Ipar perdana menteri Britain Tony Blair's memeluk Islam setelah menziarah makam Fathimah Ma'sumah di kota Qom. |
Beliau yang berusia 43 tahun, dari keluarga Blair ini telah pun mengenakan hijab pada dirinya setiap kali meninggalkan rumah di samping menunaikan kewajiban Solat 5 kali sehari dan mengunjungi masjid berhampiran kediamannya.
"Sekarang saya tidak lagi memakan daging babi, saya mula membaca al-Quran setiap hari dan sudah sampai ke halaman 60. Selama 25 tahun riwayat hidup saya, kini sudah 45 hari saya tidak minum arak", tambahnya.
"Aneh sekali sejak saya membuat keputusan untuk masuk Islam, saya tidak lagi mahu menyentuh alkohol walaupun sebelum ini saya adalah penagih segelas atau dua gelas alkohol setiap hari".
Booth, sekarang ini bekerja dengan Press TV Iran telah membuat keputusan untuk memeluk agama Islam enam minggu lalu dan hasratnya ini dilaksanakan sebaik sahaja pulang dari menziarahi Iran.
Booth tidak menolak untuk memakai Burqa dan berkata, "Siapa yang tahu, ke manakah perjalanan jiwa akan membawa saya?".
Dalam sepucuk surat yang ditulisnya kepada Tony Blair selama menziarahi Iran bulan lalu, Booth menyatakan harapan supaya bekas ahli politik parti buruh mengubah persepsinya terhadap Islam.
"Pandangan umum anda itu terhadap orang Islam itu adalah gila, jahat dan sangat bahaya". Tulisnya di dalam surat tersebut sambil meminta Blair mempelajari hari al-Quds sedunia.
"Di Iran mereka merasa bangga untuk menderita dalam menyatakan kesetiakawanan dengan warga Palestin", tambah beliau lagi.
Booth yang berpindah ke Perancis bersama suami dan dua anak perempuannya pada tahun 2004 telah kembali ke Britain setelah suaminya menderita kecederaan otak setelah kemalangan motor pada April 2009.

No comments:
Post a Comment