Tuesday, July 5, 2011

Kitab al-Hujjah (ttg imamah) Oleh al-Kulaini Wafat 328/329 Hijrah (Bab 8-14)



                                                                                Bab 8
Fardu Mentaati Para Imam A.S (Fardh ta‘at al-A’immah)

       (49)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, dariapda Huraiz, daripada Zurarah, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Puncak segala perkara, ketinggiannya, kuncinya, pintunya dan keredaan Yang Maha Pemurah adalah ketaatan kepada Imam selepas mengetahuinya (Dhirwat al-Amr wa sinamu-hu wa miftahu-hu wa bab al-Asyya’ wa Ridha al-Rahman tabaraka wa ta‘ala al-Ta‘at li-l-Imam ba‘da ma‘rifati-hi). Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah berfirman: “Sesiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka”[1]

       (50)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu al-Sabaah berkata: Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Aku naik saksi bahawa Ali adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah (Imam farada llahu ta‘ata-hu). Sesungguhnya al-Hasan adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah. Sesungguhnya al-Husain adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah. Sesungguhnya Ali bin al-Husain adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah dan sesungguhnya al-Husain bin Ali adalah seorang imam yang mana ketaatan kepadanya difardukan oleh Allah”.

       (51)-3. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali berkata: Hammad Ibn Uthman telah memberitahu kami, daripada Basyir bin al-‘Atar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami adalah golongan yang mana Allah memfardukan ketaatan kami [kepada makhluk] sedangkan kamu mengikuti seorang yang mana orang ramai tidak dimaafkan tanpa mengetahuinya” (nahnu qaum farada llahu ta‘ata-na wa antum ta’tammun bi-man la ya‘dhur al-Nas bi-jahalati-hi).

       (52)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muahammad, Daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah “Dan kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar”[2] Beliau a.s telah berkata: Ketaatan yang difardukan (al-Ta‘at al-Mafrudah).

       (53)-5. Daripada beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abu Khalid al-Qammat, daripada Abu al-Hasan al-‘Atar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Para wasi dan para rasul bersyarikat di dalam ketaatan”[3]

       (54)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Abu al-Sabah al-Kinani, berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Kamilah golongan yang mana Allah a.w memfardukan ketaatan kami. Al-Anfaal adalah untuk kami,  harta yang bersih adalah untuk kami. Kamilah yang teguh dengan ilmu dan kamilah yang didengki sebagaimana firman-Nya “Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kelebihan yang Allah berikan kepada manusia itu”[4]

       (55)-7. Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada al-Husain bin Abu al-‘Ala’ berkata: Aku telah menyebut kepada Abu Abdillah a.s pendapat kami tentang para wasi bahawa ketaatan mereka adalah difardukan, maka beliau a.s telah berkata:Ya, merekalah yang difirmankan oleh Allah “Wahai mereka yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya) dan Uli Amri di kalangan kamu”[5] Dan merekalah yang difirmankan oleh Allah “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan Rasul dan mereka yang beriman”[6]

       (56)-8. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu‘ammar bin Khallad, berkata: Seorang Farsi telah bertanya Abu al-Hasan a.s, maka beliau telah berkata: Ketaatan kepada anda difardukan? Beliau a.s telah berkata: Ya, beliau telah berkata lagi: Seperti ketaatan kepada Ali bin Abu Talib a.s? Maka beliau a.s telah berkata: Ya.

       (57)-9. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang para imam adakah kedudukan mereka  sama di dalam melaksanakan perintah dan ketaatan? Beliau a.s telah berkata: Ya.

       (58)-10. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Marwak bin ‘Ubaid, daripada Muhammad bin Zaid al-Tabari, berkata: Aku telah berkhidmat dengan al-Ridha a.s di Khurasan dan di sisinya beberapa orang daripada Bani Hasyim. Antaranya Ishaq bin Musa bin Isa al-‘Abbasi, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Ishaq, berita telah sampai kepadaku bahawa kami mendakwa bahawa semua orang adalah hamba kami, tidak,  dengan kekerabatanku dengan Rasulullah s.a.w, aku tidak pernah berkata sedemikian dan aku tidak pernah mendengarnya daripada bapa-bapaku telah berkata sedemikian, tetapi aku telah berkata: Orang ramai adalah hamba-hamba kami dari segi ketaatan (al-Naas ‘abidun la-na fi al-Ta‘ah) dan mewalikan kami dari segi keagamaan. Lantaran itu, orang yang hadir hendaklah memberitahu kepada orang yang tidak hadir.

       (59)-11. Ali bin Ibrahim, daripada al-Salih al-Sanadiy, daripada Ja‘far al-Basyir, daripada Abu Salmah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Kamilah yang mana Allah telah memfardukan ketaatan kami [ke atas orang lain]. Orang ramai wajib mengetahui kami. Orang ramai tidak dapat mengilak dari tidak mengetahui kami. Sesiapa yang mengetahu kami, maka beliau adalah seorang muslim (man ‘arafa-na kana mu’minan). Sesiapa yang mengingkari kami, maka beliau adalah seorang kafir (man Ankara-na kana kafiran). Sesiapa yang tidak mengingkari kami, maka beliau adalah seorang yang sesat (kana dallan) sehingga beliau kembali kepada pertunjuk yang mana Allah mewajibkan ke atasnya mentaati kami. Sekiranya beliau mati di atas kesesatannya, maka Allah akan melakukan [kepadanya] apa yang Dia mahu”

       (60)-12. Ali, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Muhammad bin al-Fudhail berkata: Aku telah bertanya beliau a.s tentang perkara yang paling baik yang mana hamba-hamba-Nya dapat menghampiri diri mereka kepada Allah a.w? Beliau a.s telah berkata: Perkara yang paling baik yang mana hamba-hamba-Nya dapat menghampiri diri mereka kepada Allah adalah mentaati Allah, mentaati Rasul-Nya dan mentaati Uli Amri-Nya. Abu Ja‘far a.s telah berkata: Kecintaan kepada kami adalah keimanan dan kebencian kepada kami adalah kekufuran (hubbub-na iman wa baghdu-na kufr).

