Monday, June 27, 2011

Keluarga Nabi Muhammad SAW Ahlul Bait Nabi SAW Dalam Hadis


1. Ibadat Tidak Diterima Melainkan Mengakui Wilayah Mereka A.S.
 
Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Ibn Fadhdhal daripada Ibrahim anak saudara lelaki kepada Abu Syabl berkata: Abu Abdullah a.s mulai berkata kepadaku: Kamu telah mencintai kami sedangkan orang ramai telah membenci kami. Kamu telah membenarkan kami sedangkan orang ramai telah membohongi kami. Kamu telah mengadakan silaturahim dengan kami sedangkan orang ramai memandang sepi kepada kami. Justeru Allah menjadikan kehidupan kamu kehidupan kami, kematian kamu kematian kami.

Demi Allah, antara lelaki dan ketenangan yang akan didapatinya adalah apabila nyawanya sampai ke tempat ini-Beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannnya kepada halkumnya. Kemudian beliau a.s mengulangainya. Beliau a.s tidak reda sehingga beliau a.s bersumpah kepadaku dan berkata: Demi Allah, tiada tuhan melainkan Dia bahawa bapaku Muhammad bin Ali a.s telah memberitahuku mengenai perkara itu, wahai Abu Syabl, tidakkah kamu reda bahawa kamu mengerjakan solat dan mereka mengerjakan solat, maka Dia menerima solat kamu dan tidak menerima solat mereka. Tidakkah kamu reda bahawa kamu menunaikan zakat dan mereka menunaikan zakat, maka Dia menerima zakat kamu dan menolak zakat mereka. Tidakkah kamu reda bahawa kamu mengerjakan haji dan mereka mengerjakan haji, maka Allah menerima haji kamu dan tidak menerima haji mereka. Demi Allah, solat tidak akan diterima melainkan daripada kamu (ma tuqbalu al-salatu illa min-kum), zakat tidak akan diterima melainkan daripada kamu ( wala al-zakaatu illa min-kum), haji tidak akan diterima melainkan daripada kamu (wala al-Hajj illa minkum). Maka bertakwalah kamu kepada Allah, kerana kamu di dalam gencatan senjata (hudnah) dan tunailah amanah. Apabila orang ramai dinilai, maka setiap kaum mengikut hawa nafsu mereka, tetapi kamu mengikut kebenaran selama kamu mentaati kami. Tidakkah para hakim, pemerintah dan golongan yang mempunyai masalah daripada mereka?

Aku berkata: Ya, beliau a.s berkata: Kamu tidak mampu mengikut semua manusia, kerana mereka mengambil (pendapat) di sana sini sedangkan kamu mengambil (hukum) daripada Allah. Sesungguhnya Allah telah memilih daripada hamba-hamba-Nya Muhammad (s.a.w), maka kamu telah memilih orang yang telah dipilih oleh Allah. Bertakwalah kepada Allah, tunailah amanah kepada yang berkulit hitam atau yang berkulit putih sama ada dia seorang dari Haruriyyah atau seorang dari Syam. (RAUDHAT AL KAFI, MS 261)



2. Allah Tidak Menerima Amalan Melainkan Dengan Mewalikan Ahlu l-
Bait A.S.

Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad daripada Sulaiman bin Daud al-Munqari, daripada Hafs bin Ghiyath, daripada... Abu Abdullah a.s berkata: Jika anda mampu tidak mengenali sesiapa, maka lakukanlah. Tidak mengapa jika orang ramai tidak memuji anda. Tidak mengapa jika anda dicela (mazmuuman) di sisi orang ramai sekiranya anda dipuji (mahmuudan) di sisi Allah, sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s berkata: Tiada kebaikan di dunia ini melainkan pada salah seorang daripada dua lelaki: Seorang lelaki yang bertambah ihsannya pada setiap hari dan seorang lelaki yang mencapai angan-angannya dengan taubat. Demi Allah, sekiranya dia sujud sehingga terputus tengkuknya, nescaya Allah tidak menerima amalannya melainkan dengan wilayah kami Ahlu l-Bait (fa wallahi lau sajada hatta yanqati‘u ‘unqu-hu ma qabila l-Lahu a.w ‘an-hu ‘amalan illa bi-wilayati-na ahl l-Bait)43.

