Monday, July 18, 2011

DIALOG : ABU HURAIRAH TAK BOLEH DIPERCAYAI

(DIKUTIP DARI PESHAWAR NIGHTS)

HADITH PADA MEMUJI ABU BAKR.
Sheikh: Ada hadith yang sahih disampaikan oleh Umar bin Ibrahim bin Khalid, yang menyampaikan dari Isa bin Ali bin Abdullah bin Abbas, dan dia dari bapanya, dan dia dari datuknya, Abbas, bahawa Rasul Islam mengatakan kepada orang itu, '‘Wahai bapa saudara! Allah telah menjadikan Abu Bakr khalifa kepada agama ini. Maka dengarkanlah dia dan patuhlah kepadanya supaya kamu akan selamat.’

Shirazi: Itu adalah hadith yang ditolak.

Sheikh: Bagaimana ianya ditolak?

Shirazi: Ulama kamu yang terkenal telah menolaknya. Kerana penyampai kepada hadith ini adalah terkenal dengan dusta dan pemalsuannya, ulama kamu tidak menganggapnya sebagai bernilai untuk diterima. Dhahabi di dalam ‘Mizanul-Itidal’, telah menulis mengenai Ibrahim bin Khalid, dan Khatib Baghdadi, telah menulis mengenai Umar bin Ibrahim sebagai berkata: ‘Dia adalah penipu besar.’ Hadith yang ditulis oleh seorang pendusta tidak boleh diterima.

Sheikh: Telah dinyatakan dari punca yang boleh dipercayai bahawa seorang sahabat Rasul yang wara’, Abu Huraira menyebutkan bahawa Jibril muncul dihadapan Rasul dan berkata: ‘Allah kirimkan salamNya kepada kamu. Dia berkata: ‘saya ridha dengan Abu Bakr, tanyakan kepadanya adakah dia ridha kepada Ku atau tidak.’

Shirazi: Kita hendaklah berhati-hati pada menyampaikan hadith. Saya mengambil perhatian kamu kepada satu hadith yang mana ulama kamu Ibn Hajar [di dalam ‘Isaba’] dan Ibn Abdul-Bar [di dalam ‘Istiab’] menyebutkan dari Abu Huraira bahawa Rasul berkata: ‘Terdapat ramai yang telah menyebutkan sesuatu dari saya dengan yang salah, dan sesiapa yang mewakili saya dengan yang salah adalah tempat kediamannya didalam neraka. Apabila suatu hadith yang disampaikan kepada kamu bagi pihak diri saya, kamu hendaklah meletakkannya pada al-Quran.’

Hadith lain yang dipersetujui oleh kedua golongan, disampaikan oleh Imam Fakhrud-Din Razi di dalam ‘Tafsir Kabir’, jilid II, ms 271, menyebutkan sebagai Rasul telah berkata: ‘Apabila suatu hadith dari saya disampaikan kepada kamu, letakkannya pada kitab Allah, jika ianya bersependapat dengan al-Quran, terimalah. Jika tidak tolaklah.’ Buku dari ulama kamu yang terkenal telah menyatakan bahawa satu dari hadith yang telah dipalsukan dengan nama rasul adalah dari orang yang ditolak ini, Abu Huraira, yang mana kamu panggil sebagai wara’.

Sheikh: Saya tidak sangka orang yang seperti kamu sanggup membuat kenyataan yang menghinakan mengenai sahabat Rasul.

Shirazi: Kamu ingin saya merasakan takjub pada perkataan ‘sahabi’, tetapi kamu telah tersalah jika kamu fikir perkataan ‘sahabi’ perlu dihormati. Benar persahabatan dengan Rasul mendapatkan satu kemuliaan, tetapi ini berasaskan kepada syarat bahawa sahabat itu patuh kepada Rasul. Jika dia bertindak bertentangan dengan arahan Rasul, maka pastinya dia ditolak. Tidakkah para munafikin adalah sahabat Rasul? Ya, dan mereka dikutuk.

Sheikh: Tidak ada bukti yang mereka ditolak. Jika mereka ditolak, apakah bukti yang mereka akan masuk ke neraka? Adakah setiap orang yang ditolak atau dikutuk akan masuk neraka? Orang yang dikutuk adalah mereka, menurut perundangan khas dari al-Quran, atau kata-kata Rasul, orang yang sebegitu [masuk neraka].

