Monday, July 18, 2011

DIALOG MENGENAI RASULULAH MEMBAWA AISYAH DI ATAS BAHU DALAM MUKTAMAR BAGHDAD

Mencaci Rasulullah S.A.W

       Kemudian Ahl al-Sunnah mengatakan di dalam cacian mereka bahawa Rasulullah s.a.w telah membawa ‘Aisyah di atas bahunya bagi membolehkannya melihat ahli musik, adakah ini layak dengan makam Rasulullah dan kedudukannya?

       Al-‘Abbasi berkata: Ia tidak memudaratkan [nya ][1].

       Al-‘Alawi berkata: Adakah anda akan melakukannya sedangkan anda seorang lelaki biasa, adakah anda membawa isteri anda di atas bahu anda untuk membolehkannya melihat ahli musik??
  
Raja Mencelah

       Raja berkata: Orang yang mempunyai sedikit malu dan cemburu tidak akan reda dengan perkara ini, bagaimana dengan Rasulullah yang menjadi contoh “malu dan cemburu” serta keimanan. Adakah benar perkara ini ada di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah?
       Wazir berkata: Ya, ia ada di dalam sebahagaian kitab-kitab Ahl al-Sunnah!

       Raja berkata: Bagaimana kita beriman dengan seorang nabi yang mengesyaki pada kenabiannya sendiri?

       Al ‘Abbasi berkata: Riwayat ini mesti ditakwil?

       Al-‘Alawi berkata: Adakah riwayat ini layak ditakwil? Adakah anda mengetahui, wahai raja, bahawa Ahl al-Sunnah mempercayai khurafat-khurafat dan kebatilan-kebatilan?

       Al-‘Abbasi berkata: Khurafat-khurafat dan kebatilan-kebatilan yang mana anda maksudkan?



[1] Perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w itu, tidak merendahkan kedudukannya mengikut al-‘Abbasi.

No comments:

Post a Comment