Sesungguhnya sesiapa yang mengetahui hak kami atau mengharapkan pahala dengan kami, meredai makanannya (quti-hi) sebanyak setengah cupak pada setiap hari, meredai pakaian yang menutupi auratnya, meredai tempat letak kepalanya, takut kepada Allah dan itulah yang dia mahukan habuannya di dunia sebagaimana firman- Nya di dalam Surah al-Mu’minuun (23): 60 “Dan golongan yang memberikan apa yang mereka telah berikan dengan hati yang takut” Apa yang diberikan kepada mereka, demi Allah, adalah dengan ketaatan, kasih sayang dan wilayah Ahlu l-Bait a.s. Mereka di dalam keadaan sedemikian masih takut bahawa Allah tidak menerima amalan mereka. Ketakutan mereka, demi Allah, bukanlah ketakutan syak pada agama yang mereka lakukan, tetapi mereka takut bahawa mereka termasuk di kalangan golongan yang mengabaikan kasih sayang dan ketaatan kepada kami.

Kemudian beliau a.s berkata: Sekiranya anda mampu tidak keluar dari rumah anda, maka lakukanlah. Sekiranya anda keluar, maka janganlah anda mengumpat, berbohong, hasad, memuji diri anda sendiri, berpura-pura dan menipu. Kemudian be...liau a.s berkata: Sebaik baik biara (sauma‘ah) seorang muslim adalah rumahnya. Dia dapat menegah matanya, lidahnya dan kemaluannya di rumahnya. Sesiapa yang mengetahui nikmat Allah dengan hatinya, maka dia berhak tambahan daripada Allah a.w sebelum dia menzahirkan kesyukurannya di lidahnya.

Sesiapa yang memperlihatkan kelebihannya ke atas orang lain, maka dia adalah daripada golongan yang sombong. Aku berkata: Jika dia memperlihatkan kesihatannya melebihi orang lain khususnya apabila dia melihatnya (orang lain) melakukan maksiat? Beliau a.s berkata:
 
Kemungkinan Allah telah mengampuni dosanya sedangkan anda akan dihisab. Tidakkah anda membaca kisah tukang-tukang sihir Musa a.s, kemudian beliau a.s berkata: Berapa ramai orang yang terpedaya dengan nikmat-Nya ke atasnya, berapa ramai orang yang diuji (mustadrij) dengan penutupan Allah ke atasnya dan berapa ramai orang yang diuji dengan pujian orang ramai terhadapnya.

Kemudian Beliau a.s berkata: Sesungguhnya aku mengharap kejayaan bagi orang yang mengetahui hak kami daripada umat ini melainkan salah satu daripada tiga: Pemerintah yang zalim, orang yang mengikut hawa nafsu dan orang fasik secara terang-terangan. Kemudian beliau a.s membaca Surah Ali Imran ( 3): 31 “Katakanlah
“Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mengasihimu”. Kemudian beliau a.s berkata: Wahai Hafs, cinta itu (al- Hubb) adalah lebih baik daripada takut (al-Khauf), kemudian beliau a.s berkata: Demi Allah, Allah tidak mencintai orang yang mencintai dunia dan mewalikan selain daripada kami. Sesiapa yang mengetahui hak kami (man ‘arafa haqqa-na) dan mencintai kami (ahabba-na), sesungguhnya dia mencintai Allah. Lantas lelaki itu menangis dan berkata: Adakah anda menangis jika semua ahli langit dan bumi berkumpul, lalu berdoa kepada Allah supaya Dia menyelamatkan anda dari neraka dan memasukkan anda syurga, tidak memberi syafaat kepada anda (sekiranya anda mempunyai hati yang hidup, nescaya anda
adalah orang yang paling takut kepada Allah pada masa itu).

Kemudian beliau a.s berkata kepadanya: Wahai Hafs, jadilah anda orang yang bertaubat daripada dosa anda. Wahai Hafs, Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang takutkan Allah sepenuh lidahnya. Kemudian beliau a.s berkata: Manakala Musa bi...n Imran a.s menasihati para sahabatnya, tiba-tiba seorang lelaki berdiri dan mengoyakkan bajunya, lalu Allah memberitahu Musa, wahai Musa, katakanlah kepadanya:
Janganlah anda mengoyakkan baju anda, tetapi lapanglah dada anda untuk-Ku. Kemudian beliau a.s berkata: Musa a.s telah melalui seorang lelaki daripada para sahabatnya yang sedang sujud, kemudian Musa a.s pulang dari melakukan hajatnya mendapati lelaki itu masih sujud didalam keadaan sebelumnya, lalu Musa a.s berkata kepadanya:  
Sekiranya hajat anda ditanganku, nescaya aku menunaikannya untuk anda. Kemudian Allah memberitahu Musa: Wahai Musa, sekiranya dia sujud sehingga terputus tengkuknya, nescaya Aku tidak menerimanya
sehingga dia berubah dari apa yang Aku benci kepada apa yang Aku
cintai. (RAUDHAT AL KAAFI)

3. PETIKAN AL IKHTISAS: Hukum Mengingkari Imam Daripada Allah
Beliau berkata: Maka aku berkata:Apa pendapat anda bagi mereka yang telah mengingkari seorang imam daripada kamu apakah keadaannya? Beliau berkata: ...Sesiapa yang telah mengingkari seorang imam daripada Allah, membebaskan diri daripadanya dan daripada agamanya, maka beliau adalah seorang kafir, terkeluar dari Islam, kerana imamah adalah daripada Allah, agamanya adalah agama Allah. Sesiapa yang telah bebas daripada agama Allah, maka beliau adalah seorang yang kafir, ... beliau berkata: Sesiapa yang telah memusnahkan seorang mukmin kerana mahukan hartanya dan dirinya, maka darahnya adalah mubah bagi mukmin pada masa itu.