KAREKTER ABU HURAIRA DAN KUTUKAN KEPADANYA.
Shirazi: Terdapat asas yang jelas untuk menunjukkan bahawa Abu Huraira adalah seorang yang tidak boleh dipercayai. Ulama kamu telah mengesahkan fakta tersebut. Satu dari sebab mengapa dia dikutuk adalah, menurut dari kata-kata rasul, dia adalah sekutu kepada anak yang terkutuk dari yang terkutuk Abu Sufyan. Abu Huraira adalah seorang hipokrit [munafik]. Pada beberapa peristiwa diSiffin dia bersolat dibelakang Amirul Mukminin, Ali. Pada masa yang lain di duduk dimeja makan Muawiya dengan makanan yang lazat. Sebagaimana yang disampaikan oleh Zamakhshari di dalam ‘Rabiul-Abrar’ dan Ibn Abil-Hadid di dalam ulasan pada Nahjul-balagha, apabila Abu Huraira ditanyakan sebab polisi bermuka dua ini; dia berkata: ‘Makanan Muawiya sangat sedap dan lazat, dan solat dibelakang Ali adalah lebih utama.’ Ulama kamu seperti Sheikhul-Islam Hamwaini di dalam ‘Faraid’ Bab 37, Khawarizmi di dalam ‘Manaqib’, Tibrani di dalam ‘Ausar’, Ghanji shafii di dalam ‘Kifayatut-Talib’ dan ramai yang lain, menyebut dari orang yang sama Abu Huraira dan lainnya bahawa Rasul berkata: ‘Ali bersama kebenaran, dan kebenaran bersama Ali.’ Apabila dia meninggalkan Ali dan bersama dengan Muawiya, tidakkah dia perlu dikutuk? Jika sesaorang bukan saja mendiamkan diri diatas perbuatan kejam Muawiya tetapi sebenarnya membantu dan menolong kepadanya pada mencapai kedudukannya didunia dan untuk memenuhi perutnya, tidakkah dia perlu dikutuk?

Abu Huraira yang sama telah menyampaikan sendiri [sebagaimana telah dirakamkan oleh ulama kamu seperti Hakim Nishapuri di dalam ‘Mustadrak’, jilid II, ms 124, Imam Ahmad bin Hanbal, Tibrani dan lainnya] bahawa Rasul telah berkata: ‘Ali bersama al-Quran dan al-Quran bersama Ali. Keduanya tidak akan berpisah sehingga mereka menemui ku di pancutan Kauthar. Ali adalah dari aku dan aku dari Ali. Sesiapa yang menghina [mencarut] Ali, menghina aku, sesiapa menghina aku menghina Allah.’ Muawiya di dalam khutbahnya disolat jumaat, mengutuk Ali, Hasan dan Husain. Dia mengarahkan di dalam semua jamaah, manusia yang suci ini hendaklah dikutuk. Maka jika sesaorang pada ketika itu bersatu dengan manusia yang terkutuk ini dan merasa senang dengan tindakkan mereka, tidakkah dia juga perlu dikutuk? Dan sedang dia bersekutu dengan manusia seperti ini, jika dia membantu mereka di dalam memalsukan hadith dan memaksa manusia untuk menyebutkan kutukan terhadap manusia suci ini, tidakkah dia juga perlu pada kutukkan?

Sheikh: Adakah wajar pada kami untuk menerima penghinaan ini, bahawa sahabat Rasul yang ikhlas telah memalsukan hadith, membuat manusia mengutuk Ali?

Shirazi: Sudah tentu susah hendak dipercayai bahawa sahabat yang ikhlas sanggup melakukan perkara yang sedemikian. Jika ada mana-mana sahabat yang telah melakukan yang sedemikian, ini bererti bahawa dia tidak ikhlas. Terdapat banyak hadith yang disampaikan oleh ulama kamu yang mengatakan bahawa Rasul berkata: ‘Sesiapa yang menghina [memaki] Ali, menghina aku dan Allah.’

Sheikh: Untuk berkata jujur, apabila kamu menghina para sahabat Rasul, dengan mengatakan bahawa mereka memalsukan hadith, bagaimana kami boleh mengharapkan bahawa kamu tidak akan mengaitkan motif yang jahat kepada ulama sunni yang ulung? Kamu shia mempunyai kecekapan pada menghina orang-orang yang ternama.



