Wednesday, July 13, 2011

KEUTAMAAN MENCINTAI MUKMIN

Daripada ‘Umru bin Syamar daripada Jabir daripada Abu Abdullah al-Sadiq a.s berkata: Malaikat telah memohon izin Tuhannya untuk turun ke bumi di dalam bentuk seorang manusia, lalu Dia telah mengizinkannya. Kemudian beliau melalui seorang lelaki di pintu rumahnya bertanyakan tentang seorang lelaki daripada penghuni rumah, malaikat berkata: Wahai hamba Allah, apakah yang anda mahu daripada lelaki yang anda sedang mencarinya? Beliau berkata: Beliau adalah saudara aku di dalam Islam, aku telah mencintainya kerana Allah, aku datang kerana ingin mengucapkan salam kepadanya, beliau  berkata: Tiada pertalian  darah di antara anda dan beliau, dan bukan pula kerana sesuatu hajat? Beliau berkata: Tidak, melainkan cinta kerana Allah, aku datang kerana ingin mengucapkan salam kepadanya, beliau berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada anda dan Dia berfirman: Aku telah mengampuni kamu kerana cinta kamu kepadanya kerana-Ku.”

Daripadanya beliau berkata: Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami, berkata: Sa‘d bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Ahmad bin Muhammad daripada al-Hasan bin al-Mahbub daripada Salih bin Sahal  al-Hamdani berkata: Al-Sadiq a.s berkata: Seseorang muslim yang telah ditanya tentang muslim, lalu beliau membenarkannya, dan akibatnya muslim itu mendapat kemudaratan, maka beliau ditulis di sisi Allah di kalangan pendusta, dan siapa yang telah bertanya tentang muslim, lalu beliau berbohong mengenainya, akibatnya muslim itu mendapat manfaat, maka beliau ditulis di sisi Allah di kalangan mereka yang benar.
(DIPETIK DARI AL IKHTISAS)

No comments:

Post a Comment