Muhammad bin al-Husain daripada Ibn Mahbub daripada Hisyam bin Salim daripada Habib al-Sajistani daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Allah berfirman: Aku akan mengazabkan setiap rakyat di dalam Islam yang telah mentaati seorang imam yang bukan daripada Allah sekalipun rakyat baik dan bertakwa dan Aku akan mengampuni setiap rakyat di dalam Islam yang telah mentaati seorang imam yang adil daripada Allah sekalipun rakyat itu zalim dan jahat.


4. PETIKAN AL IKHTISAS: Sesiapa Yang Mengingkari Hak Para Imam A.S Maka Kedudukannya seperti Iblis

‘Umru bin Thabit berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah s.w.t Surah al-Baqarah (2): 165 “Dan di an...tara manusia ada mereka yang menyembah tandingan-tandingan (andadan) selain daripada Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah” Beliau berkata: Maka beliau berkata: Mereka, demi Allah, adalah pemimpin-pemimpin; polan dan polan dan polan (Abu Bakr, Umar dan Uthman). Mereka telah mengambil mereka bertiga sebagai para imam, tetapi bukan imam yang telah dijadikan oleh Allah untuk manusia sebagai imam. Justeru Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 165-167 “Dan jika seandainya mereka yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa, bahawa kekuatan itu adalah kepunyaan Allah semuanya bahawa Allah amat berat seksa-Nya.Iaitu ketika mereka yang diikuti itu berlepas diri dari mereka yang mengikutinya; dan segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah mereka yang mengikuti:” Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka”. Kemudian Abu Ja‘far a.s berkata: Mereka, demi Allah, wahai Jabir, para imam yang zalim dan pengikut-pengikut mereka.

Abu al-Qasim al-Sya‘rani secara marfu‘, daripada Yunus bin Zabyan, daripada Abd al-Rahman bin al-Hajjaj, daripada al-Sadiq a.s berkata: Apabila al-Qaim menjalankan tugasnya, beliau akan datang ke dataran Kufah dan memberi isyarat dengan tangannya kepada suatu tempat, kemudian berkata: Kamu gali dari sini, lalu mereka menggali, dan mengeluarkan dua belas ribu baju besi, dua belas ribu pedang dan dua belas ribu topi besi. Setiap topi besi mempunyai dua muka. Kemudian beliau menyeru dua belas ribu lelaki daripada hamba-hamba Arab dan bukan Arab, lalu beliau memakaikan mereka pakaian seragam. Kemudian berkata: Sesiapa yang tidak mempunyai pakaian seragam seperti kamu, maka bunuhlah ia (man lam yakun ‘alai-hi mithlu ma ‘alai-kum fa-qtulu-hu).

Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menjadikan kami hujah-hujah-Nya di atas makhluk-Nya, dan penyimpan amanah ilmu-Nya, maka sesiapa yang mengingkari kami, maka kedudukannya seperti kedudukan Iblis (fa-man jahada-na kana bi-manzilati Iblis) di dalam kedegilannya kepada Allah ketika Dia telah memerintahkannya supaya sujud kepada Adam, dan sesiapa yang mengenali kami, dan mengikuti kami, maka kedudukannya seperti kedudukan para malaikat (wa man ‘arafa-na wa ittaba‘a-na kana bi-manzilati al-Malaikati) yang diperintahkan oleh Allah supaya sujud kepada Adam, maka mereka telah mentaati-Nya.

5. petikan kitab al haftu: Makrifat tentang keturunan kafir dan apa yang menimpanya daripada kebaikan, kejahatan, kefakiran, penyakit, bala, bahaya pada hartanya dan apakah sebabnya (fi ma‘rifati nasl al-Kafir wa ma yusiibu-hu min khairin... wa syarrin wa faqrin wa suqmin wa balaa’ wa aafati fi maali-hi wa ma al-‘illatu fi dhalika)

 Sesiapa yang mana amalan-amalannya yang baik seperti tasbih, sembahyang dan zakat mendahuluinya, sesungguhnya Dia menunaikan pahalanya mengikut kadar ihsan dan kejahatannya. Demikianlah pada dunia ini.
Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, adakah bagi kafir sembahyang, zakat, puasa dan haji? Al-Sadiq a.s telah berkata: Wahai Mufadhdhal, tidakkah anda melihat sembahyang kumpulan Nasrani, puasa dan haji mereka? Demikian juga kumpulan Yahudi, semua penganut-penganut agama dan syariat yang bermacam-macam serta amalan agama mereka yang terkenal? Sebahagian mereka cenderung kepada amalan-amalan yang baik dan sebahagian mereka pula cenderung kepada amalan-amalan yang jahat.


