Wednesday, July 6, 2011

Penjelasan Mengenai Bacaan Firman Allah Surah Al-Taubah (9): 118 “ Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan”




568. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sanadi, daripada Ja‘far bin Basyir daripada Faidh Ibn al-Mukhtar berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Bagaimana anda membaca wa ‘alaa al-Ladhiina khullifuu “ Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan” Surah al Taubah (9): 118, beliau a.s berkata: Jika mereka ditangguhkan (khullifuu)135, nescaya mereka masih di dalam taat, tetapi mereka khaalafuu (telah menyalahi). Iaitu Uthman dan dua orang sahabatnya. Demi Allah, mereka tidak pernah mendengar suara [peperangan] secara langsung melainkan mereka berkata: Kami telah datang, maka Allah telah menguasai ketakutan ke atas mereka sehingga keesokannya.

2 comments:

  1. saudara Muhammad Uthman,
    kutipan di atas adalah dari kitab Raudat Min al Kafi susunan al Kulaini. saya bukanlah pakar hadis yang dapat menghuraikan hadis ini. Pada saya, yang nyata hadis ini menyatakan bahawa ayat 118 dalam suarah at taubah menceritakan mengenai 3 orang yang "ditangguhkan" (khullifuu), manakala Imam Jaafar (abu Abdullah as) membacanya sebagai "khaalafuu"(telah menyalahi). riwayat kulaini ini menyatakan bahawa Imam Jaafar menyatakan bhw yg dinyatakan dalam ayat ini adalah Uthman (Affan?? halifah ketiga??) dan dua org sahabatnya (abu bakar dan umar???)... demikianlah secara ringkas apa yg saya faham dari hadis ini. tidak menjadi masalh jika saudara tidak faham kerana banyak lagi hadis lain dalam al kafi (16 ribu). jika berminat, emel saya.
    terima kasih.

    ReplyDelete