Tuesday, June 28, 2011

Kitab al-Hujjah (penghujahan Imamah) oleh al-Kulaini w.328/329 H (bab 16-18)

                                                                   Bab 16
Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Mereka Yang Mempunyai Kuasa Dan Merekalah Yang Didengkikan (inna al-Aimmata a.s wullat al-Amri wa hum al-Naas al-Mahsudun)                


       (95)-1. Al-Husain bin Muhammad bin ‘Amir al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad berkata: Al-Hasan ibn Ali al-Wasya’ telah memberitahuku, daripada Ahmad bin ‘A’idh, daripada ibn Udhinah, daripada Buraid al-‘Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan uli al-Amri di antara kamu”[1]Maka beliau a.s telah membaca firman Allah “Apakah kamu tidak memperhatikan mereka yang diberi bahagian dari al-Kitab? Mereka percaya apa yang disembah selain Allah dan taghut dan mengatakan kepada mereka yang kafir bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari mereka yang beriman


       Mereka telah berkata kepada para imam yang sesat dan penyeru-penyeru kepada neraka: Mereka itu adalah lebih benar jalannya daripada keluarga Muhammad “Mereka itulah orang yang dilaknati Allah. Sesiapa yang dilaknati Allah, nescaya kamu sekali-kali tidak akan memperolehi penolong baginya. Atau adakah bagi mereka bahagian dari kerajaan-Iaitu imamah dan khilafah-Jika ada sekalipun, mereka tidak akan memberi sedikitpun (kebajikan) kepada mansia” Kamilah manusia (al-Naas) yang dimaksudkan oleh Allah. Dan naqir adalah noktah di biji kurma. “Atau adakah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang Allah berikan kepada manusia itu?” Kamilah manusia yang didengkikan di atas kurniaan imamah bukan makhluk Allah yang lain (nahnu al-Naas al-Mahsudun ‘ala ma ataa-na llahu min al-Imamati duna khalqi llahi ajma‘iin) “Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim” 


       Beliau a.s telah berkata: Dia telah menjadikan daripada mereka para rasul, para nabi dan para imam a.s, maka bagaimana mereka mengakuinya pada keluarga Ibrahim a.s sedangkan mereka mengingkarinya pada keluarga Muhammad s.a.w “Maka di antara mereka (yang dengki itu) ada yang beriman kepadanya dan di antara mereka ada yang menghalangi (manusia) dari beriman kepadanya. Dan cukuplah (bagi mereka) Jahanam yang menyala-nyala apinya. Sesungguhnya mereka yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak  akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”[2]


       (96)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah “Atau adakah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang Allah berikan kepada manusia itu?”[3] Beliau a.s telah berkata: Kamilah yang mereka dengkikan (nahnu al-Mahsudun).



       (97)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Muhammad bin Ahwal, daripada Humraan bin A‘yan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim” Maka beliau a.s telah berkata: Al-Kitab adalah Kenabian (al-Nubuwwah). Aku telah berkata: Al-Hikmah? Beliau a.s telah berkata: Kefahaman dan hukuman (adil). Aku telah berkata: “Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim”[4] Beliau a.s telah berkata: Ketaatan.



       (98)-4. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Hammad bin Uthman, daripada Abu al-Sabah berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Atau adakah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang Allah berikan kepada manusia itu?”[5] Beliau a.s telah berkata: Wahai Abu al-Sabah, kamilah, demi Allah, manusia yang di dengkikan (nahnu al-Naas al-Mahsudun).



       (99)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Umar bin Udhinah, daripada Buraid al-‘Ajali, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim” Beliau a.s telah berkata: Dia telah menjadikan daripada mereka para rasul, para nabi dan para imam a.s, maka bagaimana mereka mengakuinya pada keluarga Ibrahim a.s sedangkan mereka mengingkarinya pada keluarga Muhammad s.a.w. Aku telah berkata: “Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar”? Beliau a.s telah berkata: Kerajaan yang besar (al-Mulk al-A‘zim) bahawa Dia telah menjadikan di kalangan mereka para imam; sesiapa yang mentaati mereka, maka sesungguhnya beliau mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakai mereka, maka beliau telah menderhakai Allah, maka Dia adalah kerajaan yang besar.