BAHAGIAN DUA
KEREKTER ABU HURAIRA DAN HADITH MENYERUKAN KUTUKAN TERHADAPNYA.
Ibn Abil-Hadid Mutazali di dalam ulasannya pada Nahjul-Balagha, jilid I, ms 358, dan di dalam Jilid IV, disampaikan dari gurunya, Imam Abu Jafar Asqalani, bahawa Muawiya bin Abu Sufyan mengumpulkan sekumpulan para sahabat Rasul dan anak-anak mereka bagi tujuan memalsukan hadith. Diantara mereka yang menyumbangkan hadith kotor terhadap Ali adalah Abu Huraira, Amir bin As dan Mughira Ibn Shaba. Dengan memberikan secara mendalam cerita ini, Ibn Abil-Hadid menyampaikan bahawa Abu Huraira pada suatu ketika masuk ke Masjid Kufa dan melihat kumpulan manusia ramai yang datang untuk menyambut Muawiya. Dia melaung kepada kumpulan manusia ini: ‘Wahai penduduk Iraq. Adakah kamu fikir aku akan berdusta di dalam menentang Allah dan Rasulnya dan membeli api neraka untuk diri saya? Dengarkanlah dari saya, apa yang saya dengar dari Rasul. ‘Setiap rasul mempunyai ‘Haram’ [tempat tinggal yang suci] dan Haram saya adalah Madina. Sesiapa yang bertanggung jawab di dalam membuat bidaa’ di Madina adalah dikutuk oleh Allah, MalaikatNya dan juga oleh makhluk.’ Saya bersumpah dengan Allah bahawa Ali bertanggung jawab pada melakukan bidaa’.’ [Iaitu Ali menanamkan perasaan permusuhan diantara manusia dan makanya, menurut dari Rasul, hendaklah dikutuk] Apabila Muawiya mengetahui mengenainya [yang Abu Huraira melakukan sesuatu untuknya, dan telah melakukannya di ibu negeri Ali, Kufa], dia menjemputnya, dan memberikan ganjaran kepadanya dan menjadikan dia gebenor Madina. Tidakkah perbuatannya ini cukup untuk membuktikan bahawa dia layak pada kutukan? Adakah wajar bagi sesaorang pada menghina khalifa yang termulia, perlu dianggap sebagai wara’, hanya disebabkan bahawa dia pernah menjadi sahabat Rasul?

Sheikh: Atas dasar apa shia menganggap dia sebagai terkutuk?

Shirazi: Terdapat banyak hujah pada menyokong pandangan kami. Satu daripadanya adalah sesiapa yang menghina Rasul, menurut dari kedua golongan, terkutuk. Dari hadith yang saya nyatakan terdahulu, Rasul berkata: ‘Sesiapa menghina Ali, menghina aku; sesiapa menghina aku, menghina Allah.’ Adalah nyata bahawa Abu Huraira adalah orangnya yang bukan sahaja menghina Ali Ibn Abi Talib, tetapi memalsukan hadith untuk meracuni manusia lain pada menghina beliau.

ABU HURAIRA BERSUBAHAT DENGAN BUSR IBN ARTAT DI DALAM PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI TERHADAP MUSLIM.
Kami juga mengutuk Abu Huraira kerana bersubahat dengan Busr Ibn Artat di dalam pembunuhan ribuan Muslim. Ianya telah disampaikan oleh ahli sejarah kamu, termasuk Tabari, Ibn Athir, Ibn Abil-Hadid, Allama Samhudi, Ibn Khaldun, Ibn Khallikan, dan lainnya bahawa Muawiya Ibn Abi Sufyan telah menghantar Busr Ibn Artat yang kejam bersama dengan 4 000 tentera Syria ke Yaman melalui Madina untuk menghancurkan penduduk Yaman dan shia Ali. Si pembunuh yang kejam itu telah membunuh ribuan Muslim di Madina, Makah, Tabala [kota Tahima], Najran, Safa dan kawasan sekelilingnya. Mereka tidak melepaskan kanak-kanak dan juga orang tua dari Bani Hashim atau shia, Ali. Malah mereka membunuh dua budak kecil dari sepupu Rasul, Ubaidullah bin Abbas Gabenor Yaman yang telah dilantik oleh Ali. Telah dikatakan lebih dari 30 000 telah dibunuh dengan perintah si zalim ini. Bani Umayyad telah melakukan kezaliman yang gila ini. Abu Huraira yang kamu kasihi menyaksikan pembunuhan ini, bukan saja dia berdiam diri malah secara aktif menyokongnya. Manusia yang tidak berdosa, seperti Jabir bin Abdullah Ansari, dan Abu Ayyub Ansari telah meminta perlindungan. Bahkan rumah Abu Ayyub Ansari, seorang sahabat Rasul yang utama, telah dibakar. Apabila tentera ini menuju arah Makah, Abu Huraira tinggal di Madina. Sekarang saya meminta kamu untuk menerangkan kepada kami, dengan nama Allah, sama ada manusia yang hina ini yang berada bersama Rasul selama tiga tahun, dan telah menyampaikan lebih dari 5 000 hadith dari Rasul, tidak pernah mendengar hadith yang terkenal mengenai Madina. Para ulama dari kedua golongan [seperti Allama Samhudi di dalam ‘Tarikhul-Madina’; Ahmad bin Hanbal di dalam ‘Musnad’; Sibt Ibn Jauzi di dalam ‘Tadhkira’; ms 163] telah menyebut dari Rasul, yang berkata berulang kali: ‘Sesiapa yang mengancam penduduk Madina dengan penindasan akan diancam oleh Allah dan akan dikutuk oleh Allah, oleh MalaikatNya, dan oleh makhluk. Allah tidak akan menerima apa-apa darinya. Semoga dikutuk orang yang mengancam penduduk Madina. Jika sesiapa yang mencederakan penduduk Madina, Allah akan meleburkannya seperti timah di dalam api.’ Maka mengapa Abu Huraira bersekutu dengan tentera yang menghancurkan Madina? Mengapa dia memalsukan hadith di dalam penentangan terhadap pengganti Rasul yang sebenar? Dan kenapa dia meracuni fikiran manusia pada menghina orang yang Rasul telah katakan: ‘Menghina dia adalah menghina saya?’ Fikirkanlah sama ada orang yang memalsukan hadith dengan menggunakan nama Rasul tidak layak dikutuk.

