Monday, July 18, 2011

ADAKAH ADA ASAS MENGEHADKAN KEPADA EMPAT MAZHAB?


 (dikutip dari Peshawar Nights)

Shirazi (ulama Syiah): Kamu orang yang dihormati tentu sedar akan perkataan ‘Imam’ mempunyai banyak pengertian. Secara lisan ianya bermana ‘ketua’ Imam-e-Jamaat’ bererti ‘orang yang menjadi ketua di dalam solat berjamaah’ Dia boleh juga menjadi ketua bagi manusia di dalam politik atau perkara agama. Imam-e-Jum’a bererti ketua solat jumaat. Maka, sunni, pengikut keempat mazhab, memanggil ketua mereka ‘Imam’, seperti Imam Abu Hanifa, Imam Malik, Imam Shafii, Imam Hanbal. Ahli agama dan perundangan ini adalah pemimpin mereka dalam perkara agama, dan mereka-mereka ini telah membentangkan undang-undang agama berasaskan dari penyelidikan atau dari penghuraian mereka sendiri mengenai yang diperbolehkan bagi segala amalan. Begitu juga, apabila kami mempelajari buku-buku perundangan keempat-empat Imam ini, kami dapati banyak perbezaan diantara mereka mengenai asas keimanan dan cara-cara amalan terhadap agama.

Begitu juga, segala golongan mempunyai peminpin mereka sendiri, dan dikalangan shia ulama dan pakar perundangan memegang kedudukan yang sama. Dengan ghaibnya Imam yang hidup dimasa kini, mereka mujtahid mengeluarkan perundangan berasaskan pengetahuan mereka dari al-Quran, kata-kata sahih dari nabi, dan para Imam yang pilihan. Tetapi kami tidak memanggil mereka Imam kerana Imami kepunyaan secara ekslusif kepada 12 orang keturunan nabi. Ada satu lagi perbezaan. Sunni kemudiannya telah menutupkan pintu ijtihad [berusaha pada menterjemahkan perundangan]. Dari abad kelima Hijrah, apabila dengan perintah raja [khalifa], pendapat yang digubal oleh ulama dan semua perundangan telah dikumpul, maka apa yang dikatakan sebagai ‘Imam’ telah dihadkan kepada ‘empat Imam’, dan maka empat mazhab [Hanafi, Maliki, Shafii, dan Hanbali] telah diasaskan. Manusia telah dipaksa mengikuti satu daripadanya, sebagaimana yang kamu amalkan sekarang. Tidak diketahui atas dasar apa mengikuti satu Imam itu lebih digalakkan. Apakah ciri-ciri yang ada pada Imam Hanafi yang tidak dimiliki oleh Imam Malikki? Apakah ciri-ciri yang ada pada Imam Shafii yang tidak dimiliki oleh Imam Hanbali? Dan jika dunia Islam dipaksa untuk menghadkan pada mengikuti satu dari empat mazhab, maka kemajuan bagi umma [komuniti] Islam akan terhalang sepenuhnya, walaupun Islam mengajarkan kepada kita supaya kita terus maju bersama masa. Untuk melakukan ini kita perlu kepada petunjuk dari para ulama [ilmuan]. Terdapat banyak perkara yang mana kita tidak seharusnya mengikuti keputusan hukuman mujtahid yang telah mati [dari jihad, ke berusaha, yang bermaksud dalam kontek ini, seorang yang berusaha untuk menterjemah dan mengubal amalan agama dan perundangan sebagaimana ijtihad merujuk kepada proses berusaha] maka kita harus mengadap kepada mujtahid yang hidup untuk petunjuk. Banyak para mujtahid yang dilahirkan diantara kamu kemudiannya, yang mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi dari mereka yang berempat ‘Imam’ Saya tidak tahu mengapa keutamaan diberi kepada yang empat, makanya tidak ada yang lain, hanya mereka saja perlu diikuti, dan kebenaran bagi orang yang lain diabaikan. Di dalam perundangan shia, terdapat mujtahid disetiap masa sehinggalah keluarnya Imam yang suci dizaman kita. Pada permasalahan yang baru timbul, kita tidak boleh ikut keputusan mujtahid yang telah tiada.

MENGHADKAN KEPADA EMPAT MAZHAB TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG ASAS.
Adalah aneh bahawa kamu mengelar shia pembuat bidaa’ dan penyembah orang mati. Kami mengikuti arahan 12 Imam, keturunan nabi. Bagaimana pun, tidaklah diketahui atas dasar apa kamu cuba untuk memaksa Muslim untuk mengikuti Asharis atau Mutazalis mengenai asas usul [tawhid] dan salah satu dari empat Imam di dalam perkara amalan agama [furu’]. Sesiapa yang tidak mengenali mereka dikatakan Rafizi. Oleh kerana Abul-Hasan Ashari, Abu Hanifa, Maliki bin Anas, Muhammad bin Idris Shafii dan Ahmad bin Hanbal adalah sama seperti ulama dan perundangan Muslim yang lain dan oleh kerana tidak ada arahan dari nabi untuk kita mengikuti mereka, pengkhususan untuk mengikuti mereka adalah bidaa’, apa yang akan kamu katakan sebagai jawapan?

Hafiz: Oleh kerana keempat Imam ini memiliki tahap ketaqwaan yang tinggi kepada Allah, wara’, adil dan berwibawa bersama dengan pengetahuan perundangan yang luas, makanya telah menjadi wajib bagi kita untuk mengikuti mereka.

Shirazi: Secara logik kami tidak menghad kan diri kami kepada mengikuti mereka sahaja. Banyak lagi dari ulama kamu yang mempunyai kualiti yang sama ini. Menghadkan pada mengikuti mereka sahaja adalah satu penghinaan terhadap ulama lain yang sama meritnya. Kita tidak boleh dipaksa pada mengikuti sesaorang atau sesiapa saja tanpa kuasa arahan dari nabi. Tidak ada arahan yang sedemikian mengenai Imam yang berempat kamu. Maka bagaimana kamu boleh menghad agama kepada mazhab yang empat ini?

No comments:

Post a Comment