Tuesday, July 5, 2011

Wasiat Abu Dhar kepada Ali a.s.,dan 12 Ashab al-'Aqabah merancang pembunuhan Rasul saw di Aqabah oleh Sulaim b.Qais w.90 H



       Sulaim bin Qais berkata: Aku telah menyaksikan Abu Dhar di Rabdhah ketika diusir oleh Uthman. Beliua telah berwasiat kepada Ali a.s. mengenai keluarga dan hartanya. Ada orang berkata: Kenapa anda tidak mewasiatkan kepada Amir al-Mukminin Uthman? Beliau menjawab: Aku telahpun berwasiat kepda Amir al-Mukminin yang sebenar, Amir al-Mukmunin Ali bin Abu Talib a.s. Kami telah menerimanya untuk kepemimpinan Muslimin pada masa Rasulullah Saw. dengan perintah Rasulullah.

       Beliau telah bersabda kepada kami: Kalian berilah salam kepada saudaraku, wazirku, warisku, khalifahku pada umatku dan wali kepada setiap Mukmin selepasku untuk kepemimpinan Mukminin,[1] kerana beliau adalah Dhar al-Ardh. Jika kalian tidak mendapatinya lagi, kalian akan mengingkari Bumi dan penghuninya. Maka aku melihat ‘Ijl (anak lembu jantan) umat ini (Abu Bakr) dan Samirinya (Umar) merujuk kepada Rasulullah Saw. dan berkata: Hak daripada Allah dan Rasul-Nya? Maka Rasulullah (Saw.) menjadi marah dan bersabda: Hak daripada Allah dan Rasul-Nya. Dia telah memerintahkanku sedemikian.

       Apabila mereka berdua memberi salam kepada Ali untuk jawatan khalifah, merekapun keluar daripada rumah Ali a.s. dan terus berjumpa para sahabat mereka; Mu‘adh, Salim dan Abu ‘Ubaidah lalu berkata kepada mereka: Apakah gerangan lelaki ini (Rasulullah Saw.) selalu mengangkat sepupunya (Ali a.s.) yang tidak ada guna? (ma balu hadha r-rajuli ma zala yarfa‘u khassisata ibni ‘ammi-hi). Salah seorang daripada mereka berdua pula berkata: Sesungguhnya dia memperelokkan urusan sepupunya (anna-hu la yuhsinu amra ibni ‘ammi-hi). Semua mereka berkata: Tidak ada kebaikan kepada kami di sisinya (Rasulullah Saw.), jika Ali masih hidup (ma la-na ‘inda-hu khairun ma baqiya ‘Ali).

       Aku berkata: Wahai Abu Dhar! Adakah penerimaan khilafah ini selepas Haji Wida‘ atau sebelumnya? Maka beliau menjawab: Penerimaan pertama adalah sebelum Haji Wida‘. Adapun penerimaan kedua adalah selepas Haji Wida‘. Aku bertanya lagi: Bilakah berlaku perjanjian mereka berlima? Beliau menjawab: Pada Haji Wida‘. Aku bertanya: Beritahuku, aslaha-ka llahu, tentang dua belas orang Ashab al-‘Aqabah[2] yang bertopeng (mutalaththimin) yang mana mereka telah memecut unta betina yang sedang ditunggang oleh Rasulullah Saw. (an yunfiru bi Rasulillah al-Naqata), bilakah ia berlaku? Beliau menjawab: Di Ghadir Khum, dalam perjalanan Rasulullah (Saw.) dari Haji Wida‘.  Aku berkata: Aslaha-ka llahu, adakah anda telah mengenali mereka? Beliau menjawab: Ayyi wa llah, semua mereka. Aku bertaya: Dari manakah anda mengenali mereka sedangkan Rasulullah Saw. telah merahsiakan mereka kepada Hudhaifah? Beliau berkata: Ammar bin Yasir pemandu, sementara Hudhaifah adalah penarik. Maka beliau Saw. telah memerintahkan Hudhaifah supaya merahsiakannya (al-Kitman) dan tidak memerintah Ammar sedemikian.[3] Aku berkata: Sebutkan nama-nama mereka kepadaku? Beliau berkata: Lima Ashab al-Sahifah (Abu Bakr, Umar, Mu'adh, Salim dan Abu 'Ubaidah) lima Ashab al-Syura (Uthman b. 'Affan, Sa'd b. Abi Waqqas, Abd al-Rahman b.'Auf, Talhah b. 'Ubaidillah dan al-Zubair b. 'Awwam), ‘Umru ibn al- ‘As dan Mu‘awiyah.