Sheikh: Adalah tidak wajar bagi kamu untuk mengatakan sahabat Rasul yang paling dipercayai sebagai tidak beragama dan pemalsu.

KUTUKAN TERHADAP ABU HURAIRA DAN UMAR MEMUKULNYA.
Shirazi: Bukan saya saja yang tidak mempunyai perasaan belas terhadap Abu Huraira. Manusia pertama yang tidak mempunyai perasaan belas terhadapnya adalah khalifa kedua, Umar bin Khattab. Ibn Athir dan Ibn Abil-Hadid di dalam ‘Sharhe-Nahjul-Balagha’, jilid III, ms 104 [percetakan Mesir] dan beberapa yang lain telah menyatakan bahawa setelah khalifa Umar melantik Abu Huraira Gabenor Bahrain pada 21 Hijrah, manusia telah memberitahu khalifa bahawa Abu Huraira telah mengumpulkan harta yang banyak dan telah membeli kuda yang banyak. Maka Umar telah melucutkannya pada 23 Hijrah. Sebaik saja Abu Huraira masuk, khalifa berkata: ‘Wahai musuh Allah dan musuh KitabNya! Adakah kamu mencuri harta Allah?’ Dia menjawab: ‘Saya tidak pernah mencuri, tetapi manusia telah memberi kepada ku hadiah.’ Ibn Saad di dalam ‘Tabaqat’ jilid IV, ms 90, Ibn Hajar Asqalani di dalam ‘Isaba’; dan Ibn Abd-e-Rabbih di dalam ‘Iqdul-Farid’, jilid I, menulis bahawa khalifa berkata: ‘Apabila aku melantik kamu menjadi Gabenor Bahrain, kamu tidak punya kasut pada kaki kamu, tetapi sekarang saya dengar bahawa kamu telah membeli kuda dengan 1 600 dinar. Bagaimana kamu dapat harta ini? Dia menjawab, ‘Ini adalah hadiah manusia, yang keuntungannya berlipat ganda.’ Muka khalifa menjadi merah dengan kemarahan, dan dia memukul Abu Huraira dengan kuat sehingga belakangnya berdarah. Kemudian khalifa memerintahkan 10 000 dinar yang Abu Huraira telah kumpulkan di Bahrain diambil dan dimasukkan kedalam akuan Baitul-Mal.
 
Ini bukanlah kali pertama Umar memukul Abu Huraira. Muslim menulis di dalam ‘Sahih’ nya, jilid I, ms 34, bahawa semasa hayat Rasul, Umar bin Khattab memukul Abu Huraira dengan kuatnya sehingga dia jatuh ketanah. Ibn Abil-Hadid menulis di dalam ulasannya pada ‘Nahjul-Balagha’, jilid I, ms 360, Abu Jafar Asqalani telah berkata: ‘Menurut dari orang ternama kita, Abu Huraira adalah seorang yang jahat. Hadith yang disampaikannya tidak boleh diterima. Umar memukulnya dengan cabuk dan mengatakan bahawa dia telah menukarkan hadith dan telah menyatakan kata-kata yang palsu dari Rasul.’ 
 
