Salam,
Ramai orang mengkaji dan pelbagai ragam teknik kajian. Berikut adalah cara-cara kajian yang saya pernah ketemu:
1. yang suka mencari jawapan kepada isu-isu syiah seperti berikut dari pelbagai sumber dan dia membuat penialaian selepas penelitian. org jenis ini menerima apa saja bahan termasuk video, foto, surat, audio, apa saja...
a. kenapa syiah percaya imam mereka maksum
b. kenapa syiah ber taqiyyah
c. persoalan2 fikh: kenapa mut'ah, sujud atas tanah, luruskan tangan dalam solat dsb.
d. isu-isu semasa terutama Iran sperti kenapa Amerika tak serang Iran
e. isu-isu budaya sperti kenapa ada syiah yg menyiksa badan di hari asyura
f. konsep-konsep syiah seperti ruj'ah, bada', ishmah, dsb.
2. jenis yang suka mencari tetapi dari sumber sunni sahaja, dia mencari salah sahaja... di mana ya sesatnya syiah ni... lalu diapun cari dan copy paste lah dari macam-macam blog dan dia guna itu untuk hentam syiah di blog, di facebook, di situs forum dan dalam percakapan harian.
3. jenis yang sabar dalam pengkajian, dia bertanya untuk menilai dan mendapatkan maklumat. dia mencari dali dan nas dan membuat pengesahan. dia pergi ke library menyemak kesahihan hadis, dia meletak di tepi mazhab yang dianutinya dan meletakkan sepenuhnya kebenaran atas neraca al Quran dan al Hadis. Mana yang sesuai dengan al Quran dan hadis sahih, dia terima, mana yang bercanggah ditolaknya selepas penelitian yang mendalam. dia membaca buku-buku hingga habis, selepas satu buku ada perkara-perkara yg belum jelas, maka dia zoom kepada perkara itu dan mencari jawapannya. dia juga berdebat dan berdialog, tetapi dialognya untuk mencari kebenaran bukan untuk menang. dia mahu bahaskan isu.
Jadi, dari 3 jenis ini, saya namapk yang disiplin adalah yang jenis ketiga. Golongan inilah barangkali yang difirmankan Allah :
“Sesungguhnya orang – orang yang berusaha keras untuk menemukan kebenaran niscaya kami tunjuki mereka jalan yang lurus dan sesungguhnya Allah bersama orang – orang yang berbuat kebajikan” (al Ankabut: 69)
Manakala, yang 'tidak berusaha keras' seperti berikut sukar menemukan kebenaran syiah:
1. baca buku tetapi hanya topik yg diminati
2. baca buku tetapi malas dan tak bersungguh-sungguh... sehari satu muka surat sebelum tidur
3.baca kemudian tak faham tetapi tidak bertanya kpd syiah
4. tanya kepada syiah dan tak puas hati dengan jawapan kerana tak sperti yg dia nak, dia sendiri yg tentukan jawapan kpd soalnnya
5.banyak membaca dan bertanya tetapi bertanya kepada ustaznya yang bermazhab sunni dan menerimanya tanpa penelitian lanjut.
6.tak tahu cara mengkaji, lalu tengok youtube dan bacalah komen-komen
7.suka membaca tapi baca buku-buku karangan ulama sunni mengenai syiah
8. tak mahu mengkaji sebab katanya semuamazhab sama saja, semuanya benar pokoknya menyembah Allah yang sama, hal ali bin abu talib ini cerita lama, kenapa nak dibangkitkan lagi.
9.mengkaji tapi suka mengkaji berdasarkan isu-isu, lebih malang lagi kalau mengkaji isu fikh seperti mut'ah. sepatutnya kaji isu imamah dan wilayah.
10. suka melompat-lompat dari satu isu ke satu isu lain apabila mendapati dirinya tak boleh jawab hujah syiah.
Apa yang boleh saya berbuat lagi, kalau anda memilih untuk menjadi golongan-golongan kurang usaha. semoga anda diberi petunjuk oleh Allah. wassalam.
No comments:
Post a Comment