       Aku berkata: Aslaha-ka llahu. Bagaimanakah Ammar dan Hudhaifah menghadapi mereka selepas Rasulullah (Saw.)? (Di dalam riwayat yang lain: Bagaimanakah Ammar dan Hudhaifah bertolak-ansur dengan mereka selepas Rasulullah?). Beliau menjawab: Mereka telah melahirkan taubat dan penyesalan (al-Nadamah) selepas itu. ‘Ijl mereka telah mendakwa satu kedudukkan (manzilatan), lalu dipersaksikan oleh Samiri mereka dan tiga orang yang bersama mereka bahawa mereka mendengar Rasulullah (Saw.) bersabda sedemikian. Maka mereka berkata: Mudah-mudahan perkara itu berlaku selepas pertama. Maka dia telah mengadu pada orang yang disyaki di kalangan mereka. Tetapi mereka berdua telah bertaubat.

       Sulaim bin Qais berkata: Aku telah berjumpa Ammar pada masa pemerintahan Uthman selepas kematian Abu Dhar. Aku memberitahunya apa yang dikatakan Abu Dhar. Beliau berkata: Memang benar saudaraku (Abu Dhar), sesungguhnya beliau adalah lebih baik dan lebih benar daripada apa yang diberitahukan oleh Ammar daripada apa yang beliau tidak dengar daripadanya. Maka aku berkata: Aslaha-ka llahu dengan apakah anda telah membenarkan Abu Dhar?

       Beliau berkata: Aku naik saksi sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Langit dan bumi jarang sekali mempunyai orang di mana percakapannya lebih benar dan lebih baik daripada Abu Dhar.[4] Aku berkata: Wahai Rasulullah! Tidak ada daripada Ahl Bait anda? Beliau bersabda: Aku maksudkan orang selain daripada mereka.[5] Kemudian aku berjumpa Hudzaifah di al-Mada’in. Aku datang kepadanya dari Kufah. Aku sebutkan kepadanya apa yang dikatakan oleh Abu Dhar. Maka dia berkata: Subhana llah! Abu Dhar adalah lebih benar dan lebih baik daripada meriwayatkan daripada Rasulullah (Saw.) apa yang tidak disabdakan olehnya.[6]

  [1] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 253. al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al ‘Ummal, vi, hlm. 218.

[2] Mereka yang berkonspirasi untuk membunuh Nabi Saw. pada waktu malam di sebuah lorong kecil di ‘Aqabah selepas Haji Wida’. Al-Aqabah adalah bukit panjang dan mempunyai laluan yang sukar. Lihat Ibn Manzur, Lisan al-Arab, i, hlm. 621. Mereka telah cuba untuk menolak Nabi Saw. dari untanya. Mereka berkata: “Sekiranya kita menolaknya dari unta nescaya tengkuknya akan patah dan kita terselamat daripadanya” Abu Nu‘aim Ahmad al-Isfahani, Dala’il al-Nubuwwah, hlm. 461. Ibn Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, vi, hlm. 253. Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, v, hlm. 24-26.

[3] Ibn Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, vi, hlm. 253. al-Hakim, al-Mustadrak, iii, 381. Ibn Hazm, al-Muhalla, ii, hlm. 225. Hudzaifah tidak melakukan solat jenazah ke atas mereka.Mereka dinamakan Ashab al-Sahifah kerana mereka telah membuat perjanjian di hadapan Ka'bah bahawa mereka tidak akan membenarkan Ali menjadi khalifah selepas kewafatan Rasul saw.

[4] Ahmad bin Hanbal, Musnad, ii, hlm. 163. Ibn Hajr, al-Isabah, iii, hlm. 622. al-Hakim, al-Mustadrak, iii, hlm. 342.

[5] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 253.

[6] Ibn Hajr, al-Isabah, iii, hlm. 622.

No comments:

Post a Comment