Tuesday, July 5, 2011

Umpama ilmu Ahlu l-Bait a.s, hukum mengingkari imam daripada Allah daripada Kitab al-Ikhtisas oleh Syeikh al-Mufid w.413 H



       Ishaq bin ‘Ammar daripada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya umpama Ali bin Abu Talib a.s, dan umpama kami selepasnya pada umat ini sepertilah Nabi Musa, dan Nabi Khidir a.s, Nabi Musa a.s telah memohon untuk bercakap dengan Nabi Khidir a.s, dan meminta persahabatan dengannya, kisah mereka berdua telah diceritakan oleh Allah di dalam Surah al-A‘raf (7) :144 “bahawa Allah telah berkata kepada Musa  wahai Musa sesungguhnya Aku telah memilih kamu dari manusia yang lain untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku telah berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur”
      
Kemudian Dia berfirman di dalam Surah yang sama:145 “Dan telah kami tuliskan untuk Musa pada Lauh-lauh segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi segala sesuatu”

Nabi Khidir a.s telah memiliki ilmu yang tidak ditulis di lauh-lauh (alwah) Musa, tetapi Musa a.s telah menyangka bahawa semua perkara yang beliau perlukan di dalam kenabiannya, dan semua ilmu telah ditulis untuknya di lauh-lauh sebagaimana mereka yang mendakwa  bahawa mereka adalah ulama dan fuqaha’, diberi semua kefahaman, dan ilmu di dalam agama yang diperlukan umat kepadanya.

Mereka  mengesahkan bahawa ia adalah daripada Rasulullah s.a.w, lalu mereka mempelajari dan menghafaznya. Sebenarnya bukan semua ilmu Rasulullah s.a.w mereka telah mempelajarinya, dan bukan semuanya daripada Rasulullah s.a.w, malah mereka tidak mengetahuinya. Suatu perkara sama ada yang halal atau yang haram ditanya kepada mereka, tetapi mereka tidak mempunyai hadis Rasulullah s.a.w tentang perkara tersebut, dan mereka pula menjadi malu apabila  kejahilan dikaitkan kepada mereka, mereka tidak suka mereka ditanya, kerana mereka tidak dapat menjawabnya, lantas orang ramai menuntut ilmu dari galiannya. Justeru itu, mereka telah mengguna pendapat (al-Ra‘yu), dan kias di dalam agama Allah, dan meninggalkan hadis Rasulullah s.a.w.

Mereka mendekati Allah dengan berbagai bid‘ah, Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap bid‘ah adalah sesat. Jika mereka bertanya sesuatu tentang agama Allah, dan mereka tidak mengetahui hadis Rasulullah s.a.w, maka hendaklah mereka kembalikan kepada Allah, kepada Rasulullah s.a.w, dan kepada Uli l-Amri daripada mereka, nescaya ali Muhammad akan memberitahu kepada mereka, tetapi permusuhan (al-‘adawah) dan hasad telah menghalang mereka dari menuntut ilmu daripada kami, tetapi Nabi Musa a.s tidak pernah mempunyai perasaan hasad kepada Nabi Khidir a.s, beliau telah mengetahui keilmuan Nabi Khidir a.s, lalu beliau telah mengakuinya, dan tidak berhasad dengki kepadanya sebagaimana umat ini telah berhasad dengki kepada kami selepas Rasulullah s.a.w akan keilmuan kami, dan apa yang telah kami warisi daripada Rasulullah s.a.w. Mereka tidak gemar kepada keilmuan kami, tidak sebagaimana Musa a.s yang telah gemar kepada Khidir a.s,lalu menjalinkan persahabatan dengannya, mempelajari keilmuannya, manakala beliau telah bertanya Nabi Khidir a.s, maka beliau mengetahui bahawa Musa tidak mampu untuk meneruskan persahabatan dengannya, dan tidak boleh menanggung keilmuannya, serta tidak boleh bersabar dengannya  pada masa itu, Nabi Khidir a.s berkata kepadanya: Sesungguhnya anda tidak mampu bersabar bersama aku. Musa berkata kepadanya: Kenapa aku tidak bersabar? Maka Khidir berkata: Bagaimana anda boleh bersabar di atas perkara yang anda tidak mengetahui beritanya, Musa berkata kepadanya dengan rendah diri supaya Khidir menerimanya: Anda akan mendapati aku seorang yang bersabar dan aku tidak akan menderhaka anda walau sedikit.

Khidir telah mengetahui bahawa Musa tidak bersabar di atas keilmuannya, begitulah, demi Tuhan, wahai Ishaq, keadaan kadi-kadi mereka, fuqaha’ mereka, dan kumpulan mereka hari ini, mereka tidak mampu menanggung, demi Tuhan, keilmuan kami, mereka tidak boleh menerimanya, mereka tidak mampu, dan mereka tidak akan menerimanya, mereka tidak akan bersabar sebagaimana Musa tidak bersabar di atas keilmuan Khidir ketika beliau bersahabat dengannya, dan melihat apa yang beliau telah melihat tentang keilmuannya. Demikianlah ia di sisi Musa merupakan perkara yang dibencinya (makruhan), dan ia di sisi Allah adalah suatu keredaan iaitu kebenaran, begitulah keadaan ilmu kami di sisi orang-orang jahil merupakan ilmu yang dibenci (makruhan), dan tidak diambil-kira sedangkan ia di sisi Allah adalah kebenaran[1].

Abu Ayyub, daripada Muhammad bin Muslim daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aurat mukmin ke atas mukmin itu adalah haram,dan berkata: Barangsiapa yang telah mengintai mukmin di rumahnya, maka dua matanya adalah mubah bagi mukmin pada masa itu. Barangsiapa yang memasuki rumah mukmin tanpa izinnya, maka darahnya adalah mubah bagi mukmin pada masa itu. Barangsiapa yang telah mengingkari seorang nabi yang diutus akan kenabiannya, dan membohonginya, maka darahnya adalah mubah.                  


Hukum Mengingkari Imam Daripada Allah            

       Beliau berkata: Maka aku berkata:Apa pendapat anda bagi mereka yang telah mengingkari seorang imam daripada kamu apakah keadaannya? Beliau berkata: Barangsiapa yang telah mengingkari seorang imam daripada Allah, membebaskan diri daripadanya, dan daripada agamanya, maka beliau adalah seorang kafir, terkeluar dari Islam, kerana imamah adalah daripada Allah, agamanya adalah agama Allah. Barangsiapa yang telah bebas daripada agama Allah, maka beliau adalah seorang yang kafir, darahnya adalah mubah pada masa itu melainkan beliau kembali bertaubat kepada Allah dari apa yang dikatakannya, beliau berkata: Barangsiapa yang telah memusnahkan seorang mukmin kerana mahukan hartanya, dan dirinya, maka darahnya adalah mubah bagi mukmin pada masa itu.

Muhammad bin al-Husain daripada Ibn Mahbub daripada Hisyam bin Salim daripada Habib al-Sajistani daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Allah berfirman: Aku akan mengazabkan setiap rakyat di dalam Islam yang telah mentaati seorang imam yang bukan daripada Allah sekalipun rakyat baik dan  bertakwa, dan Aku akan mengampuni setiap rakyat di dalam Islam yang telah mentaati seorang imam yang adil daripada Allah sekalipun rakyat itu zalim dan jahat.


[1] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  I,  134

No comments:

Post a Comment