juga telah menafikan Allah awj. Dan dari keturunan `Ali adalah cucu saya al-Hasan dan al-Husayn, ketua remaja di Syurga, dan dari keturunan al-Husayn akan ada sembilan: sesiapa patuh kepada mereka telah patuh kepada saya, dan sesiapa yang engkar kepada mereka telah engkar kepada saya; yang kesembilan diantaranya adalah Qa'im dan Mahdi mereka."
8) Al-Saduq, juga di dalam Ikmal, menyusur satu lagi hadith melalui isnad kepada Imam al-Hasan al-`Askari (as) yang menyebutkan dari keturunannya sehingga kepada Rasul Allah [sawas] yang berkata kepada Ibn Mas`ud iaitu: "O Ibn Mas`ud! `Ali ibn Abu Talib adalah Imam kamu selepas saya; Beliau adalah pengganti saya keatas kamu."
9) Menyebut satu hadith yang disampaikan oleh Salman, al-Saduq, juga di dalam Ikmal, berkata bahawa suatu ketika Salman menziarahi Rasul Allah [sawas] dan mendapati al-Husayn ibn `Ali (as) duduk dipangkuan baginda, dan Rasul sedang menciumnya dan berkata: "Kamu adalah ketua, anak seorang ketua, seorang Imam dan anak seorang Imam, saudara seorang Imam, bapa para Imam, dan kamu adalah hujah Allah, anak kepada HujahNya, dan bapa kepada sembilan Hujah dari keturunan kamu, dan yang kesembilannya adalah Qa'im mereka."
10) Al-Saduq, juga di dalam Ikmal, menyebutkan hadith yang lain disusur juga kepada Salman yang menyebutkan hadith panjang oleh Rasul Allah [sawas] yang mana baginda berkata: "Wahai Fatima! Tidakkah kamu mengetahui bahawa kita adalah Ahl al-Bayt? Allah telah menjadikan akhirat kepada kita lebih berharga dari kehidupan ini, dan Allah awj, telah melihat kepada penduduk dunia dan memilih saya diantara kejadianNya; kemudian Dia melihat kali kedua dan memilih suami kamu dan mengilhamkan kepada saya untuk mengahwinkan kamu kepada beliau dan mengambilnya sebagai wali dan wazir, dan untuk menjadikannya sebagai pengganti keatas ummah saya. Maka bapa kamu adalah Rasul yang terbaik, dan suami kamu adalah wasis yang terbaik, dan kamu adalah yang pertama untuk bersama dengan saya."
11) Al-Saduq, juga di dalam Ikmal, menyebut hadith yang panjang dan menyebut di dalamnya bahawa di dalam perjumpaan lebih dari 200 orang dari Muhajirun dan Ansar yang sedang menuntut ilmu pengetahuan dan mempelajari perundangan agama [fiqh], dan setiap seorang dari mereka sedang memuji diri, sedang `Ali (as) kekal diam. Mereka bertanya kepada beliau: "Wahai bapa al-Hasan, apa yang menahan kamu dari mengatakan sesuatu?" Sebagai balasan kepada soalan mereka, beliau (as) hanya mengingatkan mereka pada kenyataan yang dibuat oleh Rasul Allah [sawas] yang mana baginda berkata: "`Ali adalah saudara saya, wazir, pewaris, pelaksana wasiat saya, pengganti keatas ummah saya, dan wali bagi setiap yang beriman selepas saya; maka percayalah, ini semua mengenai beliau."
12) Al-Saduq, juga di dalam Ikmal, menyebut hadith yang panjang yang disampaikan oleh `Abdullah ibn Ja`fer, al-Hasan, al-Husayn, `Abdulllah ibn `Abbas, `Umer ibn Abu Salamah, Usamah ibn Ziyad, Salman, Abu Tharr al-Ghifari, dan al-Miqdad, semuanya mengatakan bahawa mereka mendengar Rasul Allah berkata: "Saya mempunyai lebih kuasa diatas diri mereka yang beriman dari diri mereka sendiri; Saudara saya `Ali mempunyai lebih kuasa diatas diri mereka yang beriman dari diri mereka sendiri."
13) Al-Saduq, juga di dalam Ikmal ad-Din wa Itmam al-Ni`mah, menyebutkan dari al-Asbagh ibn Nabatah yang mengatakan dari Ibn `Abbas sebagai berkata bahawa dia mendengar Rasul Allah [sawas] berkata, "Saya, `Ali, al-Hasan, al-Husayn, dan sembilan dari keturunan Husayn adalah disucikan."
14) Al-Saduq telah juga menyebutnya di dalam Ikmal, Ibn Abayah ibn Rab`i mengatakan dari Ibn `Abbas yang berkata bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata: "Saya adalah ketua bagi para Rasul, sedang ‘Ali adalah ketua bagi para wasis."
15) Al-Saduq telah juga menyebutnya di dalam Ikmal satu hadith yang disampaikan oleh Imam al-Sadiq (as) melalui isnad mengatakan bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata: "Allah awj, telah mengutamakan saya dari semua para Rasul yang lain, dan mengutamakan ‘Ali dari semua para wasis, dan mengutamakan dari keturunan ‘Ali, al-Hasan dan al-Husayn, dan memilih dari keturunan al-Husayn wasis yang akan memelihara agama dari diubah oleh pelampau, pendusta yang menyimpang, dan tafsiran yang salah dari mereka yang telah sesat."
16) Al-Saduq, juga di dalam Ikmal, telah menyebut `Ali (as) mengatakan Rasul Allah [sawas] sebagai berkata: "Para Imam selepas saya adalah 12: Yang pertama dari mereka adalah `Ali, dan yang akhir adalah al-Qa'im yang mana melalui beliau Allah awj akan membuka timur dan juga barat alam ini."[2]
17) Al-Saduq telah juga menyebut di dalam Amali sebuah hadith yang panjang yang disampaikan oleh `Ali (as) yang mana Rasul Allah [sawas] telah berkata, "`Ali adalah dari saya, dan saya dari `Ali yang telah dijadikan dari acuan saya; beliau menyelesaikan pertelingkahan manusia mengenai sunnah saya; beliau adalah Amirul Mukminin, ketua yang paling utama diantara semua manusia, dan wasis yang terbaik."
18) Al-Saduq, juga di dalam bukunya Amali, telah menyebutkan satu lagi hadith yang panjang yang disampaikan oleh `Ali (as) yang mana Rasul Allah [sawas] telah berkata: "`Ali adalah Amirul Mukmin menurut dari Wilayat Allah awj, yang mana Dia mengikat ikatan pada ‘ArasyNya dan meminta malaikat menjadi saksinya; `Ali adalah wazir Allah dan bukti [Hujjatullah]; beliau adalah Imam para Muslim."
19) Al-Saduq, juga di dalam bukunya Amali, telah menyebut Ibn `Abbas mengaitkan bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata: "Wahai `Ali! Kamu adalah Imam bagi mereka yang Muslim, Amirul Mukminin, Ketua yang paling utama dari semua manusia, Hujjah Allah selepas saya, dan ketua bagi semua wasis."
20) Al-Saduq, juga di dalam bukunya Amali, telah mengatakan dari Ibn `Abbas yang menyebut dari Rasul Allah [sawas] sebagai berkata: "Wahai `Ali! Kamu adalah pengganti keatas ummah saya, dan kamu kepada saya adalah umpama Seth kepada Adam."
21) Al-Saduq, juga di dalam bukunya Amali, telah menyebut Abu Tharr al-Ghifari sebagai berkata, "Kami berada di dalam kumpulan Rasul Allah [sawas] di dalam masjid apabila baginda berkata: `Seorang lelaki akan masuk melalui pintu ini, beliau adalah Amirul Mukminin dan Imam bagi mereka yang Muslim,' yang mana `Ali ibn Abu Talib masuk, dan Rasul Allah [sawas] menyambut beliau, palingkan mukanya kepada kami dan berkata: `Ini adalah Imam kamu selepas saya.'"
22) Di dalam buku Amali, al-Saduq telah mengatakan dari Jabir ibn `Abdullah al-Ansari yang menyebutkan dari Rasul Allah [sawas] sebagai berkata: "`Ali ibn Abu Talib adalah yang pertama diantara mereka di dalam menerima Islam dan beliau yang paling terpelajar….. Beliau adalah Imam dan pengganti selepas saya."
23) Di dalam buku Amali, al-Saduq telah juga menyebut satu hadith, tepat melalui isnad yang disampaikan oleh Ibn `Abbas yang menyebut Rasul Allah [sawas] sebagai berkata: "O ummah! Perkataan siapa yang lebih baik dari Allah? Tuhan kamu awj telah memerintahkan saya untuk melantik ‘Ali keatas kamu sebagai Imam yang paling utama, sebagai pengganti dan pelaksana wasiat saya, dan bahawa kamu hendaklah menganggap beliau sebagai saudara dan juga wazir saya."
24) Di dalam buku Amali, al-Saduq telah juga menyebut satu hadith, tepat melalui isnad yang disampaikan oleh Abu `Ayyash yang berkata: "Rasul Allah [sawas] suatu ketika naik keatas mimbar dan memberikan khutbah yang mana baginda berkata: `Sepupu saya `Ali adalah juga saudara saya, wazir, pengganti dan yang membayar apa yang tertanggong bagi pihak saya.'"[3]
25) Di dalam bukunya Amali, al-Saduq telah juga menyebut satu hadith, tepat melalui isnad yang disampaikan oleh Amirul Mukminin yang berkata: "Suatu ketika Rasul Allah [sawas] memberikan syarahan yang mana baginda berkata: `O ummah! Bulan Allah telah datang,' dan baginda meneruskan syarahannya pada menyebut kebaikan yang ada pada bulan Ramadan. Saya bertanya: `Wahai Rasul Allah! Apakah amalan yang terbaik di dalam bulan ini?' Baginda menjawab: `Menjauhkan diri dari apa yang Allah telah melarang kamu,' kemudian baginda terus menangis, maka saya bertanya: `Apa yang menyusahkan kamu, Wahai Rasul Allah?' dan baginda menjawab: `Wahai `Ali! Saya bersedih pada perkara terlarang yang dahsyat, yang akan menimpa kamu di dalam bulan yang sama, ‘ sambil menambah, `Kamu adalah wasi saya, bapa kepada keturunan saya, dan pengganti saya keatas ummah saya semasa hidup dan setelah saya wafat; arahan kamu adalah sama seperti arahan saya, dan begitu juga larangan kamu.'"
26) Di dalam bukunya Amali, al-Saduq telah menyebut hadith yang lain yang disampaikan oleh Imam ‘Ali [as] iaitu: "Rasul Allah [sawas] telah berkata: `Wahai `Ali! Kamu adalah saudara saya dan saya kepada kamu; Saya telah dipilih untuk menjadi Rasul sedang kamu dipilih untuk menjadi Imam, saya menjaga penyampaian [al-Quran] sedang kamu menjaga penguatkuasaannya; kamu adalah bapa kepada ummah ini. Wahai ‘Ali! Kamu adalah wasi dan pengganti saya, wazir dan pewaris saya, dan bapa kepada keturunan saya.'"
27) Di dalam bukunya Amali, al-Saduq telah juga menyebut satu hadith yang mana isnadnya adalah sahih seperti yang disampaikan oleh Ibn `Abbas yang berkata: "Ketika Ansar sedang berkumpul dimasjid Quba' Rasul Allah [sawas] berkata: `Wahai `Ali! Kamu adalah saudara saya dan saya kepada kamu; kamu adalah pelaksana wasiat dan juga pengganti saya, dan Imam bagi ummah saya selepas saya: Allah akan membantu sesiapa yang membantu kamu, dan Dia akan menjadi musuh bagi sesiapa yang menyakiti kamu.'"
28) Di dalam bukunya Amali, al-Saduq telah juga menyebut hadith panjang yang disampaikan oleh Ummu Salamah yang mana Rasul Allah [sawas] berkata kepadanya iaitu: "Wahai Ummu Salamah! Dengar dan bersaksilah: Ini `Ali ibn Abu Talib adalah pelaksana wasiat saya, dia adalah pengganti saya, yang mengadili musuh saya dan yang mengawasi Tasik saya [al-Kawthar]."
29) Di dalam bukunya Amali, al-Saduq telah juga menyebut dari Salman al-Farisi yang berkata, "Saya telah mendengar Rasul Allah [sawas] berkata: `O Muhajirun dan Ansar! Haruskan saya membawa kamu kepada yang mana selagi kamu berpegang teguh kepadanya, ia tidak akan membiarkan kamu sesat selepas saya?' Mereka berkata: `Ya wahai Rasul Allah!' Baginda [sawas] berkata: `Ini `Ali adalah saudara saya dan pelaksana wasiat saya, wazir, pewaris dan pengganti saya, beliau adalah Imam kamu; dari itu cintailah beliau sebanyak mana saya mencintai beliau, dan hormatilah beliau sebanyak mana saya menghormatinya, kerana Jibril telah mengarahkan saya untuk mengatakan yang sedemikian kepada kamu.'"
30) Di dalam bukunya Amali, al-Saduq telah juga menyebutkan melalui isnad satu hadith yang dikatakan oleh Zayd ibn Arqam yang mana Rasul Allah [sawas] telah berkata: ‘Haruskan saya membawa kamu kepadanya yang selagi kamu berpegang teguh kepadanya ia akan menyelamatkan kamu dari kebinasaan dan juga sesat? Imam kamu dan juga wali adalah `Ali ibn Abu Talib (as); dari itu sokonglah beliau, dengarkan perundingannya, dan percayalah kepada beliau, kerana Jibril telah mengarahkan saya untuk mengatakan itu kepada kamu."
31) Di dalam bukunya Amali, al-Saduq telah menyebutkan dari Ibn `Abbas yang menyampaikan satu hadith yang mana Rasul Allah [sawas] berkata: "Allah awj telah mengilhamkan kepada saya: `Saya telah pilih dari ummah kamu seorang saudara dan pewaris untuk kamu, pengganti dan pelaksana wasiat kamu.' Saya bertanya: `Wahai Tuhan! Siapakah dia?' Dia menjawab: `Dia adalah yang mencintai saya dan Saya mencintai beliau...,' sehingga Dia berkata di dalam kenyataanNya: `Ia adalah `Ali ibn Abu Talib.'"
32) Di dalam bukunya Amali, al-Saduq telah menyebut dari Ibn `Abbas yang mengatakan satu hadith, yang disampaikan oleh keturunannya dimana Rasul Allah [sawas] berkata: "Semasa isra' saya (perjalanan dimalam hari), Tuhan saya awj, telah berjanji kepada saya bahawa `Ali adalah Imam bagi mereka yang wara’, ketua yang paling utama dari manusia yang terkenal, dan ketua agama."
34) Di dalam bukunya Amali, al-Saduq telah menyebut satu hadith melalui isnad sampai kepada Imam al-Rida (as) yang menyebut dari keturunannya bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata: "`Ali adalah dari saya, dan saya dari `Ali; semoga Allah memerangi mereka yang berperang dengan `Ali; `Ali, sesungguhnya adalah Imam bagi makhluk selepas saya."
35) Abu Ja`fer Muhammad ibn al-Hasan al-Tusi, shaykh madhab, di dalam bukunya Amal menyebut satu hadith yang disampaikan oleh `Ammar ibn Yasir yang mana Rasul Allah [sawas] telah disebutkan memberitahu ‘Ali, "Allah telah menghiaskan kamu dengan cara yang paling disukaiNya: melalui kezuhudan yang sampai keperingkat kamu tidak merasai kehilangan apa-apa dari kenikmatan di dalam kehidupan ini dan Dia telah menganugerahkan kepada kamu dengan cinta kepada yang memerlukan [fakir], menjadikan persahabatan mereka disambut oleh kamu; dari itu tahniah kepada sesiapa yang mencintai kamu dan percaya kepada diri kamu, dan malang bagi mereka yang membenci kamu dan membuat dusta mengenai kamu."
36) Di dalam bukunya Amali, Shaykh al-Saduq telah juga menyebutkan satu hadith melalui isnad sampai kepada `Ali (as) yang telah berkata ketika bersyarah dimimbar Kufa: "O ummah! Rasul Allah [sawas] memberikan kepada saya 10 sifat yang amat saya hargai dari segalanya yang disinari oleh cahaya matahari: Baginda [sawas] telah berkata kepada saya: `Wahai `Ali! Kamu adalah saudara saya di dalam kehidupan ini dan di dalam kehidupan akhirat, dan kamu yang paling rapat kepada saya diantara semua kejadian pada hari dibangkitkan; tempat kediaman kamu disyurga bertentangan dengan saya; kamu adalah pewaris saya, pelaksana wasiat saya selepas saya, berurusan dengan keduanya musuh dan juga kerabat saya, kamu membela keluarga saya bagi pihak diri saya ketika saya tiada; kamu adalah Imam bagi ummah saya; kamu melaksanakan keadilan diantara pengikut saya; kamu adalah sahabat saya, dan sahabat saya adalah sahabat Allah; musuh kamu adalah musuh saya dan musuh saya sudah pastinya musuh Allah.'"
37) Di dalam buku al-Saduq yang bertajuk Al-Nusus `ala al-A'Imma, yang mengandongi teks berkaitan dengan Imam, al-Hasan ibn `Ali (as) telah disebutkan sebagai berkata: "Saya telah mendengar Rasul Allah [sawas] berkata yang berikut kepada bapa saya: `Dan kamu adalah pewaris ilmu pengetahuan saya, intipati penilaian saya, dan Imam selepas saya.'"
38) Juga di dalam kerjanya yang mengandongi teks mengenai Imam, al-Saduq menyebut dari `Umran ibn Hasin yang berkata: "Saya telah mendengar Rasul Allah [sawas] berkata kepada ‘Ali, `Kamu adalah Imam dan pengganti selepas saya.'"
39) Juga di dalam kerjanya yang sama, al-Saduq menyebut dari ‘Ali (as) yang mengatakan Rasul Allah [sawas] berkata kepadanya: "Wahai ‘Ali! Kamu adalah wasi diatas mereka yang telah mati diantara ahli rumah saya, dan khalifa bagi mereka yang hidup diantara ummah saya."
40) Juga di dalam rujukan yang sama yang dinyatakan diatas, al-Saduq menyebut dari al-Husayn ibn `Ali (as) sebagai berkata: "Apabila Allah mewahyukan ayat ini: `Dan mereka yang bersaudara diantara satu dengan yang lain adalah saling lebih berhak di dalam kitab Allah,' Saya bertanya kepada Rasul Allah untuk mentafsirkannya, dan baginda berkata: `Kamu adalah saudara; apabila saya wafat, Bapa kamu ‘Ali adalah lebih layak kepada saya dan kedudukan saya; apabila bapa kamu meninggal, saudara kamu al-Hasan adalah yang paling layak untuknya; dan jika al-Hasan meninggal, maka kamulah yang paling layak untuk kedudukan beliau.'"
Inilah penamat kepada apa yang kami hendak sebutkan di dalam keadaan yang tergesa. Nisbahnya kepada teks yang selebihnya adalah umpama sekuntum bunga dari keseluruhannya, atau setitik air dari lautan; bahkan sebahagian ini pun sudah mencukupi; pujian kepada Tuhan sekelian alam, Wassalam.
Yang benar,
Sh
[1] Sebanyak ini telah mencukupi, disebabkan pada fakta bahawa kami telah sampaikan sebahagian hadith dari punca seperti Amirul Mukminin `Ali ibn Abu Talib (as), `Abdullah ibn `Abbas, `Abdullah ibn Mas`ud, `Abdullah ibn `Umer, Abu Sa`id al-Khudri, Abul-Darda', Abu Hurayrah, Anas ibn Malik, Ma`ath ibn Jabal, yang menyebutkan dari beberapa punca, semuanya mengatakan bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata: "Sesiapa mengajarkan ummah saya 40 hadith berkaitan dengan keagamaannya, Allah akan bangkitkannya pada hari pengadilan di dalam kumpulan faqih dan ulama." Di dalam perkataan yang lain pada hadith yang sama, "Allah akan membangkitkan dia sebagai ulama faqih." Menurut dari Abul-Darda', kenyataan itu dibaca: "Saya akan menjumlahkan dia di dalam syafaat saya pada hari pengadilan, dan dia akan menjadi saksi." Menurut dari Ibn Mas`ud, "Ia akan dikatakan kepadanya: `Masuklah kesyurga dari pintu mana yang kamu suka.'" Menurut dari sampaian `Umer, "... dia akan dijumlahkan bersama para ilmuan, dan dibangkitkan di dalam kumpulan syuhadah." Mencukupi bagi kami di dalam mempelajari 40 hadith ini dan yang lainnya yang terdapat di dalam semua surat kami, kenyataan baginda [sawas], "Allah akan memelihara sesiapa yang mendengar kepada kenyataan saya, memahaminya dan menyampaikan seperti mana yang didengarnya." Dan juga hadith baginda: "Biarlah mereka yang saksi [sunnah saya] sampaikan kepada mereka yang tidak hadir."
[2] Hadith ini dan yang sebelumnya terdapat di dalam Bab apa yang telah disampaikan mengenai Rasul [sawas] berkenaan dengan Qa'im, dan bahawa beliau adalah yang ke dua belas dipertalian Imam; ianya adalah Bab 24 dari Ikmal ad-Din wa Itmam al-Ni`mah, ms 149-167.
[3] Hadith ini bersama dengan yang empat terdahulu, telah disebutkan dari buku al-Saduq Ghayat al-Maram. Ini adalah hadith yang panjang, dan kami sebutkan darinya apa yang mengesahkan kepada penghujahan kami. Berkenaan dengan hadith selepasnya, ianya boleh dijumpai di dalam bab 13 dari Ghayat al-Maram.
SURAT 63
1] SHI’A TEKS DITOLAK SEBAGAI TESTIMONI
2] MENGAPA YANG LAIN MENOLAK DARI MENYEBUTKAN DARI MEREKA?
3] MEMINTA TEKS TAMBAHAN
Safar 3, 1330 H
1) Selagi teks ini tidak disebutkan oleh yang bukan shi’a, sunni tidak terikat untuk menerimanya sebagai testimoni.
2) Jika ianya telah disahkan, mengapa tiada yang lain menyebutkannya?
3) Biarlah kami rujuk hadith yang hanya disampaikan oleh sunni dalam perkara ini, Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 64
1] TEKS DIATAS DISEBUTKAN ATAS PERMINTAAN
2] SAHIH MEMBUKTIKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN MAJORITI
3] TIDAK DISEBUTKAN KERANA TERDAPAT DI DALAM SAHIH KAMI
Safar 4, 1330 H
1) Kami telah mengatakan teks tersebut supaya kamu boleh memahaminya dan juga sebagai balasan dari permintaan kamu.
2) Testimoni kami yang menentang hujah kamu, adalah dari apa yang telah kami sebutkan dari sahih kamu sendiri.
3) Sebab mengapa teks tersebut tidak disebutkan adalah disebabkan perasaan perjudis [memihak], yang kami telah terbiasa dengannya, dari manusia-manusia yang menyimpan dendam kesumat, dan menyembunyikan kebenciannya dari golongan parti Firaun semasa terbitnya fajar Islam, penyembah pihak berkuasa dan pemerintah, yang telah membelanjakan segala-galanya dari kekuatan dan kebendaan untuk menghilangkan sumbangan Ahl al-Bayt dan memadamkan cahaya mereka disetiap benua. Manusia-manusia ini memaksakan orang awam untuk menafikan kemuliaan dan kehormatan melalui kedua-dua cara dan kaedah, pujukan dan ancaman, pertama melalui kekayaan yang ada, dan melalui kedudukan dan kuasa politik adalah yang kedua. Manusia ini menaburkan pemberiannya kepada orang yang menafikan kemuliaan-kemuliaan ini, menolak, mengusir atau bahkan membunuh orang yang percaya kepada Ahl al-Bayt.
Kamu tahu bahawa teks yang berkaitan dengan Imami, dan janji pada kedudukan khalifa, telah disimpan dengan penuh kebimbangan oleh manusia yang takut bahawa teks yang sedemikian boleh mengancam kedudukannya, atau melemahkankan asas kerajaannya. Keselamatan teks ini dari diubah oleh manusia yang sedemikian, atau dari pengikut dan penyokongnya, dan kemampuan teks ini untuk sampai kepada kami melalui banyak punca dan cara, adalah sesungguhnya satu mukjizat yang mengesahkan akan kebenarannya.
Ini disebabkan kepada fakta bahawa manusia yang menafikan status kedudukan Ahl al-Bayt, telah merampas kedudukan yang menjadi hak dan juga anugerah Ilahi kepada mereka, akan menjatuhkan hukuman yang berat terhadap sesiapa yang menunjukkan kecintaannya kepada Ahl al-Bayt. Manusia ini akan mencukur janggut dia, meletakkannya dibelakang keldai dan dipertontonkan dipasar-pasar, dihina, dipukul, dinafikan segala hak kemanusiaan walaupun yang asas; sehinggalah dia kehilangan segala harapan untuk mendapatkan keadilan dari pemerintah yang sedemikian dan akhirnya dia tidak lagi mempunyai kawan dalam masyarakat.[1] Maka jika sesiapa mengatakan yang baik mengenai ‘Ali [as], dia akan dinafikan, dan siksaan akan dikenakan kepadanya; serta hartanya dirampas, dan dia akan dihukum. Berapa banyak lidah yang memuji ‘Ali [as] yang telah dipotong? Berapa banyak mata yang melihat kepada beliau dengan tanda hormat telah dicungkil keluar? Berapa banyak tangan yang menunjukkan kepada beliau telah dipotong? Berapa banyak kaki yang berjalan menuju kepadanya dengan kecintaan telah dikerat? Berapa banyak kediaman pengikutnya yang telah dibakar? Dan berapa banyak dari keluarga mereka yang telah diusir….?
Diantara penyampai hadith dan ‘penyelamat warisan’ adalah orang-orang yang menyembah raja-raja yang zalim, dengan pemerintah-pemerintahnya selain dari menyembah Allah awj, dan orang-orang ini mencari usaha untuk berdampingan dengan manusia zalim ini dengan segala kemampuannya di dalam ilmu pengetahuan, maka segalanya telah diubah suai, mengesahkan akan kesahihan yang ini dan menentang kesahihan yang itu, sama seperti ramai yang kita lihat pada hari ini diantara para shaykh, ulama yang digajikan, dan hakim-hakim yang jahat, berlumba-lumba untuk menyenangkan pemerintah dengan mengesahkan polisi mereka, tidak kira sama ada ianya adil ataupun zalim, mengatakan perundangan mereka adalah betul, tidak kira sama ada ianya benar atau menyeleweng, maka dari itu pemerintah tidak perlu meminta keputusan untuk menyokong kumpulannya atau untuk menghukum lawannya, kerana orang-orang ini telah melakukan menurut kehendaknya dan sama seperti yang dikehendaki oleh polisinya, walaupun jika ini bererti menentang al-Kitab dan Sunnah, dari itu telah melanggar pada pernerimaan ummah, disebabkan dari kesungguhan untuk mempertahankan kedudukan atau disebabkan keinginan untuk mendapatkan kedudukan yang diidamkan. Betapa jauhnya yang memisahkan diantara ini dan itu! Yang terdahulu tidak memberi nilai langsung terhadap kerajaan ini, sedang yang lain amat memerlukan raja-raja ini, oleh kerana orang-orang ini akan menggunakan mereka untuk menentang Allah dan RasulNya. Atas sebab inilah orang-orang ini menikmati kedudukan yang tinggi bersama raja-raja dan pemerintah, dan kata-katanya mendapat perhatian; dari itu kuasa dan kehormatan dimilikinya, dan orang-orang ini amat fanatik terhadap hadith yang benar jika ianya menunjukkan kepada sifat kemuliaan ‘Ali atau Ahl al-Bayt yang lain; maka orang-orang ini akan menolaknya dengan kuat, dan meninggalkannya serta mengatakan penyampainya adalah Rafidi - Rafidi adalah satu kesalahan yang amat berat bagi orang-orang ini di dalam hukumannya. Inilah polisi mereka terhadap hadith yang memuji ‘Ali, terutama jika ianya dipandang tinggi oleh shi’a.
Mengenai orang yang memuji-muji [pengampu], ianya mempunyai rakan di kedudukan yang tinggi disetiap negeri; orang ini akan memuji-muji orang yang berkedudukan itu, dan yang mempunyai pengikut dari ulama sekular akan menyebarkan pandangan mereka, dari kalangan orang-orang yang menunjukan zuhud dan wara’, diantara ketua-ketua dan pemimpin kaum. Apabila ketua dan pemimpin kaum mendengar apa yang orang wara’ itu kata, mengenai penolakannya terhadap hadith yang sahih, ketua dan pemimpin ini akan memegang kata-kata itu seperti ayat yang diwahyukan ilahi, dan akan menyebarkannya kepada manusia awam dan juga yang jahil, maka dia telah menjadi terkenal di dalam setiap negeri dan telah menggunakan kata-katanya sebagai prinsip yang dipegang setiap masa.Terdapat satu lagi kumpulan manusia, pemelihara hadith dikala itu, dan yang telah dipaksakan oleh ketakutan untuk mengabaikan hadith yang memuji ‘Ali dan Ahl al-Bayt [as] Jika manusia yang malang ini ditanyakan mengenai apa yang sipenyanjung katakan mengenai penolakan sunan yang betul, mengandungi sumbangan ‘Ali dan juga Ahl al-Bayt [as], mereka takut, jika mereka memberitahu manusia awam apa yang mereka tahu, pertelingkahan yang membuta tuli dan pekak akan berlaku [yang sia-sia] dari itu mereka terpaksa, disebabkan takut, mencari perlindungan dengan mengalihkan persoalan, kerana ditakuti akan dimarahi oleh sipenyanjung dan oleh mereka yang turut menyebarkannya dan ditakuti juga dari orang-orang yang akan mengulangi kata-katanya seperti burung kakak tua dikalangan manusia awam dan yang jahil.
Raja dan pemerintah mengarah manusia untuk menolak Amirul Mukminin. Yang berkuasa memaksa yang rendah pada melakukannya dengan pertama, pujukan kepada wang, dan dikala yang lain dengan ancaman tentera, dan janji pembalasan yang kejam, maka ini telah memaksakan manusia untuk memperkecilkan keturunan beliau [as], sehinggakan menggambarkan beliau [as] dengan gambaran yang hina di dalam buku mereka, dan menyampaikan hadith yang mana telinga yang mendengar merasa berdosa, menjadikan kutukan terhadap nama beliau [as] dari mimbar satu tradisi yang diikuti oleh Muslim semasa perayaan kedua-dua eid’ dan juga pada khutbah jumaat. Cahaya Allah tidak boleh dipadamkan, dan sumbangan waliNya tidak boleh disembunyikan, jika tidak, tradisi itu tidak akan sampai kepada kami melalui punca dari kedua golongan, tepat dan jelas mengatakan kedudukan khalifa beliau. Tidak ada teks yang lebih mutawatir dari teks yang memuji beliau, dan saya, demi Allah, hairan dengan keutamaan yang Dia telah anugerahkan kepada `Ali ibn Abu Talib, hambaNya dan saudara kepada RasulNya, bagaimana cahayanya telah menembusi awan kegelapan, dan selamat dari ombak yang dahsyat, kini sinarannya menyinari dunia seumpama matahari tegak!
4) Kamu boleh rujuk, sebagai tambahan kepada semua bukti yang kukuh yang kamu telah dengar, kepada teks warisan, kerana ia dengan sendirinya adalah bukti yang tidak boleh disangkal, Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Rujuk pada ms 15, Vol. 3, dari Sharh Nahjul Balaghah oleh Ibn Abul-Hadid, dan kamu akan dapati apakah bencana yang telah menimpa Ahl al-Bayt (as) dan Shi`ah mereka pada ketika itu. Imam al-Baqir (as) telah membuat kenyataan mengenai perkara ini yang kepadanya kami penyelidik merujuk.
[1] Rujuk pada ms 15, Vol. 3, dari Sharh Nahjul Balaghah oleh Ibn Abul-Hadid, dan kamu akan dapati apakah bencana yang telah menimpa Ahl al-Bayt (as) dan Shi`ah mereka pada ketika itu. Imam al-Baqir (as) telah membuat kenyataan mengenai perkara ini yang kepadanya kami penyelidik merujuk.
SURAT 65
MEMINTA HADITH YANG BERKAITAN DENGAN WARISAN
Safar 5, 1330 H
Tolong sampaikan kepada kami hadith warisan seperti yang disampaikan oleh sunni, Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 66
‘ALI ADALAH PEWARIS RASUL
Safar 5, 1330 H
Tidak ada keraguan bahawa Rasul Allah [sawas] telah meninggalkan kepada ‘Ali dengan warisan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan sebanyak mana yang diizinkan oleh Allah awj untuk beliau mewarisi dari RasulNya, sehinggakan Rasul Allah [sawas] berkata: ‘Saya adalah kota ilmu dan ‘Ali adalah pintunya; dari itu sesiapa yang ingin mendapatkan ilmu, biarlah dia datang melalui pintu."[1]
Baginda [sawas] telah berkata: “Saya adalah setor [gedung] kebijaksanaan, dan ‘Ali adalah pintunya…. ‘Ali adalah laluan pada ilmu saya, yang akan mejelaskan selepas saya pengkhabaran yang mana saya dikirimkan, mencintai beliau adalah tanda keimanan yang tulen, dan membencinya adalah hipokrit.” Menurut dari Zayd ibn Abu `Awfah, baginda [sawas] telah berkata kepada ‘Ali iaitu: “Kamu adalah saudara dan pewaris saya;"[2] yang mana ‘Ali telah bertanya: "Dan apakah yang akan kamu wariskan kepada saya?" Baginda [sawas] menjawab: "Apa sahaja Rasul yang sebelum saya wariskan." Di dalam hadith yang lain, baginda [sawas], menurut Buraydah telah berkata: "Pewaris ilmu saya adalah `Ali."[3] Rujuk juga kepada hadith pada hari memberi peringatan. Semasa hidupnya Rasul Allah [sawas], ‘Ali [as] pernah berkata: "Demi Allah, saya adalah saudaranya, pengganti dan sepupu, dan pewaris bagi ilmu pengetahuannya, maka siapakah yang lebih utama untuk semua ini selain dari saya?"[4]
Suatu ketika ‘Ali [as] telah ditanya: "Bagaimana kamu mewarisi sepupu kamu sepatutnya bapa saudara kamu?" Beliau [as] menjawab: "Rasul Allah [sawas] telah mengumpulkan keturunan `Abdul Muttalib, ramai juga, dan setiap seorang dari mereka mempunyai selera yang boleh dikatakan batang pokok boleh dimakan dan minum air yang tidak boleh diminum, dan baginda telah menyediakan untuk mereka satu mudd makanan [lebih kurang satu tiga suku paun]; namun mereka semua makan sehingga kemyang; sedangkan makanan kelihatan seperti tidak disentuh. Kemudian baginda [sawas] berkata: `Wahai keturunan `Abdul-Muttalib! Saya telah dihantar kepada kamu dengan khusus, dan kepada semua manusia umumnya; maka siapakah diantara kamu yang bersumpah menjadi saudara saya, sahabat dan pewaris?' Tiada siapa yang bangun; maka saya bangun walaupun yang paling kecil diantara yang hadir, tetapi baginda [sawas] menyuruh saya duduk. Baginda [sawas] mengulangi kenyataannya kali dua, dan setiap kali hanya saya yang berdiri, dan setiap kali beginda menyuruh saya duduk. Pada kali ketiga, baginda berjabat tangan dengan saya; dari itu saya menjadi pewaris sepupu saya yang sepatutnya adalah bapa saudara saya.'"[5]
Menurut al-Hakim di dalam bukunya Al-Mustadrak,[6] dan al-Thahbi di dalam bukunya Talkhis, yang keduanya telah mengaku akan kesahihannya, Qatham ibn al-`Abbas telah ditanya suatu ketika: "Bagaimana `Ali boleh mewarisi Rasul Allah [sawas] sepatutnya kamu sendiri?" Dia menjawab: "Ianya disebabkan beliau adalah yang pertama diantara kami yang mengikuti baginda, dan bersama dengannya lebih dari setiap seorang dari kami."
Ianya telah diketahui umum bahawa `Ali, sepatutnya bapa saudaranya al-`Abbas atau mana-mana dari keturunan Hashim, adalah pewaris Rasul Allah [sawas]. Mereka menerimanya sebagai fakta, walaupun mereka telah diberitahu akan sebabnya mengapa warisan yang sedemikian telah peruntukkan kepada ‘Ali sahaja, iaitu sepupu Rasul, tidak kepada al-`Abbas, bapa saudaranya, atau kepada bapa saudara yang lain atau kerabat Rasul [sawas]. Atas sebab ini, mereka pernah bertanya kepada `Ali (as) suatu ketika dan di ketika yang lain kepada Qatham, dan yang terkemudian pernah menjawab kepada mereka seperti yang dituliskan diatas, dengan cara yang boleh difahami oleh mereka yang bertanya. Jika tidak, jawapannya adalah bahawa Allah awj, melihat kepada penghuni dunia dan memilih dari diantara mereka Muhammad [sawas] dan meninggikannya sebagai Rasul, kemudian Dia melihat kali kedua dan memilih ‘Ali, dan mengilhamkan kepada Rasulnya [sawas] untuk mengambil beliau sebagai pewaris dan pengganti.
Pada ms 125, Vol. 3, dari buku Al-Mustadrak, al-Hakim, setelah menyebut Qatham mengatakan yang diatas, berkata: "Hakim bagi para hakim [ketua hakim, atau ketua mufti], Abul-Hasan Muhammad ibn Salih al-Hashimi, telah mengatakan kepada saya bahawa dia pernah mendengar Abu `Umer seorang hakim berkata: `Saya mendengar Isma`il ibn Ishaq seorang hakim, setelah diberitahu apa yang Qatham katakan, telah berkata bahawa sesaorang mewarisi yang lain melalui, sama ada pertalian darah atau ketaatan yang ikhlas, dan orang yang berpengetahuan tidak mempertikaikan fakta bahawa [di dalam keadaan yang biasa] sepupu tidak boleh mewarisi jika ada bapa saudaranya [jika bapanya] masih hidup.' Menurut dari penerimaan yang sedemikian, `Ali telah mewarisi pengetahuan Rasul yang sepatutnya diwarisi mereka." Sesungguhnya, rekod peristiwa yang disampaikan secara turutan pada fakta yang demikian, terutama dari punca keturunan yang disucikan, dan mencukupi bagi kami teks wasiat yang jelas sebagai bukti, Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Kami telah sebutkan hadith ini dan beberapa yang sebelumnya di dalam surat No. 48 diatas. Rujuk kepada surat itu kepada hadith no 9, 10 dan 11, dan jangan abaikan ulasan kami.
[2] Kami telah sebutkan hadith tersebut di dalam surat No. 32.
[3] Rujuk kepadanya di dalam surat No. 68 diatas
[4] Kenyataan ini adalah tepat perkataan demi perkataan [verbatim] yang telah disahkan ianya sebagai `Ali. Ianya disebutkan oleh al-Hakim pada ms 126, Vol. 3, dari bukunya Al-Mustadrak melalui penyampaian yang disahkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Al-Thahbi, di dalam bukunya Talkhis al-Mustadrak, telah mengatakan yang sama.
[5] Hadith ini berdiri diatas asas yang kukuh, dan ianya adalah hadith yang panjang. Ianya telah disebutkan oleh al-Diya' al-Maqdisi in his Al-Mukhtara, dan oleh Ibn Jarir di dalam bukunya Tahthib al-Athar. Ianya hadith 6155 pada ms 408, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal. Ianya juga disebutkan oleh al-Nisa'i pada ms 18 dari bukunya Al-Khasa'is al-`Alawiyya, dan ianya disampaikan oleh Ibn Abul-Hadid dari al-Tabari, bukunya Tarikh pada penghujung ulasannya bagi syarahan "qasi`a", ms 255, Vol. 3, dari Sharh Nahjul Balaghah. Rujuk juga pada ms 159, Vol. 1, dari Imam Ahmed ibn Hanbal Musnad dimana kamu akan dapati hadith yang sama menyampaikan maksud ini.
[6] Ianya terdapat pada ms 125 dari jilid ketiga. Ianya juga disebut oleh Ibn Abu Shaybah, dan ianya hadith 6084 pada ms 400, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal.
SURAT 67
DIMANAKAH WASIAT RASUL
Safar 6, 1330 H
Sunnis tidak tahu dengan sebarang wasiat yang ditinggalkan untuk ‘Ali, tidak juga mereka mengetahui akan isi kandongannya; dari itu tolonglah beritahu kami ceritanya, Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 68
TEKS WASIAT
Safar 9, 1330 H
1) Teks mengenai wasiat telah disampaikan secara mutawatir melalui para Imam dari keturunan yang disucikan (as); maka rujuklah kepada apa yang telah dikatakan dalam perkara ini oleh yang lain seperti yang dinyatakan di dalam surat no. 20 yang menyebutkan kenyataan Rasul Allah [sawas] yang memegang ‘Ali pada lehernya dan berkata: "Ini adalah saudara saya dan juga pengganti; dia akan menggantikan saya di dalam berurusan dengan kamu; dari itu dengarlah kepadanya dan patuhlah kepada dia."
Muhammad ibn Hamid al-Razi menyebutkan Salamah al-Abrash, Ibn Ishaq, Abu Rabi`ah al-Ayadi, Ibn Buraydah, berakhir dengan bapa Buraydah mengatakan Rasul Allah [sawas] sebagai berkata: "Untuk setiap Rasul ada pengganti dan pewaris, pengganti dan pewaris saya adalah `Ali ibn Abu Talib."[1] Di dalam bukunya Kabir, dan melalui isnad sampai kepada Salman al-Farisi, al-Tabrani menyebut Salman mengatakan Rasul Allah [sawas] sebagai berkata: "Pengganti saya, yang saya percayai, orang yang terbaik saya tinggalkan dibelakang saya untuk memenuhi janji-janji saya, dan menguatkuasakan agama saya adalah `Ali ibn Abu Talib (as)."[2] Ini adalah teks yang jelas bahawa beliau adalah pengganti, dan testimoni bahawa beliau adalah yang terbaik selepas Rasul [sawas]. Ianya menggandongi arahan yang wajib bahawa beliau hendaklah menggantikan baginda, dan bahawa ummah hendaklah patuh kepada beliau, sebagaimana ianya jelas pada mereka yang bijak.
Abu Na`im al-Hafiz, di dalam bukunya Hilyat al-Awliya',[3] menyebut Anas sebagai berkata bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata kepadanya: "O Anas! Yang pertama untuk memasuki pintu ini adalah Imam bagi yang wara’, ketua bagi Muslim, dan pemimpin agama, penutup bagi pengganti Rasul, dan ketua yang paling wara’ dari manusia yang terkenal." Anas berkata bahawa `Ali yang masuk, dan Rasul Allah [sawas] berdiri dengan keriangan, memelok ‘Ali dan berkata kepadanya: "Kamu akan melaksanakan tanggong jawab saya, menyampaikan arahan saya, dan menjelaskan semuanya yang mana mereka akan berselisih selepas saya."
Al-Tabrani, di dalam bukunya Al-Kabir, menyebutkan dari Abu Ayyub al-Ansari yang mengatakan Rasul Allah [sawas] berkata kepada Fatima suatu ketika iaitu: "Wahai Fatima! Tidakkah kamu tahu bahawa Allah awj, telah melihat kepada penduduk dunia dan memilih bapa kamu dari diantara mereka dan menghantar beginda sebagai RasulNya, kemudian Dia melihat kali kedua dan memilih suami kamu dan mengilhamkan saya untuk mengahwinkan dia kepada kamu dan melantik dia sebagai pengganti saya?"[4]
Lihatlah bagaimana Allah memilih `Ali (as) dari diantara semua penduduk dunia, sejurus selepas memilih diantara manusia penamat RasulNya [sawas], dan lihat bagaimana pemilihan pengganti dilakukan di dalam urutan yang sama pada pemilihan Rasul. Juga lihat bagaimana Allah mengilhamkan kepada RasulNya untuk melakukan upacara perkahwinan dia dan melantik dia sebagai penggantinya. Lihatlah adakah pengganti Rasul yang lain dari wasis Rasul sendiri. Adakah sesuai untuk menolak ketepi [apabila sampai untuk memilih khalifa] seorang yang terbaik dari hamba-hamba Allah, wasi kepada ketua Para Rasul, dan memilih yang lain dari beliau? Adakah sesuai jika seorang yang lain, selain dari beliau, yang harus memerintah Muslim dan menjadikan beliau seorang dari orang awam dan rakyatnya? Adakah mungkin, dengan alasan pertimbangan kemuliaan, bahawa seorang yang dipilih oleh manusia perlu dipatuhi oleh seorang yang dipilih oleh Allah, sama seperti Dia memilih RasulNya? Bagaimana mungkin bahawa keduanya Allah dan RasulNya memilih beliau sedang kita melantik seorang yang lain? "Tidak ada lelaki dan juga wanita yang beriman, setelah Allah dan RasulNya telah menentukan satu perundangan, harus mengamalkan keputusan sendiri di dalam urusan mereka; dan sesiapa yang menentang Allah dan RasulNya pastinya telah sesat dengan nyata (33:36)."
Cerita yang banyak mengatakan bahawa sejurus sahaja mereka yang hipokrit, dengki dan yang berkepentingan telah mengetahui bahawa Rasul Allah [sawas] akan mengahwinkan anak perempuan baginda Fatima al-Zahra', ketua wanita disyurga dan yang hanya sama kepada Mariam (as), kepada `Ali, mereka benar-benar dengki kepada ‘Ali dan betul-betul memberikan perhatian, terutama setelah ramai dari mereka gagal untuk melamarnya.[5] Mereka mengatakan bahawa itu adalah petunjuk terhadap status kedudukan ‘Ali; maka tiada siapa yang mempunyai harapan untuk setanding dengan beliau, malah mereka telah merancangkan suatu helah. Mereka menghantar wanita-wanita mereka kepada ketua wanita didunia ini dan cuba untuk memalingkan dia pada menentang 'Ali. Diantara apa yang dikatakan kepadanya adalah 'Ali miskin dan tidak mempunyai apa-apa dari harta dunia, tetapi dia [as] sedar akan tipu helah dan niat jahat mereka dan begitu juga dengan lelaki mereka. Walaupun dengan semua ini dia [as] tidak menyakiti mereka, sehinggalah kehendak Allah awj terlaksana. Di kala itu barulah dia [as] berhasrat untuk menunjukkan kepada wanita-wanita tersebut status kedudukan yang dinikmati oleh Amirul Mukminin [as] yang mana Allah akan memberi malu kepada musuhnya, dan dia [as] berkata: "Wahai Rasul Allah! Mengapa kamu kahwinkan saya dengan seorang lelaki miskin yang tidak punya wang?" Baginda [sawas] menjawab kepadanya dengan cara yang dikatakan diatas.
