Tuesday, July 5, 2011

Hadis Tentang Saqifah Bani Sa‘idah



       Abu Muhammad daripada ‘Umru bin Abu al-Miqdam daripada bapanya daripada datuknya berkata: Tiada hari yang lebih besar  dialami oleh Ali a.s daripada dua hari, pertama adalah hari kematian Rasulullah s.a.w . Kedua adalah hari Saqifah Bani Sa‘idah, demi Allah, aku sedang duduk di Saqifah Bani Sa‘idah  di kanan Abu Bakr dan orang ramai sedang memberi baiah kepadanya apabila ‘Umar berkata kepada Abu Bakr: Kenapa anda tidak berbuat sesuatu kepada Ali yang belum memberi baiah kepada anda, utus kepadanya sehingga beliau datang kepada anda untuk memberi baiah?
       Beliau berkata: Beliau telah mengutus Qunfudh, dan berkata kepada Ali a.s: Sahutlah seruan khalifah Rasulullah s.a.w? Ali a.s berkata: Alangkah cepatnya anda telah berbohong ke atas Rasulullah s.a.w sedangkan Rasulullah s.a.w tidak melantik seorang pun penggantinya selain daripada aku, Qunfudh kembali dan memberitahu Abu Bakr tentang kata-kata Ali a.s, Abu Bakr berkata: Pergi kepadanya dan katakan kepadanya: Abu Bakr menyeru anda dan datanglah kepadanya sehingga  anda memberi baiah, kerana anda seorang lelaki di kalangan muslimin, Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah memerintahkan  aku  supaya aku tidak keluar sehingga aku menyusun  al-kitab (al-Qur’an), kerana ia masih berada di pelepah kurma dan di kulit unta.
       Qunfudh kembali lagi kepada Abu Bakr dan memberitahunya tentang kata-kata Ali a.s, lantas ‘Umar berkata kepada Abu Bakr:Berdiri lah anda kepada lelaki itu, maka Abu Bakr, Umar, Uthman, Khalid bin al-Walid, al-Mughirah bin Syu‘bah, Abu ‘Ubaidah, Salim hamba Abu Hudhaifah, dan aku telah berdiri bersama-sama mereka, Fatimah a.s telah menyangka bahawa tiada seorang pun akan memasuki rumahnya melainkan dengan izinnya, maka beliau telah menutup pintunya. Manakala mereka sampai di pintunya, maka ‘Umar telah menendangnya dengan kakinya dan memecahkannya-Ia diperbuat dari pelepah kurma-lalu mereka memasukinya dan mengeluarkan Ali a.s di dalam keadaan terikat.
       Fatimah a.s keluar dan berkata: Wahai Abu Bakr dan ‘Umar! Kamu berdua mahu menjadikan aku ibu tunggal daripada suami aku, demi Tuhan, sekiranya kamu berdua tidak berhenti dari melakukannya terhadapnya, nescaya aku akan menguraikan rambut aku, aku akan mengoyakkan poket baju aku, dan aku akan mendatangi kubur bapa kudan aku akan mengadu kepada Tuhanku, maka beliau pun keluar dan memegang tangan al-Hasan dan al-Husain menuju ke arah kubur Rasulullah s.a.w. Ali a.s berkata kepada Salman: Wahai Salman, dapatkan anak perempuan Muhammad, kerana aku sedang melihat dua kawasan Madinah sedang bergerak, demi Tuhan,jika beliau melakukan apa yang dikatakannya, nescaya Madinah dan penduduknya akan ditelan bumi, beliau berkata: Salman dapat memintasnya dan berkata: Wahai anak perempuan Muhammad,sesungguhnya Allah s.w.t telah mengutus bapa anda sebagai rahmat,maka kembalilah, Fatimah a.s berkata: Wahai Salman, aku tidak sabar lagi, lantaran itu, tinggallah aku sehingga aku mendatangi kubur bapa aku,maka aku dapat mengadu kepada Tuhanku, Salman berkata: Sesungguhnya Ali a.s telah mengutus aku kepada anda supaya pulang, beliau berkata: Aku mentaatinya, maka beliau pulang, mereka telah mengeluarkan Ali dari rumahnya  di dalam keadaan terikat.
       Beliau berkata: Al-Zubair datang di dalam keadaan pedang terhunus seraya berkata: Wahai Bani Abd al-Muttalib! Adakah dilakukan sebegini kepada Ali sedangkan kamu masih hidup? Kemudian beliau telah menerkam kepada  ‘Umar untuk memukulnya dengan pedangnya, lantas Khalid bin al-Walid melontar batu ke tangannya, dan ia mengenainya, lalu terjatuh pedang di tangannya. Lantas ‘Umar mengambil pedangnya dan memukulnya ke atas batu, lalu ia pecah.
       Ali a.s telah melalui  di atas kubur Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai anak lelaki  ibu aku, sesungguhnya kaum telah menindas aku dan mereka hampir membunuh aku”. Kemudian Ali a.s dibawa ke Saqifah untuk majlis Abu Bakr, kemudian ‘Umar berkata kepadanya: Baiahlah anda kepada Abu Bakr, maka Ali a.s berkata: Jika aku tidak melakukannya? ‘Umar berkata: Demi Tuhan, kami akan memukul tengkuk anda, Ali a.s berkata: Jika begitu, aku akan menjadi hamba Allah dan saudara Rasulullah s.a.w yang terbunuh? Umar berkata: Adapun hamba Allah yang terbunuh, maka jawapannya: Ya, dan adapun saudara Rasulullah s.a.w yang terbunuh, maka jawapannya: Tidak.-Beliau telah berkata sebanyak tiga kali, ‘Abbas berkata: Berlembutlah kamu semua terhadap anak saudara aku, maka baiahnya kepada anda adalah terletak di atas aku.
       Kemudian Abbas telah mengambil tangan Ali a.s dan  menyapukannya di atas tangan Abu Bakr, dan mereka telah membiarkan Ali a.s di dalam  keadaan marah, lalu beliau mengangkat kepalanya ke langit, kemudian berkata: Wahai Tuhanku, Engkau mengetahui sesungguhnya Nabi Ummiyyi telah bersabda kepada aku: Jika mereka genap dua puluh, maka perangilah mereka iaitu firman Engkau di dalam kitab Engkau Surah al-Anfal (8): 65 “Jika kamu mempunyai dua puluh orang yang sabar di kalangan kamu, mereka akan mengalahkan dua ratus orang”, wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka tidak sampai dua puluh orang-sehingga beliau telah berkata sebanyak tiga kali-kemudian beliau pulang[1].  

