Tuesday, July 5, 2011

Hadis Tentang Fadak


      
       Abu Muhammad, daripada Abdullah bin Sinan daripada Abu Adillah a.s berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, Abu Bakr telah menduduki tempatnya, beliau telah mengutus kepada wakil Fatimah a.s,lalu mengeluarkannya dari Fadak, kemudian Fatimah a.s telah mendatanginya dan berkata: Wahai Abu Bakr! Anda telah mendakwa bahawa anda adalah pengganti bapa aku, menduduki tempatnya, mengutus kepada wakil aku dan mengeluarkannya  dari Fadak sedangkan anda mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah menghadiahkannya kepada aku dan sesungguhnya aku mempunyai beberapa saksi.
       Maka Abu Bakr berkata kepadanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak meninggalkan pusaka, maka beliau kembali kepada Ali a.s, lalu memberitahunya, Ali a.s berkata kepadanya: Kembalilah anda kepadanya dan berkata: Anda telah menyangka bahawa Nabi s.a.w tidak mewariskan  pusakanya sedangkan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan Yahya telah mewarisi Zakaria dan bagaimana aku tidak mewarisi bapa aku? ‘Umar berkata: Anda mahu mengajar kami? Beliau a.s berkata: Sekiranya aku adalah seorang yang mengajar anda, maka sepupu aku, dan suami akulah yang telah mengajar aku.
       Abu Bakr berkata: ‘Aisyah dan ‘Umar menjadi saksi sesungguhnya mereka berdua telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak mewariskan pusakanya. Fatimah a.s berkata: Ini adalah penyaksian bohong pertama di dalam Islam  yang dilakukan oleh mereka berdua. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya Fadak adalah pemberian Rasulullah s.a.w kepada aku dan aku mempunyai beberapa orang saksi, beliau berkata kepadanya: Panggil saksi-saksi anda ke mari, maka Fatimah a.s datang bersama Ummu Aiman dan Ali a.s, Abu Bakr berkata kepada Ummu Aiman: Wahai Ummi Aiman sesungguhnya anda telah mendengar daripada Rasulullah s.a.w bersabda tentang Fatimah?
       Maka mereka berdua berkata: Kami telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Fatimah adalah penghulu wanita syurga, kemudian Ummu Aiman berkata: Penghulu wanita syurga mendakwa perkara yang bukan haknya? Dan aku adalah wanita syurga selama aku menjadi saksi apa yang aku telah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.‘Umar berkata: Tinggalkan kami dengan kisah-kisah ini wahai Ummu Aiman, dengan apakah kamu berdua menjadi saksi? Ummu Aiman berkata: Aku duduk di rumah Fatimah a.s dan Rasulullah s.a.w  juga duduk sehingga turun Jibrail ke atasnya, dan berkata:Wahai Muhammad! Berdirilah sesungguhnya Allah  s.w.t telah memerintahkan aku supaya menggariskan Fadak untuk anda dengan sayap aku, maka Rasulullah s.a.w berdiri bersama Jibrail.
       Kemudian beliau kembali. Maka Fatimah a.s berkata: Wahai bapaku di manakah anda telah pergi? Maka beliau bersabda: Jibrail telah membuat garisan  Fadak untuk aku dengan sayapnya dan menetapkan sempadannya untuk aku, Fatimah a.s berkata: Wahai bapa aku, sesungguhnya aku khuatir tanggungan dan keperluan selepas anda, maka berilah ia kepada aku, maka beliau bersabda:Ia adalah pemberian kepada anda. Beliau berkata: Ya, Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ummu Aiman, saksikanlah, wahai Ali, saksikanlah. Umar berkata: Anda adalah seorang perempuan dan kami tidak mengharuskan penyaksian seorang perempuan seorang sahaja, adapun Ali, maka beliau akan melakukannya untuk dirinya sendiri.
       Fatimah berdiri di dalam keadaan marah dan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka berdua telah menzalimi hak anak perempuan Nabi Engkau, maka kuatkanlah tekanan Engkau ke Atas mereka berdua. Kemudian beliau keluar dan dibawa oleh Ali a.s mengelilingi rumah kaum muhajirin dan ansar, al-Hasan dan al-Husain bersama mereka berdua, Fatimah a.s berkata: Wahai, kaum muhajirin dan ansar, tolonglah Allah, kerana aku adalah anak perempuan Nabi kamu, kamu telah memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w pada hari itu kamu telah memberi baiah kepadanya untuk melindunginya dan zuriatnya daripada sebarang ancaman sebagaimana kamu melindungi diri kamu, dan zuriat kamu.