Apabila Allah ingin menyebarkan
Kemuliaan yang terlindung dari mata,
Dia memudahkannya kepada yang amat terkenal
Untuk dihajati dan didengki semua.
Al-Khatib menyebutkan dari seorang pengarang yang mana isnadnya telah diterima oleh semua, dan yang amat dihormati iaitu Ibn `Abbas, sebagai berkata: "Apabila Rasul [sawas] melakukan upacara perkahwinan Fatima dan `Ali, Fatima berkata: `Wahai Rasul Allah! Kamu telah kahwinkan saya kepada seorang yang miskin yang tidak mempunyai apa-apa.' Rasul [sawas] berkata kepadanya: `Tidakkah kamu merasa senang bahawa Allah telah memilih dari diantara penduduk dunia dua orang seorang darinya adalah bapa kamu dan yang seorang lagi suami kamu?'"[6] Menyenaraikan kemuliaan ‘Ali, al-Hakim, pada ms 129, Vol. 3, dari bukunya Al-Mustadrak, menyebutkan Sarij ibn Yunus yang mengatakan dari Abu Hafs al-Abar, al-A`mash, Abu Salih, dan berakhir dengan Abu Hurayrah yang menyebutkan dari Fatima (as) sebagai berkata: "Wahai Rasul Allah! Mengapa kamu telah kahwinkan saya kepada seorang miskin yang tidak punya wang?" Baginda [sawas] menjawab: "Wahai Fatima! Tidakkah kamu merasa senang bahawa Allah awj, telah melihat kepada penduduk dunia dan memilih dua orang, satu darinya adalah bapa kamu dan yang satu lagi suami kamu?" Ibn `Abbas juga telah disebutkan sebagai berkata bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata yang berikut kepada Fatima: "Tidakkah kamu merasa senang bahawa saya telah kahwinkan kamu kepada seorang yang pertama diantara semua Muslim yang menerima Islam dan yang telah dianugerahkan dengan banyak pengetahuan? Kamu adalah ketua bagi wanita dari ummah saya; tidakkah kamu merasa senang, wahai Fatima, bahawa Allah telah melihat pada manusia di bumi dan telah memilih dua orang dari diantara mereka: seorang darinya adalah bapa kamu dan yang lain adalah suami kamu?"[7]
Rasul Allah [sawas], bila mana ketua wanita di dunia menderita kesusahan, baginda akan mengingatkan dia akan keutamaan Allah dan itu adalah, bapanya RasulNya, oleh kerana baginda telah mengahwinkan dia kepada yang terbaik dari ummah ini, dari itu telah mententeramkan dia dan menghapuskan dari dadanya apa juga penderitaan yang masa telah bawakan kepadanya. Mencukupi buat kamu untuk testimoni pada perkara ini apa yang Imam Ahmed telah katakan pada ms 26, Vol. 5, dari buku Musnad dimana dia menyebutkan satu hadith yang tertentu yang disampaikan oleh Ma`qil ibn Yasar Yang mana Rasul [sawas] telah dikatakan pergi menziarah Fatima (as) apabila dia jatuh sakit dan berkata kepadanya: "Bagaimana kamu rasakan?" Dia menjawab: "Demi Allah, kesedihan saya telah bertambah, kehendak saya semakin buruk, dan penyakit saya telah terlalu lama." Baginda [sawas] berkata kepadanya: "Tidakkah kamu merasa puas bahawa saya telah mengahwinkan kamu kepada yang pertama di antara ummah saya di dalam menerima Islam, yang dianugerahkan dengan lebih pengetahuan, dan yang penuh kasih sayang?" Cerita mengenai isu ini amatlah banyak, dan tidak ada ruang hendak menuliskan semuanya di dalam surat ini, Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Al-Thahbi telah menyebutkan hadith ini ketika membincangkan biografi Sharik di dalam bukunya Mizan al-I`tidal, memalsukannya dan mengatakan bahawa Sharik tidak akan terima pada menyampaikan hadith yang sedemikian. Dia berkata: "Muhammd ibn Hamid al-Razi tidak boleh dipercayai." Jawapan kami terhadap tuduhan dia adalah bahawa Imam Ahmed ibn Hanbal, Imam Abul Qasim al-Baghwi, Imam Ibn Jarir al-Tabari, seorang Imam bagi kritikan dan penilaian Ibn Ma`in, dan yang lain dari kaliber mereka, semua telah mempercayai Muhammad ibn Hamid dan menyampaikan hadithnya, kerana dia adalah penasihat mereka. Penyampai yang dipercayai seperti al-Thahbi mengakui yang sama di dalam biografi Muhammd ibn Hamid di dalam bukunya Al-Mizan. Orang itu tidak boleh dituduh dengan Rafidi atau Shi`i, tetapi pengkritik adalah yang terdahulu pada al-Thahbi; maka tidak ada sebab pada memulakan tuduhan yang sedemikian mengenai hadith ini.
[2] Hadith ini yang tepat perkataan demi perkataan no 2570 pada penghujung ms 155, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal, dan pengarangnya menyebutnya semula di dalam bukunya Muntakhab al-Kanz; maka rujuk kepada Al-Muntakhab, notakaki pada ms 32, Vol. 5, dari Ahmed: Musnad.
[3] Ianya terdapat pada ms 450, Vol. 2, dari Sharh Nahjul Balaghah, dan kami telah sebutkan di dalam surat No. 48.
[4] Hadith ini perkataan demi perkataan, begitu juga dengan puncanya dan juga di dalam hadith no 2541 pada ms 143, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal, dan ianya disebutkan di dalam Muntakhab al-Kanz juga; maka rujuklah pada yang terkemudian dan baca nota kaki pada ms 31, Vol. 5, dari Ahmed: Musnad.
[5] Ibn Abu Hatim telah menyebut Anas sebagai berkata: "Abu Bakr dan `Umer melamar Fatima dari Rasul, tetapi baginda terus berdiam dan tidak memberitahu mereka apa-apa; maka mereka pergi berjumpa ‘Ali untuk memberitahunya." Ianya juga disampaikan dari Ibn Abu Hatim oleh banyak penyampai yang dipercayai seperti Ibn Hajar pada permulaan Bab 11 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Ramai penyampai yang lain telah menyebutkan sesuatu yang sama dengannya dari Ahmed melalui isnad sampai kepada Anas. Abu Dawud al-Sajistani, seperti yang dikatakan oleh Ibn Hajar di dalam bab 11 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa, ketika membincangkan ayat dua belas, berkata bahawa Abu Bakr melamar Fatima, dan Rasul [sawas] menolaknya; kemudian `Umer melakukan yang sama dan baginda menolaknya juga maka keduanya memberitahu ‘Ali mengenainya. `Ali sendiri telah disebutkan sebagai berkata: "Abu Bakr dan `Umer melamar Fatima dari Rasul Allah [sawas], tetapi baginda menolaknya. `Umer kemudian berkata: `kamu, `Ali, lebih layak untuknya.'" Hadith ini telah disebutkan oleh Ibn Jarir. Al-Dulabi telah menyebutnya, mengesahkan kesahihannya ketika membincangkanketurunan Rasul yang suci, dan ianya hadith no 6007 pada ms 392, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal.
[6] Hadith ini tepat, [verbatim,] dengan rujukan kepada penyampainya, ianya adalah hadith no 5992 pada muka surat 391, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal, di mana pengarangnya mengaku penyampainya adalah dipercayai
[7] Hadith ini tepat [verbatim,] dengan rujukan kepada penyampainya, ianya hadith no 2543 pada ms 153, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal, dimana pengarangnya menyebut dari Ibn `Abbas dan Abu Hurayrah. Al-Tabrani, di dalam bukunya Al-Muttafaq, telah menyampaikan dari al-Khatib yang menyebutnya dari Ibn `Abbas; maka rujuklah pada Al-Muntakhab dan baca baris pertama dari nota kaki pada ms 39, Vol. 5, dari Ahmed: Musnad.
SURAT 69
HUJAH DARI PENENTANG WASIAT
Safar 10, 1330 H
Mereka yang mengikuti Sunnah dan ijmak menafikan wasiat ini kerana apa yang al-Bukhari telah sampaikan di dalam sahihnya dimana dia menyebutkan dari al-Aswad sebagai berkata, "Ianya telah dikatakan kepada `Ayesha, semoga Allah merasa senang dengannya, bahawa Rasul [sawas] telah membuat wasiat mengenai ‘Ali,[1] dan dia menjawab: `Siapa yang mengatakan sedemikian? Saya telah melihat Rasul, ketika saya menyandarkan baginda pada dada saya, apabila dia meminta sebekas air untuk dibawakan kepadanya; saya tak sempat melihat betapa pantasnya dia jatuh dan mati; maka bagaimana dia boleh membuatkan wasiat untuk ‘Ali?"[2] Di dalam rujukan yang sama, pengarang menyebut punca yang lain mengatakan ‘Ayesha sebagai berkata, "Rasul Allah menghembuskan nafasnya yang akhir diantara perut dan dagu saya," dan dia kerap disebutkan sebagai berkata, "Dia mati bersandar di dada saya," dan dia mungkin ada berkata: "Dia mati ketika kepalanya diatas peha saya."[3] Maka jika ada wasiat, dia pasti telah mengetahui mengenainya. Di dalam sahih Muslim, pada tajuk wasiat pada muka surat 14, Vol. 2, pengarang telah menyebut `Ayesha sebagai berkata, "Rasul Allah [sawas] tidak meninggalkan dinar mahu pun dirham, tidak juga unta jantan atau unta betina, tidak juga dia meninggalkan apa-apa wasiat." Di dalam kedua-dua sahih, di dalam tajuk mengenai wasiat, Talhah ibn Masrif telah disebut sebagai berkata, "Saya tanya kepada `Abdullah ibn Abu `Awfah: `Adakah Rasul meninggalkan sebarang wasiat?' Dia menjawab: `Tidak.' Saya tanya kepada dia: `Bagaimana dia menyuruh manusia menulis wasiat mereka sedangkan dirinya tidak melakukannya?' Dia menjawab `Wasiatnya adalah Kitab Allah.'" Oleh kerana hadith ini lebih sahih dari yang kamu telah nyatakan, dan termasuk di dalam kedua-dua sahih, sedangkan yang kamu nyatakan tidak, ianya boleh diketengahkan sebagai hujah yang tidak boleh dipertikaikan, Wassalam.
Yang benar,
S
[1] Hadith ini telah disebutkan oleh al-Bukhari di dalam tajuknya "Al-Wasaya (wasiat)," ms 83, Vol. 2, dari Sahih, dan di dalam bab sakit dan matinya Rasul [sawas], ms 64, Vol. 3, pada buku yang sama. Ianya disebutkan oleh Muslim pada ms 64, Vol. 3, dari Sahih, dan juga disebutkan oleh Muslim di dalam tajuk wasiat Rasul pada ms 14, Vol. 2, dari Sahih.
[1] Hadith ini telah disebutkan oleh al-Bukhari di dalam tajuknya "Al-Wasaya (wasiat)," ms 83, Vol. 2, dari Sahih, dan di dalam bab sakit dan matinya Rasul [sawas], ms 64, Vol. 3, pada buku yang sama. Ianya disebutkan oleh Muslim pada ms 64, Vol. 3, dari Sahih, dan juga disebutkan oleh Muslim di dalam tajuk wasiat Rasul pada ms 14, Vol. 2, dari Sahih.
[2] Kamu mungkin juga sudah tahu bahawa kedua shaykh dengan sengaja menyatakan hadith ini ketika membincangkan wasiat Rasul kepada ‘Ali, bagi mereka yang menyatakan pada ketika itu bahawa Rasul telah meninggalkan wasiat kepada ‘Ali masih belum berpisah dari kumpulan ummah. Mereka adalah dari golongan sahabat atau tabiin, yang mempunyai keberanian untuk mendedahkan apa yang akan membuat ibu kaum muslimin tidak senang hati dan akan menentang politik diketika itu; atas sebab ini, dia semoga Allah merasa senang dengannya, telah merasa amat gementar apabila dia mendengar hadith mereka. Reaksi sebegitu boleh dilihat di dalam kenyataannya sendiri ketika menjawab, kenyataannya yang amat lemah ketika menjawab. Imam al-Sindi, di dalam komennya pada hadith ini di dalam sunan al-Nisai, seperti yang terdapat di dalam muka surat 241, Vol. 6 (the Egyptian Press at al-Azhar), telah berkata: "Adalah amat jelas hadith yang sedemikian [oleh ibu kaum muslimin `Ayesha] tidak menafikan adanya wasiat sebelum dari kenyataan dia, tidak juga ianya membuktikan bahawa baginda [sawas] telah mati serta merta dengan tidak dapat meninggalkan wasiat atau terfikir untuk melakukannya, oleh kerana baginda telah tahu penghujungnya telah sampai walaupun sebelum baginda jatuh sakit, kemudian baginda sakit untuk berhari-hari...," sehinggalah kepada penghujung kenyataannya. Jika kamu teliti kenyataan ini, kamu akan dapati ianya mempunyai hujah yang kuat juga.
[3] Kenyataannya "Dia mati didada saya," dan "Dia mati diantara perut dan dagu saya," telah dirakamkan di dalam bab mengenai sakit dan matinya [sawas] di dalam sahih al-Bukhari. Mengenai kenyataanya "Dia mati sedang kepalanya pada peha saya," ini terdapat pada bab lain yang mana pengarangnya membincangkan sakit dan matinya tanpa ada bab campuran.
SURAT 70
1] WASIAT TIDAK BOLEH DISANGKAL
2] MENGAPA MENAFIKANNYA
3] HUJAH PENENTANG TIDAK KUKUH
4] AKAL FIKIRAN DAN INTELEK MEMERLUKANNYA
Safar 11, 1330 H
1) Wasiat Rasul mengenai ‘Ali tidak boleh disangkal, kerana tidak ada keraguan bahawa baginda mempercayai beliau, setelah mewariskan kepada beliau ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan baginda, seperti yang dinyatakan di dalam surat 66 diatas, untuk memandikan jasadnya, mengkafankan dan mengkebumikannya,[4] dan membayarkan apa yang tertanggong, melaksanakan janji-janji baginda bagi pihak dirinya, membayar segala hutang-hutang baginda,[5] dan menjelaskan kepada manusia selepas baginda apa sahaja perkara yang mereka pertikaikan mengenai arahan dan perundangan Allah awj.[6] Baginda juga mengamanahkan ummah untuk mengambil ‘Ali [as] sebagai pengganti baginda [sawas],[7] saudara,[8] bapa kepada keturunan baginda,[9] wazir baginda,[10] yang dipercayai,[11] pelaksana wasiatnya,[12] wakil baginda,[13] pintu kepada ilmu pengetahuannya, menurut kepada hadith no. 9 dinyatakan di dalam surat 48 diatas, pintu kepada kebijaksanaan baginda, menurut hadith no. 10 dinyatakan di dalam surat 48, pintu keampunan bagi ummahnya, menurut hadith no 14, yang dinyatakan di dalam surat 48 diatas, penjagaan dan bahtera keselamatan, seperti pengakuan dari hadith yang kami sebutkan di dalam surat 8 diatas. Patuh kepada ‘Ali adalah sama pentingnya seperti patuh kepada Rasul sendiri: engkar kepada beliau adalah dosa yang sama seperti engkar kepada Rasul menurut hadith no 16 yang dinyatakan di dalam surat 48 dan juga menurut dari yang lain. Mengikuti beliau adalah sama seperti mengikuti Rasul; meninggalkan beliau adalah meninggalkan Rasul, menurut hadith no 17 yang disebutkan di dalam surat 48 diatas dan menurut dari yang lain, bahawa baginda [sawas] berbaik dengan sesiapa yang berbaik dengan beliau, dan baginda adalah musuh bagi sesiapa yang bermusuhan dengan beliau,[14] sahabat bagi sesiapa yang bersahabat dengan beliau dan musuh bagi sesiapa yang menyakiti beliau;[15] sesiapa yang mencintai beliau dicintai Allah dan RasulNya, dan sesiapa yang membencinya, begitu juga telah membenci kepada Allah dan RasulNya, menurut hadith no 19, 20 dan 21 yang dinyatakan di dalam surat 48 diatas dan juga menurut yang lain. Sesiapa berbaik dengan beliau telah berbaik dengan mereka berdua, dan sesiapa menyakiti beliau sesungguhnya telah menyakiti mereka berdua, menurut dari hadith 23 yang disebutkan di dalam surat yang sama; sesiapa yang mecederakan beliau telah mencederakan mereka juga;[16] sesiapa yang menolak beliau sesungguhnya telah menolak keduanya, Allah dan Rasul [sawas] menurut pada hadith 18 yang dinyatakan pada surat 48 diatas, dan menurut yang lain. Beliau adalah Imam bagi yang beriman dan penghapus bagi yang durjana; sesiapa yang menyokong beliau sesungguhnya telah disokong Ilahi, dan sesiapa yang mengkhianati beliau telah dikhianati oleh Allah, menurut dari hadith pertama yang dinyatakan di dalam surat yang sama dan begitu juga yang lain; Beliau adalah ketua bagi Muslim dan Imam bagi yang beriman, pemimpin bagi yang wara’ diantara mereka-mereka yang terkenal, menurut dari hadith 2, 3, 4, dan 5 di dalam surat 48; Beliau adalah panji-panji petunjuk, Imam bagi hamba-hamba Allah, rumah api bagi sesiapa yang mematuhi perintah Allah, Perkataan yang mana Allah telah perintahkan kepada yang wara’, menurut pada hadith 6 di dalam surat yang sama dan juga menurut yang lain; beliau adalah Siddiq yang utama, Faruq ummah, ketua bagi yang beriman, menurut dari hadith 7 di dalam surat yang sama dan menurut yang lain. Status beliau adalah seperti Quran yang agung dan Ahl Dzikir.[17] Beliau kepada Rasul adalah sama seperti kedudukan Harun pada perbandingan dengan Musa, seperti yang dijelaskan di dalam surat No. 26, 28, 30, 32, dan 34, dan status Rasul dengan Tuhannya, menurut hadith 13 dari surat 48, dan menurut yang lainnya, dan seperti kedudukan kepala pada badan, menurut pada hadith yang disebutkan pada surat 50 dan pada yang lain, yang mana kami telah rujukan kepada kamu, dengan mengesyorkan supaya kamu melihat kepada ulasan kami. Beliau adalah umpama diri baginda [sawas] menurut dari ayat Mubahala dan kepada hadith yang disebutkan oleh Ibn `Awf yang disebutkan semula di dalam surat 50. Allah awj telah melihat kepada penduduk dunia dan memilih beliau dari diantara mereka seperti yang jelas di dalam tradisi yang kami telah sebutkan di dalam surat 68. Mencukupi bagi kamu perjanjian pada berdirinya di hari Arafat semasa Haji Perpisahan, bahawa tiada siapa yang boleh melaksanakan tanggong jawab Rasul selain dari Rasul sendiri atau ‘Ali,[18] sehinggalah sampai kepada penghujung dari yang begitu banyak kemuliaan yang mana tiada siapa yang boleh mengakui selain dari diri seorang wasi, dan juga mereka yang menikmati status tertentu dengan Rasul; dari itu bagaimana seorang yang bijak boleh menafikan wasiat Rasul, atau tidak terlihat olehnya, selain dari mereka yang berkepentingan? Apakah dia wasiat selain dari mengamanahkan sesaorang dengan sesuatu perkara?
2) Mengenai dengan pengikut empat kumpulan [madhab], sesiapa yang menafikan dari diantara mereka, telah melakukannya, disebabkan pada fikiran mereka dengan menerimanya akan merosakkan kesahihan khalifa ketiga-tiga Imam.
3) Kami tidak boleh menerima hujah mereka hanya kerana ianya berasaskan kepada apa yang al-Bukhari dan yang lain katakan. Mereka menyebutkan dari Talhah ibn Masrif sebagai berkata: "Saya tanya `Abdullah ibn Abu `Awfah: `Adakah Rasul meninggalkan apa-apa wasiat?' Dia menjawab: `Tidak.' Saya bertanya: `Bagaimana baginda mengarah manusia untuk menulis wasiat mereka sedang baginda sendiri tidak melakukannya?' Dia menjawab: `Wasiat baginda adalah kitab Allah.'" Hadith ini tidak disahkan dari punca kami; ianya adalah pemalsuan yang diadakan oleh ahli politik tertentu. Walaupun begitu, sahihs dari keturunan yang disucikan adalah mutawatir mengenai isu wasiat; maka biarlah segala teks yang bertentangan dengan mereka diabaikan.
4) Malah isu wasiat tidak memerlukan kepada sebarang penghujahan disebabkan oleh alasan [logik] dan akal fikiran.
Jika sesuatu memanjang [dalam masa yang lama], ianya berdiri dengan sendiri – dalam bentuk dan warna;
Yang pasti matahari akan menghilangkan semuanya yang palsu.
Mengenai dengan sampaian al-Bukhari dari Ibn Abu `Awfah yang mengatakan bahawa Rasul [sawas] telah meninggalkan kitab Allah sebagai wasiatnya, adalah satu kenyataan yang ekornya telah dipotong, kerana baginda [sawas], telah mengutarakan kepada ummahnya untuk berpegang kepada Perkara yang Berat serentak, memberi amaran akan bahaya sesat jika tidak melakukannya, memberitahu bahawa mereka tidak akan berpisah sehinggalah mereka bertemu dengan baginda di Tasik. Sahih kami dalam perkara ini telah disampaikan secara turutan [mutawatir] dari punca keturunan yang disucikan; maka rujuklah kepada sahih lain yang kami telah sebutkan di dalam surat No. 8 dan 54, Wassalam.
Yang benar,
Sh
[4] Pada ms 66, Bahagian 2, Vol. 2, dari buku Tabaqat, Ibn Sa`d menyebut `Ali sebagai berkata: "Rasul [sawas] telah mengarahkan bahawa tiada siapa selain dari saya yang boleh memandikan jasadnya." Keduanya Abul Shaykh dan Ibn al-Najjar, seperti yang dinyatakan pada ms 54, Vol. 4, dari Kanz al-`Ummal, menyebut `Ali (as) sebagai berkata: "Rasul Allah [sawas] telah mengarah kepada saya dengan berkata: `Apabila saya mati, mandikan saya dan gunakan tujuh bekas air dari kulit." Ibn Sa`d, ketika membincangkan memandikan jasad Rasul [sawas] pada ms 63, Bahagian 2, Vol. 2, dari Tabaqat, menyebutkan `Abdul-Wahid ibn Abu `Awanah sebagai berkata bahawa Rasul jatuh sakit sebelum baginda wafat, baginda berkata: "Wahai `Ali! Kamu hendaklah memandikan saya apabila saya meninggal." `Ali berkata: "Saya lakukan, mandikan baginda, dan setiap bahagian dari tubuhnya bertindak pada sentuhan saya." Keduanya al-Hakim, pada ms 59, Vol. 3, dari Al-Mustadrak, dan al-Thahbi di dalam Talkhis, menyebut `Ali sebagai berkata: "Saya mandikan jasad Rasul Allah, dan saya tunggu untuk melihat kesan kematian diatas tubuh baginda, tetapi saya dapati tiada perubahan: bau tubuh baginda ketika mati sama wanginya seperti bau tubuh baginda ketika hidup." Hadith ini disebutkan oleh Sa`id ibn Mansur di dalam buku tradisinya, oleh al-Marwazi di dalam buku Jana'iz, oleh Abu Dawud di dalam bukunya Marasil, oleh Ibn Mani`, Ibn Abu Shaybah di dalam buku tradisinya, dan ianya hadith number 1094, pada ms 54, Vol. 4, dari Kanz al-`Ummal. Al-Bayhaqi, di dalam buku tradisinya, telah menyebut Abdullah ibn al-Harith sebagai berkata: "`Ali memandikan jasad Rasul [sawas] sedang tubuh baginda ditutupi oleh baju baginda," dan ianya number 1104, ms 55, Vol. 4, dari Kanz al-`Ummal, dan Ibn `Abbas telah disebutkan sebagai berkata: "`Ali mempunyai 4 kerekter yang orang lain tidak ada: Beliau adalah yang pertama untuk bersolat dengan Rasul Allah [sawas]; beliau bersama baginda di dalam semua kempen peperangannya; beliau tinggal bersama baginda apabila semua yang lain lari menyelamatkan diri, dan beliau yang menguruskan permandian jasad baginda dan meletakkannya kedalam kubur." Ini disebutkan oleh Ibn `Abd al-Birr di dalam biografi ‘Ali dari buku Isti`ab, dan oleh al-Hakim pada ms 111, Vol. 3, dari Al-Mustadrak. Dia juga menyebut dari Abu Sa`id al-Khudri sebagai berkata bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata kepada `Ali: "Wahai`Ali! Kamulah yang akan memandikan saya, bayarkan hutang saya, dan masukkan saya kedalam kubur." Ini telah disebutkan oleh al-Daylami, juga, dan ianya adalah hadith number 2583, ms 155, Vol. 4, dari Kanz al-`Ummal. `Umer telah disebut sebagai berkata bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata kepada `Ali (as) suatu ketika: "Kamu hendaklah memandi dan mengkebumikan saya," menurut dari hadith pada ms 393, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal. Di nota kaki pada ms 45, Vol. 5, dari Ahmed: Musnad, `Ali telah disebutkan sebagai berkata: "Saya telah mendengar Rasul Allah [sawas] berkata: `Saya telah diberikan 5 dari dari apa yang saya hajati mengenai `Ali, yang mana tidak pernah diberikan kepada mana-mana Rasul sebelum itu mengenai sesiapa sahaja. Yang pertama adalah baliau yang akan membayar hutang-hutang saya dan mengkebumikan jasad saya...," sehingga selesai dari hadith yang disebut pada permulaan ms 403, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal. Dan apabila jasad baginda diletakkan pada katil dan manusia berhasrat untuk menunaikan solat jenazah, `Ali berkata: "Tiada siapa boleh menjadi Imam di dalam menunaikan solat tersebut, kerana Rasul Allah adalah Imam kamu ketika hidup dan mati." Manusia masuk kedalam berkumpulan dan berdiri menunaikan solat jenazah di dalam barisan tanpa Imam. Mereka akan memulakan takbir dan `Ali berdiri hampir dengan tubuh Rasul Allah [sawas] dengan berkata: "Keamanan keatas kamu, Wahai Rasul, serta rahmat dan kesejahteraan Allah; kami menjadi saksi, Wahai Tuhan yang Perkasa, bahawa baginda telah sampaikan apa yang Kamu telah wahyukan kepada baginda, memberikan nasihat kepada ummahnya, dan berjuang di jalan Allah sehingga Dia yang maha Tinggi, yang Esa, meninggikan agamaNya dan misi baginda telah terlaksana. Wahai Tuhan! Masukkanlah kami diantara mereka yang mengikuti apa yang kamu telah wahyukan kepada baginda, jadikan kami kuat di dalam apa yang kami yakini, dan satukan ruh kami di dalam kumpulan baginda," dan manusia akan membalas dengan "Amin, Amin." Ini berterusan sehingga semua lelaki, kemudian wanita, kemudian kanak-kanak, menunaikannya. Hadith ini perkataan demi perkataan [verbatim] telah disebutkan oleh Ibn Sa`d di dalam perbincangannya, bagaimana Rasul telah diberikan mandi jenazah di dalam bukunya Tabaqat. Yang pertama masuk untuk memberikan penghormatan adalah keturunan Hashim, kemudian Muhajirun, kemudian Ansar, kemudian yang lainnya. Orang pertama untuk melakukan solat jenazah pada ruhnya yang telah pergi adalah `Ali dan al-`Abbas yang berdiri sebelah menyebelah dan melakukan lima takbirs.
[4] Pada ms 66, Bahagian 2, Vol. 2, dari buku Tabaqat, Ibn Sa`d menyebut `Ali sebagai berkata: "Rasul [sawas] telah mengarahkan bahawa tiada siapa selain dari saya yang boleh memandikan jasadnya." Keduanya Abul Shaykh dan Ibn al-Najjar, seperti yang dinyatakan pada ms 54, Vol. 4, dari Kanz al-`Ummal, menyebut `Ali (as) sebagai berkata: "Rasul Allah [sawas] telah mengarah kepada saya dengan berkata: `Apabila saya mati, mandikan saya dan gunakan tujuh bekas air dari kulit." Ibn Sa`d, ketika membincangkan memandikan jasad Rasul [sawas] pada ms 63, Bahagian 2, Vol. 2, dari Tabaqat, menyebutkan `Abdul-Wahid ibn Abu `Awanah sebagai berkata bahawa Rasul jatuh sakit sebelum baginda wafat, baginda berkata: "Wahai `Ali! Kamu hendaklah memandikan saya apabila saya meninggal." `Ali berkata: "Saya lakukan, mandikan baginda, dan setiap bahagian dari tubuhnya bertindak pada sentuhan saya." Keduanya al-Hakim, pada ms 59, Vol. 3, dari Al-Mustadrak, dan al-Thahbi di dalam Talkhis, menyebut `Ali sebagai berkata: "Saya mandikan jasad Rasul Allah, dan saya tunggu untuk melihat kesan kematian diatas tubuh baginda, tetapi saya dapati tiada perubahan: bau tubuh baginda ketika mati sama wanginya seperti bau tubuh baginda ketika hidup." Hadith ini disebutkan oleh Sa`id ibn Mansur di dalam buku tradisinya, oleh al-Marwazi di dalam buku Jana'iz, oleh Abu Dawud di dalam bukunya Marasil, oleh Ibn Mani`, Ibn Abu Shaybah di dalam buku tradisinya, dan ianya hadith number 1094, pada ms 54, Vol. 4, dari Kanz al-`Ummal. Al-Bayhaqi, di dalam buku tradisinya, telah menyebut Abdullah ibn al-Harith sebagai berkata: "`Ali memandikan jasad Rasul [sawas] sedang tubuh baginda ditutupi oleh baju baginda," dan ianya number 1104, ms 55, Vol. 4, dari Kanz al-`Ummal, dan Ibn `Abbas telah disebutkan sebagai berkata: "`Ali mempunyai 4 kerekter yang orang lain tidak ada: Beliau adalah yang pertama untuk bersolat dengan Rasul Allah [sawas]; beliau bersama baginda di dalam semua kempen peperangannya; beliau tinggal bersama baginda apabila semua yang lain lari menyelamatkan diri, dan beliau yang menguruskan permandian jasad baginda dan meletakkannya kedalam kubur." Ini disebutkan oleh Ibn `Abd al-Birr di dalam biografi ‘Ali dari buku Isti`ab, dan oleh al-Hakim pada ms 111, Vol. 3, dari Al-Mustadrak. Dia juga menyebut dari Abu Sa`id al-Khudri sebagai berkata bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata kepada `Ali: "Wahai`Ali! Kamulah yang akan memandikan saya, bayarkan hutang saya, dan masukkan saya kedalam kubur." Ini telah disebutkan oleh al-Daylami, juga, dan ianya adalah hadith number 2583, ms 155, Vol. 4, dari Kanz al-`Ummal. `Umer telah disebut sebagai berkata bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata kepada `Ali (as) suatu ketika: "Kamu hendaklah memandi dan mengkebumikan saya," menurut dari hadith pada ms 393, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal. Di nota kaki pada ms 45, Vol. 5, dari Ahmed: Musnad, `Ali telah disebutkan sebagai berkata: "Saya telah mendengar Rasul Allah [sawas] berkata: `Saya telah diberikan 5 dari dari apa yang saya hajati mengenai `Ali, yang mana tidak pernah diberikan kepada mana-mana Rasul sebelum itu mengenai sesiapa sahaja. Yang pertama adalah baliau yang akan membayar hutang-hutang saya dan mengkebumikan jasad saya...," sehingga selesai dari hadith yang disebut pada permulaan ms 403, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal. Dan apabila jasad baginda diletakkan pada katil dan manusia berhasrat untuk menunaikan solat jenazah, `Ali berkata: "Tiada siapa boleh menjadi Imam di dalam menunaikan solat tersebut, kerana Rasul Allah adalah Imam kamu ketika hidup dan mati." Manusia masuk kedalam berkumpulan dan berdiri menunaikan solat jenazah di dalam barisan tanpa Imam. Mereka akan memulakan takbir dan `Ali berdiri hampir dengan tubuh Rasul Allah [sawas] dengan berkata: "Keamanan keatas kamu, Wahai Rasul, serta rahmat dan kesejahteraan Allah; kami menjadi saksi, Wahai Tuhan yang Perkasa, bahawa baginda telah sampaikan apa yang Kamu telah wahyukan kepada baginda, memberikan nasihat kepada ummahnya, dan berjuang di jalan Allah sehingga Dia yang maha Tinggi, yang Esa, meninggikan agamaNya dan misi baginda telah terlaksana. Wahai Tuhan! Masukkanlah kami diantara mereka yang mengikuti apa yang kamu telah wahyukan kepada baginda, jadikan kami kuat di dalam apa yang kami yakini, dan satukan ruh kami di dalam kumpulan baginda," dan manusia akan membalas dengan "Amin, Amin." Ini berterusan sehingga semua lelaki, kemudian wanita, kemudian kanak-kanak, menunaikannya. Hadith ini perkataan demi perkataan [verbatim] telah disebutkan oleh Ibn Sa`d di dalam perbincangannya, bagaimana Rasul telah diberikan mandi jenazah di dalam bukunya Tabaqat. Yang pertama masuk untuk memberikan penghormatan adalah keturunan Hashim, kemudian Muhajirun, kemudian Ansar, kemudian yang lainnya. Orang pertama untuk melakukan solat jenazah pada ruhnya yang telah pergi adalah `Ali dan al-`Abbas yang berdiri sebelah menyebelah dan melakukan lima takbirs.
[5] Kenyataan dalam perkara ini telah disampaikan secara turutan dari keturunan yang suci [as] Mencukupi bagi kamu apa yang disebutkan di dalam Al-Kabir oleh al-Tabrani dari Ibn `Umer, dan oleh Abu Ya`li di dalam buku Musnad dari `Ali (as). Yang pertama menyebut satu hadith tertentu yang mana Rasul Allah [sawas] telah berkata: "Wahai `Ali! Kamu adalah saudara dan wazir saya, dan kamu akan membayar hutang saya bagi pihak saya, memenuhi janji-janji saya, dan tenangkan jiwa saya." Kamu boleh jumpa hadith ini pada ms 155, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal yang dinyatakan oleh Ibn `Umer. Pada ms 404, Vol. 6, pada rujukan yang sama, `Ali (as) telah disebut mengatakan yang sama. Ramai telah menyebutkan al-Buwaisiri berkata bahawa penyampai hadith ini semuanya dipercayai. Ibn Mardawayh dan al-Daylami, seperti dinyatakan pada ms 155, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal, menyebut Salman al-Farisi berkata bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata: "`Ali ibn Abu Talib menunaikan janji-janji saya bagi pihak diri saya, dan beliau membayar hutang-hutang saya." Al-Bazzaz, seperti yang dinyatakan pada ms 153, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal, menunjukan yang sama. Ianya juga disebut oleh Imam Ahmed ibn Hanbal pada ms 164, Vol. 4, di dalam Musnad dari Habashi ibn Janadah yang berkata "Saya telah mendengar Rasul Allah [sawas] berkata: `Tiada siapa membayar hutang saya melainkan saya atau `Ali.'" Ibn Mardawayh, seperti yang dinyatakan pada ms 401, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal, menyebut `Ali (as) sebagai berkata bahawa apabila ayat "Dan ingatkan kerabat terdekat " telah diwahyukan, Rasul Allah [sawas] berkata: "`Ali membayar hutang-hutang saya, dan menunaikan janji-janji bagi pihak diri saya." Sa`d berkata bahawa pada hari Juhfa, Rasul Allah [sawas], setelah memegang tangan `Ali dan memberi syarahan, memuji dan membesarkan Allah, kemudian baginda berkata: "O ummah! Saya adalah wali kamu." Mereka berkata: "Kamu telah mengatakan yang benar, Wahai Rasul Allah." Kemudian Baginda mengangkat tangan ‘Ali dan berkata: "Ini telah dipilih untuk menjadi wali saya; beliau akan membayar hutang saya bagi pihak diri saya." Qatdah telah disebutkan sebagai berkata, "`Ali telah melaksanakan selepas Rasul [sawas] beberapa tugas [bagi pihak diri Rasul] satu darinya dikatakan membayar hutang [jumlah hutang] 500 000 dirhams." `Abdul-Razzaq telah ditanya: "Adakah Rasul [sawas] meninggalkan wasiat dalam perkara ini?" Dia menjawab: "Ya; saya tidak merasa ragu sama sekali bahawa Rasul [sawas] ada meninggalkan wasiat kepada `Ali; jika tidak tiada siapa yang akan membenarkan beliau membayar semua hutang Rasul sendiri." Hadith ini telah disebutkan oleh pengarang Kanz al-`Ummal pada ms 60, Vol. 4, yang nombernya 1170.
[6] Teks yang sahih semuanya telah mengatakan bahawa baginda [sawas] telah memberi amanah kepada `Ali (as) untuk menjelaskan pada ummahnya apa saja perkara yang meragukan yang mana mereka pertikaikan selepas baginda. Mencukupi buat kamu hadith no. 11 dan 12 yang disebutkan dalam surat No. 48, sebagai tambahan kepada apa yang kami telah sebutkan, begitu juga dengan yang lain yang kami tidak sebutkan kerana ianya telah diketahui umum.
[7] Ini telah diterangkan di dalam surat 36, 40, 54, dan 56 di atas.
[8] Persaudaraan diantara Rasul dan wasinya adalah mutawatir, dan mencukupi bagi kamu sebagai bukti terhadap kesahihannya apa yang kami telah sebutkan di dalam surat No. 32 dan 34.
[9] Beliau sebagai bapa kepada keturunan baginda telah difahami. Baginda [sawas] telah berkata kepada `Ali (as): "Kamu adalah saudara saya, dan bapa kepada keturunan saya; kamu akan berperang untuk sunnah saya." Hadith ini telah disebutkan oleh Abu Ya`li di dalam Musnad, seperti yang dinyatakan pada ms 404, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal, dan penyampainya semua dipercayai seperti yang diterima oleh al-Busairi. Ianya juga telah disebutkan di dalam Ahmed: Manaqib, seperti yang tersebut pada penghujung seksen 2, bahagian 9, ms 74, dari buku Ibn Hajar Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Baginda [sawas] juga telah berkata: "Allah telah meletakkan keturunan setiap Rasul pada tempat peranakkannya, dan Dia telah meletakkan keturunan saya pada `Ali ." Hadith ini telah disebutkan oleh al-Tabrani di dalam Al-Kabir seperti yang disampaikan oleh Jabir, dan oleh al-Khatib di dalam Tarikh dari Ibn `Abbas. Ianya hadith number 2510, ms 152, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal. Dan baginda [sawas] telah berkata: "Semua keturunan dari wanita kepunyaan kepada yang lelaki melainkan Fatima, kerana saya adalah wali dan bapa mereka." Ini telah disebutkan oleh al-Tabrani dari al-Zahra' (as) dan terjumlah diantara hadith yang disebutkan oleh Ibn Hajar di dalam seksen 2, bahagian 11, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa, ms 112. Ianya juga disebutkan oleh al-Tabrani dari Ibn `Umer seperti yang dirujuk di muka surat yang sama. Al-Hakim menyebut sesuatu yang sama seperti ini dimuka surat 164, Vol. 3, dari Al-Mustadrak, dengan menambah: "Penyampai hadith ini boleh dipercayai, walaupun mereka [Bukhari dan Muslim] tidak merakamnya." Baginda [sawas] telah berkata pada satu hadith yang disebutkan oleh al-Hakim di dalam Al-Mustadrak, dan al-Thahbi di dalam Talkhis al-Mustadrak, keduanya mengesahkan hadith ini sahih disebabkan telah diakui oleh kedua shaykh, ‘Mengenai kamu, Wahai ‘Ali, sesungguhnya kamu adalah saudara saya, dan bapa kepada keturunan saya, kamu adalah dari saya dan saya dari kamu," sehingga kepenghujung lis teks yang sahih.
[10] Rujuklah kepada teks mengenai kerajaan ‘Ali seperti kenyataan baginda [sawas]: “kamu kepada saya adalah di dalam status yang sama seperti Harun kepada Musa," seperti yang kami terangkan di dalam surat No. 26, dan di dalam yang lain. Dan juga kenyataan baginda [sawas] di dalam hadith memberi peringatan kepada ahl rumah, "Maka siapa diantara kamu yang akan menyokong saya di dalam misi saya?" `Ali menjawab: "Saya wahai Rasul AllahI, yang hendak menjadi penyokong kamu di dalam perkara ini," seperti yang disebutkan di dalam surat No. 20. Semoga Allah memberi ganjaran kepada Imam Abu-Sayri untuk syairnya yang amat menarik yang mana dia berkata:
Dan wazir bagi sepupunya di dalam penuh kemuliaan
Dan di dalam rumah mereka wazir diutamakan
Mendedahkan penutupnya tidakkah penglibatannya bertambah
Seperti mentari, tiada yang melemahkan sinarannya
[11] Penerimaan ummah telah menentukan bahawa terdapat satu ayat di dalam kitab Allah yang menugaskan bukan sesiapa melainkan ‘Ali sehingga kehari pengadilan. Ianya adalah ayat pada meninggikan [najwa] di dalam Surat al-Mujadila. Ini telah dipersetujui oleh kedua, penyokong dan juga penentang beliau yang telah menyebutkan perkara ini, banyak teks yang dikatakan sahih menurut dari kedua shaykh, dan telah diketahui oleh mereka yang wara’ begitu juga dengan mereka yang keji. Mencukupi bagi kamu apa yang disebutkan oleh al-Hakim pada ms 482, Vol. 2, dari Al-Mustadrak, dan oleh al-Thahbi dari Talkhis al-Mustadrak. Rujuk juga pada penafsiran ayat ini seperti yang dirakamkan oleh buku-buku tafsir yang dikarang oleh al-Tha`labi, al-Tabari, al-Sayyuti, al-Zamakhshari, al-Razi, dan yang lainnya. Di dalam surat yang akan datang surat no 74, kamu akan mengetahui dua hadith yang disampaikan oleh Umm Salamah dan `Abdullah ibn `Umer mengenai dialog sulit diantara Rasul [sawas] dengan ‘Ali [as] sejurus sebelum wafatnya baginda, dan kamu akan mengetahui dengan perbincangan sulit mereka pada Hari Ta’if, dan kenyataan Rasul Allah [sawas] adalah: ‘Bukanlah saya yang menaruhkan kepercayaan kepada beliau; ianya adalah Allah yang telah melakukannya," dan juga kepada percakapan sulit mereka semasa waktu kepunyaan `Ayesha; maka fikirkanlah terhadapnya.
[12] Mencukupi buat kamu pada teks yang membuktikan bahawa beliau adalah wali baginda, kenyataan baginda [sawas] disebutkan oleh Ibn `Abbas dan rujuk di dalam surat No. 22: "Kamu adalah wali bagi pihak saya di dalam kehidupan ini dan dikehidupan akhirat." Hadith ini berdiri diatas asas yang kukuh menurut dari apa yang dikehendaki oleh agama Islam; dari itu tiada perlunya untuk mengatakan secara khusus.
[13] Mencukupi buat kamu teks bagi wasiat dari apa yang kamu telah dengar di dalam surat No. 68.
[14] Ini telah disebutkan oleh Imam Ahmed dari hadith Abu Hurayrah pada ms 442, Vol. 2, dari buku Musnad. Dia mengatakan bahawa Rasul Allah [sawas] melihat kepada `Ali, Fatima, al-Hasan, and al-Husayn [as], kemudian berkata: "Saya mengistihar perang kepada sesiapa yang menentang kamu, dan berdamai dengan mereka yang berdamai dengan kamu." Di dalam hadith sahih yang lain, baginda [sawas] telah juga berkata apabila baginda menyelimutkan mereka dengan kain, "Saya mengistiharkan perang kepada sesiapa yang berperang dengan mereka, dan berdamai dengan sesiapa yang berdamai kepada mereka." Hadith ini telah disampaikan oleh Ibn Hajar ketika menjelaskan ayat pertama, yang dia katakan telah diwahyukan pada menghormati mereka di dalam seksen 1, bahagian 11, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa, dengan memberikan penjelasan yang mendalam untuk kenyataan baginda [sawas]: "Memerangi ‘Ali adalah memerangi saya juga, dan berdamai dengan ‘Ali adalah berdamai dengan saya."
[15] Rujuk kepada hadith 20 di dalam surat No. 48. Kenyataan baginda yang berturutan: "Wahai Tuhan! Berbaiklah dengan sesiapa yang berbaik dengan beliau, dan jadilah musuh bagi sesiapa yang menjadikan dirinya sebagai musuh beliau " ini seharusnya, dengan kebesaran Allah, telah mencukupi. Kamu telah dengar dari surat No. 36 kenyataan baginda [sawas] seperti yang disebutkan oleh Buraydah: "Sesiapa yang membenci ‘Ali membenci saya juga, dan sesiapa yang meninggalkan ‘Ali, meninggalkan saya juga." Hadith mutawatir yang lain adalah kenyataan baginda [sawas]: "Tiada siapa yang mencintai beliau [`Ali] melainkan yang beriman, dan tiada siapa yang membenci beliau melainkan yang hipokrit." Ianya adalah, demi Allah, ikatan perjanjian Rasul [sawas] yang Ummi.