       (61)-13. Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Abban, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Ismail bin Jabir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Bolehkah aku membentangkan kepada anda agamaku yang mana aku mempecayai Allah dengannya? Maka beliau a.s telah berkata: Beritahulah kepadaku, maka aku telah berkata: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah sahaja, tiada bagi-Nya sekutu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Mengakui apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w dari sisi-Nya. Sesungguhnya Ali adalah seorang imam yang difardukan Allah ketaatan kepadanya. Kemudian al-Hasan adalah seorang imam yang difardukan Allah ketaatannya. Kemudian al-Husain sebagai seorang imam yang difardukan Allah ketaatannya. Kemudian selepasnya Ali bin al-Husain seorang imam yang difardukan Allah  ketaatannya sehingga urusan berakhir kepadanya. Kemudian aku telah berkata: Anda mudah-mudahan dihormati Allah? Beliau a.s telah berkata: Inilah agama Allah dan agama para malaikat-Nya”

       (62)-14. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ishaq, daripada beberapa sahabat Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Amir al-Muminin a.s telah berkata: Ketahuilah bahawa bersahabat dengan orang alim[7] dan pengikut-pengikutnya merupakan agama Allah yang dipercayai, ketaatan kepadanya menambahkan kebaikan, menghilangkan kejahatan, [beliau adalah] simpanan mukminin, dapat meninggikan kedudukan dan kebaikan mereka selepas kematian”.

       (63)-15. Muhammad bin Ismail, daripada al-Fadhl bin Syadhan, daripada Safwan bin Yahya, daripada Mansur Ibn Hazim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Sesungguhynya Allah adalah lebih dihormati dan lebih mulia dari memperkenalkan diri-Nya kepada makhluk-Nya, malah makhluk-Nya mengenaliNya, beliau a.s telah berkata: Apa yang anda telah katakan itu adalah benar. Maka aku telah berkata: Sesiapa yang telah mengetahui bahawa baginya Tuhan, maka sayugia baginya mengetahui bahawa Allah mempunyai keredaan dan kemurkaan dan sesungguhnya beliau tidak mengetahui keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya melainkan dengan wahyu atau rasul.
       Justeru, sesiapa yang tidak didatangi wahyu, maka beliau harus mendapatkan para rasul dan apabila beliau bertemu dengan mereka, maka beliau mengetahui bahawa mereka adalah al-Hujjah dan mereka pula wajib ditaati. Aku telah berkata kepada orang ramai: Adakah kamu mengetahui bahawa Rasullah s.a.w adalah seorang Hujjah daripada Allah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, maka siapakah al-Hujjah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Al-Qur’an, lalu aku telah melihat kepada al-Qur’an, maka aku telah dapati Murjiah, Qadariyah dan Zindiq menggunakan hujah  daripada al-Qur’an meskipun mereka tidak mempercayainya. Lantaran itu, aku dapati al-Qur’an tidak menjadi Hujjah kecuali dengan wujud penjaganya. Justeru apa yang dikatakannya itu adalah benar.
       Aku telah berkata kepada mereka: Siapakah penjaga al-Qur’an? Mereka telah berkata: Ibn Mas‘ud telah mengetahuinya, ‘Umar telah mengetahuinya dan Huzaifah telah mengetahuinya, aku telah berkata: Semuanya? Mereka telah berkata: Tidak, maka aku tidak mendapati seorangpun yang berkata bahawa beliau mengetahui semuanya kecuali Ali a.s. Apabila persoalan mengenai al-Qur’an timbul di kalangan orang ramai, Ibn Mas‘ud telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Sementara seorang lain (‘Umar) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya dan seorang lagi (Huzaifah) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Dan Ini (Ali a.s) telah berkata: Aku mengetahuinya. Lantaran itu, aku naik saksi bahawa Ali a.s adalah penjaga al-Qur’an. Dan Ketaatan kepadanya adalah difardukan (kanat ta‘atu-hu muftaradah). Justeru beliau  adalah al-Hujjah ke atas manusia selepas Rasulullah s.a.w.

       Dan apa yang dikatakan olehnya tentang al-Qur’an adalah benar. Imam Ja‘afar a.s telah berkata: Semoga Allah merahmati anda. Lalu aku telah berkata: Sesungguhnya Ali a.s tidak tidak mati melainkan beliau a.s telah meninggalkan seorang Hujjah selepasnya sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya al-Hujjah selepas Ali adalah al-Hasan bin Ali. Aku naik saksi bahawa di atas al-Hasan bahawa beliau tidak pergi melainkan beliau a.s telah meninggalkan seorang Hujjah selepasnya sebagaimana telah dilakukan oleh bapanya dan datuknya. Sesungguhnya al-Hujjah selepas al-Hasan adalah al-Husain dan ketaatan kepadanya adalah difardukan. Lalu beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah merahmati anda.
       Kemudian aku telah mengucup kepalanya sambil berkata: Aku naik saksi ke atas al-Husain a.s bahawa beliau a.s tidak pergi sehingga beliau meninggalkan seorang Hujjah selepasnya Ali bin al-Husain dan ketaatan kepadanya adalah fardu, maka beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah merahmati anda. Maka aku mengucup kepalanya sambil berkata: Aku naik saksi ke atas Ali bin al-Husain bahawa beliau tidak pergi melainkan beliau a.s telah meninggalkan seorang Hujjah selepasnya Muhammad bin Ali Abu Ja‘far a.s dan ketaatan kepadanya adalah difardukan.
       Lalu beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan Allah merahmati anda, aku telah berkata: Berilah kepala anda sehingga aku mengucupnya, lalu beliau a.s tersenyum. Aku telah berkata: Aslahaka-llah, sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa bapa anda tidak pergi sehingga beliau meninggalkan seorang Hujjah selepasnya sebagaimana dilakukan oleh bapanya. Aku naik saksi bahawa anda adalah Hujjah dan ketaatan kepada anda adalah difardukan, lalu beliau a.s telah berkata: Cukuplah, Mudah-mudahan Allah merahmati anda, aku telah berkata: Berilah kepala anda supaya aku mengucupnya, maka aku pun mengucup kepalanya, maka beliau a.s telah tersenyum sambil berkata: Tanyalah kepadaku apa yang anda mahu, aku tidak akan menentang anda selepas hari ini untuk selama-lamanya”