Adapun yang cenderung kepada amalan yang baik, maka dia adalah berbeza dengan yang lain. Kemudian beliau a.s membaca firman-Nya: “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.”


Al-Mufadhdhal telah berkata: Wahai Maulaaya, ayat ini khusus untuk mukminin bukan untuk mereka yang kafir, tidakkah dikhususkan mukmin daripada kafir dalam amalan-amalan yang tertentu dan apakah balasan mereka yang kafir? Al-Sadiq a.s telah berkata: Diringankan azab daripada kafir dalam masukhiyyah dan sesungguhnya Dialah Maha Penyayang di antara para penyayang.

6. Petikan raudhah al Kaafi
Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Abu Abdullah, daripada ‘Uthman bin Isa daripada Maisar berkata: Aku telah berjumpa Abu Abdullah a.s berkata: Bagaimana dengan para sahabat anda? Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kami di sisi me...reka adalah lebih jahat (Laa-nahnu ‘inda-hum asyarru min al-Yahud) daripada Yahudi, Nasara, Majusi dan Musyrikin, lantas beliau a.s terus duduk, kemudian berkata: Bagaimana anda berkata? Demi Allah, kami di sisi mereka adalah lebih jahat daripada Yahudi, Nasara, Majusi, dan Musyrikin. Beliau a.s berkata: Demi Allah, kamu berdua tidak akan memasuki neraka, demi Allah, sesungguhnya kamulah orang yang difirmankan oleh Allah di Surah Sad (38): 62-4 “Dan (golongan durhaka) berkata: “Mengapa kami tidak melihat golongan yang dahulu (di-dunia) kami anggap sebagai golongan yang jahat (hina). Apakah kami dahulu menjadikan mereka olok-olokan, ataukah kerana mata kami tidak melihat mereka? Sesungguhnya yang demikian itu pasti terjadi, (iaitu) pertengkaran penghuni neraka”. (raudhah al Kaafi, ms 100)

7. Nasibi Terhadap Ahlu l-Bait A.S Adalah Lebih Jahat Daripada Orang
Yang Meninggalkan Sembahyang.

Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada Ali bin ‘Uqbah, daripada Umar bin Abban..., daripada Abd al-Hamid al-Wabisyi, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah berkata kepadanya bahawa bagi kami jiran yang mencabuli semua perkara yang haram sehingga dia meninggalkan solat lebih daripada yang lain? Maka beliau a.s berkata:
 
Subhanallah, aku akan memberitahu kepada kamu yang lebih besar daripada itu; orang yang lebih jahat daripadanya, aku berkata: Ya, beliau a.s berkata: Orang yang menentang kami (nasibi) adalah lebih jahat daripadanya (al-Naasibu la-naa syarrun min-hu). Kerana tiada seorang hamba yang menyebutkan di sisinya Ahlu l- Bait Rasulullah s.a.w, lalu hatinya menjadi lembut, lantas malaikat menyapukan belakangnya dan mengampuni segala dosa-dosanya untuknya melainkan dia melakukan dosa yang mengeluarkannya daripada iman. Sesungguhnya syafaat akan diterima, tetapi syafaat nasibi tidak akan diterima (wa ma tuqbalu fi naasibin). Sesungguhnya seorang mukmin akan memberi syafaat kepada jirannya yang tidak mempunyai kebaikan. Dia berkata: Wahai Tuhanku, jiranku telah menahan kesakitan daripadaku, lalu dia memberi syafaat kepadanya. Maka Allah berfirman: Aku adalah Tuhan kamu dan Aku adalah lebih berhak memberi syafaat kepada orang yang mempertahankan kamu, lalu Dia memasukkannya ke syurga tanpa kebaikan yang dilakukannya. Seorang mukmin sekurang-kurangnya dapat memberi syafaat kepada tiga puluh orang, maka ketika itu ahli neraka berkata di dalam Surah al-Syu‘araa’ (26): 100-1 “Maka kami tidak mempunyai pemberi syafaatseorangpun dan tidak pula mempunyai teman yang akrab”.(raudhah kafi m/s 126)

No comments:

Post a Comment