[16] Pertimbangkan kenyataan baginda [sawas] yang telah disebutkan oleh `Umer ibn Shash, "Sesiapa yang melukakan ‘Ali, melukakan saya juga," yang mana telah disebutkan oleh Ahmed pada ms 483, Vol. 3, dari Musnad, dan oleh al-Hakim pada ms 123, Vol. 3, dari Al-Mustadrak, dan oleh al-Thahbi di dalam Talkhis al-Mustadrak dimana dia mengesahkan kesahihannya. Al-Bukhari telah menyebutkan di dalam Tarikh, Ibn Sa`d di dalam Tabaqat, Ibn Abu-Shaybah di dalam Musnad, dan al-Tabrani di dalam Kabir. Ianya terdapat pada ms 400, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal.
[17] Pertimbangkan di dalam pengertian ini apa yang kamu dengar di dalam surat No. 8 menyebutkan Sihah al-Thaqalain, kerana ianya menunjukkan kebenaran kepada mereka yang mempunyai mata untuk melihat, dan kamu juga telah mengetahui di dalam surat No. 50 bahawa "`Ali adalah bersama al-Qur'an dan al-Qur'an adalah bersama `Ali; mereka tidak akan saling berpisah."
[18] Akal fikiran [logik] sahaja telah mengatakan adalah mustahil bahawa Rasul [sawas] akan mengarahkan sesuatu dan dengan tegas memaksakan ummah melakukannya sedangkan dia sendiri sangat-sangat memerlukan untuk bertindak keatasnya. Baginda perlukan wasiat supaya dapat melantik wakilnya, dan pertimbangkan anak yatim yang sangat memerlukan kepada penjaga. Allah maha tinggi dari mengabaikan warisannya yang berharga, yang termasuk perundangan dan perintah Allah, dan Allah maha tinggi dari meninggalkan anak yatim dan janda, yang menjadi penduduk dunia yang bertebaran, bergelut di dalam kegelapan, pergi balik sesuka mereka, tanpa seorang qayyim yang melaluinya penghujahan Allah menjadi sempurna terhadap mereka. Bahkan kewarasan fikiran dengan sendiri mengatakan bahawa beginda seharusnya telah meninggalkan wasiat untuk ‘Ali (as), oleh kerana kita telah menjumpai, Rasul Allah [sawas] telah mengamanahkan kepada beliau untuk memandikan dan meletekan wangian, untuk mengkafankan dan kebumikan baginda, kemudian untuk membayar hutang-hutang yang ada dan untuk menenteramkan jiwanya, dan menjelaskan kepada manusia apa yang mereka perbezakan mengenai agama mereka selepas baginda... etc., seperti yang dirujuk pada permulaan surat ini.
SURAT 71
MENGAPA MONOLAK HADITH UMM MUKMININ DAN YANG TERBAIK DIANTARA ISTERI RASUL?
Safar 11, 1330 H
Mengapa kamu – semoga Allah mengampunkan kamu – berpaling dari umm mukminin dan isteri Rasul yang terbaik dan menolak hadithnya, meninggalkannya untuk dilupakan, sedangkan kenyataannya adalah muktamad dan penilaiannya adil? Walaupun demikian, kamu bolehlah berikan pandangan kamu untuk kami pertimbangkan, Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 72
1] DIA BUKANLAH ISTERI RASUL YANG TERBAIK
2] TERBAIK ADALAH KHADIJA
3] BAYANGAN UMUM SEBAB MENGAPA HADITHNYA DITOLAK
Safar 12, 1330 H
1) Umm mukminin `Ayesha menikmati kedudukan status yang khas, dan dia mempunyai sumbangannya yang tersendiri bagi dirinya, tetapi dia bukanlah isteri Rasul yang terbaik. Bagaimana dia boleh menjadi yang terbaik kerana terdapat satu hadith sahih yang menyebutkan dia sebagai berkata, "Rasul Allah [sawas] suatu ketika menyebut Khadija, dan saya membantah dengan berkata: `Beliau adalah seorang wanita tua, dan begini dan begitu, dan Allah telah memberikan kepada kamu seorang yang lebih baik dari beliau [bererti dirinya].' Baginda berkata: `Tidak sama sekali; Allah tidak memberikan kepada saya yang lebih baik dari dirinya; beliau mempercayai saya apabila manusia menolak saya, dan beliau yakin kepada saya apabila manusia mengatakan saya pendusta, beliau berkongsi hartanya dengan saya apabila manusia menghalang saya, dan Allah merahmati saya dengan anak-anak dengan beliau dan menghalang saya dari anak-anak dari semua yang lain'"? `Ayesha juga telah dilaporkan sebagai berkata, "Rasul Allah [sawas] tidak pernah meninggalkan rumah sebelum menyebut Khadija dan memujinya. Satu hari baginda menyebutnya, dan saya merasa cemburu. Saya berkata: `Dia adalah seorang wanita tua, sedang Allah telah merahmati kamu dengan seorang yang lebih baik darinya?' Baginda menjadi amat terluka sehingga rambut baginda yang dihadapan bergoyang dengan kemarahan, kemudian baginda berkata: `Tidak demi Allah! Allah tidak merahmatkan saya dengan seorang yang lebih baik darinya! Beliau percaya kepada saya apabila manusia tidak; beliau meyakini saya apabila manusia mengatakan saya pendusta; beliau berikan bahagian yang sama dari hartanya kepada saya apabila manusia menghalang saya, dan Allah merahmati saya dengan anak-anak dengannya sedang menghalang saya dari anak-anak dari wanita yang lain.'"[1]
2) Dari itu isteri Rasul yang terbaik adalah Khadija al-Kubra, yang benar pada ummah ini, yang pertama di dalam mempercayai kepada Allah dan kitabNya dan pada menghiburkan RasulNya. Allah telah mengilhamkan RasulNya [sawas] untuk menyampaikan berita gembira kepada beliau bahawa beliau mempunyai di dalam syurga sebuah rumah yang diperbuat dari emas dan perak,[2] dan bahawa beliau adalah yang disayangi Allah. Yang Perkasa berkata kepadanya: "Wanita yang terbaik disyurga adalah Khadija anak perempuan Khuaylid, Fatima anak perempuan Muhammad, Asiya anak perempuan Muzahim, dan Mariam anak perempuan `Umran (Amram)." Baginda [sawas] telah berkata: "Diantara semua wanita didunia, yang terbaik adalah Khadija anak perempuan Khuaylid, Fatima anak perempuan Muhammad, Asiya anak perempuan Muzahim, dan Mariam anak perempuan `Umran." Terdapat hadith lain diantara yang paling sahih dan dipercayai mengatakan yang sedemikian.[3]
Ianya juga tidak boleh dikatakan bahawa `Ayesha adalah yang terbaik diantara umm mukminin selain Khadija. Tradisi yang dipercayai dan peristiwa yang telah dirakamkan enggan untuk mengutamakannya dari isteri yang lain, seperti yang dilihat oleh mereka yang bijak. Mungkin dia sendiri yang memikirkan bahawa dia terlebih utama dari yang lain, dan Rasul [sawas] tidak setuju dengan cara dia menilai. Perkara yang sama terjadi dengan Safiyya anak perempuan Huyay apabila Rasul Allah [sawas] masuk kebiliknya dan mendapati dia sedang menangis. Baginda bertanya: "Apa yang menyedihkan kamu?" Dia menjawab: "Saya dapat tahu bahawa kedua mereka `Ayesha dan Hafsa berkata yang buruk mengenai saya dan mengatakan bahawa mereka lebih baik dari saya." Baginda [sawas] berkata: "Mengapa kamu tidak katakan kepada mereka: `Bagaimana kamu boleh menjadi lebih baik dari saya, oleh kerana bapa saya adalah Harun, bapa saudara saya adalah Musa, dan suami saya adalah Muhammad?'"[4] Sesiapa meniliti umm mukminin `Ayesha di dalam perbuatan dan kenyataanya, akan dapati seperti apa yang kami nyatakan disini.
3) Sebab mengapa kami telah menolak hadith dia mengenai wasiat adalah disebabkan bahawa ianya tidak merupakan sebagi hujah, dan tolong jangan meminta saya memanjangkan maksud ini, Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Hadith ini dan yang berikutnya adalah diantara hadith yang khusus disampaikan oleh Sunnis. Rujuk kepadanya di dalam perbincangan Khadija al-Kubra (as) di dalam Isti`ab, dan kamu akan menjumpainya seperti yang kami sebutkan disini dengan tepat [verbatim.] Ianya telah disebutkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam sahih mereka dengan perkataan yang hampir sama.
[2] Seperti disampaikan oleh al-Bukhari di dalam Bab cemburunya wanita dan sentimen, pada penghujung tajuk perkahwinan, ms 175, Vol. 3, dari Sahih.
[3] Kami telah sebutkan pada perenggan kedua dari kenyataan kami, dan sesiapa yang berhajat untuk menyelidik maka rujuklah kepadanya.
[4] Ini telah disebutkan oleh al-Tirmithi dari Kinanah, hamba kepada umm mukminin Safiyya, dan ianya disampaikan oleh Ibn `Abd al-Birr di dalam biografi Safiyya dari bukunya Isti`ab, Ibn Hajar di dalam biografinya dari buku Al-Isabah, oleh Shaykh Rashid Rida pada penghujung ms 589, Vol. 12, dari buku Manar, sebagai tambahan kepada banyak lagi tradisi yang lain
SURAT 73
MEMINTA PENJELASAN PADA PENOLAKAN HADITH ‘AYESHA
Safar 13, 1330 H
Kamu bukan seorang yang memperdaya, menipu atau berpura-pura, tidak juga kamu seorang yang menuduh sesaorang yang lain dengan kepalsuan. Kamu lebih dari itu untuk didakwa atau dituduh seperti yang demikian. Saya, pujian bagi Allah, tidak mengkritik mahupun menolak, dan tidak juga saya mencari kesalahan sesaorang atau keburukan; kebenaran adalah yang saya cari. Saya tidak dapat menolak bertanya kepada kamu mengapa kamu berpaling dari hadithnya [`Ayesha], dan jawapan kamu yang didokumenkan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakan.
Sampaikan pengkhabaran, dan janganlah risau,
Sejukkanlah mata, dan bergembira.
Hujah yang saya tekankan dalam perkara ini ada terdapat di dalam pengertian pada ayat al-Quran: "Mereka yang menyembunyikan apa yang Kami telah sampaikan dari tanda yang jelas dan petunjuk, setelah Kami jadikannya jelas kepada manusia di dalam kitab: mereka telah dikutuk oleh Allah dan oleh mereka yang mengutuk (2:159)"..., Wassalam.
Yang ikhlas,
S.
SURAT 74
1] PENJELASAN MENGAPA KAMI MENOLAK HADITH DIA
2] HUJAH PENGESAHAN WASIAT
3] TUNTUTAN DIA BAHAWA RASUL WAFAT DIDADANYA ADALAH DITOLAK
Safar 15, 1330
1) Kamu telah, semoga Allah membantu kau, mendesak supaya saya menjelaskan, dan kamu tidak memberi saya sebarang pilihan melainkan dari melakukannya. Dari pengetahuan kamu yang luas, kamu tahu dari mana kami datang. Disinilah letaknya permulaan wasiat; disinilah letaknya medan pertemporan teks yang jelas; disinilah letaknya penghapusan khums, warisan, dan kepercayaan; disinilah letaknya penyebab fitnah, disinilah letaknya sebab perselisihan; disinilah letaknya punca perpecahan...[1] Ketika memerangi Amirul Mukminin, dia telah menjelajah segala pelusuk, memimpin pasukan yang besar untuk merampas kerajaan beliau dan menamatkan pemerintahannya.
Apa yang terjadi telah terjadi; Saya bukanlah penyampai padanya;
Maka tinggallah kenangan yang baik, dan jangan tanyakan siapa, bila dan bagaimana.
Untuk berhujah menyokong penafian wasiat untuk ‘Ali dengan menggunakan kenyataan dia, musuhnya yang paling ketat, adalah satu percubaan yang tidak diduga langsung oleh mana-mana orang yang mempunyai fikiran. Dan bukan insiden itu sahaja yang menunjukan kebencian dia terhadap ‘Ali [as]. Menafikan wasiat kepada ‘Ali mempunyai pengertian yang amat kecil dari Peperangan Unta yang Kecil [2] dan di Peperangan Unta yang Besar benar-benar telah menampakkan niat jahatnya dan pelindungnya telah terbuka. Begitu juga, atitiut dia jelas terlihat walaupun sebelum keluar memerangi beliau, orang yang menjadi wali bagi dirinya, dan wasi Rasulnya, sehinggalah ketika berita kematian beliau sampai kepadanya, yang mana dia sujud untuk bersyukur kepada Tuhan dan mengubah rangkap ini:[3]
Dia meletakkan tongkatnya, gembira dan senang,
Hatinya meriah dan fikirannya lapang;
Seperti musafir pulang, beban terpisah;
Jangan katakan ‘Ayesha, dengan kematian ‘Ali, menjadi gundah.
Jika kamu berhajat, saya boleh sebutkan untuk kamu hadithnya yang membuktikan kepada kamu bahawa dia telah melakukan kesalahan. Dia telah berkata: "Apabila Rasul Allah [sawas] sakitnya semakin tenat, baginda telah keluar dengan mengheret kakinya dipapah oleh dua orang; seorang darinya adalah `Abbas ibn `Abdul-Muttalib dan seorang lelaki lagi."[4] Penyampai hadith ini mengulas dengan manambah: "Saya memberitahu `Abdullah ibn `Abbas mengenai apa yang `Ayesha telah katakan, dan dia menjawab kepada saya dengan berkata, `Tahukah kamu siapa lelaki itu yang mana `Ayesha tidak menyebutkan namanya?' Saya berkata: `Tidak.' Ibn `Abbas berkata: `Beliau adalah `Ali ibn Abu Talib.'" Penyampainya meneruskan pada berkata bahawa `Ayesha tidak menghajatkan apa-apa yang baik untuk ‘Ali.[5]
Jika dia tidak menghajatkan apa-apa yang baik kepada sesaorang yang berjalan seiring dengan Rasul Allah [sawas], maka bagaimana kita boleh harapkan dia merasa senang dengan menyebutkan wasiat yang mana di dalamnya mengandongi banyak perkara yang baik untuk ‘Ali? Pada muka surat 113, Vol. 6, dari Musnad, Imam Ahmed menyebutkan `Ata' ibn Yasar sebagai berkata: "Seorang datang dan berkata yang keji mengenai kedua mereka ‘Ali dan Ammar kepada `Ayesha yang menjawab dengan berkata, `Mengenai dengan ‘Ali, saya tidak ada apa-apa yang hendak saya katakan untuk melindunginya; tetapi mengenai Ammar, saya telah mendengar Rasul Allah [sawas] berkata bahawa apabila Ammar perlu memilih diantara dua pilihan, dia selalu memilih yang lebih berpatutan kepadanya [yang betul].'"
Telah nampakkah kamu?! Umm mukminin memberi amaran terhadap berkomplot menentang Ammar disebabkan kata-kata Rasul Allah [sawas], ‘Apabila Ammar perlu memilih diantara dua pilihan, dia selalu memilih kepada yang lebih munasabah diantaranya," sedang mengabaikan untuk memberi amaran terhadap komplot menentang ‘Ali, saudara dan pengganti kepada Rasul, Harun dan juga yang dipercayai baginda, yang paling adil diantara ummahnya, yang pertama untuk mempercayai pengkhabarannya, dan yang mempunyai paling banyak kemuliaan...! Seakan dia tidak tahu status beliau pada pandangan Allah awj atau kedudukan beliau dihati Rasul Allah [sawas], atau status beliau di dalam Islam, usaha beliau yang besar pada penyebarannya, dan sumbangan beliau yang amat banyak. Seakan dia tidak pernah mendengar apa-apa di dalam kitab Allah tidak juga dari sunnah Rasul [sawas] yang memuji kepada beliau, supaya dia boleh meletakkan beliau pada taraf yang sama dengan Ammar!
Demi Allah, akal saya menjadi binggung apabila saya mempertimbangkan kenyataannya: "Saya telah melihat Rasul [sawas], ketika berada didada saya, meminta sebekas air supaya dibawakan kepadanya; saya tidak nampak betapa pantasnya baginda terkulai dan meninggal; maka bagaimana baginda dapat membuat wasiat untuk ‘Ali?" Saya tidak tahu diaspek mana yang saya harus kritik, setelah diteliti dari beberapa sudut. Saya hairan bagaimana sesaorang boleh memikirkan bahawa oleh kepada kematiannya berlaku seperti yang dia terangkan, maka baginda tidak dapat meninggalkan wasiat. Adakah dia fikir bahawa wasiat hanya sah ditinggalkan ketika saat-saat kematian?! Pasti Tidak, tetapi inilah alasan mereka yang menentang kepada kebenaran yang nyata, sesiapa sahaja dia itu, sedangkan Allah telah berkata di dalam Al-Quran, berkata kepada RasulNya yang suci, “Ianya telah diperlukan diatas kamu, apabila kematian telah menghampiri untuk meninggalkan sesuatu yang baik, wasiat… [2:180; 5:106]." Pernahkan umm mukminin melihat baginda [sawas] melangar arahan kitab Allah atau mengabaikan perintahNya? Ampunan Allah. Dia melihat baginda mengikuti segala petunjuk, mematuhi setiap ayat, bersegera untuk mematuhi pada yang disuruh dan juga yang menegah, sehingga ketahap tertinggi pada mematuhi segala perundanganNya. Tidak ada keraguan pada fikiran saya bahawa dia pernah mendengar baginda berkata: "Tidak ada yang beriman yang mengetahui bahawa dia ada meninggalkan sesuatu dibelakangnya harus tidur dua malam tanpa mempunyai wasiatnya ditulis,"[6] atau sesuatu yang seumpamanya, kerana arahan mengenai penulisan wasiat pastinya telah datang dari baginda. Maka tidak sesuailah buat diri baginda atau Rasul-rasul yang lain, rahmat Allah kepada mereka semua, untuk mengarahkan sesuatu sedang diri mereka melakukan yang sebaliknya, Allah lebih tinggi dari memilih individu yang sedemikian untuk menyampaikan pengkhabarannya.
Mengenai apa yang Muslim dan lainnya telah sebutkan dari `Ayesha yang berkata: "Rasul Allah [sawas] tidak meninggalkan satu dinar mahupun satu dirham, tidak juga unta jantan mahupun unta betina, dan tidak juga baginda meninggalkan apa-apa wasiat," ianya sama seperti hadithnya yang terdahulu. Malah tidaklah benar untuk memikirkan bahawa apa yang dia maksudkan adalah baginda [sawas] tidak meninggalkan wasiat sama sekali, tetapi baginda tidak mempunyai peninggalan harta yang memerlukan kepada wasiat, kerana sesungguhnya baginda tidak meninggalkan apa-apa dari harta dunia, baginda adalah manusia yang paling zuhud. Baginda pergi menemui Tuhan awj, meninggalkan beberapa hutang yang tertangguh,[7] dan beberapa barangan, sebagai tambahan kepada barangan-barangan yang diamanahkan kepada baginda oleh manusia lainnya yang memerlukan kepada wasiat [mengenai kepunyaan siapa barangan itu.] Baginda juga meninggalkan miliknya sesuatu yang akan membantu membayar hutangnya, dan untuk memenuhi janji-janjinya, dan dengan apa yang tinggal yang diperlukan untuk diserahkan kepada warisannya. Bukti untuk itu adalah apa yang Fatima al-Zahra [as] tuntut dari warisan bapanya.[8]
2) Rasul Allah [sawas] meninggalkan perkara yang memerlukan kepada wasiat, perkara yang tiada manusia lain pernah tinggalkan. Mencukupi bagi kamu bahawa baginda meninggalkan agama Allah yang lurus, yang masih lagi berkembang dan dipermulaan pertumbuhan ini dengan sendirinya memerlukan pada pewaris lebih dari yang dikehendakki oleh emas dan perak, rumah atau tanah, ladang dan juga ternakan. Keseluruhan ummah menjadi yatim dan jandanya, mencari perlindungan dengan penggantinya yang mengambil tempat baginda untuk berurusan dengan mereka dan mengurus urusan agama dan sekular. Adalah mustahil bahawa Rasul Allah [sawas] akan mengamanahkan agama Allah, yang masih lagi dalam buaian, kepada kecenderungan dan tanggapan atau meninggalkan keselamatan perundangannya kepada motif dan kepentingan peribadi, tanpa pengganti untuk menjaga urusan agama dan juga sekular, seorang yang boleh baginda percayai untuk mewakili baginda pada ummah. Baginda amat mulia dari meninggalkan yatimnya, yang menduduki kawasan yang luas, menjadi seperti ternakan yang ketakutan di malam musim salji yang hujan, dengan tiada siapa menjaga mereka. Baginda amat mulia dari tidak meninggalkan wasiat terutama setelah menerima arahan mengenainya dari Tuhan dan setelah mengarahkan ummahnya supaya melakukan yang sedemikian. Akal tidak dapat menerima pada tuntutan bahawa tidak ada wasiat yang dibuat, walaupun jika tuntutan itu datangnya dari seorang yang dihormati.
Dipermulaan era Islam, Rasul Allah [sawas], telah membuat wasiat kepada `Ali (as) walaupun sebelum misi baginda berkembang di Mekah, sejurus setelah ayat ini diwahyukan: "Dan ingatkan keluarga terdekat (26:214)," seperti yang kami jelaskan di dalam surat 20. Baginda terus mengulangi wasiatnya berulangkali, menekannya melalui banyak ikatan yang kami telah rujukan. Apabila akhir sekali beliau berhasrat, ketika disaat-saat akhir, semoga saya korbankan kedua orang tua saya untuk baginda, baginda hendak menuliskan wasiatnya untuk ‘Ali (as) menekankan ikatan janjinya dengan lisan dahulu dalam perkara ini, baginda [sawas] berkata: "Bawakan kepada saya peralatan penulisan, supaya saya dapat menuliskan untuk kamu sesuatu yang akan menyelamatkan kamu dari kesesatan," tetapi mereka bertelagah, sedangkan bertelagah didalam kehadiran Rasul adalah ditegah, dan mereka berkata: "Rasul Allah [sawas] telah meracau."[9] Dikala itu sedarlah baginda [sawas], setelah mereka membuat kenyataan yang demikian, bahawa tidak ada kesan yang akan tinggal dari arahan yang baginda ingin laksanakan, jika diteruskan juga, tidak lain dari perpecahan yang akan berlaku; dari itu, baginda menyuruh mereka meninggalkan bilik baginda, dengan merasa puas pada ikatan perjanjian secara lisan yang telah dibuat kepada ‘Ali (as).
Walaupun dengan semua ini, bagaimana pun baginda telah mengutarakan tiga perkara dikala saat baginda akan wafat: bahawa mereka hendaklah memilih `Ali sebagai pengganti; bahawa mereka hendaklah mengeluarkan yang kafir dari semenanjung Arab; dan mereka hendaklah menghadiahkan perwakilan sama seperti yang dilakukan oleh baginda [sawas] terhadap mereka. Tetapi politik diketika itu telah tidak membenarkan tradisionis untuk menyatakan wasiat yang pertama, bahawa mereka telah melupainya. Al-Bukhari, pada penghujung hadith yang mengadongi tuduhan bahawa Rasul Allah [sawas] telah meracau telah berkata dengan tepat [verbatim]: "Dan wasiat baginda [sawas] pada ketika wafatnya baginda mengandongi tiga arahan: untuk mengeluarkan yang kafir dari semenanjung Arab; untuk menghadiahkan perwakilan seperti yang dilakukan oleh baginda kepada mereka..., dan yang ketiga telah terlupa."[10] Inilah caranya Muslim menulis di dalam Sahih, dan begitu juga semua penulis sunan dan musnad yang lain.
3) Kata-kata umm mukminin bahawa Rasul Allah [sawas], pergi menemui Tuhan ketika berada didadanya telah ditentang oleh hadith yang sahih yang mengatakan bahawa baginda [sawas] telah berjumpa dengan Tuhan ketika berada di dada saudara dan walinya `Ali ibn Abu Talib (as), menurut dari sahih yang disampaikan secara mutawatir dari para Imam keturunan yang disucikan yang telah disokong oleh sahih dari sunni, seperti yang telah diketahui oleh para penyelidik, Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Ini dipersetujui oleh buku tradisi sunni, maka rujuklah kepada sahih al-Bukhari, di dalam bab ahli rumah para isteri nabi, di dalam bukunya perang jihad dan tradisi, ms 125, Vol. 2, dan kamu akan jumpa yang mendalam.
[2] Persengketaan Peperangan Unta yang kecil berlaku di Basra 5 hari sebelum berakhir bulan Rabi`ul-Thani, 36 H., sebelum ketibaan Amirul Mukminin (as) disana, apabila kota tersebut diserang oleh umm mukminin [`Ayesha] bersama Talhah dan al-Zubayr. Kerajaan `Ali di Basra pada ketika itu adalah `Uthman ibn Hanif al-Ansari. 40 penyokong `Ali (as) telah dibunuh di dalam masjid, dan 70 yang lain ditempat berasingan. `Uthman ibn Hanif, seorang dari sahabat yang terkemuka telah ditawan, dan mereka hendak membunuhnya tetapi takut akan tindak balas dari saudara Suhayl dan dari Ansar yang lain; maka mereka mencukur janggut, kumis, bulu kening dan kepalanya, mereka memukulnya dan memenjarakannya kemudian mengusir dia dari Basra. Mereka telah diperangi oleh Hakim ibn Jablah, dengan sekumpulan kaumnya `Abd Qays, yang mana dia adalah ketuanya. Hakim adalah seorang yang bijaksana, benar dan dihormati, dan dia telah diikuti oleh sekumpulan kaum Banu Rabi`a yang enggan berhenti berperang sehingga kesemuanya gugur sebagai syahid, termasuk Hakim, dan anaknya yang dihormati, saudaranya yang berani, dan akhirnya Basra jatuh ketangan pihak tentera yang menyerang. Apabila `Ali (as) tiba, beliau terpaksa berhadapan dengan tentera `Ayesha, dan begitulah Peperangan Unta yang Besar berlaku. Secara khusus kedua–dua peperangan telah disimpan di dalam buku sejarah yang ditulis oleh Ibn Jarir, Ibn al-Athir, dan banyak lagi.
[3] Seperti yang disebut oleh buku tarikh yang dipercayai seperti Abul-Faraj al-Asfahani pada penghujung perbincangannya mengenai ‘Ali di dalam bukunya Maqatil al-Talibiyyin.
[4] Seperti yang disebutkan oleh al-Bukhari mengenai dia di dalam seksen Penyakit Rasul [sawas] dan wafatnya dimuka surat 62, Vol. 3, dari Sahih.
[5] Kenyataan ini khasnya, i.e. Ibn `Abbas berkata bahawa `Ayesha tidak menghajati apa-apa yang baik buat beliau, telah dikeluarkan oleh al-Bukhari yang telah memberhentikan penyebutannya pada kenyataan terdahulu, mengikut kebiasaannya di dalam situasi sedemikian, tetapi banyak pengarang buku tradisi telah menyebutnya melalui penyampai yang sahih. Pertimbangkan apa yang Ibn Sa`d rakamkan pada ms 29, Seksen 2, Vol. 2, dari Tabaqat, dimana dia menyebut rantaian penyampai termasuk Ahmed ibn al-Hajjaj, `Abdullah ibn Mubarak, Younus, Mu`ammar, al-Zuhri, `Ubaydullah ibn Atbah ibn Mas`ud, yang mana punca mereka berakhir kepada Ibn `Abbas. Penyampai hadith ini dianggap sebagai dipercayai menurut ijmak ulama.
[6] Seperti disebutkan oleh al-Bukhari pada permulaan tajuk pada wasiat di dalam sahih ms 83, Vol. 2. Ianya juga disebutkan oleh Muslim di dalam seksen pada merakamkan wasiat Rasul, ms 10, Vol. 2, dari Sahih.
[7] Mu`ammar menyebutkan Qatadah sebagai berkata bahawa `Ali (as) telah menguruskan bagi pihak Rasul [sawas], beberapa perkara setelah wafatnya baginda, kebanyakkannya adalah hutang yang dianggarkan 500 000 dirham; maka rujuklah kepada hadith ini pada ms 60, Vol. 4, dari Kanz al-`Ummal, dan ianya hadith 1170 diantara yang kami sampaikan.
[8] Seperti yang disebutkan oleh al-Bukhari pada penghujung bab mengenai kempen Khaybar di dalam sahih, ms 37, Vol. 2.
[9] Ini disebutkan dengan tepat [verbatim] oleh Muhammad ibn Isma`il al-Bukhari di dalam seksen bermurah hati kepada perwakilan di dalam bukunya Al-Jihad wal-Siyar, ms 118, Vol. 2, dari Sahih.
[10] Rujuk kepadanya di dalam bab mengenai memberi hadiah kepada perwakilan pada muka surat 118, Vol. 2, dari Al-Jihad wal-Siyar.
SURAT 75
1] UMM MUKMININ TIDAK DIPENGARUHI OLEH PERASAAN
2] YANG BAIK DAN BURUK TELAH DITOLAK OLEH AKAL
3] MENGAPA MENENTANG KENYATAAN UMM MUKMININ?
Safar 17, 1330 H
1) Tumpuan penghujahan kamu, mengenai hadith umm mukminin yang menolak wasiat kepada ‘Ali berkisar diatas dua perkara:
Yang pertama adalah tuduhan kamu bahawa sifatnya yang tidak memihak kepada Imam telah membuat dia menafikan adanya wasiat tersebut. Penolakkan kami adalah, bahawa sesiapa yang tahu dengan cara hidup dia akan menafikan tuduhan bahawa dia tunduk kepada perasaan ketika menyampaikan hadith mengenai Rasul Allah [sawas], atau dia mencari kepentingan yang khusus; dari itu, dia tidak boleh dituduh sedemikian ketika menyebutkan hadith rasul, meskipun jika hadith itu ada berkaitan dengan sesaorang yang dia suka atau sesaorang yang dia tidak suka. Ampunan Allah bahawa kepentingan menguasai fikirannya sehinggakan dia sanggup berbohong ketika menyebutkan hadith dari Rasul Allah [sawas] serta mengutamakan kepentingan diri dari mengatakan yang sebenar.
2) Yang lainnya adalah, akal sendiri telah menolak tuntutan kami bahawa hadith itu adalah sahih, kerana ianya tidak logik dan tidak juga diterima untuk merumuskan [memutuskan] bahawa Rasul Allah [sawas], akan meninggalkan agama Allah awj, yang masih dalam buaian, sedangkan hamba-hamba Allah baru mengikuti kepercayaan yang baru, dengan tidak membuatkan wasiat yang akan mengarahkan mereka, mengenai dengan urusan mereka. Jawapan kepada hujah kamu adalah, perkara ini kamu telah asaskan pada pertimbangan akal akan baik dan buruknya, dan mereka sunni telah menolaknya, atas sebab menurut dari penilaian mereka akal sama sekali tidak boleh menentukan bahawa sesuatu itu baik atau buruk, mereka percaya bahawa perundangan agama sahaja yang menentukannya. Mereka percaya bahawa apa sahaja yang perundangan katakan baik mereka menerimanya sebagai baik dan apa sahaja perundangan mengatakan sebagai buruk mereka menganggapnya sebagai yang demikian, dan akal tidak boleh disandarkan sama sekali di dalam perkara begini.
3) Mengenai apa yang kamu telah sebutkan pada penghujung surat kamu yang ke 74, mengenai penolakan kamu akan kenyataan umm mukminin bahawa Rasul wafat di dadanya, kami tidak tahu sebarang hadith yang disampaikan oleh sunni yang menolaknya, maka jika kamu tahu ada hadith yang demikian, tolonglah nyatakan, Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 76
1] DIA TUNDUK KEPADA SENTIMEN
2] RASIONALNYA [KEWAJARAN] MENGENAI BAIK DAN BURUK
3] MENOLAK KENYATAAN UMM MUKMININ
4] MENGUTAMAKAN HADITH UMM SALAMAH DARI HADITH DIA
Safar 19, 1330 H
1) Kamu telah nyatakan, ketika memperkatakan isu pertama bahawa telah diketahui umum dari cara hidupnya bahawa dia tidak tunduk kepada perasaan, dan bahawa dia tidak mencari kepentingan tertentu. Tolonglah lepaskan diri kamu dari belenggu adat kebiasaan dan sentimen, dan dengan berhati-hati mengkaji penyelidikan pada cara dia menanggani orang yang disukai, begitu juga dengan orang yang tidak disukainya, kerana disana kamu akan melihat sentimen dengan amat jelas. Janganlah lupa urusan dia dengan ‘Uthman ibn ‘Affan, perkataan dan tindakannya,[1] skimnya [perancangannya] yang umum dan yang tersembunyi terhadap `Ali, Fatima, al-Hasan dan al-Husayn (as), dan kelakuan dia terhadap umm mukminin yang lainnya; nah, bahkan terhadap Rasul Allah [sawas] sendiri; kerana di dalamnya terdapat banyak penjelasan terhadap sentimennya dan juga kepentingan diri.
Mencukupi bagi kamu satu bukti pada apa yang kami telah katakan, pembuktian bagaimana sentimen boleh mengubah sebahagian manusia untuk bertindak liar, mengenai ketua konspirasi dan pembuat fitnah ini disebabkan cemburunya terhadap umm mukminin Maria, [seorang kristian Mesir, isteri baginda] dan anaknya Ibrahim [as], sehingga Allah awj, bersihkan mereka dari tuduhan yang zalim itu melalui tangan Amirul Mukminin [as], dengan cara pembuktian yang nyata dan jelas:[2] "Dan Allah memalingkan orang kafir yang dengki pulang dengan tangan kosong (Qur'an, 33:25)." Jika kamu berhajat, saya akan nyatakan lebih banyak bukti yang menyatakan fakta bahawa, dengan mengikuti sentimennya, dia suatu ketika berkata kepada Rasul Allah [sawas], ‘Ianya kelihatan seperti kamu berbau maghafir [bunga kecil berbau amat busuk],"[3] supaya baginda tidak akan makan madu yang disajikan dirumah umm mukminin Zainab bint Jahsh, semoga Allah meridhai beliau. Jika perkara remeh seperti ini membolehkan dia untuk mengatakan kepada Rasul Allah [sawas] dengan cara yang demikian, bagaimana dia boleh dipercayai apabila dia menafikan bahawa baginda [sawas] meninggalkan wasiat untuk ‘Ali (as)? Jangan lupa juga dia tunduk kepada sentimen apabila Asma' bint al-Nu`man telah dikahwinkan kepada Rasul Allah [sawas]. Dia berkata kepadanya: "Apabila Rasul [sawas] mengahwini seorang wanita, baginda suka mendengar dia berkata: ‘Saya berlindung dengan Allah terhadap kamu,'"[4] bertujuan untuk menggagalkan Rasul [sawas] dari mengahwininya dan menjadikan baginda membencikan wanita yang malang itu, seakan-akan dia membolehkan dirinya mengatakan kenyataan sebegitu kepada Rasul Allah [sawas], selagi kenyataan yang sedemikian berguna untuk tujuannya, walaupun apabila tujuannya adalah keji ataupun yang terlarang. Suatu ketika baginda [sawas] menyuruh dia untuk pergi melihat kepada seorang wanita yang tertentu, dan dia memberitahu baginda yang sebaliknya dari apa yang dia lihat, ini pada mencari kepentingan diri….[5] Suatu ketika lagi dia mengadu kepada bapanya mengenai baginda [sawas], memetik kepada kenyataanya yang berkata, "Janganlah sekarang berat sebelah [memihak],"[6] yang mana bapanya telah menampar dengan kuat sehingga bajunya menjadi basah dengan darah. Suatu ketika lagi apabila dia menjadi marah dengan baginda [sawas], dia berkata: "... dan kamu mengaku yang kamu adalah Rasul Allah...,"[7] sebagai tambahan kepada banyak lagi insiden yang demikian, dimana untuk menyebutnya memerlukan kepada ruang yang banyak, dan apa yang kami telah sebutkan disini adalah mencukupi.
2) Kamu telah katakan, ketika mengulas perkara kedua, bahawa sunni tidak menerima pada apa yang dipanggil pertimbangan rasional [kewajaran] pada yang baik atau yang buruk, dsb. Saya fikir diri kamu sebagai yang lebih tinggi, untuk membuat kenyataan yang sedemikian, iaitu penghujahan orang yang memperdaya yang menafikan walaupun terdapat fakta yang kukuh. Diantara amalan kita, terdapat yang mana kebaikannya kita telah pasti, dan ianya terpuji dan mendapat ganjaran disebabkan oleh kemuliaannya, seperti sedekah dan saksama, oleh kerana kita tahu apa dianya [perkara tersebut], dan terdapat juga yang lain yang mana keburukannya kita telah tahu, dan ia perlu pada penolakkan dan hukuman, disebabkan oleh keburukannya, seperti kezaliman dan kekerasan, oleh kerana yang buruk itu buruk. Orang yang bijak tahu bahawa terdapat keperluan pada penilaian yang sedemikian, dan yang bijak telah pasti akan perkara ini sebagaimana mereka telah pasti bahawa satu itu adalah setengah dari sepasang. Akal fikiran dengan mudah dapat menentukan perbezaan, diantara layanan kamu terhadap seorang yang baik dengan kamu dari sesaorang yang tidak. Akal fikiran menentukan kebaikkan layanan orang yang pertama kepada kamu, dan ianya mendapat sanjungan dari kamu, begitu juga keburukan dari yang kedua, dimana perlu ditolak dan dihukum. Sesiapa yang meragui ini, adalah penentang terhadap akal fikirannya sendiri.
Jika kebaikan dan keburukan dari apa yang kami telah sebutkan adalah perkara bagi kod perundangan agama, maka ianya tidak akan digunakan dan dikuatkuasakan oleh mereka yang menolak semua kod ketuhanan, seperti atheis dan pemerintah sekular. Walaupun mereka menolak agama, mereka masih juga mematuhi keadilan dan kebajikan, memastikan untuknya kepujian dan ganjaran, tanpa meragukan sama sekali keburukan bagi kezaliman atau penindasan, bahkan perlunya pada menafikan amalan yang sedemikian dan menghukum yang melakukannya. Kriteria bagi penilaian mereka tiada lain dari akal; maka janganlah kita perkatakan lagi mengenai mereka yang memperkecilkan akal dan kesedaran, begitu juga mereka yang menafikan segala yang diketahui oleh orang yang bijaksana, lalu mengambil yang sebaliknya dari apa yang dikatakan oleh naluri semula jadi manusia, kejadiannya yang mana Allah awj, telah adakan dan tanamkan di dalam diri hambanya. Dia menjadikan mereka mampu dengannya untuk menyedari akan fakta bahawa ianya dapat dibezakan dari kemampuan akal fikirannya, sama seperti Dia menjadikan mereka dapat mengenali perkara melalui pancaindera dan perasaan. Maka sifat semula jadi manusia memerlukan bahawa mereka harus dapat menilai secara rational keadilan dan yang sepertinya adalah baik, dan kezaliman dan yang seumpamanya adalah buruk, sama seperti mereka dapat membezakan melalui perbezaan rasa diantara manisnya madu dengan pahitnya hempedu, dan melalui deria bau dapat membezakan diantara wanginya kesturi dan busuknya bangkai, dan melalui daya sentuhan mereka dapat bezakan apa itu lembut dan apa itu kasar, dan melalui pancaindera mata mereka dapat membezakan pandangan yang menarik dan yang hodoh, dan melalui pancaindera pendengaran mereka boleh mengatakan perbezaan muzik seruling dengan bunyi keldai. Begitulah kejadian semula jadi yang Allah telah jadikan: "Dia menjadikan manusia dalam bentuk yang mana sesungguhnya tiada siapa dapat mengubahkan kejadianNya, ini adalah agama yang lurus, walaupun ramai manusia yang tidak mengetahuinya (30:30)."
Ash`aris berhasrat untuk memperbesarkan kuasa keimanan di dalam sistem perundangan dan kepada atitiut penyerahan secara total [keseluruhan] kepada pengadilannya; dari itu mereka menafikan penghukuman dari manusia yang bijak dengan mengatakan tidak ada penghukuman selain dari apa yang telah ditetapkan agama. Dari ini mereka menjadi lupa kepada teori rasional yang sempurna yang mengatakan bahawa "Apa sahaja yang diputuskan oleh orang yang bijak adalah keputusan bagi pengubal perundangan," dan telah tidak memperdulikan kepada fakta bahawa dengan melakukan yang sedemikian mereka telah tidak meninggalkan sebarang alasan terhadap diri mereka sendiri, dari itu telah mengenepikan sebarang kriteria [ukuran asas] yang dengannya mereka boleh memastikan kod perundangan atau menolaknya sama sekali. Ini desebabkan kepada fakta, bahawa untuk sampai kepada rumusan yang sedemikian melalui pembuktian perundangan adalah umpama berlari di dalam bulatan, dan tidak ada alasan yang dapat diberikan padanya. Jika tidak ada penerimaan untuk akal [logik], pengesahan tradisi atau hadith yang disampaikan secara mutawatir pasti akan ditolak. Sesungguhnya tidak! Jika tidak terdapat intelek, tiada siapa yang akan menyembah Allah atau tahu mengenaiNya. Penjelasan di dalam perkara ini telah dirakamkan di dalam librari yang mengandongi kerja-kerja dari ulama kami yang terkenal.
3) Mengenai kata-kata umm mukminin bahawa Rasul [sawas] meninggal didadanya, ianya adalah suatu tuntutan yang kami tolak berdasarkan kepada sahih yang dilaporkan secara turutan oleh ahli dari keluarga yang suci [as]. Rujukan kepada apa yang lain katakan seperti yang disebutkan oleh Ibn Sa`d. Dia menyebutkan `Ali (as) sebagai berkata: "Rasul Allah [sawas], semasa sakitnya [yang membawa kepada wafatnya], berkata: `Bawakan saudara saya,' maka saya datang kepada baginda dan baginda menyuruh saya rapat kepadanya, dan saya lakukan, yang mana baginda telah bersandar kepada saya. Baginda terus bersandar kepada saya dan terus berkata-kata, sehinggakan air ludah baginda jatuh kepada saya, sehinggalah Rasul Allah [sawas] menghembuskan nafasnya yang akhir;" seperti yang tertulis pada muka surat 51, bahagian dua, Vol. 2, dari pengarang Tabaqat, di dalam seksen mengenai mereka yang mengatakan behawa Rasul Allah [sawas] meninggal di pangkuan `Ali. Ianya hadith number 1107 pada muka surat 55, Vol. 4, dari Kanz al-`Ummal. Abu Na`im di dalam Hilyat al-Awliya', Abu Ahmed al-Fardi di dalam Naskh, dan ramai lagi dari pengarang buku tradisi, semuanya telah menyebutkan ‘Ali [as] sebagai berkata: "Rasul Allah [sawas] mengajarkan kepada saya," bererti semasa baginda sakit, "seribu pintu setiap satu darinya membuka kepada seribu yang lain." Ianya hadith number 6009 yang disebutkan pada penghujung muka surat 392, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal. Pada bila-bila masa `Umer ibn al-Khattab telah ditanyakan mengenai apa-apa yang berkaitan dengan perkara ini, dia tidak akan mengatakan apa-apa selain dari: "Tanya `Ali, hanya dia yang boleh menangganinya."
Jabir ibn `Abdullah al-Ansari telah disebutkan sebagai berkata bahawa Ka`b al-Ahbar suatu ketika bertanya kepada `Umer: "Apakah perkataan terakhir Rasul Allah [sawas]?" `Umer menjawab: "Tanya kepada `Ali." Ka`b melakukannya, dan `Ali (as) berkata: "Saya biarkan Rasul Allah [sawas] menyandarkan kepalanya pada rusuk saya sehingga akhirnya beginda mengucapkan: `Solat! [i.e. kekalkan solat] solat!" Ka`b berkata: "Ini sesungguhnya adalah seruan semua para Rasul, atas tujuan ini mereka dikirimkan." Kemudian Ka`b bertanya kepada `Umer siapa yang memandikan jasad baginda, dan jawapannya sekali lagi: "Tanya `Ali." Apabila Ka`b bertanya kepada `Ali (as), `Ali menjawab bahawa adalah beliau yang melakukannya, seperti yang dikatakan oleh Ibn Sa`d pada muka surat 51, bahagian dua, Vol. 2, dari Tabaqat, dan ianya hadith 1106 dari Kanz al-`Ummal disebutkan pada ms 55, Vol. 4. Ibn `Abbas suatu ketika telah ditanya: "Adakah kamu lihat apabila Rasul Allah [sawas] wafat, adakah kepala baginda diatas peha sesiapa?" Dia menjawab: "Baginda wafat bersandar pada dada `Ali." Telah dikatakan kepadanya bahawa `Urwah menyampaikan tradisi dari `Ayesha yang berkata bahawa baginda [sawas] wafat bersandar pada dadanya, dan Ibn `Abbas menafikannya, ditanyakan kepada orang yang bertanya: "Adakah kamu mempercayainya?! Demi Allah, Rasul Allah [sawas] wafat menyandarkan kepalanya di dada ‘Ali, dan beliau yang memandikan jasad baginda,” seperti yang disebutkan oleh Ibn Sa`d pada muka surat yang sama seperti yang dinyatakan diatas, dan ianya hadith number 1108 dari yang dinyatakan dari Kanz al-`Ummal, ms 55, Vol. 4. Ibn Sa`d mengatakan Imam Abu Muhammad `Ali ibn al-Husayn Zainul-`Abidin (as) sebagai berkata: "Rasul Allah [sawas] menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika kepalanya berada dipeha `Ali, " seperti yang disebutkan oleh Ibn Sa`d pada ms 51.