Balaghah Nabi S.A.W

       Diriwayatkan oleh sebahagian Bani Hasyim tentang sebuah hadis yang dikaitkan kepada Rasulullah s.a.w secara marfu‘ bahawa seorang lelaki Badwi telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Adakah boleh seorang lelaki menangguhkan mahar isterinya? Beliau bersabda: Ya, apabila ia seorang fakir, kemudian beliau bertanya : Wahai Rasulullah! Siapakah yang telah mengajar anda?
       Beliau bersabda: Allah yang telah mengajar aku, dan aku adalah seorang Arab yang paling fasih  walaupun aku daripada Quraisy, dan dididik di rumah Hawazin Bani Sa‘d bin Bakr. Aku telah membesar bagaikan awan, mereka berkata: Inilah awan yang telah meneduhkan kami. Maka beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat bawahannya  yang meliputi ufuk langit? Mereka berkata: Alangkah cantik dan kukuh kedudukannya! Beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat keseluruhannya? Mereka berkata: Alangkah cantiknya ia di dalam bentuk bulatnya. Beliau bersabda: Bagaimana kamu  melihat sinaran dan keputihannya atau jaluran cabangnya yang panjang? Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya telah datang hujan kepada kamu? Mereka berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Kami tidak dapati orang yang lebih fasih daripada anda. Beliau bersabda: Apakah yang menghalang aku, sedangkan aku adalah seorang Arab yang paling fasih. Allah telah menurunkan al-Qur’an dengan bahasa aku, sebaik-baik bahasa sekalipun aku dibesarkan di kalangan Bani Sa‘d[2].


[1] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  viii, 44
[2] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar,  vi , 230

No comments:

Post a Comment