Wednesday, July 6, 2011

Kelebihan Ahlu l-Bait A.S Dan Syi‘ah Mereka

Sahl, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin ‘Uqbah dan Abdullah bin Bakir daripada Sa‘id bin Yassar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Al-Hamdulillah, terjadinya golongan Murjiah, golongan Haruriyyah (Khawarij), Qadariyyah (Mu‘tazilah) dan kamu dinamakan al-Turabiyyah29 dan Syi‘ah Ali. Demi Allah tiada tuhan yang lain melainkan Dia Yang Satu, tiada sekutu bagi- Nya, Rasul-Nya s.a.w, keluarga Rasulullah s.a.w (ali rasulullah s.a.w) dan Syi‘ah ali Rasulullah s.a.w. Mereka sahaja yang dimaksudkan dengan manusia (al-Naas). Ali adalah orang yang paling layak dan aula selepas Rasulullah s.a.w. Beliau a.s mengulanginya sebanyak tiga kali.

No comments:

Post a Comment