Showing posts with label KUTIPAN POPULAR. Show all posts
Showing posts with label KUTIPAN POPULAR. Show all posts
Wednesday, July 13, 2011
JANGANLAH ANDA BERKATA SEMUA YANG ANDA TAHU
Tuesday, July 5, 2011
Wahai umat yang telah ditipu (khudi‘at)
Ali as:
“Wahai umat yang telah ditipu (khudi‘at), lalu tertipu (fa-inkhda‘at), dan mengetahui penipuan orang yang menipunya (‘arafat khadi‘ata man khada‘a-ha), lantas berkeras di atas apa yang diketahuinya dan mengikut hawa nafsunya dengan angkuh. Kebenaran terserlah kepadanya, tetapi ia menentangnya. Jalan yang terang diselewengkannya. Demi Yang memecahkan bijian dan menghidupkan jiwa, sekiranya kamu mengambil ilmu daripada galiannya, meminum air daripada kemanisannya, menyimpan kebaikan pada tempatnya, mengambil jalan yang terang dan benar, nescaya kamu berjaya dan mendapat cahaya Islam.”
(Raudhat al kafi)
Thursday, June 30, 2011
Kami Di Sisi Mereka Adalah Lebih Jahat Daripada Yahudi, Nasara, Majusi Dan Musyrikin.
Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Abu Abdullah,
daripada ‘Uthman bin Isa daripada Maisar berkata: Aku telah berjumpa Abu Abdullah a.s berkata: Bagaimana dengan para sahabat anda? Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kami di sisi mereka adalah lebih jahat (Laa-nahnu ‘inda-hum asyarru min al-Yahud) daripada Yahudi, Nasara, Majusi dan Musyrikin, lantas beliau a.s terus duduk, kemudian berkata: Bagaimana anda berkata? Demi Allah, kami di sisi mereka adalah lebih jahat daripada Yahudi, Nasara, Majusi, dan Musyrikin.
Beliau a.s berkata: Demi Allah, kamu berdua tidak akan memasuki neraka, demi Allah, sesungguhnya kamulah orang yang difirmankan oleh Allah di Surah Sad (38): 62-4 “Dan (golongan durhaka) berkata:
“Mengapa kami tidak melihat golongan yang dahulu (di-dunia) kami anggap sebagai golongan yang jahat (hina). Apakah kami dahulu menjadikan mereka olok-olokan, ataukah kerana mata kami tidak melihat mereka? Sesungguhnya yang demikian itu pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni neraka”.
Labels:
AL QURAN,
DICARI DI NERAKA,
KUTIPAN POPULAR,
NASIBI
Subscribe to:
Posts (Atom)