Tuesday, July 5, 2011

Orang Ramai Menjadi Murtad Selepas Nabi Melainkan Tiga

         

      
       Ahmad bin Muhammad bin Yahya daripada bapanya daripada Muhammad bin al-Husain daripada al-Hasan bin Mahbub daripada al-Harith beliau berkata: Aku telah mendengar Abd al-Malik bin A‘yan bertanya kepada Abu Abdullah a.s.   Abd al-Malik bertanya kepada Abu Abdullah a.s. sehingga dia berkata: Jika begitu, maka binasalah semua manusia? (halaka al-Nasu idhan?) Maka Abu Abdullah a.s berkata: Ya! Demi Allah, wahai Ibn A‘yan! semua manusia binasa (halaka al-Nasu ajma‘un). Abd al-Malik berkata: Semua penduduk Timur dan Barat? Beliau a.s menjawab: Ia telah terbuka kepada kesesatan. Demi Allah, mereka telah binasa (halaku) melainkan tiga orang iaitu (illa thalathata nafarin): Salman al-Farisi, Abu Dhar dan al-Miqdad. Setelah itu diikuti oleh ‘Ammar, Abu Sasan al-Ansari, Hudhaifah dan Abu Umrah. Maka bilangan mereka bertambah menjadi tujuh orang”[1]
       Beberapa orang daripada sahabat kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ayyub bin Nuh daripada Safwan bin Yahya daripada al-Muthanna bin al-Walid al-Hannat daripada Barid bin Mu‘awiyah daripada Abu Ja‘far a.s. Beliau a.s. berkata: Manusia telah menjadi murtad selepas Nabi s.a.w melainkan tiga orang iaitu (irtadda al-nasu ba’da al-Nabi s.a.w illa thalathata nafarin): Al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Dhar al-Ghifari dan Salman al-Farisi. Setelah itu orang lain dikenali dan dikaitkan dengan Islam selepas mereka (thumma inna al-Nasa urifu wa luhiqu ba‘du).
       Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin al-Husain daripada Musa bin Sa‘dan daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami daripada ‘Umru bin Thabit berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya selepas Nabi s.a.w wafat, maka orang ramai telah menjadi murtad melainkan tiga orang: Salman, al-Miqdad dan Abu Dhar. (Inna al-Nabi s.a.w lamma qubidha irtadda al-Nasu ‘ala a‘qabi-him kuffaran illa thalathan). Sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w wafat, maka empat puluh orang lelaki datang kepada Ali  bin Abu Talib a.s, Mereka berkata: Tidak, demi Allah! Kami tidak akan memberi ketaatan kepada sesiapapun melainkan anda. (la wallahi, la na‘ti ahadan ta‘atan ba‘da-ka abadan). Beliau a.s berkata: Kenapa? Mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar  Rasulullah s.a.w mengenai hak anda di hari Ghadir Khum. Beliau a.s berkata: Kamu semua akan melakukannya?. Mereka berkata: Ya. Beliau a.s berkata: Datang kepada aku esok dalam keadaan bercukur kepala (fa’tuuni ghadan muhalliqin). ‘Umru berkata: Tidak datang kepada Ali a.s. melainkan mereka bertiga. ‘Umru berkata: ‘Ammar bin Yasir datang kepada Ali a.s. selepas waktu Zuhur. Beliau a.s. memukul tangan  ke atas dadanya dan berkata kepada Ammar: Kenapa anda tidak bangkit daripada tidur kelalaian? Kembalilah kamu, kerana aku tidak memerlukan kamu yang tidak mentaati aku di dalam pencukuran  kepala. Bagaimana kamu mentaati aku untuk memerangi bukit besi!. Justeru kembalilah kamu, aku tidak memerlukan kamu (Irji‘u fa-la hajata li fi-kum antum lam tuti‘uni fi-halqi al-Ra’si fa-kaifa tuti‘uni fi qitali jibali  l-hadid) [2].        


[1] Al-Kulaini, al-Raudhah, no.356, al-Kasyi,  al-Rijal, hal. 5, al-Bukhari,  Sahih, viii, hlm.378-385, (Bab fi al-Haudh) Muslim,  Sahih, iv , him.1793-6 (Kitab al-Fadha’il).
[2] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar, viii, 47, 51

(Dikutip dari al-Ikhtisas, Syaikh Mufid)

No comments:

Post a Comment