Ibn Asakir di dalam ‘Tarikh Kabir’; dan Muttaqi di dalam ‘Kanzul-Umma’; menyatakan khalifa Umar memukul dan memerahinya, dan menegah dia dari menyebutkan hadith dari Rasul. Umar berkata: ‘Kerana kamu menyampaikan hadith Rasul dengan jumlah yang banyak, kamu hanya layak menyampaikan yang dusta sahaja dari baginda [iaitu, orang yang jahat seperti kamu hanya diharapkan untuk menyampaikan perkara yang dusta mengenai Rasul] Maka kamu hendaklah berhenti dari menyebutkan hadith dari Rasul; jika tidak saya akan menghantar kamu ke tanah Dus.’ [Satu kaum di Yaman, golongan Abu Huraira] 
 
Ibn Abil-Hadid di dalam ulasannya pada ‘Nahjul-Balagha’, jilid I, ms 360 [percetakan Mesir] menyatakan dari gurunya, Imam Abu Jafar Asqalani, bahawa Ali berkata: ‘Berhati-hati terhadap pendusta terbesar diantara manusia, Abu Huraira Dusi.’
Ibn Qutayba di dalam ‘Tawil-e-Mukhtaliful-Hadith’ dan Hakim di dalam ‘Mustadrak’ jilid III, dan Dhahabi di dalam Talkhisul-Mustadrak’ dan Muslim di dalam ‘Sahih’ nya, jilid II, menyampaikan mengenai kerekter Abu Huraira, semua mengatakan bahawa Aisha berulang kali bertentangan dengannya dan berkata: ‘Ahu Huraira adalah pembohong besar yang memalsukan hadith dan mengatakannya dari Rasul.’
 
Ringkasnya, bukanlah kami saja yang menolak Abu Huraira. Menurut dari khalifa Umar, Amirul Mukminin, Ali, Ummul-Mukminin Aisha, dan para sahabat yang lain dan pengikut Rasul semuanya berkata bahawa dia tidak boleh dipercayai. Menurut, Sheikh-sheikh Mutazili dan para Imam mereka dan ulama Hanafi secara amnya menolak hadith yang disampaikan oleh Abu Huraira. Lebih-lebih lagi di dalam ulasannya pada Sahih Muslim, jilid IV, Nadwi menekankan maksud ini: ‘Imam Abu Hanifa berkata: ‘Para sahabat Rasul secara umumnya adalah wara’ dan adil. Saya menerima setiap hadith dengan keterangan yang disampaikan oleh mereka, tetapi saya tidak menerima hadith yang puncanya adalah dari Abu Huraira, Anas bin Malik atau Samra bin Jundab.’
 
Kami menolak Abu Huraira yang sama, yang mana khalifa Umar telah sebat dan memanggilnya pencuri dan penipu. Dia telah ditolak oleh Ummul-Mukminin Aisha, Imam Abu Hanifa dan oleh ramai para sahabat dan pengikut Rasul. Kami menolak Abu Huraira yang sama yang telah ditolak dan digelar pendusta oleh pemimpin kami dan ketua bagi agama yang Esa, Ali, dan oleh Imam-imam yang suci dan juga keturunan Rasul. Kami menolak Abu Huraira yang menyembah perutnya, walau pun dia mengetahui keutamaan Ali, telah mengabaikan beliau. Dia telah memilih pelindungnya, Muawiya terkutuk, duduk dimejanya untuk memuaskan nafsunya dengan makan yang lazat, dan memalsukan hadith di dalam menentang Ali. Di dalam perbincangan kita setakat ini, kamu dan saya hendaklah memerhatikan bahawa apabila hadith dari Rasul yang dipertimbangan; kita hendaklah pada mulanya merujuk pada al-Quran. Jika hadith itu bersetuju dengan al-Quran, jika hendaklah menerimanya, jika tidak, tolak.


1 comment:

  1. syi@h ajaran dusta tak bersanad... Celaan kalian terhadap sahabat adalah kekufuran.. kalian anggap ahlu sunnah lebih hina dari anjing sungguh ajaran kalian adalah ajaran dusta.... terlaknatlah orang2 mengadakan kedustaan dalam agama smoga ALLAH membinasakan

    ReplyDelete