                                                                         Bab 17


Sesungguhnya Para Imam A.S Merekalah Alamat-Alamat Yang Telah Disebutkan Allah A.W Di Dalam Kitab-Nya (inna al-Aimmata a.s hum al-‘Alamaat al-Lati zakara-ha lluhu a.w fi kitabi-hi)☼


       (100)-1. Al-Hasan bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Abu Daud al-Mustariqq berkata: Daud al-Jassas telah memberitahu kami berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s  berkata: “Dan alamat-alamat dan dengan bintang itulah mereka mendapat petunjuk”[6] Beliau a.s telah berkata: Bintang (al-Najm) itu adalah Rasulullah s.a.w dan alamat-alamat[7] itu adalah para imam a.s.


       (101)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’, daripada Asbat bin Salim berkata: Al-Haitham telah bertanya Abu Abdillah a.s dan aku telah berada di sisinya tentang firman Allah a.w “Dan alamat-alamat dan dengan bintang itulah mereka mendapat petunjuk”[8] Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah bintang dan alamat-alamat adalah para imam a.s.


       (102)-3. Al-Hasan bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasya’ berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w “Dan alamat-alamat dan dengan bintang itulah mereka mendapat petunjuk”[9] Beliau a.s telah berkata: Kamilah alamat-alamat itu dan bintang itu adalah Rasulullah s.a.w.


                                       
                                                                                 Bab 18
 Sesungguhnya Ayat-Ayat (Tanda-Tanda) Yang Disebut Oleh Allah  A.W Di Dalam Kitab-Nya Adalah Para Imam A.S (inna al-Ayat al-Lati dhakara-ha llahu a.w fi kitabi-hi hum al-Aimmatu a.s)


       (103)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mua‘lla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Umayyah bin Ali, daripada Daud al- Raqiy berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.s “Tidaklah bermanfaat tanda-tanda (ayat-ayat) dan para rasul yang memberi peringatan (al-Nuzur) bagi mereka yang tidak beriman”[10] Beliau a.s telah berkata: Al-Ayat adalah para imam dan al-Nuzur adalah para nabi a.s.


       (104)-2. Ahmad bin Mihran, daripada ‘Abd al-‘Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Musa bin Muhammad al-‘Ajali, daripada Yunus bin Ya‘qub secara marfu‘, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Mereka telah mendustakan ayat-ayat kami kesemuanya”[11]Iaitu para wasi kesemuanya.


       (105)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ahmad, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair atau selain daripadanya, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya Syiah bertanya anda tentang tafsir ayat ini “Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?”[12] Beliau a.s telah berkata: Itu terserah kepadaku, jika aku mahu, aku  memberitahukan mereka dan jika aku tidak mahu, aku tidak  memberitahukan mereka, tetapi aku akan memberitahukannya kepada anda tentang tafsirnya. Aku telah berkata: “Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?”[13] Beliau a.s telah berkata: Ayat itu adalah tentang Amir al-Mukminin a.s. Amir al-Mukmin a.s pernah berkata: Tidak ada bagi Allah a. w ayat yang lebih besar daripadaku dan tidak ada bagi Allah berita yang lebih besar daripadaku (ma li-llah ayat hiya akbar min-ni wa la li-llah min naba’in a‘zamu min-ni)
                                     
                                                             
 [1] Surah al-Nisaa’ (4): 59


[2] Surah al-Nisaa’ (4): 51-56


[3] Surah al-Nisaa’ (4): 54


[4] Ibid


[5] Ibid


[6] Surah al-Nahl (16): 16


[7] Tanda-tanda


[8] Surah al-Nahl (16): 16


[9] Ibid


[10] Surah Yunus (10): 101


[11] Surah al-Qamar (54): 42


[12] Surah al-Naba’ (76):1


[13] Surah al-Naba’ (76):1

No comments:

Post a Comment