Monday, July 18, 2011

DIALOG : PERPADUAN ANTARA MAZHAB SUNNI - SYIAH

(dikutip dari Peshawar Nights)
SHIA DAN KEEMPAT-EMPAT MAZHAB SUNNI.
Sila katakan, demi kerana Allah, sama ada keempat Imam – Abu Hanifa, Malik, Shafii dan Ahmad bin Hanbal – hidup semasa hayat nabi Allah. Adakah mereka mendapatkan segala asas agama dan keimanan dan Rasul terus?

Hafiz: Tiada siapa yang mengatakan sedemikian.

Shirazi: Tidakkah Amirul Mukminin, Ali sentiasa berdamping dengan nabi, dan tidakkah beliau telah diistiharkan sebagai pintu kepada kota ilmu?

Hafiz: Telah pasti beliau adalah sahabat terkemuka nabi, dan di dalam beberapa aspek beliau adalah yang lebih utama daripada yang lain semuanya.

Shirazi: Maka tidakkah kami dipihak yang benar, di dalam berpegang kepada mengikut Ali adalah wajib? Nabi sendiri berkata bahawa, patuh kepada Ali adalah patuh kepada baginda dan bahawa Ali adalah pintu kepada kota ilmu? Nabi juga mengatakan bahawa sesiapa yang inginkan ilmu pengetahuan hendaklah masuk melalui pintunya, iaitu Ali. Juga mengikut dari hadith-e-thaqalain dan hadith-e-safina, yang telah dipersetujui oleh kedua sunni dan shia, menyimpang dari laluan yang dipimpin oleh keturunan nabi akan membawa kepada kemusnahan. Engkar atau menentang kepada keluarga nabi samalah seperti engkar dan menentang kepada nabi sendiri. Walaupun dengan semua ini, ulama shia tidak pernah menunjukkan kebencian terhadap, walaupun kepada orang awam sunni, tidak perlulah disebutkan terhadap ulama mereka. Kami selalu mengatakan bahawa sunni adalah saudara kami dalam Islam, dan kita perlu bersatu. Sebaliknya ulama sunni kerap menghasut pengikutnya, dengan mengatakan bahawa shia adalah pendusta, Rafizis, Ghalis atau Yahudi. Mereka mengatakan oleh kerana shia tidak mengikut ahli mazhab yang empat [Hanafi, Maliki, Shafii dan Hanbali] maka ianya adalah kafir. Yang sebenarnya mereka yang mengikuti keturunan nabi lah yang mendapat petunjuk yang sebenar.

No comments:

Post a Comment