       (64)-16. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqiy, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhariy, dariapada al-Husain bin Abu al-‘Ala’ berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Adakah ketaatan kepada para wasi difardukan? Beliau a.s telah berkata: Ya, merekalah yang difirmankan oleh Allah “Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan Uli al-Amri daripada kamu”[8]. Dan merekalah yang difirmankan oleh Allah “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan Rasul-Nya dan mereka yang beriman yang mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat di dalam keadaan rukuk”[9]

       (65)-17. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin Abd al-Rahman, daripada Hammad, daripada Abd al-A‘la berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Mendengar dan mentaati adalah pintu-pintu kebaikan, orang yang mendengar lagi mentaati tidak ada hujah bagi menentangnya. Tiada hujah ke atas orang yang mendengar dan menderhakai. Dan hujah Imam muslimin akan sempurna pada hari beliau berjumpa dengan Allah “Pada hari itu, kami akan menyeru orang ramai dengan imam mereka”[10]

                                   
                                                                          Bab 9

Sesungguhnya Para Imam Adalah Saksi-Saksi Allah Ke Atas Makhluk-Nya. (fi anna al-A’immah Syuhadaa’ Allah a.w ‘ala khalqi-hi)

       (66)-1. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ya‘qub bin Yazid, daripada Ziyad al-Qandiy daripada Sama‘ah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata tentang firman Allah a.w “Maka bagaimanakah apabila Kami mendatangkan seorang saksi bagi setiap umat dan Kami mendatangkan kamu sebagai saksi di atas mereka?”[11] Beliau a.s telah berkata: Ayat ini telah diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w secara khusus, pada setiap kurun seorang imam daripada kami akan menjadi saksi ke atas mereka dan Muhammad s.a.w adalah menjadi saksi ke atas kami pula”
       (67)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasyaa’, daripada Muhammad bin ‘A’idh, daripada ‘Umar bin Udhinah, daripada Buraid al-‘Ajaliy berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu umat yang adil agar kamu menjadi saksi atas manusia”[12] Beliau a.s telah berkata: Kamilah umat yang adil (ummatan wasatan) dan kamilah saksi-saksi Allah ke atas makhluk-Nya dan Hujjah-Hujjah-Nya di bumi-Nya (nahnu al-Ummat al-Wusta wa nahnu syuhadaa’ llahi wa hujaji-hi fi ardi-hi). Aku telah bertanya tentang firman Allah a.w “Agama bapa kamu Ibrahim

       Beliau a.s telah berkata: Kamilah yang dimaksudkan dengan ayat ini secara khusus “Dialah yang telah menamakan kamu Muslimin sebelumnya” di dalam kitab-kitab yang terdahulu (dan pada ini) al-Qur’an (Supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu)[13]Justeru Rasul adalah saksi ke atas kami di atas apa yang telah kami sampaikan daripada Allah a.w dan kamilah saksi-saksi di atas manusia. Lantaran itu, sesiapa yang membenarkan kami, maka kami akan membenarkan mereka pada hari Kiamat. Dan sesiapa yang membohongi kami, maka kami akan membohongi mereka pada hari Kiamat”

       (68)-3. Daripada sanad-sanad yang sama, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Ahmad bin ‘Umar al-Halal berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah a.w “Apakah orang yang mempunyai bukti yang nyata daripada Tuhannya dan diikuti pula oleh seorang saksi daripada-Nya”[14] Maka  beliau a.s telah berkata: Amir al-Mukminin a.s adalah saksi ke atas Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w adalah bukti daripada Tuhan-Nya”

       (69)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Ibn Udhinah, daripada Buraid al-‘Ajaliy berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah a.w “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu umat yang adil agar kamu menjadi saksi atas manusia”[15] Beliau a.s telah berkata: Kamilah umat yang adil (wasatan), kamilah saksi-saksi Allah ke atas makhluk-Nya dan Hujjah-Hujjah-Nya di bumi-Nya. Aku bertanya mengenai firman-Nya “Wahai mereka yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu”[16]

       Beliau a.s telah berkata: Ianya dimaksudkan kepada kami dan kamilah yang terpilih. “Dan Dia tidak menjadikan untuk kami di dalam agama suatu kesempitan” Kesempitan itu adalah lebih teruk daripada kesesakan. “Agama bapa kami Ibrahim” Ianya dimaksudkan kepada kami secara khusus.