Tradisi yang mendokumenkan perkara ini telah disampaikan secara turutan [mutawatir] dari semua Imam keturunan yang suci (as). Ramai yang memilih untuk menyimpang dari jalan mereka telah mengakuinya juga, sehingga Ibn Sa`d telah menyebut dari al-Sha`bi sebagai berkata: "Rasul Allah [sawas] wafat ketika kepala beginda dipeha ‘Ali; dan ‘Ali yang memandikan jasad baginda," seperti yang disebutkan pada muka surat yang dinyatakan diatas dalam Al-Tabaqat. Amirul Mukminin [as] pernah mengatakan yang sedemikian kepada umum, dari itu kamu boleh merujuk kenyataan beliau di dalam satu dari syarahan beliau dimana beliau berkata: "Pemelihara hadith diantara para sahabat Rasul Allah [sawas], tahu benar saya tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan arahan Allah, atau keberatan untuk mengerjakan perintah RasulNya, tidak juga untuk satu jam. Saya, dengan kebesaran Allah, di dalam banyak peristiwa telah mempertaruhkan nyawa saya untuk mempertahankan baginda, di dalam situasi dimana wira akan berundur dan kaki menjadi perlahan, dan baginda [sawas] telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika kepalanya bersandar didada saya, dan bahkan air ludahnya ada ditangan saya, yang mana saya sapukan ke muka saya. Saya memandikan jasadnya, malaikat membantu saya, dan rumah dan halamannya menjadi riuh dengan turun dan naiknya para malaikat..., dan saya tidak putus-putus mendengarkan bacaan doa mereka untuk baginda, sehinggalah kami mengkebumikan baginda; dari itu siapakah yang lebih layak kepada baginda ketika hidup dan matinya selain dari saya?" seperti yang dikatakan pada penutup muka surat 196, Vol. 2, dari Nahjul Balaghah, dan pada ms 590, Vol. 2, dari Ibn al-Hadid: Sharh Nahjul Balaghah.
Begitu juga di dalam percakapannya apabila beliau [as] mengkebumikan Ketua bagi semua wanita [as]. Beliau berkata:
"Keamanan keatas kamu, Rasul Allah, dari saya dan anak perempuan kamu, yang telah datang kini untuk menjadi jiran kamu, tergesa-gesa untuk bersama dengan kamu... Kesabaran saya, wahai Rasul Allah, mengenai kematian dia yang menjadi pilihan kamu telah tiba, dan penghibur hati saya sudah tiada. Sungguh dalam penderitaan saya untuk berpisah dengan kamu, dan besar bencananya, dan puncak penderitaan kamu adalah punca penghibur saya, kerananya saya baringkan kamu di dalam kuburan kamu, setelah ruh kamu meninggalkan jasad dan sedang bersandar di dada saya, dari itu kita adalah kepunyaan Tuhan dan kepadaNyalah kita kembali," sehingga kepenghujung kenyataan beliau pada ms 207, Vol. 2, dari Nahjul Balaghah, dan pada ms 590, Vol. 2, dari Sharh Nahjul Balaghah oleh Ibn Abul Hadid. Umm Salamah telah juga menyatakan satu hadith sahih yang mengatakan: "Demi yang Satu, denganNya saya bersumpah, `Ali yang paling rapat kepada Rasul Allah [sawas] ketika baginda wafat. Kami [beliau dan Ali] menziarah baginda suatu tengah hari, dan baginda dengan gembira dan berulangkali mengatakan: `Ali telah datang! `Ali telah datang!' Fatima (as) bertanya sama ada `Ali telah dihantar untuk sesuatu tugas. Sejurus kemudian, `Ali datang lagi, dan saya fikir mungkin beliau hendak bersendirian dengan Rasul [sawas]; maka kami keluar dan duduk dipintu. Rasul Allah [sawas] menundukkan kepala dekat ‘Ali dan mula berkata-kata kepada beliau secara sulit, berkata dengan beliau dengan penuh kasih sayang, sehingga baginda berlalu; dari itu ‘Ali adalah orang yang terakhir bersama baginda sebelum baginda wafat."[8]
Abdullah ibn `Umer katakan yang berikut:
"Semasa baginda sakit, Rasul Allah [sawas] meminta supaya dibawakan saudaranya; maka Abu Bakr masuk, tetapi baginda berpaling darinya dan mengulangi permintaannya. Kali ini Uthman dibawa masuk, tetapi baginda berpaling darinya juga. Kemudian ‘Ali telah dipanggil untuk mengadap baginda. Rasul [sawas] telah menutupnya dengan baju dan bersandar kepadanya. Apabila beliau keluar dari bilik, manusia bertanya beliau apa yang dikatakan oleh Rasul [sawas] dan beliau menjawab: `Baginda mengajarkan kepada saya seribu perkata setiap satu darinya membawa kepada seribu yang lain.'"[9]
Kamu tahu hadith ini mengambarkan kelakuan seorang Rasul, sedangkan yang satu lagi mengambarkan seorang yang dikuasai oleh nafsunya. Jika seorang pengembala meninggal didada isterinya, diantara dagu dan perutnya atau dipehanya..., pasti dia telah cuai didalam memerhatikan keatas gembalaannya, dia pasti akan dilebelkan sebagai cuai dan tidak bertanggong jawab. Semoga Allah mengampunkan umm mukminin. Saya harap bahwa dia, ketika menafikan wasiat kepada ‘Ali, telah mengatakan penafian itu kepada ayahnya sahaja, yang mana dia fikirkan lebih layak kepada wasiat yang sedemikian, tetapi bapanya telah berada didalam pasukan tentera yang ditubuhkan oleh Rasul Allah [sawas] sendiri, dibawah pengawasannya, dia berada di dalam tentera Usamah yang berkhemah di Jurf. Bagaimanapun, tuntutan bahawa baginda [sawas] wafat dipangkuannya telah dikatakan oleh tiada yang lain dari `Ayesha sendiri, sedangkan tuntutan wafatnya baginda, semoga saya korbankan kedua orang tua saya untuk baginda, telah disampaikan melalui `Ali (as), Ibn `Abbas, Umm Salamah, `Abdullah ibn `Umer, al-Sha`bi, `Ali ibn al-Husayn (as), dan semua para Imam dari keturunan yang suci [as], dari itu telah menjadikan ianya lebih dipercayai dan lebih sesuai dengan personaliti Rasul Allah [sawas].
4) Jika hadith `Ayesha telah disangkal oleh hadith Umm Salamah sahaja, hadith Umm Salamah telah lebih diutamakan diatas hadithnya atas banyak sebab selain dari yang disebutkan diatas, Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Rujuk kepada ms 77, Vol. 2, dari Sharh Nahjul Balaghah oleh ulama Mu`tazilite, dan ms 457 dan muka surat yang seterusnya dari jilid yang sama, dan kamu akan temui kelakuannya terhadap Uthman, `Ali dan Fatima yang mengambarkan sentimennya dalam bentuk yang amat jelas.
[2] Sesiapa yang berhasrat untuk mengetahui dengan lebih mendalam akan bencana ini hendaklah menyelidik biografi Umm Mukminin Mary [atau Mariyya, berbangsa Copt [keristian Mesir], isteri Rasul [sawas]], keamanan keatas beliau, pada ms 39, Vol. 4, dari al-Hakim: Al-Mustadrak, atau dari Talkhis oleh al-Thahbi.
[3] Dari apa yang al-Bukhari telah sebutkan di dalam penerangannya pada surah al-Tahrim di dalam sahihnya, pada ms 136, jilid 3; maka rujuklah kepadanya dan akan terperanjat. Terdapat beberapa hadith yang disebutkan dari `Umer mengatakan bahawa dua wanita berkonpirasi terhadap Rasul Allah [sawas], mereka adalah `Ayesha dan Hafsa. Terdapat hadith yang panjang berkaitan dengan isu ini.
[4] Seperti yang disebutkan oleh al-Hakim di dalam biografi Asma' di dalam Sahih Al-Mustadrak, ms 37, Vol. 4, dan disebutkan oleh Ibn Sa`d yang membincangkan biografinya pada ms 104, Vol. 8, dari bukunya Tabaqat, dan insiden ini diketahui umum. Ianya juga disebutkan di dalam biografi Asma' oleh kedua pengarang buku Isti`ab dan Al-Isabah, dan ianya disebutkan oleh Ibn Jarir dan lainnya.
[5] Insiden ini secara khusus telah disimpan di dalam buku-buku tradisi dan sejarah, maka rujuklah dimuka surat 294, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal, atau ms 115, Vol. 8, dari buku Ibn Sa`d: Tabaqat, dimana dia juga mengatakan biografi Sharaf anak perempuan Khalifah.
[6] Isu ini telah disebutkan oleh pengarang buku tradisi dan sejarah; maka rujuklah kepada hadith number 1020 dari yang disampaikan di dalam Kanz al-`Ummal, ms 116, Vol. 7, dan ianya disebutkan oleh al-Ghazali di dalam seksen 3 dari tajuk berkenaan perkahwinan dimuka surat 35, Vol. 2, dari Ihya'ul-`Ulum. Ianya juga disebut di dalam seksen 94 dari bukunya Mukashafatul Qulub, pada penghujung ms 238.
[7] Seperti yang disebutkan oleh al-Ghazali di dalam kedua seksen pada buku yang dinyatakan diatas.
[8] Hadith ini disebutkan oleh al-Hakim pada permulaan ms 139, Vol. 3, dari sahinya Al-Mustadrak, diakhiri dengan ulasan: "Hadith ini sahih, tetapi mereka [Bukhari and Muslim] tidak menulisnya." Al-Thahbi, juga, telah mengakui ianya adalah sahih apabila dia menyebutnya di dalam Talkhis al-Mustadrak. Ianya juga disebutkan oleh Ibn Abu Shaybah di dalam sunannya, dan ianya hadith number 6096, ms 400, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal.
[9] Ini disebutkan oleh Abu Ya`li melalui rantaian penyampai termasuk Kamil ibn Talha, Ibn Lahi`ah, Hay ibn `Abdul-Maghafiri, Abu `Abdul-Rahman al-Habli, berakhir dengan `Abdullah ibn `Umer. Ianya disebutkan oleh Abu Na`im di dalam Hilyat al-Awliya', oleh Abu Ahmed al-Fardi di dalam versinya sendiri dimuka surat 392, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal. Al-Tabrani, di dalam buku Al-Tafsir al-Kabir, telah mengatakan bahawa apabila kempen Ta'if sedang hendak dilaksanakan, Rasul [sawas] mengambil masanya pada menyatakan sesuatu yang sulit kepada ‘Ali, sehinggakan bahawa apabila Abu Bakr melintasi mereka, dia berkata: "Wahai Rasul Allah! Perbicaraan kamu yang sulit dengan ‘Ali telah berlalu begitu lama." Baginda [sawas] berkata: "Bukanlah saya yang mempercayakan kepadanya, ianya adalah Allah..." Ini hadith number 6075, ms 399, Vol. 6, dari Kanz al-`Ummal. Baginda biasa duduk bersama dengan ‘Ali (as) dan mengamanahkan kepadanya. Suatu ketika `Ayesha masuk dan dapati mereka sedang dalam perbincangan yang sulit. Dia berkata: "Wahai `Ali! Saya menghabiskan satu hari dari sembilan [di dalam bersama dengan suami saya]; maka, mengapa tidak kamu anak Abu Talib, meninggalkan saya sendirian pada hari itu?" Wajah Rasul [sawas] serta merta menunjukkan kemerahan tanda marah. Rujuk kepada insiden ini pada permulaan ms 78, Vol. 2, dari Sharh Nahjul Balaghah oleh al-Hamidi.
SURAT 77
MENGAPA MENGUTAMAKAN HADITH UMM SALAMAH DARI AYESHA?
Safar 20, 1330 H
Seakan keutamaan kamu terhadap hadith Umm Salamah dari hadith `Ayesha, semoga Allah meridhai mereka, menurut dari apa yang kamu katakan, tidak mencukupi, kamu melangkah setapak kehadapan untuk menyatakan bahawa alasan untuk keutamaan itu ada lebih dari apa yang kamu telah berikan. Apakah sebab-sebab itu? Nyatakanlah, semoga Allah ampunkan kamu, tidak kira berapa banyaknya, dan jangan tinggalkan satu pun, kerana tujuan kami adalah menyelidik dan belajar, Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 78
LEBIH BANYAK ALASAN UNTK MENGUTAMAKAN HADITH UMM SALAMAH
Safar 22, 1330 H
Bukan sahaja wanita ini Umm Salamah meyakini sepenuh hati kepada Kitab Allah, yang membezakan diantara yang benar dengan yang salah dan menyuruh bertaubat kepada Allah awj, seperti yang dinyatakan oleh al-Quran,[1] beliau tidak dimarahi di dalam al-Quran kerana degil kepada Rasul tidak juga kerana sokongan beliau kepada musuh wasinya,[2] tidak juga Allah, Jibril, yang benar-benar beriman, dan para malaikat, semua berpihak kepada Rasul menentang dia, tidak juga Allah mengancam untuk menceraikannya dan menggantikan kepada Rasulnya dengan isteri yang lebih baik dari dia,[3] tidak juga Dia membawakan contoh bagi isteri Nuh dan Lut sebagai yang sama dengan kategorinya,[4] tidak juga dia cuba membuat Rasul mengharamkan sesuatu keatas dirinya yang mana Allah telah halalkan padanya,[5] tidak juga Rasul [sawas] ketika bersyarah menunjuk kepada kediamannya dengan berkata: "Disitulah terdapat perselisihan, perpecahan, dan pertengkaran…..; dari sanalah taduk syaitan akan keluar,"[6] tidak juga kelakuannya membolehkan dia meluruskan kakinya dihadapan Rasul yang sedang bersolat, dengan itu telah menunjukan tanda tidak hormat kepada baginda dan juga kepada solat, dengan tidak menggerakkan kakinya dari tempat sujud sehingga baginda mengerakkannya supaya dialihkan, maka barulah dia mengalihkan, sehinggalah baginda berdiri dari sujud, maka dia akan meletakkan kakinya semula...![7]
Beginilah dirinya. Seolah dia tidak melanggar susila dengan membangkitkan semangat rakyat menentang `Uthman, memanggil dia "Na`thal," berkata, disebutkan secara tepat [verbatim], "Uqtulu Na`thal faqad kafar!" ("Bunuh Na`thal, kerana dia telah bertukar menjadi kafir."[8] Seolah dia tidak keluar dari rumahnya, setelah diperintahkan oleh Allah awj untuk tinggal di dalamnya,[9] menunggang untanya yang bernama `Askar dan memandu pasukan tentera,[10] menurun bukit atau mendaki gunung. Malah dia tidak tunduk kepada nasihat tetapi berkeras pada memimpin tentera yang dia tubuhkan untuk menentang Imam.[11] Kenyataannya bahawa Rasul Allah [sawas] mati di dadanya, dari itu samalah tarafnya dengan kenyataannya yang mengatakan Rasul Allah [sawas] melihat beberapa orang Sudan bermain di masjid dengan tombak dan perisainya, dan baginda dikatakan bertanya kepada dia sama ada dia suka untuk melihat permainan mereka, yang mana pada ajakan baginda dia menjawab dengan positif. `Ayesha meneruskan dengan berkata: "Dia membiarkan saya berdiri dibelakangnya, dan pipi saya dipipinya, dan berkata: `Wahai anak Arfada, teruskan!'" dikatakan baginda menggalakan mereka untuk terus bermain supaya wanita yang berkuasa ini dapat berhibur, sehinggalah dia bertanya sama ada dia merasa cukup. Setelah mengatakan "Ya," baginda menyuruh dia pergi [12] Dan adalah sama dengan cerita yang dia sampaikan yang mana dia berkata: "Rasul Allah [sawas] masuk, suatu ketika apabila saya mempunyai dua jariah sedang menyanyi untuk saya dengan riangnya. Baginda berbaring dikatilnya. Abu Bakr masuk dan marah kepada saya dengan berkata: `Adakah saya mendengar seruling syaitan dimainkan dikehadiran Rasul Allah?!' Rasul Allah [sawas] mendapatkan dia dan memberitahunya untuk membiarkan mereka."[13]
Yang sama lagi dengannya cerita yang lain. Dia berkata: "Rasul berlumba dengan dia dan dia mengalahkan baginda. Kami terus melakukan bertahun-tahun lamanya di masa itu saya telah bertambah berat, dan apabila baginda mengalahkan saya, baginda berkata: `Ini [permaian lumba lari] membatalkan yang itu!'" seperti yang disebutkan oleh Imam Ahmed di dalam hadith `Ayesha dimuka surat 39, Vol. 6, dari Musnad. Atau seperti kenyataannya: "Saya biasa bermain dengan kanak-kanak perempuan, dan sebahagian dari mereka adalah kawan saya yang akan datang untuk bermain dengan saya, dan Rasul Allah akan mempelawa mereka masuk supaya saya dapat bermain dengan mereka," yang disebutkan oleh Imam Ahmed ketika membincangkan `Ayesha pada ms 75, Vol. 6, dari Musnad. Atau seperti ceritanya yang lain yang disebutkan oleh Ibn Abu Shaybah, dan ianya adalah hadith number 1017 dari hadith yang disampaikan oleh Ibn Abu Shaybah di dalam Vol 7 dari Kanz al-`Ummal: "Saya telah mendapat 7 kemuliaan yang tidak ada wanita lain, selain dari Mariam anak perempuan `Umran, telah dianugerahkan dengannya: Malaikat yang membawa wahyu turun dalam bentuk diri saya; Rasul Allah mengahwini saya sebagai seorang anak dara yang mana belum ada lelaki yang menyentuh saya; wahyu turun kepada baginda sedang baginda bersama dengan saya [bersetubuh], baginda mencintai saya lebih dari mana-mana wanita yang lain; beberapa ayat al-Quran telah diwahyukan bagi pihak diri saya yang hampir menyebabkan ummah akan binasa; saya melihat Jibril sedangkan para isteri Rasul yang lain tdak dapat melihatnya melainkan saya; dan baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam rumah saya ketika tiada siapa ada disana melainkan saya dan malaikat maut."[14] Hadith lain yang dia telah sampaikan lebih khusus dengan kemuliaannya, semuanya jatuh kedalam corak yang sama.
Mengenai Umm Salamah, mencukupi buat dirinya kemuliaan pada mentaati walinya dan juga wasi Rasulnya. Dia amat terkenal dengan pendiriannya yang ringkas dan jelas dan mempunyai intelek yang tinggi, keimanan yang kuat, cadangan beliau pada Hari Hudaybiya telah menunjukkan betapa tajamnya intelektual beliau, pertimbangan yang bijak; dan kedudukannya yang tinggi; semoga rahmat Allah keatasnya, Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Ini adalah rujukan kepada ayat yang berikut di dalam Surah al-Tahrim: "Jika kamu berdua bertaubat, maka hati kamu hendaklah berserah kepada Allah."
[2] Keingkarannya kepada wazir adalah jelas dengan penafiannya terhadap wujudnya wasiat Rasul [sawas] untuk beliau, dan dengan menyimpan dendam terhadapnya sepanjang hayat beliau. Mengenai kedegilan kepada Rasul [sawas]; Allah telah berpihak dengan RasulNya menentang dia, ini telah dibuktikan dengan ayat: "Jika mereka menjadi degil kepada dia, maka [mencukupi bagi dia] Allah adalah mawlanya, begitu juga Jibril dan yang beriman diantara yang mukmin dan bahkan para malaikat menyokong dia (Qur'an, 66:4)."
[3] Hadith ini dan yang selepasnya, adalah rujukan kepada ayat “ianya mungkin jika dia menceraikan kamu, tuhannya akan merahmati dia dengan isteri-isteri yang lebih baik dari kamu, berserah kepada Allah, dengan benar-benar percaya kepadaNya."
[4] Ini adalah rujukan kepada kenyataan Allah awj: "Allah telah menunjukan kepada mereka yang tidak percaya contoh para isteri Nuh dan Lut," sehingga kepenghujung Bab.
[5] Ini adalah rujukan kepada ayat: "Wahai Rasul! Mengapa kamu jadikan haram apa yang Allah telah jadikan halal bagi kamu, mencari untuk menyenangkan isteri kamu (Qur'an, 66:1)?"
[6] Ini telah disebutkan oleh al-Bukhari di dalam seksen yang berkaitan dengan cerita apa yang terjadi di dalam rumah para isteri Rasul di dalam huraiannya pada isu perang jihad dan biografi Rasul; di dalam sahihnya. Ianya juga pada muka surat 125, jilid 2, di dalam bab perundangan khums dan cara pembayarannya, perkataannya di dalam sahih Muslim adalah seperti berikut: "Rasul Allah keluar dari rumah `Ayesha's dan berkata: `Tanduk syaitan akan keluar dari tempat ini;'" maka rujuk kepada ms 503 dari jilidnya yang kedua [Teks Arab yang asal].
[7] Rujuk kepada sahih Bukhari di dalam seksen yang berkaitan dengan apakah perbuatan yang diperbolehkan ketika melakukan solat, ms 143, Vol. 1.
[8] Dia mencemohkan `Uthman dan menolak kebanyakkan dari tindakkannya, memanggilnya dengan nama-nama yang buruk, dan kenyataannya: "Bunuh Na`thal, kerana dia telah bertukar menjadi kafir," ini telah tidak diabaikan oleh mana-mana buku yang mengandongi peristiwa dan kejadian yang demikian. Mencukupi bagi kamu apa yang terdapat di dalam buku sejarah oleh Ibn Jarir, Ibn al-Athir, dan oleh yang lainnya. Sebahagian individu menolak keperibadiannya dan mengubah syair di dalam perkara ini seperti berikut:
Kamu memulakan sesuatu dan merancang,
Seperti angin bertiup dan hujan mengairi;
Kamu memerintah mereka supaya membunuh Imam,
Mengatakan dia berpaling dari Islam...
Sehingga penghujung ayat tersebut yang telah disebutkan di dalam muka surat 80, Vol. 3, dari Ibn al-Athir's Al-Kamil, setelah rujukan dibuat bagaimana bermulanya Peperangan Unta.
[9] Itu, apabila Allah awj berkata: "Dan tinggal dirumah kamu, dan jangan menghiasi diri kamu seperti yang kamu lakukan dizaman jahiliyya (Qur'an, 33:33)."
[10] Unta yang `Ayesha tunggangi semasa peristiwa Basra dipanggil `Askar. Ia telah dibawakan kepadanya oleh Ya`li ibn Umayyah, dan ianya adalah seekor unta jantan yang besar. Apabila dia melihatnya, dia amat gembira, tetapi apabila dia tahu bahawa namanya adalah `Askar, dia menukar fikiran dan berkata: "Pulangkan, kerana saya tidak memerlukannya." Dia mengatakan bahawa Rasul Allah [sawas] telah memberitahunya akan nama yang sedemikian dan telah melarang dari menunggangnya, maka mereka menukar tempat duduknya dan membawa unta itu semula kepadanya dengan berkata: "Kami telah dapatkan sesekor lagi buat kamu, yang lebih besar dan lebih kuat." Maka dia amat gembira dengannya. Insiden ini telah disebutkan oleh beberapa penulis sejarah dan biografi; maka rujuklah pada muka surat 80, Vol. 2, dari Sharh Nahjul Balaghah oleh ulama Mu`tazilite.
[11] Hadith ini dalam perkara tersebut amat terkenal; dan ianya adalah satu tanda kebenaran Rasul dan keajaipan di dalam. Ianya telah diringkaskan oleh Imam Ahmed ibn Hanbal ketika menyebut hadith `Ayesha di dalam Musnad, ms 52 dan 97, Vol. 6. Hakim lakukan yang sama juga, menyebutnya pada ms 120, Vol. 3, dari buku sahihnya Mustadrak, dan al-Thahbi mengesahkan yang sama apabila dia menyebutnya di dalam buku Talkhis al-Mustadrak.
[12] Hadith ini mengenainya tidak diragukan. Ianya telah disebutkan oleh kedua shaykh di dalam sahih mereka; maka, kamu boleh rujuk di dalam sahih Bukhari, di permulaan seksen kedua `Iids, ms 116, Vol. 1, dan rujuk kepada sahih Muslim, di dalam seksen sukan yang dibolehkan ketika perayaan eid, ms 327, Vol. 1. Juga rujuk kepada Ahmed: Musnad, ms 57, Vol. 6.
[13] Ini telah disebutkan oleh al-Bukhari, Muslim, dan Imam Ahmed dari hadith `Ayesha yang kami rujukan pada nota kaki diatas.
[14] Ianya telah dipersetujui oleh semua bahawa baginda [sawas] wafat dikehadiran ‘Ali [as], dan bahawa ‘Ali [as] merawat dan menolong baginda; maka bagaimana ianya boleh dikatakan dengan tepat bahawa ketika baginda wafat, tiada siapa disamping baginda melainkan `Ayesha dan malaikat maut? Dimanakah ‘Ali [as] dan `Abbas diketika itu? Dan dimanakah Fatima (as) dan Safiyya? Atau dimanakah para isteri Rasul dan semua keturunan Hashim? Bagaimana mereka boleh meninggalkan baginda sedirian sahaja bersama `Ayesha? Adalah amat jelas bahawa Mariam [as] juga sebenar tidak mempunyai satu pun dari 7 sifat kemuliaan yang dikatakan dimilikki oleh dirinya; dari itu apakah intipati yang dia gunakan pada menggunakan Mariam sebagai yang terkecuali sahaja?
SURAT 79
IJMAK MENGESAHKAN KEDUDUKAN KHALIFA AL-SIDDIQ
Safar 23, 1330 H
Jika apa yang kamu telah katakan mengenai ikatan perjanjian dan wasiat, begitu juga dengan teks yang jelas, telah dibuktikan benar, dari itu apa yang dapat kamu katakan mengenai persetujuan ummah untuk melantik [Abu Bakr] al-Siddiq? Penerimaannya adalah bukti yang tidak boleh disangsikan, yang mengesahkan kenyataan baginda [sawas]: "Persetujuan ummah saya tidak pernah berlaku mengenai apa-apa yang salah," dan kenyataan baginda [sawas], "Kata-kata ummah saya tidak pernah menyesatkan;" dari itu, apa yang akan kamu katakan mengenainya?
Yang ikhlas,
S
SURAT 80
TIDAK ADA IJMAK
Safar 25, 1330 H
Kami katakan bahawa pengertian terhadap kenyataan baginda [sawas]: "Persepakatan ummah saya tidak akan berlaku mengenai apa-apa yang salah," dan "Perkataan ummah saya tidak pernah menyesatkan," adalah bahawa baginda [sawas] menafikan akan adanya kesilapan, atau kesesatan, pada isu berkenaan yang mana ummah telah putuskan; dari itu ummah akan dapat persetujuan pengesahan sebulat suara di dalam isu tersebut. Inilah yang dimaksudkan oleh tradisi itu, dan bukan yang lain. Berkenaan dengan perkara yang telah dipertimbangkan oleh satu kumpulan individu dari ummah dan memutuskan untuk melaksanakannya, serta dengan jayanya kumpulan ini telah memaksakan, bahkan kepada mereka yang mempunyai hak bersuara, maka perlaksanaan seperti ini tidak membuktikan pengesahan ijmak semuanya. Sumpah kesetiaan [bai’ah] yang diambil di saqifa bukanlah satu isu mengenai perundingan; bahkan ianya adalah sesuatu yang dilaksanakan oleh khalifa kedua dan Abu Ubaydah dan sekumpulan rakan-rakan mereka, kemudian mereka memerangkap secara mengejut, orang yang sebenarnya mempunyai hak berkuasa [untuk melakukan dan membatalkan], dengan dibantu oleh situasi diketika itu. Dari itu kumpulan ini telah berjaya mendapatkan apa yang mereka idamkan. Abu Bakr sendiri mengatakan bahawa sumpah setia yang diterimanya telah dilakukan dengan tidak mengikuti perundingan mahu pun kebijaksanaan. Dia mengatakan itu ketika memberi syarahan pada permulaan khalifanya, dimana dia meminta maaf kepada umum dengan berkata: "Bai’ah yang saya terima adalah satu tindakan yang terburu-buru dari kejahatan yang mana Allah telah menyelamatkan kita, kerana terdapat situasi akan adanya perpecahan."[1] `Umer mengatakan fakta yang sama dihadapan ramai saksi apabila dia memberi khutbah dari mimbar dimasjid Rasul suatu Jumaat, dipenghujung pemerintahanya, khutbah itu yang mana isi beritanya telah tersebar luas.. Al-Bukhari telah menulis di dalam sahihnya,[2] dan saya hendak menyebutkan untuk kamu disini secara tepat [verbatim]:
"Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa sesaorang [3] telah berkata bahawa jika `Umer mati, dia kan memberikan bai’ah kepada si fulan-dan-si fulan; dari itu janganlah sesiapa ragu-ragu dari mengatakan bahawa bai’ah kepada Abu Bakr adalah satu kesilapan yang telah terjadi, kerana itulah yang sebenarnya, malah Allah telah menyelamatkan kita dari akibatnya... Sesiapa yang memberikan bai’ah dahulu sebelum berunding dengan yang lain, telah melakukannya disebabkan takut akan dibunuh jika dia tidak melakukan, maka dari itu dia tidak perlu melakukannya sama sekali [dan sebaliknya menerima kematian]...[4] Satu dari pengkhabaran yang tersebar mengenai kami apabila Allah mengambil RasulNya [sawas] dari kita adalah Ansar telah berbeza dengan kami dalam pandangan mereka; mereka semua berkumpul di saqifa Bani Sa’idah; selain mereka, `Ali (as) dan al-Zubayr, dan pengikut mereka, berbeza juga..."
Dia terus menunjukan apa yang berlaku di saqifa, perselisihan dan perbezaan pendapat, suara yang timbul disebab perihatin terhadap keselamatan agama, dsb. Dibawah keadaan yang sedemikian ‘Umer memberi bai’ah kepada Abu Bakr.
Ianya adalah satu fakta yang telah diketahui umum oleh mereka yang menyelidik, peristiwa yang telah menghalang ahli bayt keluarga nabi [as], pemelihara pengkhabaran [wahyu], dari menghadiri upacara bai’ah. Mereka berada dirumah ‘Ali bersama dengan Salman, Abu Tharr al-Ghifari, al-Miqdad ibn al-Aswad al-Kindi, `Ammar ibn Yasir, al-Zubayr ibn al-Awwam, Khuzaymah ibn Thabit, Abu ibn Ka`b, Farwah ibn `Amr ibn Wadqah al-Ansari, al-Bara' ibn `Azib, Khalid ibn Sa`d ibn al-`As al-Amawi, dan ramai yang lain lagi. Maka bagaimana boleh dikatakan ijmak, walaupun sebenarnya kesemua mereka ini, termasuk keturunan Muhammad [as], yang kepada ummah seperti kepala kepada badan, mata kepada muka, keturunan Rasul Allah [sawas] dan pemelihara pengetahuan baginda, yang disamakan hanya kepada Kitab Allah, bahtera bagi keselamatan ummah, dan pintu kepada keselamatan mereka, penyelamat ummah dari kesesatan, dan panji-panji petunjuk mereka, seperti yang kami telah buktikan diatas...,[5] tidak menghadirinya? Tetapi urusan mereka tidak memerlukan sebarang bukti jika diteliti dengan jelas.
Keduanya Bukhari dan Muslim,[6] di dalam sahih mereka, sebagai tambahan kepada ramai lagi tradisionis dan ahli sejarah yang terkenal semuanya telah membuktikan kepada fakta bahawa ‘Ali [as] tidak mengambil bahagian di dalam proses bai’ah, dan bahawa dia tidak berbaik dan berdamai melainkan selepas ketua wanita di dunia [as] pergi untuk bersama dengan bapanya [sawas] [disyurga], enam bulan selepas baginda, disebabkan oleh kepentingan Islam umumnya dari keadaan yang kritikal diketika itu. Pengakuan kepada fakta ini datang dari `Ayesha sendiri yang berkata: "Al-Zahra' (as) memulaukan Abu Bakr dan tidak berkata-kata kepadanya setelah peninggalan bapanya [sawas] sehinggalah beliau meninggal, dan apabila `Ali (as) berdamai dengan mereka, beliau menuduh mereka merampas haknya dari kedudukan sebagai khalifa." Hadith ini sebagaimana yang kamu boleh lihat, tidak menyebutkan apa-apa mengenai bai’ahnya kepada mereka. Lihatlah bagaimana kenyataannya boleh menggerakkan pemikiran sesiapa apabila dia berkata kepada Abu Bakr iaitu:
Jika kamu berhujah dengan mereka, mengatakan kekerabatan,
Dari itu yang lain lebih dekat kepada Rasul dan lebih berhak;
Dan jika melalui perundingan kamu mengambil kuasa,
Bagaimana boleh terjadi apabila mereka ahli penasihat tidak ada bersama?![7]
Al-`Abbas ibn `Abdul-Muttalib telah menggunakan hujah yang sama dengan Abu Bakr, seperti Ibn Qutaybah membincangkannya pada muka surat 16 dari bukunya Al-Imama wal Siyasa, dia memberitahunya: "Jika kamu meminta apa yang kamu minta melalui pertalian persaudaraan kepada Rasul Allah [sawas], dari itu kamu telah merampas hak kami. Jika kamu telah meminta disebabkan kedudukan kamu diantara Muslim, maka kedudukan kami lebih terhormat dari kamu. Jika urusan ini selesai apabila yang beriman merasa puas dengannya, dari itu ianya tidak akan terjadi selagi kami tidak merasa senang dengannya."
Dari itu dimanakah ijmak yang kamu katakan itu, setelah mendengar apa yang dikatakan oleh bapa saudara Rasul Allah [sawas], yang seumpama seperti bapanya, dan sebagai tambahan kepada kenyataan sepupunya, saudara, dan pelaksana wasiatnya, begitu juka kenyataan dari semua ahli Bayt dan juga kerabat mereka?
Yang ikhlas,
Sh
[1] Ini disebutkan oleh Abu Bakr Ahmed ibn `Abdul-`Aziz al-Jawhari di dalam bukunya Al-Saqifa dan oleh Ibn Abul-Hadid pada ms 132, Vol. 1, dari Sharh Nahjul Balaghah.
[2] Rujuk kepada sahih, Bab merejam wanita yang mengandong dari penzinaan jika dia berkahwin, ms 119, Vol. 4. Ianya juga disebutkan oleh beberapa pengarang buku tradisi dan sejarah seperti Ibn Jarir dan al-Tabari yang membincangkan peristiwa ditahun ke 11 di dalam tarikh [buku sejarah] mereka masing-masing, dan ianya disampaikan oleh Ibn Abul-Hadid pada ms 122, Vol. 1, dari Sharh Nahjul Balaghah.
[3] Orang yang membuat kenyataan itu ialah Ibn al-Zubayr, dan kenyataannya adalah: "Demi Allah! Sebaik sahaja `Umer mati, Saya akan bai’ah kepada `Ali, kerana bai’ah kepada Abu Bakr adalah kesilapan ummah yang telah berlalu dengan selamat." Maka `Umer menjadi amat marah, dan dia memberikan khutbah demikian. Ini telah dikatakan oleh ramai dari mereka yang mengulas pada al-Bukhari. Rujuk kepada penjelasan hadith ini di dalam sahih al-Qastalani, ms 352, Vol. 11, dan kamu akan menjumpai pengarangnya menyebutkan al-Balathiri mengatakan yang berkaitan dengan panggilan keluarga, telah mengakui akan sahihnya hadith ini menurut dari pengesahan kedua shaykh.
[4] Di dalam ulasannya kepada hadith ini, Ibn al-Athir telah mengatakan bahawa intisari kenyataan ini adalah bahawa mereka takut akan dibunuh. Dari itu pengertian seluruh hadith adalah seumpama: “Bai’ah hendaklah hasil dari perundingan dan ijmak; maka jika dua orang berpisah dari kumpulan, dan seorang dari mereka memberikan bai’ah kepada yang lain, dari itu keduanya telah berpisah dari kumpulan ijmak. Jika seorang menerima bai’ah, maka dia bukan dari dalam kumpulan; bahkan mereka berdua hendaklah dipisahkan dari kumpulan yang bersetuju untuk memperkenalkan Imam mereka daripada yang lainnya. Jika tidak, kalau seorang dari mereka menerima bai’ah, setelah melakukan perbuatan yang keji yang menyebabkan kumpulan itu menolak dia, dari itu tidak ada jaminan bahawa kedua orang itu tidak akan dibunuh." Ini adalah satu dari perundangan yang dikatakan oleh ‘Umer yang telah meluluskan perundangan yang sedemikian keatas dirinya rakan-rakannya dan sama juga pada yang lain. Terdahulu dari syarahan ini, dia telah mengatakan yang berikut: “Memberikan bai’ah kepada Abu Bakr adalah kesilapan terhadap kejahatan yang mana Allah telah melindungi kita; maka kamu hendaklah bunuh sesiapa yang mengulanginya." Kenyataan ini menjadi amat terkenal, dan ramai penyampai peristiwa sejarah telah menyampaikannya, termasuk ulama Ibn Abul-Hadid pada muka surat 123, Vol. 1, dari Sharh Nahjul Balaghah.
[5] Rujuk kepada surat No. 6 dan muka surat yang berikutnya sehingga kepenghujung surat No. 12, dan kamu akan tahu kehormatan yang diberikan kepada Ahl al-Bayt [as].
[6] Rujuk kepada sahih al-Bukhari, dan baca baris terakhir pada Bab kempen Khaybar pada muka surat 39, Vol. 3. Juga rujuk sahih Muslim, dalam Bab Kenyataan Rasul: "Kami tidak tinggalkan dibelakang kami apa-apa, dari apa sahaja yang kami tinggalkan ianya adalah sedekah," di dalam buku Perang Jihad dan biografi, pada muka surat 72, Vol. 2, dan kamu akan jumpa perkara tersebut seperti yang kami katakan dengan khusus.
[7] Kedua rangkap syair ini telah dituliskan di dalam Nahjul Balaghah. Ibn Abul-Hadid telah mengatakan demikian ketika menerangkannya di dalam Sharh Nahjul Balaghah, ms 319, Vol. 4, telah menambah, "Kenyataan ini ditujukan kepada Abu Bakr, kerana Abu Bakr berhujah dengan Ansar di saqifa, dengan berkata: `Kami adalah dari keturunan Rasul Allah [sawas] dan pelindung baginda;' maka, apabila dia berhujah mengenai bai’ah, mengatakan bahawa ianya telah dilakukan oleh mereka yang ada hak untuk bersuara, `Ali (as) berkata: `Mengenai hujah kamu dengan Ansar mengatakan bahawa kamu tergulung dari keturunan Rasul Allah [sawas] dan kami dari golongan kerabatnya, yang lain lebih dekat pertaliannya kepada baginda daripada kamu; mengenai dengan hujah kamu yang telah dilantik dan bahawa perhimpunan telah merasa senang dengan kamu, terdapat ramai sahabat yang tidak hadir disana; maka bagaimana ianya boleh dikatakan ijmak?'" Shaykh Muhammad `Abdoh telah membuat dua ulasan pada rangkap ini, meringkaskan apa yang Ibn Abul-Hadid telah katakan ketika menjelaskannya.
SURAT 81
IJMAK TERCAPAI APABILA HILANGNYA PERSELISIHAN
Safar 28, 1330 H
Sunnis tidak menafikan fakta bahawa bai’ah tidak diambil secara perundingan atau pertimbangan yang serius. Bahkan, mereka mengaku bahawa ianya telah berlaku dengan pantas dan tidak diduga. Mereka tidak menolak telah melakukan apa yang bertentangan dengan hasrat Ansar dan pilihan mereka, iaitu Sa`d, dan juga dalam menentang keturunan Hashim dan pengikut mereka dari Muhajirun dan Ansar yang bersama Imam (as) di dalam pemulauan. Tetapi mereka berkata bahawa kedudukan khalifa akhirnya ditauliahkan kepada Abu Bakr yang telah diterima oleh setiap orang sebagai Imam; maka hilang perselisihan, permusuhan terhenti, dan setiap orang bertekad untuk menyokong al-Siddiq dan bersedia memberikan untuknya nasihat secara sulit dan secara umum; makanya mereka berjuang di dalam peperangannya; mereka menyokongnya apabila dia membuat perjanjian kedamaian, dan mereka juga laksanakan perintahnya. Tiada siapa yang berbeza dalam perkara ini, dari itu ijmak keseluruhan telah tercapai, dan perlantikan khalifa telah terlaksana, pujian bagi Allah yang telah menyatu padukan mereka setelah berselisih, dan menyatu padukan hati mereka setelah berpecah, Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 82
IJMAK TIDAK TERCAPAI, PERSELISIHAN TIDAK TERHAPUS
Safar 30, 1330 H
Penyatuan mereka di dalam menyokong al-Siddiq, dan persediaan memberikan kepadanya nasihat secara sulit dan juga secara umum, adalah satu perkara; pengesahan perlantikan kedudukan khalifa melalui ijmak [penerimaan ramai] adalah perkara yang lain. Ianya tidak bersangkutan jika dipertimbangkan dengan akal atau pun tradisi, kerana `Ali dan semua Imam yang ma’sum dari keturunan baginda [as] mempunyai polisi yang telah diketahui semua di dalam menyokong pihak berkuasa Islam; ianya adalah sama seperti kita semua menyembah Allah. Saya nyatakan disini sebagai menjawab apa yang kamu telah katakan. Ini boleh dijumlahkan sebagai: Mereka percaya bahawa Ummah Muslim tidak akan dapat naik ketahap cemerlang melainkan melalui keadaan yang menyatukan penduduknya, memperbaiki segala keretakan di dalam strukturnya, mengawal sempadannya, dan keselamatan pada rakyatnya. Kerajaan yang sedemikian tidak boleh wujud melainkan rakyat menyokongnya dengan nyawa dan harta benda. Jika berkemungkinan bagi kerajaan yang sedemikian dipimpin oleh pemimpin yang sah, di dalam pengertian sebenar, kerajaan Rasul Allah, maka orang itu hendaklah dilantik untuk memikul tanggong jawab itu, selain dari yang lain. Tetapi jika ianya menjadi mustahil, dan kerajaan telah dirampas oleh yang lain, dari itu ummah hendaklah menyokong di dalam setiap isu yang mana kehormatan dan berkuasanya Islam bergantung kepadanya; dan begitu juga dengan keselamatan sempadan bagi kerajaan Islam, dan keselamatan negara.
Tidak dibolehkan untuk memecah-belahkan Muslim atau mengadakan permusuhan diantara mereka dengan menentang dia; sebaliknya ummah hendaklah melayaninya, walaupun jika dia seorang hamba dengan anggotanya telah dipotong, seperti layanan yang diberikan kepada khalifa, memberikan kepadanya khiraj [cukai tanah], zakat ternakan dan yang lain lagi. Dia mempunyai hak untuk mengambil darinya, melalui jual, beli, begitu juga dengan pemindahan hak milik harta, seperti anugerah, pemberian dan sebagainya.
Tidak ada keraguan mengenai menghilangkan prasangka dari diri yang membayar, apa yang diwajibkan kepadanya, seakan dia membayar kepada Imam sebenar, khalifa yang sah. Inilah jalan ‘Ali dan Imam yang disucikan dari keturunan Rasul [as]. Rasul Allah telah berkata: "Akan terdapat selepas saya keadaan menyeleweng dan tidak disenangi," seperti terdapat di dalam satu hadith yang disampaikan oleh `Abdullah ibn Mas`ud yang telah disebutkan oleh Muslim pada ms 118, Vol. 2, di dalam Sahih, dan oleh ramai lagi pengarang sahih dan sunan. Manusia bertanya kepada baginda [sawas]: "Wahai Rasul Allah! Apa yang kamu perintahkan kepada kami, untuk lakukan jika kami menyaksikan perkara ini berlaku?" Baginda [sawas] menjawab: "Lakukan apa yang wajib bagi kamu, dan berdoa kepada Allah untuk mendapatkan apa yang menjadi hak kepada kamu." Abu Tharr al-Ghifari, semoga Allah meridhai beliau, juga telah disebutkan oleh Muslim di dalam Vol. 2 dari sahihnya sebagai berkata, "Sahabat saya Rasul Allah [sawas] menasihatkan saya untuk mendengar dan mematuhi walaupun [pemerintah saya] seorang hamba yang anggotannya telah dipotong." Salamah al-Ju`fi telah disebutkan oleh Muslim dan juga yang lain, bertanya kepada Rasul Allah [sawas]: "Wahai Rasul Allah! Diandaikan kami diperintah oleh mereka yang meminta kami melakukan tanggong jawab kami kepada mereka sedang mereka enggan memberikan akan hak kami, apakah nasihat kamu untuk kami lakukan?" Baginda menjawab dengan berkata, "Dengarkan dan patuh, kerana mereka akan menanggong dosa mereka, dan kamu akan menanggong dosa kamu." Di dalam satu hadith tertentu yang disebutkan oleh Muslim pada ms 120, Vol. 2, dari sahihnya, yang disampaikan oleh semua pengarang buku tradisi, Huthayfah al-Yemani, semoga Allah meridhainya, menyebut Rasul [sawas] sebagai berkata: "Akan terdapat pemerintah selepas saya yang tidak akan memimpin kearah pimpinan saya; tidak juga mengikuti sunnah saya; dan terdapat diantara mereka, manusia yang hatinya sama seperti syaitan yang dalam bentuk manusia." Huthayfah bertanya kepada baginda [sawas]: "Apa yang perlu saya lakukan ketika itu, wahai Rasul Allah, jika saya menyaksikannya?" Baginda menjawab: "Kamu hendaklah mendengar kepada pemerintah dan patuh kepadanya, jika dia memukul belakang kamu dan merampas harta kamu, kamu masih juga tiada pilihan melainkan mendengar dan patuh." Yang sama dengan hadith ini adalah hadith yang disampaikan oleh Umm Salamah iaitu: "Terdapat pemimpin yang zalim keatas kamu, dan kamu sama ada mengakui kezaliman mereka atau menafikannya. Mereka yang mengakui akan dianggap sebagai tidak bersalah, sedang mereka yang menafikan akan terselamat dari siksaan."[1] Mereka bertanya kepada baginda [sawas]: "Tidakkah kami seharusnya memerangi mereka?" Baginda menjawab: "Tidak, selagi mereka mengerjakan solat."