       Beliau berkata: Tetapi tiada seorang pun yang telah menolongnya. Kemudian beliau datang kepada Mu‘adh bin Jabal dan berkata: Wahai Mu‘adh, sesungguhnya aku datang bagi meminta bantuan anda, anda telah memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w agar anda menolongnya dan zuriatnya, menghalangnya sebagaimana anda menghalang  diri anda dan zuriat anda. Sesungguhnya Abu Bakr telah  merampas Fadak daripada aku, dan mengeluarkan wakil aku daripadanya. Beliau berkata: Adakah orang lain selain daripada aku? Beliau a.s berkata: Tiada seorang pun yang telah menyahuti seruan aku. Beliau berkata:Di manakah aku akan mendapatkan  pertolongan untuk anda? Maka Fatimah a.s keluar dari sisinya, dan anak lelakinya datang kepadanya dan berkata: Apakah yang membuatkan anak perempuan Muhammad datang kepada anda?
       Beliau berkata: Beliau datang untuk mendapatkan pertolongan aku menentang Abu Bakr, kerana beliau telah mengambil Fadak daripadanya, beliau bertanya lagi: Anda tidak menyahut seruannya? Beliau berkata: Aku seorang tidak boleh melakukannya. Beliau berkata: Anda telah enggan menolongnya? Beliau menjawab: Ya, beliau berkata:Apakah yang telah dikatakan kepada anda? Beliau berkata kepada aku: Demi Allah, aku akan menentang anda sepenuhnya sehingga aku membentangkannya kepada Rasulullah s.a.w.
       Maka anak lelakinya berkata: Demi Allah, aku akan menentang anda sepenuhnya sehingga aku membentangkannya kepada Rasulullah s.a.w jika anda tidak menyahuti seruan anak perempuan Muhammad s.a.w, beliau berkata: Fatimah a.s keluar dari sisinya dan berkata: Demi Allah,aku tidak akan bercakap dengan anda sehingga aku dan anda berkumpul di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian beliau pulang. Maka Ali a.s berkata kepadanya: Pergi kepada Abu Bakr, kerana beliau adalah lebih lembut daripada sahabatnya dan katakan kepadanya: Anda telah mendakwa tempat bapa aku dan anda khalifahnya.
       Anda telah menduduki tempatnya, jika Fadak milik anda kemudian aku meminta anda supaya anda memberinya kepada aku, maka ia wajib diberikan kepada aku. Manakala beliau mendatanginya, beliau berkata kepadanya sedemikian, Abu Bakr berkata: Anda memang benar. Lalu beliau menulis surat tentang pemberian balik Fadak, lantas beliau a.s keluar dan surat telah berada bersamanya, kemudian beliau terserempak dengan ‘Umar, maka beliau berkata: Wahai anak perempuan Muhammad, apakah surat bersama anda? Beliau berkata: Surat yang telah ditulis Oleh Abu Bakr tentang pemberian balik Fadak kepada aku, beliau berkata: Berikan kepada aku.
       Fatimah a.s enggan untuk memberikannya kepadanya, lalu ‘Umar  menendangnya[1] dengan kakinya pada masa itu beliau sedang mengandung  anak lelakinya al-Muhsin. Maka Muhsin telah tergugur dari kandungannya, kemudian beliau telah memukulnya seolah-olah aku sedang melihat kepada subang di telinganya jatuh bertaburan. Kemudian ‘Umar telah mengambil surat tersebut, lalu mengoyaknya. Fatimah a.s pergi dan tinggal tujuh puluh hari di dalam keadaan sakit kerana pukulan ‘Umar, apabila hampir mati, beliau telah menyeru Ali a.s dan berkata: Anda memberi jaminan atau aku wasiatkannya kepada anak lelaki al-Zubair.
       Maka Ali a.s berkata: Aku menjamin wasiat anda wahai anak perempuan Muhammad, Fatimah a.s berkata: Aku meminta anda dengan hak Rasulullah s.a.w apabila aku mati, dua lelaki[2] itu tidak akan menyaksikan aku dan tidak akan mengerjakan solat jenazah untuk ku, Ali a.s berkata: Maka bagi anda hak sedemikian, apabila beliau mati, maka Ali a.s telah mengapankannya pada waktu malam. Penduduk Madinah datang pada waktu pagi untuk menghadiri jenazahnya, begitu juga Abu Bakr dan ‘Umar. Ali a.s keluar dari rumahnya kepada  Abu Bakr dan ‘Umar, mereka berdua berkata kepadanya: Apakah anda telah lakukan kepada anak perempuan Muhammad, anda telah menyempurnakannya, wahai Abu al-Hasan? Ali a.s berkata: Demi Allah, aku telah  menyempurnakannya  pada waktu malam.
       Mereka berdua berkata: Apakah yang telah membawa anda melakukan sedemikian tanpa memberitahukan  kami? Beliau a.s berkata: Fatimah a.s telah memerintahkan aku sedemikian. ‘Umar berkata: Demi Allah, aku bercadang untuk menggalinya dan  mengerjakan solat ke atasnya. Ali a.s berkata: Demi Allah, selama hati aku masih berfungsi, dan pedang Dhu l-Fiqar masih di tangan aku,  anda tidak akan dapat menggali kuburnya, dan anda lebih  mengetahuinya. Abu Bakr berkata kepada ‘Umar: Pergilah kerana beliau (Ali) adalah lebih berhak dengannya daripada kita, orang ramai pun bersurai[3].


[1] Menendang pintu rumahnya di mana pada masa itu Fatimah sedang berada di balik pintu tersebut.Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xxx, 296
[2] Abu Bakr dan ‘Umar
[3] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  viii,  103

No comments:

Post a Comment