“(Dia) telah menamakan kamu Muslimin” Allah telah menamakan kami Muslimin “sebelumnya” di dalam kitab-kitab yang terdahulu (dan pada ini) al-Qur’an (Supaya Rasul menjadi saksi ke atas kamu)[17]Justeru Rasul adalah saksi ke atas kami di atas apa yang telah kami sampaikan daripada Allah a.w dan kamilah saksi-saksi atas manusia. Lantaran itu, sesiapa yang membenarkan kami, maka kami akan membenarkan mereka pada hari Kiamat. Dan sesiapa yang membohongi kami, maka kami akan membohongi mereka pada hari Kiamat”
      
       (70)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim bin ‘Umar al-Yamaniy, daripada Sulaim bin Qais al-Hilali, daripada Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah membersihkan kami, menjaga kami dan telah menjadikan kami saksi-saksi ke atas makhluk-Nya. Kamilah Hujjah-Hujjah-Nya di bumi-Nya. Dia telah menjadikan kami bersama al-Qur’an dan al-Qur’an bersama kami, kami tidak berpisah dengannya dan ia tidak berpisah dengan kami”

Bab 10

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Penunjuk (anna al-A’immah A.S Hum al-Hudaat)

       (71-1. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar Ibn Suwaid dan Fadhalah bin Ayyub, daripada Musa bin Bakr, daripada al-Fudhail berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s mengenai firman Allah a.w “Dan setiap kaum itu ada orang yang memberi petunjuk”[18] Beliau a.s telah berkata: Setiap Imam adalah petunjuk kepada kaum pada kurun yang mana beliau berada padanya”

       (72)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Ibn Udhinah, daripada Buraid al-‘Ajaliy, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w “Sesungguhnya kamu hanya seorang yang memberi peringatan dan setiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”[19] Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah orang yang memberi peringatan dan setiap zaman ada seorang petunjuk daripada kami yang menunjukkan mereka kepada apa yang dibawa oleh nabi Allah s.a.w. Kemudian penunjuk-penunjuk selepasnya adalah Ali, kemudian para wasi seorang selepas seorang”

       (73)-3. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Sa‘daan daripada Abu Basir berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s “Sesungguhnya kamu hanya seorang yang memberi peringatan dan setiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”[20] Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah orang yang memberi peringatan (al-Mundhir) dan Ali adalah orang yang memberi petunjuk (al-Haadi). Wahai Abu Muhammad, adakah orang yang memberi petunjuk pada hari ini? Aku telah berkata: Ya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sentiasa ada orang yang memberi petunjuk selepasnya sehingga ia diberikan kepada anda, maka beliau a.s telah berkata: Allah memberi rahmat kepada anda, wahai Abu Muhammad, sekiranya satu ayat itu diturunkan atas seorang lelaki, kemudian lelaki itu mati, maka matilah ayat itu dan matilah al-Kitab, tetapi ia (hidayah) masih hidup dan berlaku kepada orang yang masih hidup sebagaimana ia telah berlaku kepada orang yang terdahulu”

       (74)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Safwan, daripada Mansur, daripada ‘Abd al-Rahim al-Qasir, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah “Sesungguhnya kamu hanya seorang yang memberi peringatan dan setiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”[21] Beliau a.s telah berkata: Rasulullah adalah orang yang memberi peringatan (al-Mundhir) dan Ali adalah orang yang memberi petunjuk. Demi Allah, ia (hidayah) tidak pergi daripada kami dan ia sentiasa pada kami”

                                                                         Bab 11
 
Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Uli Amri LLahi Dan Penyimpan Ilmu-Nya (anna al-A’immah a.s wulaat amri llahi wa khazanat ‘ilmi-hi
      
       (75)-1. Muhamad bin Yahya al-‘Attar, daripada Ahmad bin Abu Zahir, daripada al-Hasan bin Musa, daripada Ali bin Hassan, daripada Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Kamilah wulaat amri llah, penyimpan ilmu Allah dan bekas wahyu Allah”

       (76)-2. Daripada beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Ali bin Asbaat, daripada bapanya Asbat, daripada Surat bin Kulaib berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata kepadaku: Demi Allah, sesungguhnya kami adalah penyimpan khazanah Allah di langit-Nya dan di bumi-Nya, bukan di atas emas dan perak, tetapi di atas ilmu-Nya”

       (77)-3. Ali bin Musa, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id dan Muhammad bin Khalid al-Barqiy, daripada al-Nadhar bin Suwaid secara marfu’, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah kedudukan kamu semua?[22] Beliau a.s telah berkata: Kamilah penyimpan ilmu Allah (nahnu Khazzan ‘ilmi llahi), kamilah terjemahan wahyu Allah [23](nahnu taraajumati wahyi llahi) dan kamilah Hujjah Allah yang menyampaikan (hujah) kepada orang yang berada di langit dan di bumi”

       (78)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada al-Nadhar bin Syu‘aib, daripada Muhammad bin Fudhail daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman[24]: Kesempurnaan hujahku adalah di atas mereka yang celaka daripada umatmu yang telah menjauhkan wilayah Ali dan [wilayah] para wasi selepasmu kerana pada merekalah sunnahmu dan sunnah para nabi sebelum daripadamu. Mereka adalah penyimpan ilmu-Ku selepas kamu” Kemudian Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya Jibrail a.s telah menceritakan kepadaku nama-nama mereka dan nama-nama bapa mereka”

       (79)-5. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Khalid, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Abdullah bin Abu Ya‘fur berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Ibn Abu Ya‘fur, sesungguhnya Allah adalah Satu di dalam kesatuan, Tunggal di dalam perintah-Nya, maka Dia telah menciptakan makhluk, lalu Dia menetapkan perintah untuk mereka. Maka kamilah mereka itu, wahai Ibn Abi Ya‘fur, Kamilah Hujjah-Hujjah Allah pada hamba-hamba-Nya, [kamilah] penyimpan ilmu-Nya dan kamilah yang menjalankan perintah-Nya”