Sahihs adalah mutawatir di dalam menyampaikan hadith yang disebutkan diatas, terutama melalui keturunan yang suci (as). Atas sebab ini, yang terkemudian kekal bersabar seperti mereka melihat kepada yang menyakitkan mata, dan mereka terus membisu, bertindak diatas perintah yang suci dan yang lainnya dimana mereka terikat. Mereka diarahkan supaya tekun walaupun dalam penderitaan, sebagaimana mereka dipaksa untuk mengabaikan sakitnya mata, demi memelihara penyatuan ummah dan memastikannya kukuh. Mereka patuh kepada intipati teks ini ketika berurusan dengan pemimpin yang diamanahkan untuk menguruskan urusan Muslim. Sedang mereka sedar akan fakta bahawa mereka sendiri yang lebih layak pada kedudukan tersebut, mereka telah rasai akan pahitnya hempedu, mengharapkan pemimpin ini dapat memandu ummah disuatu hari kejalan yang lurus. Dengan perlantikan individu sedemikian ketempat berkuasa adalah lebih menyakitkan dari dilukai dengan pedang, malah mereka bersabar kerana memenuhi ikatan, melaksanakan tanggong jawab, dan menjalankan tugas mereka di dalam syariah sebanyak mungkin, memilih – ketika menentang pemerintah sedemikian – untuk lebih mengutamakan yang amat baik dari yang lebih baik. Atas sebab ini Amirul Mukminin [as] mencuba sedaya upaya untuk memberikan pandangan kepada semua ketiga-tiga khalifa, menyibukkan dirinya dengan memberi mereka nasihat.
Sesiapa yang membuat dirinya faham dengan polisi beliau semasa zaman mereka, akan mengetahui bahawa beliau, setelah kehilangan semua harapan untuk mendapatkan haknya yang sah, pengganti kepada Rasul Allah [sawas], dengan rela memilih menyendiri, memilih untuk membuat tempat perlindungan dengan mereka yang berkuasa. Beliau tidak memerangi mereka ketika melihat kedudukan yang dijanjikan kepadanya di dalam gengaman mereka, tidak juga beliau menentang mereka secara terbuka. Beliau melakukan ini semua hanya untuk mengekalkan perpaduan ummah dan menyelamatkan agama, selalu meletakkan kepentingan agama dahulu [di dalam fikirannya], mengutamakan kehidupan akhirat kepada yang ini. Beliau menanggong azab yang tiada siapa pernah menanggongnya. Beliau menanggong azab dari dua bencana: kedudukan khalifa di dalam teks nya bersungguh-sungguh merayu kepada beliau dengan suara yang menawan hati disatu pihak, dan disatu pihak yang lain, tekanan terhadap perselisihan telah memberinya amaran terhadap kemungkinan adanya rampasan kuasa disemenanjung Arab. Terdapat juga kemungkinan bahaya puak badwi Arab meninggalkan agama mereka, dari itu telah menghancurkan agama Islam. Agama juga diancam oleh hipokrit di Madina, yang mana hipokrit mereka memang tertanam dalam, dan telah dibantu oleh hipokrit badwi disekeliling mereka, menurut dari teks Kitab yang suci. Hipokrit badwi lebih hina dari hipokrit yang pertama, bahawa adalah lebih baik mereka tidak tahu akan hadnya apa yang Allah telah wahyukan kepada RasulNya [sawas].
Dengan kehilangan Rasul [sawas] telah memberikan satu keyakinan kepada beliau, dan Muslim sebaliknya di dalam bencana ini telah menjadi seperti ternakan yang ketakutan di malam musim sejuk, dikelilingi oleh serigala dan binatang ganas. Sedangkan rakan mereka aktif di dalam percubaan untuk menghapuskan agama dan menghancurkan Muslim; Romans, Kisras dan yang lain sedang menunggu-nunggu, sehingga kepenghujung lis [senarai] dari yang begitu ramai yang menaruh dendam kepada Muhammad [sawas], keturunan Muhammad dan sahabat Muhammad. Kumpulan ini menaruh dendam dan merasa dengki terhadap pengkhabaran Islam; mereka berhasrat untuk meruntuhkan tapak asasnya, dan menghancurkan kekuatannya. Di dalam usaha begini, mereka akan bersegera, setelah melihat peluang keemasan dengan perginya Rasul kepada Rakannya Yang Maha Agung. Peluang telah masak sekarang untuk mereka menggunakan keadaan kucar kacir ini, sebelum Islam pulih semula kekuatan dan persatuannya. Diketika itu Amirul Mukmin [as] sedar akan kedua-dua bahaya, dan adalah lumrah bahawa beliau akan menggorbankan haknya supaya dapat mengekalkan agama Islam, dari itu telah mengutamakan kepentingan umum dari kepentingan diri sendiri.
Beginilah tamatnya kekacauan itu, dan perselisihan diantara beliau dengan Abu Bakr tertangguh, kerana tiada yang beliau takuti selain dari perpecahan Muslim, dan menjadi perhatiannya adalah bahawa Muslim yang terus berkuasa. Maka beliau, semua ahl Baytnya, penyokong mereka dari Muhajir dan Ansar, kekal bersabar berdiam diri dari apa yang mereka lihat yang menyakitkan mata. Ucapannya selepas wafatnya Rasul Allah [sawas] adalah amat jujur di dalam membayangkan atitiutnya, dan laporan yang berkaitan telah disampaikan secara mutawatir melalui para Imam keturunan yang disucikan [as].
Tetapi ketua Ansar, Sa`d ibn `Abadah, tidak pernah berbaik dengan kedua-dua khalifa, dan dia tidak pernah dilihat dikhalayak umum bersama dengan kedua-duanya semasa sambutan ‘aidil, atau pada solat Jumaat, dan tidak pernah tunduk kepada pandangan mereka, tidak juga patuh kepada arahan mereka, sehinggalah dia dibunuh di Huran, semasa pemerintahan khalifa kedua, dan pembunuhnya telah mengatakan bahawa dia telah dibunuh oleh jinn. Dia telah membuat kenyataan yang tidak boleh dilupakan semasa peristiwa saqifa, tetapi kami lihat tidak ada perlunya untuk dituliskan disini.[2]
Mengenai sahabatnya seperti Haban ibn al-Munthir[3] dan Ansar yang lain, mereka tuduk dengan terpaksa, mengalah kepada kekerasan; dari itu adakah kamu menganggap tindakkan yang diasaskan dari ketakutan kepada pedang atau dibakar kedalam api [4] sebagai percaya di dalam memberikan taat setia [bai’ah]? Atau adakah testimoni begini dikatakan ‘ijmak’ yang digunakan di dalam kenyataan Rasul [sawas] yang berkata "Ummah saya tidak akan melakukan kesalahan di dalam ijmak pendapat "? Tolong nyatakan keputusan kamu, semoga Allah membalas kamu, Wassalam.
Yang ikhals,
Sh
[1] Hadith ini disebut oleh Muslim pada ms 122, Vol. 2, dari Sahih. Maksud rangkap katanya [sawas] "Sesiapa yang mengetahuinya tidak berdosa" adalah sesiapa yang tahu akan kejinya dan mengenal pasti yang sedemikian dan ada laluan yang membawanya jauh dari kesalahan tersebut, dan siksaan yang menukar dengan tangan atau lidahnya, tetapi jika dia tidak mampu, maka biarlah dia membencinya di dalam hati.
[2] Sa`d ibn `Abadah, bapa Thabit, adalah salah seorang yang hadir pada memberikan bai’ah di `Aqaba. Dia juga yang bertempur di dalam Peperangan Badr dan peperangan yang lain. Dia adalah ketua al-Khazraj dan perwakilannya, seorang yang pemurah dan ketua di kalangan Ansar. Kenyataannya yang kami telah rujuk, telah memenuhi buku-buku biografi dan sejarah. Mencukupi buat kamu apa Ibn Qutaybah telah katakan di dalam bukunya pada Imami dan Politik, Ibn Jarir al-Tabari di dalam Tarikh, Ibn al-Athir di dalam Al-Kamil, Abu Bakr Ahmed ibn `Abdul-`Aiz al-Jawhari di dalam bukunya Al-Saqifa, dan lainnya.
[3] Habab adalah seorang dari ketua Ansar dan wira peperangan Badr dan Uhud, seorang yang berani dan rekod yang baik. Dialah orangnya yang mengatakan: "Saya adalah sekuat dan sekukuh tiang yang mana unta bergesel kepadanya, buah manis yang sangat dihajati. Saya adalah anak singa di dalam kawasannya; demi Allah, jika kamu berhajat, kita akan memulakan semula peperangan yang akan menghancurkan walaupun orang yang muda." Dia mengatakan kenyataan lain yang lebih keras, dan kami fikir adalah lebih baik tidak menyebutkannya disini..
[4] Ancaman mereka kepada `Ali untuk membakar rumahnya telah dibuktikan oleh tawatur yang sempurna. Pertimbangkan apa Imam Ibn Qutaybah telah katakan pada permulaan dari Bab Imami dan Politik, Imam al-Tabari di dalam dua tempat dimana dia membincangkan peristiwa di dalam tahun 11 A.H. di dalam bukunya yang terkenal Tarikh, Ibn `Abd Rabbih al-Maliki di dalam hadithnya mengenai saqifa seperti yang disebutkan di dalam Vol. 1, ms 134, dari Sharh Nahjul Balaghah oleh al-Hamidi al-Hadidi, al-Mas`udi di dalam Muruj al-Thahab menyebutkan `Urwah ibn al-Zubayr apabila dia meminta maaf bagi pihak saudaranya `Abdullah yang hampir sahaja membakar rumah-rumah keturunan Hashim kerana mereka memulaukan bai’ah kepadanya, al-Shahristani yang menyebutkan al-Nizam ketika membincangkan kumpulan Nizami di dalam bukunya Al-Milal wal-Nihal. Abu Mikhnaf telah mengkhaskan kata-kata yang berkaitan kepada saqifa sebuah buku yang mana dia mengatakan secara khusus apa yang kami katakan secara ringkas, tidak perlulah disebutkan betapa terkenal dan tawaturnya hadith ini, sebagai tambahan rangkap syair oleh al-Hafiz Ibrahim yang terkenal sebagai "`Syair Umeri":
Kenyataan ‘Umer kepada ‘Ali; fikirkanlah sejenak;
Pendengarnya mulia, yang dihormati berbicara, dan dengarkanlah:
‘Haruskah saya membakar rumahmu dan menjadikannya longgokkan abu
Haruskah kamu memilih untuk berdegil dan tidak bersumpah
Sumpah ketaatan, walaupun jika dan ianya seketika
Anak perempuan Pilihan ada di dalamnya?
Tidak ada yang lain Abu Hafs lah pembicara
Berkata kepada wira Adnan dan pemelihara…..
Begitulah mereka melayan Imam (as), tanpa persetujuan beliau, ijmak menurut pandangan kami tidak punya ikatan; dari itu kami tanyakan kepada semua yang mempunyai fikiran, bagaimana ijmak mereka boleh diikatkan kepada kami, jika perkara itu adalah yang dikatakan?
SURAT 83
BOLEHKAH KAMU KOMPROMI KETEPATAN TEKS DENGAN BENARNYA PARA SAHABAT?
Rabi`ul-Awwal 2, 1330 H
Mereka yang diberikan dengan pandangan dan pemahaman yang tajam menganggap para sahabat sebagai terjauh dari melakukan sesuatu yang bertentangan dari kehendak Rasul [sawas] di dalam apa sahaja yang di suruh dan yang ditegah, tidak juga mereka membolehkan sesuatu dari polisi yang demikian. Dari itu, mereka tidak pernah mendengar teks mengenai Imam, sekali, dua kali atau tiga kali, kemudian menyimpang darinya. Dan bagaimana kamu menerangkan sahabat yang sedemikian sebagai benar jika mereka telah mendengar teks mengenai beliau kemudian tidak mematuhinya? Saya tidak fikir bahawa kamu boleh kompromi kedua keadaan [yang bertentangan], Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 84
1] KOMPROMI KETEPATAN TEKS DENGAN BENARNYA MEREKA
2] RASIONALNYA IMAM PADA TIDAK MENUNTUT HAK
Rabi`ul-Awwal 5, 1330 H
1) Tradisi warisan kami, yang telah ditinggalkan kepada kami oleh para sahabat tersebut, menunjukkan bahawa mereka patuh kepada semua teks selagi ianya berkaitan dengan agama, perkara yang berkaitan dengan alam akhirat, seperti hadith baginda [sawas] mengenai wajib puasa di bulan Ramadan tidak dibulan yang lain, mengadap hanya kepada kiblat semasa mengerjakan solat wajib, jumlah solat wajib sehari semalam, jumlah rakaat di dalam setiap solat, begitu juga bagaimana untuk melakukannya, hadith baginda bahawa pekerjaan tawaf keliling Kabah adalah tujuh kali, dan hadith-hadith yang sedemikian bertujuan untuk mendapatkan ganjaran ilahi di dalam kehidupan yang akan datang.
Mengenai teks baginda [sawas] yang berurusan dengan perkara politik, seperti penggantian, kerajaan, pentadbiran, perundangan, serangan dsb, mereka tidak melihat itu sebagai perlu untuk diikuti atau perlu patuh kepadanya di dalam apa juga keadaan; bahkan mereka membenarkan diri mereka untuk mengamalkan langkah penyelidikan, kebijaksanaan dan ijtihad. Jika mereka lihat, pada penentangan terhadap teks yang demikian boleh mencapaikan tujuan mereka, atau berfaedah kepada kekuasaan mereka, mereka akan menentangnya. Mereka mungkin juga mencari keridhaan Rasul dengan melakukan begitu. Mereka telah yakin bahawa Arab tidak akan menerima pemerintahan ‘Ali tidak juga mengikuti teks dalam perkara itu, oleh kerana itu beliau [as] telah menekan mereka dengan banyak ketika menguatkuasakan kehendak Allah dalam perkara ini, menumpahkan darah mereka dengan pedang beliau ketika menyebarkan kata-kata Allah, membukakan semua topeng mereka ketika mempertahankan yang benar, sehinggakan kehendak Allah menjadi yang berkuasa walaupun dibenci oleh setiap yang kafir. Maka, mereka telah tidak patuh kepadanya dengan rela, tidak juga mereka mengikuti teks yang sedemikian melainkan dengan paksaan; setelah dikatakan beliaulah yang menumpahkan semua darah di dalam jalan Islam semasa hidupnya baginda Rasul [sawas], menurut dari adat terhadap pembalasan di dalam keadaan yang sedemikian, maka mereka melihat beliau sebagai satu-satunya calon yang keatasnya mereka perlu membalas dendam, terutama, ketika membalas dendam biasanya dilakukan kepada yang terbaik diantara puak musuhnya dan pilihan bagi kaum tersebut. Mereka tahu bahawa beliau adalah yang terbaik diantara Bani Hashim, selepas Rasul Allah [sawas], tanpa sebarang keraguan dan pertikaian. Atas sebab ini, Arab menunggu peluang untuk menghapuskan beliau; mereka mencari peluang untuk berurusan dengannya, dan mereka menyimpan dendam yang mendalam terhadap beliau [as] dan keturunannya, sehingga mereka menguasai keatasnya dengan cara yang telah diketahui umum, dan kehinaan malunya telah memenuhi bumi dan langit..
Terdapat sebab yang lain: Khususnya Quraysh, dan Arab secara amnya pernah mengkritik kekuatan ‘Ali di dalam berurusan dengan musuh Allah, caranya yang hebat di dalam menanggani mereka yang melampaui batasan Allah atau menghalalkan apa yang Dia haramkan. Mereka takut dia menegakkan yang benar dan melarang yang salah, mereka takuti keadilannya di dalam berurusan dengan manusia dan persamaannya di dalam setiap isu awam. Tiada siapa yang boleh mengharapkan konsesi, tidak juga kompromi dari diri beliau. Yang kuat dan perkasa adalah lemah sehingga dia melaksanakan keadilan keatas mereka, dan yang lemah dan tertindas adalah kuat dan dihormati apabila beliau memberikan kepada mereka apa yang menjadi hak mereka. Maka bagaimana Arab boleh secara rela menyerah kepada sesaorang yang begitu, sedangkan, ‘Merekalah yang mula-mula tidak percaya dan hipokrit, sehinggakan bahawa mereka tidak perlu tahu sebanyak mana yang Allah telah wahyukan kepada RasulNya ( Qur'an, 9:97)," dan "Diantara penduduk Medina terdapat mereka yang amat degil di dalam hipokritnya, kamu [Wahai rasul Muhammad] tidak mengenali mereka; kami kenal mereka (Qur'an, 9:101), dan diantara mereka terdapat orang yang tidak keberatan untuk melakukan apa sahaja yang tidak terfikir oleh manusia.
Masih terdapat lagi sebab yang lain. Quraysh khasnya dan Arab amnya, pernah dengki kepada beliau kerana keutamaan yang dianugerahkan Allah kepadanya. Beliau telah ditinggikan oleh Allah, Rasulnya dan mereka yang bijaksana, kepada kedudukan status yang dimuliakan disebabkan oleh pengetahuan dan keberaniannya; yang utama tidak akan sampai kedarjahnya, yang layak keberatan untuk cuba bertanding dengannya. Beliau melalui keberanian dan mulia sifatnya, telah memenangi status dari Allah dan RasulNya yang telah dihajati oleh mereka yang berhasrat, dan penghormatan yang tidak tercapai oleh mereka yang kuat keinginan. Atas sebab ini cemburu memenuhi hati sihipokrit. Yang benci, yang tidak berterima kasih, dan hipokrit yang tiada tandingan, sebagai tambahan kepada yang pandai mengambil kesempatan, kesemuanya bersetuju untuk tidak melaksanakan tanggong jawab mereka kepada beliau; dari itu mereka telah meninggalkan teks dibelakang mereka, mengharap supaya dapat dilupakan.
Itulah apa ianya, saya tidak akan membincangan pandangannya;
Dari itu, layanilah fikiran yang baik, jangan tanyakan mengenai beritanya.
Juga, Quraysh dan semua Arab yang lain, pada masa itu telah berhasrat pada menguasai politik untuk kaum mereka masing-masing, dan keazaman mereka bertambah kuat dikala itu. Atas sebab ini mereka membuat keputusan untuk mengenepikan perjanjian dan bertekad untuk mengabaikan wasiat. Maka mereka semua bertolong-tolongan untuk melupakan teks, bersumpah untuk tidak menyebutkannya sama sekali. Mereka semua bersetuju untuk mengalihkan kedudukan khalifa, semenjak dari permulaannya lagi, dari calonnya yang sah, yang telah dilantik pada kedudukan itu oleh Rasul mereka, dan menukarkannya kepada melalui pilihan dan pilihanraya, supaya setiap orang dari golongan mereka mendapat peluang untuk mendudukinya, walaupun selepas menunggu. Jika mereka telah mengikuti teks dan menjadikan ‘Ali sebagai pengganti Rasul Allah [sawas], kedudukan khalifa tidak akan keluar dari keturunan beliau yang disucikan, oleh kerana baginda [sawas] telah samakan keturunannya pada Hari Ghadir, begitu juga pada peristiwa yang lain, sama kepada Kitab Allah yang sempurna, menerangkan bahawa mereka sebagai model kepada yang bijak sehinggalah kepada hari pengadilan. Arab tidak dapat menerima kedudukan khalifa dikhaskan kepada satu dinasti tertentu, terutama semua kaumnya berhasrat untuk mendapatkan kedudukan itu, dan ini telah diusahakan oleh semua yang menghajati kedudukan itu untuk kaum mereka.
Sesungguhnya ia telah layu, lemah dan malap:
Kerangka yang tidak diingini oleh yang tidak punya apa-apa.
Juga sesiapa yang mengetahui sejarah Quraysh dan Arab pada permulaan Islam akan mengetahui bahawa mereka tidak tunduk kepada Rasul Bani Hashim melainkan setelah dihancurkan, lemah tiada kekuatan; dari itu bagaimana mereka boleh bersetuju bahawa keturunan Hashim harus monopoli keduanya Rasul dan khalifa? `Umer ibn al-Khattab suatu ketika berkata kepada Ibn `Abbas di dalam dialog diantara mereka: "Quraysh benci keduanya Rasul dan khalifa harus diperuntukan kepada kalangan kamu kerana takut kamu akan menindas manusia lain."[1]
2) Maka mereka yang baik terdahulu tidak boleh memaksa orang-orang itu untuk menguatkuasakan pengertian teks kerana takut orang itu akan memberontak jika mereka lakukan, dan di dalam memahami akibat yang dahsyat jika melanggar isu yang berkenaan. Hipokrit telah timbul dengan serta merta setelah wafatnya Rasul Allah [sawas], dan kekuatan hipokrit bertambah kuat dengan kehilangan yang sedemikian. Jiwa hitam mereka yang fasik menjadi bertambah gelap, asas agama telah menjadi lemah, dan hati Muslim telah menjadi malap, sehinggakan mereka menjadi seperti ternakan yang ketakutan di malam dingin, dikelilingi oleh serigala dan binatang buas. Satu kumpulan diantara kaum Arab berpaling, sedang yang lain berfikir untuk mengikutinya, seperti yang kami jelaskan di dalam surat No. 82 diatas. Di dalam keadaan demikian, ‘Ali takut akan akibat yang dahsyat dari tindakkannya menyegera perkara hak, jika beliau berhasrat untuk bertindak, setelah beliau benar-benar mengetahui akan perasaan manusia, seperti yang kami telah nyatakan, dengan hipokrit yang setiasa menunggu dengan menggigit jari kemarahan, dan yang berpaling tadah seperti yang kami telah jelaskan, dan ummah kafir [roman dan parsi] adalah seperti yang kami telah tunjukkan dahulu. Ansars telah berbeza dan berpaling dari Muhajirun, dengan berkata, "Biarlah kami pilih pemimpin kami dan kamu pilih pemimpin kamu, dsb." Keperihatinan beliau terhadap agama telah membuat beliau menahan diri dari menuntut kedudukan khalifa untuk dirinya dan mengabaikan beberapa perkara tertentu, telah diketahui bahawa menuntut hak dibawah keadaan sedemikian akan membahayakan ummah dan mengancam keselamatan agama, maka beliau memilih untuk menahan diri hanya diatas keutamaan Islam dan itu adalah untuk kepentingan umum, dan untuk kebaikan dimasa yang akan datang dari yang ada sekarang [diketika itu].
Dari itu beliau telah tinggal dirumah, enggan memberikan bai’ah sehingga beliau dipaksa meninggalkannya, secara diam beliau menguat kuasakan haknya, dengan diam mencabar mereka yang menolak beliau. Jika beliau bersegera memberikan bai’ah, beliau tentu tidak punya hujah atau alasan, tetapi beliau, dengan melakukan begitu, telah menyelamatkan keduanya, agama dan hak beliau untuk memerintah mereka yang beriman, dengan itu telah membuktikan apa yang terkandong di dalam fikiran beliau; kasih sayang beliau, kesabarannya dan kepentingan umum dari dirinya. Mana-mana jiwa yang memberikan sedemikian banyak ketika menghadapi banyak bencana telah pasti akan diberikan ganjaran oleh Allah dengan ganjaran ilahi. Tujuan beliau adalah sesungguhnya mencari keridhaan Allah pada masa itu dan pada masa yang akan datang.
Berkenaan dengan tiga khalifa dan penyokong mereka, mereka telah mentafsirkan teks mengenai penggantian dengan cara yang mana kami telah tunjukkan diatas. Ini tidak menghairankan kami sama sekali, setelah kami mengetahui bagaimana mereka mentafsir dan memahami teks Rasul [sawas] yang lain, mengenai isu seperti penggantian, kerajaan, pentadbiran, perundangan dsb. Mereka mungkin tidak menganggapnya sebagai isu agama; maka mudahlah bagi mereka untuk menentangnya. Apabila akhirnya mereka berkuasa, mereka terus berkekalan mengabaikan teks yang demikian, berjanji akan menghukum sesiapa yang menyebutnya atau membayangkan kepada mereka. Apabila mereka telah berjaya di dalam menguat kuasakan pemerintahan, dengan penyebaran bagi agama Islam, penaklukan negara lain, dan mendapatkan kekayaan dan juga kuasa, mereka tidak menjadi keji dari keingin diri sendiri, dan itu, telah meninggikan mereka dan memenangi penghormatan rakyat, kepercayaan dan cinta rakyat. Manusia mengikuti jejak mereka pada melupakan teks, dan apabila Banu Omayyah mengganti mereka, objektif yang terakhir ini [Banu Omayyah] adalah untuk menghapus dan menamatkan ahl al-Bayt Rasul. Walaupun dengan semua ini, sebilangan kecil teks yang benar telah sampai kepada kami dan telah diselamatkan di dalam buku-buku tradisi yang sahih; ini mencukupi sebagi bukti, pujian bagi Allah, Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Ini telah disebutkan oleh Ibn Abul-Hadid pada ms 107, Vol. 3, dari Sharh Nahjul Balaghah, ketika membincangkan satu isu yang layak mendapat perhatian dari para penyelidik yang mana dibincangkan juga oleh Ibn al-Athir pada penghujung dari biografi `Umer pada ms 24, Vol. 3, dari bukunya Al-Kamil sebelum membincangkan cerita ‘perundingan."
SURAT 85
MEMINTA CERITAKAN PERISTIWA DIMANA MEREKA TIDAK MENGIKUTI TEKS HADITH
Rabi`ul-Awwal 7, 1330 H
Saya telah menerima surat kamu yang terakhir dan dapati ianya amat menakjubkan di dalam membuktikan sesuatu itu berkemungkinan, apa yang mulanya kami fikirkan sebagai mustahil, sungguh mengkagumkan cara kamu memaparkan bayangan gambaran dengan amat jelas; maka pujian bagi yang Maha Esa, di mana telah memudahkan untuk kamu, walaupun pada contoh gambaran yang paling komplek, menganugerahkan keatas kamu kemudahan kepada penjelasan, sehingga kamu telah mencapai apa yang tidak tercapai dengan segala cara dan memperolehi apa yang tidak didapati oleh mereka yang sangat berhajat. Kami fikir bahawa penyebabnya tidak ada kaitan dengan apa yang di bayangkan oleh teks sahih, dan bahawa tidak terdapat cara yang jelas untuk membuktikan bahawa mereka telah menyimpang darinya. Bahkan saya harap kamu telah menceritakan peristiwa dimana mereka tidak mengikuti teks yang jelas, supaya yang benar menjadi nyata, dan jalan petunjuk nampak jelas dengan sendirinya. Dari itu saya meminta kepada kamu untuk menjelaskan perkara ini, dengan cahaya tradisi yang terang dan diketahui umum, menelan apa sahaja yang tertulis di dalam buku sejarah mengenai cara mereka berfikir. Wassalamo Alaikom.
Yang ikhlas,
S
SURAT 86
1] BENCANA HARI KHAMIS
2] SEBAB MENGAPA RASUL MEMBATALKAN ARAHANNYA KEMUDIAN
Rabi`ul-Awwal 8, 1330 H
1) Insiden dimana mereka tidak mengikuti teks hadith adalah banyak. Ambil sebagai contoh, bencana di hari Khamis, insiden yang paling terkenal dan yang paling dibenci diantara mereka. Ianya disampaikan oleh semua pengarang sahih dan sunan, dan telah di dokumenkan oleh semua tradisionis dan ahli sejarah. Mencukupi bagi kamu apa al-Bukhari, di dalam seksen pada memperkatakan kenyataan Rasul [sawas] yang sedang sakit: "Pergi jauh dari saya," pada ms 5, Vol. 4, dari Sahih, dimana pengarang bergantung pada penyampaian `Ubaydullah ibn Abdullah ibn `Utbah ibn Mas`ud yang menyebutkan dari Ibn `Abbas sebagai berkata bahawa apabila kematian menghampiri Rasul Allah [sawas], rumah baginda penuh dengan manusia termasuk `Umer ibn al-Khattab. Rasul Allah [sawas] berkata: "Biar saya tuliskan untuk kamu sesuatu yang akan selamanya menyelamatkan kamu dari kesesatan selepas saya." `Umer berkata: "Rasul sedang mengalami kesakitan, dan ada bersama kamu al-Quran; maka Kitab Allah mencukupi bagi kami." Mereka yang hadir disana telah berbalah diantara mereka, dan perbalahan mereka bertukar menjadi pertengkaran. Sebahagian mereka berkata: "Mari rapat kepada baginda supaya baginda dapat menuliskan sesuatu untuk kamu yang akan menyelamatkan kamu dari kesesatan selepas baginda," sedangkan yang lain mengulangi apa `Umer telah katakan. Apabila perbalahan dan pertengkaran memuncak di dalam kehadiran Rasul [sawas], baginda berkata kepada mereka: "Pergi jauh dari saya." Ibn `Abbas selalu berkata: "Bencana, bencana sebenar, adalah apa yang menyebabkan Rasul Allah [sawas] membatalkan dari menulis apa yang baginda hendak tuliskan, disebabkan dari perbalahan dan pertengkaran mereka."
Tidak terdapat perselisihan mengenai kesahihan hadith ini, tidak juga peristiwa dimana ia diucapkan. Al-Bukhari menyebutnya di dalam huraian pada ilmu pengetahuan di muka surat 22, Vol. 1, dari hasil kerjanya, dan terdapat juga ditempat-tempat yang lain dimana para penyelidik telah mengetahuinya. Dia menyebutnya dibeberapa tempat di dalam sahihnya. Muslim, juga menyebutnya pada penghujung wasiat Rasul [sawas] di dalam buku sahihnya di muka surat 14, Vol. 2. Ahmed menyebutkan hadith Ibn `Abbas di dalam Musnad. Rujuk pada ms 325 dari jilidnya yang pertama. Ianya telah disampaikan oleh semua pengarang tradisi dan buku sejarah, setiap penulis menyuntingnya tetapi masih mengekalkan intipatinya, mengulangi fakta bahawa Rasul [sawas] telah disebutkan sebagai “meracau” atau “terganggu fikiran” Tetapi mereka juga mengatakan bahawa `Umer telah berkata: "Rasul [sawas] sedang mengalami kesakitan" hanya untuk memperelokkan kenyataan, dan mengurangkan sentimen mereka yang mendapatinya sebagai satu penghinaan. Untuk menyokong fakta ini, apa yang Abu Bakr Ahmed ibn `Abdul-`Aziz al-Jawhari telah katakan di dalam bukunya yang bertajuk Al-Saqifah, bergantung dari penyampaian Ibn `Abbas dan menyebutkannya sebagai berkata, "Apabila kematian menghampiri Rasul Allah [sawas], terdapat manusia hadir di dalam rumah baginda diantara mereka adalah `Umer ibn al-Khattab seorang darinya. Rasul Allah [sawas] berkata: `Bawakan saya dakwat dan tempat tulis supaya saya dapat menuliskan kepada kamu sesuatu yang akan menyelamatkan kamu dari kesesatan selepas saya.' Mereka yang hadir dirumah baginda berbeza diantara mereka dan bertengkar, sebahagiannya berkata `Marilah rapat dan lihat apa yang Rasul tuliskan untuk kamu,' sedang yang lain mengulangi apa yang `Umer telah katakan. Apabila perbalahan dan pertengkaran bertambah, Rasul Allah [sawas], menjadi marah dan berkata: `Pegi jauh dari saya," seperti yang tertulis dimuka surat 20, Vol. 2, dari Sharh Nahjul Balaghah oleh ulama Mu`azilite [Ibn Abul Hadid].
Seperti yang kamu lihat dari cerita ini, ianya amat jelas di dalam menunjukkan bahawa beberapa individu melaporkan pengetian terhadap penentangan `Umer, tidak secara tepat [verbatim]. Ini juga membuktikan bahawa tradisionis yang tidak berhasrat untuk menyatakan nama orang yang menentang, telah sebaliknya menyebutkan kenyataan itu dengan tepat [verbatim]. Di dalam Bab pada memberikan hadiah kepada perwakilan, di dalam bukunya Al-Jihad wal Siyar, ms 118, Vol. 2, al-Bukhari berkata:
"Qabsah menyampaikan tradisi kepada kami dari Ibn `Ayinah, Salman al-Ahwal, dan Sa`id ibn Jubayr, semuanya secara turutan menyebutkan Ibn `Abbas sebagai berkata: `Pada hari Khamis – Apakah hari; Hari Khamis itu...,' dan beliau mula menangis sehingga air matanya membasahi batu, kemudian beliau mula berkata, "...kesakitan Rasul Allah bertambah pada hari Khamis itu; maka baginda mengarahkan kami untuk membawa peralatan tulisan supaya baginda dapat menuliskan untuk kami sesuatu yang dengannya kita akan terselamat dari sesat selepas baginda, tetapi manusia berbalah, setelah mengetahui bahawa tiada siapa boleh berbalah dikehadiran mana-mana Rasul, dan mereka berkata: `Rasul Allah telah meracau.' Baginda [sawas] kemudian berkata: `Tinggalkan saya, kerana sakit yang saya deritai lebih tertanggong dari apa yang kamu katakan kepada saya,' dan baginda meninggalkan di dalam wasiatnya sebelum baginda wafat tiga perkara: mengeluarkan segala musyrik dari tanah Arab, untuk memberi hadiah kepada perwakilan dengan cara yang sama baginda [sawas] pernah menghadiahkan kepada mereka,' dan saya terlupa yang ketiga."[1]
Hadith yang sama juga diceritakan oleh Muslim pada penghujung Bab yang berkaitan dengan wasiat di dalam buku sahihnya, dan oleh Ahmed di dalam hadith Ibn `Abbas pada muka surat 222, Vol. 1, dari hasil kerjanya, dan oleh semua tradisionis yang lain. Di dalam Bab wasiat di dalam sahihnya, Muslim menyebut Sa`id ibn Jubayr pada satu tempat, dan Ibn `Abbas di tempat yang lain, sebagai berkata, "Khamis itu, O apakah hari; hari Khamis itu...," dan air matanya terus mengalir, ianya kelihatan seperti mutiara yang tersusun, kemudian dia terus berkata: "Rasul Allah [sawas] berkata: `Bawakan saya tempat tulis dan bekas dakwat,' atau bekas tulis dan sedikit dakwat, `supaya saya dapat menuliskan untuk kamu sesuatu dimana kamu tidak akan sesat;' maka sebahagian dari manusia berkata: `Rasul Allah telah meracau.'"[2]
Sesiapa yang menyelidik insiden yang keji ini di dalam buku-buku sahih akan mendapati bahawa orang pertama untuk mengatakan bahawa Rasul Allah meracau adalah sesungguhnya `Umer, dan sebahagian dari mereka yang hadir disana kemudian mengikut jejaknya. Di dalam hadith yang pertama, kamu telah dengar Ibn `Abbas berkata:[3] "Mereka yang hadir dirumah baginda berbeza diantara mereka dan berbalah, sebahagian mengatakan ` Marilah rapat dan lihat apa yang Rasul tuliskan untuk kamu,’ sedangkan yang lain mengulangi apa yang `Umer telah katakan," i.e. "Rasul Allah telah meracau." Di dalam tradisi yang lain oleh al-Tabrani, di dalam Awsat, dan pada ms 138, Vol. 3, dari Kanz al-`Ummal, `Umer telah disebutkan sebagai berkata: "Apabila Rasul jatuh sakit, baginda berkata: `Bawakan kepada saya papan tulis dan bekas dakwat, supaya saya dapat menuliskan untuk kamu sesuatu yang mana selepasnya kamu tidak akan sesat;' maka wanita disebalik tirai berkata: `Tidakkah kamu mendengar apa yang Rasul Allah [sawas] telah katakan?'" `Umer terus berkata: "Saya katakan kepada mereka: `Kamu adalah seperti wanita yang menyanjung Yusof; apabila Rasul Allah jatuh sakit, kamu perahkan mata kamu, dan apabila baginda sihat, kamu panjat tengkoknya!" Dia meneruskan katanya: "Rasul Allah kemudian berkata: `Tinggalkan saya, kerana mereka itu lebih baik dari kamu.'"
Kamu boleh lihat bahawa mereka tidak pernah melaksanakan pengertian hadith ini. Jika mereka telah melakukannya, mereka telah terselamat dari kesesatan. Kami harap mereka telah berhenti daripada menjadi degil dan tidak menjawab kepada baginda dengan mengatakan: "Kitab Allah mencukupi bagi kami,” seakan baginda tidak tahu status kedudukan kitab Allah diantara mereka, ataupun mereka lebih mengetahui dari baginda mengenai sifat-sifat dan manfaatnya. Kami harap mereka telah merasa puas dengan semua itu, selain dari mengejutkan baginda dengan kenyataan mereka yang keji: "Rasul Allah telah meracau," ketika baginda sedang menanggong kesakitan kematian. Apakah jenis ucapan selamat tinggal untuk Rasul Allah (sawas)! Mereka tidak mematuhi arahan Rasul disebabkan mereka telah merasa puas dengan kitab Allah seperti yang mereka katakan, seolah mereka tidak pernah membaca ayat: "Apa sahaja yang Rasul berikan kepada kamu, ambillah, dan tinggalkan apa sahaja baginda melarang kamu darinya, patuhlah kepada baginda (Qur'an, 59:7)." Mereka katakan: "Rasul Allah telah meracau," seolah mereka tidak pernah membaca ayat: "Ianya adalah perkataan pesuruh yang mulia, yang diberi kuasa oleh yang mempunyai ‘Arasy, keamanan kepada mereka yang patuh kepadaNya; sesungguhnya sahabat kamu tidak gila (Qur'an, 81:19-22)," dan kenyataaNya awj, "Ianya adalah perkataan pesuruh yang mulia, bukan penyair, sedikit yang kamu percayai, tidak juga kata-kata rahib, sedikit yang kamu ingat; ianya adalah wahyu dari Tuhan sekelian alam (Qur'an, 69:40-43)," dan kenyataanNya awj, "Sahabat kamu tidaklah sesat, tidak juga dia mengikuti kehendaknya, dia tidak menyebutkan dari kehendaknya; ianya adalah apa yang telah disampaikan kepadanya dari wahyu; dia telah diajarkan oleh yang maha Berkuasa (Qur'an, 53:2-5)," sebagai tambahan kepada banyak lagi ayat seperti itu yang penuh dengan hikmah ilahi, semuanya mengesahkan mengenai baginda yang terpelihara dari meracau.
Bahkan akal sendiri mengesahkan kepada perkara yang sedemikian, tetapi mereka sedar kepada fakta bahawa baginda, Rasul Allah [sawas] berhasrat untuk memperkukuhkan ikatan kedudukan khalifa, dan menekankan bahawa ianya dimonopoli oleh ‘Ali seorang khasnya, dan para Imam diantara keturunannya yang disucikan secara amnya; maka mereka telah menjadi batu penghalang untuk baginda [sawas] melakukannya; seperti yang diakui oleh khalifa kedua sendiri di dalam perbualannya secara sulit yang dilangsungkan dengan Ibn `Abbas...! Ianya terdapat pada baris 27, ms 114, Vol. 3, dari Sharh Nahjul Balaghah oleh Ibn Abul Hadid.
Jika kamu pertimbangkan kenyataan baginda [sawas], "Bawakan saya papan tulis dan bekas dakwat, supaya saya tuliskan untuk kamu sesuatu yang mana kamu tidak akan sesat selepas saya," dan kenyataan baginda [sawas] di dalam hadith Dua Perkara Berat: "Saya tinggalkan dengan kamu, yang mana selagi kamu berpegang teguh, ianya tidak akan membiarkan kamu sesat: Kitab Allah dan keturunan saya, Ahl al-Bayt," dengannya kamu akan mengetahui tujuan kedua hadith adalah sama, dan bahawa baginda [sawas] berhasrat, walaupun ketika sakit, hendak menuliskan untuk mereka secara khusus arahan yang membayangkan di dalam hadith Dua Perkara Berat [al thaqalain].
2) Baginda [sawas] membatalkan arahan kepada mereka disebabkan oleh kenyataan mereka yang mana telah memeranjatkan baginda, ini telah memaksa baginda untuk bertukar fikiran, oleh kerana setelah menyebutkan yang sedemikian tentu tidak ada kesan untuk baginda menulisnya selain dari perselisihan dan perpecahan, dan membuat mereka berhujah sama ada baginda benar-benar meracau – ampunan Allah – atau tidak, sama seperti yang mereka telah lakukan dikehadiran baginda dan ketika baginda masih boleh melihat semuanya, sehinggakan baginda tidak dapat memgatakan apa-apa kepada mereka selain dari menyuruh mereka pergi, seperti yang kamu telah dengar. Jika baginda berkeras untuk menulisnya, mereka akan terus berpegang kepada kenyataan mereka, bahawa ianya telah dituliskan ketika meracau – ampunan Allah – dan memenuhkan buku mereka dengan tuduhan yang sedemikian, hanya untuk menolak penulisannya dan menggunakannya sebagai alasan untuk tidak melaksanakan.
Atas sebab ini, kebijaksanaan baginda mengatakan bahawa baginda [sawas] harus melupakan mengenai penulisan yang sedemikian kerana takut kepada mereka yang menentang kehendak baginda, dan pengikut mereka akan membuka pintu kepada keraguan mengenai ke Rasulan itu sendiri, kami berlindung dengan Allah, dan meminta pertolongan denganNya. Baginda [sawas] melihat bagaimana ‘Ali [as] dan pengikutnya telah mengikuti pengertian tulisan yang sedemikian, sama ada baginda telah menulisnya atau pun tidak, sedangkan yang lain tidak akan mengikutinya walaupun jika dituliskan. Dari itu kebijaksanaan memerlukan kepada meninggalkan penulisan, oleh kerana ianya tidak mempunyai kesan sama sekali diatas penentangan yang timbul dari perselisihan, seperti yang dilihat, Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Yang ketiga tidak lain dari perkara yang Rasul [sawas] berhasrat untuk menulisnya supaya dapat menyelamatkan mereka dari kesesatan, tetapi politik telah memaksakan tradisionis untuk ‘lupa’ padanya, seperti yang mufti Hanafi dari Sur, Hajj Dawud al-Dadah, terangkan.
[2] Hadith ini disebutkan secara tepat [verbatim] oleh Ahmed ms 355, Vol. 1, dari Musnad, sebagai tambahan kepada banyak lagi pengarang buku tradisi yang dipercayai.
[3] Ini adalah yang al-Bukhari telah sebutkan dari `Ubaydullah ibn `Abdullah ibn `Utbah ibn Mas`ud dari Ibn `Abbas, dan ianya juga disebutkan oleh Muslim dan lainnya.
SURAT 87
MEMBELA DAN MEMBINCANG BENCANA
Rabi` al-Awwal 9, 1330 H
Apabila baginda, [sawas] mengarahkan mereka untuk membawa kertas kosong dan bekas dakwat, baginda tidak bermaksud untuk menulis apa-apa yang tertentu, baginda hanya bermaksud untuk menduga mereka, itu sahaja. Dari itu Allah memimpin al-Faruq, dari diantara semua para sahabat yang lain, untuk melarang mereka dari membawanya kepada baginda. Penentangan yang sedemikian, hendaklah dianggap seperti yang dipersetujui oleh ilahi, dan dijumlahkan diantara kuasa luar biasa yang dianugerahkan ilahi kepadanya, semoga Allah merasa senang dengannya. Ini adalah hujah dari kebanyakkan pesonaliti yang terkemuka. Tetapi kenyataan baginda [sawas], "... kamu tidak akan sesat," menolak hujah yang sedemikian jika prinsip saksama hendak digunakan, kerana arahan itu jelas yang bermaksud "Jika kamu bawakan kertas kosong dan bekas dakwat, dan jika saya tuliskan untuk kamu sesuatu, maka kamu tidak akan sesat selepas itu." Adalah jelas, dan bahawa mentafsirkan arahan yang demikian sebagai petunjuk untuk menduga adalah satu pendustaan yang nyata yang mana tidak terdapat pada para Rasul, terutama, dimana membawakan kertas kosong dan bekas dakwat adalah lebih layak kepada mereka yang menerima perintah dari baginda yang mencari sebab untuk demikian; dari itu alasan lain diperlukan.
Apa yang boleh dikatakan adalah bahawa isu itu bukan pelawaan kepada parti, maka sesiapa yang menolaknya boleh dipersalahkan, tetapi ianya adalah isu perundingan. Mereka selalu meminta nasihat dia [`Umer], keamanan baginya, di dalam beberapa perkara. Dan `Umer tahu bahawa jauh di dalam hatinya dia telah berjaya di dalam membuat pilihan, apa yang terbaik untuk kepentingan Muslim, dan bahawa ianya telah diilhamkan oleh Allah awj. Dia hanya berhasrat untuk tidak membiarkan Rasul membebankan dirinya dengan kepayahan dari menulis sesuatu di dalam keadaan baginda yang tenat; dan dia, keamanan untuknya, berfikir adalah lebih baik untuk tidak membawakan kertas kosong dan bekas daklwat. Dia juga mungkin takut bahawa Rasul mungkin tulis perkara yang agak mustahil untuk manusia malakukan, dari itu telah menyebabkan mereka boleh dihukum, oleh kerana perkara yang sedemikian akan menjadi teks dimana prinsip ijtihad tidak boleh digunakan. Atau dia mungkin takut bahawa hipokrit akan mengadakan keraguan mengenai kesahihannya kerana penulisan yang sedemikian telah dilakukan semasa beliau di bawah pengaruh kesakitan, dari itu telah menyebabkan perselisihan; maka dia berkata: "Kitab Allah mencukupi bagi kami," menyokong ayat Allah awj: "Kami telah tidak tinggalkan apa-apa (tanpa menjelaskannya) di dalam kitab (Qur'an, 6:38)" dan juga "Hari ini Aku cukupkan agama untuk kamu (Qur'an, 5:4)," dari keperihatinannya terhadap ummah dari sesat setelah Allah mencukupkan agamaNya dan menyempurnakan rahmatnya.
Begitulah jawapan mereka. Kata-kata baginda "... kamu tidak akan sesat" menunjukkan keazaman dan atitiut yang positif. Usaha untuk memberikan keselamatan dari kesesatan, pada bila-bila masa sahaja yang boleh dan tanpa sebarang keraguan, adalah mesti. Kekeciwaan baginda kepada mereka dengan memberitahu supaya meninggalkan dirinya oleh kerana mereka tidak melaksanakan arahannya adalah satu lagi bukti bahawa perkara ini adalah reaksi dari perundingan.
