Wednesday, July 6, 2011

Sabda Nabi Saw. kepada ‘Aisyah supaya tidak menyakiti hatinya berkenaan dengan Ali a.s.


       Sulaim berkata: Aku telah mendengar Salman, Abu Dhar dan al-Miqdad, lalu aku bertanya kepada Ali bin Abu Talib mengenainya. Maka beliau berkata: Mereka memang benar (sadaqu). Mereka berkata: Ali a.s. telah masuk berjumpa Rasulullah Saw. dan ‘Aisyah sedang duduk di belakangnya. Rumah dipenuhi dengan ahlinya. Di kalangan mereka terdapat lima Ashab al-Shifah dan lima Ashab al-Syura, maka beliau tidak mendapati ruang duduk Maka Rasulullah (Saw.) telah memberi isyarat kepadanya di sini (ha huna) iaitu di belakangnya. ‘Aisyah sedang duduk di belakangnya dan di atasnya pakaian (kisa’). Maka Ali (a.s.) datang dan duduk di antara Rasulullah dan ‘Aisyah. Maka ‘Aisyah menjadi marah dan berkata: Rumahku tidak ada ruang lagi untuk anda.
       Lalu Rasulullah (Saw.) menjadi marah dan bersabda: Wahai Humaira’! Janganlah anda menyakitiku pada sudaraku Ali,[1] kerana beliau adalah Amir al-Mukminin, penghulu Muslimin, yang mempunyai muka yang berseri-seri pada Hari Kiamat, Allah mendudukkannya di atas titian (Sirat). Beliau yang membahagikan Neraka. Beliau memasukkan para walinya ke Syurga dan memasukkan musuh-musuhnya ke Neraka.[2]


[1] Ibn Hanbal, Musnad, i, hlm. 84, 95, 128. al-Khatib, Tarikh Baghdad, ii, hlm. 255. Ibn Hajr, Mizan al-Itidal, i, hlm. 162.
[2] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, hlm. 445-7.

No comments:

Post a Comment