Wednesday, July 6, 2011

Jangan Bersedih (la tahzan), bergembiralah!

146. Ibn Mahbub, daripada al-Harith bin Muhammad bin al-Nu‘man, daripada Barid al-‘Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Ali Imran(3): 170 “Dan mereka bergirang hati terhadap golongan yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati”. Beliau a.s berkata: Demi Allah, mereka adalah Syi‘ah kami ketika roh-roh mereka di syurga, mereka mendapat penghormatan daripada Allah a.w. Mereka mengetahui dan yakin bahawa mereka berada di atas kebenaran dan di atas agama Allah. Justeru mereka bergirang hati terhadap saudara-saudara mereka mukminin yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul merekatanpa kekhuatiran dan dukacita. 
(DIPETIK DARI RAUDHAT KAFI)

No comments:

Post a Comment