Dari itu jika kamu katakan ianya adalah mesti, Rasul [sawas], tentu tidak membatalkannya, hanya kerana mereka membantah, sama seperti baginda tidak berhenti menyampaikan agama hanya disebabkan oleh penentangan dari yang kafir..., jika kamu katakan semua ini, maka kami akan katakan bahawa jika isunya begitu, maka arahan telah dilaksanakan, kerana itu telah menunjukkan bahawa menulis perkara itu tidaklah wajib kepada Rasul [sawas]. Ini pastinya, tidaklah pula mengatakan bahawa mereka tidak perlu membawakan kepada baginda kertas dan bekas dakwat apabila baginda mengarahkan mereka, setelah menerangkan kepada mereka bahawa faedahnya termasuk keselamatan untuk mereka dari kesesatan dan punca petunjuk yang berterusan. Titik utama adalah bahawa mereka yang menerima perintah baginda hendaklah mematuhinya, terutama apabila faedahnya adalah pada yang menerima arahan, dan itu adalah sebab bagi kenyataan ini, tidak pada perlaksanaan.
Bahkan mungkin juga ianya wajib atas diri baginda, dan kewajipan yang sedemikian telah dibatalkan disebabkan oleh kedegilan mereka dan kata-kata mereka bahawa baginda berkata yang bukan-bukan, kerana penulisan yang demikian akan menyebabkan perselisihan, seperti yang kamu dengan bijak telah jelaskan.
Mungkin juga sebahagian manusia akan mengatakan bahawa `Umer, semoga Allah merasa senang dengannya, tidak mengertikan maksud dari kenyataan Rasul yang telah membayangkan bahawa penulisan yang sedemikian akan menghasilkan keselamatan bagi setiap seorang dari ummah ini dari kesesatan, sehinggakan bahawa tiada siapa dari ummah ini yang akan sesat. Sebaliknya dia memahami "... kamu tidak akan sesat" untuk bermaksud "... kamu tidak akan bersetuju [sepakat] kesemua kamu untuk menjalani laluan yang sesat. Itulah sebabnya maka dia tidak menemui sebarang alasan, mengapa Rasul hendak menulis sesuatu lagi, fikirnya bahawa niat Rasul hanyalah sebagai memberikan pencegahan tambahan dalam perkara itu, oleh kerana baginda telah diketahui sebagai yang penuh dengan kebajikan dan kasih sayang.
Ini semua yang telah dikatakan di dalam maksud untuk mencarikan sebab kepada kejadian itu. Sesiapa yang menelitinya akan pasti, di dalam fikiran mereka bahawa ianya jauh dari rasional, atas sebab yang mudah difahamkan bahawa kenyataan baginda [sawas], "... kamu tidak akan sesat" menunjukkan bahawa perkara itu memerlukan perhatian yang wajar, seperti yang kami telah katakan, dan kekeciwaan baginda kepada mereka adalah bukti bahawa mereka menjadi alpa mengenai satu dari kewajipan mereka. Dari itu ianya lebih sesuai untuk dikatakan insiden yang sedemikian berlaku apabila mereka, sesungguhnya telah berkelakuan dengan yang bertentangan dari kebiasaan, sama seperti kesilapan mereka pada yang lalu, dan ini adalah satu kesalahan yang tidak sama sekali dari keperibadian mereka, dan kami tidak tahu betapa tepatnya keseluruhan cerita yang sedemikian. Allahlah pembimbing kejalan yang lurus, Wassalamo Alaikom.
Yang ikhlas,
S
SURAT 88
ALASAN DITOLAK
Rabi`ul-Awwal 11, 1330 H
Sesiapa yang berfikiran wajar seharusnya telah mengalah kepada kenyataan yang nyata dan mengatakan apa yang sebenar. Terdapat pandangan lain untuk menolak hujah itu yang mana saya berhasrat hendak membentangkan kepada kamu, supaya keputusan yang terakhir semuanya terpulanglah ke atas diri kamu.
Alasan mereka yang pertama, mengatakan bahawa baginda [sawas], setelah mengarahkan mereka untuk membawa bekas dakwat, sebenarnya baginda tidak bermaksud untuk menulis apa-apa tetapi sekadar untuk menduga mereka, itu sahaja. Kami katakan, sebagai tambahan kepada apa yang kamu sendiri telah katakan, bahawa insiden ini berlaku sejurus sebelum wafatnya baginda, seperti yang dikatakan oleh hadith itu. Sudah pasti baginda [sawas] tidak ada masa lagi untuk menduga, tetapi hanya mempunyai sedikit masa yang tinggal untuk memberikan peringatan terakhir dan pesanan, masa untuk membuat wasiat yang mengandongi perkara penting, sedikit nasihat yang amat berguna untuk ummah. Sesiapa yang menghampiri kematian sudah tentu tidak lagi menduga dan bergurau; dia pastinya mengambil berat mengenai urusan dirinya dan juga dengan urusan kerabatnya, terutama jika dia seorang Rasul.
Jika baginda, sepanjang hidupnya, tidak punya masa yang cukup untuk menduga mereka, bagaimana baginda boleh mendapatkan masa untuk melakukan itu disaat baginda akan mati? Kenyataan baginda [sawas], yang menyuruh mereka pergi dari dirinya apabila mereka berbalah dan bertengkar dihadapannya, ini satu petunjuk terhadap kekeciwaan baginda kepada mereka. Jika mereka yang menentang baginda adalah betul, baginda tentu berterima kasih terhadap penentangan mereka dan menunjukkan kegembiraannya diketika itu. Sesiapa yang mengkaji tradisi [hadith] ini, terutama kata-kata mereka yang mengatakan bahawa Rasul Allah telah meracau, akan benar-benar mengetahui bahawa mereka sedar akan niat baginda [sawas] untuk melakukan sesuatu yang mereka amat benci; dari itu mereka telah memeranjatkan baginda dengan kenyataan yang sedemikian, dan mereka berkeras dengan membuat riuh, bertengkar dan berbalah, seperti yang telah diketahui. Tangisan Ibn `Abbas dan dia melebelkan insiden itu sebagai bencana yang dahsyat telah menolak hujah itu..
Mereka yang mencarikan alasan dengan berhujah bahawa `Umer telah diilhamkan oleh ilahi di dalam mempertimbangkan kepentingan ummah Muslim, bahawa dia bertindak setelah diilhamkan oleh Allah, ini adalah cakap kosong, dan hujah mereka ditolak terus dari untuk diperbincangkan; kerana mereka mengatakan bahawa ‘Umer, bukannya Rasul Allah [sawas] yang dijalan yang lurus di dalam insiden ini, dan apa yang dikatakan sebagai ‘ilhamnya’ adalah lebih tepat dari ‘wahyu’ yang diterima baginda Rasul [sawas], yang benar lagi dipercayai, yang baginda telah sebutkan.
Mereka katakan bahawa ini bermaksud untuk melepaskan Rasul [sawas] dari beban menulis ketika baginda merasa sakit. Kamu, semoga Allah menyokong kebenaran melalui diri kamu, mengetahui bahawa menulis perkara demikian akan membawa ketenangan fikiran, kedamaian dan kegembiraan mata Rasul Allah. Baginda akan merasa gembira untuk memastikan keselamatan ummahnya, dari kesesatan. Arahannya hendaklah dipatuhi, itu kehendak ilahi, dan ketika baginda masih ada bersama. Baginda, yang lebih berharga dari kedua ibubapa kami, berhajat untuk mendapatkan kertas dan bekas dakwat, baginda mengeluarkan perintah dan tiada siapa yang sepatutnya boleh menentang kehendak baginda; “Dan tidaklah patut yang beriman lelaki tidak juga yang beriman wanita mempunyai sebarang hak, apabila Allah dan RasulNya telah memutuskan sesuatu perkara, untuk mereka mengikuti pandangan mereka, dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya adalah pasti telah sesat dengan nyata (Qur'an, 33:36)."
Bahkan penentangan mereka ini adalah suatu perkara yang amat nyata, dan onah [kekacauan] mereka, pertengkaran dan perbalahan dihadapan baginda [sawas], ini semua, pada diri baginda lebih menyakitkan dari menulis apa yang dihajatinya supaya dengan itu dapat menyelamatkan ummahnya dari kesesatan. Bagaimana sesaorang yang merasa kasihan dengan baginda kerana kesakitan pada menuliskan sesuatu telah menentang baginda dan memeranjatkan baginda dengan mengatakan bahawa baginda telah meracau?
Mereka mengatakan bahawa `Umer fikir untuk tidak membawakan kertas dan bekas dakwat adalah bijak. Ini adalah kenyataan yang paling aneh. Bagaimana ianya boleh menjadi lebih bijak apabila Rasul [sawas] sendiri yang memerintahkannya supaya barang itu dibawakan? Adakah `Umer fikir bahawa sesuatu yang diarahkan oleh Rasul Allah [sawas] adalah lebih baik jika ditinggalkan?
Bahkan lebih pelik lagi di dalam hujah mereka bahawa ‘Umer takut bahawa Rasul [sawas] akan menulis sesuatu yang mustahil untuk dilakukan dan sesiapa yang meninggalkannya akan dikenakan hukuman. Bagaimana ianya boleh ditakuti setelah terdapat pada kenyataan baginda [sawas] "... kamu tidak akan sesat"? Adakah mereka yang berhujah itu fikir bahawa penilaian ‘Umer terhadap akibatnya adalah lebih tepat dari diri Rasul itu sendiri, dan bahawa dia lebih berhati-hati mengenai dan mencintai ummah ini dari diri Rasul [sawas] sendiri? Pastinya tidak.
Mereka juga mengatakan bahawa ‘Umer takut hipokrit akan mengadakan keraguan mengenai kesahihan tulisan yang demikian, kerana ianya telah dituliskan semasa baginda kesakitan, dan itu akan menyebabkan perselisihan. Kamu, semoga Allah menyokong kebenaran melalui diri kamu, telah mengetahui bahawa andaian yang sedemikian adalah mustahil oleh kerana Rasul [sawas] telah mengatakan: "... kamu tidak akan sesat," dari itu dengan jelas telah mengatakan bahawa penulisan demikian akan memberi mereka keselamatan dari kesesatan; maka bagaimana akan adanya sebab untuk perselisihan, hanya kerana hipokrit mengadakan keraguan terhadap kesahihannya? Jika dia [`Umer] benar-benar takut hipokrit akan menaburkan keraguan mengenai kesahihan apa yang akan dituliskan Rasul [sawas], mengapa pula dia yang menanamkan benih keraguan itu sendiri apabila dia membantah dan menentang dan bahkan mengatakan Rasul telah mengatakan yang bukan-bukan?
Mengenai dengan pentafsiran mereka pada ayat yang dibacakan di dalam menyokong kenyataan ‘Umer: "Kitab Allah mencukupi bagi kami," ayat seperti: "Kami tidak tinggalkan apa-apa tanpa penerangan di dalam kitab (Qur'an, 6:38)," dan "Hari ini Aku telah cukupkan kamu agama kamu (Qur'an, 5:4)," Ianya suatu kekeliruan, kerana kedua-dua ayat itu tidak mengatakan terselamat dari kesesatan, tidak juga ayat itu menjaminkan petunjuk bagi ummah; maka bagaimanakan dengan bergantung kepada ayat ini telah membolehkan kita meninggalkan perlaksanaan teks, yang mana penulisan terhadapnya adalah yang dihajati oleh Rasul [sawas] untuk dirakamkan? Jika dengan adanya al-Quran telah boleh membawa keselamatan dari kesesatan, dari itu kesesatan mahupun perselisihan, yang mana untuk menghapuskannya kini sudah agak mustahil, pasti tidak pernah berlaku.[1]
Di dalam hujah mereka yang terakhir, mereka mengatakan bahawa `Umer tidak memahami yang tradisi ini membayangkkan bahawa penulisan yang sedemikian akan menyebabkan keselamatan bagi setiap seorang dari ummah dari kesesatan, dan bahawa dia memahami yang ianya setelah dituliskan akan menyelamatkan mereka dari kesalahan di dalam ijmak mereka. Mereka mengatakan bahawa ‘Umer [ra], telah mengetahui kesalahan di dalam ijmak tidak akan berlaku, walaupun jika penulisan sedemikian dilakasanakan atau pun tidak, dan atas sebab ini dia menentang penulisan itu.
Selain dari apa yang kamu telah katakan, kami menambah bahawa ‘Umer tidak kurang tahap pemahamannya, dan dia tidak buta terhadap implikasi hadith tersebut, yang telah difahami oleh semua manusia. Orang kota dan juga badwi faham akan niat Rasul [sawas] bahawa ianya adalah arahan yang lengkap untuk keselamatan setiap individu dari kesesatan... hanya jika ianya dituliskan. Inilah maksud yang semua orang fahamkan dari tradisi ini. `Umer sesungguhnya telah tahu bahawa Rasul Allah [sawas] tidak risau mengenai ummahnya membuat kesalahan di dalam pandangan ijmak mereka; oleh kerana dia [‘Umer], telah mendengar baginda [sawas] berkata: "Ijmak ummah saya tidak di dalam kesesatan mahupun di dalam kesalahan," dan kenyataan baginda [sawas]: "Satu kumpulan dari ummah saya akan selalu berdiri menentang apa yang adil," dan dia tahu akan ayat yang mengatakan: "Allah telah berjanji kepada mereka yang beriman di antara kamu dan yang melakukan amal kebajikan bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di dunia ini sama seperti yang Dia jadikan orang sebelum kamu berkuasa, dan dia akan memperkukuhkan asas agama yang Dia telah ridhai, dan Dia akan menukarkan ketakutan mereka dengan keselamatan; mereka akan menyembahKu, dengan tidak menyekutukan apa-apa kepada Aku (Qur'an, 24:55)," sebagai tambahan kepada banyak lagi teks yang sedemikian di dalam Kitab dan sunnah. Semuanya jelas dalam membayangkan bahawa TIDAK semua ummah akan salah di dalam pandangan ijmak mereka; maka tidak boleh diterima, setelah terdapat semua ini, bahawa ‘Umer atau sesiapa yang akan memahami bahawa apabila Rasul [sawas] meminta kertas dan bekas dakwat, baginda khuatir mengenai ummahnya tersalah di dalam pandangan ijmak mereka. Apa yang ‘Umer faham dari hadith ini, itulah yang difahami oleh orang lain, bukan pada apa yang bertentangan dengan sunnah yang sahih, mahupun ayat al-Quran yang sempurna. Tetapi kekeciwaan Rasul [sawas] adalah jelas apabila baginda menyuruh mereka pergi jauh darinya, dan ianya membuktikan bahawa apa yang mereka tolak adalah sesungguhnya perintah yang wajib. Jika bantahan ‘Umer adalah disebabkan dari salah faham terhadap hadith ini, seperti yang mereka katakan, maka Rasul [sawas] telah menolong dia di dalam memperjelaskan bantahan dia kepada baginda [sawas]. Tidak, bahkan jika Rasul [sawas] sendiri yakin yang baginda boleh meyakinkan mereka untuk melaksanakan arahannya, pasti baginda tidak akan mengarahkan mereka keluar. Sekali lagi, tangisan Ibn ‘Abbas dan penderitaannya yang tulen telah memberikan penolakkan yang kuat terhadap kenyataan yang sedemikian.
Keadilan enggan memberikan sebab dan alasan untuk mereka yang telah mengizinkan bencana sedemikian untuk berlaku. Jika ianya, seperti apa yang kamu katakan satu kesilapan seperti yang satu lagi sebelum ini, dan kejadian yang jarang berlaku, maka perkara ini masih boleh ditangani, tetapi ini adalah bencana yang dahsyat di dalam abad yang telah mematahkan tulang belakang ummah; dari itu kita adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya lah kita kembali.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Kamu, semoga Allah menyokong kebenaran melalui kamu, tahu bahawa Rasul [sawas] tidak berkata: "Saya hendak menulis prinsip," supaya ia boleh dikatakan kepada baginda: "Mencukupi bagi kami Kitab Allah awj." Walaupun jika kita katakan bahawa baginda berhasrat untuk menulis prinsip, besar kemungkinan dengan penulisan itu telah menjadi sebab untuk keselamatan dari kesesatan; dari itu tidak ada sebab untuk menggelak dari teks tersebut dan merasa cukup dengan al-Quran sahaja. Jika teks yang baginda hendak tuliskan hanya untuk menyelamatkan mereka dari kesesatan, adalah tidak wajar untuk mengabaikan dan membuangnya, dan bergantung kepada fakta bahawa kitab Allah mengandongi segalanya. Kamu sedia tahu bagaimana ummah Muslim telah tidak punya pilihan selain dari merujuk kepada sunnah yang suci walaupun terdapat kitab Allah awj yang mengandongi segalanya, dan terpelihara kesuciannya, namun untuk melahirkan perundangan darinya adalah diluar kemampuan manusia biasa. Jika kitab Allah tidak memerlukan untuk kita merujuk kepada penerangan baginda, seperti yang telah dilakukannya, dari itu Allah tentu tidak mengarahkan baginda ]sawas] supaya menjelaskan kepada manusia apabila Dia berkata: "Kami telah wahyukan kepada kamu kitab supaya kamu boleh menjelaskan kepada manusia apa yang telah disampaikan untuk mereka."
SURAT 89
1] MENGAKUI KEPALSUAN ALASAN TERSEBUT
2] MEMINTA CERITA INSIDEN YANG LAIN
Rabi`ul-Awwal 14, 1330 H
1) Kamu telah menutup jalan pada cara yang memperbolehkan alasan yang palsu.
2) Dari itu teruskanlah, dan sampaikan semua insiden yang mana mereka menggunakan pertimbangan mereka mengenai dengan hadith Rasul [sawas], Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 90
REGIMEN USAMAH
Rabi`l-Awwal 17, 1330 H
Jika kamu betul-betul telah mengikuti yang benar, tidak takut kepada sebarang kecaman, maka kamu adalah matlamat sasaran dan objektif sebenar. Kamu lebih tinggi dari menjadi keliru mengenai apa yang betul dan apa yang tidak, kamu lebih tinggi dari menyembunyikan yang benar. Kamu adalah lebih dari itu, lebih mulia dan lebih dihormati.
Kamu telah, semoga Allah meninggikan status kehormatan kamu, meminta saya untuk menceritakan semua insiden yang lain di mana mereka mengutamakan untuk mengikuti pandangan mereka dari menyerah kepada perintah ilahi; dari itu pertimbangkan insiden regimen Usamah ibn Zayd ibn Harithah yang dihantar untuk menyerang Roman. Ini adalah regimen terakhir di masa Rasul [sawas]; telah mengambil berat mengenai penubuhannya, mengarahkan para sahabat supaya bersedia untuk berkhidmat di dalamnya, bersungguh-sungguh menggerakkan mereka untuk menyenaraikan diri. Baginda [sawas] sendiri menubuhkan pasukan tentera ini supaya dapat memberikan kepada mereka yang berkhidmat di dalamnya rangsangan moral yang kuat dan memikat jiwa mereka. Baginda tidak meninggalkan walau seorang pun dari pemuka-pemuka di antara Muhajirin mahu pun Ansar, seperti Abu Bakr, `Umer,[1] Abu `Ubaydah, Sa`d, dan mereka yang sama sedarjat, dari berkhidmat di dalam regimen.[2]
Ianya berlaku pada 26 Safar, 11H. Pada keesokkan hari, baginda memanggil Usamah dan berkata: "Pergi ketempat di mana bapa kamu telah dibunuh dan biarkan pasukan berkuda kamu menginjak-injakkan kakinya di situ, dan kini saya melantik kamu sebagai pemimpin pasukan ini; dari itu seranglah Ubna [3] pada waktu pagi, bakar kediaman mereka dan pulanglah lebih cepat dari tersebarnya berita perbuatan kamu. Semoga Allah memberikan kamu kemenangan di atas mereka, maka janganlah berlama-lama. Ambillah petunjuk jalan, pergi bersama kamu, hantar yang lain untuk mendapatkan maklumat, dan biarlah peninjau mengiring kamu."
Pada Safar 28, demam baginda bertambah berat, dan baginda mula menderita dari sakit kepala. Pada Safar 29, baginda mendapati mereka enggan untuk berangkat; dari itu baginda telah keluar untuk menggesa mereka supaya berangkat segera. Baginda mengikat bendera untuk Usamah dengan tangannya yang suci supaya dapat menggerakkan jiwa mereka dan merangsangkan semangat. Kemudian baginda berkata: "Pergilah dengan Nama Allah, di dalam jalan Allah dan perangi mereka yang tidak percaya kepada Allah." Usamah mengambil bendera yang sudah terikat dan menyerahkannya kepada Buraydah, kemudian dia berkhemah di Jurf. Walaupun di sana, mereka masih berlambat-lambat dan tidak juga pergi, walaupun dengan segala kenyataan yang jelas dari baginda [sawas] menggesa mereka untuk memulakan kempen, seperti: "... serang Ubna di waktu pagi," dan "... pulanglah lebih cepat dari tersebarnya berita perbuatan kamu," sebagai tambahan kepada banyak lagi arahan yang mereka tidak pernah patuhi, dengan yang berkaitan regimen. Lebih-lebih lagi, sebahagian dari mereka mula mempersoalkan tentang kebijaksanaan pada memilih Usamah sebagai pemimpinnya, sama seperti mereka mempersoalkan bapa beliau dahulu, dengan membuat beberapa kenyataan pada kesan yang sama, walaupun setelah mereka lihat sendiri Rasul [sawas] memberikan tanggong jawab itu kepada beliau, dan mereka telah mendengar Rasul [sawas] berkata kepada beliau: "Saya melantik kamu sebagai pemimpin pasukan ini," dan mereka melihat baginda mengikatkan bendera untuk beliau, sebagai simbol yang berkuasa, dengan tangan baginda yang suci, dan semua itu dilakukan oleh baginda [sawas] walaupun baginda demam.
Dengan semua yang di atas itu, masih tidak memberhentikan mereka dari mempunyai keraguan terhadap kebijaksanaan pada memilih beliau sebagai pemimpin regimen, sehinggakan rungutan mereka telah menimbulkan kemarahan kepada Rasul [sawas] yang telah keluar satu hari, kepala baginda berbungkus,[4] di balut dengan blanket, menderita dengan demam, pada hari Sabtu, 10th Rabi`ul-Awwal, dua hari sebelum baginda wafat, dan naik ke atas mimbar. Setelah duduk di atas mimbar baginda [sawas] memuji dan membesarkan Allah, kemudian menurut ijmak ahli sejarah dan ulama, baginda berkata:
"O ummah! Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa sebahagian dari kamu telah merasa resah mengenai perlantikan saya ke atas Usamah [sebagai pemimpin]. Jika kamu mempunyai keraguan mengenai perlantikan beliau, kamu telah melakukan yang sama dahulu apabila saya melantik bapanya, demi Allah dia memang layak untuk kedudukan tersebut, dan begitulah juga anaknya selepas beliau."
Baginda menggesa mereka untuk memulakan perjalanan, dan mereka sebenarnya telah mula mengucapkan selamat tinggal kepada baginda dan pergi untuk bersama pasukan yang berkhemah di al-Jurf, di ketika itu baginda masih lagi menggesa mereka untuk cepat berangkat. Kemudian penyakit baginda bertambah teruk, malah baginda masih mengatakan: "Tentera Usamah! Selesaikan misi tentera Usamah! Hantarkan tentera Usamah!" Baginda terus mengatakan perintah ini walaupun mereka enggan untuk bertindak. Pada 12th Rabi`ul-Awwal, Usamah meninggalkan tempat kediamannya yang sementara di al-Jurf dan menziarahi Rasul [sawas] yang telah memerintahkan beliau untuk memulakan misinya dengan berkata: "Esok, dengan rahmat Allah awj, berangkatlah di waktu pagi," maka dia mengucapkan selamat jalan dan kembali semula kekhemahnya. Dengan di iringi oleh `Umer dan Abu `Ubaydah, beliau kembali semula untuk berjumpa Rasul [sawas]. Ketiga mereka sampai kepada Rasul yang sedang menghembuskan nafasnya yang terakhir. Baginda wafat, semoga nyawa saya dan mereka yang di dunia ini dikorbankan untuk baginda, pada hari yang sama, dan pasukan tentera pulang ke Madina dengan hasrat untuk membatalkan kempen itu sama sekali.
Mereka bincangkan perkara ini dengan Abu Bakr, mendesak dia dengan kuat untuk melaksanakan pendapat mereka, membatalkan kempen, walaupun setelah melihat segala yang Rasul [sawas] telah titik beratkan atas misi tersebut, setelah mendengar kenyataan baginda yang menekankan bahawa mereka hendaklah menghantarkan tentera dengan pantas sehingga pihak musuh tidak sempat untuk mengetahui mengenainya, menghabiskan tenaga untuk menubuhkan pasukan tentera itu sendiri, melantik Usamah sebagai pemimpinnya, dan mengikatkan bendera dengan tangan baginda sendiri dan berkata: "Esok, dengan rahmat Allah awj, bergeraklah diawal pagi esoknya," sehingga baginda wafat, seperti yang kamu telah tahu. Jika tidak kerana pengganti Rasul [sawas] yang baru dilantik, mereka semua telah membuat keputusan untuk membatalkan kempen dan membuka ikatan pada bendera, tetapi khalifa Abu Bakr enggan untuk melakukan, dan apabila mereka melihat dia berhasrat untuk meneruskan misi tersebut, `Umer menemui dia dan meminta bagi pihak Ansar untuk menurunkan Usamah dari jawatan pemimpin pasukan dan melantik orang lain.
Belum lama lagi semenjak mereka menimbulkan kemarahan Rasul [sawas] dan menyakitkan hati baginda dengan ketidak puasan terhadap perlantikan baginda terhadap Usamah sebagai pemimpin regimen, malah semenjak baginda keluar dari rumah atas sebab yang sama, sakit dengan demam, berbungkus, berselimut dalam blanket, tidak dapat bergerak dengan betul, kaki baginda amat sukar untuk membawa diri baginda disebabkan oleh kesakitan yang ditanggong baginda; setelah menaiki mimbar, bernafas dengan berat, melawan kesakitan baginda berkata: ""O ummah! Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa sebahagian dari kamu telah merasa resah mengenai perlantikan saya keatas Usamah [sebagai pemimpin]. Jika kamu mempunyai keraguan mengenai perlantikan beliau, kamu telah melakukan yang sama dahulu apabila saya melantik bapanya, yang mana, demi Allah dia memang layak untuk kedudukan tersebut, dan begitulah juga anaknya selepas beliau." Tidakkah baginda [sawas] telah menekankan dengan bersumpah demi Allah, bahawa mereka hendaklah patuh kepada apa yang diperintahkannya. Tetapi mereka tidak. Khalifa Abu Bakr yang baru, enggan tunduk kepada tekanan mereka untuk menurunkan Usamah dari jawatannya. Dia melompat dan memegang janggut ‘Umer dan berkata: "Semoga ibu kamu kehilangan kamu, dan semoga dia tidak mengaku kamu sebagai anak! Usamah telah dilantik oleh Rasul Allah [sawas] dan kamu masih mahu saya membuang dia?!"[5] Dengan hati yang berat mereka melepaskan regimen Usamah. Jumlah penuh pasukan dia kini tidak lebih dari 3 000, termassuk 1 000 yang berkuda.[6] Ramai dari mereka yang telah di daftarkan sendiri oleh Rasul Allah [sawas] telah menyembunyikan diri. Menurut dari edisi keempat dari buku Shahristani Al-Milal wal Nihal, di dalam pengenalannya Rasul [sawas] telah berkata: "Berkhidmatlah di dalam pasukan tentera Usamah, semoga Allah mengutuk mereka yang mengelakkan diri."
Kamu juga harus tahu bahawa pada mulanya mereka enggan untuk pergi dengan regimen, kemudian akhirnya mereka mengelakkan diri, hanya untuk memperkukuhkan struktur asas politik mereka, dan mendirikan tapaknya, dengan mengutamakan ini dari melaksanakan perintah Rasul. Mereka lihat bahawa, struktur politik yang sedemikian lebih layak untuk diberikan perhatian dan tumpuan, oleh kerana keengganan mereka untuk berkhidmat tidak akan membatalkan penghantaran tentera, dan tidak juga dengan mengelakkan diri. Mengenai kedudukan khalifa, mereka pasti telah terlepas jika mereka mengambil bahagian di dalam kempen, sebelum wafatnya baginda [sawas]. Baginda [sawas] telah berhasrat untuk mereka meninggalkan kota, supaya dapat membuka jalan bagi penubuhan kedudukan khalifa untuk Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib (as) secara aman dan damai. Maka apabila mereka pulang, kedudukan khalifa telah terbentuk dan diduduki oleh ‘Ali, dan mereka tidak punya peluang untuk berbalah atau menyoalnya.
Rasul [sawas] telah memilih Usamah, yang berusia 17 tahun,[7] untuk menjadi pemimpin mereka hanya untuk melenturkan tengkuk yang keras dari sebilangan mereka, dan dari kehendak baginda sendiri untuk mengekalkan impian yang lainnya, dan juga untuk menjaga keselamatan terhadap keamanan untuk masa mendatang dari perbalahan yang datang dari mereka yang berhasrat dan berharap, jika sekiranya baginda telah memilih seorang dari mereka. Tetapi mereka cukup arif untuk menyedari apa yang baginda [sawas] rancangkan; dari itu mereka mempersoalkan perlantikan Usamah, enggan untuk bersama dengannya, dan tidak meninggalkan Jurf sehingga ruh baginda [sawas] pulang kepada tuhannya. Dikala itulah mereka memutuskan untuk membatalkan kempen dan membuka ikatan bendera pada satu pihak dan membuang Usamah pada pihak yang lain. Lebih-lebih lagi ramai dari mereka lari dari berkhidmat, seperti mana yang kamu telah tahu. Ini adalah lima sebab mengapa mereka tidak bertindak diatas hadith Rasul [sawas], lebih mengutamakan kepentingan politik mereka dan mengikuti pertimbangan mereka dari melaksanakan intipati pengertian hadith baginda [sawas], Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Pengarang buku tradisi dan sejarah telah sebulat suara menerima fakta bahawa Abu Bakr dan ‘Umer [ra] telah disenaraikan di dalam tentera yang sama, dengan mengatakan fakta tersebut di dalam buku mereka dengan terang, dan inilah satu ketikanya dimana mereka tidak berselisih. Dari itu rujuklah pada mana-mana buku yang mengandongi keterangan mengenai ekpedisi tersebut seperti Ibn Sa`d: Tabaqat, buku sejarah oleh al-Tabari dan Ibn al-Athir, Al-Sira al-Halabiyya, Al-Sira al-Dahlaniyya, dan lainnya, supaya kamu akan mendapatinya sendiri. Apabila al-Halabi membincangkan kempen ini di dalam jilid 3 dari bukunya Sira [buku biografi], dia menyebutkan anekdot [cerita pendek mengenai sejarah] yang menarik dimana kami suka hendak menyebutnya disini seperti yang katakan:
Apabila khalifa al-Mehdi memasuki Basra, dia telah terlihat Iyas ibn Mu`awiyah, yang amat terkenal dengan ketajaman intelek, diketika itu hanya seorang muda, telah dikelilingi oleh sebanyak 400 orang yang berilmu dan berkedudukan, al-Mehdi bertanya kepada dia: "Dimana janggut! Tidakkah boleh mereka mencari orang tua yang berilmu yang boleh diikuti dari budak belasan tahun ini?" Kemudian al-Mehdi berpaling kepadanya dan bertanya berapakah umor kamu. Dia menjawab: "Saya, semoga Allah memanjangkan kehadiran amirul mukminin diantara kami, sama usianya dengan Usamah ibn Zayd ibn Harithah apabila Rasul [sawas] mengamanahkan kepada beliau untuk memimpin tentera dimana Abu Bakr dan ‘Umer berkhidmat." Al-Mehdi berkata: "Hampir kemari, semoga Allah merahmati kamu." Dia diketika itu baru berusia 17 tahun.
[2] `Umer pernah berkata kepada Usamah: "Rasul Allah [sawas] telah wafat meninggalkan kamu memerintah keatas saya." Dia telah disebutkan oleh sekumpulan ulama yang terkenal seperti al-Halabi ketika membincangkan tentera Usamah di dalam bukunya Al-Sira al-Halabiyya, sebagai tambahan kepada ramai lagi tradisionis dan ahli sejarah..
[3] Ianya adalah kawasan di dalam Balqa' diantara `Ashkelon (sebuah pelabohan di Barat daya Palestine) dan Ramallah (di Tebing Barat Jordan), berhampiran Mu'ta dimana Zayd ibn Harithah dan Ja`fer ibn Abu Talib, yang mempunyai dua sayap, keamanan bagi mereka, telah syahid.
[4] Setiap tradisionis dan pengarang biografi yang telah menyebut regimen ini telah juga menyebut perasaan sakit hati mereka kepada Rasul [sawas] kerana melantik Usamah sebagai pemimpin keatas mereka, dan bahawa Rasul [sawas] amat marah apabila baginda mengetahui mengenai dendam tersebut, maka baginda [sawas] memberikan khutba yang disebutkan terdahulu; maka rujuklah kepada bab regimen Usamah di dalam buku Ibn Sa`d: Tabaqat, kedua buku; Sira oleh al-Halabi dan al-Dahlani, dan buku lainnya yang memperkatakan tajuk ini.
[5] Ini disebutkan oleh al-Halabi dan al-Dahlani di dalam buku Sira mereka masing-masing, dan oleh Ibn Jarir al-Tabari ketika membincangkan peristiwa di dalam tahin ke 11 H di dalam Tarikh, sebagai tambahan kepada pengarang buku sejarah yang lain.
[6] Dia menyerang Ubna, membakar kediaman mereka, tebang pokok kurma mereka, pasukan berkudanya menginjak-injak kawasan kediaman mereka, membunuh dan manawan sebahagian mereka. Diantara mereka yang terbunuh adalah pembunuh bapanya. Tidak ada diantara yang Muslim terbunuh; maka pujian bagi Allah, tuhan sekelian alam. Usamah ketika itu menunggang kuda bapanya. Pembawa panji-panji berkata: "Wahai kamu yang disokong ilahi, ambilah nyawa mereka," dia adalah pembawa panji-panji Rasul [sawas] semasa peperangan Badr. Usamah membahagikan kepada dua bahagian dari harta rampasan, satu bahagian kepada pasukan berkuda dan satu bahagian lagi kepada infantri, dia mengambil bahagiannya yang sama.
[7] Ini lebih tepat. Sebahagian mengatakan 18, yang lain mengatakan 19, dan ada lagi yang mengatakan 20, tetapi tiada siapa yang mengatakan lebih dari itu.
SURAT 91
1] MEMBOLEHKAN TINDAKKAN MEREKA TERHADAP REGIMEN USAMAH
2] TIDAK ADA HADITH YANG MENGUTUK MEREKA YANG MENGELAK DARI BERKHIDMAT
Rabi` al-Awwal 19, 1330
1) Ya, Rasul Allah [sawas] telah menggesa mereka untuk bersegera melibatkan diri di dalam kempen Usamah, memerintahkan mereka untuk bergerak cepat, seperti yang kamu telah sebutkan, menekankan perintahnya sehingga baginda [sawas] memberitahu Usamah untuk menyerang Ubna diwaktu pagi, tidak membenarkan dia menunggu sehingga petang, menyuruh dia supaya cepat berangkat, menekankan perintahnya sekali lagi dengan menyuruh dia supaya bersegera. Tetapi baginda [sawas], menurut semua penyampai, penyakitnya telah menjadi lebih tenat dan bernafas dengan berat, sehinggakan mereka menjadi bimbang mengenai baginda dan merasa berat hati untuk meninggalkan baginda di dalam keadaan yang demikian. Mereka tinggal di Jurf, menunggu untuk mengetahui keadaan kesihatan baginda, disebabkan kerana khuatir terhadap diri baginda dari rasa kecintaan mereka kepadanya. Dari itu mereka telah diberikan alasan untuk menunggu, dan mereka tidak boleh dipersalahkan.
Mengenai dengan mempersoalkan Rasul diatas perlantikan Usamah, selepas baginda wafat, walaupun mereka masih ingat akan kenyataan baginda dan penekanan dengan perkataan dan perbuatan, yang mana mereka telah ketahui, ianya tidak lebih dari bantahan mereka kerana beliau adalah seorang yang muda diantara mereka yang di pertengahan dan lanjut usia. Mereka sudah pasti mendapatinya sukar untuk menerima perintah dari yang muda, dan mereka secara lumrah merasa sakit hati untuk patuh kepada perintahnya. Kebencian mereka terhadap perlantikan ini bukanlah satu bid’ah tetapi hanya disebabkan oleh tabii semula jadi manusia; maka pertimbangkan ini.
Mengenai permintaan mereka selepas wafatnya Rasul Allah [sawas] untuk melepaskan Usamah, ini telah diperbolehkan oleh sebahagian ulama, terdapat diantara mereka yang menjangkakan Siddiq [Abu Bakr] akan bersetuju dengan mereka. Mereka berfikir bahawa dengan melepaskan beliau, pada pandangan mereka, telah mengutamakan kepentingan ummah. Tetapi untuk berlaku saksama, saya sendiri tidak dapat merasionalkan permintaan mereka untuk melepaskan beliau, setelah melihat betapa baginda [sawas] menjadi marah, apabila mereka meminta yang sama, dan baginda telah keluar dalam demam, berbungkus kepala, berselimut dalam blanket, untuk menolak permintaan yang demikian di dalam khutbahnya dari atas mimbar. Mereka mengetahui bahawa insiden yang sedemikian adalah sesungguhnya satu petunjuk di dalam sejarah; maka motif mereka yang sebenar tidak diketahui selain dari Allah.
Mengenai dengan keazaman mereka untuk membatalkan kempen, dan penekanan mereka kepada al-Siddiq untuk melakukannya, walaupun setelah melihat Rasul [sawas] dengan banyaknya menekankan tehadap pemergian beliau, begitu juga dengan berulang kali kenyataan baginda pada maksud yang sedemikian, adalah disebabkan oleh sifat berhati-hati mereka mengenai kota Islam, jika tidak kota akan diserang oleh kaum musyrik yang mengelilingnya apabila ia dikosongkan dari angkatan yang mengawal keselamatannya, ketika pasukan tentera jauh dari situ, terutama yang hipokrit telah timbul sebaik sahaja Rasul Allah [sawas] wafat, dan hasrat Yahudi dan Nasrani telah tumbuh kembali [untuk menghancurkan Islam], dan sekumpulan dari kaum Arab telah berpatah kebelakang [menjadi kafir], sedang yang lain enggan membayar zakat. Para sahabat Rasul Allah [sawas], telah berkata kepada ketua kami al-Siddiq dan memintanya untuk melarang Usamah dari berangkat, tetapi dia enggan dengan berkata: "Adalah lebih baik bagi saya bahawa burung memakan daging saya dari memulakan pemerintahan saya dengan membatalkan perintah dari Rasul Allah [sawas]."
Inilah yang rakan-rakan kami telah katakan mengenai al-Siddiq. Mengenai mereka yang lain, mereka tidak boleh dipersalahkan pada mencuba untuk memberhentikan kempen tersebut oleh kerana objektif mereka tidak lain dari perhatian yang ikhlas terhadap keselamatan ummah dan agama Islam.
Mengenai dengan persoalan mengapa Abu Bakr, `Umer, dan lainnya telah didaftarkan di dalam regimen, dan tertinggal dibelakang apabila Usamah berangkat, hanyalah untuk memperkukuhkan kerajaan Islam, dan menyokong perundangan Muhammad [sawas], serta mengawal keselamatan khalifa, yang telah menjadi penyelamat iman dan agama.
2) Mengenai dengan apa yang kamu telah sebutkan dari buku Shahristani: Al-Milal wal Nihal, kami telah dapati ianya disampaikan dengan tidak mempunyai nama penyampai. Kedua mereka al-Halabi dan Sayyid al-Dahlani, di dalam buku mereka masing-masing, telah berkata bahawa yang sebenarnya tidak terdapat hadith sedemikian yang mempunyai pengertian begitu. Jika kamu, semoga Allah menyelamatkan kamu, boleh menceritakan dari hadith sunni yang menyokongnya, dari itu tunjukkanlah kami kepadanya, Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 92
1] ALASAN MEREKA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN KENYATAAN KAMI
2] HADITH Al-SHAHRISTANI TELAH DI DOKUMENKAN
Rabi` al-Awwal 22, 1330
1) Kamu telah, semoga Allah yang maha berkuasa menyelamatkan kamu, mengakui bahawa mereka telah tertinggal dibelakang dari regimen Usamah dan berada di Jurf, keberatan untuk berangkat, walaupun setelah diperintahkan oleh Rasul Allah [sawas] untuk bersegera dan mempercepatkan kempen. Kamu juga mengakui bahawa mereka, sesungguhnya telah menimbulkan persoalan mengenai kebijaksanaan Rasul Allah [sawas] di dalam melantik Usamah, walaupun setelah mereka melihat dan mendengar dari perbuatan dan perkataan mengenai perlantikan beliau.
Kamu juga seterusnya telah mengakui bahawa mereka, sesungguhnya meminta Abu Bakr untuk melepaskan beliau setelah melihat betapa marahnya Rasul [sawas], apabila baginda melihat mereka mempersoalkan perlantikannya, baginda keluar kepada mereka, demam, berbungkus kepala, berselimut dengan blanket, untuk menyampaikan khutbah dari atas mimbar yang mana baginda menolak rungutan mereka, khutbah yang mana kamu sendiri menerangkan sebagai satu dari peristiwa sejarah yang terkenal, dimana baginda [sawas] menerangkan Usamah adalah layak bagi jawatan tersebut.
Kamu menerima fakta bahawa mereka meminta khalifa untuk membatalkan pemergian regimen yang digerakkan oleh Rasul Allah [sawas], dan membuka ikatan yang di ikatkan oleh tangan baginda yang suci sendiri, walaupun setelah melihat betapa bersungguh-sungguhnya Rasul [sawas] untuk menggerakan dan mempercepatkannya, sebagai tambahan kepada beberapa kenyataan yang baginda telah ucapkan, kepada perlunya untuk dilaksanakan.
Kamu juga lebih-lebih lagi telah mengaku bahawa sebahagian dari mereka yang telah diperintahkan untuk berkhidmat di dalam pasukan tentera tersebut oleh Rasul [sawas] sendiri, yang telah mengarahkan mereka untuk berkhidmat di bawah pimpinan Usamah telah tertinggal dibelakang. Kamu telah mengakui semua fakta ini yang telah dituliskan di dalam buku-buku sejarah dan perkara yang telah diterima oleh semua ijmak tradisionis dan sejarah; yang mengatakan mereka tidak boleh dipersalahkan terhadap apa yang mereka telah lakukan. Ringkasan alasan mereka, seperti yang kamu telah tuliskan, bahawa mereka telah mengutamakan di dalam perkara tersebut, kepentingan Islam menurut dari sudut pandangan mereka, bukannya menurut dari kenyataan Rasul [sawas] dalam perkara ini. Kami tidak bermaksud, dalam perkara ini untuk menyatakan apa-apa yang lebih dari itu. Dalam lain perkataan, tajuk perbincangan kita adalah, sama ada mereka selalu mengikuti kenyataan Rasul Allah [sawas] atau tidak. Kamu telah memilih yang pertama dan kami telah memilih yang kedua, dan sekarang pengakuan kamu bahawa mereka tidak mengikuti kenyataan yang demikian telah membuktikan pandangan kami. Sama ada mereka diberikan alasan atau tidak ianya adalah diluar tajuk.
Oleh kerana ianya telah terbukti menurut dari pandangan kamu bahawa mereka mengutamakan, di dalam insiden regimen Usamah, kepentingan Islam, mengikuti pandangan mereka dari mengikuti perintah Rasul Allah [sawas] seperti yang tertanam di dalam kenyataan baginda, maka mengapa kamu tidak mengatakan yang sama bahawa mereka mengutamakan, di dalam isu kedudukan khalifa untuk mengikuti sudut pandangan mereka mengenai dengan apa yang baik untuk Islam dari apa yang diucapkan oleh Rasul Allah [sawas] di dalam hadith Ghadir baginda dan yang serupa dengannya? Kamu telah mendapatkan alasan untuk mereka yang menaburkan keraguan mengenai perlantikan Usamah, dengan mengatakan bahawa mereka bertindak disebabkan oleh usianya yang muda dan mereka dipertengahan umur dan juga tua, dan bahawa secara tabii orang tua benci mengambil perintah dari yang muda; maka mengapa kamu tidak gunakan hujah yang sama kepada mereka yang tidak mengikuti teks Ghadir yang melantik ‘Ali [as], yang diketika itu muda, untuk memerintah para sahabat yang dipertengahan umur dan juga yang tua, yang telah menganggap beliau sebagai muda apabila Rasul Allah [sawas] wafat, seperti mana mereka menganggap Usamah muda ketika Rasul [sawas] melantik beliau sebagai pemerintah di dalam regimen? Apakah perbezaan yang besar diantara khalifa dengan pemerintah regimen! Jika tabii mereka, enggan menerima seorang pemerintah yang muda di dalam regimen, pasti mereka lebih keras lagi enggan menerima pemerintah seumur hidup, seorang yang muda di dalam semua perkara agama dan juga sekular.
Tetapi hujah kamu bahawa orang tua dan yang dipertengahan umur secara tabii benci menerima arahan dari yang muda adalah ditolak jika kamu menggunakannya secara umum kepada semua, oleh kerana mereka yang keimanannya teguh diantara yang lanjut usia, tidak marah ketika diperintahkan oleh Allah dan RasulNya untuk menerima arahan dari orang muda, atau di dalam apa juga perkara. "Tidak! Demi Tuhan mu, mereka tidak akan benar-benar beriman sehingga mereka menerima sepenuhnya keputusan kamu di dalam semua pertikaian, kemudian mereka tidak merasakan sebarang kesukaran di dalam menerima keputusan kamu, menyerah kepadanya sepenuh hati (Qur'an, 4:65)." "Apa sahaja yang Rasul berikan kepada kamu, terimalah, dan menjauhinya dari apa yang dilarang kamu (Qur'an, 59:7)."