       (80)-6. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Musa bin al-Qasim bin Mu‘awiyah dan Muhammad bin Yahya, daripada  ‘Umar Kiyy bin Ali, daripada Ali bin Ja‘far, daripada Abu al-Hasan Musa a.s telah berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan kami, lalu Dia menciptakan kami dengan baik. Dia telah membentukkan kami (sawwara-na), lalu Dia telah membentuk kami dengan baik. Kemudian Dia telah menjadikan kami bendahari-bendahari-Nya di langit-Nya dan di bumi-Nya. Pokok-pokok bercakap untuk kami dan melalui cara ibadah kami, Allah a.w disembah (bi ‘ibadati-na ‘ubida llahu). Sekiranya kami tidak ada, nescaya Allah tidak disembah (laula-na ma ‘ubida llahu)”[25]
                                     

  Bab 12

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Khalifah Allah A.W Di Bumi-Nya Dan Pintu-Pintu-Nya Yang Di Datangi (anna al-A’immah a.s khulafa’ Allah fi ardhi-hi wa abwabu-hu al-Lati min-ha yu’ta

       (81)-1. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abu Mas‘ud, daripada al-Ja‘fari berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Para imam a.s adalah khalifah Allah a.w di bumi-Nya”.

       (82)-2. Daripadanya, daripada Mu‘alla, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Sulaiman bin Samaa‘ah, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Para wasi adalah pintu-pintu Allah a.w yang di datangi. Jika mereka tidak ada, nescaya Allah tidak diketahui dan dengan merekalah Allah telah berhujah ke atas makhluk-Nya”

       (83)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s mengenai firman Allah Jalla Jalalah “Allah telah berjanji kepada mereka yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan mereka sebelum mereka berkuasa”[26] Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s.”
                                     

                                                                               Bab 13

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Cahaya Allah A.W (anna al-A’immah a.s nuru llah a.w)

       (84)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Mirdas berkata: Safwan bin Yahya dan al-Hasan bin Mahbub telah meriwayatkan kami daripada Abu Ayyub, daripada Abu Khalid al-Kaabili berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w “Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya yang telah kami turunkan”[27]Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Khalid, cahaya, demi Allah, adalah cahaya para imam daripada keluarga Muhammad  s.a.w sehingga hari Kiamat. Mereka, demi Allah, adalah cahaya Allah yang Dia telah menurunkannya dan mereka, demi Allah, adalah cahaya Allah di langit dan di bumi.
       Demi Allah, wahai Abu Khalid, cahaya Imam pada hati mukminin adalah lebih bercahaya daripada matahari yang bersinar di siang hari (la-nur al-Imam fi qulub al-Mu’minin anwar min al-Syams al-Mudhi’ah bi al-Nahar). Mereka, demi Allah, menyinari hati mukminin. Allah menghalang cahaya mereka daripada sesiapa yang Dia kehendaki, lalu hati mereka menjadi gelap. Demi Allah, wahai Abu Khalid, seorang hamba tidak mencintai kami dan mewalikan kami (wa llahi, ya Aba Khalid, la yuhibbu-na ‘abdun wa yatawallaa-na) sehingga Allah membersihkan hatinya (hatta yutahhira llahu qalba-hu) dan Allah tidak membersihkan hati seorang hamba sehingga beliau menyerahkan dirinya kepada kami (wa la yutahirru llahu qalba ‘abdin hatta yusallima la-na) serta berdamai dengan kami [28](wa yakun silman la-na). Apabila beliau berdamai dengan kami, maka Allah melindunginya dari ketakutan Hisab dan menyelamatkannya dari ketakutan yang lebih besar pada hari Kiamat”

       (85)-2. Ali bin Ibrahim dengan sanad-sanadnya, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah “Mereka yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang mereka mendapatinya tertulis di dalam Turat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka mereka yang beriman kepada-nya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang diturunkan kepadanya, maka itulah mereka yang beruntung”[29] Beliau a.s telah berkata: Cahaya pada ayat ini adalah [Ali] Amir al-Mukminin a.s dan para imam a.s.

       (86)-3. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Abu Jarud berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Allah telah kurniakan kepada Ahlu l-Kitab kebaikan yang banyak. Beliau a.s telah berkata: Apakah itu? Aku telah berkata: Firman Allah “Golongan yang telah Kami datangkan kepada mereka al-Kitab sebelumnya al-Qur’an, mereka beriman dengan al-Qur’an itu. Apabila dibacakan kepada mereka, mereka telah berkata: Kami beriman kepadanya; sesungguhnya al-Qur’an itu suatu kebenaran dari Tuhan kami sesungguhnya kami sebelumnya adalah mereka yang membenarkan(nya). Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka”[30]

       Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah kurniakan kepada kamu sebagaimana Dia telah kurniakan kepada mereka. Kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya: “Wahai mereka yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, nescaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian dan menjadikan untukmu cahaya dan dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dengannya”[31] Iaitu Imam yang kamu ikutinya”

       (87)-4. Ahmad bin Mihran, daripada Abd al-‘Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Ali bin Asbaat dan al-Hasan bin Mahbub, daripada Ayyub, daripada Abu Khalid al-Kabiliy berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah mengenai firman Allah “Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya yang telah kami turunkan”[32]Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Khalid, cahaya, demi Allah, adalah cahaya para imam daripada keluarga Muhammad  s.a.w sehingga hari Kiamat. Mereka, demi Allah, adalah cahaya Allah yang mana Dia telah menurunkannya dan mereka, demi Allah, adalah cahaya Allah di langit dan di bumi. Demi Allah, wahai Abu Khalid, cahaya Imam pada hati mukminin adalah lebih bercahaya daripada matahari yang bersinar di siang hari (la-nur al-Imam fi qulub al-Mu’minin anwar min al-Syams al-Mudhi’ah bi al-Nahar). Mereka, demi Allah, menyinari hati mukminin. Allah menghalang cahaya mereka daripada sesiapa yang Dia kehendaki, lalu hati mereka menjadi gelap dan Dia menutup mereka dengannya”

