470. Muhammad bin Ahmad, daripada Abdullah bin al-Salt, daripada Yunus daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya bagi Allah malaikat yang meluruhkan dosa-dosa daripada belakang-belakang Syi‘ah kami sebagaimana angin meluruhkan daun daripada pokok pada masa luruhnya sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Syuura (42):5 “Malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhan-Nya dan memohnkan ampun bagi golongan yang ada di bumu”, beliau a.s berkata: Demi Allah, Dia tidak maksudkan dengan ayat ini selain daripada kamu.
No comments:
Post a Comment