2) Berkenaan dengan al-Shahristani yang membincangkan mereka yang menggelakkan diri dari berkhidmat di dalam tentera Usamah, telah menceritakan cerita mereka sebagai fakta yang telah diterima umum, ianya telah disebutkan di dalam satu hadith yang di dokumenkan oleh Abu Bakr Ahmed ibn `Abdul-Aziz al-Jawhari di dalam bukunya Al-Saqifa, darinya saya sebutkan sebanyak ini secara tepat [verbatim] untuk kamu:
"Ahmed ibn Ishaq ibn Salih telah menceritakan satu hadith kepada kami dari Ahmed ibn Siyar dari Sa`d ibn Kathir al-Ansari yang mana mereka menyebut `Abdullah ibn `Abdul-Rahman sebagai berkata bahawa apabila Rasul Allah [sawas] jatuh sakit sejurus sebelum wafatnya, baginda melantik Usamah ibn Zayd ibn Harithah untuk memimpin pasukan tentera, kebanyakan mereka dari Muhajirin dan Ansar. Diantara mereka adalah: Abu Bakr, `Umer, Abu `Ubaydah ibn al-Jarrah, `Abdul-Rahmn ibn `Awf, Talhah, dan al-Zubayr, dan memerintahkan beliau untuk menyerang Mu'ta, dimana bapanya telah dibunuh, dan untuk menyerang lembah Palestine. Usamah memperlambatkan, dan begitu juga dengan tentera yang lainnya, dan Rasul Allah [sawas] walaupun sakit terus menekankan bahawa tentera harus segera kesana, sehingga Usamah berkata kepada baginda: `Wahai Rasul Allah! Adakah kamu mengizinkan saya untuk tinggal disini beberapa hari sehingga Allah menyembuhkan kamu?' Baginda menjawab: `Pergi dan teruskan, serta disokong dengan rahmat dari Allah.' Dia berkata: `Wahai Rasul Allah! Jika saya teruskan ketika kamu sakit seperti ini, saya akan pergi dengan hati yang berat dengan kesakitan.' Baginda [sawas] berkata: `Teruskan menuju kejayaan dengan penuh kesihatan.' Usamah mendesak: `Tetapi saya benci untuk bertanyakan kepada pengembara mengenai keadaan kamu.' Baginda berkata: `Teruskan di dalam menjalankan perintah saya,' Kemudian baginda [sawas] pengsan. Usamah berlalu dan bersedia untuk berangkat. Apabila Rasul Allah [sawas] sedar, baginda terus bertanya mengenai Usamah, dan baginda diberitahu bahawa beliau dan tenteranya sedang bersedia untuk berangkat, dimana baginda terus mengulangi: `Laksanakan misi Usamah; kutukan Allah keatas sesiapa mengelakkan diri dari perkhidmatannya.' Usamah akhirnya meninggalkan kota, panji-panji diatas kepalanya, dikelilingi oleh para sahabat, sehingga beliau sampai di Jurf. Di dalam kumpulannya adalah Abu Bakr, `Umer, dan kebanyakkan dari Muhajirün dan Ansar seperti Asid ibn Hadr, Bashir ibn Sa`d, dan ramai pemuka-pemuka yang lain. Kemudian beliau menerima pemberita yang dihantar oleh Umm Ayman yang memberitahunya untuk meneruskan memasuki kekota kerana Rasul [sawas] akan wafat. Dia terus menuju ke Madina dengan panji-panji masih ditangannya. Setelah sampai ketempat kediaman Rasul, dia menegakkan panji-panji dipintu diketika itulah Rasul [sawas] telah wafat."
Ini telah dituliskan oleh sekumpulan ahli sejarah seperti ulama Mu`tazilite, Ibn Abul-Hadid pada penghujung muka surat 20 dan muka surat yang berikutnya di dalam Vol. 2 dari bukunya Sharh Nahjul Balaghah, Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
SURAT 93
MEMINTA CERITA MENGENAI INSIDEN YANG LAIN
Rabi` al-Awwal 23, 1330
Kelihatan kita telah memanjangkan cerita pada regimen Usmah, sama seperti kita telah memanjangkan pada Bencana di Hari Khamis, sehinggalah kebenaran menjadi nyata dari kepalsuan, dan cahaya kenyataan menjadi jelas bagi mereka yang boleh melihat; dari itu biarlah kami dengar mengenai insiden yang lain, Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 94
ARAHAN BAGINDA [SAWAS] UNTUK MEMBUNUH YANG BERPALING
Rabi` al-Awwal 25, 1330
Untuk memenuhi permintaan kamu adalah apa yang dituliskan oleh sekumpulan ulama ummah dan para Imam, seperti imam Ahmed ibn Hanbal yang menulis pada ms 15, Vol. 3, dari musnad, menyebutkan dari Abu Sa`d al-Khudri mengatakan bahawa Abu Bakr suatu ketika datang kepada Rasul Allah [sawas] dan berkata: "Wahai Rasul Allah! Ketika saya melalui satu lembah saya melihat seorang lelaki yang tampan dan berpakaian kemas, sedang bersolat." Rasul [sawas] berkata kepadanya: "Pergi dan bunuh dia." Maka Abu Bakr pergi kesana, dan apabila dia melihat orang itu sedemikian rupa, dia tidak suka untuk membunuhnya; dari itu dia kembali kepada Rasul Allah [sawas] dengan tidak melaksanakan perintahnya. Rasul [sawas] berkata kepada `Umer: "Pergi dan bunuh dia," dan `Umer pergi kesana dan melihat orang itu seperti yang diterangkan oleh Abu Bakr, dan dia juga pulang dengan tidak membunuh lelaki itu dan berkata: "Wahai Rasul Allah! Saya melihat dia sedang mengerjakan solat dengan khusuk; maka saya tidak suka untuk membunuhnya." Rasul [sawas] kemudian berkata kepada ‘Ali: "`Ali, kamu pergi dan bunuh dia," yang mana ‘Ali pergi ketempat itu dan kembali hanya untuk mengatakan: "Wahai Rasul Allah! Saya tidak menjumpai lelaki itu." Rasul [sawas] kemudian berkata: "Orang itu dan sahabatnya membaca al-Quran hanya untuk menyebutkan perkataannya [hanya untuk menunjuk-nunjuk]; mereka berpisah dari agama sepantas anak panah berpisah dari busurnya, dan mereka tidak akan kembali sehingga anak panah kembali kebusurnya semula. Bunuhlah mereka, kerana mereka adalah yang paling keji diantara semua yang hidup."
Di dalam Musnad, Abu Ya`li, telah mengatakan di dalam biografi Thul-Thadya oleh Ibn Hajar di dalam Isaba, menyebut Anas ibn Malik sebagai berkata: "Kami selalu mengkagumi kewara’kan dan ijtihad seorang lelaki yang hidup dimasa Rasul Allah [sawas], dan kami menyebutkan namanya kepada Rasul Allah [sawas], tetapi baginda tidak mengenalinya. Kami terangkan mengenai dirinya kepada Rasul [sawas], tetapi baginda masih tidak mengenalinya. Sedang kami berkata-kata, dia telah dilihat dan kami tunjukan kepada Rasul, itulah dia. Baginda [sawas] berkata: `Adakah kamu berkata-kata kepada saya mengenai lelaki yang mana mukanya syaitan telah meletakkan tanda?' Lelaki itu datang dan berdiri dihadapan mereka tanpa memberikan ucapan salam kepada mereka. Rasul Allah [sawas] bertanya kepadanya: `Saya bertanya kepada kamu dengan Nama Allah, jika kamu telah berkata kepada diri kamu, apabila kamu menghampiri kami bahawa tiada siapa diantara kami yang lebih baik atau lebih utama dari diri kamu?' Lelaki itu menjawab: `Sesungguhnya, ya benar,' dan lelaki itu masuk untuk mengerjakan solat. Rasul Allah [sawas] bertanya adakah sesiapa yang bersedia untuk membunuh lelaki itu, dan Abu Bakr berkata dia sanggup. Apabila Abu Bakr masuk, dia dapati orang itu sedang mengerjakan solat; maka dia tertanya-tanya bagaimana dia boleh membunuh sesaorang yang sedang mengerjakan solat. Apabila Rasul Allah [sawas] bertanya kepadanya apa yang dia telah lakukan, dia menjawab: `Saya tidak suka untuk membunuhnya ketika dia sedang solat, dan kamu sendiri telah mengarahkan kami untuk tidak membunuh mereka yang sedang bersolat.' Rasul [sawas] bertanya lagi, siapakah yang bersedia untuk membunuh lelaki itu, dan kali ini ‘Umer menyahut. `Umer masuk dan dapati lelaki itu sedang sujud dan dia berkata kepada dirinya bahawa Abu Bakr lebih baik dari dirinya; dari itu dia pun keluar. Apabila Rasul Allah [sawas] bertanya kepadanya jika dia telah laksanakan apa yang dia telah janjikan, dia memberitahu baginda [sawas] bahawa dia dapati lelaki itu meletakkan dahinya ketanah sedang sujud kepada Tuhan. Rasul [sawas] sekali lagi bertanya: `Siapakah yang boleh membunuh lelaki ini?' `Ali menjawab dengan kepastian, dan apabila beliau masuk untuk mencari lelaki itu, beliau dapati lelaki itu telah pun pergi, maka dia kembali kepada Rasul Allah [sawas] dan memberitahu baginda bahawa lelaki itu telah pergi. Dikala itu barulah Rasul [sawas] berkata: `Jika lelaki itu telah dibunuh, tidak ada dua orang dari ummah saya yang akan berselisih diantara satu dengan lain.'"
Insiden ini telah dirakamkan oleh al-Hafiz Muhammad ibn Müsa al-Shirazi di dalam bukunya yang mana dia mencantumkan tafasir oleh Y`aqüb ibn Hayyan, `Ali ibn Harb, al-Sadi, Mujahid, Qatadah, Waki`, dan Ibn Jurayh. Kesahihannya telah diketahui umum oleh tradisionis yang dipercayai seperti Imam Shihabud-Din Ahmed, yang lebih dikenali sebagai `Abd Rabbih al-Andalusi, yang menyebutnya pada penghujung dari bab bagi mereka yang mengikuti pendapat sendiri di dalam jilid pertama dari bukunya Al-`Iqd al-Farid. Pada penghujung insiden ini seperti yang diceritakannya, dia berkata bahawa Rasul Allah [sawas] mengatakan: "Ini adalah tanduk pertama [ dari syaitan] yang keluar dari ummah saya. Jika kamu telah membunuhnya, tidak ada dua orang yang akan berselisih diantara kamu. Bani Israel telah berpecah kepada 72 golongan, dan ummah ini akan berpecah kepada 73 golongan, semuanya, melainkan satu, akan masuk keneraka."[1]
Satu lagi yang hampir sama ceritanya pada insiden ini telah dirakamkan oleh pengarang buku tradisi [2] yang menyebutkan `Ali (as) sebagai berkata: "Sebahagian orang Quraysh suatu ketika datang kepada Rasul [sawas] dan berkata: `Wahai Muhammad! Kami adalah jiran dan sekutu kamu, dan sebahagian dari hamba-hamba kami telah datang kepada kamu dengan tanpa niat sebenar untuk mempelajari agama atau perundangan kamu; mereka hanya lari dari kami; maka pulangkanlah mereka kembali kepada kami.’ Baginda bertanya kepada pendapat Abu Bakr, dan Abu Bakr berkata: `Mereka adalah benar pada mengatakan bahawa mereka adalah jiran kamu,’ yang mana wajah Rasul [sawas] telah bertukar warna [i.e. menjadi merah dengan marah], dan baginda tanya `Umer apa fikiriannya. `Umer mengulangi kata-kata Abu Bakr, dan sekali lagi wajahnya bertukar warna dan berkata: `O kamu orang Quraysh! Demi Allah! Allah akan menghantar kepada kamu seorang lelaki yang hatinya telah diduga oleh Allah, dan dia akan memerangi untuk menyelamatkan agama.’ Abu Bakr bertanya adakah dia yang dimaksudkan, dan jawapan baginda adalah negetif. Kemudian `Umer bertanya adakah dia yang dimaksudkan oleh Rasul [sawas], dan jawapan baginda: `Tidak, ianya adalah seorang lelaki yang membaiki kasut;' Rasul [sawas] telah memberikan kasutnya kepada saya untuk dibaiki," Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Perkataan "firqa" dan "Shi`ah", jika kamu kira setiap kali, setiap satu darinya diulangi, persamaannya adalah sama, kerana jumlah setiap satu darinya adalah 385, ini telah menjadikan majoriti dari kalangan itu sangat berharap [merekalah yang terlepas].
[2] Seperti Imam Ahmed pada penghujung muka surat 155, Vol. 1, dari Musnad, Sa`id ibn Mansür di dalam Sunan, dan Ibn Jarir di dalam Tahthib al-Athar, semuanya mengaku akan kesahihannya. Ianya disebut dari kesemua mereka oleh al-Muttaqi al-Hindi pada muka surat 396, Vol. 6, dari buku Kanz al-`Ummal.
SURAT 95
MEMBOLEHKAN PADA TIDAK MEMBUNUH YANG BERPALING
Rabi` al-Awwal 26, 1330
Mereka [ra] mungkin telah memahami perintah Rasul [sawas] sebagai yang digalakan bahkan bukannya wajib, dan itulah sebabnya mereka tidak membunuh lelaki tersebut. Atau mungkin mereka fikir bahawa membunuh lelaki tersebut adalah untuk ditangani oleh sahabat yang lebih berkelayakan, oleh kerana mereka yang sedemikian ada hadir disana, dan mereka tidak mengelakkan diri dari melakukannya [pembunuhan tersebut] kerana mereka pasti orang itu tidak dapat melari diri, setelah mereka menahan diri dari membertahu lelaki itu mengenai niat sesiapa sahaja yang akan membunuhnya, Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 96
MEMBOLEHKAN DITOLAK
Rabi` al-Awwal 29, 1330
Perintah itu adalah yang memerlukan pada perlaksanaannya seperti yang diarahkan, maka tiada siapa yang akan memahami dengan pengertian yang lain; dan mengatakan itu sebagai yang digalakan [sunnat], itu tidak dapat dibuktikan oleh sebarang hujah sama sekali. Sebaliknya pembuktian menunjukan pengertiannya yang sebenar, iaitu sebagai perintah; maka lihatlah dengan teliti kepada tradisi yang sedemikian dan kamu akan dapati apa yang kami katakan adalah benar. Mencukupi bagi kamu kenyataan baginda [sawas]: "Lelaki itu dan orang-orangnya membaca al-Quran hanya menyebutkan perkataannya [untuk menunjuk-nunjuk] sahaja, mereka meninggalkan agama sepantas anak panah meninggalkan busurnya, dan mereka tidak akan kembali sehingga anak panah pulang kebusurnya semula. Bunuhlah mereka, kerana mereka amat keji diantara semua yang hidup," dan juga kenyataan baginda [sawas], "Jika dia dibunuh, tidak ada dua orang dari ummah saya yang akan berselisih diantara mereka." Kenyataan sedemikian tidak diperkatakan melainkan terdapatnya arahan serius yang menekankan betapa pentingnya lelaki itu perlu dibunuh.
Jika kamu rujuk Ahmed: Musnad, kamu akan temui perintah untuk membunuh lelaki itu telah ditujukan kepada Abu Bakr khususnya, kemudian kepada `Umer secara khusus juga; dari itu bagaimana perintah tersebut diketepikan?
Bahkan tradisi dengan jelas menunjukan bahawa para sahabat tersebut mengelakan diri dari membunuh lelaki tersebut, hanya kerana mereka tidak suka untuk melakukannya dengan tidak ada sebab yang lain dari fakta bahawa lelaki itu sedang melakukan solat dan berdoa. Mereka rasa tidak senang walaupun Rasul [sawas] sendiri merasa senang dengan terhapusnya lelaki tersebut. Mereka tidak patuh kepada perintah yang mereka terima dari Rasul [sawas] untuk membunuh lelaki itu. Dari itu insiden ini satu lagi bukti yang mengesahkan kepada fakta bahawa mereka selalu mengutamakan pendapat mereka dari mengikuti perintah Rasul [sawas], Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
SURAT 97
MEMINTA DICERITAKAN SEMUA INSIDEN YANG SEDEMIKIAN
Rabi` al-Awwal 30, 1330 H
Ceritakanlah semua insiden yang sedemikian, tanpa meninggalkan walau satupun darinya, supaya kami tidak perlu untuk memintanya dari kamu lagi, walaupun jika ini bererti surat kamu akan menjadi panjang, Wassalam.
Yang benar,
S
SURAT 98
1] BUKTI YANG TERANG
2] RUJUKAN PADA INSIDEN YANG LAIN
Rabi` al-Thani 3, 1330 H
1) Pertimbangkan Perjanjian Hudaybiya, Harta rampasan Hunayn, mengambil wang tebusan dari tawanan perang Badr, perintah baginda [sawas] untuk menyembelih beberapa ekor unta apabila terdapat kekurangan makanan yang meruncingkan ketika Peperangan Tabük, sebahagian dari urusan mereka di Uhud dan lembahnya, insiden apabila Abu Hurayrah mula menyampaikan pengkhabaran baik kepada semua yang percaya kepada Allah, insiden pada mengerjakan solat untuk hipokrit; insiden dimana mereka mempersoalkan sadaqat dan pertanyaan mereka dengan perbuatan melampau, penafsiran mereka pada ayat berkenaan dengan khums dan zakat, dua ayat yang memperkatakan mut`a [kontrak] perkahwinan, ayat yang berkaitan dengan penceraian tiga kali, penafsiran mereka pada tradisi mengenai solat tambahan di dalam bulan Ramadan, cara dan jumlahnya, cara menyebutkan azan, jumlah takbir semasa solat jenazah..., sehingga kepenghujung lis [senarai] yang terlalu panjang untuk diperkatakan secara mendalam disini. Ditambahkan lagi dengan penentangan mereka mengenai perkara yang berkaitan kepada Hatib ibn Balta`ah, penentangan mereka kepada yang dilakukan oleh Rasul Allah [sawas] terhadap maqam Ibrahim, penambahan sebilangan rumah orang Muslim kepada bangunan masjid, perlaksanaan wang gantian darah Abu Khirash al-Hathli yang perlu dibayar oleh penduduk Yemen, pengusiran Nasr ibn al-Hajjaj al-Salami, hukuman yang dijatuhkan kepada Ja`dah ibn Salam,[1] cara pada mengaturkankan jizya, perjanjian untuk melakukan shüra dengan cara yang baik dan diketahui umum, berkeliling diwaktu malam dan mengintip disiang hari, pampasan di dalam mengerjakan upacara agama..., sehingga kepenghujung lis adalah terlalu banyak isunya yang mana mereka berazam untuk mendapatkan kuasa dan pengawalan, begitu juga dengan kepentingan khas. Kami telah memperuntukan di dalam buku kami Sabil al-Mu'minin [2] bab yang panjang di dalam memperkatakannya.
2) Bahkan terdapat teks lain memperkatakan khas mengenai ‘Ali dan keturunan yang disucikan [as] selain dari yang berkaitan dengan kedudukan khalifa, yang mana mereka tidak menghargainya juga; bahkan mereka bertindak dengan yang sebaliknya, seperti yang telah diketahui oleh para penyelidik. Dari itu tidak hairanlah melihat bagaimana mereka menggunakan penilaian mereka untuk mentafsirkan teks berkenaan dengan isu khalifa; lagi pun, bukankah itu satu lagi teks-teks yang mereka tafsirkan mengikut pandangan mereka dan telah mengutamakan pandangan mereka dari bertindak mengikut pengertian teks sebenar? Wassalam.
Yang benar,
Sh
[1] Rujuk kepada biografi `Umer di dalam buku Ibn Sa`d: Tabaqat dan kamu akan lihat bagaimana Ja`dah telah dibunuh dengan tidak ada aduan yang dibawa terhadapnya dan tidak ada juga saksi, selain dari sekeping kertas yang ditulis oleh seorang penyair yang tidak dikenali, menuduh Ja`dah melakukan zina.
[2] Jika kamu tidak berpeluang untuk membaca Sabil al-Muminin, cuba jangan terlepas membaca buku Al-Fusül al-Muhimma, kerana ia mengandongi faedah yang berharga yang tidak diterdapat di dalam buku-buku yang lain. Kami telah peruntukan satu bab khas untuk mereka yang mentafsirkannya, ianya di dalam bab 8, ms 44 hingga 130 dari edisi kedua, dimana perkara ini diterangkan dengan mendalam
SURAT 99
1] KEUTAMAAN MEREKA ADALAH UNTUK KEPENTINGAN UMUM DI DALAM PERKARA TERSEBUT
2] MEMINTA YANG SELEBIHNYA
Rabi` al-Thani 5, 1330 H.
1) Sesiapa yang diberikan kebijaksanaan tidak mengesaki niat baik mereka, dan keutamaan mereka adalah kepada kepentingan umum, dari segala pertimbangan yang lain di dalam tindakan mereka terhadap perkara-perkara tersebut. Mereka selalu fikirkan apa yang terbaik untuk ummah ini dan yang paling bagus untuk agamanya, yang terbaik untuk perpaduan; maka mereka tidak boleh dipersalahkan diatas apa sahaja tindakan mereka, walaupun jika mereka menggunakan teks yang tertentu atau menggunakan pertimbangan mereka sendiri mengenai teks tersebut.
2) Kami telah minta kamu menceritakan semua kejadian, tetapi kamu hanya menyatakan sebahagiannya sahaja, mengatakan bahawa terdapat teks mengenai Imam dan keturunannya [as] selain dari yang mengenai kedudukan khalifa yang mana orang terdahulu kami tidak menghargainya. Kami harap kamu dapat menceritakannya dengan mendalam dan supaya kami tidak perlu meminta kepada kamu lagi untuk mengatakannya, Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 100
1] PEMBINCANGAN MENYIMPANG DARI TAJUK PERKARA
2] TINDAKAN ATAS PERMINTAANNYA
Rabi` al-Thani 8, 1330 H
1) Kamu telah mengakui tindakan mereka terhadap kejadian yang telah diketahui umum, dan kamu telah percaya kepada apa yang kami telah katakan dahulu; maka segala puji tertentu bagi Allah. Mengenai dengan niat mereka yang baik dan mengutamakan kepentingan umum, penilaian mereka pada apa yang terbaik untuk ummah, di dalam agama dan perpaduan, itu telah terkeluar dari tajuk asal, seperti yang kamu maklum sendiri.
2) Di dalam surat kamu yang terakhir, kamu telah meminta hadiths sahih mengenai ‘Ali [as] di dalam perkara selain dari Imami yang mana mereka tidak patuhi; malah sesungguhnya mereka tidak memberikan sebarang perhatian. Kamu adalah Imam tradisi dewasa ini; dan lebih mengetahui mengenainya, kamu telah menghabiskan banyak tenaga pada menanganinya secara khusus dari apa yang kami telah nyatakan, dan siapa lagi yang lebih berpengetahuan dari kamu yang telah mengetahui secara mendalam dari apa yang kami telah rujukan? Adakah sesiapa yang setanding kamu atau boleh bersaing dengan kamu mengenai sunnah? Pastinya tidak, malah perkara ini adalah seperti apa yang aksiom katakan: "Betapa sering manusia bertanya mengenai perkara yang mereka telah ketahui?"
Kamu telah sedia mengetahui bahawa terdapat beberapa para sahabat yang benci kepada ‘Ali dan menjadi musuh beliau. Mereka meninggalkan beliau, menyakiti, mengutuk dan menuduh beliau, memerangi beliau, memukul mukanya dan muka ahl al-bayt dan juga muka-muka pengikutnya dengan pedang, seperti yang telah diketahui dari sejarah mereka yang terdahulu. Rasul Allah [sawas] telah berkata:
- "Sesiapa yang patuh kepada saya telah patuh kepada Allah, dan sesiapa yang engkar kepada saya telah engkar kepada Allah; Sesiapa yang patuh kepada ‘Ali telah patuh kepada saya juga."
- "Sesiapa yang meninggalkan saya telah meninggalkan Allah, dan sesiapa yang meninggalkan kamu, wahai ‘Ali, telah meninggalkan saya juga."
- "Wahai ‘Ali kamu adalah ketua di kehidupan dunia ini, dan dikehidupan akhirat; saya mencintai mereka yang mencintai kamu, dan mereka yang saya cintai telah dicintai oleh Allah, musuh kamu adalah musuh saya, dan musuh saya adalah musuh Allah; malang bagi mereka yang membenci kamu selepas saya."
- "Sesiapa yang menolak ‘Ali telah menolak saya juga, dan sesiapa yang menolak saya telah menolak Allah."
- "Sesiapa yang menyakiti ‘Ali telah menyakiti saya juga, dan sesiapa yang menyakiti saya telah menyakiti Allah."
- "Sesiapa mencintai ‘Ali telah mencintai saya, dan sesiapa membenci ‘Ali telah membenci saya."
- "Tiada siapa yang mencintai kamu, wahai ‘Ali, melainkan mereka yang beriman, dan tiada siapa yang membenci kamu melainkan hipokrit."
- "Wahai Allah berbaiklah kepada sesiapa yang berbaik dengan beliau, dan jadilah musuh sesiapa yang menjadikan dirinya musuh beliau; sokonglah mereka yang menyokong beliau dan abaikan mereka yang mengabaikan beliau."
Suatu hari baginda [sawas] melihat kepada `Ali, Fatima, al-Hasan dan al-Husayn (as) dan berkata: "Saya perangi mereka yang memerangi kamu dan saya berdamai dengan mereka yang berdamai dengan kamu." Setelah menyelimutkan mereka dengan blanket, baginda [sawas] berkata: "Saya perangi sesiapa yang memerangi kamu, dan memberikan perlindungan kepada sesiapa yang berdamai dengan kamu; dan saya adalah musuh bagi musuh kamu." Terdapat banyak tradisi yang tidak dilakukan oleh sebilangan para sahabat; bahkan tindakan mereka bertentangan dengan arahannya, di dalam mengutamakan kehendak mereka sendiri oleh kerana mereka mencari kepentingan diri. Sesiapa yang berpandangan tajam, mengetahui bahawa semua hadith yang terkenal di dalam memuji kemuliaan ‘Ali – terdapat ratusan jumlahnya, seperti yang diperintahkan untuk menerima pemerintahannya, melarang setiap manusia dari menjadi musuh beliau – semua adalah bukti mengesahkan kedudukannya yang tinggi dan dihormati, dan mulianya disisi Allah dan RasulNya. Kami telah sampaikan sedikit darinya di dalam surat ini, dan apa yang kami tidak sampaikan adalah berlipat kali ganda banyaknya.
Kamu, dengan kebesaran tuhan, adalah diantara mereka yang telah memahami tradisi dan pengertiannya. Pernahkah kamu temui sebarang tradisi yang memerintahkan penentangan dan bermusuhan terhadap beliau [Ali], atau ada tradisi yang tertentu pada menunjukan, mencederakan beliau, membenci atau menyimpan dendam kepada beliau, atau apa-apa sahaja seperti melukai, menuduh, penolakan kepadanya dari mimbar orang Muslim, atau menjadikan satu tradisi yang diikuti oleh pendakwah, yang menyampaikan di dalam khutbah semasa hari Jumaat dan eid’? Pasti tidak. Tetapi mereka yang melakukan semua perkara ini tidak memperdulikan kepada hadith yang sedemikian walaupun ianya terdapat dengan banyak dan disampaikan secara mutawatir. Hadith ini tidak dapat menghalang mereka dari berkelakuan dengan cara yang dapat memberikan faedah kepada kepentingan politik mereka. Mereka tahu bahawa beliau adalah saudara dan sahabat Rasul [sawas], waris dan kepercayaannya, ketua bagi keturunan baginda, Harun baginda keatas ummah, anak menantu baginda di dalam haknya, bapa bagi keturunannya, yang pertama untuk menerima Islam, yang paling ikhlas di dalam beragama, yang paling berpengetahuan, yang paling pantas di dalam melakukan kebajikan, yang amat pengasih, yang amat yakin, paling tekun dijalan Allah, paling berani, paling terhormat, yang mempunyai paling banyak kemuliaan, yang paling berhati-hati di dalam kepentingan Islam, yang paling hampir kepada Rasul Allah, paling hampir kepada petunjuk baginda [sawas], keperibadian, kemuliaan, yang paling menyerupai tingkah lakunya, pertuturannya atau diamnya... tetapi kepentingan peribadi kepada mereka lebih utama dari segala hujah atau pertimbangan; maka mengapa kemudian terperanjat pada pilihan mereka untuk mengikuti pandangan peribadi mereka mengenai Imami dari mengikuti intipati hadith Ghadir, sebagai contoh? Tidakkah hadith Ghadir hanya satu dari beberapa ratus hadith yang mereka lihat dari kaca mata mereka sahaja, mengutamakan pandangan mereka dan mempertimbangkan kepentingan mereka sendiri?
Rasul Allah [sawas] juga telah berkata: "Persamaan Ahl al-Bayt saya diantara kamu adalah seperti bahtera Nuh; sesiapa yang menaikinya terselamat, sesiapa yang tertinggal dibelakang akan karam," dan "Persamaan Ahl al-Bayt saya diantara kamu adalah seperti pintu taubat bani Israel: diampunkan dosa bagi mereka yang memasukinya." Baginda [sawas] juga telah berkata: "Bintang adalah keselamatan penduduk dunia dari karam dan Ahl al-Bayt adalah keselamatan bagi ummah dari perselisihan; dari itu jika ada kaum Arab yang menentang mereka, maka mereka semua akan berselisih diantara mereka dan menjadi parti Iblis (Eblis)," sebagai tambahan kepada banyak lagi yang sedemikian; yang mana semuanya telah diabaikan secara total [keseluruhan] oleh mereka..., Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
SURAT 101
MENGAPA IMAM TIDAK MEMBACAKAN HADITH KHALIFA DAN WISAYAT PADA HARI SAQIFA?
Rabi` al-Thani 10, 1330 H
Kebenaran telah memperlihatkan dirinya, pujian bagi Allah, tuhan sekelian alam. Kini tinggal hanya satu isu, yang keadaannya masih tidak jelas, dan diseliputi kegelapan. Tolong sebutkan untuk menyingkap tabir dan menjadikan rahsianya diketahui umum. Adalah menjadi fakta bahawa Imam pada insiden saqifa, tidak membacakan mana-mana teks mengenai khalifa dan wisayat, yang mana kamu telah memberikan banyak tumpuan, kepada al-Siddiq dan yang bai’ah kepadanya; maka, kamu lebih mengerti dengan teks yang demikian dari dia sendiri? Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 102
1] MENGAPA IMAM MENAHAN DIRI PADA HARI SAQIFA DARI MENYEBUTKAN TEKS DEMIKIAN
2] RUJUKAN KEPADA HUJAH BELIAU DAN PENYOKONGNYA WALAUPUN ADA RINTANGAN
Rabi` al-Thani 11, 1330 H
1) Semua orang tahu bahawa, tidak Imam mahupun sesiapa dari pengikutnya diantara keturunan Hashim dan lainnya yang menyaksikan bai’ah yang sedemikian, dan tidak juga mereka memasuki saqifa diketika itu Mereka telah terganggu darinya dan apa sahaja yang berlaku di dalamnya. Mereka semua tertumpu pada bencana besar yang melanda: wafatnya Rasul Allah [sawas], dan mereka sedang menyediakan persediaan yang sewajarnya untuk jenazah baginda [sawas], dengan tidak menghiraukan pada yang lain. Sejurus selesai mengkebumikan baginda ditempat persemadiannya yang suci, mereka yang disaqifa telah selesai urusan mereka, menjalankan bai’ah, dan membuat simpulan yang kuat pada ikatan mereka, dengan penuh berhati-hati melarang sebarang ucapan dan tindakan yang akan melemahkan bai’ah mereka, dan yang memberi kesan negetif kepada perjanjian mereka atau menimbulkan keresahan pada orang awam; maka dimanakah Imam semasa kejadian saqifa, memberi dan menerima bai’ah kepada al-Siddiq supaya beliau dapat berhujah dengan mereka? Bagaimana beliau atau sesiapa sahaja boleh diharapkan untuk berhujah setelah bai’ah selesai diterima, dan mereka yang boleh berkata-kata [berkuasa] telah mengambil langkah yang perlu? Bolehkah sesiapa dimasa kita sekarang menghadapai pihak berkuasa, mencabut kuasa mereka, dan menghapuskan kerajaan mereka? Bolehkah mereka yang berkuasa tinggalkan orang itu begitu sahaja jika dia cuba untuk melakukan begitu? Mustahil. Dari itu bandingkan yang lampau dengan yang kini, kerana tidak manusia mahupun masa yang banyak berubah.
Bahkan `Ali (as) tidak mengharapkan hujahnya dengan mereka untuk menghasilkan apa-apa selain dari perbalahan. Beliau memilih untuk melepaskan apa yang menjadi haknya dari mendapatkannya dalam keadaan yang demikian. Beliau khuatir perbalahan yang demikian akan merosakan Islam dan kalimanya, seperti yang kami telah terangkan dahulu, dengan mengatakan bahawa beliau telah ditimpa dihari-hari tersebut lebih dari manusia lainnya, oleh dua bencana besar: Pada sebelah tangan, kedudukan khalifa, dengan teks dan wasiatnya, menyeru beliau dan meminta di dalam aduannya yang akan membuat hati terluka berdarah, dan penekanan terhadap perbalahan dari pihak yang lain, mengingatkan beliau akan kebangkitan disemenanjung, kemungkinan pemberontakan Arab yang akan menyapu bersih Islam; mengancamnya bersama hipokrit diantara penduduk Medina yang telah biasa dengan tabiat itu, disokong oleh puak badwi yang menurut teks dari kitab Allah (9:101), adalah hipokrit, tidak, bahkan lebih keji di dalam kekafiran dan hipokrit, sehinggakan adalah lebih baik untuk mereka tidak mengetahui akan batas-batas dari apa yang Allah telah wahyukan kepada RasulNya (9:97). Mereka telah menjadi kuat dengan kehilangan Rasul [sawas] dan Muslim menjadi seperti ternakan yang ketakutan dimalam yang sejuk, dikelilingi oleh serigala dan binatang buas. Musaylamah yang penipu, komplot Talhah ibn Khuwaylid, dan ahli sihir, Sajah anak perempuan al-Harath, sebagai tambahan kepada penjenayah dan pengacau, semuanya mencuba sedaya upaya untuk menghapuskan Islam dan menghancurkan Muslim. Ditambah lagi kepada fakta bahawa Romans, pengikut Kisra dan Caesar, selain dari banyak lagi, sedang berkomplot menentang Muslims. Sebagai tambahan lagi kepada semua itu adalah elemen dendam terhadap Muhammad, keturunan dan sahabatnya, dengan penuh perasaan benci terhadap pengkhabaran Islam. Kesemua parti ini berhasrat untuk mencabut keseluruh asas Islam. Mereka sedang bergiat aktif untuk melakukannya, mempercepatkan langkah, mereka melihat kini angin telah bertiup kearah mereka, dan terdapat peluang dengan disebabkan pemergian Rasul [sawas] menemui sahabatnya yang Agung; maka mereka berhajat untuk menggunakan peluang yang terdapat ini sebelum Islam kembali menjadi kuat dan tersusun semula. `Ali (as) sedar akan kedua-dua bahaya, dan sewajarnyalah beliau menyerahkan haknya untuk dikorbankan semata-mata untuk keselamatan Muslims.[1]
Tetapi beliau juga hendak mengekalkan haknya, pada kedudukan khalifa dan berhujah dengan mereka yang menjauhkan beliau darinya, dengan cara yang tidak akan merosakan perpaduan Muslims, mahupun menyebabkan perbalahan diantara mereka, tidak juga memberi peluang musuh untuk mengambil kesempatan. Dari itu beliau telah tinggal dirumah sehingga dia merasakan perlu, tidak dipaksa, untuk meninggalkannya. Jika beliau bersegera kepada mereka, beliau tentu tidak punya hujah, begitu juga dengan pengikutnya tidak mempunyai bukti, tetapi beliau kini telah selamatkan keduanya dengan secara mengambil pendirian yang sedemikian, keselamatan kepada agama dan mengekalkan haknya untuk memerintah yang Muslim. Apabila beliau melihat bahawa memelihara Islam dan bertindak balas dengan komplot pihak musuh, bergantung diketika itu pada ketenangan dan keamanan, beliau mengambil jalan tersebut, memilih untuk berdamai dengan mereka yang punya suara, sekadar untuk menyelamatkan ummah; dan dari keperihatinan kepada agama, dengan mengambil berat kepada keutamaan kebaikan yang mendatang dari yang diketika itu, melaksanakan yang perlu dan juga yang sewajarnya, ketika terus juga menentang, kepada apa yang paling penting dari yang penting, oleh kerana keadaan diketika itu tidak mengizinkan pada menggunakan pedang tidak juga tindakan melalui hujah beliau terhadap mereka.
2) Walaupun dengan semua ini, beliau dengan keturunannya [as] sebagai tambahan kepada yang terpelajar dari pengikutnya, akan menggunakan kebijaksanaan apabila menyebutkan wasiat, mengumumkan teks nya yang jelas, seperti yang telah diketahui oleh mereka yang menyelidik, Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Beliau [as] telah mengistiharkan demikian di dalam surat yang dikirimkan kepada penduduk Mesir bersama Malik al-Ashtar apabila beliau melantiknya sebagai Gabenor. Beliau mengatakan di dalamnya: "Allah, pujian bagiNya, telah menghantar Muhammad (sawas) sebagai peringatan kepada dunia dan sebagai ketua dari para Rasul. Apabila baginda meninggal dunia, Muslim selepas baginda berbalah sesama sendiri. Demi Allah, saya tidak pernah takut, tidak juga menyangkakan Arab akan mengeluarkan tanggong jawab sedemikian dari rumahnya [sawas], tidak juga mereka menjauhkan saya darinya [kedudukan khalifa] selepas baginda, tetapi yang amat mencemaskan saya adalah penyandaran mereka kepada orang itu untuk memberikan bai’ah kepada dia; maka saya mengawal diri, sehingga saya melihat manusia telah menyimpang dari Islam dan mula mengajak manusia untuk menyapu bersih [melenyapkan] agama Muhammad. Dari itu saya takut jika saya tidak menyokong Islam dan Muslim ketika melihat strukturnya retak atau telah runtuh sebahagiannya, bencana kepada saya lebih besar dari kehilangan kerajaan kamu, yang tidak mempunyai erti selain dari keriangan yang sementara, selepas itu ianya akan lenyap seperti bayangan atau hilang seperti awan dimusim panas;" maka beliau naik dalam keadaan begitu sehingga yang bersalah telah terhapus, dan agama menjadi kukuh dan tenteram. Rujuk pada kenyataan beliau di dalam Nahjul-Balaghah.
SURAT 103
MENCARI HUJAH BELIAU DAN PENGIKUTNYA
Rabi` al-Thani 12, 1330 H
Bila Imam melakukan itu? Dan bilakah kerabat dan pengikutnya melakukannya? Tolong perkenalkan kepada kami sebahagian daripadanya, Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 104
1] BEBERAPA INSIDEN APABILA IMAM BERHUJAH
2] PENGHUJAHAN AL-ZAHRA [AS]
Rabi` al-Thani 15, 1330 H
1) Imam secara senyap-senyap mengumumkan teks yang berhubung dengan dirinya, tanpa menggunakannya untuk kepentingan peribadi menentang lawan disebabkan keperihatinan beliau terhadap keselamatan Islam dan memelihara kekuatan Muslim. Beliau selalu mempertahankan pendirian diamnya dan keengganan untuk menuntut haknya, di dalam keadaan sedemikian dengan mengatakan: “Sesaorang tidak dipersalahkan jika dia mengambil masa dalam mendapatkan apa yang menjadi haknya; kesalahan itu terletak kepada orang yang mengambil apa yang bukan haknya."[1] Beliau selalu menggunakan cara tertentu dengan dimahkotakan kebijaksanaan, jelas di dalam cara beliau menyebarkan teks pada kehormatan dirinya.
Adakah kamu lihat apa yang beliau lakukan di dalam insiden Rahba, apabila beliau mengumpulkan manusia semasa beliau menjadi khalifa untuk meraikan Hari Ghadir? Beliau berkata kepada mereka: “Saya tanyakan kepada setiap Muslim dari kamu yang mendengar Rasul Allah [sawas] berkata pada Hari Ghadir; bangun mengatakan apa yang baginda telah katakan, sila berdiri dan mengaku kepada apa yang dia telah dengar, dan tiada siapa yang boleh berdiri melainkan mereka yang dapat melihat baginda [sawas];" 30 sahabat, termasuk 12 darinya yang mengambil bahagian di dalam Peperangan Badr, mengaku kepada apa yang mereka telah dengar dari hadith Ghadir seperti yang kami telah tunjukan diatas di dalam surat no 56. Inilah paling minima yang dapat beliau lakukan di dalam keadaan kritikal diketika itu; berikutan dari pembunuhan terhadap Uthman, dan pemberontakan di Basra dan Syria. Ini sesungguhnya adalah kebijaksanaan di dalam publisiti yang sedemikian dikala itu, dan usaha yang amat disanjungi di dalam menghidupkan kembali hadith Ghadir yang telah hampir tertanam untuk selamanya! Himpunan manusia di Rahba telah mengingatkan kembali kepada mereka yang menyaksikan himpunan Rasul [sawas] di Hari Ghadir Khumm, telah mengambil `Ali (as) dengan tangan baginda yang suci dan berucap kepada ratusan ribu atau lebih dari ummahnya untuk menyampaikan kepada mereka pengkhabaran bahawa beliau akan menjadi pengganti beginda. Dari itu tradisi Ghadir adalah yang paling dipercayai diantara semua tradisi yang disampaikan secara mutawatir; maka lihatlah kebijaksanaan Rasul [sawas] apabila baginda menasihat beliau dihadapan himpunan manusia ramai, dan fikirkan kebijaksanaan wasi pada hari Jumaat itu, apabila beliau meminta mereka untuk mengaku, dari itu telah memperlihatkan kebenaran dengan cara yang senyap seperti yang diperlukan oleh keadaan, dan dengan cara yang aman seperti yang dihajati oleh Imam. Beginilah cara Imam di dalam menyebarkan perjanjian dan mengadakan publisiti untuk hadith. Beliau adalah jenis orang yang akan menarik perhatian manusia yang telah lalai melalui cara yang tidak memerlukan untuk membuat bising atau mengobar-gobarkan perasaan yang tidak baik diantara manusia.
Pertimbangkan apa yang pengarang buku tradisi telah sebutkan dari hadith beliau [as] semasa insiden jamuan yang disediakan oleh Rasul Allah [sawas], dirumah bapa saudaranya, manusia yang paling terhormat diantara penduduk Mekah, apabila baginda memperingatkan kerabatnya. Ini hadith yang suci lagi panjang, manusia telah menganggapnya sebagai satu bukti terhadap kerasulan dan mukjizat bagi Islam, disebabkan telah termasuk di dalamnya mukjizat Rasul yang menjamu ramai manusia dengan makanan yang sedikit. Kami telah menyebutnya di dalam surat no. 20. Ianya berakhir dengan mengatakan bahawa Rasul Allah [sawas] mengambil `Ali (as) dengan lehernya dan berkata: "Ini adalah saudara saya, pelaksana wasiat saya, dan pengganti saya dari itu dengarkanlah dia dan patuhlah kepadanya." Beliau selalu memberitahu bagaimana Rasul Allah [sawas] berkata kepadanya: "Kamu adalah wali bagi setiap yang beriman selepas saya," dan beliau juga kerap menceritakan kenyataan Rasul [sawas]: "Status kamu kepada saya adalah seperti Harun kepada Musa, melainkan tiada Rasul selepas saya," dan mengingati Ghadir Khumm, "Tidakkah saya mempunyai lebih kuasa diatas diri mereka yang beriman dari diri mereka sendiri?" Mereka berkata: "Ya, Sesungguhnya." Baginda kemudian berkata: "Kepada sesiapa saya adalah walinya, Ini (`Ali (as)) adalah walinya," di dalam perkataan Ibn Abu `Ashim, seperti yang kami terangkan pada rumusan surat no. 23, sebagai tambahan kepada banyak lagi teks yang tidak dipertikaikan. Ianya telah diumumkan oleh tradisioni yang jujur dan dipercayai. Inilah yang dapat dilakukan di dalam keadaan tersebut. [kebijaksanaan yang bererti; tetapi bagaimana peringatan itu menjadi sia-sia?]
Pada hari Shüra, beliau melepaskan tanggong jawabnya dan mengingatkan yang lain, tidak ditinggalkan satu pun dari sifat atau kemuliaannya, semua digunakan sebagai hujah. Semasa beliau menjadi khalifa, dia selalu mengadu mengenai kezaliman yang telah dilakukan terhadap dirinya, dengan penuh kepedihan beliau menyatakan aduannya dari atas mimbar, dengan berkata: "Demi Allah, orang itu telah memakaikan keatas dirinya, setelah mengetahui kedudukan saya untuk itu adalah umpama paksi pada roda. Dari saya mengalirnya mata air pengetahuan, dan burung tidak terbang lebih tinggi darinya; dari itu saya labuhkan tirai pelindung dan menjauhkan diri darinya. Saya terpaksa memilih diantara berjuang dengan tangan yang kudung, atau bersabar terhadap bencana yang membutakan mata dimana orang dewasa menjadi tua dan yang remaja dipenuhi uban, keadaan di mana Mukmin berpeluh sehingga menemui tuhannya. Saya memutuskan untuk bersabar adalah lebih bijak; maka saya menjadi sabar ketika melihat yang menyakitkan mata, lidah terikat, melihat warisan saya digeledah, sehingga akhir syarahan shaqshaqi, iaitu khutba 3 di dalam Nahjul Balaghah, ms 25, Vol. 1. Beliau selalu mengatakan: "Wahai Tuhan! Saya meminta pertolongan Kamu terhadap Quraysh dan mereka yang menyokongnya, kerana mereka memotong daging saya, menghina status saya, dan berbalah dengan saya mengenai milik saya, kemudian mereka berkata: `Adalah terlebih baik kami mengambilnya dan kamu meninggalkannya.'" Rujuk kepada khutba 167 atau ms 103, Vol. 2, dari Nahjul Balaghah. Di dalam khutbakhutba 5, ms 36, Vol. 1, dari Nahjul Balaghah. yang sama sesaorang berkata kepada beliau: "Kamu kelihatan seperti begitu perihatin terhadap perkara ini." Imam (as) menjawab: "Tidak; Demi Allah kamu lebih mengambil berat mengenainya dari saya. Saya telah menuntut sesuatu yang menjadi hak saya, sedang kamu penghalangnya dari saya untuk mendapatkan hak." Beliau [as] juga telah berkata: "Demi Allah, semenjak dari masa Allah mengambil nyawa Rasul [sawas] sehingga kini, saya selalu ditolak menjauhi dari hak saya, sedang yang lain diutamakan dari saya," seperti di dalam
Beliau [as] pernah berkata: "Kami mempunyai hak; jika kami tidak mendapatnya, kami terpaksa menunggang unta tua jika perjalanan itu jauh."[2] Beliau [as] berkata di dalam surat yang dikirimkan kepada saudaranya ‘Aqil: "Bagi Dia yang memberikan keadilan, semoga membalaskan bagi pihak saya terhadap Quraysh yang telah memisahkan saya dari kerabat dan menolak sokongan dari saudara sebelah ibu saya," seperti yang disebut di dalam surat 36, ms 67, Vol. 3, dari Nahjul Balaghah. Beliau [as] selalu mengatakan: "Saya melihat disekeliling, dan tidak mendapati sebarang sokongan selain dari Ahl al-Bayt saya, yang mana saya utamakan keselamatan mereka dari kematian, mengabaikan kehendak saya, saya terus bersabar, menahan kemarahan saya walaupun lebih pahit dari pohon Citrullus Colocynthis," seperti di dalam khutba 25, ms 62, Vol. 1, dari Nahjul Balaghah.
