Ahmad bin al-Hasan berkata: Abd al-‘Azim bin Abdullah telah memberitahu kami berkata: Harun al-Rasyid telah berkata kepada Ja‘far bin Yahya al-Barmaki: Sesungguhnya aku ingin mendengar percakapan para mutakallimin tanpa pengetahuan mereka tentang kehadiran aku. Mereka boleh berhujah tentang apa yang mereka mahu. Ja‘far telah memerintahkan para mutakallimin. Lalu mereka menghadiri majlis di rumahnya. Harun berada di dalam majlis tersebut, mendengar percakapan mereka di balik tabir. Para mutakallimin dan pengerusi majlis serta ahlinya berkumpul menunggu Hisyam bin al-Hakam yang belum datang. Kemudian Hisyam pun datang memakai baju sampai ke lutut dan seluar panjang ke separuh betis. Beliau memberi salam kepada semua secara umum tanpa sesuatu yang khusus kepada Ja‘far.
Seorang lelaki daripada mereka berkata: Kenapa anda mengutamakan Ali ke atas Abu Bakr sedangkan Allah berfirman dalam Surah al-Taubat (9):40 “Sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada di dalam gua di waktu dia berkata kepada temannya:Janganlah kamu berdukacita (la tahzan) kerana Allah berserta kita”? Hisyam berkata: Beritahu aku tentang dukacitanya Abu Bakr (huznu-hu) pada waktu itu, adakah Abu Bakr telah meredai Allah atau pun tidak? Lelaki yang bertanya tadi terdiam.
Hisyam berkata: Jika anda menyangka bahawa Abu Bakr telah meredai Allah di waktu itu, kenapakah Rasulullah s.a.w telah melarangnya. Baginda s.a.w. berkata kepada Abu Bakr: “Janganlah kamu berdukacita (la tahzan)”. Dalam hal ini, adakah baginda a.s telah melarang Abu Bakr dari mentaati Allah dan meredai-Nya? Jika anda menyangka bahawa Abu Bakr tidak meredai Allah, kenapa anda bermegah dengan sesuatu yang Allah tidak meredainya? Sesungguhnya anda telah mengetahui apa yang telah difirmankan Allah s.w.t ketika Dia berfirman dalam Surah al-Fath(48) : 26 “Lalu Allah menurunkan ketenangan (sakinata-hu) kepada rasul-Nya dan kepada mereka mukmin”.
Kamu dan kami serta umum telah berkata: Syurga telah merindu kepada empat orang: Ali bin Abu Talib a.s, al-Miqdad bin al-Aswad, Ammar bin Yasir dan Abu Dhar al-Ghifari. Aku berpendapat sahabat kami (Ali a.s) telah termasuk berserta mereka itu di dalam kelebihan (fadhilah) sedangkan sahabat kamu (Abu Bakr) tidak termasuk di dalam hadis tersebut. Justeru kami telah melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu dalam kelebihan ini.
Kamu dan kami serta umum telah berkata: Mereka yang cekal di dalam Islam adalah empat orang: Ali bin Abu Talib a.s, al-Zubair bin al- ‘Awwam, Abu Dujanah al-Ansari dan Salman al-Farisi. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk berserta mereka itu di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat anda tidak termasuk. Justeru kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu dengan kelebihan ini.
Kamu dan kami serta umum telah berkata: Para pembaca (al-Qurra’) adalah empat orang: Ali bin Abu Talib, Abdullah bin Mas‘ud, Ubai bin Ka‘ab dan Zaid bin Thabit. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk berserta mereka itu di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat anda tidak termasuk di dalamnya. Justeru kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu di dalam kelebihan ini.
Kamu dan kami serta umum telah berkata: Sesungguhnya mereka yang disucikan daripada langit adalah empat orang: Ali bin Abu Talib a.s, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain a.s. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat kamu tidak termasuk di dalamnya. Justeru kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu dengan kelebihan ini.
Kamu dan kami serta umum telah berkata: Sesungguhnya mereka yang baik adalah empat orang: Ali bin Abu Talib a.s, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain a.s. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk berserta mereka di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat kamu tidak termasuk di dalamnya. Justeru kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu di dalam kelebihan ini.
Kamu dan kami serta umum telah berkata: Sesungguhnya para syuhada’ adalah empat orang: Ali bin Abu Talib, Ja‘far, Hamzah bin Abu Talib dan Ubaidah bin al-Harith bin Abd al-Muttalib. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk berserta mereka di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat kamu tidak termasuk di dalamnya. Justeru kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu di dalam kelebihan ini.
Abd al-‘Azim berkata: Harun telah menggerakkan tabir. Ja‘far memerintahkan orang ramai supaya keluar, lantas mereka keluar di dalam keadaan ketakutan. Harun telah keluar daripada majlis seraya berkata: Siapakah lelaki ini, demi Tuhan! Aku telah berniat membunuhnya dan membakarnya dengan api[1].
[1] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iv, 160
No comments:
Post a Comment