       (88)-5. Ali bin Muhammad, dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Syammun, daripada Abdullah bin Abd al-Rahman al-Assam, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Salih bin Sahal al-Hamdani berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata mengenai firman Allah “Allah adalah cahaya langit dan bumi perumpamaan cahaya-Nya adalah sebuah lubang yang tak tembus (Fatimah a.s) yang di dalamnya ada pelita besar (al-Hasan). Dan pelita itu di dalam kaca (al-Husain), kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara (Fatimah a.s adalah bintang yang bercahaya di antara wanita dunia) yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya (Ibrahim a.s), pohon zaiton yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat (bukan yahudi dan bukan pula kristian) minyaknya hampir-hampir menerangi (hampir-hampir ilmunya terpancar) walaupun tidak disentuh api, cahaya di atas cahaya (Imam daripadanya selepas Imam). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki (Allah membimbing kepada para imam a.s mereka yang Dia kehendaki) Dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan kepada manusia”[33]
       Aku telah bertanya kepadanya mengenai firman Allah “Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam yang diliputi oleh ombak” Beliau a.s telah berkata: Orang yang pertama (al-Awwal)[34] dan sahabatnya (wa sahibu-hu)[35] “gelap gulita yang ditutupi oleh ombak” Orang yang ketiga (al-Thalith)[36] di atasnya awan yang gelap gulita (orang yang kedua)[37] yang bertindih-tindih (Mu‘awiyah la‘ana-hu llahu dan fitnah Bani Umayyah) apabila dia mengeluarkan tangannya (mukmin di dalam kegelapan fitnah mereka) dia tidak dapat melihatnya dan sesiapa yang  Allah tidak menjadikan cahaya untuknya (Imam daripada anak lelaki Fatimah a.s) tidak ada baginya cahaya[38] (Imam pada hari Kiamat).
       Dan beliau a.s telah berkata mengenai firman Allah “Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka”[39]: Pada hari Kiamat para imam mukminin berjalan di hadapan mukminin dan di kanan mereka sehingga mereka ditempatkan bersama penghuni syurga”
       Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Musa bin al-Qasim al-Bajaliy dan Muhammad bin Yahya, daripada Umar Kiyy bin Ali, daripada Ali bin Ja‘far a.s, daripada saudara lelakinya Musa a.s seumpamanya.

       (89)-6. Ahmad bin Idris, daripada al-Husain bin Abdullah, daripada Muhammad bin al-Hasan dan Musa bin Umar, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Muhammad bin Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku telah bertanya beliau a.s mengenai firman Allah t.w “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka”[40] Beliau a.s telah berkata: Mereka ingin memadamkan wilayah Amir al-Mukminin a.s dengan mulut-mulut mereka”. Aku telah berkata: Firman-Nya “Dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya”[41] Beliau a.s telah berkata: Allah akan menyempurnakan imamah dan imamah adalah cahaya sebagaimana firman-Nya “Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya yang telah kami turunkan”[42] Beliau a.s telah berkata: Cahaya itu adalah Imam (al-Nur huwa al-Imam)”


                                                                                   Bab 14

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Tiang-Tiang Bumi (anna al-A’immah hum arkaan al-Ardh)☼
      
       (90)-1. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apa yang dibawa oleh Ali, maka aku menerimanya dan apa yang beliau a.s menegahnya, maka aku meninggalkannya. Kelebihan yang dikurniakan kepadanya adalah seperti kelebihan Muhammad s.a.w, tetapi kelebihan Muhammad s.a.w adalah di atas semua makhluk Allah a.w. Sesiapa yang mengambil pengecualian daripada hukum-hukumnya, maka beliau sepertilah mengambil pengecualian daripada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang menolak mana-mana hukumnya sama ada kecil atau besar, maka beliau berada di atas batasan syirik kepada Allah (wa al-Raadd ‘alai-hi fi saghirah au kabirah ‘ala hadd al-Syirk bi-llah).
       Amir al-Mukminin a.s adalah pintu Allah yang tidak dimasuki kecuali menerusinya (baab Allah al-Ladhi la yu’ta illa min-hu), jalan-Nya yang mana orang yang berjalan selain daripada jalannya akan binasa (sabilu-hu al-ladhi man salaka bi-ghairi-hi halaka). Demikianlah ia berlaku kepada para imam petunjuk seorang selepas seorang (waahid ba‘d waahid), Allah telah menjadikan mereka tiang-tiang bumi yang kukuh bersama penghuninya dan Hujjah-Nya yang sampai kepada mereka yang berada di bumi dan di bawah bumi. Amir al-Mukminin a.s pernah berkata beberapa kali: Akulah pembahagi [yang dilantik oleh] Allah di antara syurga dan neraka (ana qasiim Allah bain al-Jannah wa al-Nar).
       Akulah al-Faaruq yang paling besar (ana al-Faruq al-Akbar)[43], akulah sahabat tongkat dan tanda[44] (ana sahib al-‘Asa wa Misam) yang mana semua para malaikat, Roh dan para rasul telah mengakuiku sebagaimana mereka telah mengakui Muhammad s.a.w[45] (wa laqad aqarrat li jami‘ al-malaikat wa al-Ruh wa al-Rusul bi-mithli ma aqarru bi-hi Muhammad s.a.w). Sesungguhnya aku telah dibebankan sebagaimana baginda s.a.w dibebankan oleh Tuhan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dipanggil dan dipakaikan kepadanya, maka begitu juga aku akan dipanggil dan akan dipakaikan untukku.    
       Baginda s.a.w akan disoal, maka aku juga akan disoal dan aku akan menjawab sebagaimana jawapannya. Aku telah dikurniakan beberapa sifat keistimewaan yang mana tiada seorangpun yang telah mendahuluiku kepadanya sebelumku. Aku telah diajar ilmu kematian (al-Manaaya), ilmu bala (al-Balaaya), dan ilmu keturunan (al-Ansaab) serta kefasihan bercakap (fasl al-Khitab). Tidak ada perkara yang telah berlaku, hilang dari ilmuku dan tidak ada perkara yang jauh dariku akan terlepas dariku. Aku memberi khabar gembira dengan izin Allah, aku melaksanakan [apa] yang datang daripadaNya. Semua ini adalah daripada Allah dan Dia telah kurniakan kuasa kepadaku mengenainya menurut ilmu-Nya”
       Al-Hasan bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur al-‘Amiy, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Al-Mufadhdhal telah meriwayatkannya kepada kami, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata, kemudian beliau a.s telah menyebut hadis yang pertama.