Sebahagian dari sahabatnya bertanya kepada beliau: "Bagaimana kamu menjauhkan kerabat kamu dari kedudukan itu, setelah mengetahui bahawa kamu lebih berhak kepadanya dari yang lain?" Beliau seperti yang tertulis dimuka surat 79, Vol. 2, dari Nahjul Balaghah, kenyataan 157, menjawab: "Wahai teman dari Banu Asad! Kamu telah terganggu dengan perkara yang begitu aneh, sehinggakan kamu telah bertanya soalan dengan janggal. Malah kami telah terpaksa menjawab kepada kamu disebabkan tali persaudaraan, dan kamu mempunyai hak untuk bertanya soalan itu. Kamu telah bertanya, maka ketahuilah bahawa mengenai tekanan beberapa orang kepada kami dalam perkara ini, sedang mereka tahu kami lebih utama di dalam pertalian dari mereka, dan pertalian darah yang lebih kuat kepada Rasul Allah [sawas], ini semua disebabkan oleh tamaknya sebahagian manusia dan disokong oleh yang lain. Kerajaan ini hanya untuk Allah, dan kembalinya juga kepada Dia di hari Pengadilan; dari itu jangan tanya kepada saya mengenai perebutan, kerana itu juga telah diperkatakan di dalam bilik baginda [sawas]..." Beliau [as] juga telah berkata: "Dimanakah mereka yang mengatakan bahawa mereka lebih berilmu dari kami? Mereka berdusta mengenai kami dan secara terang menindas kami walaupun Allah telah meninggikan status kami dan merendahkan mereka, menerima kami dan menolak mereka, mengizinkan kami untuk masuk sedang mereka diusir keluar, dan melalui kami Dia telah mengeluarkan mereka dari kegelapan meraba-raba kepada cahaya petunjuk. Benih Imami telah ditanamkan ketempat peranakan keturunan Hashim dari Quraysh; ini tidak sesuai untuk yang lain, dan kedudukan khalifa adalah sesuai tidak pada yang lain, selain dari kami...," sehingga akhir kenyataan 140, pada ms 36 dan ms berikutnya, Vol. 2, dari Nahjul Balaghah.
Pertimbangkan kenyataan beliau di dalam satu dari syarahannya: "Apabila Rasul Allah [sawas] wafat, sebahagian manusia berpatah kebelakang [di dalam perjanjian mereka kepada baginda], bertujuan untuk mengambil beberapa laluan [selain dari laluan yang benar], bergantung kepada pengkhianatan, mengutamakan mereka yang bukan kerabatnya, meninggalkan laluan yang mereka telah diperintahkan supaya boleh menyenangkan baginda, dari itu mereka telah merubahkan batu asas Islam dari tempatnya, menggunakan barangan yang haram di dalam membina strukturnya. Mereka telah masuk ke dalam Islam melalui pintu orang-orang yang telah tunduk kepada keinginannya, telah melampaui di dalam keghairahan mereka, telah mengabaikan seperti yang mabuk, mengikuti sunnah keturunan Firaun, penyembah kehidupan ini, adalah mereka ini yang dengan sengaja telah meninggalkan agama mereka." Rujuk kepada kenyataan ini, yang disebutkan pada permulaan ms 25; ia merumuskan syarahan 2, Vol. 1, dari Nahjul Balaghah, yang beliau sampaikan setelah menerima bai’ah, ini adalah satu dari yang terbaik. Di dalamnya beliau berkata: "Tiada siapa boleh dibandingkan dengan keturunan Muhammad [sawas] dari semua ahli dari ummah ini, dan tiada siapa boleh menjadi lebih utama dari mereka yang telah menerima rahmat dariNya. Mereka adalah mercu agama dan tiang keyakinan; melalui mereka yang pelampau kembali menjadi sederhana, dan melalui mereka orang yang telah meninggalkan pengetahuan kembali mempelajarinya; mereka mempunyai ciri-ciri orang yang berhak untuk memimpin, dan di dalam diri mereka terletaknya perjanjian dan warisan. Kini yang hak telah kembali kepada ummah dan dipindahkan semula ketempatnya yang sesuai." Ditambah kepada yang ini dengan kenyataan beliau yang disebutkan dalam kontek syarahan 84, ms 145, Vol. 1, dari Nahjul Balaghah yang mana beliau hairan mengenai mereka yang menentangnya: "Betapa anehnya saya melihat kesalahan kumpulan ini, berselisih di dalam hujah mereka mengenai agama mereka, tiada yang mengikuti langkah Rasul [sawas], tidak juga contoh dari wasi...!"
2) Al-Zahra' [as] menyampaikan hujah yang bijak dalam perkara ini. Dua dari kenyataannya telah tersebar luas diantara Ahl al-Bayt (as), sehinggakan mereka menghendaki anak-anak mereka menghafalnya sama seperti mereka menghendaki anak-anak itu menghafal keseluruh al-Quran. Ia berkaitan dengan mereka ‘yang mengubah batu asas agama dari tempatnya,’ dan mendirikannya ditempat lain. Beliau berkata:
"Begitu beraninya mereka? Kemana mereka telah pindahkan [khalifa], mereka telah mendirikannya ditempat lain selain dari tempat turunnya pengkhabaran, asas tapak kerasulan, tempat dimana ruh yang suci [Jibril] turun, dari dia yang berkuasa mengenai perkara sekular dan juga agama? Ini sesungguhnya adalah kerugian yang nyata. Mengapakah mereka sangat membenci bapa al-Hasan? Demi Allah, mereka benci kekuatan pedangnya, keperkasaan dan kebajikannya, dan usaha gigihnya pada menyokong agama Allah. Demi Allah, jika mereka tunduk kepada pimpinan beliau,[3] beliau telah membawa mereka kejalan yang mudah, tanpa menyakiti sesiapa. Beliau telah membawa mereka kepancutan air yang melimpahkan kebajikan, menasihati mereka secara sendirian dan secara umum, tidak juga memenuhkan perut beliau dengan rezeki mereka, tidak juga melepaskan dahaga dan kelaparannya dari titik peluh mereka. Pintu rahmat langit dan bumi akan dibuka luas untuk mereka. Dan Allah akan menghukum mereka diatas dosa yang mereka telah lakukan; dari itu kemarilah dan dengarkan cerita ini, dan selagi kamu hidup, merasa hairanlah, dan selagi kamu hairan, insiden ini akan membinggongkan kamu... Kemana mereka telah pergi, dan ikatan yang mana mereka telah berpaut? Betapa kejinya penjaga yang mereka telah pilih, dan betapa kejinya kumpulan mereka! Bagaimana kejamnya kesudahan bagi yang menindas, yang menukarkan ekor dengan tapak kaki, dan menukarkan tongkeng dengan dada! Maka bersihkan hidung mereka yang fikir bahawa mereka telah berjaya; merekalah orangnya yang telah penuhi dunia dengan kekejian tanpa mereka sedari. Malang bagi mereka! Tidakkah dia yang menunjukkan kepada kebenaran lebih layak diikuti dari yang tidak memberi petunjuk? Kenapa dengan kamu semua? Bagaimana kamu menilai?'" [4] sehingga keakhir dari syarahan beliau, inilah spesimen ucapan dari keluarga yang suci dalam perkara ini, dan kamu boleh nilai yang lainnya dengan yang ini, Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Kenyataan ini adalah pendek mengenai objektif yang mulia, dan termasuk di dalam Nahjul Balaghah. Rujuk kepada ulama Mu`tazilite yang telah katakan ketika menerangkannya di muka surat 324, Vol. 4, dari Sharh Nahjul Balaghah.
[2] Kenyataan ini no 21 dari kenyataannya di dalam bab mengenai ‘pemilihan permata kebijaksanaan’ ms 155, Nahjul Balaghah. Sayyid al-Radi telah mengulasnya di dalam ulasannya yang bernilai, dan begitu juga Shaykh Muhammad `Abdoh. Kedua ulasan ini berhak mendapat pemerhatian para ulama.
[3] Tali kendalian telah diberikan kepada beliau oleh Rasul Allah, untuk mentadbir ummah di dalam perkara berkaitan dengan agama dan juga kehidupan seharian. Maksudnya adalah jika mereka semua setuju menyerah kepada kerajaan yang demikian, patuh kepada pemimpin yang demikian, mereka telah di selamatkan dari bencana.
[4] Ini telah disebutkan oleh Abu Bakr Ahmed ibn `Abdul-`Aziz al-Jawhari di dalam bukunya Al-Saqifa dan Fadak, dari rantaian penyampai termasuk Muhammad ibn Zakariyya, Muhammad ibn `Abdul-Rahman al-Muhallabi, `Abdullah ibn Hammad ibn Sulayman yang menyebutkan dari bapanya, `Abdullah ibn al-Hasan yang menyebutkan dari ibunya Fatima bint Husayn, berakhir dengan al-Zahra' [as]. Ianya juga disampaikan oleh Imam Abul-Fadl Ahmed ibn Abu Tahir, yang meninggal pada tahun 280, pada ms 23 dari bukunya Balaghat al-Nisa' melalui Harün ibn Muslim ibn Sa`dan, dari al-Hasan ibn Alwan dari Atiyyah al-`Awfi yang sampaikan khutba dari rantaian penyampai termasuk `Abdullah ibn al-Hasan dari ibunya Fatima bint al-Husayn, dari nindanya al-Zahra' [as]. Dari pihak kami yang sampaikan khutba dari Suwayd ibn Ghaflah ibn Awsajah al-Ju`fi dari al-Zahra' [as]. Al-Tibrisi telah menyebutkan di dalam bukunya Al-Ihtijaj, dan al-Majlisi di dalam bukunya Biaar al-Anwar, dan ianya telah disampaikan oleh ramai penyampai yang dipercayai.
SURAT 105
MEMINTA CERITA INSIDEN DARI PENYAMPAI YANG LAIN
Rabi` al-Thani 16, 1330 H
Kami berhasrat untuk melengkapkan dari faedah ini, jika kamu dapat menyebutkan cerita dari yang lain, selain Imam dan al-Zahra', dan dengan itu kamu telah berjasa kepada kami, Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 106
1] HUJAH IBN ABBAS
2] HUJAH AL-HASAN DAN AL-HUSAYN
3] HUJAH PARA SAHABAT SHIAH YANG TERKEMUKA
4] RUJUKAN MEREKA TERHADAP KEGUNAAN WASIAT SEBAGAI HUJAH
Rabi` al-Thani 18, 1330 H
1) Kami mempelawa perhatian kamu kepada dialog diantara Ibn `Abbas dan `Umer, yang mana ‘Umer di dalam perbualan yang panjang diantara keduanya telah bertanya: "Wahai Ibn `Abbas! Tahukah kamu apa yang memberhentikan kerabat kamu [dari menuntut kedudukan khalifa] selepas Muhammad (sawas)?" Ibn `Abbas menceritakan sebagai berkata: "Saya benci untuk menjawab soalan ‘Umer, maka saya katakan kepadanya: `Jika saya tidak tahu tentu amirul mukminin [i.e. `Umer] tahu.'" `Umer berkata: "[Sebahagian manusia] benci bahawa keduanya Kerasulan dan Khalifa terbatas dirumah kamu; maka mereka gembira dengan komplot mereka. Quraysh mencarinya untuk diri mereka sendiri, dan berjaya untuk mendapatkannya." Saya berkata: "Wahai amirul mukminin! Adakah kamu mengizinkan saya untuk mengatakan sesuatu dan berjanji untuk mengawal kemarahan kamu?" Dia menjawab dengan ya; dari itu Ibn `Abbas berkata: "Mengenai dengan kenyataan kamu, o amirul mukminin, bahawa Quraysh mencarinya untuk diri mereka sendiri, dan telah berjaya untuk mendapatkannya, saya katakan bahawa jika Quraysh berusaha kepada apa yang Allah telah pilihkan untuk mereka, maka pilihan mereka tidaklah dibantah dan dipersalahkan. Mengenai dengan kenyataan kamu bahawa mereka benci melihat keduanya Kerasulan dan Khalifa di dalam rumah kami, saya katakan bahawa Allah awj, telah menerangkan sebahagian manusia sebagai hasad dengki, katanya, `... begitulah kerana mereka benci kepada apa yang Allah telah wahyukan, maka Dia menjadikan amalan mereka sia-sia.'" [47:9] `Umer kemudian berkata: "Mustahil, wahai Ibn `Abbas, kerana saya dengar perkara mengenai kamu yang mana saya benci untuk mempercayainya jika tidak kedudukan kamu dimata saya menjadi rendah." Saya bertanya: `Apakah dia, o amirul mukminin? Jika ianya benar, ianya tidak akan merendahkan kedudukan saya dalam pandangan kamu, dan jika ianya tidak, saya mampu untuk mempertahankan diri saya dari tuduhan yang palsu.' `Umer kemudian berkata: `Telah sampai kepengetahuan saya bahawa kamu berkata yang mereka telah menafikan kamu darinya [kedudukan khalifa] disebabkan dengki, penindasan dan kezaliman.' Saya berkata: `Mengenai dengan kenyataan kamu, wahai amirul mukminin, itu adalah penindasan, kemudian ianya telah menjadi jelas kepada mereka yang jahil dan begitu juga kepada mereka yang kasihan. Mengenai dengan kenyataan kamu berkenaan dengan dengki, maka Adam telah didengki, dan kami adalah keturunan beliau yang juga telah didengki.' `Umer kemudian berkata: `Mustahil, mustahil; hati kamu, wahai keturunan Hashim, telah penuh dengan dengki yang tidak mungkin dihilangkan.’ Maka saya berkata: ‘Tunggu dulu, o amirul mukminin, jangan katakan itu kepada hati mereka yang mana Allah telah sucikan dengan kesucian yang sempurna.'"[1]
Dia berhujah dengan beliau di dalam insiden yang lain, dengan bertanya: “Bagaimana kamu meninggalkan sepupu kamu [keadaan dia]?" Ibn `Abbas berkata beliau fikir `Umer maksudkan `Abdullah ibn Ja`fer; maka beliau menjawab: "Saya tinggalkan dia bersama-sama dengan kawan-kawannya." Dia berkata: "Saya tidak maksudkan dia; maksud saya yang teragung diantara kamu, Ahl al-Bayt." Ibn `Abbas berkata: "Saya tinggalkan beliau terusir, mengali parit sambil membaca al-Quran." `Umer berkata: "Wahai `Abdullah! Saya meminta kamu janganlah malu tetapi beritahu saya jika beliau masih lagi mengambil berat mengenai isu khalifa.” Dia menjawab ya. Kemudian ‘Umer bertanya: "Adakah beliau mengatakan bahawa Rasul Allah [sawas] telah memilihnya untuk itu?" Ibn `Abbas menjawab: "Sesungguhnya, ya; lebih-lebih lagi saya tanyakan kepada bapa saya jika ada terdapat kenyataan yang dibuat oleh Rasul Allah mengenai pemilihan beliau untuk khalifa, dan bapa saya memberitahu saya bahawa itu adalah benar." Kemudian `Umer berkata: "Rasul Allah memandang tinggi kepada beliau melalui percakapan dan tindakan dengan cara yang tidak meninggalkan sebarang hujah mahupun alasan untuk sesiapa,[2] dan baginda terus menduga ummah mengenai beliau untuk beberapa waktu;[3] bahkan ketika baginda [sebelum wafatnya baginda], baginda berhasrat untuk menamakan beliau untuk nya, tetapi sayalah yang menahan baginda."[4]
Di dalam dialog ketiga diantara keduanya, `Umer berkata: "O Ibn `Abbas! Saya dapat melihat bagaimana ketidakadilan terhadap kawan kamu [`Ali (as)]." Ibn `Abbas berkata: "O amirul mukminin, berikanlah keadilan bagi pihak dirinya." Ibn `Abbas berkata: "Tetapi `Umer menarik tangannya dari saya dan terus berlalu dengan berbisik kepada dirinya sendiri untuk sekian waktu. Kemudian dia berhenti; maka saya bersama dengan dia semula, dan dia berkata kepada saya: `O Ibn `Abbas! Saya tidak fikir orang-orang ini menafikan beliau [kedudukan khalifa] untuk apa-apa sebab selain dari beliau terlalu muda untuk itu.' Saya berkata kepadanya: `Demi Allah, tidak Allah mahupun Rasulnya menganggap beliau sebagai terlalu muda apabila keduanya mengarahkan beliau untuk membawa Surah Bara'a (Qur'an, Chapter 9) dari dia [dari Abu Bakr].' Setelah mendengarkan ini, dia berpaling dari saya dan mula berjalan pantas, maka saya tinggalkan dia sendirian."[5]
Berapa kerapkah `Abdullah ibn `Abbas, yang menjadi penulis bagi ummah Muslim, jurucakap Bani Hashim, sepupu Rasul Allah [sawas] bertemu kesempatan yang sedemikian? Di dalam surat no 26, kamu telah melihat bagaimana beliau berhujah dengan parti yang menindas dengan menyebutkan tradisi yang menjumlahkan 10 kemuliaan ‘Ali yang khusus. Ini adalah tradisi yang suci dan panjang yang mana di dalamnya dia menyebut Rasul [sawas] bertanya kepada kerabatnya: "Siapa diantara kamu yang akan menjadi penyokong saya dalam perkara yang berkaitan dengan kehidupan didunia ini dan dikehidupan akhirat?" Mereka menolak, tetapi `Ali (as) berkata: "Saya sokong kamu di dalam kehidupan didunia ini dan dikehidupan yang akan datang." Rasul [sawas] kemudian berkata kepada `Ali (as): "Kamu adalah wali saya didunia ini dan diakhirat." Di dalam tradisi yang lain, Ibn `Abbas menceritakan bahawa semasa serangan Tabuk, Rasul Allah [sawas] keluar, diikuti oleh manusia ramai, dan `Ali (as) bertanya kepada baginda: "Bolehkah saya bersama kamu?" Rasul Allah menolak permintaannya; maka, `Ali (as) menangis; dimana Rasul [sawas] berkata kepada beliau: "Tidakkah kamu gembira bahawa status kamu kepada saya seperti Harun kepada Musa, melainkan tidak ada rasul selepas saya? Saya tidak boleh pergi melainkan selepas kamu mewakili semasa ketiadaan saya." Rasul Allah juga telah memberitahu beliau: "Kamu adalah wali bagi setiap yang beriman selepas saya," dan "Sesiapa yang menerima saya sebagai walinya, dari itu `Ali (as) adalah mawlanya."
2) Yang terkemuka diantara keturunan Hashim selalu berhujah yang sama. Suatu ketika al-Hasan ibn `Ali (as) datang kepada Abu Bakr yang telah duduk diatas mimbar Rasul Allah [sawas] dan menyuruh dia turun dari tempat yang mana bapanya lebih layak. Al-Husayn (as) telah dilaporkan telah berkata yang sama kepada `Umer yang telah duduk pada mimbar yang sama.[6]
3) Buku yang ditulis oleh Imami yang memperkatakan tajuk ini, telah menceritakan banyak insiden dimana Hashimi dan pengikut mereka dikalangan sahabat dan tabi’in berhujah yang sama, dan semuanya perlu diperhatikan oleh mereka yang berminat terhadap isi kandongannya. Mencukupi disini untuk menceritakan buku mengenai hujah-hujah oleh Imam al-Tibrisi yang mana dia menyebutkan kenyataan yang dibuat oleh Omayyad Khalid ibn Sa`id ibn al-`As,[7] Salman al-Farisi, Abu Tharr al-Ghifari, `Ammar ibn Yasir, al-Miqdad, Buraydah al-Aslami, Abul-Haytham ibn al-Tihan, Sahl dan `Uthman anak lelaki Hanif, Khuzaymah ibn Thabit bagi dua Shahadas, Ubayy ibn Ka`b, Abu Ayyüb al-Ansari, dan ramai lagi diantara mereka yang menyelidiki sejarah Ahl al Bayt dan pengikutnya. Malah mereka tidak pernah melepaskan sebarang peluang untuk membuktikan maksud mereka dengan menyebutkan rujukan yang jelas dan yang dibayangkan, yang kukuh atau yang bagus perkataannya, ucapan dan tulisan, puisi dan prosa, menurut dari apa juga keadaannya, walaupun kritikal tapi dibolehkan. [tidak membahayakan diri. Pent].
4) Mereka berulangkali merujuk kepada wasiat, menggunakannya sebagai hujah, seperti yang telah diketahui umum oleh para penyelidik, Wassalam.
Yang ikhlas,
Sh
[1] Kami telah menyebutnya secara tepat [verbatim ] dari Al-Tarikh al-Kamil oleh Ibn al-Athir yang telah menulisnya pada penghujung biografi `Umer diantara peristiwa pada tahun 23 H., ms 24, Vol. 3, dan ianya juga disebutkan oleh ulama Mu`tazilite di dalam biografi `Umer juga, ms 107, Vol. 3, dari Sharh Nahjul Balaghah
[2] Dia bermaksud bahawa ucapan Rasul Allah [sawas] memuji ‘Ali menunjukan bahawa ‘Ali menikmati kedudukan yang mulia, jelas diperkatakan oleh `Umer.
[3] Dia bermaksud bahawa Rasul [sawas], disebabkan dengan memuji ‘Ali dengan perkataan yang bijaksana, telah menduga ummah untuk melihat jika mereka menerima beliau sebagai pengganti dirinya.
[4] Ii telah disebutkan oleh Imam Abul-Fadl Ahmed ibn Abu Tahir di dalam bukunya Tarikh Baghdad, menunjukan pencanya yang dipercayai adalah Ibn `Abbas. Ianya juga telah disebutkan oleh ulama Mu`tazilite yang membincangkan `Umer di dalam buku Sharh Nahjul Balaghah, ms 97, Vol. 3.
[5] Dialog ini telah disebutkan oleh pengarang buku biografi di dalam membincangkan `Umer, dan kami telah sebutkan dari Sharh Nahjul Balaghah oleh ulama Mu`tazilite; maka rujuk kepada ms 105 dari vol 3.
[6] Ibn Hajar telah menyebut kedua kes di dalam maqsad ke lima, ayat mengarahkan kebajikan kepada kerabat Rasul dan ianya ayat 14, yang diperkatakan di dalam bab 11 dari bukunya Al-Sawa`iq al-Muhriqa; maka rujuk kepada ms 160 dari rujukan ini. Al-Dar Qutni telah menyebut kes al-Hasan dengan Abu Bakr, dan Ibn Sa`d telah menyebut kes al-Husayn dengan `Umer di dalam biografi ‘Umer di dalam bukunya Tabaqat.
[7] Khalid ibn Sa`id ibn al-`Ash adalah diantara yang menolak khalifa Abu Bakr; dia enggan selama 3 bulan untuk memberi bai’ah kepadanya, seperti yang disampaikan oleh sekumpulan sunni yang dipercayai seperti Ibn Sa`d di dalam biografi Khalid di dalam buku Tabaqat, ms 70, Vol. 4, menambah bahawa apabila Abu Bakr menghatar pesukan ke Syria, dia menyediakan panji-panji untuknya dan datang sendiri kerumahnya, tetapi `Umer berkata kepada Abu Bakr: "Adakah kamu memberi kuasa kepada Khalid setelah mendengar apa yang dia katakan?" Dia terus mencuba sehingga Abu Bakr menghantar Abu `Arwah al-Dawsi dengan berita bahawa "Pengganti Rasul Allah [sawas] meminta kamu memulangkan panji-panji kami." Dia melakukan dengan berkata: "Kerajaan [perlantikan] kamu tidak pernah menyenangkan kami, tidak juga pemecatankan kamu melukakan kami." Setelah mendengar kenyataan yang sedemikian, Abu Bakr datang kepadanya meminta maaf, dan dia bersungguh-sungguh meminta Khalid ibn Sa’id tidak menyebutkan [keburukan] ‘Umer dikhalayak ramai. Semua penulis yang menyebut insiden kempen ke Syria telah mengatakan juga insiden ini, kerana ianya adalah satu insident yang khusus.
SURAT 107
BILAKAN MEREKA MENYEBUTKAN WASIAT?
Rabi` al-Thani 19, 1330 H
Bilakan mereka menyebutkan wasiat kepada Imam, dan bilakah mereka menggunakannya di dalam hujah mereka? Saya tidak fikir bahawa mereka menyebutnya selain dari dikehadiran Umm Mukminin yang telah menafikannya, seperti yang kami terangkan dahulu, Wassalam.
Yang ikhlas,
S
SURAT 108
SARANAN [REKOMEN] SEBAGAI BUKTI
Rabi` al-Thani 22, 1330 H
Ya, sesungguhnya, mereka telah menyebutkan. Amirul Mukminin [as] telah menyebutnya ketika berkhutbah dari atas mimbar, dan terdapat di dalam surat no 104 yang menyebutkan teksnya. Sesiapa yang menyebutkan tradisi Ahli Rumah pada hari memberi peringatan telah melakukannya, telah menyebut dari ‘Ali [as]. Kami juga telah menyebutnya di dalam surat no 20. Ianya mengandongi teks yang jelas menyarankan beliau untuk kedudukan khalifa. Imam Abu Muhammad al-Hasan (as), cucu Rasul [sawas] dan ketua bagi remaja disyurga, memberikan syarahan, apabila bapanya Amirul Mukminin [as] telah dibunuh dimana beliau berkata: "Saya adalah keturunan Rasul [sawas], dan anak kepada wazirnya,” seperti yang disebutkan oleh al-Hakim pada ms 172, Vol. 3, dari buku sahihnya Mustadrak. Imam Ja`fer al-Sadiq (as), seperti pada ms 254, Vol. 3, dari Sharh Nahjul Balaghah, pada penghujung ulasan bagi syarahan qasi`a, telah berkata: "Walaupun sebelum pengkhabaran [Islam] menjadi umum, `Ali (as), ketika berada disamping Rasul Allah [sawas] selalu melihat cahaya dan mendengar suara [para Malaikat].” Dia juga menyebutkan dari baginda [sawas] sebagai berkata: "Jika saya tidak menjadi penutup segala Rasul, kamu [`Ali (as)] telah dijadikan sekutu di dalam kerasulanku, oleh kerana kamu tidak boleh menjadi rasul, kamu pastinya adalah wasi dan pewaris bagi Rasul," menurut Buraydah. Penggunaan demikian adalah lumrah diantara semua para Imam dari Ahl al-Bayt, dan ianya adalah perlu diantara mereka dan pengikutnya, dari semenjak waktu sahabat hinggalah kehari ini.
Salman al-Farisi telah dilaporkan sebagai berkata bahawa dia mendengar Rasul Allah [sawas] berkata: "Dia yang menjadi wasi saya, kepercayaan saya, yang terbaik saya tinggalkan selepas saya untuk melaksanakan wasiat dan menghapuskan hutang saya adalah `Ali ibn Abu Talib (as)." Abu Ayyüb al-Ansari telah dilaporkan menyampai tradisi yang mana dia mengatakan bahawa dia mendengar Rasul Allah [sawas] berkata kepada Fatima [sa]: "Tidakkah kamu tahu bahawa Allah awj, telah memandang kepada penduduk dunia dan memilih bapa kamu untuk RasulNya, kemudian Dia memandang kali kedua dan memilih suami kamu; kemudian Dia mengilhamkan kepada saya untuk mengahwinkan kamu kepadanya dan mengambilnya sebagai wazir saya?" Buraydah telah menceritakan tradisi yang mana dia berkata bahawa dia mendengar Rasul Allah [sawas[ berkata: "Bagi setiap Rasul ada wazir dan pewaris, dan wazir dan pewaris saya adalah `Ali ibn Abu Talib (as)," dan kedua hadith dari Abu Ayyüb dan Salman telah disebutkan diatas di dalam surat no. 68. Setiap kali Jabir ibn Yazid al-Ju`fi menceritakan tradisi dari Imam al-Baqir (as), dia akan berkata, seperti yang dinyatakan di dalam biografi Jabir dari buku al-Thahbi: Al-Mizan, "Wasi dari para wasis telah menceritakan satu tradisi kepada saya..., etc." Umm al-Khayr anak perempuan al-Harish al-Bariqi menyampaikan ucapan yang begitu lancar di Siffin menyuruh orang-orang Kufa memerangi Mu`awiyah yang mana dia berkata: "Bersegeralah semoga Allah merahmati kamu pada menyokong Imam yang adil, wasi yang beriman, dan yang paling benar," seperti yang disebutkan oleh Imam Abul-Fadl Ahmed ibn Abu Tahir al-Baghdadi pada ms 41 dari hasil kerjanya Balaghat al-Nisa' yang mengatakan puncanya dari al-Sha`bi.
Ini adalah apa yang telah disebutkan oleh orang terdahulu ketika memuji dan menyarankan di dalam syarahan dan ucapan mereka, dan jika sesiapa menyelidik biografi mereka akan mendapati mereka menggunakan gelaran ‘wasi’ kepada Amirul Mukminin [as] secara bebas seperti mereka memanggil apa sahaja dengan nama yang diberikan untuknya, sehinggakan pengarang buku Taj al-`Arüs berkata pada ms 392, Vol. 10, ketika menjelaskan pengertian "wasi": "[disebutkan] seperti ghani, wasi adalah gelaran bagi `Ali (as), semoga Allah merasa senang dengan beliau."
Mengenai dengan mengatakan tajuk dari puisi mereka, ini tidak dapat disebutkan disini kerana terlalu banyak, tetapi kami sebutkan darinya apa yang berfaedah untuk menunjukan tujuan kami. `Abdullah ibn `Abbas ibn `Abdul-Muttalib telah menerangkan beliau sebagai:
Wasi Rasul, dari Ahli Rumah yang pilihan;
Wira baginda apabila terdapat cabaran.
Al-Mughirah ibn al-Harith ibn `Abdul-Muttalib telah mengatakan ayat-ayat ini yang mana dia membangkitkan semangat penduduk Iraq untuk memerangi Mu`awiyah di Siffin:
Wasi Rasul Allah adalah ketua kamu,
Anak menantunya, pengembang kitab Allah [Mushaf Sharif].
`Abdullah ibn Abu Sufyan ibn al-Harth ibn `Abdul-Muttalib telah berkata:
Diantara kami `Ali (as), wira Khaybar, sekarang dalam kepayahan,
Juga Wira di Badr, apabila pasukan bertempiaran;
Sepupu dan juga, wasi Rasul pilihan,
Maka, dapatkah tercapai statusnya, hanya kepada dia diberikan?
Abul-Haytham ibn al-Tihan, seorang dari wira Badr, mengubah rangkap ini untuk dibacakan semasa Peperangan Unta dalam mana dia berkata:
Wasi adalah Imam kita, dan wali didalam perkataan dan tindakan,
Tidak ada rahsia lagi, apa yang tersembunyi kini telah dinyatakan.
Khuzaymah ibn Thabit, bagi dua Shahadas, wira Badr, membacakan rangkap syair yang mana dia juga telah bacakan semasa Peperangan Unta dimana dia berkata:
Wahai wasi Rasul! Telah mengetarkan musuh dalam peperangan,
Dan kabilah telah dihantar untuk memberikan pukulan.
Dia, semoga Allah merasa senang dengannya, telah juga berkata:
O `Ayesha! Tinggalkan `Ali dan nama-nama yang engkau panggilkan dia juga,
Kerana apa sahaja yang dipanggilkan kepada dia, pastinya dusta;
Dia adalah wasi dari Bani Rasul,
Semua berkata, yang menjadi saksi utama adalah kamu.
`Abdullah ibn Badil ibn Warqa' al-Khuza`i, wira diantara sahabah, yang telah syahid di Siffin bersama dengan saudaranya `Abdul-Rahman, mengatakan yang berikut pada insiden Peperangan Unta:
Wahai kaum ku! Apakah bencana dibawa syaitan,
Perangilah musuh, kini kepada wasi Rasul kita berperang.
Diantara rangkap yang diucapkan oleh Amirul Mukminin sendiri di Siffin adalah ini:
Jika Ahmed diberitahu, sesungguhnya wasinya adalah
Bersama dengan yang keji, pasti baginda merasa gundah.
Jarir ibn `Abdullah al-Bijli, seorang sahabat, menghantar rangkap syair kepada Shurhabil ibn al-Samt yang mana dia menyebut `Ali (as) dengan berkata:
Diantara semua ahli dari Bani Rasul,
Dia adalah wasi Rasul,
Wira penyelamat diri Rasul,
Manusia contoh, dalam keberanian dan kekuatan.
`Umer ibn Harithah al-Ansari, di dalam syair memuji Muhammad anak Amirul Mukminin, yang lebih dikenali sebagai Ibn al-Hanafiyya, telah berkata:
Seperti wasi, dinamakan dengan nama nabi juga,
Warna panji-panjinya adalah merah saga.
Apabila manusia memberikan bai’ah kepada `Ali (as) selepas `Uthman, `Abdul-Rahman ibn Ja`il mengatakan rangkap ini:
Saya bersumpah kamu telah bai’ah pada yang satu
Telah diketahui prihatinnya kepada agama adalah tentu,
Disokong Ilahi: mulia dan ma’sum,
`Ali, sepupu dan juga wasi Rasul pilihan,
Yang pertama mengerjakan solat,
Dianugerahi rahmat dan juga wara’.
Seorang lelaki dari kaum Azd mengatakan yang berikut semasa Peperangan Unta:
Ini adalah `Ali;
Seorang wasi Nabi
Pada hari dibangkitkan semula;
Rasul berkata kepada ummahnya semua:
"Ini adalah saudara saya!
"Dan pengganti apabila matahari saya tidak bercahaya."
Yang bijak patuh dan selalu ingati,
Yang keji lupa dan selalu engkari.
Semasa peperangan unta, seorang muda dari kaum Zabbah, yang telah dilatih dikem `Ayesha keluar dan berkata:
Kami anak-anak Zabbah, musuhnya `Ali,
Dia yang dikenali sekian lama sebagai wasi,
Wira perkasa semasa hayatnya Nabi,
Tidaklah kami buta dengan mulianya `Ali,
Kami berduka dengan kematian anak `Uthman, taqi.
Sa`id ibn Qays al-Hamadani, yang berperang dikhemah ‘Ali, berkata yang berikut pada peperangan unta:
Peperangan apakah ini yang menyemarakan api!
Mematahkan lembing setiap wira perkasa, yang berbakti,
Beritakan kepada wasi, Qahtan datang dengan semangat waja,
Panggilah mereka untuk membantu Hamadan dengan tenaga mereka,
Mereka itukan bersaudara,
Mereka adalah anak-anaknya juga.
Ziyad ibn Labid al-Ansari, seorang dari sahabat `Ali, mengubah rangkap ini semasa peperangan unta:
Bagaimana kamu lihat Ansar di dalam peperangan berjuang?
Kami adalah manusia tidak pernah takut malah bermati-matian;
Di dalam menyokong wasi, kami berani menyerang,
Ansar serius, semangat tinggi berjuang.
`Ali anak lelaki`Abdul-Muttalib kami sokong
Terhadap mereka yang mengenai beliau dusta dan bohong.
Beritakan sipendusta betapa murah jiwa mereka,
Menuaikan yang malang untuk diri selamanya.
Hajar ibn `Adi al-Kindi mengatakan pada peristiwa yang sama:
Tuhan! Selamatkan `Ali yang mana tindakannya Kamu rahmati,
Yang wara’ beriman, pemanggil kepada keEsaan ilahi.
Inilah pandangan bukan yang bodoh tidak pula yang tercela,
Dia adalah dilhamkan ilahi, petunjuk kita,
Selamatkan dia tuhan dan selamatkan panggilan Rasul juga
Melalui walinya dan juga wasi bagi setiap satu dan kita semua.
`Umer ibn Ahjiyah mengubah syair yang memuji kepada al-Hasan, diucapakan selepas yang disampaikan oleh Ibn al-Zubayr, semasa peperangan Unta dengan katanya:
Hasan yang baik, seperti bapanya didalam kebajikan dan kemuliaan,
Diantara kami, kamu telah mengambil tempat mulia, kedudukan contoh.
Kamu telah berucap, dan Allah telah mendedahkan
Pendustaan musuh terhadap bapamu telah ternyata
Rungutan seperti Ibn al-Zubayr, orang yang tidak bermalu.
Tanyakan sibinggung, dan mereka berikan namanya sudahlah tentu,
Allah telah berkenan untuk merendahkan dan memalukan dia,
Dan meninggikan anak yang pengasih, wasi, sebagai gantinya.
Kamu telah pasti pada memilih nabi kamu sendiri,
Dan kamu telah juga lantik yang terhormat wasi.
Zajr ibn Qays al-Ju`fi mengubah rangkap ini semasa peperangan unta:
Tuhan sejahterakan Ahmed, Rasul bagi Raja
Yang telah memberikan dia banyak rahmat bahgia,
Selepas Rasul Raja, khalifa kita sebagai ganti,
Orang yang layak berkuasa – wira dalam ucapan dan tindakan pekerti:
Masud saya Ali, Wasi Rasul, pembawa kepada laluan
Semua yang menolak dan tertinggal mendapat kemurkaan Tuhan.
Al-Ash`ath ibn Qays al-Kindi telah berkata:
Telah tiba utusan Imam kepada kami
Bahawa setiap Muslim didalam pasukan Ali bersegera menanti,
Dia adalah utusan bagi wasi, wasi bagi Rasul,
Pertama di dalam kemuliaan, kehormatan dan wara dari setiap beriman yang menyusul.
... dan juga:
Utusan dari Imam kami telah terima
Dari Ali yang mulia, Ali dari Hashim, kaum mulia,
Anak menantu Rasul [sawas], wazirnya juga,
Sebaik manusia diseluruh alam semesta.
Al-Nu`man ibn al-`Ajlan al-Zarqi al-Ansari mengatakan yang berikut ketika peperngan Siffin:
Oleh kerana wasi ketua kita, bagaimana terdapatnya perpecahan?
Tidak! Tidak keanehan, tidak keraguan, janganlah berlambat;
Maka, tinggalkan Mu`awiyah yang sesat dan ikutilah agama
Yang dibawa wasi, dan pujian kepada Allah Tuhan manusia dan jinn semua.
`Abdul-Rahman ibn Thu'ayb al-Aslami telah mengatakan yang berikut di dalam syair mengancam Mu`awiyah dengan tentera Iraq:
Mereka dipimpin oleh tiada yang lain dari wasi
Untuk menghapuskan kesesatan dan yang tidak pasti.[1]
`Abdullah ibn Abu Saufyan ibn al-Harith ibn `Abdul-Muttalib telah berkata:
Orang yang berkuasa selepas Muhammad adalah `Ali yang
Pada semua peristiwa mempertahankan, sokong dan berdiri.
Dia adalah wasi Rasul, tidak ada yang baru;
Dia yang utama, pertama bersolat dan memberikan bantuan.
Khuzaymah ibn Thabit, yang dua shahadas, telah berkata:
Dia adalah wasi dari semua kaumnya
Wira penyelamatnya semenjak dari mula,
Yang pertama bersolat, mendahului semua manusia
Selain wanita pilihan oleh Dia yang merahmatinya.
Zafar ibn Huthayfah al-Asdi telah berkata:
Kelilingi ‘Ali wahai manusia dan sokonglah dia,
Kerana dia adalah wasi dan muslim pertama.[2]
Abul-Aswad al-Du'ali telah berkata:
Saya amat mencintai Muhammad, dan pada saya
Yang amat berharga adalah: `Abbas, Hamzah, dan juga wasi.
Al-Nu`man ibn `Ajlan, seorang penyair dan pemuka Ansar, telah mengatakan rangkap ini di dalam syair yang ditujukan kepada Ibn al-`Ash? Yang diceritakan oleh al-Zubayr ibn Bakkar di dalam Muwaffaqiyyat. Ianya telah disampaikan oleh ulama Mu`tazilite pada ms 13, Vol. 3, dari Sharh Nahjul Balaghah, tetapi Ibn `Abd al-Birr menyebutkan syair ini, pada mengatakan biografi al-Nu`man di dalam buku Isti`ab, dengan meninggalkan nama saksi dari nya ("... dan begitulah mereka lakukan (Qur'an, 27:34)":
Kamu memperkecilkan ‘Ali, orang yang paling layak,
Walaupun jika kamu tahu, atau tidak mengetahuinya;
Kerana dia, dibantu oleh Allah, sesungguhnya Dia telah memandunya
Menegah kekejian, penindasan dan tindakan yang salah;
Sepupu dan wasi Rasul pilihan
Pembunuh wira yang sesat lagi kafir.
Al-Fadl ibn al-`Abbas telah mengatakan rangkap ini yang telah disebutkan oleh Ibn al-Athir pada penhujung perbincangannya mengenai `Uthman, pada ms 43, Vol. 3, dari kerjanya Al-Tarikh al-Kamil, mengulas bahawa `Uthman adalah "manusia yang terbaik selain dari tiga lelaki dari rumah Rasul."
Manusia terbaik dan dari setiap yang beriman
Setelah yang pilihan untuk kerasulan
Adalah wasi menurut manusia yang ingat.
Dan dia yang pertama pada mengerjakan solat
Dan sama sepertinya Rasul;
Pertama di Badr untuk memberikan pukulan maut
Kepada mereka yang melanggar perintah tuhan.
Hassan ibn Thabit telah mengatakan rangkap ini pada memuji Ali bagi pihak Ansar. Ianya telah disebutkan oleh al-Zubayr ibn Bakkar di dalam Muwaffaqiyyat, dan dirakamkan oleh Ibn Abul-Hadid pada ms 15, Vol. 2, dari hasil kerjanya Sharh Nahjul Balaghah:
Kamulah yang paling taat kepada Rasul diantara kami
Layak bagi penghargaannya; siapakah yang lebih utama
Kamulah, siapa lagi? Tidakkah kamu saudaranya
Di dalam petunjuk yang benar, dan juga wasi,
Berpengetahuan dengan al-Quran dan lainnya
Juga ahadith dari nabi yang suci?
Sebahagian penyair mengatakan rangkap ini ditujukan pada al-Hasan ibn `Ali (as), seperti disebutkan oleh Shaykh Muhammad `Ali Hashshu al-Hanafi al-Saydawi di dalam nota kaki pada muka surat 65 dari bukunya A'thar Thawat al-Siwar, apabila dia membincangkan keduanya Ghanima anak perempuan `Amir, dan Mu`awiyah, dengan mengatakan bahawa dia membacakan rangkap ini dihadapan Mu`awiyah di dalam kenyataan yang dia buat sebagai jawapan kepadanya:
Manusia yang paling mulia, anak kepada wasi,
Cucu Rasul, anak kepada Ali.
Umm Sinan anak perempuan Khayth`amah ibn Kharsha'ah al-Mathhaji telah mengatakan rangkap yang berikut dituju dan memuji kepada Ali (as); ianya telah dikatakan oleh Imam Abul-Fadl Ahmed ibn Abu Tahir al-Baghdadi apabila dia membincangkan Umm Sinan pada muka surat 67 dari Balaghat al-Nisa'. Ianya juga disebutkan dari Umm Sinan oleh Shaykh Muhammad `Ali Hashshu al-Hanafi al-Saydawi pada penghujung ms 78 dari bukunya Athar Thawat al-Siwar.
Kamu ada diantara kami, selepas Muhammad, pengganti yang dipercayai
Dia memilih kamu, dan dari kepercayaannya kamu menjadi penyelamat
Sebanyak ini puisi yang sezaman dengan Amirul Mukminin [as] yang dapat kami sebutkan dalam surat yang pendek ini. Jika kami tuliskan puisi yang digubah selepas beliau, maka kami menjadi pengarang buku yang banyak dan masih meminta maaf kerana kerja yang tidak siap. Malah untuk menyebutkan semua puisi yang sedemikian akan menjadi bosan, dan akan menyebabkan kami menyimpang dari tajuk asal. Dari itu mencukupilah dengan menyebut yang terkenal sahaja, dan biarlah kita nilai yang lain dari apa yang disebutkan disini.
Ini adalah puisi yang terkenal, al-Kumait ibn Ziyad pada memuji keturunan Hashim:
Dia adalah wasi yang menjaga singahsana ummah
Dari runtuh dan berpecah,[3]
Jelmaan yang mulia, suci dan kebaikan,
Selesaikan masalah dengan perintah dan tegas.
Wasi, wali ,[4] dan wira
Cekal, berani: bintangnya cerah,
Wasi bagi para wasi, penentuan yang bijak
Di medan petempuran kamu mendengar dalam kesakitan jeritan musuh berteriak.
Kuthayyir ibn `Abdul-Rahman ibn al-Aswad ibn `Amir al-Khuza`i, lebih dikenali sebagai Kuthayyir `Azza, telah berkata:
Wasi pilihan Rasul dan sepupu adalah; dia
No comments:
Post a Comment