       (91)-2. Ali bin Muhammad, dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid Syabab al-Sairafi berkata: Sa‘id al-A‘raj telah memberitahu kepada kami, lalu berkata: Aku dan Sulaiman bin Khalid telah berjumpa dengan Abu Abdillah a.s, lalu beliau a.s telah mula bercakap dengan kami: Wahai Sulaiman, apa yang datang daripada Amir al-Mukminin a.s, mestilah diterima dan apa yang ditegah olehnya, mestilah dihentikan.

       Kelebihan yang dikurniakan kepadanya adalah seperti kelebihan Muhammad s.a.w, tetapi kelebihan Muhammad s.a.w adalah di atas semua makhluk Allah a.w. Sesiapa yang mengambil pengecualian daripada hukum-hukumnya, maka beliau sepertilah mengambil pengecualian daripada [hukum-hukum] Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang menolak mana-mana hukumnya sama ada kecil atau besar, maka beliau berada di atas batasan syirik kepada Allah (wa al-Raadd ‘alai-hi fi saghirah au kabirah ‘ala hadd al-Syirk bi-llah).
       Amir al-Mukminin a.s adalah pintu Allah yang tidak dimasuki kecuali menerusinya (baab Allah al-Ladhi la yu’ta illa min-hu), jalan-Nya yang mana orang yang berjalan selain daripada jalannya akan binasa (sabilu-hu al-ladhi man salaka bi-ghairi-hi halaka). Demikianlah ia berlaku kepada para imam petunjuk seorang selepas seorang (waahid ba‘d waahid), Allah telah menjadikan mereka tiang-tiang bumi yang kukuh bersama penghuninya dan Hujjah-Nya yang sampai kepada mereka yang berada di bumi dan di bawah bumi.
       Amir al-Mukminin a.s pernah berkata beberapa kali: Akulah pembahagi [yang dilantik oleh] Allah di antara syurga dan neraka (ana qasiim Allah bain al-Jannah wa al-Nar). Akulah al-Faaruq yang paling besar (ana al-Faruq al-Akbar), akulah sahabat tongkat dan tanda (ana sahib al-‘Asa wa Misam) yang mana semua para malaikat, Roh dan para rasul telah mengakuiku sebagaimana mereka telah mengakui  Muhammad s.a.w (wa laqad aqarrat li jami‘ al-malaikat wa al-Ruh wa al-Rusul bi-mithli ma aqarru bi-hi Muhammad s.a.w). Sesungguhnya aku telah dibebankan sebagaimana beliau s.a.w dibebankan oleh Tuhan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dipanggil dan dipakaikan kepadanya, maka begitu juga aku akan dipanggil dan akan dipakaikan untukku. Beliau s.a.w akan disoal, maka aku juga akan disoal dan aku akan menjawab sebagaimana jawapannya.

       Aku telah dikurniakan beberapa sifat keistimewaan yang mana tiada seorangpun yang telah mendahuluiku kepadanya sebelumku. Aku telah diajar ilmu kematian (al-Manaaya), ilmu bala (al-Balaaya), dan ilmu keturunan (al-Ansaab) serta kefasihan bercakap (fasl al-Khitab). Tidak ada perkara yang telah berlaku, hilang dari ilmuku dan tidak ada perkara yang jauh dariku akan terlepas dariku. Aku memberi khabar gembira dengan izin Allah, aku melaksanakan [apa] yang datang daripadaNya. Semua ini adalah daripada Allah dan Dia telah kurniakan kuasa kepadaku mengenainya menurut ilmu-Nya”

       (92)-3. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ali bin al-Hassan berkata: Abu Abdillah al-Riyaahi telah meriwayatkan kepadaku, daripada Abu al-Samit al-Hilwaani, daripada Abu Ja‘far a.s telah berkata: Kelebihan Amir al-Mukminin a.s adalah: Aku menerima apa yang dibawa olehnya dan aku menghentikan apa yang dilarang olehnya. Kewajiban mentaatinya adalah selepas Rasulullah s.a.w seperti ketaatan kepada Rasulullah s.a.w, tetapi kelebihan adalah kepada Muhammad s.a.w.
       Orang yang mendahuluinya adalah seperti orang yang mendahului Allah dan Rasul-Nya (al-Mutaqaddim baina yadai-hi ka al-Mutaqaddim ‘ala Allah wa Rasuli-hi). Orang yang memikirkan sesuatu melebihi Ali a.s adalah seperti orang yang memikir sesuatu melebihi Rasulullah s.a.w. (al-Mutafadhdhil ‘alai-hi ka al-Mutafadhdhil ‘ala Rasulillah s.a.w) Orang yang menentangnya sama ada kecil atau besar adalah di atas batas syirik dengan Allah. Kerana Rasulullah s.a.w adalah pintu Allah yang tidak boleh dimasuki melainkan menerusinya dan jalan-Nya yang mana sesiapa yang berjalan akan sampai kepada Allah a.w. Demikianlah keadaan Amir al-Mukminin a.s dan para imam a.s selepasnya, seorang selepas seorang. Allah telah menjadikan mereka tiang-tiang bumi yang kukuh bersama penghuninya, penolong Islam dan ikatannya menurut jalan petunjuk.

       Seorang tidak mendapat hidayah kecuali dengan hidayah mereka dan tidak tersesat orang yang keluar daripada petunjuk kecuali dengan mengabaikan hak mereka. Mereka adalah penjaga ilmu Allah, kemaafan dan peringantan-Nya yang diturunkan. Hujah yang sampai kepada penghuni bumi. Ia akan berlaku kepada yang akhir mereka sebagaimana telah berlaku kepada yang pertama mereka.
       Tidak ada seorangpun akan sampai ke peringkat itu melainkan dengan pertolongan Allah. Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Akulah pembahagi di antara syurga dan neraka (ana qasiin baina al-Jannah wa  al-Nar), akulah al-Faruq yang paling besar, akulah Imam bagi mereka selepasku (al-Imam li-man ba‘di) dan pelaksana bagi mereka sebelumku. Tidak seorangpun yang akan mendahuluiku kecuali Ahmad s.a.w[46]. Sesungguhnya aku dan beliau s.a.w di atas jalan yang satu selain beliau s.a.w dipanggil dengan namanya dan aku dikurniakan dengan enam perkara[47]: Ilmu tentang kematian, ilmu tentang bala, ilmu wasiat, ilmu kefasihan bercakap. Sesungguhnya aku adalah sahabat al-Karraat [48]dan pusingan. Akulah sahabat tongkat dan tanda serta al-Daabah[49] yang bertutur dengan manusia”

                                                                                                                                                                      [1] Surah al-Nisaa’ (4): 80

[2] Surah al-Nisaa’ (4):54

[3] Mereka wajib ditaati.

[4] Surah al-Nisaa’ (4): 54

[5] Surah al-Nisaa’ (4):56

[6] Surah al-Maidah (5): 55

[7] Imam Ahlu l-Bait a.s

[8] Surah al-Nisaa’ (4): 59

[9] Surah al-Ma’idah (5): 55

[10] Surah al-Israa’ (17): 71

[11] Surah al-Nisaa’ (4):41

[12] Surah al-Baqarah (2): 143

[13] Surah al-Hajj( 22): 78

[14] Surah Hud (11): 17

[15] Surah al-Baqarah (2): 143

[16] Surah al-Hajj (22): 77-76

[17] Surah al-Hajj (22): 78

[18] Surah al-Ra‘d (13): 7

[19] Ibid

[20] Surah al-Ra‘d (13):7

[21] Surah al-Ra‘d (13):7

[22] Kedudukan kamu para imam a.s

[23] Kamilah penterjemah kepada wahyu-Nya.

[24] Di dalam hadis kudsi.

[25] Wajib mengikuti cara ibadat para imam a.s bagi mendapatkan keredaan Allah.

[26] Surah al-Nuur (24): 55

[27] Surah al-Taghaabun (64: 8

[28] Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku berperang dengan orang yang memerangi mereka (Ahlu l-Bait a.s) dan aku berdamai dengan orang yang berdamai dengan mereka”

[29] Surah al-A ‘raaf (7): 157

[30] Surah al-Qasas (28):52-54

[31] Surah al-Hadiid (57):28

[32] Surah al-Taghaabun (64: 8

[33] Surah al-Nuur (24):40

[34] Abu Bakr

[35] Umar

[36] Uthman

[37] Umar

[38] Surah al-Nuur (24: 40

[39] Surah al-Hadiid (57):12

[40] Surah al-Saf (61): 8

[41] Ibid

[42] Surah al-Taghaabun (64: 8

[43] Orang dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan yang paling besar.

[44] Dapat membezakan kafir dan muslim dengan tanda di muka mereka.

[45] Mereka berdua adalah satu cahaya yang dibahagikan kepada dua. Lantaran itu, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku daripada Ali dan Ali daripadaku”

[46] Muhammad s.a.w

[47] Kelebihan Imam Ali a.s tidak terkira banyaknya, tetapi kelebihan Rasulullah s.a.w mengatasi kelebihan Ali a.s.

[48] Peredaran masa. Di dalam ertikata yang lain, Imam Ali a.s adalah sahabat raj‘ah yang kembali lagi ke dunia apabila Allah kehendaki.

[49] Asal pengertiannya adalah binatang berkaki empat. Manusia adalah separuh binatang di dalam ilmu mantik.

[50] Surah al-An‘aam (6): 38

[51] Surah al-Ma’idah (5): 3

[52] Surah al-Anbiyaa’ (21): 72-73

[53] Surah Ali Imraan (3): 68

[54] Melainkan beliau seorang Imam

[55] Surah al-Taubah (9): 30

[56] Surah al-‘Ankabuut (29): 38

[57] Surah al-Qasas (28): 68

[58] Surah al-Ahzab (33): 36

[59] Surah al-Qalam (68): 36-41

[60] Surah Muhammad (47): 24

[61] Surah al-Taubah (9):87

[62] Surah al-Anfaal (8):21-23

[63] Surah al-Baqarah (2): 93

[64] Surah al-Hadiid (57: 21, Surah al-Jumu‘ah (62): 4

[65] Surah Yunus (10): 35

[66] Surah al-Baqarah (2): 269

[67] Surah al-Baqarah (2): 247

[68] Surah al-Nisaa’ (4):113

[69] Surah al-Nisaa’ (4): 54-55

[70] Surah al-Hadiid (57): 21 dan Surah al-Qasas (28): 50

[71] Surah al-Qasas (28): 50

[72] Surah Muhammad (47): 8

[73] Surah al-Mu’min (40): 35

[74] Para imam a.s

[75] Imam a.s

[76] Surah al-A‘raaf (7): 159

[77] Penciptaan para imam a.s adalah lebih awal daripada penciptaan makhluk-Nya yang lain.

[78] Tentang imamah.

[79] Imam a.s

No comments:

Post a Comment